ETIKA PA N D A N G A N
HIBURAN ISLAM TERHADAP
HIBURAN
DALAM
ISLAM DALIL-DALIL
KEHARUSAN
HIBURAN
CIRI-CIRI
HIBURAN YANG
DIBENARKAN
DAN DILARANG
Pandangan Islam Terhadap Hiburan
Allah Yang Maha Mencipta mengetahui bahawa manusia melalui dalam
hidup mereka berbagai suasana dan keadaan. Ada kala manusia perlukan
hiburan atau perlu dihiburkan.
Hiburan wujud dalam berbagai bentuk. Islam datang bukan untuk
mengharamkan, tetapi untuk memberi garis panduan
Pandangan Islam Terhadap Hiburan
Tumpuan hidup insan bukan kepada hiburan,
tetapi kepada mengabdikan diri kepada Allah.
Hiburan dan nyanyian hanya sampingan yang
menghiasi rempah ratus kehidupan dan asam
garamnya, bukannya tujuan asal kehidupan
Kriteria Hiburan yang Dibenarkan
dan Dilarang
▪ Niat dan tujuan sesuatu Muzik atau Nyanyian dibuat
▪ Kesan sesuatu muzik atau nyanyian itu kepada pendengarnya
▪ Isi Kandungan lagu atau nyanyian tersebut
▪ Cara perlakuan & pelaksanaan muzik atau nyanyian itu
▪ Keadaan waktu muzik atau nyanyian itu dilakukan
Dalil-dalil Keharusan Hiburan
Hadis Ummul Mukminin ‘Aishah r.a.:
bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk
ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di
sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang
menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath
(peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata:
“Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w
bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr!
Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah
hari raya kita”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalil-dalil Keharusan Hiburan
Dalam riwayat al-Bukhari, juga dari ‘Aisyah r.a. bahawa
“Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka
baginda bersabda: Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada
bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”.
Maka, dalam hadis ini menunjukkan Nabi s.a.w prihatin
dengan kecenderungan hiburan sesuatu kaum dalam
majlis-majlis yang bertujuan untuk kegembiraan dan
kesukaan seperti majlis perkahwinan.
Mungkin hal ini boleh diluaskan kepada majlis sambutan
kesukaan yang lain seperti majlis keluarga atau pejabat
dan seumpamanya.