The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-70206809, 2021-07-04 05:40:42

PERNIAGAAN - LATIHAN BAB 3 T4 -3.3 SMART

LATIHAN BAB 3 T4 -3.3 SMART

MARTINI

LATIHAN PERNIAGAAN

BAB 3 TINGKATAN 4
3.3 Ciri-ciri Objektif Sesebuah Perniagaan

SOALAN ESEI

Maklumat berikut menunjukkan objektif Kedai Runcit Ali Baba

i. Menjual barangan keperluan harian pengguna pada harga yang
berpatutan

ii. Mensasarkan jualan harian mencapai paras RM3,000
iii. Meningkatkan jualan barangan keperluan harian sebanyak 30%

menjelang musim perayaan berbanding jualan harian

Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri SMART yang terdapat dalam

objektif di atas? [8 markah]

Ciri-ciri SMART yang terdapat dalam objektif Kedai Runcit Ali
Baba ialah:

1. Boleh diukur / Measurable [1m]

- Objektif yang baik mestilah boleh diukur secara kuantitatif
atau kualitatif. [1m]

- Contohnya, mencapai jualan harian RM3,000 [1m]

2. Spesifik [1m]

- Objektif yang baik mesti dinyatakan secara jelas dan
khusus tentang apa yang ingin dicapai oleh organisasi dan
boleh diukur secara kuantitatif. [1m]

- Contohnya, Kedai Runcit Ali Baba mensasarkan jualan
harian bagi barangan keperluan harian mencapai paras
RM3 000. [1m]

3. Boleh dicapai / Attainable [1m]

- Objektif yang dibentuk itu perlulah berdasarkan keupayaan
pekerja dan sumber yang ada dalam organisasi. [1m]

- Contohnya, Kedai Runcit Ali Baba mampu untuk
meningkatkan jualan barangan keperluan harian
sebanyak 30% menjelang musim perayaan berbanding
jualan harian kerana mempunyai stok yang mencukupi.
[1m]

4. Realistic / Munasabah [1m]

- Objektif yang dibentuk itu mestilah suatu peluang yang
tidak mustahil untuk mencapainya. [1m]

- Contohnya, Kedai runcit Ali Baba mampu untuk
meningkatkan jualan sebanyak 30% pada musim
perayaan kerana semasa musim perayaan permintaan
tinggi di mana ramai pengguna memerlukan barang
keperluan melebihi hari biasa. [1m]

5. Jangka Masa/ Time frame [1m]

- Objektif yang baik perlu mempunyai suatu tempoh masa
atau tarikh yang ditetapkan untuk dicapai [1m]

- Contohnya, meningkatkan jualan barangan keperluan
harian sebanyak 30% menjelang musim perayaan [1m]

SOALAN OBJEKTIF

1. Pernyataan di bawah menerangkan salah satu ciri objektif .
TP3 Mesti boleh diukur sama ada bentuk kuantitatif atau kualitatif

dan pengukuran sepanjang tindakan di buat

Objektif yang mematuhi ciri diatas adalah

A. Mengeluarkan 15 000 buah kereta dalam masa 6 bulan
B. Menerima semua tempahan baju kurung sepanjang bulan Disember
C. Mengeluarkan sebanyak mungkin tempahan kek sepanjang tahun
D. Menghasilkan 15 menu sejuk beku untuk tempahan .

2. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sebuah perniagaan.
TP2 Syarikat Tamin Sendirian Berhad menyasarkan pengeluaran

sebanyak 100 000 botol kicap pada tahun 2020. Pada hujung tahun
2020, sebanyak 95 000 unit botol kicap yang berjaya dikeluarkan.

Apakah ciri objektif yang gagal dipenuhi oleh Syarikat Tamin Sendiri Berhad?

A. Spesifik (specific)
B. Boleh dicapai (Attainable)
C. Jangka masa (Time frame)
D. Boleh diukur (Measureable)

3. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan objektif sebuah syarikat.
TP2 Sebuah syarikat pengeluar perabot menggunakan carta gantt untuk

merancang pelaksanaan pengeluaran perabot.

Apakah ciri objektif yang dicapai oleh syarikat berkenaan?

A. Spesifik (specific)
B. Boleh dicapai (Attainable)
C. Jangka masa (Time frame)
D. Boleh diukur (Measureable)

4. Penetapan objektif menjurus kepada peluang yang tidak
mustahil untuk dicapai.
Apakah ciri objektif tersebut?

A. Spesifik (specific)
B. Boleh dicapai (Attainable)
C. Jangka masa (Time frame)
D. Boleh diukur (Measureable)

5. Syarikat akan mengeluarkan sebanyak 100 000 unit kereta dan
TP5 sebanyak 50 000 unit motosikal pada tahun hadapan”

Apakah ciri objektif yang baik yang dipenuhi syarikat.

A. Munasabah (Realistic)
B. Boleh dicapai (Attainable)
C. Jangka masa (Time frame)
D. Boleh diukur (Measureable)

SMK SULTAN MUZAFAR SHAH 1

Jumpa lagi dalam kelas
Cikgu Tini yang akan
datang bagi

membincangkan jawapan
soalan yang lain pula...


Click to View FlipBook Version