The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zakiah Zuber, 2022-11-27 10:40:27

PERGAULAN DALAM ISLAM

Akhlak Islam

Keywords: ZHZ71

PERGAULAN
DALAM ISLAM

a) ADAB DAN BATAS PERGAULAN
b) HIKMAH PERGAULAN

ADAB DAN BATAS PERGAULAN

Dalil berkaitan dasar pergaulan:

Al-Qur’an, AL-Hujuraat 43: 13

ADAB DAN BATAS PERGAULAN

ِ‫ِإَّنم اَ ُِعِْت عُِِعَا مَ اَِ اص ل احِا تِا تخ اَلق‬

Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan
melainkan untuk menyempurnakan kebaikan
akhlak.”

[Riwayat Ahmad (8952)][Syeikh Syu’aib al-
Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih dan

sanadnya kuat]

ADAB DAN BATAS PERGAULAN

Allah mencipta manusia dengan
kepelbagaian etnik, warna kulit dan

bahasa agar manusia dapat
mengenali antara satu sama lain.

ADAB PERGAULAN

• Imam Al-Ghazali menjelaskan syarat
utama dan pertama dalam pergaulan

dengan sesiapa sahaja ialah ‫اخَلص‬

(ikhlas).

• Menurut Imam Al Ghazali terdapat 3
lapisan masyarakat berkaitan dengan
adab pergaulan;

⚫ Lapisan I :
⚫ Mereka yg umurnya lebih tua / lebih byk
ilmu / lebih byk ibadahnya daripada kita.
⚫ Kepada mereka kita berikan keutamaan
dan penghormatan.

⚫ Lapisan II:
⚫ Mereka yg setaraf umur dgn kita.
⚫ Hormati mereka dengan sopan santun yg
tinggi.

⚫ Lapisan III:
⚫ Mereka yg lebih muda daripada kita
⚫ Kasihi dan hormati mereka.
⚫ Tunjukkan suri tauladan yang baik.

Pergaulan Lelaki dan Perempuan:

⚫ Pergaulan Lelaki dan Perempuan:

⚫ Pertemuan antara laki-laki dengan perempuan tidak
haram, melainkan jaiz (boleh).

⚫ Bahkan, hal itu kadang-kadang dituntut apabila
bertujuan untuk kebaikan:
⚫ ilmu yang bermanfaat,
⚫ amal soleh,
⚫ kebajikan,
⚫ perjuangan, atau
⚫ lain-lain yang memerlukan banyak tenaga, baik
dari laki-laki maupun perempuan.

ADAB DAN BATAS PERGAULAN

⚫ Namun, kebolehan itu tidak bererti
bahawa batas-batas di antara keduanya
menjadi lebur dan ikatan-ikatan syar'iyah
dilupakan.

⚫ Batas-batas hukum tersebut antara lain:

ADAB DAN BATAS
PERGAULAN

1. Menahan pandangan dari
kedua belah pihak.

⚫ tidak boleh melihat aurat,
⚫ tidak boleh memandang dengan syahwat,
⚫ tidak berlama-lama memandang tanpa ada

keperluan

⚫ Allah berfirman:

⚫ "Katakanlah kepada orang laki-laki yang
beriman,'Hendaklah mereka menahan pandangannya,

dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah

Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.'
Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah

mereka menahan pandangannya dan memelihara
kemaluannya ..."(an-Nur: 30-31)

2. Menutup aurat

⚫ Kedua-dua pihak mengenakan pakaian
yang sopan yang dituntutkan syara‘.

⚫ Jangan yang nipis dan jangan dengan
potongan yang menampakkan bentuk
tubuh

⚫ Allah berfirman:
⚫ "... dan janganlah mereka (wanita beriman)

menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa
tampak daripadanya. Dan hendaklah mereka

menutupkan kain tudung ke dadanya ..."
⚫ (an-Nur: 31 )

3) Mematuhi adab-adab wanita

muslimah dalam segala hal

⚫ Dalam perkataan, harus menghindari
perkataan yang merayu dan
membangkitkan rangsangan.

