The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-70206809, 2021-03-01 07:20:39

APLIKASI PENGETAHUAN PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL DAN SUMBER TEKNOLOGI DALAM PERNIAGAAN MAMPAN

HASANI

APLIKASI PENGETAHUAN PENGURUSAN SUMBER
FIZIKAL DAN SUMBER TEKNOLOGI DALAM

PERNIAGAAN NESTLE S.A YANG MENGELUARKAN
PELBAGAI PRODUK .

PENGENALAN

Nestle merupakan sebuah syarikat makanan dan minuman transnasional Switzerland yang
ditubuhkan dan beribu pejabat di Vevey, Vaud, Switzerland. Penubuhannya timbul daripada
satu gabungan pada tahun 1905 antara Anglo-Swiss Milk Company, sebuah syarikat susu yang
ditubuhkan oleh adik-beradik Page di Cham, Switzerland, pada tahun 1866 dan Farine Lactée
Henri Nestlé Company yang ditubuhkan pada tahun 1867oleh Henri Nestlé yang menghasilkan
produk makanan bayi. Sesetengah jenama Nestlé dikenali di seluruh dunia lalu menjadikannya
peneraju pasaran sedunia dalam penghasilan sebilangan produk, termasuk susu, coklat,
konfeksi, air botol, kopi, krimer, perasa makanan dan makanan haiwan.
Nestle beroperasi secara komersial di Malaysia sejak tahun 1912 dan merupakan
pengeluar makanan Halal terbesar dalam Kumpulan Nestlé dan merupakan Pusat
Kecemerlangan Halal bagi Kumpulan Nestlé. Ibu Pejabanya terletak di Mutiara
Damansara, Selangor. Di Malaysia, Nestle memiliki 7 buah kilang dan 1 pusat
pengedaran nasional. Nestle Malaysia mempunyai lebih daripada 5,800 warga kerja.
Syarikat ini menghasilkan lebih daripada 500 produk Halal, dengan jenama isi rumah
terkenal seperti MILO, MAGGI dan NESCAFÉ. Ia juga turut disenaraikan di Bursa
Malaysia sejak tahun 1989.

SUMBER FIZIKAL NESTLE S.A

1) BANGUNAN DAN KEMUDAHAN

 Sebagai sebuah syarikat yang besar , Nestle telah mengambil langkah dengan
mendirikan bangunan sendiri yang beroperasi lebih daripada 150 negara bagi
memudahkan urusan pentadbirannya .

 Nestle telah menyediakan pusat penyelidikan pemakanan swasta terbesar di
dunia , yang bertempat di Switzerland .

 Di Malaysia, ibu pejabat Nestle terletak di Mutiara Damansara, Selangor.

2) PERALATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI .

 Bagi mempercepatkan pengeluaran produk , Nestle telah menggunakan
peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) seperti komputer dan
telefon pintar .

 Semua pekerja didedahkan dengan kemahiran menggunakan kemudahan ini
untuk memudahkan pengurusan dan urus niaga dengan pelanggan .

3) KILANG DAN MESIN

 Pengeluaran produk yang pelbagai dan banyak memerlukan kawasan yang luas
Oleh itu , Nestle mendirikan kilangnya sebanyak 465 buah kilang di 86 buah
Negara di mana 7 buah kilangnya adalah di Malaysia.

 Mesin - mesin yang digunakan telah diselenggarakan oleh 333,000 warga kerja
di seluruh dunia .

4) BAHAN MENTAH

 Nestle telah memilih untuk menggunakan bahan asas tani yang dihasilkan
menggunakan amalan - amalan pertanian yang mampan serta diperolehi
secara tempatan. Contoh produk yang menggunakan bahan mentah asas tani,
ialah sos cili MAGGI.

