KEBUDAYAAN PELBAGAI
KAUM DI M ALAYSIA
ABIGAIL ELLANDRA CHUA
2 INQUIRER
PN. SA’ADIAH BOHARI
01
ALAT M UZ IK
ialah sejenis alat muzik tradisional
yang paling popular bagi
masyarakat Melayu, termasuk
Natuna. Ia tergolong dalam
kumpulan alat muzik gendang.
Kulit kompang biasanya diperbuat
daripada kulit kambing betina,
namun mutakhir ini, kulitnya juga
diperbuat dari kulit lembu, kerbau
malah getah sintetik.
sejenis organ mulut ataupun mouth
organ yang popular di kalangan suku
kaum Dusun dan Kadazan. Ianya
dikatakan mempunyai kaitan rapat
dengan ‘khene’ sejenis organ mulut
yang terdapat di Laos
sejenis organ mulut ataupun mouth
organ yang popular di kalangan suku
kaum Dusun dan Kadazan. Ianya
dikatakan mempunyai kaitan rapat
dengan ‘khene’ sejenis organ mulut
yang terdapat di Laos
Gong ini diperbuat daripada besi. Ada
juga gong yang diperbuat daripada
gangsa yang bercampur timah. Jenis
gong yang biasa digunakan dipanggil
tawak-tawak. Gong dimainkan dalam
pelbagai persembahan muzik tradisi
misalnya dalam persembahan Mak
Yong
diperbuat daripada perenggu atau loyang. Saiz canang kecil.
Bahagian tepi canang melengkung ke dalam. Pada bahagian muka
canang ada tombol kecil. Canang disusun di atas para khas dan
dipalu. Pemalu canang diperbuat daripada kayu. Bahagian yang
dipalu ialah bahagian tombol canang. Biasanya canang dimainkan
secara berpasangan. Canang dimainkan untuk mengiringi
persembahan wayang kulit dan wayang Melayu.
Erhu merupakan sejenis alat muzik gesek
tradisional Cina. Erhu ialah alat muzik bertali
dua-tali, panjang 80 sentimeter dan
bentuknya ringkas. Erhu ialah alat yang
termasyhur dalam keluarga Hu-qin di China.
Jenis- jenis Erhu termasuklah Zhonghu,
Gaohu , Banhu , Jinghu, dan sebagainya.
Saraswati Veena merupakan
salah satu alat muzik yang
paling kuno bagi masyarakat
India. Alat muzik ini tergolong
dalam kumpulan alat muzik
bertali. Namanya diambil
sempena nama Tuhan Hindu
Saraswati yang selalu
digambarkan sedang bermain
alat muzik ini dan terkenal
dalam masyarakat India.
Di dalam muzik klasik India,peranannya adalah untuk mengiringi nyanyian dan
memainkan irama.Ia merupakan komponan yang penting di dalam muzik bhanjas dan
muzik tarian.
Kulintangan secara tradisinya dianggap alat muzik oleh banyak kumpulan
etnik di asia tenggara:contohnya bangsa Bajau dan Sama, Illanum,
Kadazandusun, Murut, Bidayuh ,Iban,Tidung, Maguindanao, Maranao,
Tausug,samal dan Sukul. Secara tradisional, permainan kulintang dikaitkan
dengan pergerakan anggun, perlahan, lemah dan santai yang biasanya
mewakili keanggunan dan kesopanan di kalangan wanita
Serunai adalah sejenis alat
muzik tradisi yang perlu
ditiup apabila hendak
membunyikannya. Alat
tiupan ini mempunyai pipit
berlapis-lapis. Pelidaknya
sebanyak empat lapis
diperbuat daripada daun
lontar kering
0 2PAKAIAN
TRADISION AL
BAJU MELAYU TELUK BELANGA BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
BAJU KURUNG KEBAYA
Pakaian Tradisional Dusun Tindal Lundayeh
Daerah Penampang Kota Belud Sipitang
Bajau Murut
Dusun Tambunan Dusun Lotud Dusun Liwan
Tuaran Ranau
Pakaian Tradisional Rungus
Daerah Papar
Kaum Iban Kaum Ulu
Kaum M elayu
Kaum Bidayuh Kaum M elanau
Sam Foo Cheongsam Hanf u
Kurta Salwar Kameez Sari
03
ADAT RESAM
MASYARAKAT MELAYU
Adat Melawat dan Berkunjung
1.Bagi pengunjung beragama Islam apabila tiba di rumah yang dikunjungi hendaklah memberikan salam dengan ucapan “Assalamualaikum”.
