The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yatimhadijah, 2021-03-25 01:04:33

GPPPDP2PC192021

GPPPDP2PC192021

GARIS PANDUAN
PENGURUSAN

PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Pasca Pandemik COVID-19

UNIT JAMINAN KUALITI

POLITEKNIK MERLIMAU

http://www.pmm.edu.my/index.php/unit/jaminan-kualiti/garis-panduan-pengurusan-pnp-pandemik-19

GARIS PANDUAN
PENGURUSAN

PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Pasca Pandemik COVID-19

UNIT JAMINAN KUALITI

Politeknik Merlimau
KB 1031 Pejabat Pos Merlimau

77300 Merlimau, Melaka

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

Disediakan oleh: Timbalan Pengarah (Akademik)
Rosita Binti Zainal Politeknik Merlimau
Asmah Binti Hussain Ketua Unit Jaminan Kualiti
Nur Diyana Binti Ismail Politeknik Merlimau
Norzilah Binti Hussin Pegawai Pengurusan Kualiti
Hadijah Binti Kodiron Politeknik Merlimau
Zaidah Binti Abd Umar Pengerusi Jawatankuasa Sistem Pengurusan Kualiti
Khadijah Binti Abdul Rahman Politeknik Merlimau
Rosfashihah Binti Roslan Pengerusi Jawatankuasa Akreditasi
Politeknik Merlimau
Ketua Unit Peperiksaan
Politeknik Merlimau
Setiausaha Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik
Politeknik Merlimau
Jawatankuasa Kerja Sistem Pengurusan Kualiti
Politeknik Merlimau

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PASCA PANDEMIK COVID-19

© 2021 Unit Jaminan Kualiti (UJK), Politeknik Merlimau, Melaka

Hak cipta terpelihara. Tidak ada bahagian dari penerbitan ini yang dapat diterbitkan semula atau
disimpan dalam sistem pengambilan atau dihantar dalam bentuk apa pun atau elektronik,
mekanikal, fotokopi, rakaman, atau sebaliknya, tanpa kebenaran bertulis dari Pengarah Politeknik
Merlimau, Melaka.

Diterbitkan oleh
Politeknik Merlimau
KB 1031 Pejabat Pos Merlimau
Jalan Jasin
77300 Melimau
Melaka, Malaysia

Dicetak oleh
Super Save Enterprise,
No.8 Taman Perkota,
Jalan Batu Hampar,
75150 Melaka

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

i

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN M/S
iii
PASCA PANDEMIK COVID-19 1
1
ISI KANDUNGAN 3
4
Bil Kandungan 4
Kata Pengantar 5
13
1.0 Tujuan 14
2.0 Mengenai Garis Panduan 17
3.0 Objektif 19
4.0 Reka Bentuk 20
20
4.1 Reka Bentuk Pengajaran dan Pembelajaran 21
4.2 Masa Pembelajaran Pelajar (SLT) 26
5.0 Penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran 27
5.1 Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian Sepenuhnya 29
5.2 Pengajaran dan Pembelajaran Secara Bersemuka 29
5.3 Pengajaran dan Pembelajaran Secara Hybrid (Gabungan) 30
6.0 Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran 35
6.1 Kaedah Penilaian 38
6.2 Pelaksanaan Penilaian Dalam Talian 39
6.3 Plagiarisme 41
6.4 Pertimbangan Khas
7.0 Perkara-Perkara Lain yang Berkaitan
8.0 Penutup
Lampiran 1
Lampiran 2
Lampiran 3
Lampiran 4
Lampiran 5

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

ii

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

KATA PENGANTAR

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) merupakan proses penyebaran ilmu
pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan
dan penilaian. Bagi memastikan hasil pembelajaran dapat dicapai, maka perancangan
yang teratur berpandukan kepada dokumen kurikulum dan proses kerja PdP yang
berkuatkuasa perlu dipatuhi.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia akibat penularan
pandemik COVID-19 telah mengubah senario pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran secara bersemuka kepada Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian
(PdPDT). Oleh yang demikian, pensyarah perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran
dalam talian yang bersesuaian bagi memastikan pelaksanaan pembelajaran yang telah
dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Pasca Pandemik
COVID-19 ini dibangunkan bagi membantu pensyarah dalam pelaksanaan PdP dengan
lebih berkualiti yang mana ianya merangkumi aspek reka bentuk, penyampaian dan
penilaian dalam proses PdP.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

iiiiii

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

1.0 TUJUAN

Garis Panduan ini dihasilkan susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) akibat pandemik COVID-19 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia
pada 16 Mac 2020 serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan
Diperketatkan (PKPD). Oleh yang demikian, Politeknik Merlimau (PMM) telah
mengambil inisatif untuk melaksanakan pendekatan PdP dalam talian yang lebih
komprehensif mulai sesi Jun 2020.

Tujuan penghasilan Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pasca
Pandemik COVID-19 ini adalah sebagai panduan tambahan kepada pensyarah dan
pihak berkepentingan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
pelaksanaan proses PdP.

2.0 MENGENAI GARIS PANDUAN

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan Prosedur Operasi
Standard (SOP) Pengurusan Operasi Institusi Pendidikan Tinggi Semasa dan Pasca
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wabak COVID-19 bertarikh 28 Mei 2020 yang
terpakai kepada semua Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS),
Politeknik dan Kolej Komuniti.

Sehubungan itu, Garis Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pasca Pandemik
COVID-19 ini berperanan untuk memastikan segala tindakan yang diambil oleh PMM
dalam usaha mengekang penularan pandemik ini seiring dengan arahan semasa Majlis
Keselamatan Negara (MKN).

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

1

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

Garis panduan ini merangkumi TIGA (3) bahagian utama iaitu:

i. Reka Bentuk

Reka bentuk PdP merupakan mekanisma yang digunapakai bagi membina dan
merancang keseluruhan proses PdP berdasarkan kepada prinsip Pembelajaran
Berpusatkan Pelajar (Student Centered Learning, SCL). SCL dilaksanakan bagi
menggalakkan para pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran. Reka bentuk ini mestilah menyokong dan bersesuaian dengan Hasil
Pembelajaran Kursus dan Hasil Pembelajaran Program (Course Learning Outcome,
CLO & Programme Learning Outcome, PLO) yang telah ditetapkan.

ii. Penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran

Pelaksanaan proses PdP di PMM dalam tempoh Pasca Pandemik COVID-19 melibatkan
penyampaian secara dalam talian sepenuhnya, secara bersemuka dan secara hibrid.
Ketiga-tiga bentuk pelaksanaan PdP tersebut melibatkan DUA (2) kumpulan pelajar iaitu:

a. Pelajar yang berada di kampus PMM.
b. Pelajar yang berada di lokasi kediaman masing-masing.

iii. Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran

Pelaksanaan aktiviti penilaian PdP perlu merujuk kepada garis panduan yang sedang
berkuatkuasa. Semua penyelarasan kaedah penilaian kerja kursus dan peperiksaan
akhir perlu dapat mengukur pencapaian pelajar berdasarkan hasil pembelajaran yang
telah ditetapkan di dalam dokumen kurikulum serta memelihara sebaik mungkin aspek
kesahan (validity), kebolehpercayaan (reliability) dan adil (fairness) dalam
pelaksanaannya.

