The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengandungi segala perkara yang akan dibentangkan pada mesyuarat nanti

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KAMARUZAMAN BIN ABD SAMAD Moe, 2021-10-13 20:06:33

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-27 SESI 2021

Mengandungi segala perkara yang akan dibentangkan pada mesyuarat nanti

Keywords: MAT 27

WELCOME TO THE WEDDING OF

1

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 3
KATA-KATA ALUAN PENGETUA

AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 4
KALI KE-27

STRUKTUR ORGANISASI PIBG SESI 2020/2021 5
MINIT MESYUARAT TAHUNAN AGUNG

KALI KE-26

SUMBANGAN PIBG 2020 6
LAPORAN AKTIVITI PIBG TAHUN 2020

LAPORAN KEWANGAN PIBG TAHUN 2020 7
PERBAHASAN USUL-USUL

CATATAN

14


16


19


20


22

2

KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG

EN. ROSDI BIN AMIR
YANG DIPERTUA PIBG SMK AGAMA BANDAR PENAWAR

‫ب‬

Assalamualaikum wbkth.
Alhamdulillah bersama kita merafak kesyukuran ke hadrat Allah yang telah
mengizinkan untuk kita bertemu dan berhimpun sekali lagi dalam Mesyuarat
Agung Tahunan PIBG SMKA Bandar Penawar bagi tahun 2021.

Meskipun kita terkekang dengan pandemik covid19, namun agenda memaju
dan menjadikan anak-anak kita mesti diteruskan. Hal ini adalah kerana
pendidikan merupakan salah satu perkara terpenting dalam kehidupan anak-
anak. Melalui pendidikan akan mencorak masa hadapan anak-anak.

Bagi pihak PIBG SMKA Bandar Penawar, saya mengucapkan syabas kepada
tuan-tuan dan puan-puan ibu, bapa serta penjaga anak-anak SMKA Bandar
Penawar yang terus komited dalam mempastikan pendidikan anak-anak berada
di tempat utama. Walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran sepanjang
waktu ini, usaha memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak harus
diteruskan dan kekal menjadi agenda utama kita.

PIBG SMKA Bandar Penawar turut merakam setinggi penghargaan dan terima
kasih kepada seluruh warga pendidik SMKA Bandar Penawar yang senantiasa
memberikan daya usaha terbaik dalam memberi didikan dan ajaran kepada
anak-anak pelajar. Warga pendidik yang dinakhoda oleh Tuan Pengetua
bersama Guru-Guru Kanan telah memperlihatkan iltizam yang tinggi bagi
mengekalkan momentum sesi pembelajaran terus lancar.

Akhirnya, bersama kita berdoa memohon agar Allah mengurniakan
kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan yang baik kepada kita semua.
Semoga usaha kita diredhai oleh Allah.

Sekian, terima kasih.

3

KATA ALU-ALUAN
PENGETUA

TN HJ AB AZIZ B. AHMAD
PENASIHAT PIBG SMK AGAMA BANDAR PENAWAR

Assalamualaikum w.b.t

Pertamanya, izinkan saya menzahirkan ungkapan terima kasih tidak terhingga
kepada YDP dan ahli jawatankuasa yang sentiasa gigih dan komited dalam
menjayakan apa-apa jua majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kita perlu
sedar, majlis seumpama ini amat penting untuk diadakan bagi merapatkan lagi
hubungan kemesraan antara kami sebagai warga sekolah dengan komuniti
luar amnya dan secara khususnya dengan ibubapa.

Asas hubungan yang kukuh antara pihak kami dengan pihak tuan-tuan dan
puan-puan amat membantu dalam melonjakkan lagi prestasi anak-anak kita
seterusnya melahirkan individu–individu yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Sikap cakna ibu bapa terhadap pembelajaran anak – anak mereka
sangat saya sanjungi.

Kejayaan seseorang murid tidak hanya terletak pada bahu guru semata–mata.
Kami sebagai guru hanya memberi ilmu pengetahuan dan murid–murid
bersedia menerima apa yang disampaikan. Apa yang diterima oleh murid akan
hilang jika tidak diulangkaji dan diasah. Di sini letaknya peranan anda sebagai
ibu bapa. Anda perlu bertindak sebagai pendorong, menggalakkan anak–anak
belajar, mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan kerja rumah.

Akhir kalam, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan terima tidak
terhingga kepada AJK PIBG sesi 2020/2021, guru-guru, ibu bapa dan semua
pihak yang terlibat menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Agama Bandar
Penawar kali ke-27. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan
Allah S.W.T. Sekian, selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

4

AGENDA MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN
KALI KE-27

9.45 pagi - Ketibaan Ibu Bapa/Penjaga, Guru, AJK PIBG dan Jemputan
10.00 pagi - Kata aluan pengerusi majlis
- Nyanyian Lagu Bangsa Johor

- Nyanyian Lagu Negaraku
- Bacaan doa
- Ucapan YDP PIBG En. Rosdi bin Amir
- Ucapan Dan Pelaporan Pengetua Ustaz Hj. Ab Aziz bin Ahmad
- Membentangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung

Kali Ke-26
- Perkara berbangkit
- Pembentangan Aktiviti PIBG 2020
- Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan PIBG
bagi tahun berakhir 31 Disember 2020
- Pembentangan dan Perbahasan usul
- Ucapan Penangguhan
- Mesyuarat bersurai

5

STRUKTUR
ORGANISASI PIBG
SESI 2020/2021

PENASIHAT
TN. HJ AB AZIZ BIN AHMAD



PENASIHAT KEDUA
PN. ROHAIDAH BINTI SALMAN



YANG DIPERTUA
EN. ROSDI BIN AMIR



NAIB YANG DIPERTUA
EN. ANDEK MOHD YASIN BIN IBRAHIM



SETIAUSAHA KEHORMAT
EN. KAMARUZAMAN BIN ABD SAMAD



NAIB SETIAUSAHA
PN. NURUL NABIHA BINTI ABDULLAH



BENDAHARI KEHORMAT
PN. MAHIRAH BINTI YAHYA



AHLI JAWATANKUASA IBU BAPA

EN. MD RAZI BIN JOHARI
EN. JOHARI BIN ABD JALIL
PN. HASINAH BINTI ABDUL KADIR
PN. NURUL AZHANI BINTI ABD KADER



AHLI JAWATANKUASA GURU

PN. MAZNI BINTI MAT RANI
MUHD RONY SUHAIRIN BIN BASIRON

ENCIK IDRIS BIN KAMARUDIN



PEMERIKSA KIRA-KIRA
PUAN MAZURA BINTI SAAD
PN. NURUL HADIRAH BINTI ABD KADER

6

MINIT
MESYUARAT

7

8

9

10

11

12

13

SUMBANGAN PIBG 2020

14

SUMBANGAN PIBG 2020

15

LAPORAN AKTIVITI
PIBG TAHUN 2020

16

LAPORAN AKTIVITI
PIBG TAHUN 2020

17

KEHADIRAN AJK BAGI
MESYUARAT SEPANJANG

TAHUN 2020

18

LAPORAN KEWANGAN

19

PERBAHASAN USUL

20

PERBAHASAN USUL

21

CATATAN

22


Click to View FlipBook Version