The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISU: Murid Tidak Berminat Membaca Buku Teks dan Sekali gus Gagal Menguasai Fakta

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-70206809, 2021-08-04 07:10:02

KAJIAN TINDAKAN MARTINI (SMKSMS1)

ISU: Murid Tidak Berminat Membaca Buku Teks dan Sekali gus Gagal Menguasai Fakta

SMK SULTAN MUZAFAR SHAH 1, LAMBOR KANAN

ACTION
TO BE AWESOME

Disediakan oleh:
MARTINI BINTI MD SAAD

PENGENALAN KAJIAN

Kajian ini dibuat bagi mengatasi masalah yang timbul dalam mata pelajaran perniagaan
di mana berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semasa sesi pembelajaran
berlangsung sama ada secara bersemuka atau dalam talian, didapati murid tidak
berminat membaca buku teks semasa proses PdPC. Ini menyebabkan murid sukar
menguasai fakta dan seterusnya gagal menghuraikan fakta dengan baik.

ACTION TO BE AWESOME merupakan satu tagline yang diberikan bagi
menterjemahkan kaedah yang digunakan dalam merangsang murid untuk bertindak
supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu lebih menyeronokan dan bermakna.
Action bermaksud, murid perlu bertindak atau melakukan sesuatu bagi menjadikan
mereka seorang yang hebat (awesome). Kaedah yang digunakan bagi merealisasikan
tagline ini ialah Project Based Learning, Fun Learning dan Deep Learning.

Ketiga-tiga kaedah yang digunakan ini mampu mengurangkan masalah kebergantungan
murid kepada buku teks dan sekali gus membantu mereka untuk menguasai fakta
menggunakan pelbagai medium dan alatan digital yang diadaptasi melalui konsep
pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran menyeronokan dan bermakna.

OBJEKTIF KAJIAN

 Murid-murid yang tidak berminat membaca buku teks
perniagaan dapat menguasai fakta dengan baik tanpa
kebergantungan kepada buku teks.

SASARAN KAJIAN

 Murid tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang mengambil mata
pelajaran Perniagaan

TINJAUAN AWAL- Pemerhatian dan soal selidik

Mengapa murid tidak berminat membaca buku teks dan
sekali gus gagal menguasai fakta?

Fakta yang banyak dan huraian yang
panjang di dalam buku teks

Murid cepat bosan, kurang fokus dan tidak
memahami apa yang dibaca.

PERANCANGAN KAJIAN- Tindakan intervensi bagi mengatasi masalah

MENGENAlPASTI MENCARI & MENYEDIAKAN
KAEDAH PEDAGOGI MEMPELAJARI KAEDAH BAHAN BANTU

YANG SESUAI PEMBELAJARAN MENGAJAR
INTERAKTIF
Membuat rujukan Penggunaan ICT &
(membaca) Youtube, PLC & Webinar aplikasi sosial

MENDALAMI
MINAT & GAYA
HIDUP MURID

pemerhatian dan temu
bual bersama murid

ACTION
TO BE
AWESOME

KAEDAH 1: PROJECT BASED LEARNING (PBL)

 “Murid mengkaji secara mendalam tentang sesuatu isu atau topik bagi
menghasilkan sesuatu produk”
-sumber: Kit PAK21 KPM

 Murid mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang konsep
projek yang dihasilkan.

 Melalui pembelajaran berasaskan projek ini, murid dapat membina
kemahiran kerja, berkomunikasi dengan baik menggunakan teknologi
dan membentangkan kerja mereka kepada audiens.

