TEMPAT BERSEJARAH DI NEGERI SAYA:
MUZIUM & TAPAK
PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH
SUNGAI LEMBING
Disediakan oleh : AHMAD MIRZA AMSYAR BIN ZAINUDDZIN
Tingkatan : 1 BRISTOL
No. Matrik : CP211006
1.1 TAJUK KAJIAN SEJARAH
TAJUK :
“MUZIUM & TAPAK PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH SUNGAI LEMBING”
Saya memilih Muzium dan Tapak Perlombong Bijih Timah Sungai Lembing kerana ia
terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya di Kuantan, Pahang. Selain itu, saya pernah
melawat ke Komplek Muzium Sungai Lembing bersama keluarga. Muzium ini terletak di Pekan
Sungai Lembing dengan jarak perjalanan dari bandar Kuantan sejauh 39 kilometer dan mengambil
masa lebih kurang 40 minit.
Pada abad ke-19 bandar Sungai Lembing merupakan sebuah bandar yang terkaya dan
menjadi pengeluar utama bijih timah di negeri Pahang. Sungai Lembing juga, pada ketika itu
merupakan kawasan perlombongan bijih timah bawah tanah yang terbesar dan terdalam di dunia.
Pada hari ini, perlombongan bijih timah di Sungai Lembing telah dihentikan operasinya kerana
jumlah bijih timah telah berkurangan dan memerlukan kos yang sangat tinggi untuk operasi, selain
harga bijih timah dunia yang semakin jatuh pada 1980-an.
Pada hari ini, kawasan perlombongan tersebut telah dijadikan sebahagian daripada muzium
untuk tujuan pelancongan. Ketika ini kompleks muzium ini diuruskan bersama oleh Jabatan
Muzium Malaysia dan Majlis Bandaraya Kuantan. Kepada para pelajar yang ingin mendapatkan
maklumat dan melihat sendiri bukti-bukti sejarah kegemilangan perlombongan bijih timah di
Sungai Lembing bolehlah datang ke kompleks muzium ini.
Atas faktor sejarah ini juga menarik minat saya untuk menghasilkan kajian kes berkaitan
bangunan Muzium dan Bekas Tapak Perlombongan Sungai Lembing.
Muzium Sungai Lembing Lombong Bijih Timah Sungai Lembing
1
1.2 JADUAL KERJA / SENARAI SEMAK
Bil Perkara Halaman Tarikh Tandatangan
1.1 Tajuk kajian 1 16/7/2021
1.2 Jadual kerja 2 19/7/2021
1.3 Objektif kajian 3 22/7/2021
1.4 Kaedah kajian 4 23/7/2021
2.1 Mengumpul maklumat 5 - 6 27/7/2021
2.2 Kerangka kasar penulisan 7 29/7/2021
3.1 Pengenalan 8 4/8/2021
3.2 Latar belakang bangunan/ lombong 9 - 10 6/8/2021
3.3 Struktur bangunan/ lombong 10 - 11 11/8/2021
3.4 Tujuan / sebab pembinaan 11 13/8/2021
3.5 Fungsi bangunan masa kini 11 - 13 16/8/2021
3.6 Langkah-langkah pemerliharaan 13 19/8/2021
3.7 Rumusan 14 - 15 23/8/2021
3.8 Rujukan 15 - 16 23/8/2021
4. Penilaian umum 16 - 17 26/8/2021
5. Lampiran 18 - 19 26/8/2021
2
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan tugasan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1 adalah bagi mengkaji tentang
Bangunan Muzium dan Tapak Perlombongan Bijih Timah Sungai Lembing dengan lebih
dekat lagi. Melalui kajian ini saya dapat memenuhi objektif berikut:
a) Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber
sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan
tatacara yang betul, jelas dan tepat. Ia juga dapat mengasah kemahiran menghasilkan kajian
sejarah.
b) Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang bangunan dan tempat
bersejarah yang ada di Malaysia ini serta dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air
kita. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya memelihara
bangunan dan tempat bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk
menjaga dan mempertahankan warisan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan
rakyat Malaysia.
c) Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang
berlaku di sebalik bangunan dan tempat bersejarah tersebut. Misalnya Muzium dan Tapak
Perlombongan Bijih Timah Sungai Lembing. Selain itu, ia dapat menyedarkan saya bahawa
pentingnya kita menjaga dan mempertahankan nilai warisan seni dan kebudayaan yang ada
di Malaysia agar generasi akan datang memahami dan mengetahui tentang tempat bersejarah
ini. Saya juga dapat memupuk semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga dalam
kalangan generasi muda melalui kajian ini.