2.Sebelum masuk ke dalam rumah orang Melayu, pengunjung hendaklah menanggalkan kasut.
3Jika pada masa itu telah ada tetamu lain, pengunjung hendaklah mengenalkan diri dan menundukkan sedikit kepala tanda hormat sambil berjabat
tangan.
4.Apabila seseorang ingin berjalan lalu dihadapan datu kumpulan atau perhimpunan orang ramai hendaklah menundukkan sedikit kepada dengan
menghulkurkan sebelah tangan. Ucapan – ucapan yang sesuai bagi maksud ini ialah ‘ maafkan saya, tumpang lalu, minta jalan’.
Menyambut Kelahiran
Apabila seseorang wanita didapati hamil, beberapa acara dan pantang larang terpaksa dilalui. Secara umumnya, upacara tersebut diadakan bertujuan
mendoakan kesihatan dan keselamatan bakal ibu dan janinnya selamat dari segala bala dan godaan atau gangguan mahkluk halus.
Dalam masyarakat Melayu pada pendapat umumnya menyatakan wanita hamil yang sentiasa gembira akan melahirkan bayi yang riang dan terhindar
dari segala kecelakaan. Jadi wanita yang mengandung dielakkan dari mendengar, melihat dan bercakap perkara – perkara yang buruk. Antara adat
menyambut kelahiran ialah seperti:
MASYARAKAT CINA
Kehidupan yang lebih baik di Tanah Melayu juga merupakan faktor yang menggalakkkan kemasukan orang Cina.
Kebanyakan orang Cina datang sebagai buruh dan tukang kraf. Mereka datang seorang diri tanpa keluarga kerana
berharap untuk memperolehi gaji yang tinggi supaya dapat hantar balik ke China atau membawa ahli keluarga datang ke
Tanah Melayu. Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu juga secara tidak langsung membawa masuk budaya, agama dan
bahasa mereka.
Tema utama dalam ajaran Konfuciunisme ialah “preservatuon of the state and the preservation of the family” atau dalam
perkataan ialah “Hao”. Hal ini jelas dilihat daripada beberapa perayaan yang masih kekal sehingga hari ini iaitu Ching Meng.
Oleh kerana dalam ajaran Konfuciunisme amat mementingkan Hao, maka untuk mendapatkan anak adalah penting supaya
menjadi warisan keluarga. Dengan ini perkahwinan adalah digalakkan supaya mendapat anak secara sah.
Taosima merujuk kerada “Tao” yang bermakna “way” atau “Principle” iaitu jalan kepada yang wujud. Daripada “Tao” wujud
dua prinsip “Yin” dan “Yang”.
Dalam ajaran Taoisme, percaya bahawa seseorang itu boleh menjadi dewa selepas mati sekiranya dia mati mengikut jalan
kehidupan yang betul sebelum mati.
