MPU23042 NILAI MASAYARAKAT
TAJUK:BUDAYA HEDONISME
NAMA PENSYARAH:MOHD AZLI BIN ABNAN
BIL NAMA AHLI KUMPULAN NO.KAD MATRIK
1. SHANMATHY A/P ASOKAN 18DSK21F2023
2. REENA JASMIN A/P ASHOK SELVAN 18DPM21F2032
3. THARSHINIVATHY A/P KANDIBAN 18DPM21F2004
4. SHINEGA A/P THARAMARAJAN 18DEV21F2007
5. PAVITRA DEVI A/P MOHAN 18DUP21F2002
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1. PENGHARGAAN 3
2. PENGENALAN 4
3. PUNCA BERLAKU BUDAYA HEDONISME
4. KESAN NEGATIF BUDAYA HEDONISME 5-10
5. CONTOH HEDONISME 11-12
6. SOLUSINYA 13-16
7. KESIMPULAN 17-20
8. RUJUKAN 21-22
23
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur kerana telah dapat menyiapkan tugasan E-folio
ini dengan keupayaan kami,hasil kerja ini kami dapat siapkan atas bantuan ahli kumpulan dan
juga rakan-rakan sekelas atas bantuan.
Dalam kesempatan ini,kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah
pembimbing kami.Akhir sekali, kami beharap dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan
daripada tugasan kami ini.
PENGENALAN
❖Hedonisme bermaksud pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan
atau kesenangan hidup. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Maksud hedonisme ialah konsep
moral yang menyamakan kebaikan dengan kesenangan. Seterusnya, hedonisme adalah satu
sistem nilai barat yang menilai kebaikan hanyalah semata-mata keseronokan (pleasure) yang
sama dengan nilai moral mereka iaitu kesenangan dan keberuntungan. Manakala Drs
Sudarsono dalam bukunya ‘Etika Islam Tentang Kenakalan Remaja’ terbitan Bina Aksara pula
mengatakan hedonisme merupakan sebagai doktrin yang memandang kesenangan sebagai
kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan
kehidupan. Ia beranggapan bahawa sesuatu perbuatan yang baik adalah mendatangkan
kelazatan atau nikmat. Dalam erti kata lain mereka beranggapan bahawa kesenangan dan
kenikmatan adalah merupakan tujuan hidup
Punca Berlaku Budaya
Hedonisme
▪ Terdapat pelbagai punca budaya hedonisme ini menular dalam kalangan masyarakat kita
pada hari ini. Kita seharusnya tidak memandang remeh dan mengambil mudah terhadap
perkara ini kerana sememangnya budaya ini telah menjajah dan menghanyutkan pemikiran
serta minda masyarakat kita terutamanya golongan remaja.
i.Pengaruh Media Massa
➢Melalui perkembangan media massa, pengaruh budaya hedonisme ini dapat menular
ke negara ini dengan begitu mudah. Secara umumnya, hedonisme itu boleh dianggap
neokolonialisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh pihah
barat. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti cara hidup minum arak, melepak,
mengunjungi pesta liburan, seks bebas,parti liar dan sebagainya. Secara jelasnya,
konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan kepuasan nafsu semata-mata
tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama.
Melihat kepada situasi masyarakat pada hari ini, dapat disimpulkan bahawa budaya
ini telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat pada hari ini terutamanya
gelongan remaja.
ii.Wujudnya Pelbagai Pusat
Hiburan Dan Pusat Perjudian
➢Budaya hedonisme ini begitu cepat menular di kalangan remaja yang mudah terpengaruh
dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama
remaja di bandar besar. Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan pusat perjudian di
seluruh pelusuk negara bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan telah menyebabkan
budaya hedonisme merebak dengan pantas tanpa disedari. Pihak berkuasa telah memainkan
peranan yang penting dalam membanteras gejala ini tetapi tidak dinafikan bahawa masih
banyak lagi diluar sana pusat hiburan seperti ini. Keadaan bertambah buruk apabila
penyalahgunaan dadah begitu berleluasa sekarang.
iii.Keruntuhan Institusi
Kekeluargaan
➢Keruntuhan institusi keluarga dan permasalahan rumahtangga yang berpunca daripada
perceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa para remaja dan
anak-anak. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah
dengan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan
masalah mereka. Para remaja berpendapat bahawa ibubapa mereka sudah tidak
mempedulikan mereka dan mengambil keputusan untuk tidak lagi menghabiskan masa
bersama. Dengan cara itu, mereka dapat melupakan masalah yang mereka hadapi seterusnya
lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan.
iv.Kurang Pengawalan atau
Pengawasan Ibubapa
➢ Sikap ibu bapa yang kurang memberikan pengawasan kepada anak-anak juga memberi
peluang kepada remaja-remaja ini untuk keluar bersiar-siar dan menghabiskan masa terluang
dengan aktiviti yang tidak bermanfaat yang boleh merosakkan akhlak para remaja.