3
1.4 KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan sebanyak lima kaedah untuk mendapatkan maklumat secara
terperinci dan sistematik iaitu:
i. Kaedah analisis dokumen
Saya telah merujuk kepada beberapa dokumen yang diambil dari laman web Jabatan
Muzium Malaysia dari internet bagi memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini,
penulisan kajian saya ini tidak akan diragui kebenarannya.
ii. Kaedah muat turun internet
Ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kaedah paling mudah untuk saya ialah
dengan melayari laman sesawang untuk mendapatkan bahan seperti artikel, jurnal, dan
gambar sebagai rujukan.
iii. Bimbingan guru
Saya telah mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada guru sejarah saya iaitu Encik
Zulkifli Bin Yasok. Bimbingan dari beliau sangat penting kerana inilah kali pertama saya
membuat laporan tugasan kajian sejarah.
iv. Temu bual
Kaedah seterusnya ialah menggunakan sumber lisan iaitu temu bual dengan seorang yang
telah beberapa kali melawat ke Kompleks Muzium Sungai Lembing. Beliau telah memberi
banyak maklumat tentang kompleks ini.
v. Youtube
Satu lagi kaedah yang saya gunakan untuk mendapatkan maklumat ialah dengan
menonton video-video dalam Youtube berkaitan tajuk Muzium dan Tapak Perlombongan
Bijih Timah Sungai Lembing.
4
2.1 MENGUMPUL MAKLUMAT
Berikut ialah sumber maklumat yang saya perolehi bagi melaksanakan tugasan ini:
a) Akhbar
Akhbar 1 : Berita Harian
Nama pengarang : Zulkepli Othman
Tarikh terbit : 30 September 2019
Tajuk : Sungai Lembing kembali ‘bernyawa’
Akhbar 2 : Berita Harian
Nama Pengarang : Amin Ridzuan Ishak
Tarikh terbit : 17 Ogos 2015
Tajuk : Misteri Terowong Sungai Lembing Belum Terungkai
b) Internet
i) Jabatan Muzium Malaysia
http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-sungai-lembing
ii) Sejarah Perlombongan Sungai Lembing
https://negeripahang.com/sejarah-perlombongan-bijih-timah-di-sungai-
lembing
iii) Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang
https://www.pahang.gov.my/index.php/pages/view/367?mid=138
iv) Heritage Malaysia
http://www.heritagemalaysia.my/Phg-SgLembing.html
c) Orang Sumber : Ahmad Jeffery bin Abdul Hamid
Nama : 44 tahun
Umur : No 16, Lorong Sungai Soi Baru 6, Taman Country Home,
Alamat 26060 Sungai Soi, Kuantan Pahang.
5
d) Program Televisyen Awani-Pahang ; Muzium Sungai Lembing Pamer Sejarah
Tajuk Program: Tersendiri
13 Januari 2019
Tarikh : Astro Awani
Rangkaian :
e) Buletin : Bulletin of the Geological Society of Malaysia
Buletin : Hariri Arifin etc
Penulis : 2010
Tahun : Geologi pemeliharaan dan pemuliharaan bekas lombong
Tajuk
terowong Sungai Lembing, Kuantan, Pahang sebagai tapak
warisan geologi.
Laporan Temubual Bersama Orang Sumber
Saya telah menemubual seorang responden saya iaitu Encik Ahmad Jeffery bin Abdul
Hamid. Beliau seorang guru sejarah dari Kolej Vokasional Kuantan. Beliau telah beberapa kali
membuat lawatan ke Kompleks Muzium Sungai Lembing bersama pelajar-pelajar beliau untuk
membuat kajian sejarah.