Agama Buddha pula di bawa oleh Gautama Buddha dari India. Prinsip agama Buddha, kesengsaraan dalam hidup dunia
adalah disebabkan oleh kejahilan dalam fikiran yang salah dan tindakan yang salah. Untuk mengelakkannya, manusia mesti
menghapuskan keinginan dan membuatnya dengan berjaya supaya mencapai apa yang disebut oleh Buddha sebagai
Nirvana. Manusia mesti memadamkan keinginan dan kewujudan sekiranya berjaya membuat demikian maka akan bebas
dari kejahilan dan mencapai kegembiraan. Agama Buddha juga ada menyentuh kepada “cycle of life” iaitu manusia akan
terus lahir, mati dan lahir semula
MASYARAKAT INDIA
Perkahwinan masyarakat India
Thirumanam bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami
isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat india iaitu
vaitikat thirumanam, tamil thirumanam, dan diya thirumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan
adalah berlandaskan aspek suku kaum. Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan
mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan di bahagian atasnya,
menuang air susu kedalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki kedua ibu bapa (membasuh kaki
ibu bapa,memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang). Biasanya pasangan
pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi minum' air susu
bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah
menjadi suami isteri
Kema t ia n
Bagi masyarakat India,mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat
tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah
perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh. Dalam
masyarakat India, mayat akan dibakar atau di kebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini pelbagai
adat ditentukan.
Upacara menanggalkan thaali
Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian
dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwunan hanya boleh ditanggalkan oleh isteri
setelah suaminya meninggal dunia.
MASYARAKAT KADAZANDUSUN
Adat perkahwinan
1. Merisik
- Pemberian sebentuk cincin. Cincin ini merupakan tanda peminangan daripada pihak lelaki.
- Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga
terdekat lelaki berkenaan.
- Segala urusan meminang hendaklah dbuat pada waktu pagi. Waktu petang dan waktu malam tidak
dibenarkan sama sekali.
2. Meminang
- Jika risikan diterima, mereka akan menentukan hari bagi pihak lelaki untuk membawa cincin pusaka yang
diperbuat daripada tembaga. Cincin itu digelar ‘cincin menanti mimpi’. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.
- Apabila ibubapa perempuan itu menerima cincin itu, mereka harus membersihkan diri mereka pada hari itu
juga.
- Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal
ibu bapa perempuan itu. Pada malam itu mereka mesti dalam keadaan yang bersih, iaitu tidak mabuk. Pada
malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu mesti mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan
mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa.
04
PERM AIN AN
Congkak
Congkak adalah satu permainan yang memerlukan pemain mengisi ‘buah’ ke dalam deretan lubang yang
diperbuat pada sekeping papan yang dinamakan papan congkak. Tujuan permainan ini adalah untuk
menguji kecekapan pemain mendapatkan seberapa banyak buah dari yang dimiliki oleh pihak lawan. Ia
dimainkan oleh kaum lelaki dan juga kaum perempuan yang mana bilangan pemainnya hanyalah dua
orang sahaja
Batu Seremban
Permainan ini adalah satu permainan yang mana batu-batu kecil dilambung dan kemudiannya disambut
kembali. Permainan ini melibatkan sekurang-kurangnya 2 orang pemain dan biasanya dimainkan oleh
golongan perampuan. Alat yang digunakan dalam permainan ini ialah 5 biji batu dan biasanya ia
dimainkan di dalam rumah
Galah Panjang
Permainan galah panjang adalah sejenis permainan yang melintasi garisan-garisan berhalang. Tujuan
permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain berlari melepasi halangan. Permainan ini
dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan bilangannya seramai sepuluh orang.Ianya juga
dimainkan di kawasan tanah rata dan lapang dan permainan ini tidak memerlukan sebarang alatan.
Guli
Permainan guli ialah sejenis permainan menuju atau melontarkan guli dengan tepat mengenai
sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga dua belas tahun.
Permainan ini dimainkan tidak lebih dari lima orang.Dan dimainkan dikawasan yang lapang dan rata.
Alatan yang diperlukan didalam permainan ini ialah beberapa biji guli.