Semua kaedah penilaian yang dilaksanakan perlu direkodkan bagi tujuan pengauditan
oleh badan yang memberikan pengiktirafan. Timbalan Pengarah (Akademik)/ Ketua
Jabatan/ Ketua Unit/ Ketua Program/ Ketua Kursus adalah bertanggungjawab untuk
memantau pelaksanaan penilaian tersebut.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

2

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan dokumen berikut:

i. Panduan Pengendalian Program Pendidikan Tinggi Semasa Dan Pasca Perintah
Kawalan Pergerakan COVID-19 (MQA) bertarikh 29 Mac 2020. (Lampiran 1)

ii. Guiding Principles on Teaching-Learning and Assessment Implementation During
COVID-19 Pandemic (ETAC) bertarikh 31 Mac 2020. (Lampiran 2)

iii. Garis Panduan Pengurusan Pengoperasian Institusi Semasa Dan Pasca Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) Wabak Covid-19 Bagi Politeknik Dan Kolej Komuniti
bertarikh 29 Jun 2020

iv. e-Learning Guidelines for Malaysian HEIs, Ministry of Education Malaysia, 2014
v. Proses Kerja PMM(O)-PdP-01 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.
vi. Proses Kerja PMM(O)-PEP-01 Pengurusan Peperiksaan dan Penilaian.

Garis panduan ini juga hendaklah dibaca bersama dengan semua dasar, prosedur, surat
pekeliling serta peraturan berkaitan yang sedang berkuatkuasa dan yang akan
dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh MKN, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej
Komuniti (JPPKK) serta Pengurusan PMM.

3.0 OBJEKTIF

Objektif garis panduan ini adalah untuk memastikan:
i. Proses PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan.
ii. CLO dan PLO dapat dicapai seperti yang telah ditetapkan.
iii. Memastikan aktiviti PdP yang dirancang memenuhi Masa Pembelajaran Pelajar
(Student Learning Time, SLT) sebagaimana yang ditetapkan dalam Panduan
Pengendalian Program Pendidikan Tinggi Semasa Dan Pasca Perintah Kawalan
Pergerakan COVID-19 (MQA).

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

3

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

4.0 REKA BENTUK

4.1 Reka Bentuk Pengajaran Dan Pembelajaran

i. Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT) juga perlu
melibatkan pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan
masalah serta strategi PdP yang sesuai dengan persekitaran dan
kebolehcapaian pelajar. Oleh yang demikian, para pensyarah harus
mempertimbangkan untuk menerapkan Interaksi Segerak
(synchronous) dan Interaksi Tidak Segerak (asynchronous) dalam
proses pembelajaran pelajar.

ii. Semua pelaksanaan PdPDT perlu mengambilkira kemampuan pelajar
untuk mengikuti proses PdP di kampus PMM dan di lokasi kediaman
masing-masing. Oleh itu, pensyarah perlu mempertimbangkan
platform komunikasi, teknologi PdPDT dan aplikasi yang bersesuaian
dengan mengambilkira capaian internet pelajar seperti Rajah 4.1.

RENDAH SEDERHANA TINGGI

Kelajuan dibawah 1.5 Kelajuan antara 1.5 Kelajuan melebihi 2.5
Mbps Mbps hingga 2.5 Mbps Mbps

Platform Komunikasi Aplikasi Persidangan Maya
(Contoh: Whatsapp, (Contoh: Quizizz, (Contoh: Big Blue
Kahoot, Youtube, Button, Ms Team,
Telegram) Webex) dan Google
Flipgrid, HSP) Suite (eg: Doc, Slide,

sheet

Rajah 4.1: Capaian Internet

iii. Pengubahsuaian dan perubahan terhadap pembelajaran dan penilaian
pelajar yang memenuhi sekurang-kurangnya 75% keperluan SLT
BOLEH dipertimbangkan sebagai telah memenuhi keperluan kredit,
mencapai gred pencapaian pelajar dan hasil pembelajaran minimum
yang telah ditetapkan bergantung kepada kesesuaian bidang.

iv. Bagi kursus pengajian yang melibatkan hasil pembelajaran domain
praktikal, pensyarah digalakkan untuk menjadi kreatif dengan

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

4

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

mempelbagaikan strategi pengajaran (demonstrasi dalam talian,
maklumbalas berasaskan video atau audio).

4.2 Panduan Penentuan Masa Pembelajaran Pelajar (SLT)

i. Masa Pembelajaran Pelajar (SLT) merupakan masa pembelajaran
berkesan atau jumlah masa pelaksanaan keseluruhan aktiviti
pembelajaran, yang digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran
yang telah ditetapkan. Ia merangkumi masa pelaksanaan semua
aktiviti pembelajaran sesuatu kursus yang terdiri daripada Jam
Pertemuan Bersemuka (Face-to-Face), Jam Pertemuan Tidak
Bersemuka (Non-Face-to-Face), Jam Pembelajaran Kendiri
(Independent Learning) dan Jam Penilaian Formal (Assessment)
seperti Rajah 4.2.

Rajah 4.2: Model Student Learning Time (SLT)

(Sumber: Zainai Mohamed, 2006)

ii. Perancangan pelaksanaan proses PdP dalam talian MESTI
bersesuaian dengan beban kredit kursus atau SLT bagi menyokong
CLO dan PLO yang telah ditetapkan dalam dokumen kurikulum yang
berkuatkuasa.

iii. Penentuan SLT bagi pembelajaran dalam talian MESTI berdasarkan
kepada perkara berikut:
a) Masa yang digunakan dalam Interaksi Segerak (synchronous).
b) Masa purata pada skrin dan bilangan skrin yang dilihat.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

56

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

c) Jangka masa yang diperlukan untuk tugasan berasaskan
media.

d) Masa yang diperlukan untuk memperoleh kandungan.
e) Masa yang digunakan untuk aktiviti PdP.

iv. Bagi memudahkan penentuan SLT aktiviti PdP secara dalam talian sila
rujuk kepada Jadual 4.1 dan Jadual 4.2.

v. Pelaksanaan PdP dalam talian dan perubahan SLT perlu direkodkan.
Rujuk Lampiran 3 untuk templat yang dicadangkan bagi merancang
pelaksanaan PdP dalam talian.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

6

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

Jadual 4.1: Panduan Pengiraan Masa Pembelajaran Pelajar (SLT) Bagi Aktiviti

Pengajaran

* Masa yang dicadangkan adalah merupakan garis panduan dan bergantung kepada aktiviti. Jika
perlu sila rujuk kepada keperluan program pengajian.