Perkenalkan soalan yang boleh membina minat murid
Senaraikan aktiviti projek
Buat jadual aktiviti
Pemantauan projek

Menilai output projek

Persembahan projek kepada audiens

PERBEZAAN ANTARA PROJEK DAN PBL

PROJEK PROJECT BASED LEARNING (PBL)
Boleh dilaksanakan secara individu Memerlukan kolaboratif dan bimbingan guru
Berorientasikan guru Berorientasikan murid
Mementingkan produk / hasil akhir Mementingkan proses menghasilkan produk /
hasil akhir
Hasil akhir / produk yang sama untuk semua Murid menentukan hasil akhir/ produk
murid
Produk dihantar kepada guru Produk dibentangkan kepada audiens sebenar
Tidak semestinya berkaitan dengan dunia Berdasarkan pengalaman atau isu dunia
sebenar
Dilaksanakan setelah pembelajaran berlaku Pembelajaran murid berlaku melalui
pengalaman menyiapkan projek

Sumber: LeapEd Services Sdn. Bhd

KAEDAH 2 : PEMBELAJARAN MENYERONOKKAN
(FUN LEARNING)

 Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan
berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat
komponen asas iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan
lain-lain aktiviti sokongan. Oleh itu, keseronokan murid
secara total dalam mempelajari sesuatu subjek itu akan
dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik.

 Pelbagai pendekatan boleh digunakan dengan penggunaan
teknologi digital dan aplikasi sosial terkini bagi membuatkan
murid merasai keseronokan belajar walaupun ia berlaku di
rumah (PdPR).

 Aktiviti menyeronokkan dalam waktu yang singkat.
 Boleh dibuat oleh semua orang murid.
 Memenuhi tahap keperluan pembelajaran murid yang berbeza.
 Menyebabkan murid seronok dan bergerak.
 Tidak melibatkan sebarang denda atau hukuman.
 Ada unsur kecindan.
 Kebanyakannya dibuat secara berkumpulan atau berpasangan.
 Melibatkan komunikasi lisan dan bukan lisan.

KAEDAH 3 : PEMBELAJARAN BERMAKNA (DEEP LEARNING)

 Pembelajaran bermakna (Deep Learning) dipelopori oleh Dr.
Michael Fullan, Professor Emeritus Universiti of Toronto,
Amerika.

 Menurut Michael Fullan, pembelajaran bermakna adalah satu
pembelajaran berkualiti yang akan melekat dengan kita
sepanjang hayat.

 Pembelajaran bermakna mengkehendaki murid mencipta
pengetahuan baharu dan menyambungnya ke dunia sebenar
dengan menggunakan alat digital selari dengan
perkembangan teknologi pendidikan masa kini.

 Mengaitkan informasi baharu dengan  Dapatan pembelajaran adalah hasil
informasi yang sedia ada pada diri yang tahan lama
murid
 Dapatan belajar boleh diaplikasikan
 Harus ada minat dan motivasi dalam situasi lain
yang tinggi
 Hasil belajar dalam bentuk
 Isi pembelajaran penting bagi murid pemahaman dan wawasan

PELAKSANAAN TINDAKAN

APLIKASI KAEDAH PROJECT BASED LEARNING ,
FUN LEARNING DAN DEEP LEARNING DALAM
MATA PELAJARAN PERNIAGAAN BAGI
MEMBANTU MURID MENGUASAI FAKTA DAN
SEKALI GUS MENGURANGKAN
KEBERGANTUNGAN KEPADA BUKU TEKS

KAEDAH PROJECT BASED LEARNING

Tajuk : Pengurusan sumber fizikal dan teknologi
Projek: Menghasilkan folio bagi menjawab persoalan “Bagaimana organisasi perniagaan

menguruskan sumber-sumber teknologi dan sumber-sumber fizikal dalam
organisasi perniagaan yang mampan”?

Murid dapat mengintegrasikan pengetahuan teoritikal  Penerangan dan perbincangan tentang topik
dengan kerja projek.  Guru membina soalan utama yang berkaitan dengan topik yang

dipelajari.

 Murid menentukan sendiri organisasi perniagaan yang akan
mereka kaji dan terokai melalui kajian lapangan.

 Murid menggunakan kemudahan ict untuk mencari maklumat di
dalam internet.