Rampanau
Sukan Rampanau merupakan salah satu Sukan Rakyat yang popular dikalangan
masyarakat Dusun terutama di Daerah Tambunan, Keningau, Ranau dan
beberapa lagi daerah di Sabah.Sukan Rampanau atau berjalan dengan
menggunakan cangkungan merupakan sejenis sukan tradisi yang sering
dilakukan semasa lapang dan juga satu kaedah untuk menyeberang sungai atau
parit atau berjalan pada kawasan yang becak pada zaman dahulu.Namun Sukan
Rampanau ini juga berbeza panggilannya mengikut sesuatu daerah ,ada
dikalangan beberapa daerah menyebutnya Rampanau dan ada juga yang
menyebutnya Minsurukud (KG.Sunsuron,Tambunan). Sukan Rampanau ini kini
hanya dapat kita saksikan pada keramaian Pesta Kaamatan dan jarang sekali
dimainkan oleh masyarakat zaman ini akibat pengaruh arus pemodenan zaman.
Pemain Rampanau ini akan menaiki batang buluh yang direka khas sebagai kasut
tinggi dan direka dengan berbagai - bagai ketinggian mengikut selera
pemainnya.Permainan ini memerlukan keseimbangan badan. Rampanau ini
selalunya diperbuat daripada dahan sagu,kayu keras dan 2 batang bambu.
Namun ia berbeza di setiap daerah, contohnya, di daerah Tambunan keseluruhan
Rampanau ini diperbuat dari buluh.Bambu berkenaan berukuran kira-kira 3M
hingga 10M.Dahan sagu dan kayu keras pula digunakan untuk meletakkan kaki
semasa sukan dalam lubang yang ditebuk pada bambu yang berukuran kira -
kira 8cm dan 5cm.
Sepak Bulu Ayam
Sepak bulu ayam adalah sejenis permainan menyepak bola bulu ayam yang dibuat sendiri. Tujuan
permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain mengawal dan menimbang bola bulu
ayam seberapa lama yang mungkin supaya bola itu tidak jatuh ke tanah. Permainan ini dimainkan
oleh kanak-kanak lelaki yang berumur lingkungan umur sepuluh hingga tujuh belas tahun.
Sepak Raga Bulatan
Sepak raga bulat adalah sejenis permainan menimbang dan mengawal bola raga. Ia bertujuan
untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga
dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah. Permainan ini dimainkan oleh kaum lelaki dan ia
memerlukan pemain yang ramai. Kawasan yang sesuai untuk bermain permainan ini adalah di
kawasan yang lapang dan rata
Satu bulatan besar dilukis pada tempat permainan dan satu bulatan kecil pula dilukis didalamnya.
Alatan untuk permainan ini hanyalah bola raga.
Wau
Permainan wau adalah satu permainan yang menguji kepakaran dan kecekapan pemain
membuat, manaikkan dan melayangkan wau. Ia biasanya dimainkan oleh golongan lelaki dewasa.
Permainan ini tidak menetapkan jumlah pemain dalam permainan ini. Lebih ramai pemain lebih
menyeronokkan dan dimainkan dikawasan yang luas dan lapang. Alat yang digunakan dalam
permainan ini adalah wau dan tali atau benang kasar yang panjang.
05
TARIAN
TARIAN MAK YONGTarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk
hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki.
Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya
yang menawan, yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu.
TARIAN ZAPINPengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan
ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang
diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam
amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun
Isla m .
TARIAN JOGET yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah,
dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari
dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis
yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.
TARIAN SARAH merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Sarah mempunyai irama
muzik padang pasir yang rancak yang mewakili riang gembira. Terkenal di kalangan Masyarakat
Johor yang berketurunan Arab di Daerah-daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan MuaraDi Johor,
tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh pasangan lelaki sahaja. Mereka menari beriringan dengan
gerakan yang sama dan dalam satu tempo lagu berirama Samrah, pasangan penari dapat menari
secara bergantian dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan diganti dengan
pasangan berikutnya dan demikianlah seterusnya. (Tarian ini boleh juga ditarikan oleh penari
wanita tetapi di ruang yang berasingan dan tertutup dan dikhaskan untuk penonton wanita sahaja).
Tarian ini juga ditarikan di majlis-majlis keraian dan di majlis-majlis kekeluargaan seperti majlis
kesyukuran dan perkahwinan. Tarian ini juga ada kalanya berlarutan hingga jauh malam.
