KESIHATAN UNTUK SEMUA BULETIN EEDDIISSII 11//22002244 PEJABAT KESIHATAN DAERAH PONTIAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH PONTIAN
ISI KANDUNGAN Sidang Redaksi Warkah Perutusan Unit Farmasi Unit Pengurusan Pembentangan Inovasi dan Penyelidikan Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Inspektorat Unit Primer & Tibi/Kusta Tahukah anda ? Unit Fisioterapi 1 2 Sambutan Hari Kesihatan Mental 3 4 7 8 10 11 13 15 Unit Pemulihan Cara Kerja 16 Unit Pemakanan 17 Unit Dietetik 18 20 Unit Kesihatan Ibu & Anak Komuniti Sihat 21 23 Sambutan & Program di Klinik Kesihatan 24 Sanjungan Budi, Lambaian Kasih 26 In a glance : Klinik Kesihatan Benut 25
EDITOR EDITOR KETUA EDITOR PENASIHAT EDITOR EDITOR EDITOR EDITOR PROMOSI/ GRAFIK En. Muhammad Syafiq bin Zaihuri Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran SIDANG REDAKSI PENAUNG Dr. Surinah Binti Asan Pegawai Kesihatan Daerah Dr. Emmy Marina binti Aripin Pegawai Perubatan PEN. KETUA EDITOR EDITOR EDITOR En. Muhamad Azhar bin Jaafar Pegawai Farmasi Cik Nurul Hidayah binti Whakidin Pegawai Sains Pemakanan Dr. Fairulliza binti Suha Pegawai Epidemiologi Dr. Shahrul Azrina binti Ab Rasid Pegawai Perubatan Pn. Roslenda binti Mohmed Jururawat Pn. Siti Annisak binti Mohd Khanan Jururawat Pn. Nurul Huda binti Saruni Jurupulih Perubatan Carakerja En. Hanafi bin A Rahim Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Cik Norumaira binti Hashim Jurupulih Perubatan Fisioterapi En. Shanezam bin Ali Rahman Penolong Pegawai Perubatan 1
Dr. Surinah binti Asan Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Pontian Warkah Perutusan Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Pejabat Kesihatan Daerah Pontian berjaya menghasilkan Buletin PKD Pontian Siri 1/2024. Saya mewakili barisan sidang redaksi Buletin PKD Pontian mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBrs Dr Hajah Surinah binti Asan (Pegawai Kesihatan Daerah Pontian) di atas dorongan dan sokongan beliau dalam menghasilkan penerbitan Buletin PKD Pontian Siri 1/2024. Buletin ini adalah sebagai satu wacana bagi menonjolkan fungsi, aktiviti, program dan detik kejayaan PKD Pontian. Syabas dan tahniah kepada barisan sidang redaksi di atas komitmen dan kesungguhan dalam menghasilkan penerbitan ini. Semoga segala idea yang dicurahkan menjadi pendorong kepada usaha memperkenalkan Pejabat Kesihatan Daerah Pontian kepada masyarakat luar. 2 Dr. Fairulliza binti Suha Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Pontian Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera, Kepada semua warga PKD Pontian dan para pembaca Buletin PKD Pontian. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi, di atas penghasilan Edisi Pertama Buletin PKD Pontian. Kejayaan penghasilan buletin Edisi Pertama ini merupakan satu pencapaian yang menjadi kebanggaan jabatan. Ia menunjukkan komitmen yang sangat tinggi serta usaha gigih barisan sidang redaksi. Diucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas. Buletin ini dibangunkan sebagai platform untuk menyampaikan maklumat, berkongsi pencapaian, memaparkan semangat kerja berpasukan yang utuh di dalam organisasi. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih di atas masa yang tidak terhitung, cetusan idea kreatif dan penat lelah yang dicurahkan oleh setiap warga PKD Pontian untuk membawa visi jabatan ini kepada realiti. Diharap buletin ini dapat terus dimanfaatkan sebagai satu sumber dinamik untuk berkongsi kejayaan, menangai cabaran dan meraikan aspirasi kita dalam melangkah ke hadapan. Komitmen anda adalah daya pendorong di sebalik kejayaan kita, dan saya yakin bahawa PKD Pontian akan dapat menggapai puncak yang lebih tinggi di masa akan datang.
SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2023 “Kesihatan Untuk Semua, Hentikan Stigma” Dengan tema ‘Kesihatan Untuk Semua, Hentikan Stigma’, Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Johor 2023 telah diadakan di Dewan Jubli Intan dan Dataran Daerah Pontian pada 19 Oktober 2023. Program ini telah sempurna dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, YB Tuan Ling Tian Soon diiringi oleh Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Hj Mokhtar bin Hj Pungut@Ahmad; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Johor (Kesihatan Awam), Dr Siti Khadijah binti Abdul Rahim; Pegawai Daerah Pontian, Tuan Hj Zainal bin Eran dan Wakil Rasmi Pengarah Hospital Permai, Dr Haslina binti Yusuf. Hampir 1000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat telah hadir dan mengambil bahagian di dalam aktivitiaktiviti yang disediakan. Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Forum “Mental Health for All”, ‘Fun Walk’, ‘Explorace’, pertandingan video pendek, pertandingan poster, ‘Tik Tok Challenge’, pameran dan saringan kesihatan. Usahasama yang dijalankan di antara Unit NCD JKNJ, Pejabat Kesihatan Daerah Pontian, Hospital Permai, Pejabat Daerah Pontian serta agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan ini telah berjaya memperkasa para peserta untuk bertindak ke arah kesihatan mental yang utuh di samping membudayakan amalan hidup sihat, kawalan kesihatan kendiri dan kelestarian kebersihan persekitaran seiring dengan 4 teras Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). 3
KK Pontian KK Pekan Nanas KK Benut KK Kayu Ara Pasong KK Pt Ismail KK Serkat KK Ayer Baloi KK Penerok Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah: Farmasi Pesakit Luar Pendispensan Rawatan Methadone Penjagaan Ambulatori (CCB MTAC) Perkhidmatan Logistik Lain-lain aktiviti klinikal Unit Farmasi telah mencapai 99% sasaran pembekalan ubat kepada pesakit di bawah 30 minit CCB MTAC ditawarkan bagi pengkhususan rawatan: Penyakit Darah Tinggi Kencing Manis Penyakit Jantung Iskemia (IHD) Dislipidemia (kolestrol tinggi) Bagi tahun 2023, seramai 661 pesakit bersetuju mengikuti program CCB MTAC. Ianya menyasarkan penambahbaikan dalam kawalan gula, kolestrol dan tekanan darah pesakit Kajian menunjukkan terdapat penurunan yang signifikan bagi bacaan gula, tekanan darah dan kolestrol bagi pesakit yang mengikuti perkhidmatan ini dan hasil kajian ini telah dibentangkan di peringkat negeri Johor UNIT FARMASI PEJABAT KESIHATAN DAERAH PONTIAN PENGENALAN UNIT DAN SERVIS Unit Farmasi beroperasi di semua 8 klinik kesihatan di dalam daerah Pontian PERKHIDMATAN PENJAGAAN AMBULATORI (CCB MTAC) 4
Locker4u Pengambilan ubat secara layan diri di loker ubat di lokasi strategik di daerah Pontian Perkhidmatan Ubat Melalui Pos (UMP) Pembekalan ubat melalui syarikat penghantaran ke lokasi pilihan pesakit dengan caj tertentu Pesakit boleh mendaftar di kaunter farmasi di semua klinik kesihatan atau dengan menggunakan aplikasi MyUbat MyUBAT Scan untuk muat turun aplikasi MyUBAT UNIT FARMASI PEJABAT KESIHATAN DAERAH PONTIAN PERKHIDMATAN TAMBAH NILAI FARMASI (VAS) 1 Muat turun aplikasi MyUBAT 2 Pilih log masuk kali pertama dan isikan profil diri dan fasiliti bekalan 3 Membuat permohonan Ubat Melalui Pos (UMP) 5
Karnival Perpaduan KRT Pekan Nanas Sambutan Hari Kesihatan Mental 2023 Sebaran Infografik Melaui Platform Media Sosial Scan & follow Program DUTA Prihatin Masyarakat UNIT FARMASI PEJABAT KESIHATAN DAERAH PONTIAN PROGRAM KENALI UBAT ANDA (KUA) Program Kenali Ubat Anda merupakan usaha mendidik masyarakat berkenaan penggunaan ubat secara berkualiti Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 2023 seperti: Ceramah ubat-ubatan Pameran ubat-ubatan Sebaran infografik di media sosial Program DUTA Prihatin Masyarakat Sambutan Maulidur Rasul SK Ayer Baloi 6
