TALIA DAN QADDAQ
ABIGAIL ELLANDRA CHUA
ELTHERCHIA ENOK ANAK WILTER
2 inquirer
pn. sa’adiah bohari
sipnosis 2
sipnosis 3
4
tema
Konflik antara manusia dengan alam semula jadi.
Manusia bandar yang rakus dan tamak telah memusnahkan alam semula jadi demi mengaut
keuntungan semata-mata. Hutan belantara ditarah untuk pembalakan manakala bukit
diruntuhkan untuk dijadikan kawasan perlombongan sehingga memusnahkan habitat flora dan
fauna. Kehidupan orang ash yang aman dan harmoni turut terancam.
5
PERSOALAN
a) Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan.
Contohnya, Talia yang telah merawat seekor anak Raksasa Qadqad yang tercedera,
akhirnya telah diselamatkan oleh raksasa tersebut sewaktu perkampungan mereka hendak
dimusnahkan oleh Binjah..
(b) Kasih sayang terhadap keluarga.
Contohnya, Dodo amat menyayangi anggota keluarganya dan sanggup ditembak oleh Binjah
semata-mata untuk menyelamatkan anggota keluarganya.
(c) Sikap tamak segelintir manusia.
Contohnya, Binjah seorang yang tamak kerana hendak melombong di perkampungan orang
asli tetapi akhirnya terkorban kerana diserang oleh Raksasa Qadqad.
6
PERSOALAN
(d) Kesusahan masyarakat orang ash yang tinggal di kawasan pedalaman.
Contohnya, Dodo terpaksa berjalan kaki ke stesen kereta untuk mendapatkan rawatan
anaknya, Jini yang sedang sakit di bandar.
(e) Persahabatan antara manusia dengan haiwan.
Contohnya, sifat Talia yang baik hati dan merawat seekor anak Raksasa Qadqad yang
tercedera telah menyebabkan haiwan tersebut membantu kampungnya daripada
dimusnahkan oleh Binjah.
7
WATAK DAN PERWATAKAN
1. TALIA
(a) Seorang budak perempuan kecil berketurunan orang asli.
(b) Anak kepada Dodo dan Misa.
(c) Bersifat belas kasihan dan suka menolong.
(d) Bersahabat dengan Raksasa Qadqad.
(e) Berani merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera.
(f) Sayang akan keluarga dan ahli sukunya.
(g) Menghormati ibu bapanya.
8
2. Raksasa Qadqad
(a) Rupanya mirip katak.
(b) Mempunyai sepasang tanduk kecil di kepala
(c) Mempunyai taring.
(d) Mampu meloncat tinggi.
(e) Mempunyai sepasang mata berwarna hijau kuning.
(f) Menjadi penghuni dan penjaga hutan di Bukit Ungu.
(g) Menyelamatkan penduduk kaum asli sewaktu Binjah ingin memusnahkan kampung tersebut.
(h) Mengenang budi kerana telah menyelamatkan Talia dan keluarganya.
(i) Mampu menyerang dan membunuh manusia yang jahat.
3. Dodo 9
(a) Ayah kepada Talia dan Jini.
(b) Isterinya bernama Misa.
(c) Seorang yang penyayang.
(d) Bapa yang bertanggungjawab.
(e) Sanggup berkorban untuk menjamin keselamatan ahli keluarganya.
4. Binjah
(a) Seorang saudagar yang tamak.
(b) Kejam dan tidak bertimbang rasa.
(c) Mementingkan kekayaan semata-mata tanpa memikirkan kepentingan alam semula jadi.
(d) Terkorban bersama-sama pengikutnya sewaktu diserang oleh Raksasa Qadqad.
10
5. Sidek
(a) Bekerja sebagai pemandu kereta api.
(b) Bekerja dengan Binjah.
(c) Baik hati.
6. Tuk Sibat
(a) Ketua suku kaum orang asli.
(b) Ketua yang bertanggungjawab kerana sanggup menentang Binjah yang ingin memusnahkan
kampungnya.
(c) Berani menentang Binjah dan pengikutnya sewaktu mereka datang mengganggu tempat
tinggal sukunya.
11
LATAR TEMPAT
(a) Kawasan Bukit Ungu.
