The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anis.rpel, 2021-10-31 12:05:02

KONSEP NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

MPU 21032

PENSYARAH
EN MOHAMMAD IZZUDIN HILMI

BIN MOHAMMAD ZAINI

AHLI KUMPULAN

• MUHAMMAD ZAINUL ARIF BIN MAHAT
17DAS21F1999
AYMAN ZAHRAN BIN MOHD ZAHRAN
17DAS21F103

•7AIN NURNAJWA BINTI ANIS
17DAS21F1007

•MUHAMMAD IZWAN DANISH BIN ILLIAS MUHAMMAD AL-HAFIZ BIN OTHMAN
17DAS21F1025 17DAS21F1047

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN
2. KONSEP NEGARA BANGSA
• KONSEP NEGARA
• KONSEP BANGSA
• ELEMEN PEMBENTUKAN

KONSEP NEGARA
• CIRI-CIRI NEGARA BANGSA
3. BAGAIMANA KONSEP NEGARA
BANGSA DAPAT DIBENTUK DALAM
ACUAN MALAYSIA
• PEMBENTUKAN KONSEP NEGARA

BANGSA
• USAHA-USAHA KEARAH PEMBENTUKAN

NEGARA BANGSA
4. CABARAN MALAYSIA MENJADI SEBUAH
NEGARA BANGSA DALAM ACUAN
MALAYSIA

• ISU BAHASA
• ISU DEMOKRASI
• ISU KEBUDAYAAN

5. PENCAPAIAN PENYELESAIAN ISU KONSEP
NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

• PENYELESAIAN ISU

6. KESIMPULAN

7. RUJUKAN

PENGENALAN

Konsep negara bangsa dalam acuan Malaysia
merupakan satu matlamat yang penting dalam melahirkan
pembinaan bangsa dalam olahan acuan beridentitikan
Malaysia dalam suasana damai dan harmoni. Perpaduan
negara dan intergrasi nasional merupakan mekanisme
yang penting untuk untuk menzahirkan impian matlamat
tersebut. Impian untuk mewujudkan bangsa Malaysia
hanya akan menjadi realiti apabila rakyat bersedia untuk
menerima wawasan dan gagasan satu negara satu bangsa.

1

KONSEP NEGARA
BANGSA

Konsep Negara

Satu kelompok yang
mendiami sebuah wilayah
fizikal yang mempunyai
sempadan yang ditadbirkan
oleh kerajaan.

Sekumpulan masyarakat
yang mendiami sebuah
wilayah atau kawasan
secara tetap dan diperintah
oleh kerajaan .

Sebuah wilayah yang didiami oleh satu bangsa dan
mempunyai suatu unit politik yang berkuasa dalam institusi
pemerintahan hal ehwal pentadbiran.

Maksud

NEGARA ialah penduduk yang menetap disebuah
wilayah yang mempunyai sempadan yang jelas dan
mempunyai kerajaan yang sistematik atau tersusun

2

KONSEP NEGARA
BANGSA

Konsep Bangsa
Satu kelompok manusia berdasarkan ciri fizikal iaitu ras
dan keturunan
Kaum ialah kumpulan etnik berdasarkan ciri budaya
Satu komuniti politik dalam wilayah tertentu

Maksud
BANGSA merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang
individu yang membentuk satu kumpulan besar manusia.
Penggunaan istilah bangsa digunakan sebagai sesebuah kumpulan
etnik, Bahasa, dan kebudayaan komuniti sesebuah masyarakat

3

ELEMEN PEMBENTUKAN
KONSEP NEGARA

UNTUK MEMBENTUK SEBUAH NEGARA
PERLU MEMPUNYAI ELEMEN SEPERTI
BERIKUT:
PENDUDUK
WILAYAH
KERAJAAN
KEDAULATAN

4

ELEMEN PEMBENTUKAN
KONSEP NEGARA

Penduduk
Sesebuah negara wujud apabila rakyat ataupun
penduduk yang mendiami mengakui dan
mengiktiraf bumi yang dipijak ataupun wilayah
yang didiami sebagai tanah tumpah darahnya.

Wilayah

Wilayah dirujuk sebagai tempat kelahiran ataupun
tanahtumpah darah dan berkembangnya sesebuah
bangsa.

5

ELEMEN PEMBENTUKAN
KONSEP NEGARA

Kerajaan
Kerajaan adalah sebuah organisasi yang
bertanggungjawab menjalankan fungsi pengurusan dan
pentadbiran sesebuah negara.Tanpa kerajaan, kehidupan
akan menjadi sukar kerana berlaku perpecahan dan
perebutan kuasa.Ia juga boleh menyebabkan berlakunya
penindasan daripada bangsa lain dan sekaligus
mewujudkan kerajaan yang tidak stabil.