Kebanyakan ibu bapa pada hari ini lebih mengejar kemewahan duniawi dan kepentingan
materialistik semata-mata sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak. Ekoran daripada sikap
ibu bapa tersebut, anak-anak pastinya terbiar, tidak mendapat perhatian dan kasih saying yang
sepenuhnya. Malah, lebih teruk lagi terdapat juga anak-anak merasakan bahawa diri mereka
tidak diperlukan lagi. Sehubungan dengan itu, mereka mencari ketenangan serta keseronokan
di luar dan bercampur dengan rakan-rakan yang mengalami nasib yang sama.
v.Kurang Pegangan
Agama
➢ Apabila pegangan agama masyarakat khususnya golongan muda tidak teguh, mereka tidak
akan mendapat ketenangan jiwa dan inilah menyebabkan mereka mudah terjerumus dalam
kancah budaya hedonisme ini. Kesan globalissasi dunia tanpa sempadan menjadi punca
kepada budaya keterlaluan hedonisme sehingga ada yang menghalalkan cara hidup barat yang
sekali gus bertentangan dengan ajaran agama islam. Oleh itu, para remaja haruslah memupuk
nilai-nilai murni agar mendapat ketenangan hidup dalam usaha mengelakkan diri daripada
budaya hedonisme
Kesan Negatif Budaya
Hedonisme
i.Ianya akan menyebabkan generasi muda pada masa kini mudah lupa akan matlamat hidup
yang sebenar. Oleh itu, ini akan menjejaskan usaha remaja untuk menjadi golongan manusia
yang sempurna dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi.
ii.Kesan negatif hedonisme juga akan meningkatkan gejala jenayah sosial dalam kalangan
remaja dan belia. Jika golongan para remaja terlibat dalam budaya ini ianya akan memburukkan
lagi keadaan tambahan pula sekarang kadar jenayah semakin meningkat dari masa ke semasa.
iii.Selain itu, ini akan menggagalkan lagi usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang
berwawasan dan berilmu pengetahuan. Golongan yang terlibat dengan budaya ini secara
automatik akan menjejaskan perilaku akhlak seseorang.
iv.Budaya hedonisme juga akan memudarkan lagi nilai-nilai keagamaan dalam diri golongan
remaja dan belia. Nilai keagamaan sangat penting kerana ianya menjadi panduan untuk kita
dalam menjalani liku-liku kehidupan yang semakin mencabar.
v.Kerajaan juga terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk membanteras
masalah yang timbul berkaitan dengan gejala hedonisme ini. Dalam masa yang sama, ini akan
membantut usaha dalam mencapai wawasan 2020.
Contoh hedonisme
Ada beberapa contoh gaya hedonisme. Mewah belum tentu bisa dikatakan sebagai hedonisme,
hedonisme lebih mengarah pada membeli barang namun sebenarnya tidak terlalu membutuhkan
alias hanya menghamburkan uang. Di mana hedonisme merupakan kesenangan berada di atas
manfaat atau kebutuhan.
1. Membeli banyak mobil
mewah
• Sebagian orang seringkali gemar membeli mobil mewah-mewah untuk dijadikan koleksi. Hal
ini bisa saja masuk dalam kategori hedonisme, karena hedonisme adalah mementingan
kesenangan ketimbang kebutuhan
. 2. Mentraktir orang dengan
hasil utang
• Terkadang, ada orang rela berhutang hanya demi membelikan atau mentraktir teman hanya
karena alasan kesenangan, padahal di sisi lain ia sebenarnya tidak memiliki uang yang cukup
3. Gemar berbelanja
• Hedonisme adalah sifat yang mementingan kesenangan ketimbang kebutuhan. Hal ini
membuat orang yang memiliki sifat hedonisme artinya seringkali berbelanja barang dengan
berlebihan
SOLUSINYA
Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi masalah budaya hedonism ini dalam kalangan
masyarakat .Oleh itu, kita sendiri haruslah memasang niat dan matlamat supaya dapat
mengelakkan diri daripada terlibat daripada budaya ini.