UNIT PENGURUSAN Penghantaran Barangan Bantuan Banjir Batu Pahat & Segamat Penghantaran barangan bantuan banjir bertujuan membantu meringankan beban kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertugas di daerah Batu Pahat dan Segamat. Dua daerah tersebut telah terjejas dengan bencana banjir. Bantuan ke Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat telah dihantar pada 12 Mac 2023 dan ke Segamat pada 19 Mac 2023. Lawatan Kerja Pengarah Kesihatan Negeri Johor Ke Pejabat Kesihatan Daerah Pontian Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Hj Mokhtar Bin Hj Pungut@ Ahmad telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa fasiliti kesihatan daerah Pontian pada 22 Ogos 2023. Fasiliti kesihatan yang dilawati termasuklah Klinik Desa Sri Bunian, Klinik Kesihatan Serkat dan Klinik Desa Perpat. Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk meninjau keadaan infrastruktur klinik dan kuarters bagi mengenalpasti keperluan rancangan naik taraf atau baik pulih. Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Pontian Pejabat Kesihatan Daerah Pontian telah menyertai pertandingan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 yang telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Pontian. Pejabat Kesihatan Daerah Pontian telah berjaya memenangi: Tempat Pertama bagi Pertandingan Laman Merdeka Tempat Kedua bagi Pertandingan Sepanduk Perbarisan Tempat Ketiga bagi Pertandingan Tandas Tercantik Sambutan Hari Raya Pejabat Kesihatan Daerah Pontian Sambutan Hari Raya Peringkat Daerah Pontian telah diadakan pada 17 Mei 2023. Pelbagai aktiviti pertandingan telah dijalankan. Antaranya ialah pertandingan hiasan gerai kreatif, pemakaian busana lelaki dan wanita kreatif. Pejabat Kesihatan Daerah Pontian telah berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan gerai kreatif. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Pontian 5 Oktober 2023 7
Lakukan aktiviti fizikal sekiranya bacaan glukometer >8.5 mmol/L 2 jam selepas makan ! Apa itu diabetes? Sila IMBAS Saya! APA ITU GLUKOMETER? Sejenis alat/peranti perubatan untuk mengukur kepekatan gula (glukosa) dalam darah. Alat ini digunakan untuk: 1. Saringan awal penyakit diabetes 2. Memantau bacaan gula pesakit diabetes Kenali Risiko Anda TARGET BACAAN GLUKOMETER BAGI PESAKIT DIABETES Kenali Diabetes Sebelum makan : 4.4 - 7.0 mmol/L 2 jam selepas makan : 4.4 - 8.5 mmol/L “Mujur ada Glucometer” PEMILIHAN WAKTU pemeriksaan kendiri glukosa dalam darah bagi pesakit diabetes (smbg) 8
OBJEKTIF : Memantapkan pengurusan rawatan pesakit Diabetes Mellitus secara holistik dengan penglibatan komuniti di daerah Pontian. TEMPAT PERLAKSANAAN: 1.Klinik Kesihatan Pontian (Zon tengah) 2.Klinik Kesihatan Pekan Nenas (Zon selatan) 3.Klinik Kesihatan Benut (Zon utara) AKTIVITI YANG DIJALANKAN: Apa Itu Diabetes dan Komplikasi Diabetes Mujur Ada Glukometer (SMBG - pemeriksaan kendiri glukosa dalam darah) ‘Sedapnya Makanan Ini’ (Pemilihan makanan yang sesuai untuk pesakit diabetes) Kenali Ubat Diabetes Anda dan Tunjuk Cara Injeksi Insulin Kakiku Kakiku Kakiku - Tunjuk Cara Penjagaan Kaki Pesakit Diabetes ‘Sharing Moment - I Did It’ / Aktiviti ‘Support Group’ KELAS DIABETES daerah pontian BERSAMA KITA MAMPU MENGAWAL DIABETES Imbas Untuk Pendaftaran Kelas Diabetes 9
PEMBENTANGAN INOVASI & PENYELIDIKAN Kumpulan IGNITE terdiri daripada Dr Nurasmalhusna Hamid, KJ Roslenda Mohamed, JT Siti Annisak Mohd Khanan dan PPP Ainol Haqim bin Kasman telah berjaya merangkul Naib Johan bagi kategori Inovasi Produk di Konvensyen Inovasi Jabatan Kesihatan Negeri Johor yang berlangsung 18 Mei 2023. Produk ‘FEID BOX’ ini dihasilkan untuk menambahbaik prosedur pemeriksaan kaki pesakit diabetes di klinik kesihatan. Kumpulan ANANAS yang terdiri daripada Dr Leong Pooi Yee, dan 3 Pegawai Farmasi iaitu Pn Raudhatun Sa’adiah Ithnin, Pn Nurjannah Mohamad Reffin dan Cik Melissa Teng Li Quinn telah berjaya merangkul Johan bagi kategori ‘QA: Oral Presentation’ di Konvensyen Inovasi Jabatan Kesihatan Negeri Johor yang berlangsung pada 18 Mei 2023. Kumpulan AMETHYST yang terdiri daripada Dr Shahrul Azrina Ab Rasid, Pegawai Farmasi Pn Faradia Mohmad, Pn Raudhatun Sa’adiah Ithnin dan JT Siti Annisak Mohd Khanan telah berjaya merangkul Anugerah Khas Juri bagi kategori ‘QA: Oral Presentation’ di Konvensyen Inovasi Jabatan Kesihatan Negeri Johor yang berlangsung pada 18 Mei 2023. Sempena 12th Johor Scientific Conference 2023 yang berlangsung pada 19-20 Jun 2023 bertempat di Holiday Villa Johor Bahru, anggota Pejabat Kesihatan Pontian telah membentangkan tiga (3) kajian. Kajian bertajuk ‘Increasing Adherence to Antibiotic Prescribing Guideline in a Primary Healthcare Setting: A Pre and Post Study’ telah berjaya menjadi JOHAN bagi kategori oral presentation. 10