 Projek dilaksanakan secara individu dan berperingkat
selama satu minggu dengan pemantauan dan bimbingan guru
sehingga projek siap.

 Menilai dan memberi pandangan ke atas hasil kerja murid

 Pembentangan produk akhir kepada audiens

KAEDAH PROJECT BASED LEARNING

Tajuk : Persediaan menjadi usahawan
Projek: Menghasilkan folio bagi menjawab persoalan “Apakah ciri-ciri keperibadian dan

kekuatan diri usahawan yang dipilih serta apakah kelebihan menjadi seorang
usahawan” ?

Murid dapat meningkatkan pemahaman  Penerangan dan perbincangan tentang topik
mereka tentang konsep pembelajaran dan
 Guru membina soalan utama yang berkaitan dengan topik yang
sekali gus menguasai fakta. dipelajari.

 Murid menentukan sendiri ikon usahawan yang akan mereka kaji

 Murid menggunakan kemudahan ict untuk mencari maklumat di
dalam internet dan sekali gus dapat meningkatkan kemahiran
literasi maklumat dan ict.

 Projek dilaksanakan secara individu dan berperingkat selama satu
minggu dengan pemantauan dan bimbingan guru sehingga projek
siap.

 Guru akan menilai dan memberi pandangan ke atas hasil kerja
murid untuk dibuat penambahbaikan sebelum produk akhir
dibentangkan kepada audiens.

KAEDAH FUN LEARNING

Tajuk : Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan
Projek : Menghasilkan komik content pernigaan

 Penerangan dan perbincangan tentang topik.
 Penerangan guru tentang kaedah aplikasi comica bagi

menghasilkan komik.
 Murid menghasilkan komik mengikut kreativiti masing-masing

berkaitan topik yang telah dibincangkan dengan menerapkan
unsur-unsur humor.
 Guru memantau perkembangan kerja buat murid dan memberi
komen bagi menambah baik komik mereka.
 Murid mempersembahkan komik yang mereka hasilkan kepada
rakan-rakan kelas.

Keseronokan semasa menghasilkan komik dan semasa membaca komik
hasilan rakan-rakan dapat membantu murid memahami & menguasai fakta

KAEDAH FUN LEARNING

Tajuk : Ulangkaji Topik Tingkatan 4
Projek : Menghasilkan video tik tok perniagaan

 Penerangan dan perbincangan tentang topik.
 Penerangan guru tentang kaedah aplikasi yang boleh digunakan

oleh murid bagi menghasilkan video pembelajaran dan tik tok.
 Guru memantau perkembangan kerja buat murid dan memberi

komen bagi menambah baik video pembelajaran mereka.
 Murid menghantar video kepada guru untuk diupload dalam

aplikasi tik tok atau murid upload sendiri ke dalam akaun tik tok
mereka.
 Tik tok murid dihantar ke dalam group telegram kelas untuk
dipersembahkan kepada rakan-rakan.

KAEDAH DEEP LEARNING

Tajuk : Campuran Pemasaran
Projek: Menghasilkan poster digital bagi mempromosikan produk atau perkhidmatan yang

dipilih dengan menerapkan elemen-elemen campuran pemasaran pada poster
menggunakan telefon bimbit.

 Penerangan dan perbincangan tentang topik campuran pemasaran
 Murid diandaikan sebagai seorang pereka grafik di bahagian

fungsian pemasaran sebuah organisasi perniagaan yang perlu
menghasilkan poster digital bagi mempromosikan suatu produk
atau perkhidmatan syarikat tersebut.
 Murid melaksanakan projek secara individu selama satu minggu

 Projek dilaksanakan secara berperingkat dengan pemantauan
dan bimbingan guru sehingga projek siap.

 Guru dan murid menilai hasil kerja murid dan membuat
penambahbaikan atas komen yang diberi oleh guru.

 Pembentangan produk akhir kepada audiens

Murid dapat merasai pengalaman menghasilkan reka
bentuk poster promosi dan meningkatkan kemahiran ict.

