The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-60126815, 2023-11-28 00:14:41

MAJLIS APRESIASI TINGKATAN 5 2023

BUKU PROGRAM

AMajlis presiasi Dirasmikan oleh : Tingkatan 5 30 2.00 PTG KHAMIS NOV DEWAN BAITUL HIKMAH SMK (FELDA) LUI BARAT AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SUNGAILUI 2023 SMK (FELDA) LUI BARAT 72120 BANDAR SERI JEMPOL, NEGERI SEMBILAN


Objektif Pengenalan "With hard work and effort, you can achieve anything." - Antoine Griezmann MAJLIS APRESIASI 2023 MAJLIS APRESIASI 2023 Sekolah yang berkesan ialah sekolah yang memperlihatkan pencapaian murid yang cemerlang baik dari segi akademik mahupun dari aspek pembentukan sahsiah dan kokurikulum. Selain itu, perkongsian misi dan visi, kewujudan budaya pembelajaran, penumpuan terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan, pengukuhan dan daya saing yang tinggi dalam kalangan murid, serta permuafakatan ibu bapa dan masyarakat setempat akan turutmemantapkan kecemerlangan sekolah. Majlis Apresiasi Tingkatan 5 akan menjadi pemangkin dalam merealisasikan segala hasrat dan harapan yang terkandung dalam misi dan visi sekolah. Suntikan semangat dan pengiktirafan yang bakal diberikan kepada murid-murid secara tidak langsung akan menyemai motivasi instrinsik dalam diri mereka ke arah yang lebih cemerlang dan progresif. Meraikanmurid-murid atas kejayaanmereka dalammengharungi zaman persekolahan di peringkat sekolahmenengah dan akan menamatkan persekolahan di SMK (FELDA)LUI BARAT. Menyuntik semangat baharu dalamkalanganmurid khususnya murid-murid Tingkatan 5 agar dapatmenduduki peperiksaan SPM dengan lebih yakin dan positif. Mewujudkan semangat perpaduan dalamkalanganmurid agar bersatumemacu kejayaan sekolah danmenimbulkan rasa kasih sayang serta cinta kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus mencurahkan ilmu danmenabur bakti. Menggalakkan penglibatanmasyarakat dan pemimpin setempat, ibu bapa, guru-guru danmurid-murid bagimeningkatkan kecemerlangan sekolah.


Ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan ini saya tujukan khusus kepada pihak Jawatankuasa Kerja Majlis Apresiasi 2023 kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada saya Nur Syazlyana Balqis binti Mohd Syamir dari kelas 5 USM untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis penuh bermakna yang dianjurkan khusus buat kami ini. Hadirin dan hadirat sekalian, Meskipun saban tahun majlis seumpama ini diadakan, namun, setiap penganjuran majlis tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bagi kami, Majlis Apresiasi ini merupakan hari yang kami nantikan dengan perasaan yang bercampur baur. Kami berasa gembira kerana kami sudah hampir ke garisan penamat namun turut berasa sedih kerana beberapa bulan akan datang, kami tidak lagi menjadi sebahagian daripada keluarga besar SMK (Felda) Lui Barat. Majlis Apresiasi ini juga merupakan bukti keikhlasan dan komitmen para guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai jentera pendidikan dalam menyampaikan ilmu dan pengajaran demi masa hadapan anak bangsa kerana tanpa guru-guru, tiada kami, tiada ilmu, dan maka itu, tiadalah graduasi. Guru-guru yang kami sanjungi, Kami sedar bahawa dalam usaha untuk memanusiakan murid-murid seperti kami, guru-guru sering kali berhadapan dengan pelbagai kerenah dan cabaran, ada yang menyakitkan hati, ada yang menghampakan, ada yang menggembirakan dan ada yang menyeronokkan. Segala pengalaman pahit dan manis ditelan dengan penuh sabar. Guru-guru di sekolah ini bukan sekadar guru biasa, malah berperanan sebagai ibu dan bapa kepada kami. Mereka sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan, kemajuan akademik dan keterampilan sahsiah kami. Terdapat banyak kerja rumah, modul, folio, kerja kursus, latihan pengukuhan dan pelbagai tugasan kami akan diperiksa oleh guru-guru yang penuh berdedikasi ini. Ada juga guru-guru yang mengorbankan masa bersama keluarga untuk mengajar kami, tidak kira masa, termasuklah pada hari cuti. Terima kasih cikgu! Restuilah kami dan doakan kejayaan kami dalam peperiksaan SPM yang akan menjelang tidak lama lagi. Kepada rakan-rakan seperjuangan, tahniah atas pencapaian pada hari ini, tetapi perjuangan kita masih belum selesai. Gunakanlah masa yang berbaki ini untuk berusaha dan belajar bersungguhsungguh supaya kita dapat mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan SPM nanti, demi ibu bapa, guru-guru dan masa depan kita. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya untuk semua. Akhir kata, selaku wakil murid Tingkatan 5 bagi tahun 2023 sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada para guru yang telah sudi menabur bakti demi kecemerlangan hidup kami. Segala jasa dan pengorbanan guru-guru tidak dapat kami lupakan dan kami akan membalasnya pada suatu hari nanti. Saya dengan rendah hati, mohon untuk mengundur diri. Sekian, terima kasih. NUR SYAZLYANA BALQIS BINTI MOHD SYAMIR KETUA PENGAWAS SMK (FELDA) LUI BARAT Wakil Muird Wakil Muird Ucapan Ucapan