Basic Life Support Program Pengurusan Berat Badan Gunung Pulai 13Julai 2023 Program Pengurusan Stress PPKP D’Hijrah, Pekan Nenas Program 10,000 langkah anjuran unit KPAS telah dijalankan di Pantai Rekreasi Rambah pada 7 September 2023 melibatkan semua staff kesihatan dan agensi kerajaan Program ini telah berlangsung di Taman Negara Tanjung Piai pada 28 Februari 2023 PROGRAM KESIHATAN DAN KESELAMATAN PEKERJAAN (KPAS) Program Happy mind, Healthy life Program 10,000 Langkah Program Gaya Hidup Aktif KOSPEN WOW Agensi Taklimat Keselamatan Pekerjaan dan Needle Sharp Injury keatas anggota Kesihatan Taklimat Keselamatan Pekerjaan dan Needle Sharp Injury keatas anggota Kesihatan INSPEKTORAT Antara peserta yang mengikuti Program Pengurusan Berat Badan Gunung Pulai Basic Life Support anjuran Unit Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Program Pengurusan Stress dan perlaksanaan aktiviti di bawah PeraturanPeraturan Kawalan Hasil Tembakau kepada semua Penolong Pegawai Kesihatan & Persekitaran Daerah Pontian di D’Hijrah, Pekan Nenas. 11
HFMD atau penyakit kaki, tangan dan mulut boleh berjangkit melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanakkanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD UNIT PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN (UPP) PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004 Sepanjang tahun 2023, sebanyak 269 notis kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 telah dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pontian. 230 notis di atas kesalahan merokok di kawasan larangan merokok, 12 notis di atas kesalahan orang belum dewasa memiliki, menghisap rokok dan vape; 8 notis di atas kesalahan tuan punya kedai gagal mempamerkan tanda larangan merokok di premis dan 19 notis lagi dikeluarkan bagi lain-lain kesalahan. AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT 1975 Dari Januari hingga Disember 2023, sebanyak 109 notis kesalahan di bawah Akta Pencegahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 telah dikeluarkan. Notis-notis yang dikeluarkan melibatkan institusi pendidikan, kawasan kediaman awam, kawasan perindustrian dan juga kawasan taman rekreasi di sekitar daerah Pontian. Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan kawasan persekitaran bagi mengelakkan berlakunya pembiakan nyamuk aedes. AKTA MAKANAN DAN PERATURANPERATURAN KESBERSIHAN MAKANAN 2009 AKTA PENCEGAHAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 Pada tahun 2023, pihak UPP Pejabat Kesihatan Daerah Pontian telah menutup 4 buah sekolah yang menjadi tempat penyebaran penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD). Penutupan dijalankan mengikut Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 selama 7 hari bagi memutuskan rantaian penyakit berjangkit. Sepanjang tahun 2023, Pejabat Kesihatan Daerah Pontian telah menjalankan banyak aktiviti persampelan makanan dan pemeriksaan premis makanan. Sebanyak 120 notis telah dikeluarkan bagi pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. UNIT KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (CDC) UNIT KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (CDC) Sesi townhall HFMD bersama pengusaha KEMAS Parlimen Tanjung Piai telah diadakan pada 13 Oktober 2023 yang melibatkan guru-guru KEMAS 12