Pembelajaran Terpimpin Pembelajaran Kendiri
(Guided Learning) (Self Learning)

Aktiviti Pensetaraan Contoh Kesetaraan Pengiraan Nota
SLT Aktiviti pengiraan SLT dalam SLT
1. Interaksi PdP Secara talian dengan
langsung Bersemuka SLT Pembelajaran
segerak dengan dalam SLT Kendiri
(Google Meet, Pembelajaran
mesyuarat talian
Teams, Kendiri
WebEx, atau
Zoom) 1 jam Didarab 2 jam Boleh didarab
Kuliah, dengan dengan 3 bagi
tutorial, pembelajaran
diskusi, 1 -2 kendiri untuk
demonstrasi topik yang
kompleks.
2. Interaksi
langsung 1: 1 1 jam Didarab 2 jam
segerak untuk (60 minit dengan
perbincangan kuliah/interaksi
tugasan bersemuka = 1-2
(Whatsapp, 60 minit
Telegram) perjumpaan
atas talian)

3. Aktiviti 1 jam Didarab 2 jam 180 patah
pembelajaran dengan perkataan
kolaboratif, seminit.
kerja 1-2 (andaian: pelajar
berkumpulan membaca
dan kesemua bahan
perbincangan yang dihantar
dalam oleh rakan-rakan
kumpulan mereka).

3. Paparan skrin 1: 5 1 jam Didarab 2 jam 12 muka surat
(slide) (1 paparan (12 x 5 dengan nota kuliah
minit = digital
skrin 60minit) 1-2 bersamaan 60
bersamaan minit SLT secara
dengan 5 minit bersemuka
SLT secara
bersemuka)

4. Pembacaan 1: 2 10 minit Didarab 30 minit
artikel dalam 1 muka surat (5 x 2 dengan
talian (5 muka (200 patah
artikel) perkataan) minit = 10 3
bersamaan 2 minit)

minit SLT
secara

bersemuka

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

87

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

Pembelajaran Terpimpin Pembelajaran Kendiri
(Guided Learning) (Self Learning)

Aktiviti Pensetaraan Contoh Kesetaraan Pengiraan Nota
SLT Aktiviti pengiraan SLT dalam SLT
PdP Secara talian dengan
Bersemuka SLT Pembelajaran
dengan dalam SLT Kendiri
Pembelajaran
talian
Kendiri

5. Interaksi dalam 1 minit bagi 1: 2 Didarab 1 jam 15 minit video
talian tidak setiap video (15 minit dengan dalam Interaksi
segerak. bersamaan panjang Tidak Segerak.
Rakaman dengan 2 minit video x 2 1-2
video, video SLT secara = 30 minit) menonton
informatik yang bersemuka
disediakan
terlebih dahulu
dan dimuat
naik oleh
pensyarah

6. Interaksi dalam 1 minit bagi 1: 2 Didarab 1 jam 15 minit
dengan rakaman audio
talian secara setiap rakaman (15 minit 1 - 2 jam dalam Interaksi
mendengar Tidak Segerak.
tidak segerak. audio panjang

Rakaman bersamaan audio x 2

audio yang dengan 2 minit = 30 minit)

disediakan SLT secara

terlebih dahulu bersemuka

dan dimuat

naik oleh

pensyarah

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

8

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

Jadual 4.2: Panduan Pengiraan Masa Pembelajaran Pelajar (SLT) bagi Aktiviti
Penilaian

Bil Altiviti Penilaian Masa aktiviti Kategori Masa Jumlah SLT
1. Kuiz Sync Persediaan 3.5 - 4.5 jam
(0.5 hour)
15 - 30 min Sync 3-4
Sync
Ujian (0.75 hour) 3-4 3.75 – 4.75 jam
30 min - 1 jam
2. Soalan pilihan berbilang (MCO) 3 jam 4 jam
3. Sesi pembentangan dalam talian 1 jam 3 - 4 jam 3.5 - 4.5 jam

0.5 jam

4. Pembentangan lisan dalam talian 1 jam Sync 3 jam 4 jam
(pembentangan projek tahun akhir 1 jam
/pembentangan kemajuan) Sync 1 - 3 jam 2 - 4 jam

5. Perbincangan dalam talian
(perbincangan kumpulan
kecil/individu/poster/laporan)

6. Ringkasan kajian kes Async 3 jam 3 jam
Async
7. Tugasan bertulis individu/
berkumpulan (1000 patah perkataan) Async
laporan makmal, laporan kes, refleksi

i. Tugasan 200 patah perkataan/ 1 1 jam 1 jam
muka surat, SLT adalah 1 jam
(200/1000 x 5 jam)

ii. Tugasan 1000 patah perkataan/5 5 jam 5 jam
muka surat, SLT adalah 5 jam
(1000/1000 x 5 jam)

iii. Tugasan 1400 patah perkataan/ 7 7 jam 7 jam
muka surat, SLT adalah 7 jam
(1400/1000 x 5 jam)

8. Aktiviti berasaskan media 10 minit video 1 - 2 jam 1 jam 20 minit -
tugasan projek (rakaman video). x 2 = 20 minit 2 jam 20 minit
Tugasan projek laporan makmal/
laporan kemajuan / kajian kes /
multimedia kreatif/ simulasi
berasaskan penyelesaian masalah
(rakaman video)

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

9

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

PLANNING FOR ONLINE CLASS ACTIVITIES (POA)

Name of Lecturer : __________________________________________________
Course Code/ Course Name : __________________________________________________
Academic Session : __________________________________________________
Semester: 1 / 2 / 3 /4 /5

Course Learning outcomes
At the end of this course the student will able to:
1. Comprehends and applies appropriately the constituents of pumps and open channel flow

concept applied in hydraulics problem. (C3, PLO1) (C3, PO1)
2. Analyze data of fundamental an applied hydrology. (C4, PLO3) (C4, PO4)
3. Considers sustainability while carrying out a case study on a drainage system using Urban