i.Mempunyai Nilai-Nilai
Murni
➢ Penanaman dan pengukuhan nilai-nilai Islam di dalam diri umat Islam amatlah penting. Hal
ini adalah kerana masyarakat Islam menjalani arus globalisasi pada masa kini, jati diri dan
pegangan umat Islam terhadap syariat Islam perlulah kuat dan mantap. Perkara ini perlulah
dilaksanakan tatkala anak-anak masih lagi kecil lagi. Hal ini disebabkan merekalah pewaris
agama yang suci dan perlu bagi mereka memahami dan mencintai Islam semenjak mereka
masih lagi kecil. Oleh itu, ibubapa haruslah mencorak titik-titik yang baik kepada anak-anak
supaya menjadi pewaris agama yang Berjaya.
ii.Gerakan Dakwah
Agama
➢Gerakan dakwah perlulah dipertingkatkan lagi dalam kalangan masyarakat
terutamanya golongan remaja. Para pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah
mereka supaya lebih ramai pihak akan menerima dakwah yang disampaikan. Mereka
juga perlu mengubah cara mereka menyampaikan dakwah. Mereka haruslah
mengetengahkan dakwah mereka berkaitan dengan mengapa pengangan agama
seseorang mudah luntur yang menjeruskan kepada perkara yang tidak baik .Para
pendakwah haruslah bijak dalam mengatur strategi untuk memantapkan iman para
remaja dengan menerangkan bahawa agama Islam bukanlah agama yang
membebankan atau menyusahkan mereka malahan Islam adalah satu-atunya agama
yang suci. Apabila mereka tiada pegangan agama mereka lebih gemar meniru budaya
luar terutama budaya barat yang mereka anggap moden dan terkini.
iii. Ibubapa Harus
Menjadi Contoh
➢ Ramai ibubapa sekarang yang tidak mempedulikan anak-anak mereka kerana terlalu sibuk
dengan kerjaya masing-masing. Sebagai ibubapa kita haruslah menjadi contoh yang terbaik
untuk anak-anak kerana dengan cara ini mereka akan merasakan diri mereka disayangi dan
dalam masa yang sama dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak baik. Ibubapa
haruslah meluangkan masa dan bersantai bersama anak-anak mereka agar dapat mengeratkan
lagi hubungan dalam institusi kekeluargaan.
Kesimpulan
➢Gaya hidup hedonisme adalah suatu pola hidup untuk mencari kesenangan hidup dunia saja,
seperti lebih banyak menghabiskan waktu diluar rumah, lebih banyak bermain, serta ingin
berjinak dengan perkara yang tiak baik .Pada masa sekarang ini untuk menghilangkan sama
sekali budaya hedonisme sangat sulit tidak boleh dilakukan dengan pengendalian diri saja.
Namun perlu adanya peranan aktif dari semua komponen mulai dari diri sendiri keluarga,
masyarakat, dan negara merupakan solusi yang harus dicuba untuk dilakukan secara terus
menerus dan kerjasama yang baik. Meski , tapi hal tersebut kurang memberikan pengaruh
besar pada arus perkembangan gaya hidup hedonisme yang sangat mudah berkembang.
Hedonisme merupakan kebiasaan yang dilarang dalam islam, untuk dapat menjadi
muslim yang baik hendaknya kita mampu menjauhi atau meninggalkan hal-hal yang akan
mengarah pada perilaku hedonisme. Sesuatu yang dilarang oleh Allah itu sudah pasti
mengandung banyak kemudharatan sebagaimana dengan hedonisme yang memiliki
banyak dkesan negative, jangan sampai terjebak ke dalam kancah hedonisme karana
hedonisme terus terang tidak akan pernah memberi kepuasan dan kebahagiaan. Bagi yang
belum terlanjur menjadi pengikut hedonisme maka segeralah berpusing balik, bahawa
kebahagiaan hidup ada pada hati yang bersih, saatnya untuk menyuburkan akar-akar
rohani kembali ke jalan ilahi.
RUJUKAN
• https://anyflip.com/zhtyy/eabj/basic
• http://studentsrepo.um.edu.my/5175/1/pdf_pengaruh_budaya_hedonisme.
pdf
• http://conference.kuis.edu.my/pasak/images/pasak7/eprosiding2022/PASA
K7_061_AFIFAH.pdf