Sekalung Budi Lambaian KasihSekalung Budi Lambaian KasihMajlis 1989 - 2024 DEWAN SERI GEMILANG KHAMIS 23 MEI 2024
DISIPLIN DAN PENGURUSAN MURID PN NORAINI BT MD YUSOP EN SELVARAJ A/L SELVAM PENGAWAS HADIAH PN HAIRANI BT HUSSAIN CIK NURUL NADIAH BT MUSTAFA KAMAL PN NURUL FARIHIN BT ABDUL RAHIM PN SHAMSHIFATISHA BT MOHD ISA PN WAZIPAH BT JASMANI PELAJAR PENGACARA MAJLIS PN NORAINI BT YEOP PELAJAR Pengerusi :Pn. Rosilah binti Musa(PK Pentadbiran) Timbalan Pengerusi :Pn. Rozitabinti Nasir (PK HEM) NaibPengerusi 1 :Pn. Izatun Azwabinti Sabri (PK KOKO) NaibPengerusi2 :Pn. Noor Azizan binti Abd Aziz (PK PETANG) NaibPengerusi 3 :Pn. Norfarydabinti MohamedSheraj (PK TING.6) PenyelarasProgram :Pn. Azlinabinti Azmi Setiausaha :Pn. Siti Norainibinti MohdZainun Bendahari :En. AhmadZaimyBin MohdYatim SAMBUTAN BARISAN GPK BARISAN GURU KANAN PENYEDIAAN TEKS UCAPAN PENGETUA CIK FARAH NABILAH BT MUSTAFA FOTOGRAFI EN MUHAMMAD KHALID BIN MOHD TERMIZI PELAJAR TADBIR URUS PN YUSABLINA BT JALALUDDIN PN NURHANIZAH BT ASRAF ALI PERSIAPAN TEMPAT EN KHAIRI BIN MAT ASSAIN @ HASHIM EN AHMAD NAZLAN BIN ABDUL RAHMAN PA SISTEM EN VICKNESWARAN A/L SUBRAMANIAM EN HARITH FADZILLAH BIN ABDULLAH JEMPUTAN / BUKU PROGRAM DAN BUNTING PN JAMILAH BT RASHID PN HAQIYA NURAIN BT HAMIDUN MAKLUMAT DAN BIODATA PN MAS AMAH BT MUKRI PERSEMBAHAN PELAJAR PN NOR HASWATI BT NAWAWI PN NOREHAN BT ISHAK PN NURUL AIDA BT HUSIN PENTAS DAN BACKDROP PN AZLINA BT ABD AZIZ PN MASHITHOH BT AWANG EN AZMY BIN ZAINUDDIN PN NURUL EZARIANIE BT ABD RAZAK MAKANAN PN NURUL HASHIMA BT ADAM PN NORSHIMAH BT MOHD SAAT PN REHIZA BT ARSHAD PN RABIATATUL ADAWIYAH BT ISMAIL
Majlispersaraan bertujuan mencapai objektifberikut: 1. Menghargai jasadan sumbangan guru sepanjangberkhidmatdi SMK Dato’ Haji MohdTaib. 2. Merapatkan hubungan sesamaguru. Majlis Persaraan ini adalah program yang dijalankan bagi menghargai warga kerja yang telah berkhidmat di sekolah dan diberikan penghargaan. Program ini dapat memupuksifat menghargai oranglain, mengambil tahu dan meraikan seseorang pada hariyang istimewa agar menjadikenangan terakhirdi sekolah. Diharapkan majlis inidapat memberikan impakkepada golongan muda agar sentiasa bekerja dengan tekun dan ikhlas supaya menjadi contoh agar diri dihargai sehingga ke hari terakhirperkhidmatan mereka. BIODATA PUAN THANAMALA A/P MUNIANDY Pada tanggal 24 Mei 1964 di Kuala Kangsar, Perak lahirlah seorang puteri yang diberi nama Thanamala a/p Muniandy. Beliau merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar. Tahun berganti tahun beliau seterusnya menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar dan meneruskan pendidikan ke Tingkatan 6 di SMK Clif ord Kuala Kangsar. Semangat dan keinginan menjejakkan kaki ke menara gading tercapai apabila beliau berjaya menjadi mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia dan menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sastera. Sejarah pendidikan beliau tidak berakhir di situ kerana akhirnya beliau memilih bidang pendidikan dengan mengambil Diploma Pendidikan di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1989. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu…. Sebaik sahaja menamatkan pengajian di Universiti Sains Malaysia maka bermulalah profesion beliau sebagai seorang guru di mana beliau telah ditempatkan di SMK Datuk Hj. Abdul Wahab, Sg. Siput (U) pada Disember 1989 hingga Januari 1995. Di sinilah bermulanya karier beliau sebagai seorang guru bertemankan semangat kental demi mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Beliau mendedikasikan diri di sekolah tersebut selama 5 tahun. Arakian, bertukarlah pula beliau ke sekolah SMJK Hua Lian, Taiping pada Januari 1995. Sangkanya panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari beliau bertukar pula ke SMK Tengku Menteri, Taiping pada Julai 1995. Sejarah perjalanan sebagai pendidik di teruskan lagi ke sekolah SMK Matang, Taiping bermula Januari 2002 sehingga Februari 2004. Pada tanggal 16 Februari 2004 beliau telah mula mencurahkan bakti di SMK Dato, Hj. Mohd Taib, Chemor. Berbekalkan semangat yang kental beliau meneruskan perjalanan menuntut ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris demi segenggam Ijazah Sarjana Pendidikan Khas pada tahun 2007. Di sekolah keramat inilah beliau mencurahkan bakti sebagai guru akademik tingkatan 4 bagi mata pelajaran Sejarah. Di sinilah destinasi terakhir beliau sebelum menamatkan persaraan. Sikap prihatin kepada para pelajar tidak pernah luntur ditelan masa dimamah usia. Berbekalkan prinsip DON’T LIMIT YOUR CHALLENGES! CHALLENGE YOUR LIMIT! Menjadikan beliau seorang yang tidak lokek berkongsi ilmu. Setelah 35 tahun mengerah keringat mencurah bakti, maka pada hari ini tamatlah sebuah perjalanan panjang dalam dunia pendidikan. Besarlah harapan beliau agar ilmu dan bakti yang dicurahkan selama 35 tahun berkhidmat dapat diterima dan dimanfaatkan oleh murid-murid, para guru dan seluruh warga sekolah. Semoga ukhuwah yang terjalin akan tetap utuh dan tidak terhenti setakat ini sahaja. Sesungguhnya jasa dan bakti yang beliau tinggalkan anta permana. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benarlah kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti, tapi tak akan sama dengan yang pergi.
SEKIAN, TERIMAKASIH PENGERUSI & SELURUH JAWATANKUASA merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga SMK Dato’ Haji Mohd Taib & semua pihak yang memberi sokongan, sumbangan dan kerjasama bagi menjayakan majlis ini. Sekalung Budi Lambaian Kasih Sekalung Budi Lambaian Kasih Majlis