TARIAN KOLATTAM TARIAN BHARATHANATYAMadalah tarian tradisional masyarakat
India dari Tamil Nadu, India. Istilah “bharatanatyam” berasal daripada
Kolattam adalah seni kampung purba. Tarian ini gabungan suku kata “bha” (bhava, ekspresi), “ra” (raga, muzik), “ta”
dilakukan oleh wanita sahaja, dengan dua batang kayu (tala, ritma) dan “natyam” (seni tarian dramatic)Teknik tarian
diadakan di setiap tangan dan dipukul untuk membuat bharatanatyam adalah berasaskan teks Natya Sastra yang dianggap
bunyi berirama.Kummi adalah salah satu bentuk purba sebagai manual rasmi bagi semua seni drama, tarian dan muzik
tarian kampung Tamilnadu. Ia berasal apabila tidak ada tradisional di negara India. Natya Sastra ditulis oleh Bharata Muni lebih
alat muzik, dengan para peserta bertepuk tangan 2500 tahun dahulu. Pada asalnya, bharatanatyam hanya ditarikan oleh
mereka untuk menjaga masa. Ini dilakukan oleh wanita; devadasi iaitu golongan gadis yang menghambakan diri kepada dewa-
pelbagai jenis Kummi, seperti, Poonthatti Kummi, Deepa dewa dan kuil, serta tidak akan berkahwin sepanjang hayat. Golongan
Kummi, Kulavai Kummi, Kadir Kummi, Mulaipari Kummi devadasi membuat persembahan bharatanatyam di kuil untuk
dan lain-lain yang diketahui. Wanita berdiri dalam menunjukkan cinta mereka terhadap dewa yang dipuja. Mengikut
bulatan dan menari bertepuk tangan mereka untuk peredaran zaman, bharatanatyam mula menjadi persembahan pentas.
mengangkat lagu-lagu. Tarian ini lazimnya Penari lelaki juga mula melibatkan diri dalam tarian tradisional ini.
dipersembahkan ketika perayaan kuil, Pongal, pesta Terdapat dua bahagian utama dalam tarian bharatanatyam iaitu nritta
menuai, fungsi keluarga seperti untuk menyambut dan nritya. Nritta merujuk pada gerak-geri abstrak oleh penari dalam
kedatangan umur daripada anak perempuan dan lain- usaha menunjukkan kehebatan dan kemampuan membuat
lain baris pertama lagu ini dinyanyikan oleh wanita yang persembahan bharatanatyam. Manakala bahagian nritya adalah
t er kem uka . bahagian “cerita” di mana penari menjadi “pencerita” yang akan
menyampaikan sebuah kisah kepada para penonton melalui gerak-geri
(abhinaya) penuh ekspresif tanpa suara. Kisah akan disampaikan
melalui lagu yang dinyanyikan oleh seorang vokalis wanita.
TARIAN NAGA TARIAN SINGA
Tarian naga, adalah aktiviti hiburan dan mempunyai seni Bermain singa dan tarian naga, sebagai bentuk tarian tradisional China,
yang unik. Tarian naga berasal daripada kebudayaan juga adalah aktiviti yang popular. Rakyat bermain singa semasa
Dinasti Han dan sudah berusia kira-kira 2,000 tahun. Pada perayaan Tahun Baru yang datang untuk menambah keseronokan.