Tuan Pengetua Tuan Pengetua Ucapan Ucapan Saya memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan limpah dan izin-Nya, Majlis Apresiasi SMK (Felda) Lui Barat tahun 2023/2024 bagi putera dan puteri tingkatan lima dapat kita adakan pada hari ini dalam suasana yang penuh gemilang dan bermakna buat kita semua. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada AJK Pengelola Majlis Apresiasi 2023/2024 ini kerana telah berjaya menzahirkan majlis ini dengan penuh gemilang. Saya mewakili seluruh warga kerja SMK (Felda) Lui Barat mengalu-alukan dan merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini untuk meraikan dan memberi sokongan moral kepada anak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Semoga khidmat bakti, pengorbanan dan sokongan tuantuan dan puan-puan akan menyuntik semangat anak-anak untuk menggapai dan menggenggam kejayaan dalam SPM yang bakal ditempuhi oleh mereka nanti. Kumpulan graduan yang ada di dalam dewan ini akan menamatkan alam persekolahan dan pembelajaran formal di sekolah ini pada tahun ini. Saya percaya putera dan puteri SMK (Felda) Lui Barat telah banyak melakar sejarah sepanjang mereka bergelar murid di SMK (Felda) Lui Barat demi memastikan sekolah sentiasa memacu ke kemuncak baharu. Oleh itu, pada hari yang penuh bermakna ini, kami warga pendidik SMK (Felda) Lui Barat amat berbesar hati meraikan kejayaan para graduan yang akan menamatkan alam persekolahan pada tahun ini. Sebenarnya Majlis Apresiasi ini dan peperiksaan SPM yang bakal ditempuhi hanyalah titik permulaan jalan kehidupan yang bakal diterokai. Di hadapan para graduan nanti, terbentang pelbagai ranjau, duri dan rintangan ke arah pencapaian sebenar dalam kehidupan. Semangat perjuangan yang murni dan kekuatan iman perlu diperkukuh bagi membolehkan para graduan meneruskan perjalanan dengan penuh yakin dan tabah. Kami semua mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anda semua. Pada kesempatan ini saya ingin melontarkan cabaran kepada putera-puteri graduan agar dapat membuktikan bahawa putera-puteri graduan mampu meneruskan kejayaan yang lebih gemilang untuk sekolah ini. Pada saat akhir ini berusahalah dengan iltizam yang tinggi dan penuh ketakwaan berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru para graduan untuk memperoleh kejayaan dan seterusnya memartabatkan SMK (Felda) Lui Barat di persada daerah, negeri dan seterusnya mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan. Hadirin, hadirat dan para graduan yang diraikan, Dalam majlis ini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru, kakitangan, dan ibu bapa sekalian. Kesediaan dan kesudian para waris untuk samasama berganding bahu hadir dalam Majlis Apresiasi ini amat kami hargai dan kami sanjungi. Kepada para graduan,hargailah harapan tinggi yang telah disandarkan oleh waris anda. Balaslah jasa mereka dengan ‘juadah’ kejayaan yang hasilnya begitu indah dan dapat dinikmati selama-lamanya. Hadirin hadirat sekalian, Sebagai penutup, sekali lagi saya bagi pihak SMK (Felda) Lui Barat merakamkan penghargaan atas kehadiran Yang Berhormat Tuan Mohd Razi bin Mohd Ali ADUN Sungai Lui, Yang Berbahagia Encik Anuar bin Rahim, Yang Berbahagia Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru-guru, ibu bapa, dan murid-murid Tingkatan 5. Teruskan lakaran kita untuk terus mekar memartabat alam pendidikan negara kita. Kepada ibu bapa sekalian, iringilah perjuangan putera dan puteri graduan kita menempuh peperiksaan dengan doa agar kecemerlangan yang kita harap-harapkan tercapai. Kepada para jemputan, terima kasih atas kehadiran dan sokongan anda semua. Kepada putera dan puteri graduan, perjuangan belum berakhir. Teruskan perjuangan anda. Sekian, terima kasih. LATIPAH BINTI MANSOR PENGETUA SMK (FELDA) LUI BARAT Penganjuran majlis seumpama ini sebenarnya adalah bertujuan untuk memberi motivasi, perangsang dan ingatan agar para murid dapat meningkatkan kesediaan diri dari aspek psikologi di samping kesediaan intelek untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Malah diharapkan majlis pada hari ini mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh bermakna dalam lipatan sejarah para graduan. Sesungguhnya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM adalah sangat penting sebagai platform untuk meneruskan hasrat menuntut ilmu ke peringkat yang lebih tinggi di universiti. Di universiti anda akan meneruskan pengajian pada peringkat diploma dan ijazah. Kemudian, ke peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam bidang-bidang tertentu. Berkemungkinan juga anda akan ditawarkan untuk menyambung pengajian di universiti ternama di luar negara dengan penajaan kerajaan atau pihak swasta.