Beliau telah bercerita serba sedikit tentang sejarah bandar Sungai Lembing yang
merupakan bandar terkaya pada suatu ketika dahulu di negeri Pahang. Bandar ini menjadi
tumpuan ramai ketika itu kerana mempunyai kegiatan melombong bijih timah. Lombong bijih
timah di Sungai Lembing dimonopoli oleh syarikat dari Britain. Namun akibat daripada kejatuhan
harga bijih timah di pasaran dunia akhirnya lombong ini ditutup. Selain itu beliau menyatakan
berkemungkinan lombong ini setinggi lebih daripada 20 tingkat.
Manakala bangunan Muzium Sungai Lembing tersebut pula adalah bekas kediaman
pemilik lombong Sungai Lembing. Ia didiami oleh pemilik tersebut bersama keluarganya.
Bangunan campuran kayu dan simen tersebut didirikan dua tingkat. Bangunan kediaman tersebut
kini menjadi galeri pameran sejarah Sungai Lembing dan Perlombongan Bijih di Sungai Lembing.
Setakat ini sahaja maklumat yang saya perolehi daripada temubual tersebut.
6
2.2 KERANGKA KASAR PENULISAN
Bil. Tugasan Butir
1. Pengenalan
- Memperkenalkan bangunan tersebut.
2. Latar belakang - Menceritakan keunikan bangunan tersebut.
bangunan/ lombong - Lokasi bangunan.
3. Stuktur bangunan/ - Menceritakan asal-usul bangunan muzium dan lombong
lombong - Tarikh pembukaan/ pembinaan
4. Tujuan bangunan - Reka bentuk
dibina - Bahan binaan
- Hiasan dalaman
5. Fungsi dan keadaan - Struktur lombong/ kedalaman/ tinggi/ keluasan
bangunan pada masa - Menyatakan tujuan asal bangunan dibina
kini - Kegunaan dahulu bangunan
6. Cadangan langkah- - Menyatakan fungsi dan keadaan bangunan dan lombong
langkah memelihara
bangunan pada masa sekarang
- Menyatakan peranan kerajaan
- Merupakan tanggungjawab rakyat
- Agensi-agensi kerajaan
7. Rumusan - Memberi pengetahuan
8. Rujukan - Memupuk unsur-unsur patriotisme
9. Penilaian umum - Menyatakan harapan.
- Berdasarkan buku, buletin, akhbar
- Internet
- Temubual
- Televisyen
- Memupuk semangat patriotik dan cintakan warisan
bangsa
- Menghargai dan berbangga dengan sejarah negara
10. Lampiran - Gambar-gambar
7
3.1 PENGENALAN
3.1.1 Mengenai Bangunan
Bangunan galeri ini dikenali sebagai Muzium Sungai Lembing. Pada asalnya
bangunan ini merupakan tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar syarikat
lombong bijih timah di Sungai Lembing iaitu Syarikat The Pahang Corporation
Limited hingga kepada sebuah syarikat lain iaitu Syarikat The Pahang Consolidated
Company Limited (PCCl) iaitu dari tahun 1887 hingga 1986. Dahulunya bangunan
ini dikenali sebagai The European Bungalow. Bangunan ini kini menjadi ikon
utama di Pekan Sungai Lembing.
3.1.2 Keunikan Bangunan
Bangunan Muzium Sungai Lembing ini unik kerana terletak di atas bukit di sebelah
timur menghala ke Sungai Kenau. Dibina sebelum tahun 1887. Struktur binaan
bangunan ini mengikut reka bentuk kolonial British. Asalnya bangunan ini bersaiz
kecil dan diubah suai dari semasa ke semasa bermula zaman pengurus besarr J.T
Mariner pada tahun 1911 hingga zaman pengurusan H.R.M. Hodding pada 1966.
Diawal pembinaanya ia hanya beratap nipah dan berdindingkan kulit kayu namun
diubah suai berdindingkan kayu dan simen serta beratap genting. Semasa Perang
Dunia ke-2, bangunan ini dijadikan markas tentera Jepun sehingga 1945 sebelum
diambil alih semula oleh PCCL bagi meneruskan kegiatan perlombongan hinggalah
tahun 1986 ia dikosongkan kerana kejatuhan harga bijih timah dunia.