PEMERHATIAN / PENILAIAN - Menentukan keberkesanan tindakan

Kaedah pemerhatian yang dijalankan:

1. Soal selidik

2. Hasil kerja murid

3. Penilaian prestasi

REFLEKSI KAJIAN – Penilaian prestasi murid

MENILAI PENCAPAIAN MURID TINGKATAN 5 SPM 2020 DALAM PEPERIKSAAN

BIL NAMA MURID TOV(PPT 2019) PC SPM SPM 2020

1 AIMI ALYA BT ROSMAZALAN MKH GRD MKH GRD GRD
2 AZURIN SOFIA BINTI AZHAR
3 FATTIN NUR SHAHIRAH BT HAMDAN 70 A 78 A- A
4 HANA HUMAIRA BT AHMAD 44 E 75 A- A
5 KRIS DAYANTI BT NORAZAIMI 50 C 57 C+ B
6 MOHAMMAD RAMZI HAMDI BIN RADZI 57 C+ 68 B+ A
7 MOHAMMAD ZULKARNAIN BIN AZLAN 52 C 67 B+ B
8 MUHAMMAD FAZRUL AIMAN BIN SHA’ARI 25 G 43 E C+
9 MUHAMMAD HARIS BIN MUSA 37 G 41 E D
10 MUHAMMAD SYAHMI HAZIM BIN ABDULLAH 42 E 38 G E
11 NATASYA BALQIS AQILAH BT ROZI 37 G 29 G D
12 NORAZIAN BT YUSOFF 40 E 57 C+ A-
13 NUR WAHIDA NASUHA BT ABDUL NUR 47 D 70 A- A
14 NURUL ALIA SHAZREENIE BT YEOP AHAMED 50 C 54 C B
35 G 61 B A-
61 B 72 A- A

GRAF PENCAPAIAN ENAM ORANG MURID (SAMPEL)
DALAM PEPERIKSAAN

PERBANDINGAN PENCAPAIAN MURID DALAM MATA PELAJARAN PERNIAGAAN BAGI PEPERIKSAAN
PERTENGAHAN TAHUN 2019, PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM DAN PEPERIKSAAN SPM 2020

90 85 85 85

80 78 75 75 75
70
68
70
61 57
60 57

50 45
44 37

40 29
40 35

30

20

10

0 SYAHMI WAHIDA AZURIN HANA UMAIRA HARIS
AIMI ALYA TOV PC SPM SPM 2020

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2020

DAPATAN KAJIAN - Hasil pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat didapati:
 Murid mampu mengintegrasikan teknologi digital dengan kreativiti

meraka bagi menghasilkan kerja projek yang menarik, sekali gus
berjaya memahami konsep dan menguasai fakta dengan baik melalui
pengalaman bermakna.

 Penggunaan bahan bantu mengajar interaktif yang mudah diakses,
ringkas dan menarik memudahkan murid memahami apa yang dibaca.

 Murid berasa seronok semasa proses PdP kerana terdapatnya unsur
didik hibur dan ini memberi kesan positif ke atas penguasaan fakta
murid.

 Berlaku peningkatan prestasi pencapaian murid dalam latihan dan
pentaksiran yang dijalankan dari semasa ke semasa termasuklah
peperiksaan awam.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KAEDAH PENGAJARAN

 Murid merasai keseronokan belajar dan mencapai pembelajaran
bermakna di mana mereka berpeluang mengeksplorasi sumber-sumber
yang ada berkaitan dengan mata pelajaran perniagaan, namun murid
masih memerlukan pengukuhan yang berterusan serta bimbingan guru
agar tidak tersasar daripada tujuan utama mereka.

 Kaedah pdpc yang pelbagai menyebabkan murid terpaksa mengakses
bahan pada pelbagai platform. Adalah lebih baik jika bahan dapat
dikumpulkan setempat seperti di dalam google sites bagi memudahkan
murid mengakses bahan dari semasa ke semasa.