MAJLIS APRESIASI 2023 Jawatankuasa Induk PENGERUSI TIMBALAN PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 PENYELARAS PENOLONG pENYELARAS SETIAUSAHA BENDAHARI Mohd Tahir bin Ab Hamid Azizah binti Radzali Samsor Kamal bin Bidin Ruzainor Afian bin Ramli Nurul Zawani binti Baharudin Nor Ashikin binti Shahabuddin Nur Najmina binti Rozaini (Pengetua) (Penolong Kanan Pentadbiran) (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) (Penolong Kanan Kokurikulum) Latipah binti Mansor


JAWATANKUASA SAMBUTAN Semua GPK & GKMP JAWATANKUASA PROTOKOL Mashazliza binti Ahmad JAWATANKUASA PENGURUSAN MURID & DISIPLIN Hamdan bin Ab Ghani Sayidi Ashraf bin Azmanuddin Chan Norhazila binti Mohd Nor Kamisah binti Manhuri @ Sulaiman JAWATANKUASA FOTOGRAFI & VIDEOGRAFI Norazura binti Abdul Latif Misriyah binti Makmur Lubis JAWATANKUASA PENGURUSAN JUBAH Sharwina binti Johari Lilawathi a/p Ganesan Mohd Shukri bin Awang Hamat Maryani binti Mahmood Aishah Zafiera binti Che Lah JAWATANKUASA floor MANAGER Mohd Sukri bin Samin Jayasangar a/l Krishnan JAWATANKUASA CENDERAMATA vip & bUKU PELAWAT Norassolah binti Mokhtadin Norsuhada binti Mat Yazid Mohamad Ashraf bin Mohd Arif Afendi bin M. Awang JAWATANKUASA BUKU PROGRAM & SIJIL DIGITAL JAWATANKUASA TEKS UCAPAN Hidayatul Ajmal binti Tholibun Sivanarayanan a/l Arumugam Mohd Suhairi bin Bakar Baharudin bin Othman Guna Seelan a/l Marthan Mohd Hazizi bin Saribin JAWATANKUASA PERSIAPAN TEMPAT MAJLIS APRESIASI 2023 Jawatankuasa Pelaksana JAWATANKUA HIASAN DEWAN BACKDROP & PHOTO BOOTH Julia Nor binti Abdul Jalil Noor Faezah binti Zahari Mohd Fakarudin bin Mat Zin Hazirah Hanisah binti Harun Norarbaain binti Husin Mastura binti Muhamad Muktar Eue Hong Siong JAWATANKUASA DOKUMENTASI Mas Norsyamimi binti Ibrahim JAWATANKUASA PERSEDIAAN COKMOR & PERARAKAN MASUK Mohd Norisman bin Hussin