 Nestlé (Malaysia) Berhad juga adalah pengeluar serantau untuk bijirin bayi,
yang mana bahan utamanya adalah beras merah yang banyak terdapat di
Sarawak. Bergabung bersama Institut Penyelidikan & Pembangunan
Pertanian Malaysia (MARDI), Pusat Penyelidikan Pertanian (ARC) Sarawak
dan Jabatan Pertanian Sarawak untuk skim perladangan kontrak ini, Nestlé
berharap untuk merangsang sektor pertanian tempatan.

5) PRODUK SIAP

 Bahagian penjaminan kualiti Nestle sentiasa membuat kaji selidik tentang
kesukaan dan cita rasa pengguna di seluruh dunia terhadap jenis - jenis produk
yang dihasilkan Nestle .

 Hasil daripada kaji selidik , Nestle telah mengeluarkan pelbagai jenis produk
dari kategori makanan , minuman , pemakanan bayi dan ibu mengandung ,
pemakanan prestasi , pemakanan penjagaan kesihatan , bijirin sarapan , tenusu
dingin , ais krim dan Nestle Professional.

6) STOK

• Pihak pengurusan jualan Nestle sentiasa memastikan stok pelbagai produk yang
dihasilkan sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan pelanggan pada bila -
bila masa.

PROSEDUR MENGURUS SUMBER FIZIKAL YANG
DIPERLUKAN DALAM OPERASI PERNIAGAAN
NESTLE .

1) PERLINDUNGAN INSURANS DAN KESELAMATAN
• Nestle telah mengambil langkah yang bijak bagi mengurus risiko perniagaannya ,

dengan mengambil pelbagai jenis insurans.
• Contohnya , insurans kecurian , penghantaran barang tertangguh dan kehilangan

atau kerosakan barangan .
• Selain itu , Nestle telah memastikan bangunan dan kilang yang beroperasi

dilengkapi dengan kamera litar tertutup , pemadan api , alat penggera dan
mempunyai laluan kecemasan .


2) PENYELENGGARAAN DAN BAIK PULIH SECARA TERANCANG

• Nestle sentiasa memastikan kelancaran aktiviti pengeluaran produk perniagaannya
dengan melakukan penyelenggaraan mesin dan baik pulih secara berkala .

• Hal ini sekaligus dapat mengelakkan proses pengeluaran terganggu bagi menjamin
pengeluaran dan keuntungan perniagaan.

SUMBER TEKNOLOGI NESTLE S.A

1) HARTA INTELEK

• Harta intelek perniagaan Nestle ialah resepi dan reka bentuk semua produk
keluaran syarikatnya.

• Harta intelek perlu diuruskan bagi menjaga perniagaannya daripada ancaman
barangan tiruan

2) KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN

• Nestle mempunyai para pekerja yang berkemahiran dan berpengalaman untuk
mengendalikan peralatan dan mesin supaya sebarang kesilapan dalam menjalankan
tugas dapat dielakkan dan seterusnya menjamin kualiti produk dan prestasi
perniagaan Nestle.

PROSEDUR MENGURUS SUMBER TEKNOLOGI
YANG DIPERLUKAN DALAM OPERASI
PERNIAGAAN NESTLE

1) PATEN

• Syarikat Nestle telah mendaftar paten untuk mendapatkan hak ekslusif ke atas
logo, resepi dan reka bentuk produk-produk keluaran syarikatnya. Dengan
mendaftar paten, syarikat Nestle dapat melindungi produknya daripada ditiru oleh
pihak lain yang tidak bertanggungjawab kerana hak cipta mereka dilindungi oleh
undang-undang.

• Henri Nestlé telah menggunakan lambang keluarganya sebagai tanda perniagaan
pada tahun 1867. Nestlé, yang bermaksud ‘sarang kecil’ difahami di serata dunia
sebagai lambang kemesraan, keselamatan, khasiat, kekeluargaan, memupuk nilai-
nilai murni dan keprihatinan. Tanda perniagaan ini telah dipatenkan.


Click to View FlipBook Version