Pada hari ini, bangunan yang mempunyai dua aras ini menempatkan pelbagai galeri
pameran berkaitan sejarah Sungai Lembing dan Sejarah Perlombongan di Sungai
Lembing.
3.1.3 Lokasi Muzium dan Lombong Bijih Timah Sungai Lembing
Bangunan Muzium Sungai Lembing terletak di atas sebuah bukit di sebelah timur
Sungai Lembing menghala ke Sungai Kenau. Kedudukannya yang strategik di
tengah Pekan Sungai Lembing menyebabkan ia mudah dikenali kerana kedudukan
yang lebih tinggi berbanding bangunan lain disekitarnya. Bangunan ini terletak
berhampiran Pejabat Pos Sungai Lembing dan menghadap di hadapan Lembing
8
River View Resort di seberang sungai. Di sebelah selatannya pula adalah bekas
tapak lombong bijih timah yang telah ditinggalkan.
Peta lokasi Muzium Sungai Lembing
3.2 LATAR BELAKANG BANGUNAN
3.2.1 Muzium Sungai Lembing
Bangunan Muzium ini adalah bangunan lama di Sungai Lembing yang dilindungi
keasliannya rekabentuknya. Tiada Tarikh tepat yang saya jumpai dalam rujukan.
Namun bangunan muzium ini dibina oleh syarikat pelombongan sekitar tahun
1887. Asalnya ia dijadikan rumah kediaman bagi pengurus-pengurus besar syarikat
lombong bijih timah di Sungai Lembing, iaitu bermula dengan Syarikat The
Pahang Corporation Limited, pada tahun 1887 dan diambil alih pada 1915 oleh
syarikat seterusnya iaitu Syarikat The Pahang Consolidated Company Limited
(PCCL) dan pada 1984, diambil alih oleh Pahang Investment public Limited
Company (PIPLC). Rumah kediaman pengurus ini dahulunya dikenali sebagai The
European Bungalow 1 (EB1). Ia dibina di atas bukit dan terdapat 40 rumah
Pegawai Kanan British dan kakitangan lombong yang lain dibina di bahagian
bawah bukit di sekitarnya. Peringkat awal pembinaannya hanya menggunakan
kayu-kayu dari sekitarnya dan beratap nipah tetapi lama-kelamaan ia direnovasi
menjadi bangunan bercirikan kolonial British. Bangunan ini akhirnya dijadikan
9
muzium yang dikenali Muzium Sungai Lembing dan dirasmikan pada 23 April
2005 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Marhum Sultan Haji
Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar.
3.2.2 Lombong Bijih Timah
Manakala, perlombongan di Sungai Lembing di bangunkan pada tahun 1886 oleh
Mr William Frazer, mewakili syarikat The Pahang Mining Company Limited
yang berpusat di London. Pada 1888, syarikat telah menukarkan nama kepada
The Pahang Corporation Limited (PCL). Disebabkan masalah kewangan pada
tahun 1906 PCL telah di tutup dan di ambil alih oleh Syarikat Pahang
Consolidated Company Limited (PCCL). Namun disebabkan faktor kejatuhan
harga bijih timah, akhirnya lombong ini menghentikan operasinya pada tahun
1986.
3.3 STRUKTUR BANGUNAN/ LOMBONG
3.3.1 Struktur bangunan Muzium Sungai Lembing
Rekabentuk bagunan ini bercirikan kolonial British dan digabungkan dengan
rekabentuk tradisional negeri Pahang. Ia sebuah rumah banglo yang dibina dua
tingkat. Ruang dalaman bangunan ini sama seperti pada hari ini yang mempunyai
ruang tamu, bilik-bilik dan bahagian dapur. Bilik-biliknya pula dilengkapi perabot-
perabot seperti almari, ruang pakaian yang sesuai dengan zamannya. Tiang
bahagian luar menggunakan batu-bata, simen dan besi keluli. Terdapat juga tiang-
tiang dan tangga bahagian dalaman yang menggunakan kayu yang berkemungkinan
kayu balak berkualiti tinggi. Rekabentuk hiasan dalaman seperti gaya tradisional
Melayu pada zaman awal 1900-an.
