P E N G H A Y A T A N E T I K A D A N P E R A D A P A N MALAYSIA TERKENAL DIPERSADA DUNIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG BERBILANG KAUM DAN BANGSA YANG BERSATU PADU . MP U 2 1 0 3 2 SESI 1 2023/2024 NAMA PENSYARAH : En. Mazlan bin Osman
ISI KANDUNGAN 1 AHLI KUMPULAN 2 3 4 5 P ENGENALAN USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK P ERPADUAN DI MALAY S IA CABARAN MENGEKALKAN P ERPADUAN KAUM DI MALAY S IA KE P ENT INGAN P ERPADUAN DI MALAY S IA 6 KE S IMPULAN
FAUZIN SYAZANA BINTI RAMLI NAMA AHLI KUMPULAN NURULAIN FADHLINA BT HASNIZAN NUR ADRIANA MASYITAH BT MOHD KHALID 03DSB23F1042 03DSB23F1053 03DSB23F1030
Negara P Ma E lays N ia m G enge E cap N i ke A merd L eka A an N hasil usaha kesemua rakyat pada ketika itu, tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit untuk hidup harmoni bersamasama. Namun, hari ini kita sering melihat siaran berita di televisyen dan video-video perkongsian di laman sosial yang menggugat perpaduan kaum yang telah terbina sejak dahulu lagi. Pelbagai faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku di mana kekurangan sifat toleransi merupakan nilai yang penting bagi mencari kemajmukan dalam kalangan masyarakat hari ini.
USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, seluruh rakyat negara Malaysia yang tediri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan berhubung dengan satu sama lain dengan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntanya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah "bersatu teguh, bercerai roboh". Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling bantu-membantu di antara sat sama lain di dalam masyarakat Malaysia. Keharmonian seperti ini senang terhapus melalui sikap mementingkan diri sendiri yang dilihat kian tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. 1 . Menganjurkan majlis rumah terbuka
USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang mudah untuk merealisasikan hasrat ini. Dengan pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ianya telah mewujudkan perpaduan kaum secara tidak langsung. Selain itu, terdapat sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah laitu:- 1. Sekolah Kebangsaan 2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 2. Melaksanakan sekolah wawasan
USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA Melalui pelaksanaan sekolah wawasan ini, ianya juga dapat mempercepatkan proses perpaduan kaum. Sebagai contoh:- • Aktiviti berkumpulan sekolah yang dijalankan secara teratur bersama murid-murid dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat antara sekolah. • Penggunaan serta penerapan bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain. 2. Melaksanakan sekolah wawasan
USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India yang merupakan kaum utama di Malaysia. Dengan itu, rakyat boleh mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum mereka itu sendiri dengan kaum lain dari aspek seperti:- 1. Pemakanan 2. Pemakaian 3. Peradaban 3. Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian
PEMAKANAN
PEMAKANAN
USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA Sebagai contoh yang kita boleh lihat telah pun dijalankan oleh rakyat Malaysia antaranya adalah seperti:- 1. Semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis mahupun ke kuliah di universiti. 2. Makanan India seperti roti canai dan tosei juga semakin diminati ole kaum-kaum yang lain. 3. Memperkenalkan adab-adab orang Melayu kepada kaum Cina dan India atau sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu dengan lebih jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan hari perayaan kaum masing-masing. Oleh itu, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum in dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara. 3. Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian
USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA Sebagai contoh Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Jika perkara ini diteliti dengan lebih lanjut, sebelum ini kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang bakal menjadi pemimpin negara satu masa nanti. Selaras dengan modul kenegaraan yang dijalankan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama dalam pelbagai aktiviti seperti peribahasa "bagai aur dengan tebing". Justeru, perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan tersebut. Sememangnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum. 4. Program Kenegaraan
Cabaran pertama adalah dari segi politik negara. Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman telah menyukarkan perpaduan kaum. Dunia politik sememangnya penuh dengan kontrovesi dimana terdapat pelbagai individu yang mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza. Hasilnya, masih terdapat pemimpin yang kurang bijak dengan mengharapkan sentimen perkauman dapat memancing perhatian rakyat tetapi sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan diri sendiri. Oleh itu, bagi menggerakkan negara ke arah kemajuan yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain, ahli politik perlu bersikap terbuka dan matang. Politik sepatutnya membela nasib keseluruhan rakyat bukannya mengikut kepentingan bagi mana-mana pihak. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum di negara ini. Sekiranya rakyat dan para pemimpin negara dapat mengatasi cabaran ini, pasti perpaduan kaum antara masyarakat dalam negara akan menjadi lebih erat. CABARAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA
Cabaran seterusnya adalah dari segi sosial golongan muda dimana sistem pendidikan yang diasingkan mengikut kaum telah wujud dan meninggalkan kesan yang kurang baik. Pengenalan sistem sekolah vernakular yang mengikut kaum telah menjadikan hubungan masyarakat semakin renggang. Mutakhir ini, masih ramai rakyat yang merupakan warganegara Malaysia tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan iaiatu Bahasa Melayu. Bahasa merupakan elemen utama untuk berkomunikasi di antara satu sama lain, sekiranya kita tidak fasih untuk berbahasa, bagaimana untuk kita berkomunikasi dan memahami individu lain yang berbeza pendapat dengan kita. Jika masyarakat majmuk melibatkan diri dalam kegiatan sosial terutamanya pendidikan dan berkomunikasi dengan baik maka akan timbul sifat keterbukaan, persefahaman dan toleransi antara satu sama lain. Pada hemat saya, mewujudkan satu sahaja aliran dalam sistem pendidikan negara serta penekanan tehadap penggunaan bahasa kebangsaan dapat menyelesaikan masalah perpaduan kaum yang semakin membelenggu masyarakat hari ini. Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya. CABARAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA
Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tapa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. KEPENTINGAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA
Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan dir sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah in akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid a lah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini. KEPENTINGAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA
Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan pelancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain. KEPENTINGAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA
KESIMPULAN Kesimpulannya , pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program tau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun in akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni ole negara luar.
TERIMA KASIH