Pada tahun 2022, sebanyak 297, 069 kehadiran direkodkan, merangkumi semua fasiliti kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Pontian 8 Klinik Kesihatan 173,318 populasi UnPriTB/KlinikWargaEmas Pelbagai saringan kesihatan ditawarkan di klinik kesihatan daerah Pontian. Antaranya; Saringan Remaja Saringan Warga Emas Saringan Risiko Kardiovaskular Saringan Minda Sihat Saringan Kanser Saringan Penyakit Berjangkit 508 warga emas telah disaring (2023) Penjagaan Menyeluruh Seiring dengan perkembangan industri penjagaan kesihatan Malaysia, fokus penyampaian perkhidmatan adalah ke arah kesejahteraan kesihatan yang universal dan berkualiti. Edisi kali ini memaparkan usaha Pejabat Kesihatan Daerah Pontian dalam merealisasikan agenda nasional, selaras dengan aspirasi Malaysia. Cabaran Semasa Kehadiran Pesakit Klinik kesihatan dan klinik desa yang usang dan daif telah dikenalpasti untuk ditambahbaik secara berperingkat. Sebanyak 3 projek baik pulih/ naik taraf dilaksanakan pada tahun 2023. Penambahbaikan fasiliti dijangka dapat meningkatkan kapasiti dan kualiti penjagaan kesihatan primer secara keseluruhan. 52,021 kehadiran sebanyak Peningkatan KlinikBerhenti Merokok(KBM) Jumlah Remaja 1,296 sepanjang tahun 2022- 2023 4 tel 8ah daftar saringan untuk BERHENTI Ayuh,daftarsekarang! Alternatif kepada perkhidmatan pesakitluar sedia ada. Dapat menjimatkan masa & kos pengangkutan. Mengurangkan kesesakan di klinik . Ditawarkan kepada pesakittemujanji dengan kawalan penyakit yang stabil. *(MyCensus, 2020) Program Klinik Berhenti Merokok turut diperluaskan di peringkat sekolah dengan kerjasama pihak guru dan anggota kesihatan dalam mempromosikan Kempen Berhenti Merokok . *Perkhidmatan seperti kaunseling, saringan berkaitan kesihatan remaja, dan rujukan disediakan di bawah program Klinik Remaja. Pada Tahun 2023 pesakit di jalankan Seramai & 33 Klinik Desa 13 Klinik Virtual
Jumlah nit mer & /Kusta SaringanTB/Kusta 5, sa8ringa2n TB 7 golongan berisiko Golongan berisiko tinggi tuberkulosis (pesakit kencing manis, warga emas, pesakit ginjal kronik, pesakit HIV dan penghuni institusi) turut termasuk dalam program kawalan penyakit TB. Pelbagai aktiviti bersama masyarakat turut diadakan bagi mempromosikan maklumat dan pengetahuan berkenaan penyakit TB dan Kusta . SaringanXrayDada SapuanKahak 320 sapuan kahak dijalankan bagi pesakit yang berisiko sepanjang 2023 Saringan 5,567 Dijalankan untuk membantu diagnosis yang lebih tepat ke arah pengesanan dan rawatan awal penyakit TB KadarSukses Rawatan 95*pa % da tahun 2022 Saringan TB Kendiri Ayuh Imbas ! SaringanKusta *Penolong Pegawai Perubatan melakukan ujian calitan kulit untuk saringan Kusta. 3,333 saringan kusta dijalankan, 4 daripadanya disahkan positif saringan dan dirawat. Kadar Sukses Rawatan TB di kalangan warganegara 14
Telur nyamuk mampu bertahan 6 bulan tanpa air Ulang sehingga anda rasa tenang TAHUKAH ANDA Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI) merupakan penyakit yang disebabkan menghisap rokok elektronik, termasuk vape. Paru-paru pesakit dipenuhi cecair Tahan nafas kiraan : 1-2-3-4 Tarik nafas melalui hidung, pastikan perut anda kembung. kiraan : 1-2-3-4 Hembus nafas melalui mulut, pastikan perut anda kempis. kiraan : 1-2-3-4-5-6-7-8 Tahukah anda terdapat satu teknik pernafasan untuk mengatasi tekanan. Cuba amalkan. Takungan air yang sedikit juga boleh menyebabkan pembiakan jentik-jentik 15
AKTIVITI PROMOSI KESIHATAN Ceramah penjagaan kaki bagi pesakit diabetis PERANAN OT DI KESIHATAN PRIMER UNIT PEMULIHAN CARA KERJA MaklumatPerkhidmatanOT diKesihatanPrimer Perkhidmatan Pemulihan Carakerja atau lebih dikenali sebagai OT iaitu Occupational Therapy di Pejabat Kesihatan Pontian telah bermula sejak 2017 di Klinik Kesihatan Pekan Nenas dan seterusnya di Klinik Kesihatan Benut pada 2022. OT dikenali sebagai ‘lifestyle prescriber’ di mana OT berperanan penting bagi membantu pesakit untuk meningkatkan kualiti hidup melalui penglibatan mereka dalam aktiviti kehidupan seharian. Pelbagai program dilaksanakan oleh Unit Pemulihan Carakerja antaranya program diabetis, hipertensi, kesihatan mental, masalah penglihatan, pemeriksaan bakal haji, kesihatan kanak kanak berkeperluan khas, perkembangan kanak kanak, masalah pembelajaran, kesihatan remaja, obesiti, kesihatan ibu hamil, program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan program perawatan di rumah. PROMOSI KESIHATAN Sepanjang tahun 2023, pelbagai aktiviti promosi kesihatan seperti ceramah, saringan dan pameran telah dilaksanakan. Saringan dan promosi kesihatan akan terus dijalankan bagi membantu meningkatkan kualiti hidup warga Pontian dengan membudayakan gaya hidup sihat. Saringan dan pameran minda sihat Kelas pendidikan ibu hamil Aktiviti kognitif warga emas di Pusat Warga Emas (PAWE) Program pengurusan berat badan Saringan penentu murid berkeperluan khas Program PDK Ku Sihat Ceramah intervensi murid pemulihan kepada ibu bapa Perawatan Domisiliari Saringan minda sihat di sekolah Encik Zaki dari Klinik Kesihatan Benut (kanan) dan Pn Huda dari Klinik Kesihatan Pekan Nenas (kiri) 16