Storm Water Management Manual. (A3, PLO8) (A2, PO7)

Online Teaching & Learning Hours

Week CLO Activities Guided Independent SLT
W1 CLO 1 3
Learning Learning

Live Interaction with students 1 hour 2 hours

(synchronous)

Students vewing on-screen 0.5 hour 1hour 1. 5
materials (averagely 6 slides) (30 minutes) 2 hours 3
W2 CLO 1 Live Interaction with students
(synchronous) 1 hour

Students read a 5-page article 0.2 hour 0.5 hour 0.7
online
(10 minutes) (30 minutes)

TEACHING & LEARNING Students carry out 1 Collaborative 0.3 hour 0.7 hour 1
3
learning task in online discussion (20 minutes) (40 minutes)

W3 CLO 1 Live Interaction with students 1 hour 2 hours

(synchronous)

Students viewing multimedia 0.5 hour 1 hour 1.5
materials (15 minit video) (30 minutes) 2 hours 3
W4 CLO 1 Live Interaction with students
(synchronous) 1 hour

Students carry out 1 Collaborative 1 hour 2 hours 3
learning task in online discussion 1 hour 2 hours 3
W5 CLO 1 Live Interaction with students
(synchronous)

Students vewing on-screen 0.5 hour 1 hour 1.5
materials (averagely 6 slides) (30 minutes) 2 hours 3
W6 CLO 1 Live Interaction with students
(synchronous) 1 hour

Students viewing multimedia 0.5 hour 1 hour 1.5
materials (15 minutes video) (30 minutes)

Students carry out 1 Collaborative 0.25 hour 0.5 hour 0.75
learning task in online discussion
(15 minutes) (30 minutes)

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

10

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

Online Teaching & Learning Hours

Week CLO Activities Guided Independent SLT
W7 CLO 1 3
Learning Learning

Live Interaction with students 1 hour 2 hours

(synchronous)

Students read a 5-page article 0.2 hour 0.5 hour 0.7
online
(10 minutes) (30 minutes)

Students carry out 1 Collaborative 0.3 hour 0.5 hour 0.8
learning task in online discussion
(15 minutes) (30 minutes)

W8 CLO 2 Live Interaction with students 0.5 hour 1hour 1.5
(synchronous) (30 minutes)

Students carry out 1 collaborative 1 hour 2 hours 3
learning task online discussion 1 hour 2 hours 3
W9 CLO 2 Live Interaction with students
(synchronous)

Students viewing multimedia 0.5 hour 1 hour 1.5
materials (15 minutes video) (30 minutes)

TEACHING & LEARNING W10 CLO 2 Students carry out 1 Collaborative 0.3 hour 0.5 hour 0.8
(15 minutes) (30 minutes) 1.5
learning task in online discussion
0.5 hour 1 hour
Live Interaction with students (30 minutes)
to discuss students’ work

W11 CLO 2 Students viewing on-screen 1 hour 2 hours 3
materials (averagely 12 slides) 1 hour 2 hours 3
Students carry out 1 Collaborative
learning task in online discussion

W12 CLO 2 Students viewing multimedia 0.5 hour 1 hour 1.5
materials (15 minutes video) (30 minutes) 2 hours 3
Live Interaction with students
(synchronous) 1 hour

Students read a 5-page article 0.2 hour 0.5 hour 0.7
online
(10 minutes) (30 minutes)

W13 CLO 2, Students carry out 1 Collaborative 0.3 hour 0.5 hour 0.8
CLO3 learning task in online discussion (15 minutes) (30 minutes) 1.5
Live Interaction with students
(synchronous) 0.5 hour 1hour
(30 minutes)

W14 CLO2, Students carry out 1 1 hour 2 hours 3
CLO 3 Collaborative learning task in online 1 hour 2 hours 3
discussion
Live Interaction with students
(synchronous)

W15 CLO2, Students read a 5-page article 0.2 hour 0.5 hour 0.7
CLO 3 (10 minutes) (30 minutes) 3
online
1 hour 2 hours
Live Interaction with students
to discuss students’ work

Students write group findings on 0.5 hour 1 hour 1.5
padlet (30 minutes)

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

11

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

W16 CLO2, Live Interaction with students 1 hour 2 hours 3
CLO3 (synchronous)

CLO (A) TOTAL 71.45

CLO 1 COURSEWORK ASSESSMENT
CLO 1
ASSESSMENT CLO 1 Activities Real time/ Prepration SLT
CLO 2 Non-real Time
CLO2 Online Assignment submission 5
CLO3 Online Quiz 1 time 5 hours 3
Online Test 1 - 3 hours 4
CLO1, CLO2 3 hours 3.5
- 3 hours 3.75
3 hours 3
1 hour 3 hours

Online Quiz 2 0.5
Online Test 2 0.75 hour
Online Case Study submission
-

SUMMATIVE ASSESSMENT

Final Exam 2 hours 3 hours 5

(B) TOTAL 27.25

(A + B) = C (C) TOTAL SLT 98.7

(C/ COURSE SLT) *100 PERCENTAGE OF SLT 82%

Prepared by: ) Verified by: )

( (
Course Lecture TPA/KJ/KPro/KK
Date: Date:

Catatan:
1. Perlu diingatkan bahawa Pembelajaran Dalam Talian mengambilkira SLT Pembelajaran Kendiri yang lebih panjang

untuk mencapai hasil pembelajaran kursus.
2. Kursus perlu melaksanakan sekurang-kurangnya 75% keperluan SLT yang merangkumi Jam Pertemuan Bersemuka

(Face-to-Face), Jam Pertemuan Tidak Bersemuka (Non-Face-to-Face), Jam Pembelajaran Kendiri (Independent
Learning) dan Jam Penilaian Formal (Assessment).
3. Penggunaan Lampiran 3 tertakluk kepada perubahan arahan pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) dari
masa ke semasa.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

121

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

5.0 PENYAMPAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

i. Pengubahsuaian dan perubahan kepada kaedah penyampaian PdP perlu
meletakkan hasil pembelajaran program sebagai parameter utama, selaras
dengan ketetapan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualification
Framework: MQF) dan Engineering Technology Programme Accreditation
Standard 2020.

ii. Bagi memastikan PLO, CLO dan Domain Pembelajaran (Learning Domain,
LD) dicapai, pelaksanaan PdP perlu dirancang dengan teliti dan mematuhi
SLT.