Tempat tinggal Talia dan keluarganya serta ahli sukunya.
(b) Kawasan hutan berhampiran dengan lereng Bukit Ungu bersempadan huma
Tempat Talia bertemu dengan anak Raksasa Qadqad
(c) Rumah Dodo.
Tempat Dodo berbincang dengan isterinya, Misa untuk membawa anak mereka, Jini yang
sedang demam ke hospital.
(d) Stesen kereta api.
Tempat Dodo dan keluarganya diherdik oleh Binjah
(e) Kawasan perlombongan.
Tempat Binjah dan pekerja lombong diserang oleh Raksasa Qadqad
12
LATAR TEMPAT
( f ) Hospital.
Tempat Dodo membawa anaknya, Jini mendapatkan rawatan dan tempat pekerja lombong
yang cedera mendapatkan rawatan.
(f) Balai polis
Tempat Sidek membawa Dodo membuat laporan tentang rancangan Binjah untuk melombong
di Bukit Ungu.
13
LATAR MASA
(a) Waktu siang.
Contohnya, Talia berjumpa dengan anak Raksasa Qadqad yang tercedera pada waktu siang
(b) Waktu tengah hari.
Contohnya, penduduk orang asli di Bukit Ungu dapat mendengar bunyi kereta api dating
dan pergi untuk mengangkut bijih ke bandar.
(c) Tiga hari.
Contohnya, Jini mendapat rawatan di hospital selama tiga hari.
(d) Waktu matahari tergelincir.
Contohnya, Tuk Sibat menghantar dua orang lelaki ke kawasan Bukit Ungu untuk
memastikan bahawa keadaan di situ sudah selamat.
14
Latar masyarakat
(a) Masyarakat orang asli
Contohnya, anggota keluarga Talia dan sukunya merupakan masyarakat orang asli yang
berpindah-randah, bertani, dan tinggal di kawasan hutan.
(b) Masyarakat bandar yang tamak dan kejam.
Contohnya, Binjah sanggup bertindak kejam dengan menghalau orang asli untuk mendapatkan
kawasan lombong di Bukit Ungu.
(c) Masyarakat yang berkonflik dengan alam semula jadi.
Contohnya, Binjah telah menebang balak dengan sesuka hati dan ingin melakukan kerja
perlombongan di Bukit Ungu sehingga mendorong Raksasa Qadqad menyerang mereka.
15
Latar masyarakat
(d) Masyarakat yang penyayang.
Contohnya, Dodo amat menyayangi anak-anak dan isterinya sehingga sanggup menerima
tembakan untuk menyelamatkan tempat tinggal mereka.
(e) Masyarakat yang kejam dan zalim.
Contohnya, Binjah sanggup bertindak kejam dengan membakar pondok orang asli yang terletak
berhampiran dengan Bukit Ungu
16
NILAI DAN PENGARAN
( a) Baik hati
Kita haruslah bersimpati dengan semua makhluk yang berada di sekeliling kita.
Contohnya, Talia menolong dan merawat anak Raksasa Qadqad yang tercedera pada
bahagian kepalanya.
(b) Kasih sayang
Kita mestilah menyayangi anggota keluarga supaya mereka dapat hidup dengan selamat dan
selesa.
Contohnya, Dodo amat menyayangi keluarganya. Dia sanggup bersusah payah menghantar
anaknya, Jini ke hospital yang terletak di bandar untuk mendapatkan rawatan.
17
NILAI DAN PENGARAN
(c) Keberanian.
Kita harus berani mempertahankan hak kita walaupun terpaksa mengorbankan diri.
Contohnya, Dodo berani menentang kekejaman Binjah yang ingin merampas Kawasan
tempat tinggal sukunya.
(d) Kegigihan.
Sebagai ketua yang bertanggungjawab, kita mestilah mempertahankan hak anak-anak buah
kita daripada dirampas oleh pihak luar
Contohnya, Tuk Sibat gigih berusaha untuk mempertahankan perkampungan sukunya
daripada dirampas oleh Binjah.
18
RUJUKAN
http://cikgusimile.blogspot.com/2016/10/antologi-baik-budi-indah-bahasa_17.html
https://lamankomsas.blogspot.com/2020/05/cerpen-talia-dan-raksasa-qadqad.html