UNIT FISIOTERAPI UNIT FISIOTERAPI PERKHIDMATAN FISIOTERAPI Antara perkhidmatan fisioterapi yang ditawarkan ialah program warga emas yang merangkumi saringan sarkopenia dan saringan risiko jatuh, program antenatal, perawatan dormisiliari, perkhidmatan pendidikan pesakit melalui ceramah dan senaman kepada pesakit diabetes dan obesiti serta saringan skoliosis dan obesiti bagi murid – murid sekolah. Tidak dilupakan bagi kanak kanak berkeperluan khas di PDK, perkhidmatan perawatan dan saringan juga dijalankan. BAHAN PENDIDIKAN FISIOTERAPI Saringan Sarkopenia dan saringan risiko jatuh di kalangan warga emas Perkhidmatan fisioterapi di Pejabat Kesihatan Daerah Pontian bermula pada tahun 2012 di Klinik Kesihatan Pontian dan berkembang ke Klinik Kesihatan Pekan Nanas pada tahun 2014 seterusnya ke Klinik Kesihatan Benut pada tahun 2020. Lebih sedekad menabur bakti, kini terdapat 5 orang pegawai fisioterapi yang sedang berkhidmat demi kesejahteraan penduduk khususnya di daerah Pontian. Saringan Skoliosis bagi murid - murid sekolah Program Antenatal yang merangkumi ceramah dan kelas senaman untuk ibu hamil. Perkhidmatan dormisiliari bagi pesakit yang terlantar Saringan Fleksibiliti dalam kalangan pelatih PDK Sesi senaman bersama komuniti 17
S Ujian Kecergasan & Cabaran HIIT eminar Trim & Fit Kembara Pemakanan Sihat UNIT PEMAKANAN Pegawai Sains (Pemakanan) atau Nutritionist berperanan menjalankan advokasi dan promosi pemakanan sihat kepada individu dan komuniti serta mencegah dan mengawal masalah penyakit berkaitan pemakanan. Perkhidmatan unit pemakanan meliputi komuniti, fasiliti kesihatan, organisasi, agensi dan industri serta sistem rantaian makanan. PENGURUSAN BERAT BADAN ‘PROGRAM TRIM & FIT’ Aktiviti Explorace Seminar Trim & Fit Kembara Pemakanan Sihat Rundingcara Pemakanan Aktiviti Explorace Suasana Kantin Lawatan ke Kantin Contoh Menu HiTS Lawatan Penanda Aras Program Hidangan Berkhasiat Di Sekolah Daerah Pontian PROMOSI PEMAKANAN SIHAT Program dan aktiviti yang dijalankan melibatkan pemakanan ibu, bayi, kanak-kanak bawah 5 tahun, kanak-kanak sekolah, remaja, dewasa dan warga emas melalui aktiviti di fasiliti kesihatan, komuniti dan inter agensi. PROGRAM HIDANGAN BERKHASIAT DI SEKOLAH (HITS) Ceramah Pemakanan Aktiviti di PDK Ku Sihat FB Live Forum Promosi Kafeteria Sihat Pameran Pemakanan Merupakan program intervensi kesihatan selama 6 bulan yang dianjurkan oleh Unit Pemakanan bersama Unit KPAS, Unit Penyakit Tidak Berjangkit, Unit Fisioterapi, Unit Pemulihan Terapi Carakerja, Unit Dietetik dan Unit Farmasi bagi meningkatkan status kesihatan anggota kesihatan. Program ini telah bermula pada Julai 2023 sehingga Januari 2024 dengan menggunakan modul yang telah diberikan. Tahniah diucapkan kepada peserta yang berjaya menurunkan berat badan sehingga 11.4 kg tanpa menggunakan produk pelangsingan badan! Program ini menyediakan pakej hidangan berkhasiat untuk kanak-kanak di sekolah bermula tahun 2023 dengan kerjasama antara Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Pendidikan Daerah Pontian. Empat buah sekolah iaitu SRAB Pontian, SK Melayu Raya, SK Sri Kembar dan SJKC Bin Chong telah memulakan program ini pada Ogos 2023 dengan bimbingan Pegawai Sains Pemakanan. 18