JAWATANKUASA SIJIL & HADIAH Mazlina binti Mohamad Noraini binti Khamis Nurul Aini binti Mad Apandi Norzilawati binti Abd Rashid JAWATANKUASA PENGACARA MAJLIS Zuniza Fazwa binti Mohd Noor Nurul Hidayah binti Sani JAWATANKUASA BACAAN DOA Mohamad Shahir bin Abdul Aziz Che Nor Pisah binti Harun Noreta binti Che Said Nik Norhasniza binti Mohd Yazid Siti Salina binti Md Said Nur Najihah binti Mohd Isa Khairun Dzuria Azniza binti Mat Yazi JAWATANKUASA JAMUAN JAWATANKUASA PERSEDIAAN BUNGGA MANGGAR & BUNGA PAHAR Salinah binti Selamat Zahratul Masri binti Baharun Fazmaliah binti Md Ali Norzailah binti Mohd Zain Nor Hidayah binti Ahmad Mansur JAWATANKUASA SIARAYA Muhamad Nazri bin Baharudin Mohd Dzul Izzi bin Mohd Shukar JAWATANKUASA PERSEMBAHAN & KOMPANG Nurul Izati binti Mat Yussuf Norshahirah binti Mohamad Rafi JAWATANKUASA PENDAFTARAN Rohayu binti Hamdan Siti Fatimah binti Nuhi Tahiri Jawatankuasa Pelaksana MAJLIS APRESIASI 2023


Ketibaan VIP Perarakan masuk barisan VIP, pentadbir dan guru tingkatan 5 2.55petang 3.05petang 3.35petang 2.30petang Perarakan masuk murid ke dewan Nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Sembilan Bacaan Doa Pengisytiharan Penangguhan Majlis Apresiasi dan Perarakan Keluar VIP Majlis Selesai 2.00petang Pendaftaran Ibu Bapa dan Penjaga Pengisytiharan Majlis Apresiasi PENYAMPAIAN SIJIL SESI 1 Penyampaian Sijil kepada Murid Kumpulan 1 Kelas : 5 UiTM, 5 UKM & 5 UPM 3.20petang 2.50petang 2.15petang 4.00petang 04.30petang 2.40petang PERSEMBAHAN SELINGAN 4.10petang Atur Cara MAJLIS APRESIASI 2023 4.25petang Ucapan VIP Ucapan Pengetua Latipah binti Mansor PENYAMPAIAN SIJIL SESI 2 PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA 16 MURID TERBAIK PERCUBAAN SPM Penyampaian Sijil kepada Murid Kumpulan 2 Kelas : 5 UTM, 5 UUM & 5 USM