iii. Perubahan amalan penyampaian PdP Konvensional (bersemuka) kepada
penyampaian dalam talian dan hibrid mesti dilakukan dengan mengambil
kira peluang dan kekurangan medium dalam talian tersebut. Pensyarah
mesti mempertimbangkan penglibatan pelajar semasa merekabentuk kaedah
penyampaian terbaik agar dapat memberikan pengalaman pembelajaran
yang berkesan, menarik dan bermakna kepada pelajar.

iv. Maklumat kursus (Course Outline) untuk semester semasa perlu disediakan
dan perlu disebarkan kepada semua pelajar. Pelajar perlu dimaklumkan
mengenai perkara berikut:
a) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dilakukan dan tarikh
penting yang harus diikuti.
b) Jenis penilaian dan pemberatan terperinci bagi setiap penilaian.
c) Tempoh dan penjadualan penilaian jenis Interaksi Segerak
(synchronous) dan Interaksi Tidak Segerak (asynchronous).

v. Penyampaian PdP dalam tempoh Pasca Pandemik COVID-19 dilaksanakan
secara dalam talian sepenuhnya, secara bersemuka dan secara hibrid.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

1313

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

5.1 Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian Sepenuhnya

i. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Secara Dalam Talian Sepenuhnya
untuk semua pelajar yang mengikuti pembelajaran seperti di bawah:
a) Teori dan Tutorial (Tiada Praktikal)
b) Teori dan Praktikal (Tidak memerlukan Peralatan Khas)

ii. Kesemua aktiviti PdP boleh dilaksanakan secara Interaksi Segerak
(synchronous) atau Interaksi Tidak Segerak (asynchronous) seperti Rajah
5.1.

Sistem Pengurusan Pembelajaran Kelas Maya
(LMS)

Perkongsian Maklumat Interaksi Segerak dan Kuiz Interaktif &
dan Bahan Pengajaran Interaksi Segerak Tidak Perbincangan
Segerak (Synchronous &

Asynchronous)

Rajah 5.1: Interaksi Segerak (Synchronous) dan Interaksi Segerak Tidak
Segerak (Asynchronous)

iii. Pelaksanaan PdP dijalankan pada minggu kuliah bagi sesuatu semester
yang telah dirancang dan tertakluk sepenuhnya dalam Rancangan
Mengajar (RM). Pensyarah juga diberi fleksibliti untuk membuat
perubahan kepada kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan
keperluan kursus, memenuhi keperluan SLT dan kebolehcapaian pelajar.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

14

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

iv. Pensyarah perlu mengadakan pembelajaran secara Interaksi Segerak
(synchronous) setiap kali pertemuan yang ditetapkan dalam Jadual Waktu
Pensyarah Kursus. Walaubagaimanapun pensyarah digalakkan untuk
menghadkan jam pertemuan secara Interaksi Segerak (synchronous) dan
bakinya digantikan dengan komponen lain menggunakan pembelajaran
secara Interaksi Tidak Segerak (asynchronous) dan perlu didokumenkan
dalam Planning for Online Class Activities (POA) seperti Lampiran 3.

v. Proses penyampaian PdPDT boleh dilaksanakan melalui DUA (2)
interaksi:

a) Interaksi Segerak (synchronous)
 Strategi pembelajaran secara Interaksi Segerak (synchronous)
merujuk kepada PdP yang berlaku pada masa yang nyata iaitu
kedua-dua pensyarah dan pelajar bertemu secara fizikal atau maya.

 Antara contoh aplikasi teknologi yang digunakan bagi pembelajaran
secara Interaksi Segerak (synchronous) ialah Microsoft Teams, Big
Blue Button, Zoom, Google Team, Webex, Google Classroom,
YouTube Live Stream, video Facebook secara langsung, Skype
atau alat persidangan sesawang yang lain.

b) Interaksi Tidak Segerak (asynchronous)
 Strategi pembelajaran secara Interaksi Tidak Segerak
(asynchronous) adalah menggunakan bahan PdP yang telah
dibangunkan lebih awal dan membolehkan pembelajaran berlaku
bukan pada masa nyata. Namun begitu, strategi pembelajaran ini
masih tertakluk kepada Jadual Waktu Pensyarah Kursus.

 Antara contoh perisian dan aplikasi teknologi yang boleh
digunakan dalam pembelajaran secara Interaksi Tidak Segerak
(asynchronous) ialah Microsoft Powerpoint, perakam skrin Loom,
Screencast-o-matic, Adobe Captivate, Camtasia Studio dan Jing,
YouTube, Facebook, WhatApp dan Telegram.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

1156

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

vi. Pelaksanan PdP secara Interaksi Segerak (synchronous) dan Interaksi
Tidak Segerak (asynchronous) perlu mengandungi TIGA (3) perkara berikut:
a) Penyampaian kandungan PdPDT adalah berkaitan dengan topik
pembelajaran.
b) Aktiviti pelajar dengan minimum satu (1) aktiviti untuk setiap topik.
c) Penilaian formatif dengan minimum satu (1) penilaian untuk setiap topik.

**Rujuk Jadual 4.1 dan Jadual 4.2 untuk merancang kursus dalam talian.

vii. Aktiviti tutorial dan praktikal dalam talian perlu melibatkan Aktiviti
Berpusatkan Pelajar (Student Centered Activity) seperti perbincangan, soal
jawab, penerangan, demonstrasi, sumbangsaran dan sebagainya.

viii. Kehadiran pelajar perlu direkodkan sepanjang semester menggunakan
medium berikut:
a) Memuat turun kehadiran secara langsung daripada platform Interaksi
Segerak (synchronous)
b) Gunakan Google Form dengan kod kehadiran yang telah disesuaikan
bagi merekod kehadiran untuk aktiviti Interaksi Tidak Segerak
(asynchronous) dan pensyarah perlu menyediakan pautan tersebut di
dalam CIDOS LMS 3.5.

ix. Bukti kehadiran pelajar dalam perkara (viii) akan dijadikan rujukan untuk
merekodkan kehadiran pelajar dalam Sistem Pengurusan Maklumat
Politeknik (SPMP).

x. Pelajar perlu dimaklumkan bahawa kehadiran mereka akan direkodkan bagi
menentukan kelayakan untuk menduduki Peperiksaan Akhir.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

16

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

5.2 Pengajaran dan Pembelajaran Secara Bersemuka

i. Penyampaian dalam bentuk ini dikhususkan kepada PdP bagi kursus yang
memerlukan kehadiran secara bersemuka untuk mengukur domain
pembelajaran psikomotor di makmal/ bengkel dan kitchen.