3.3.2 Struktur Lombong Bijih Timah Sungai Lembing
Lombong bijih timah di Sungai Lembing ini terletak di bawah tanah dan terdalam di dunia.
Keseluruhannya mempunyai 14 buah lombong tetapi yang paling mendatangkan hasil ialah
lombong paling dalam dan panjang iaitu Lombong Mayah. Kaedah pelombongan adalah
secara syaf. Semua bekas lombong ini menggunakan bahan letupan untuk menggalinya.
Hasilnya terdapat banyak terowong untuk mendapatkan galian bijih timah. Panjang
10
lombong ini antara 322 hingga 355 kilometer dan kedalamannya sehingga 700 meter.
Lombong ini mempunyai dua lorong yang dikenali sebagai Lorong Sejuta dan Lorong
Mayah. Dalam setiap lorong utama dibina rel kereta api untuk membawa timah
menggunakan lokomotif berkuasa diesel untuk dihantar kekawasan pemprosesan. Terdapat
lif dibina untuk pekerja menuju kedalaman 1400 kaki ke 2300 kaki. Ketinggian lombong
pula antara 12 kaki hingga 200 kaki. Jarak antara setiap tingkat lebih kurang 30 meter.
Dianggarkan mempunyai sebanyak 23 tingkat ke dalam perut bumi. Bagi tujuan
keselamatan pekerja dahulu, terdapat tiang-tiang kayu diletakkan sebagai sokongan supaya
struktur tanah lebih stabil.
3.4 TUJUAN PEMBINAAN/ FUNGSI
Tujuan asal pembinaan bangunan ini adalah untuk penempatan atau rumah bagi keluarga
pengurus syarikat pelombongan. Pada ketika itu dianggarkan ia dibina serentak dengan rumah-
rumah kakitangan lombong yang lain. Cuma uniknya, untuk membezakan rumah antara pengurus
dan kakitangan lain, ia dibina di atas bukit. Namun tiada rekod yang saya perolehi berkaitan senarai
pengurus-pengurus lombong yang pernah mendiami rumah tersebut. Selain itu, semasa
kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, tentera Jepun telah menjadikan bangunan ini sebagai markas
tentera mereka.
Manakala bagi lombong bijih pula pastinya tujuannya lebih jelas iaitu untuk industri
perlombongan bijih timah. Selain lombong, berdekatannya juga dibina kilang pemprosesan bijih
timah. Untuk tujuan pengangkutan batu bijih dari dalam lombong ke tempat pemprosesan, maka
dibina rel lokomotif. Lombong ini dibuka kerana harga bijih timah yang tinggi dalam pasaran
dunia dan memberikan pendapatan kepada kerajaan British dan Pahang.
3.5 FUNGSI DAN KEADAAN MASA KINI
3.5.1 BANGUNAN MUZIUM SUNGAI LEMBING
Pernah menjadi kediaman pengurus syarikat perlombongan, kemudiannya menjadi markas
tentera Jepun, kini fungsi bangunan ini telah berubah. Ia mula dibuka kepada pengunjung sejak
tahun 2001 tetapi hanya pada 23 April 2005 bangunan ini dirasmikan sebagai muzium dan
dinamakan Muzium Sungai Lembing. Muzium ini kini ditadbir oleh Jabatan Muzium Malaysia.
Ia diubahsuai dan menempatkan sebanyak 11 galeri yang memaparkan sejarah Sungai Lembing
11
dan pelbagai koleksi berkaitan sejarah dan peralatan-peralatan yang digunakan di Lombong Bijih
Sungai Lembing.