KEMBARA PEMAKANAN SIHAT DI PASAR RAYA Ujian sebelum dan selepas aktiviti dijalankan Kembara Pemakanan Sihat merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan di Pasar Raya untuk mendidik pengguna mengenai pemakanan sihat dan cara baca label yang betul. Pegawai Pemakanan dan Pegawai Dietetik bertugas sebagai pemandu kembara yang akan memberikan panduan bagi meningkatkan pengetahuan melalui aktiviti NutriRace, MyNutriTrolley dan Food Hunt. Aktiviti ini juga merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan bersama Diabetic Advocator kepada pesakit Diabetes atau kepada peserta program pengurusan berat badan di daerah. Nutrirace Peserta perlu menyelesaikan pembayang yang diberikan di setiap stesen kumpulan makanan dalam Piramid Makanan mengikut masa yang ditetapkan. Stesen 1: Buah-buahan Stesen 2: Sayur-sayuran MyNutri Trolley Stesen 3: Nasi, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian Stesen 4: Ayam, ikan, daging, telur dan kekacang Stesen 5: Susu dan produk tenusu Merancang menu Mencari bahan masakan Pembentangan kumpulan 19
UNIT DIETETIK Perkhidmatan Dietetik terbahagi kepada 3 komponen iaitu klinikal, kesihatan awam dan pengurusan diet. Pegawai Dietetik di PKD Pontian berperanan melaksanakan perkhidmatan konsultasi diet berdasarkan Medical Nutrition Therapy. Pegawai dietetik di klinik juga melaksanakan aktiviti saringan kesihatan dan promosi kesihatan berkaitan dengan penyakit serta terapi sokongan pemakanan bagi pesakit terlantar di rumah dan institusi penjagaan. KONSULTASI DIET KELAS DIABETES SARINGAN DIET KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS CERAMAH DIABETES LAWATAN RUMAH 20
Program Penjagaan Tradisional Posnatal Saringan Kanser Payu Dara bersama MAKNA telah dijalankan selama empat (4) hari bermula 6.3.2023 sehingga 9.3.2023. Terdapat penyertaan seramai 189 orang awam Keputusan: BIRAD 0-1 (171 orang) BIRAD 2 (13 orang) BIRAD 3 ( 3 orang) BIRAD 5 ( 1 orang) Program Imunisasi Pneumokokal Catch-up diberikan kepada kanak-kanak kelahiran 2018 & 2019. Program ini bermula dari 1 Jun 2023 sehingga Mei 2024. Sasaran liputan adalah > 70%. Program Kesihatan Wanita Aktiviti Promosi Program Oleh Pengamal Tradisional Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Daerah Pontian UNIT KESIHATAN IBU & KANAK-KANAK 21 Pelaksanaan Program: Klinik Kesihatan Kayu Ara Pasong dipilih sebagai perintis program di daerah Pontian pada 2019. Bermula 2023, program ini diperluaskan kepada semua klinik kesihatan daerah Pontian Sesi temuduga pertama diadakan pada 3.9.2023 & sesi kedua pada 22.1.2024
Sambutan Hari Jururawat 2023 Program Kesihatan Sekolah Daerah Pontian 1.Saringan Talasemia 2.Pemeriksaan Kesihatan 3.Pemeriksaan Linus 4.Pemeriksaan Scoliosis 22
Kem Saringan Kesihatan di Terminal Feri Kukup Program Penyusuan Susu Ibu KK Penerok (19.9.2023) Program Hari Kesihatan Komuniti Orang Asli, Benut Ceramah Sempena Kempen Hidup Sihat Cegah Rokok & Vape Sambutan Hari Kesihatan Pekan Nenas Saringan & Pameran Kesihatan Sempena Kembara Mahkota Johor 8.8.2023 Saringan Kesihatan Sempena Hari Sukan Negara 2023 Kembara Bulan Malaysia Sihat Sejahtera September 2023 Pendaftaran Aktiviti Fun Walk Sempena Hari Sukan Negara KOMUN Peringkat Daerah Pontian 2023 KOMUNITI SIHAT Fun Walk Sempena Program Jelajah Genta Belia Daerah Pontian 2023 23
Sambutan Hari Kesihatan KK Pekan Nenas 29.10.2023 Sambutan Hari HIV Sedunia 2023 KK Pontian Sambutan Hari Jururawat peringkat klinik Sambutan Hari Kesihatan KK Pontian 27.11.2023 Minggu Kemerdekaan 2023 KK Serkat Bowling sempena Hari Sukan Negara Sambutan Aidilfitri peringkat klinik SAMBUTAN & PROGRAM DI KLINIK KESIHATAN JOM CERGAS! Senamrobik KK Kayu Ara Pasong (Nov 2023) 24
18 KLINIK KESIHATAN BENUT 15 22 04 30 14 05 07 25 15 26 February 2023 October 2023 March 2023 May 2023 August 2023 September 2023 Disember 2023 November 2023 November 2023 Program Berkhatan Anjuran Masjid Temenggong Daeng Abdul Rahman , Benut , Pontian Saringan Kesihatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Benut Program Keselamatan Komuniti Bersama Sekolah Rendah Agama Bersepadu , Benut Pontian. Pasukan Bantuan Banjir di Pusat Permindahan Sementara Kompleks Muafakat Sungai Pinggan , Benut. August 2023 Fun Walk Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Pontian 2023 di Dataran Dato’ Jalok , Benut, Pontian Sambutan Hari Kemerdekaan 2023 & Juara Fotografi Sempena Bulan Kemerdekaan 2023 Kem Kesihatan Sempena Bulan Kemerdekaan & Konvoi Kemerdekaan di Sekolah Seri Setia , Benut . October 2023 Saringan TB/Kusta/HIV Tanpa Nama Bersama Komuniti Orang Asli di Kampung Baru Kuala , Benut. Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2023 di Klinik Kesihatan Benut, Pontian. Program Kesedaran Jantung Komuniti Benut di Dewan Muafakat Sg. Pinggan , Benut. Lawatan Sambil Belajar Pengakap Negeri Johor di Klinik Kesihatan Benut In a glance of.. 2023 25