ii. Penyampaian PdP dilaksanakan secara bersemuka antara pensyarah dan
pelajar dalam ruang fizikal yang sama. Bagi mengurangkan risiko penularan
COVID-19 pensyarah dicadangkan untuk mengubahsuai dan membuat
perubahan dalam perancangan aktiviti PdP.

iii. Walaubagaimanapun, pensyarah perlu memastikan kesemua CLO & PLO
diukur dan dinilai sepertimana yang ditetapkan dalam kurikulum semasa
berkuatkuasa.

iv. Pelaksanaan dan pengurusan PdP seperti Rancangan Mengajar, Rekod
Kehadiran, Rekod Penilaian dan sebagainya kekal tertakluk sepertimana
dalam Proses Kerja Pengajaran dan Pembelajaran (PMM(O)-PdP-01).

v. Pensyarah perlu memastikan semua tindakan dan Prosedur Operasi
Standard (SOP) ini dipatuhi dan diamalkan sepanjang sesi pembelajaran
secara bersemuka ini.

Tindakan Penerangan Ringkas

Penjarakan Memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1

Sosial meter

Elakkan 3C dan Mengamalkan norma baru iaitu elakkan 3C (tempat

amalkan 3W sesak, tempat sempit/ bertutup dan perbualan secara

rapat) dan amalkan 3W (cuci tangan, pakai pelitup

muka dan hidung serta sentiasa mengikut peringatan

KKM)

Kebersihan Menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun

Tangan dan air atau menyediakan hand sanitizer jika tiada

sabun dan air. Memastikan tangan dibersihkan dengan

kerap.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

1178

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

Tindakan Penerangan Ringkas

Mengambil dan Mengambil dan merekod suhu badan pelajar serta

Merekod Suhu melakukan saringan gejala. Sesiapa dengan suhu

Badan serta badan melebihi 37.5°C atau mempunyai gejala batuk,

Melakukan selsema, sakit tekak atau susah bernafas tidak

Saringan Gejala dibenarkan hadir ke kelas dan akan dirujuk untuk

mendapat rawatan. Sesiapa yang mula mendapat

gejala di IPT perlu di beri face mask dan dihantar untuk

rawatan.

Pembersihan dan Pembersihan dan nyahkuman dilakukan secara yang

Nyahkuman kerap dalam sehari terutamanya pada kawasan yang

kerap disentuh seperti tombol pintu, pemegang tangan

dan lain-lain di Bilik Kuliah/ Makmal/ Kitchen selepas

tamat proses PdP.

Susunatur dalam Jarak antara meja atau kerusi atau mesin sekurang -

Bilik Kuliah/ kurangnya 2 meter dan meletakkan tanda “X” sebagai

Makmal/ Bengkel panduan jarak sosial.

Jumlah Pelajar Tidak lebih dari 50% daripada kapasiti sebenar ruang
bagi Satu Sesi pembelajaran tertakluk kepada bilangan yang muat
PdP setelah melakukan penandaan jarak sosial.

(Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN)

vi. Aktiviti PdP secara bersemuka yang dilaksanakan di luar makmal/ bengkel
dan kitchen adalah tidak dibenarkan sama sekali.

vii. Pensyarah digalakkan mengoptimumkan penggunaan platform digital bagi
penyampaian maklumat, latihan dan konsultasi kepada pelajar.

viii. Pensyarah haruslah memantau segala aktiviti dalam makmal/ bengkel/
kitchen agar amalan norma baharu diterapkan kepada pelajar.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

18

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

5.3 Pengajaran dan Pembelajaran Secara Hibrid (Gabungan)

i. Pembelajaran Gabungan (Hybrid Learning) merupakan bentuk pendekatan
pembelajaran ke arah pendidikan abad ke-21. Model Pembelajaran Teradun
(Blended Learning) adalah menggunakan konsep pembelajaran hibrid yang
menggabungkan antara pembelajaran konvensional (bersemuka) dan
elemen e-learning seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini.

(Sumber: Benthall, 2008)

ii. Dalam konteks Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
pembelajaran hibrid dikhususkan kepada kursus yang tidak dapat dijalankan
sepenuhnya dalam talian kerana memerlukan peralatan khas untuk
mengukur hasil pembelajaran psikomotor di makmal/ bengkel dan kitchen.
Kaedah pelaksanaannya adalah dengan menggabungkan pembelajaran
konvensional bersama dengan pembelajaran dalam talian bagi satu (1)
kursus yang sama.

iii. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara hibrid ini perlu merujuk perkara
5.1 dan perkara 5.2 dalam Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan
Pembelajaran Pasca Pandemik COVID-19.

iv. Pensyarah perlu merancang pengajaran dalam Planning for Online Class
Activities (POA), Lampiran 3 dengan menggabungkan SLT Dalam Talian
dan SLT Secara Bersemuka.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM 19

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

6.0 PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

i. Pentaksiran pengajian politeknik adalah proses penilaian hasil pembelajaran
pelajar dari segi pengetahuan dan kemahiran termasuk kemahiran insaniah.
Tujuan utama pentaksiran merangkumi perkara berikut:
a. Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning), untuk
memberi maklumbalas kepada pelajar dan pensyarah bagi tujuan
memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran.
b. Pentaksiran terhadap pembelajaran (assessment of learning) untuk
mengukur apa dan sejauh mana yang telah dipelajari oleh pelajar, dan
seterusnya boleh digunakan untuk meningkatkan hasil pembelajaran
kursus dan program.
c. Pentaksiran untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan jaminan kualiti
dan akauntabiliti sistem pengajian politeknik. (Sumber: Dasar dan

Prinsip PentaksiranPengajian Politeknik, KPT (2011))

ii. Penilaian merupakan satu proses/ prosedur yang sistematik bagi membuat
pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk
memberi maklumat tentang pencapaian domain kognitif, psikomotor dan
afektif dalam pembelajaran. (Sumber: Panduan Pembinaan Item Penilaian

Akhir dan Peraturan Pemarkahan Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT)

6.1 Kaedah Penilaian

6.1.1 Bersemuka

Aktiviti penilaian yang dilaksanakan mestilah merujuk kepada Proses Kerja
PMM(O)-PdP-01 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran, Proses Kerja
PMM(O)-PEP-01 Pengurusan Peperiksaan dan mematuhi Prosedur Operasi
Standard (SOP) bagi pengawalan penularan jangkitan COVID-19 yang
dikeluarkan oleh MKN dan JPPKK.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

