BIDANG PEMBELAJARAN :
TAJUK :
3.0 Wang
Standard Kandungan : Pengurusan Kewangan
SELAMAT DATANG KE SESI PDPR TAHUN 4 DINAMIK
Apakah BAJET ?
Bajet merupakan satu perancangan perbelanjaan, iaitu cara untuk
merancang jumlah wang yang anda miliki dengan wang yang anda belanjakan.
Apakah MATLAMAT KEWANGAN?
Matlamat Kewangan ialah sesuatu perkara yang kita inginkan seperti:-
- Memiliki sebuah basikal - Berkahwin
- Memiliki sebuah telefon bimbit - Membeli permainan
- Bersedekah/derma - Melancong
- Mebeli kasut sukan berjenama - Membeli hadiah untuk ibu
- Mebeli buku - Dan lain-lain
SELAMAT DATANG KE SESI PDPR TAHUN 4 DINAMIK
Situasi 1
Asmah merancang untuk membeli sebiji kek sempena hari jadi ibunya. Harga kek tersebut
ialah RM45. Jadual berikut menunjukkan bajet harian Asmah dalam satu minggu.
Hari Wang Poket Belanja Jumlah Baki Disimpan
Ahad RM5.00 Nasi lemak RM1.50 RM3.50
Isnin RM5.00 Bihun goreng RM2.00 RM3.00
Selasa RM5.00 RM1.00 RM4.00
Rabu RM5.00 Kuih RM1.50 RM3.50
Khamis RM6.00 Nasi lemak RM1.50 RM4.50
Jumlah RM26.00 Jumlah disimpan RM18.50
Laksa
i) Berapakah jumlah wang Asmah yang belum mencukupi untuk membeli kek tersebut?
ii) Jika bajet perbelanjaan Asmah adalah sama pada setiap minggu, berapa minggu
diperlukan oleh Asmah bagi membeli kek tersebut?
Situasi 2
Kamu bercadang untuk membeli sepasang kasut sukan berjenama yang berharga RM200.
Catatkan perbelanjaan dan simpanan kamu bagi mencapai matlamat kamu untuk membeli
kasut tersebut dalam masa empat bulan.
Bulan Wang Dapat Jumlah Belanja Baki Disimpan
Januari
Februari
Mac
April
Jumlah
i) Nyatakan faedah merekodkan perbelanjaan dan simpanan kamu.
Situasi 2
Encik Osman mempunyai pendapatan RM6 560 setiap bulan. Berikut menunjukkan rekod
perbelanjaan Encik Osman dalam sebulan.
Bil Bayaran Jumlah
1 Ansuran kereta RM1 200
2 Bayaran utiliti RM1 300
3 Ansuran rumah RM800
4 Keluarga RM1 500
5 Rekreasi dan lain-lain RM500
6 Simpanan bulanan
i) Berapakah simpanan Encik Osman setiap bulan?
ii) Berapakah jumlah simpanan Encik Osman selama setahun?
Latihan (Matematik A)
Soalan 1
Balqis ingin membeli sebuah bag yang berharga RM55 tetapi wangnya belum mencukupi. Jika Balqis hanya
mempunyai RM25, berapa harikah yang Balqis perlu menyimpan wang sakunya jika setiap hari dia
menyimpan sebanyak RM2?
Soalan 2
Zambri adalah seorang pelajar di sebuah universiti. Zambri juga bekerja sebagai penghantar makanan
dengan upah sebanyak RM30 pada setiap malam bagi menampung perbelanjaannya ketika belajar. Zambri
hanya membelanjakan RM10 setiap hari untuk makan manakala bakinya disimpan. Rekodkan simpanan
dan perbelanjaan Zambri pada setiap minggu di dalam jadual berikut.
Hari Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu
Upah
Belanja
Simpan
(a) Berapakah jumlah simpanan Zambri dalam seminggu?
(b) Hitung jumlah simpanan Zambri pada bulan Jun 2021.
(c) Setiap bulan Zambri perlu membayar wang pengajiannya sebanyak RM300 kepada pihak universiti.
Berapakah hari Zambri perlu bekerja untuk mencukupkan wang yuran tersebut?