Pada aras satu, ia dibahagikan kepada beberapa ruang iaitu kaunter informasi, sejarah
Sungai Lembing, Sejarah syarikat perlombongan dan diorama perlombongan. Manakala pada aras
dua terdapat Galeri Geologi & Geomorfologi, Memoir Ekonomi Perlombongan, Galeri Kaedah
Perlombongan Peralatan & Pakaian. Di antara koleksi menarik yang dipamerkan ialah topi
pelombong lengkap dengan lampu, pakaian pelombong, tong bijih timah, wagon, dan sebagainya.
Keseluruhan konsep muzium adalah berteraskan “edutainment” gabungan proses pembelajaran
bercirikan hiburan mengikut citarasa pengunjung, bermaklumat, ceria, terhibur dan menarik.
Selain itu di bahagian luar bangunan pula dipamerkan koleksi-koleksi lain seperti
pemadam api, pam air, penuang bijih, troli, kotak merah, pengusung dan alat-alat elektrik serta
jentera yang lain.
3.5.2 TAPAK PERLOMBONGAN SUNGAI LEMBING
Selain dijadikan muzium, tapak bekas lombong juga kini telah menjadi sumber tarikan bagi
penduduk setempat dan pelancong luar negara. Usaha membaik pulih terowong bekas lombong
ini adalah hasil kerjasama antara pihak Majlis Perbandaran Kuantan, Kerajaan Negeri Pahang dan
Kementerian Pelancongan. Selepas membuat penyelenggaraan terhadap terowong atau kolong
sejak tahun 2009, maka bermula 1 Januari 2013, ia mula dibuka kepada orang ramai yang ingin
merasai suasana dalam lombong yang sempit tersebut. Pengunjung akan menaiki lokomotif
pengangkut timah sejauh 80 meter sebelum perlu berjalan kaki kemudiannya. Hanya sekitar 1.2
km sahaja dibuka untuk pengunjung dan hanya tingkat 1 sahaja dibuka untuk keselamatan. Pada
dinding-dinding lombong ada memaparkan informasi-informasi tentang tapak perlombongan ini.
Pengunjung juga berpeluang melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan di sekitar kawasan
terowong bijih timah tersebut.
Pelbagai kemudahan lain disediakan di sekitar tapak lombong seperti tandas, surau, kantin,
galeri pameran dan pejabat.
12
Usaha pihak Majlis Perbandaran Kuantan, Kerajaan Negeri Pahang dan Kementerian Pelancongan
dalam memelihara dan memulihara bangunan Muzium Sungai Lembing dan Tapak Perlombongan
Bijih Timah Sungai Lembing ini perlulah diberikan pujian. Ia secara tidak langsung memberikan
kesan ekonomi kepada masyarakat setempat dan yang lebih penting lagi adalah tempat bersejarah
negara ini tidak dibiarkan uzur dan dijadikan warisan untuk tatapan generasi akan datang. Usaha
ini perlu diteruskan dan antara cadangan bagi memelihara dan memulihara tapak bersejarah ini
ialah:
3.6 LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN
3.6.1 Pihak Kerajaan
a. Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah memasukkan sedikit maklumat
tentang Kompleks Muzium Sungai Lembing dalam buku teks matapelajaran
tertentu seperti Bahasa Melayu atau sejarah.
b. Kementerian Pelancongan perlu cuba mendapatkan pengiktirafan antarabangsa
seperti UNESCO agar tapak perlombongan ini boleh diwartakan sebagai warisan
dunia.
c. Majlis Bandaraya Kuantan dan Kerajaan Negeri Pahang perlu mewartakan
Tapak Perlombongan Sungai Lembing ini sebagai warisan negeri dan negara.
d. Kementerian Pelancongan perlu giat mempromosikan Kompleks Muzium Sungai
Lembing ke luar negara. Ini boleh dilakukan melalui facebook, Instagram dan
laman-laman web kerajaan seperti Laman Web Kementerian Pelancongan.
e. Dana pemuliharaan dan pemeliharaan perlu ditambah agar lebih banyak
kemudahan dapat dibuat untuk menarik kedatangan pelancong dalam dan luar
negara.
3.6.2 Pihak Sekolah/ Ibu bapa
a. Pihak sekolah melalui kelab dan persatuan boleh merancang mengadakan
lawatan sambal belajar ke Muzium dan Tapak Perlombongan Bijih Timah Sungai
b. Lembing. Ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka merasai sendiri
pengalaman di muzium dan menerokai lombong bijih timah Sungai Lembing.