201

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

6.1.2 Dalam talian

Aktiviti Penilaian dilaksanakan melalui capaian akses internet menggunakan
bantuan komputer, telefon pintar dan juga gajet tertentu dengan menggunakan
kaedah pembelajaran secara Interaksi Segerak (synchronous) dan secara
Interaksi Tidak Segerak (asynchronous)

6.2 Pelaksanaan Penilaian Dalam Talian

Terdapat beberapa prinsip utama yang perlu dipatuhi dalam merancang dan memilih
kaedah pelaksanaan penilaian dalam talian yang bersesuaian. Prinsip-prinsip tersebut
adalah:

i. Penilaian kursus MESTI mengukur hasil pembelajaran (CLO & PLO) yang
ditetapkan dalam dokumen kurikulum yang sedang berkuatkuasa.

ii. Item bagi Peperiksaan Akhir perlu melalui proses semakan oleh Subject
Matter Expert (SME) yang telah dilantik.

iii. Semua Penilaian Kerja Kursus dan Peperiksaan Akhir yang dilaksanakan
perlu didokumenkan bagi tujuan pengauditan oleh badan yang memberikan
pengiktirafan.

iv. Terdapat DUA (2) kaedah yang boleh digunapakai untuk membuat
Penilaian Kerja Kursus (PKK) dan Peperiksaan Akhir (PA) secara dalam
talian iaitu:

a) Peperiksaan Bertulis
1. Closed-Book Exam
 Kaedah shuffle perlu digunakan bagi soalan yang berbentuk
pelbagai pilihan (multiple choice), jawapan pendek (short answer)
dan benar/ salah (true/false)

 Bagi soalan subjektif kaedah muat turun soalan dan muat naik
jawapan boleh digunakan.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

21

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

 Mengambil kira capaian internet, pensyarah boleh memilih untuk
membenarkan muat naik jawapan semua soalan setelah selesai
sesi PKK dan PA dalam talian berlangsung atau memilih untuk
meminta pelajar memuat naik jawapan untuk setiap soalan
mengikut tempoh tertentu sewaktu sesi PKK dan PA berlangsung.

 Bagi proses muat naik jawapan mengikut soalan, pelajar perlu
diberikan tempoh rehat yang bersesuaian dan tempoh rehat
tersebut tidak di ambil kira sebagai masa yang diperuntukkan
sebagai masa PKK dan PA dalam talian.

2. Open-Book Exam
 Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan multiple choice
dan true/ false bagi PKK dan PA mestilah kurang dari masa
sebenar.

 Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan berbentuk
pengiraan, struktur dan esei bagi PKK dan PA adalah sama
seperti masa sebenar.

 Bagi soalan pengiraan yang berbentuk subjektif, kaedah muat
turun soalan dan muat naik jawapan boleh digunakan.

 Mengambil kira capaian internet, pensyarah boleh memilih untuk
membenarkan muat naik jawapan semua soalan setelah selesai
sesi PKK dan PA dalam talian berlangsung atau memilih untuk
meminta pelajar memuat naik jawapan untuk setiap soalan
mengikut tempoh tertentu sewaktu sesi PKK dan PA berlangsung.

 Kaedah ini hendaklah digunapakai bagi domain kognitif aras
sederhana dan tinggi iaitu aras minimum ialah C3.

 Bagi kaedah take home tempoh maksimum yang dibenarkan
pelajar menjawab soalan PKK adalah 3 hari dengan domain
kognitif aras minimum ialah C4.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

22

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

b) Oral Exam
 Dilaksanakan secara Interaksi Segerak (synchronous) dan juga secara
Interaksi Tidak Segerak (asynchronous). Pensyarah perlu
menyediakan rubrik yang bersesuaian supaya hasil pembelajaran
dapat dicapai. Online Viva adalah antara contoh Oral Exam yang
biasa digunakan di dalam bidang pendidikan.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

23

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

Pembinaan item penilaian dalam talian perlu disesuaikan berpandukan garis panduan
yang sedang berkuatkuasa. Proses pembinaan item penilaian dalam talian adalah seperti
carta alir berikut:

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

243

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

Pelaksanaan Peperiksaan Akhir secara dalam talian adalah seperti carta alir di bawah:

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

25

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

6.3 Plagiarisme

i. Plagiarisme bermaksud:
 Perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan
orang lain dan mendakwa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah
hasil dapatan atau ciptaannya sendiri; atau

 Suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam
apa-apa cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu
idea, penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil
daripada sumber lain.

(Sumber: Akta 174, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976)

ii. Penilaian dalam talian memberikan peluang untuk berlakunya
plagiarisme yang sukar dikawal kerana pelajar terdedah kepada pelbagai
akses rujukan yang tidak terbatas.

iii. Pensyarah boleh menggunakan beberapa kaedah untuk mengawal
plagiarisme dalam kalangan pelajar iaitu:
a. Memberikan taklimat mengenai implikasi yang akan berlaku sekiranya
pelajar melakukan plagiarism.
b. Mempelbagaikan set soalan atau tugasan.
c. Merancang penilaian pelajar yang melibatkan kemahiran berfikir aras
tinggi.

iv. Kenyataan akujanji Plagiarism and Academic Dishonesty dan arahan
berkaitan PKK dan PA serta pelaksanaannya adalah WAJIB dimaklumkan
kepada pelajar secara dalam talian. Pelajar WAJIB memuat turun dokumen
tersebut dan membaca isi kandungannya sebelum bermulanya sesi PKK
dan PA dalam talian. Pensyarah perlu memastikan Borang Akuan Pelajar
seperti di Lampiran 5 lengkap diisi untuk semua kursus bagi PKK dan PA
dan PERLU disimpan bagi tujuan pengauditan.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

26

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

6.4 Pertimbangan Khas

i. Apabila melaksanakan penilaian secara dalam talian, pensyarah perlu
mempertimbangkan dengan teliti kebolehcapaian pelajar terhadap akses
internet serta situasi semasa mereka di bawah Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).

ii. Pelajar adalah dibenarkan untuk pergi ke mana-mana institusi JPPKK yang
berhampiran sekiranya menghadapi masalah kemudahan infrastuktur dan
akses, dengan mengemukakan pengenalan diri (kad pelajar) kepada institusi
berkenaan.

iii. Pelajar berkeperluan khas juga perlu diberi perhatian dan pensyarah perlu
merancang penilaian yang bersesuaian untuk kumpulan pelajar ini.
Peruntukan masa tambahan penilaian perlu diberikan untuk pelajar
berkeperluan khas supaya mereka tidak tercicir dan ketinggalan.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