⚫ Allah berfirman:

⚫ "... Maka janganlah kamu tunduk dalam
berbicara sehingga berkeinginanlah orang

yang ada penyakit dalam hatinya, dan
ucapkanlah perkataan yang baik."

(al-Ahzab: 32)

⚫ Dalam berjalan, jangan memancing
pandangan orang.

⚫ Firman Allah:

"... Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan..."

(an-Nur: 31)

⚫ Hendaklah mencontoh wanita yang
diidentifikasikan

oleh Allah dengan firman-Nya:

"Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua
wanita itu berjalan kemalu-maluan ..." (al-Qashash: 25)

⚫ Dalam gerak

⚫ Jangan berlenggak-lenggok seperti
yang disebut dalam hadits:

⚫ "(Yaitu) wanita-wanita yang
menyimpang dari ketaatan dan
menjadikan hati laki-laki cenderung
kepada kerusakan(kemaksiatan).” (HR
Ahmad dan Muslim)

⚫ Jangan sampai bertabarruj (berhias)
sebagaimana yang dilakukan wanita-
wanita jahiliah dulu atau pun jahiliah
modern

4) Menjauhkan diri dari bau-bauan
yang harum

⚫ Bagi kaum wanita wangian yang kuat
harumannya dan warna warni perhiasan
hanya boleh dipakai di rumah bukan di luar
rumah, sekalipun ke masjid untuk
beribadah.

⚫ Hadis larangan:

⚫ “Siapa sahaja perempuan yang memakai harum-
haruman, maka janganlah dia menghadiri (solat)
isya’ di (masjid) bersama kami.”

(Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan
Nasa’I dari jalan Abi Hurairah)

⚫ “Siapa sahaja perempuan yang memakai
minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia
melewati satu kaum (orang ramai) supaya
mereka mendapati (mencium) baunya, maka
dia itu adalah perempuan zina.”

(Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud,
Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah
dan Thahawi dari jalan Abu Musa).

5) Jangan berduaan (laki-laki dengan
perempuan) tanpa disertai mahram

⚫ Banyak hadits sahih yang melarang hal ini
seraya mengatakan, ’Kerana yang ketiga
adalah syaitan.’

⚫ Jangan berduaan sekalipun dengan
kerabat suami atau isteri. Sehubungan
dengan ini, terdapat hadits yang berbunyi:

⚫ "Jangan kamu masuk ke tempat wanita."
Mereka (sahabat)bertanya, "Bagaimana dengan

ipar wanita.”
Beliau menjawab,
"Ipar wanita itu membahayakan." (HR Bukhari)

6) Pertemuan itu sebatas keperluan yang
dikehendaki untuk bekerja sama

⚫ tidak berlebih-lebihan yang dapat
mengeluarkan wanita dari naluri

kewanitaannya, menimbulkan fitnah, atau
melalaikannya dari kewajiban sucinya
mengurus rumahtangga dan mendidik
anak-anak.

⚫ Perhatian:

⚫ Adab-adab di atas ini mencakupi
pergaulan dalam apa situasi
sekalipun. Tidak kira sebelum
bertunang mahupun selepas
bertunang.

Percampuran Yang Diharuskan

1) Harus kerana terpaksa (dharurah)
Percampuran yang berlaku kerana
terpaksa

⚫ menyelamat wanita kecelakaan lemas,
diperkosa dll

2) Harus kerana keperluan (hajat)
a) Percampuran kerana urusan jual
beli yang dibenarkan oleh syarak
b) Percampuran kerana melakukan
kerja kehakiman.
c) Percampuran kerana menjadi saksi.
d) Percampuran kerana amar makruf
nahi mungkar.
e) Percampuran kerana melayan
tetamu.

HIKMAH ADAB PERGAULAN

⚫ Dapat menjauhkan diri daripada perkara-
perkara yang mendatangkan mudarat

⚫ Meletakkan martabat manusia sebagai
khalifah di muka bumi dan membezakan
manusia daripada haiwan

⚫ Membentuk manusia menjadi insan yang
beradab dan tinggi tatasusila

SEKIAN
TERIMA KASIH

Susunan semula; Zakiah binti Zuber KMNS


Click to View FlipBook Version