Pihak sekolah perlu mengadakan pelbagai aktiviti di sekolah berkaitan Muzium
13
dan Tapak Perlombongan Bijih Timah Sungai Lembing dengan membuat
pertandingan melukis, mewarna dan kuiz sejarah Sungai Lembing agar pelajar
dapat mengenali Sungai Lembing dengan warisan sejarah ini dengan lebih dekat.
3.6.3 Media Massa (Majalah / Akhbar / Televisyen)
a. Media Massa elektronik perlu memperbanyakkan lagi program dokumentari
berkaitan warisan-warisan budaya Malaysia termasuklah Muzium dan Tapak
b. Perlombongan Sungai Lembing. Contohnya melalui program Majalah 3 di TV3
dan program Panorama di RTM TV1.
Media cetak seperti majalah dan akhbar perlu menyiarkan lebih banyak rencana
tentang warisan negara seperti Muzium dan Tapak Perlombongan Sungai
Lembing agar lebih ramai masyarakat Malaysia mengetahui kewujudan warisan
sejarah ini. Secara tidak langsung dapat merancakkan industri pelancongan
negara.
3.7 RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah melaksanakan tugasan kerja kursus Sejarah ini
dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Penghasilan tugasan ini memberikan banyak
pengetahuan dan nilai pengajaran kepada diri saya.
Saya berasa amat berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana mempunyai banyak
bangunan dan warisan sejarah. Tetapi perkara yang lebih penting adalah agar genarasi
masa kini akan dapat mengetahui tentang sejarahnya, dan seterusnya menanam sikap
menghormatinya seperti mana menghormati ikon-ikon negara yang lain.
Selain itu, kita dapat memupuk perasaan cinta akan warisan sejarah. Ia
menyokong perasaan cinta akan negara. Generasi muda dididik agar memelihara sejarah
negara dan tidak hanya mengagungkan warisan sejarah negara luar. Generasi pada hari ini
perlu mengenali dan mengetahui mengenai bangunan dan tempat bersejarah ini.
Seterusnya kita akan menghargai dan mengambil iktibar daripada susah payah
kesulitan hidup nenek moyang kita pada suatu ketika dahulu. Pembangunan Sungai
Lembing pada ketika itu melalui detik-detik sukar terutamanya pada ketika zaman
14
penjajahan.
Usaha-usaha pihak tertentu dalam memelihara dan memulihara Muzium dan bekas
Tapak Perlombongan Bijih Timah Sungai Lembing patut dipuji. Ini menunjukkan bahawa
mereka sangat prihatin dan bertanggungjawab untuk menjaga warisan negara.
Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama
antara rakan-rakan semasa menyelesaikan kerja kursus ini. Nilai kerjasama telah
membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat.
Harapan saya agar usaha pemeliharaan dan pemulihan bangunan Muzium dan Tapak
Perlombongan Sungai Lembing ini dapat terus dilakukan agar warisan ini tidak ditelan
zaman.
3.8 RUJUKAN
Akhbar
a. Berita Harian, ‘Sungai Lembing kembali ‘bernyawa’, Zulkepli Othman,
30 September 2019.
b. Berita Harian, ‘Misteri Terowong Sungai Lembing Belum Terungkai’, Amin
Ridzuan Ishak, 17 Ogos 2015.
Internet
a. Jabatan Muzium Malaysia, http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-sungai-
lembing
b. Sejarah Perlombongan Sungai Lembing, https://negeripahang.com/sejarah-
perlombongan-bijih-timah-di-sungai- lembing
c. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Pahang.
https://www.pahang.gov.my/index.php/pages/view/367?mid=138
d. Heritage Malaysia. http://www.heritagemalaysia.my/Phg-SgLembing.html
Orang Sumber
Encik Ahmad Jeffery bin Abdul Hamid, 44 tahun, No 16, Lorong Sungai Soi Baru
6, Taman Country Home, 26060 Sungai Soi, Kuantan Pahang.