Tingkatan 5


IMAN HAZIQ BIN MOHD FAIZAL MIA ADRIANA BINTI RAZAK 5 USM MUHAMAD HAZIEM AIMAN BIN KHALIL MUHAMAD HAZIEQ AIMAN BIN KHALIL MUHAMMAD AZIZI BIN AZMAN MUHAMMAD IRFAN BIN RAHMAT MUHAMMAD RIDUAN BIN RAMLI NABILA RAZALI BINTI ABDUL HAKIM Ketua Tingkatan NORALIEYA NATASHA BINTI MOHD NOR AZMAN NUR AISHA ALIS BINTI JEFLY NUR GHINA AFIQAH BINTI MOHD ZULKIFLI NUR ALYA AMANINA BINTI NORAZMAN NUR SYAZLYANA BALQIS BINTI MOHD SYAMIR NURUL AIN SYAFIQAH BINTI MD KAMAL SUDHARRSANA A/P CHANDARH ROO "Menuntut ilmu di masa muda bagai mengukir di atas batu." - Hasan al-Bashri Guru Tingkatan Penolong Ketua Tingkatan MUHAMAD NAZRI BIN BAHARUDIN NURUL ASHIRA BINTI SAMSUDIN


AINNUR RODIAH BINTI ABD HALIM AMIRUL HAKIM BIN MOHD ARIFF 5 UUM HARITH SAFWAN BIN SANNUSI KABINESHAN A/L SARAVANAN MUHAMAD ZAFRIN ASYRAF BIN SAMSUDDIN MUHAMMAD HARIZ ISKANDAR BIN EDDY ROZAIME MUHAMMAD SYARRIEL ADHA BIN SYAHRIZAL AHMAD AIMAN BIN GHAZALI Ketua Tingkatan ADAM HARITH BIN MUZRI NUR ALIZA SOFEA BINTI AZIM NURUL AIN BINTI ISMAIL NUR FITRAH BINTI ZULKIFLI NURUL IFFAH AQILAH BINTI MOHD KHAIRINIZAM SHARMILAN A/L MOSES SRI LAVANYA A/P MAHANTHRAU "Ilmu adalah yang memberikan manfaat, bukan yang sekadar hanya dihafal." - Imam Syafi'i Guru Tingkatan Penolong Ketua Tingkatan MOHD FAKARUDIN BIN MAT ZAIN NUR FATIHAH AQILAH BINTI NORZAIDI ARIAYANI SYAZANI BINTI ISMADEY


BALQIS ARDINI BINTI AZMAN MOHAMAD HAFIZ BIN MOHD FOUZI 5 UPM MOHAMAD SAHFIRUDDIN BIN ABDULLAH MUHAMMAD AFIQ DANISH BIN AZIZON MUHAMMAD ARIF DANIAL BIN MUHAMMAD MUHAMMAD FAIZ BIN FAIZAL MUHAMMAD IMAN NAJMI BIN MOHD SAFIEE NUR IZZATI HUSNA BINTI MOHD YUZRI Ketua Tingkatan NUR ATIQAH NAJWA RAZALI MUHAMMAD RAIF HARIZZUDDIN BIN SHAMSUDIN NORAISYAH BINTI MOHD SHAHRAN NORAIMAN DANISH BIN ALZOLMIN NUR AINA SAFIAH BINTI JOMHUR NUR ATIQAH NAJWA RAZALI NUR HALISSA BINTI MEDAN "Tuntutlah ilmu. Di saat kamu miskin, ia akan menjadi hartamu. Di saat kamu kaya, ia akan menjadi perhiasanmu." - Luqman al-Hakim Guru Tingkatan Penolong Ketua Tingkatan RUZAINOR AFIAN BIN RAMLI MUHAMMAD FAIZ BIN FAIZAL NURRIN ZUKRINA BINTI MOHMAD ZAMRI NURUL SYAZALIANA BINTI JAMIL IRFAN ZAQWAN BIN MOHD SAIFOOL BAHTIAR