 Guru juga perlu menambah baik kaedah pengajaran dan pembelajaran
dari semasa ke semasa mengikut perkembangan teknologi terkini dan
sosiobudaya murid.

PERBANDINGAN KAEDAH MENGUASAI FAKTA
SECARA TRADISI DENGAN TIGA KAEDAH YANG
DIAPLIKASIKAN DALAM ACTION TO BE AWESOME

KAEDAH TRADISI ACTION TO BE AWESOME

Huraian yang terlalu panjang dan Ringkas dan padat
sebahagiannya tidak spesifik
Murid berasa seronok dan terhibur
Murid cepat berasa bosan dan hilang
tumpuan Gaya terkini dan up to date

Murid berasa cara tradisi ketinggalan Bahan interaktif yang menarik
zaman Pembelajaran yang lebih bermakna melalui

Bahan ransangan yang kaku dan kurang penerokaan dan pengalaman
menarik

Tidak merasai pengalaman yang dapat
diadaptasikan dalam kehidupan sebenar

KESIMPULAN

 Melalui kajian ini, dapat disimpulkan bahawa kaedah Project Based Learning, Fun
Learning dan Deep Learning ini sangat sesuai pada waktu pembelajaran berlaku di
rumah dalam norma baharu dan mampu meminimakan pembelajaran online seperti
mana pendekatan dalam flipped classroom.

 Kaedah ini juga mampu memecahkan tradisi cara konvensional yang hanya
menggunakan marker pen, buku teks dan papan putih yang berpusatkan guru kepada
pembelajaran yang berpusatkan murid, berterusan, merentasi kurikulum dan dapat
mengintegrasikan isu dan amalan dalam dunia sebenar.

 Pembelajaran menjadi lebih bermakna apabila murid berpeluang mengeksplorasi
maklumat berdasarkan sumber-sumber yang ada dengan pengintegrasian teknologi
bagi menguasai fakta dalam mata pelajaran perniagaan dan sekali gus mengurangkan
masalah kebergantungan kepada buku teks.

 Pedagogi menggunakan tiga kaedah pembelajaran di bawah tag line “Action To Be
Awesome” ini mampu menjadi perintis untuk menyokong persiapan murid dalam
menghadapi cabaran dan kesukaran di sekeliling mereka terutamanya perubahan
yang berlaku dalam kehidupan sosial masyarakat sekarang.

CONTOH AKTIVITI-AKTIVITI YANG
DIJALANKAN DALAM MATA PELAJARAN

PERNIAGAAN MENGIKUT KAEDAH
PROJECT BASED LEARNING,

FUN LEARNING DAN DEEP LEARNING

KOMIK PERNIAGAAN

Komik perniagaan yang dihasilkan oleh murid menggunakan aplikasi comica

KOMIK PERNIAGAAN

Komik perniagaan yang dihasilkan oleh guru dijadikan e-book

http://online.anyflip.com/ajiri/hayy/mobile/index.html

ULAT BUKU PERNIAGAAN

Ulat buku perniagaan yang dihasilkan oleh murid secara kreatif di rumah

POSTER DIGITAL

BERMINAT??

Menghasilkan poster promosi dengan menerapkan empat elemen campuran pemasaran

KAJIAN LAPANGAN: Folio, Slide

Murid membuat kajian lapangan dan mempersembahkanya dalam bentuk folio dan slide pembentangan

KUIZ ONLINE: Quizizz, Google Form, Wordwall, Live Worksheet, Games

VIDEO PERNIAGAAN: Tik Tok, You Tube, Telegram

Video pembelajaran yang dihasilkan oleh
guru dan murid-murid kelas perniagaan

NOTA DIGITAL: Anyflip, e-book, Pdf

Nota digital yang dihasilkan oleh guru untuk menarik minat murid
membaca dan memudahkan murid untuk menguasai fakta

KELAS MAYA: Google meet dan Classpoint

PETA MINDA


Click to View FlipBook Version