The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KAMARUZAMAN BIN ABD SAMAD Moe, 2019-09-22 00:02:11

teks mc majlis perkahwinan

teks mc majlis perkahwinan

9.30 AM TENTATIF MAJLIS PERSANDINGAN PENGANTIN
10.00 AM
10.15 AM : Kedatangan tetamu
: Aluan daripada pengerusi majlis
11.00 PM : Ketibaan pengantin lelaki dan rombongan pengantin lelaki
: Bacaan Zikir dan Selawat
1.00 PM : Bacaan doa oleh Imam Masjid Annur Kampung Pujut, Tuan Hj. Salam Bin Ahmad
: Upacara Bertepung Tawar
: Makan Nasi Temuan, Memotong Pulut Kuning dan Makan Beradab

Sesi Jamuan
: Sesi Bergambar
: Bersurai

TEKS PENGACARA MAJLIS BAGI MAJLIS PERKAHWINAN

GILIRAN TEKS CATATAN

PEREMPUAN DARI RAUB PERGI KE PONTIAN
TERUS PULA KE KUALA PERLIS
HARAP SEMUA BERIKAN PERHATIAN
MOHAN SAYA MULAKAN MAJLIS

LELAKI HARI INI MENUGAL JAGUNG
HARI ESOK MEMINTAL TALI
HARI INI KITA BERKAMPUNG
MERAIKAN MEMPELAI DUA SEJOLI

PEREMPUAN MELAYANG SERINDIT DI ATAS PERMATANG UCAPAN ALU-ALUAN
LELAKI MERBHA BERKICAU DIN HUJUNG MUARA PENGERUSI MAJLIS
PEMANIS KATA SELAMAT DATANG
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA

Bismillah ….. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, selamat
pagi serta selamat datang kepada tuan2 puan2 sanak saudara
yang datang dari jauh mahupun dekat.

Kami mewakili kedua belah keluarga pengantin, ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua, kerana sudi
meluangkan masa rehat anda semata-mata untuk hadir ke
Majlis Persandingan Pasangan Mempelai diantara
Siti Zubaidah Binti Omar dan pasangan hatinya Ahmad Albab Bin
Ahmad Daud.

PEREMPUAN Untuk makluman para hadirin sekalian, pasangan mempelai ini
telah pun selamat diijabkabulkan pada 20 September 2019 pada
hari Jumaat bertempat di rumah pengantin perempuan.
Dengan sekali lafaz sahaja, pasangan ini telah sah bergelar suami
isteri. Tahniah diucapkan kepada kedua mempelai

PEREMPUAN Hadirin dan hadirat sekalian
Ketibaan raja sehari Ahmad Albab bin Ahmad Daud diiringi
rombongan motor berkuasa tinggi daripada Persatuan Big Bike Miri KETIBAAN MEMPELAI
yang dianggarkan 30 buah motor. LELAKI
Seterusnya pengantin akan diiringi paluan kompang berjalan
menuju pelamin singgahsana yang telah direka khas oleh Butik
Jejari Klasik.

(Zikir bermula selepas pengantin lelaki duduk dipelamin)

Terima kasih diucapkan kepada Ahli Zikir dari Masjid Annur
Kampung Pujut atas paluan kompang dan alunan zikir sebentar
tadi.

LELAKI BURUNG NURI HINGGAP DI BALAI
BALAI SERI BUATAN PAK TUA
TEMPAT BEREHAT RAKAN DAN TAULAN BACAAN DOA
DUDUK TERSENYUM KEDUA MEMPELAI
MENADAH TANGAN MEMANJATKAN DOA
MOGA JODOH SENTIASA BERKEKALAN

Dengan itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Imam
Masjid Annur Kampung Pujut, Tuan Hj. Salam Bin Ahmad untuk

memimpin kita dalam bacaan doa supaya mahligai yang baru
dibina kekal bahagia dan majlis kita pada hari ini menjadi berkat.

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi.

PEREMPUAN DENGAN BISMILLAH KAMI MULAI
TEPUNG TAWAR SI TEPUNG JATI
DENGAN TAKDIR ILAHI RABBI
MINTA BERKAT NYE DUAK LAKI BINI

LELAKI Aturcara majlis diteruskan dengan upacara menepung tawar kedua BERTEPUNG TAWAR
mempelai.
Dengan ini majlis menjemput ayahanda dan bonda kepada
pengantin perempuan iaitu En Omar Bin Matasan dan Pn Siti
Faridah Binti Amin untuk memulakan majlis. Dipersilakan

Seterusnya, majlis menjemput ayanda dan bonda pengantin lelaki
En Ahmad Daud Bin Ahmad Ramli dan Pn. Masitah Binti Jamal
untuk meneruskan upacara menepung tawar kedua mempelai.
Dipersilakan.

PEREMPUAN Majlis diteruskan dengan menjemput keluarga kedua pengantin
untuk menepung tawar kepada mempelai.

Begitulah tadi berakhirnya upacara menepung tawar kedua
mempelai dan majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
semua yang sudi menyempurnakan majlis.

