NILAI DAN
PENGAJARAN
NOVEL PANTAI
KASIH
(KUMPULAN 7)
Ahli Kumpulan:
1.Ruzana Hadirah
2.Nur Iman
3.Nik Fardieya
NILAI
Nilai hemah tinggi.
Contohnya, Raiha melayan kerenah pesakit, iaitu Unong Siron dan ibu
Unong Siron dengan begitu sopan dan berbudi bahasa
Nilai kegigihan.
Contohnya, Doktor Uwang gigih membangunkan empayar Pusat Rawatan
Pantai Kasih yang bermula daripada sebuah pusat rawatan kecil sehingga
menjadi sebuah pusat rawatan eksklusif yang terkemuka.
Nilai mengakui kesalahan diri.
contohnya,Felicia menangis tersedu-sedan dan memohon maaf daripada
Raiha atas kesilapannya kerana terlibat secara tidak sengaja dalam kes
kematian Rohayu.
Nilai rasional.
Contohnya, Datu Ontong menyerahkan Pusat Rawatan Pantai Kasih kepada
anaknya, Doktor Uwang kerana mempercayai kebolehan dan kemampuan
anaknya mentadbir urus
pusat rawatan itu.
Nilai semangat bermasyarakat.
Contohnya, sekumpulan orang telah mengurus jenazah Rohayu sebelum
jenazah dikebumikan dengan
sempurna.
Nilai keredaan.
Contohnya, Raiha reda dan pasrah atas kehilangan
anak tunggal kesayangannya yang meninggal dunia akibat disambar api
dalam kebakaran kereta milik suaminya.
Nilai keprihatinan.
Contohnya, Datu Ontong meminta Uwang
menghantar Pak Usunya dan Felicia Landosi pulang kerana bimbang akan
keselamatan mereka sebaik-baik sahaja berakhirnya majlis sambutan tahun
baharu di rumah Doktor Uwang.
PENGAJARAN
-Kita mestilah berani bertindak jika berada di pihak yang benar.
Contohnya,Raiha berani mendakwa suaminya di mahkamah keluarga dengan
menyatakan secara tegas bahawa suaminya yang telah menyebabkan kematian
anak tunggal mereka walaupun tindakan itu mendapat tentangan daripada ahli
keluarganya.
-Kita perlulah bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pihak
atasan.
Contohnya, Raiha menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor dengan
penuh tanggungjawab dan dedikasi. Begitu juga dengan Doktor Alex Ng dan
Doktor Muhammad yang bertanggungjawab merawat pesakit di Pusat Rawatan
Pantai Kasih.
-Kita perlulah bijak menguasai keadaan cemas.
Contohnya, Raiha bijak menangani peristiwa pemuda kurang siuman yang telah
menyamar sebagai doktor dan telah menahan Felicia Landosi di bilik bedah
dengan membenarkan ibu Unong Siron memujuk pemuda itu.
-Kita hendaklah simpati dan belas kasihan kepada orang yang bernasib malang.
Contohnya, Raiha amat bersimpati dengan nasib Unong Siron yang terpaksa
menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul untuk kali yang keenam.
-Kita perlulah bersikap baik hati terhadap orang lain.
Contohnya, Raiha pernah beberapa kali menumpang Felicia balik ke rumahnya
di Inaman sebelum Felicia memiliki kereta sendiri.
-Kita hendaklah bersikap jujur dan berterus-terang.
Contohnya, Raiha memanggil Felicia ke bilik pejabatnya untuk berbincang bagi
mengetahui sebab-sebab Felicia memberikan layanan yang kasar terhadap ibu
Unong Siron.