27

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

CARTA ALIR PROSES VETTING

TANGGUNGJAWAB PROSES
Mula

Lantikan Pensyarah Penggubal, KJ – Pensyarah Penggubal
Pensyarah Vetting & Penyemak TPA – Pensyarah Vetting
dan Penyemak Bahasa
Bahasa
Pensyarah Penggubal
Penggubalan Item dan Peraturan
pemarkahan

Proses Vetting KJ/KPro/Pensyarah Vetting
(Borang Vetting)

TIADA Pembetulan Pensyarah Penggubal
ADA Penyemak Bahasa
ADA
Tindakan pembetulan
Pensyarah Penggubal
Proses Semakan Bahasa KPPJ/PPJ/UPEP
Pensyarah Kursus
Pembetulan
TIADA

Serah Salinan item dan
peraturan pemarkahan serta

Borang Vetting ke Unit
Peperiksaan

Laksana PA mengikut Jadual
Waktu PA

Tamat

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

28

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

7.0 PERKARA-PERKARA LAIN YANG BERKAITAN

i. Untuk tujuan kawalan kualiti, sila pastikan semua perubahan yang
dibuat MESTI didokumenkan dan disimpan untuk rujukan, semakan dan
pemantauan.

ii. Semua aktiviti PdP mesti didokumenkan atau direkodkan. Rekod
pelaksanaan mesti disimpan selaras dengan proses kerja sistem
pengurusan kualiti.

8.0 PENUTUP

Dalam menangani dan mendepani pandemik COVID-19, ia merupakan cabaran
dan norma baharu bagi PMM dalam usaha untuk memastikan proses PdP dapat
dilaksanakan. Justeru, adalah diharapkan agar garis panduan ini dapat membantu
semua pihak terutamanya kepada pensyarah bukan sahaja pada situasi terkini, malah
menjadi panduan sekiranya situasi yang sama berulang menyebabkan PdP secara
bersemuka tidak dapat dilaksanakan. Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan
Pembelajaran Pasca Pandemik COVID-19 ini diharap dapat membantu pengurusan dan
proses PdP di PMM berjalan dengan lancar dan berkesan.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

29

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

LAMPIRAN 1

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

30

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

31

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

32

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

33

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

34

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

LAMPIRAN 2

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

35

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

36

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

37

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

LAMPIRAN 3

PLANNING FOR ONLINE CLASS ACTIVITIES (POA)

Name of Lecturer : __________________________________________________

Course Code/ Course Name : __________________________________________________

Academic Session : __________________________________________________

Semester: 1 / 2 / 3 /4 /5

Course Learning outcomes (CLO)
At the end of this course the student will able to:
1. _______________________________________________________________________
2. _______________________________________________________________________
3. _______________________________________________________________________

Online Teaching & Learning Hours

Week CLO Activities Guided Independent SLT
Learning Learning
W1
TEACHING & LEARNING W2
W3
W4
W5
W6
W7
W8
W9
W10
W11
W12
W13
W14
W15
W16

(A) TOTAL

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

38

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

COURSEWORK ASSESSMENT

CLO Activities Real time/ Preparation SLT
non-real Time

time

ASSESSMENT

SUMMATIVE ASSESSMENT

(A + B) = C (B)
(C/ COURSE SLT) *100 TOTAL
(C) TOTAL SLT

PERCENTAGE OF SLT

Prepared by: ) Verified by: )

( (
Course Lecture TPA/KJ/KPro/KK
Date: Date:

Catatan:
1. Perlu diingatkan bahawa Pembelajaran Dalam Talian mengambilkira SLT Pembelajaran Kendiri yang lebih panjang

untuk mencapai hasil pembelajaran kursus.
2. Kursus perlu melaksanakan sekurang-kurangnya 75% keperluan SLT yang merangkumi Jam Pertemuan Bersemuka

(Face-to-Face), Jam Pertemuan Tidak Bersemuka (Non-Face-to-Face), Jam Pembelajaran Kendiri (Independent
Learning) dan Jam Penilaian Formal (Assessment).
3. Penggunaan Lampiran 3 tertakluk kepada perubahan arahan pihak Malaysian Qualifications Agency (MQA) dari
masa ke semasa.

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

39

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

LAMPIRAN 4
BORANG VETTING ITEM PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN AKHIR

KOD KURSUS : NAMA KURSUS :
PROGRAM :
JABATAN :

SENARAI SEMAK VETING SEMAKAN
Kata tugas, konteks dan stimulus bersifat jelas (√)
(Kebolehfahaman terhadap item dan tidak mengelirukan)
Akur AST/CAP

Aras domain taksonomi bersesuaian

Pembahagian markah pada setiap item bersesuaian

Item dalam dwi-bahasa
Markah pada setiap jalan kerja dalam peraturan pemarkahan
bersesuaian
Skema jawapan tepat dan lengkap

No Item Komen & Catatan Pembetulan / Penambahbaikan Pembetulan
(Item / Peraturan Pemarkahan) Telah Diperbaiki

(√)

NAMA PENILAI (KP / KJ) PENGGUBAL PENYEMAK BAHASA
T/TANGAN

NAMA
TARIKH

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

3490

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PASCA PANDEMIK COVID-19

LAMPIRAN 5

BORANG AKUAN PELAJAR

MAKLUMAT

NAMA PELAJAR
NO. PENDAFTARAN
NO. KAD PENGENALAN
PROGRAM PENGAJIAN
KOD KURSUS
NAMA KURSUS
INSTITUSI PENGAJIAN
NOMBOR TELEFON
E-MEL
NAMA PENSYARAH / PENYELIA

PENGESAHAN PELAJAR

Saya memperakui bahawa segala maklumat yang telah didokumentasikan di dalam
tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, tiada sebarang unsur-unsur plagiat,
melainkan petikan, grafik dan gambar rajah yang dinyatakan sumber rujukannya. Jika
ada sebarang persamaan di dalam dokumen ini dan jika saya memalsukan sebarang
maklumat yang telah didokumentasikan, saya bersedia untuk menerima apa-apa
tindakan yang sewajarnya.

Tandatangan :…………………………………………………..
Nama : ………………………………………………….
Tarikh : ………………………………………………….

UNTUK KEGUNAAN PENSYARAH SAHAJA

Tarikh penerimaan laporan : …………………………………………………

Laporan diterima oleh : …………………………………………………

Tandatangan : …………………………………………………
(Cop Pensyarah

UNIT JAMINAN KUALITI, PMM

41


Click to View FlipBook Version
Previous Book
MODUL MENTOR MENTEE T3 2021
Next Book
COVID19