The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zdeizul, 2021-08-10 15:18:28

Wang Tahun 4 - Pengurusan Kewangan & Mata Wang Asing

Tahun 4-Wang 6

BIDANG PEMBELAJARAN :

TAJUK :

3.0 Wang

Standard Kandungan :
Tanggungjawab dalam membuat keputusan

berkaitan kewangan

3.4.1 Menjelaskan kesan sesuatu keputusan
kewangan yang dibuat.

3.4.2 Membuat keputusan kewangan berdasarkan
keutamaan keperluan dan kehendak.

3.4.3 Membuat keputusan kewangan dengan
menganalisis maklumat kewangan yang
diperolehi daripada pelbagai sumber.

SELAMAT DATANG KE SESI PDPR TAHUN 4 DINAMIK

3.4.1 Menjelaskan kesan sesuatu keputusan
kewangan yang dibuat.

Apakah yang perlu difikirkan sebelum membuat sesuatu keputusan kewangan?
1. Adakah pembelian tersebut adalah satu keperluan?

Contoh : Kamu ingin membeli sebuah telefon bimbit keluaran terbaru sedangkan telah
mempunyai sebuah telefon yang masih boleh digunakan.
2. Adakah wang mencukupi?
Contoh : Kamu terpaksa berhutang untuk membeli telefon bimbit tersebut atau dibeli
secara kredit dan dikenakan faedah tertentu.
3. Adakah mempunyai simpanan?
Contoh : Dalam keadaan yang genting seperti ketika PKP, kamu tidak mempunyai
pendapatan dan hanya berharap kepada simpanan kamu.
4. Apakah keutamaan perbelanjaan?
Contoh : Tahu keutamaan kamu jika terdapat lebih daripada satu keperluan.

3.4.1 Menjelaskan kesan sesuatu keputusan
kewangan yang dibuat.

Apakah akan berlaku jika kamu tersilap membuat keputusan kewangan?
1. Perbelanjaan melebihi pendapatan.

Contoh : Mengalami masalah kewangan yang serius sekiranya berlaku perbelanjaan
melebihi pendapatan.

2. Tidak dapat membuat simpanan.
Contoh : Gagal membuat simpanan untuk kegunaan ketika diperlukan atau ketika
kecemasan.

3. Membeli barang-barang yang bukan keperluan.
Contoh : Barang-barang yang kamu dibeli tidak menjadi satu keperluan dan tidak
digunakan.

4. Terjebak dalam masalah hutang.
Contoh : Kamu akan menghadapi masalah keberhutangan yang serius dan gagal
membayar hutang hingga menyusahkan diri sendiri.

3.4.2 Membuat keputusan kewangan berdasarkan
keutamaan keperluan dan kehendak.

Apakah keperluan? Apakah kehendak?

1. Perkara yang perlu didahulukan. 1. Perkara yang boleh ditangguhkan.

2. Perkara yang penting. 2. Perkara yang kurang penting.
3. Tidak semestinya memerlukan 3. Mungkin memerlukan wang

wang yang banyak. yang banyak.
4. Tidak melibatkan hutang atau 4. Mungkin perlu berhutang atau

kredit. kredit.

3.4.3 Membuat keputusan kewangan dengan
menganalisis maklumat kewangan yang
diperolehi daripada pelbagai sumber.

Sebelum membuat sesuatu keputusan kewangan seperti perbelanjaan,
pembelian barang dan keperluan kita perlulah mengambil kira beberapa
perkara :

1. Berapakah banyakkah wang yang kita ada?

2. Berapakah pendapatan kita?

3. Adakah perbelanjaan atau pembelian tersebut menjadi keperluan atau
cuma hendak?

4. Sudahkah kita membuat perbandingan harga?

5. Elakkan daripada berhutang jika tidak perlu.

6. Berapakah dapat disimpan atau dilaburkan untuk keperluan pada masa
depan?

BIDANG PEMBELAJARAN :

TAJUK :

3.0 Wang

Standard Kandungan :
Mata Wang Asing

3.5.1 Mengenal mata wang negara utama dunia.
3.5.2 Menyatakan nilai wang RM1 dengan nilai

mata wang semasa negara lain.

SELAMAT DATANG KE SESI PDPR TAHUN 4 DINAMIK

Perancis Jepun

Nama Mata Wang : Euro Nama Mata Wang : Yen

Simbol : (€200) Simbol : ¥ (¥1000)

Amerika Syarikat China

Nama Mata Wang : Dollar Nama Mata Wang : Renminbi

$Simbol : ($100) ¥Simbol : (¥50)

Great Britain Rusia

Nama Mata Wang : Paun Sterling Nama Mata Wang : Ruble
£Simbol : (£10) ₽Simbol : (₽1000)

Arab Saudi Australia

Nama Mata Wang : Riyal Nama Mata Wang : Dollar

Simbol : SAR (SAR20) Simbol : $ ($5)

Korea Selatan India

Nama Mata Wang : Won Nama Mata Wang : Ruppe

Simbol : ( 5000) ₹Simbol : (₹500)

Bangladesh Pakistan

Nama Mata Wang : Taka Nama Mata Wang : Paskitani Rupee

Simbol : ( 10) Simbol : ( 500)

Malaysia Singapura

Nama Mata Wang : Ringgit Nama Mata Wang : Dollar

Simbol : RM (RM100) Simbol : $ ($5)

Brunei Indonesia

Nama Mata Wang : Dollar Nama Mata Wang : Rupiah

Simbol : $ ($5) Simbol : Rp (Rp500)

Thailand Filipina

Nama Mata Wang : Baht Nama Mata Wang : Peso

Simbol : ( 1000) Simbol : ( 100)

Laos Vietnam

Nama Mata Wang : Kip Nama Mata Wang : Dong

Simbol : ₭ (₭1000) Simbol : VND (VND50)

Kambodia Myanmar

Nama Mata Wang : Riel Nama Mata Wang : Kyat

Simbol : ( 1000) Simbol : K (K1000)


Click to View FlipBook Version