LELAKI SAJIAN DI MEJA LAMA MENANTI
MENGANCAM SELERA SEDARI TADI
SILAKAN TUAN RAPATKAN DIRI
MENJAMAH SAJIAN DEK SENTUHAN BESTARI

Dengan ini majlis sekali lagi menjemput Imam Masjid Annur
Kampung Pujut, Tuan Hj. Salam Bin Ahmad untuk memimpin dalam
bacaan doa makan. Dipersilakan

PEREMPUAN Majlis menjemput pasangan yang diraikan pada hari ini untuk ke
meja utama bagi upacara makan Nasi Temuan dan seterusnya
memotong pulut kuning. Dipersilakan MAKAN BERADAB
(Acara makan nasi temuan dan Pulut Kuning Selesai)
Dijemput ayahanda dan bonda kedua mempelai untuk bersama-
sama pengantin bagi menikmati hidangan Makan Beradab.
Bagi hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu
dan segan untuk bersama-sama menikmati juadah enak yang telah
disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, kami mengalu-alukan
kehadirna tuan2 dan puan2 yang bersejerah ini.

(Pasang muzik lagu pengantin/slow)
(Semasa mempelai tengah makan)

LELAKI Sementara anda semua meniikmati hidangan, apa kata kami
kongsikan kepada anda semua sedikit sebanyak biodata dan titik
pertemuan bagi kedua mempelai.

Kita mulakan dengan pengantin perempuan. BACAAN BIODATA
Ratu sehari kita pada hari ini dilahirkan pada Isnin bersamaan 25 DAN TITIK
Oktober 1993 dan diberi nama Siti Zubaidah Binti Omar atau nama PERTEMUAN
manja Bedah. Merupakan anak ke lima daripada enam bersaudara
dan beliau kini berkhidmat sebagai Pegawai Kastam di Miri.

Manakala raja sehari yang diraikan pada hari ini, lahir pada tanggal
10 Mei 1990 pada hari Jumaat. Diberi nama Ahmad Albab bin

Ahmad Daud, beliau merupakan anak kedua daripada 5 beradik.
Kini beliau juga berkhidmat sebagai Pegawai Kastam di Miri.

PEREMPUAN TIUP SERUNAI DI ATAS KOTA
KUDA MEMPUPUK BUNGA MELATI
MULA KENAL KEMUDIAN BERCINTA
CINTA TERSEMAI DI DALAM HATI

Dari situla pasangan mempelai ini berkenalan semasa berkhidmat
di tempat yang sama. Bibit2 pertemuan sebagai rakan sekerja
akhirnya cinta berputik.
Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu
dan izin daripada kedua buah keluarga, akhirnya pasangan
mempelai ini telah mengikat tali pertunangan pada hari Sabtu
bersamaan 25 Mei 2019.Pada hari Jumaat 20 September yang lalu,
kedua mempelai ini telah selamat diijabkabulkan dan pada hari ini
kedua mempelai telah diraikan sebagai Raja Sehari.

(Selesai pengantin dan semua tetamu selesai makan)

Hadirin dan hadirat sekalian

HARI BAHGIA HARI YANG INDAH SESI BERGAMBAR
DIMANA HARI PENGANTIN DISATUKAN
MAKAN BERADAB SELESAI SUDAH
ATURCARA MAJLIS AKAN DITERUSKAN

Sebagai tanda kenang-kenangan, dijemput pasangan mempelai
untuk kembali semula ke pelamin untuk sesi fotografi bersama-
sama keluarga daripada pihak lelaki dan perempuan serta sahabat
handai supaya saat-saat indah ini dapat dirakamkan sebagai
kenangan sepanjang hayat.

KAIN SONGKET HALUS TENUNAN
DIBAWA ORANG MASUK KE KOTA
SUDAH BERTEMU DENGAN PASANGAN
LAKSANA CINCIN DENGAN PERMATA

TUAN PUTERI TERSENYUM SENYUM
MELIHAT LAKSAMANA BERMAIN RODAT
SENYUM SENYUM JANGAN TAK SENYUM
SUDAH SEMPURNA SEGALA ADAT

TANAM LAGUNA TUMBUH KELAPA PENUTUP
TERBIT BUNGA PUCUKNYA MATI
BUDI SEMUA TAK KAMI LUPA
SUDAH TERPAKU DI DALAM HATI

Kami mewakili keluarga kedua belah pihak keluarga pengantin ingin
mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan
puan, saudara-mara dan sahabat handai kerana sudi hadir dan
berkumpul bersama-sama bagi meraikan hari bersejarah bagi
kedua mempelai.

Kami juga mewakili keluarga kedua belah pihak juga ingin
memohon ampun dan maaf seandainya terdapat serba serbi
kekurangan sepanjang majlis yang berlangsung pada hari ini. Yang
baik itu datang dari Allah dan buruk itu datangnya dari kelemahan
kami sendiri.

Kami daripada meja pengerusi majlis ingin mengucapkan terima
kasih kepada tuan rumah kerana sudi menjemput kami untuk
mengaturcara majlis yang gilang gemilang ini, dan kami juga turut
mendoakan kedua pasangan mempelai ini sentiasa bahagia
sehingga ke syurga. Akhir kata dari kami

PERGI KE DUSUN MEMETIK KELAPA
KELAPA MUDA SI KELAPA BARLI
JARI DISUSUN MAAF DIPINTA
PANJANG USIA BERTEMU KEMBALI

WBT terima kasih


Click to View FlipBook Version