BOB AIMAN KOW BIN AHMAD ALIF KOW FARAH NOR AQILAH BINTI MOHD HAMIZI 5 UKM HARITH BIN SAMSUL BAHRI HISALNI A/P RAGU INSYIRAHFAIQAH BINTI ROHAIZAN MOHAMED AMEER ALI BIN ABD RAHMAN MUHAMAD REZZUWAN BIN HASSAN NURUL AFFYLIYANA BINTI ALI Ketua Tingkatan NUR ALYA SYAKIRAH BINTI AZMI MUHAMMAD AIDIL BIN ASMAWI MUHAMMAD AIMAN HAIQAL BIN RADZI MUHAMMAD AIMAN ASHRAF BIN TUGIMAN MUHAMMAD ALIF FARHAN BIN MAHADI MUHAMMAD NUR HAKIMUDDIN BIN RIJALUDIN NUR ALYA SYAKIRAH BINTI AZMI "Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga." Guru Tingkatan Penolong Ketua Tingkatan HIDAYATUL AHMAL BINTI THOLIBAN MUHAMMAD AFIQ HAZIM BIN RIDZUAN MUHAMMAD AFIQ HAZIM BIN RIDZUAN THINESH KUMAR A/L KULASINGAM MUHAMMAD NUR IRFAN BIN M RIZAL


AMIR ASHRAF BIN MOHD SHAFFIE AMIRUL AIMAN BIN RADUAN 5 UiTM MOHAMAD ZULFAQAR BIN ZAKARIA MUHAMMAD AFIQ ADAM BIN MOHD HAZREN MUHAMMAD HAIQAL HARIS BIN MOHD HAFIS NOR SYAZRIANA BINTI ABDULLAH Ketua Tingkatan MUHAMMAD AFIQ ADAM BIN MOHD HAZREN "Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dengan agama hidup menjadi terarah." Guru Tingkatan Penolong Ketua Tingkatan HAMDAN BIN AB GHANI NUR AIFA BINTI NOOR AZMI NOR UMAIRAH SYAHIRA ANUAR HASZRIEN SHAH BIN HASZAMRI MUHAMMAD AIMAN BIN SARIMAN NOR ROHANA BINTI MUHAMMAD TARMIZI MUHAMMAD AZIB BIN ABU MUHAMMAD HARIZ HEYKAL BIN ABDULLAH NUR ASHRAF AIMAN BIN MOHD SAIFUL BAHRIL PUTRI LYDIA FARISHA MOHAMAD EZAM MUHAMMAD HARIZ HEYKAL BIN ABDULLAH JULIA NOR BINTI ABDUL JALIL


"Ilmu tanpa amal adalah kegilaan, dan amal tanpa ilmu adalah kesia-siaan." - Imam Ghazali Terbaik Percubaan SPM 1.NURUL AIN BINTI ISMAIL 2. NUR FATIHAH AQILAH BINTI NORZAIDI 6. KABINESHAN A/L SARAVANAN 7. AINNUR RODIAH BINTI ABD HALIM 12. NUR GHINA AFIQAH BINTI MOHD ZULKIFLI 3. NABILA RAZALI BINTI ABDUL HAKIM 4. MUHAMAD HAZIEQ AIMAN BIN KHALIL 9. MUHAMMAD AZIZI BIN AZMAN 11. NUR ALYA AMANINA BINTI NORAZMAN 5. SUDHARRSANA A/P CHANDARH ROO 8. MUHAMAD HAZIEM AIMAN BIN KHALIL 13. MUHAMMAD AIMAN ASHRAF BIN TUGIMAN 14. INSYIRAHFAIQAH BINTI ROHAIZAN 15. NUR AINA SAFIAH BINTI JOMHUR 16. MUHAMMAD FAIZ BIN FAIZAL 5A 5A 4A 4A 4A 3A 3A 3A 3A 10. MUHAMMAD RIDUAN BIN RAMLI 3A 3A 3A 3A 3A 3A 3A


Jawatankuasa Majlis Apresiasi 2023, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Pendidikan Daerah, Pegawai Perhubungan Sekolah, PIBG, Barisan Penolong Kanan, Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Para Pendidik SMK (FELDA)LUI BARAT, Murid-murid Tingkatan 5 danwarga SMK(F)Lui Barat serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalammenjayakan Majlis Apresiasi 2023. Sekalung Penghargaan Sekian, terima kasih AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SG LUI PENGETUA SMK (FELDA)LUI BARAT


Click to View FlipBook Version