15
Program Televisyen
Awani-Pahang : Muzium Sungai lembing Pamer Sejarah Tersendiri,
13 Januari 2019, Astro Awani
Buletin
Hariri Arifin, M. Ghani Rafek, A. Ibrahim Abdullah & M. Rozi Umor, Geologi
pemeliharaan dan pemuliharaan bekas lombong terowong Sungai Lembing,
Kuantan, Pahang sebagai tapak warisan geologi. Bulletin of the Geological
Society of Malaysia, bil 56 (2010)
4.0 PENILAIAN UMUM
Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk
semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia
Pelbagai usaha dilakukan agar generasi masa kini dapat menghargai dan menghormati
sejarah warisan negara. Perkara ini perlu dibuat agar semua warisan sejarah negara tetap kekal
dan boleh menjadi tatapan untuk generasi akan datang. Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
dan tempat bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Hal ini kerana, ia dapat menimbulkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Contohnya
bangunan Muzium dan Tapak Perlombongan Bijih Timah Sungai Lembing masih kekal dan mula
menjadi perhatian masyarakat dalam dan luar negara. Bangunan warisan ini mempunyai nilai
sejarah dan nilai estetikanya.
Kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan di Malaysia adalah merupakan satu
tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap individu agar dapat mengekalkan nilai seni bina
bangunan dan warisan sejarahnya. Justeru itu, usaha ini amat perlu dilakukan agar generasi yang
akan datang berpeluang untuk melihat dan menikmatinya.
Melalui amalan pemeliharaan dan pemuliharaan dapat memupuk unsur patriotisme agar
membentuk warganegara yang bersemangat patriotik. Contohnya, Bangunan Muzium dan Tapak
Perlombongan Sungai Lembing, dapat dikaitkan dengan peristiwa penting yang pernah berlaku
16
suatu masa dahulu di Malaysia. Ia juga dapat mengingatkan warganegara Malaysia tentang
kepentingan menghargai jasa dan perjuangan nenek moyang dan tokoh-tokoh negara terdahulu.
Selain itu, ia juga dapat membangkitkan semangat nasionalisme dan cinta akan negara.
Bahkan generasi hari ini akan dipupuk dengan semangat sedia berkorban kepada bangsa dan
negara. Mereka akan lebih menghargai dan peka kepada isu tentang bangsa dan negara melalui
penghayatan mereka terhadap peninggalan bangunan dan warisan sejarah negara.
Selain itu, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan dan tempat bersejarah boleh
memupuk semangat berbudi pekerti mulia, khususnya kepada para pelajar, terutama semasa
mereka menjalankan kajian berkaitan dengan bangunan dan warisan sejarah. Ini dapat membantu
mereka berfikir dan bertindak wajar serta berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi.
Bahkan dengan usaha pemuliharaan dan pemeliharaan ini juga, dapat mengingatkan kita
tentang semangat sanggup bekorban, sanggup berjuanga dan menggalakkan kita bersikap rajin,
berdikari dan tabah menghadapi sebarang cabaran.
Selain itu ia dapat menyemai semangat bersatu-padu antara masyarakat majmuk di
Malaysia. Ini kerana dalam menjalankan usaha ini mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong-
menolong antara satu sama lain. Secara tidak langsung akan akan membentuk semangat muhibah
dan permuafakatan dalam masyarakat berbilang kaum.
Kesimpulannya, kita perlu menyokong segala usaha pemeliharaan dan pemuliharaan
bangunan dan tempat bersejarah negara. Kita perlulah berterima kasih kepada pihak-pihak yang
mengambil tanggungjawab menjaga bangunan dan tempat bersejarah ini. Harapan saya usaha ini
perlu diteruskan untuk menjaga warisan negara daripada luput ditelan zaman.
17
5.0 LAMPIRAN
Salah satu pintu masuk terowong lombong bijih timah Sungai Lembing
Suasana dalam lombong
18
Pandangan Atas Muzium Sungai Lembing
Pandangan dari tepi Muzium Sungai Lembing
19
Galeri-galeri pameran Muzium Sungai Lembing
20