Tahun 1990-2000 Sanjungan Budi, Lambaian Kasih. Tahun 2000-2010 Tahun 2010-2018 Tahun 2018-2024 Sumbangan Penghargaan Biografi Dilantik sebagai Pegawai Perubatan Gred U3 dan ditempatkan di Hospital Ratu Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah. Disahkan perkhidmatan sebagai Pegawai Perubatan U3 di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia Bertukar dari Hospital Ratu Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah ke Pejabat Kesihatan Segamat, Johor. Dianugerahkan Hadiah Latihan Persekutuan untuk melanjutkan pengajian di dalam Master in Public Health (MPH) di Universiti Kebangsaan Malaysia selama 2 tahun. Berjaya menamatkan pengajian MPH di UKM dan ditempatkan di Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang, Tapah, Perak. Bertukar dari Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang, Tapah, Perak ke Pejabat Kesihatan Johor Bahru. Bertukar dari Pejabat Kesihatan Johor Bahru ke Hospital Pontian. Bertukar dari Hospital Pontian ke Pejabat Kesihatan Johor Bahru. Bertukar dari Pejabat Kesihatan Johor Bahru ke Ibu Pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri Johor sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit NCD (2004 - 2006) dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit KPAS (2006 - 2009) Bertukar dari Ibu Pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri Johor ke Pejabat Kesihatan Daerah Pontian sebagai Pegawai Kesihatan Daerah (2009 - 2010) Bertukar dari Pejabat Kesihatan Daerah Pontian ke Pejabat Kesihatan Daerah Kulai sebagai Pegawai Kesihatan Daerah (2010 - 2012) Bertukar dari Pejabat Kesihatan Daerah Kulai ke Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru sebagai Pegawai Epidemiologi. Bertukar dari Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru ke Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Johor sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit HIV/AIDS. Bertukar dari Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Johor ke Jabatan Kesihatan Negeri Pahang sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Tibi/Kusta. Dinaikkan pangkat sebagai Pakar Kesihatan Awam Gred UD56 di Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (Unit Tibi/Kusta). Bertukar dari Jabatan Kesihatan Negeri Pahang ke Pejabat Kesihatan Daerah Pontian dan memulakan tugas sebagai Pegawai Kesihatan Daerah pada 12 Februari 2018. Mengadakan Pelan Tindakan Pematuhan SOP Kawalan COVID-19 sebagai langkah kawalan & pencegahan COVID-19 di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas. Sekretariat bagi Jawatankuasa Bencana Daerah Pontian yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Bertanggungjawab dalam merancang, memantau, mengambil tindakan bagi menangani Pandemik COVID-19 daerah Pontian. Penasihat Projek KIK (i) Metha Sage Box (ii)S&D Zero Box (iEngage) Advance Methadone Sekretariat Jawatan Kuasa Kerja Sambutan Hari TB/Kusta Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang. Pengerusi J/K Pelaksana Sambutan Hari Penyusuan Susu Ibu Sedunia Negeri Johor - 2018 Pengerusi J/K Pelaksana Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Johor - 2023 Melibatkan diri dalam aktiviti kajian di Klinik Kesihatan Pasir Gudang dan Pontian. Aktif sebagai Penceramah di Peringkat Daerah dan Negeri. Dr Surinah binti Asan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 1998, 2003 dan 2020 Dr Surinah binti Asan Pegawai Kesihatan Daerah Pontian 1990-2024 26
Catatan
07-6879 333/07-6862 808 [email protected] Pejabat Kesihatan Daerah Pontian PEJABAT KESIHATAN DAERAH PONTIAN, JALAN ALSAGOFF, 82000 PONTIAN, JOHOR