zaman kuno, rakyat berfikir naga boleh menguruskan air Adat ini telah berusia seribu tahun. Di China, bermain singa ada
hujan, maka rakyat sentiasa berdoa kepada naga untuk pelbagai bentuk serta boleh dibahagikan kepada dua bentuk: singa
turun hujan pada musim kemarau, dan kemudian menjadi utara dan singa selatan. Bentuk, corak, warna dan banyak lagi singa
aktiviti budaya dan rekreasi. Di samping itu, bangsa Cina utara pun berbeza dengan singa selatan. Mengapa orang ramai sangat
sangat memuja naga dan naga sebagai simbol tuah. suka bermain singa ketika Tahun Baru yang datang? Menurut legenda,
Untuk Dinasti Tang dan Song, Tarian naga telah menjadi pada awal Dinasti Ming, di Guangdong muncul seekor raksasa, dan
aktiviti semasa perayaan yang penting. Pada perayaan setiap tahun baru, raksasa itu mahu keluar merosakkan tanaman,
Tahun Baru, kawasan bandar dan luar bandar di China memudaratkan manusia dan haiwan, dan penduduk tempatan sangat
telah ada adat bermain tarian naga. Selepas beribu-ribu takutkannya. Kemudian, ada seseorang telah mencadangkan cara
tahun pembangunan, bermain naga telah menjadi tarian bermain singa untuk menakutkan raksasa itu. Akhirnya raksasa itu
rakyat yang istimewa. Rakyat bukan sahaja berdoa untuk berlari keluar dari kawasan penduduk tempatan. Oleh itu, penduduk
mencapai cuaca dan hasil tuaian yang baik, tetapi juga tempatan percaya bahawa singa mempunyai kuasa ajaib dan boleh
mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan membawa nasib baik. Selepas itu, semasa Tahun Baru yang datang,
menyampaikan perasaan kegembiraan. rakyat mesti bermain singa untuk meraikan Tahun Baru.
TARIAN SUMAZAU TARIAN SUMAYAU
Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah
yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi suku merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam
kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak
pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari
untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan keramaian dan sebagainya. Persembahan tarian diketuai oleh
kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk seorang Monolian iaitu wanita yang telah lanjut usianya dan dalam
menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Ia harus
penyakit. Gerak dan irama tari Sumazau adalah juga dari keturunan Monolian. Mengahau adalah suatu majlis yang
perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga lima hari
lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan lima malam.
mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah
kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan
mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan
keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.
Biasanya tarian Sumazau ditarikan semasa menyambut
pesta Kaamatan (hari keramaian) dan semasa majlis
jamuan.
TARIAN NGAJAT TARIAN KENYALANG
Tarian Ngajat merupakan tarian pahlawan tradisional Tarian Kenyalang juga dikenali sebagai Datun Julud
bagi kaum Iban di Sarawak. Tarian ini amat popular dan
dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu Ngajat merupakan satu tarian tradisional bagi kaun Kenya di
Induk, Ngajat Bebunoh, Ngajat Lesong, Ngajat Semain,
Ngajat Berayah dan Ngajat “Ngemai antu pala”. Apabila Sarawak. Nyik selong, seorang putera Kenya merupakan
menyambut Hari Gawai sebelum berperang dan
sebelum musim menuai, tarian ini dipersembahkan. pencipta Tarian Kenyalang ini. Penciptaan tarian ini adalah
Penari lelaki digelar sebagai ‘keling’ dan penari
perempuan pula digelar sebagai ‘kumang’. Semasa untuk menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran. Tarian ini
menari, penari-penari akan memakai pakaian yang
dinamakan ‘sirat’, ‘gagong’ ataupun baju burung. b ia sa ny a d ip er sem b a hka n sem a sa p er a y a a n
Gagong merupakan satu pakaian yang tebal dan keras
yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kulit kemasyarakatan bagi menyambut kepulangan pahlawan-
beruang. Pakaian ini tidak dijahit kiri dan kanannya. Satu
topi yang panjang yang dihiaskan dengan buru-buru pahlawan dari berbulu dan perayaan tahunan yang
burung juda dipakai.
menandakan tamatnya musim menuai kaum itu.
06
KRAFTAN GAN
SONGKET BAKUL ROTAN TEMBIKAR
07
M AKAN AN
KETUPAT KOEY TIAW KUIH CHAN G
N ASI LEM AK
GULA M ELAKA
M URUKKU KUIH BAHULU IDLI
TO SAI