Kedaulatan
Merujuk negara bebas dan merdeka. Kedaulatan perlu
mendapat pengiktirafan negara-negara lain di sekelilingnya
ataupun pihak antarabangsa.Menerusi kedaulatan kewujudan
bangsa dan wilayah serta sempadannya akan dihormati.

6

KONSEP NEGARA BANGSA

Konsep negara bangsa ialah bangsa yang bersatupadu yang
mempunyai matlamat yang serupa dan dikongsi bersama,
berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum
berasaskan persamaan hak dan keadilan.

Konsep negara bangsa telah dicetuskan pada tahun 1991
melalui Wawasan 2020 yang mengimpikan Malaysia
berstatus negara maju pada tahun 2020 oleh negarawan Tun
Dr. Mahathir Mohamad. Matlamat utama wawasan tersebut
ialah pembinaan negara bangsa mencapai status negara maju
pada tahun 2020.

7

CIRI – CIRI NEGARA BANGSA

Kehidupan masyarakat dalam Semua bangsa dan kaum
negara tersebut adalah berkongsi pegangan kepada
bersatu padu tanpa berlaku suatu ideologi politik
pemisahan atau diskriminasi
antara satu kaum dengan
kaum yang lain

Berpegang kepada satu Setiap kewarganegaraan
semangat kenegaraan yang mempunyai kepercayaan
utuh melalui simbol-simbol dan keyakinan penuh
keutuhan seperti bendera terhadap sistem
Malaysia, lagu kebangsaan, pemerintahan dan undang
rukun negara dan negara
sebagainya

Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa
Melayu,Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui
kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia.

8

BAGAIMANA KONSEP NEGARA BANGSA
DAPAT DIBENTUK DALAM ACUAN
MALAYSIA

PEMBENTUKAN KONSEP
NEGARA BANGSA

.

Merujuk kepada Malaysia proses awal pembinaan
negara bangsa lebih tertumpu kepada keperluan
politik. Pembinaan negara bangsa ini mula terbentuk
apabila kemahuan rakyat yang mahu memerdekakan
negara daripada kuasa kolonial dengan permuafakatan
po.litik.Permuafakatan politik ini terbina apabila parti
Umno-MCA-MIC bergabung pada tahun 1954.
BSeamrisaa.nngaNt aspioernmaluyaafankgatdainterakjauui moleh diteruskan oleh
terus kekal sehingga kini. parti Umno yang

9

BAGAIMANA KONSEP NEGARA BANGSA
DAPAT DIBENTUK DALAM ACUAN MALAYSIA

PEMBENTUKAN KONSEP
NEGARA BANGSA

.

Selepas berlakunya rusuhan 13 Mei 1969, usaha-
usaha secara intensif bagi mencapai matlamat
pembinaan negara bangsa mula dilaksanakan, khususnya
menerusi rancangan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Matlamat yang lebih jelas pula hanya muncul ekoran
pengenalan Wawasan 2020 oleh negarawan Tun Dr.
Mahathir Mohamed pada tahun 1991. Wawasan yang
menekankan terhadap keperluan wujudnya bangsa
Malaysia yang mantap mula diberikan perhatian yang
lebih serius oleh pelbagai pihak
.

10

BAGAIMANA KONSEP NEGARA BANGSA
DAPAT DIBENTUK DALAM ACUAN
MALAYSIA

PEMBENTUKAN KONSEP
NEGARA BANGSA

Oleh kerana kepelbagaian bangsa, agama dan
budaya yang sedia ada di Malaysia, kesinambungan
pembentukan konsep negara bangsa Malaysia
berdasarkan acuan sendiri telah dilaksanakan melalui
pelbagai saluran dan penekanan .

Salah satu dari saluran terpenting ialah pendidikan
memandangkan bidang ini berperanan sebagai wahana
utama membentuk perpaduan masyarakat dan
seterusnya mencorakkan pembentukan negara bangsa.
Sehubungan itu, pendidikan sejarah telah diberikan
peranan penting sebagai mekanisme bagi mencapai
matlamat tersebut. Sejarah ibarat guru kepada seluruh
manusia untuk memahami, mempelajari dan
mengambil iktibar dari kejadian masa lampau.

11

BAGAIMANA KONSEP NEGARA BANGSA
DAPAT DIBENTUK DALAM ACUAN
MALAYSIA

PEMBENTUKAN KONSEP
NEGARA BANGSA

Untuk meneruskan legasi membentuk negara bangsa
menurut acuan negara Malaysia, penekanan telah
diberikan terhadap beberapa perkara iaitu untuk
mengurus isu perpaduan negara dan intergrasi
nasional.Penekanan terhadap isu perpaduan adalah
penting dalam mewujudkan kestabilan politik dan
menjadi prasyarat dalam membentuk hubungan yang
harmoni dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
.Ini adalah kerana ianya merupakan landasan untuk
negara memacu perkembangan ekonomi dan
memantapkan rancangan pembangunan sosiobudaya.

Melalui intergrasi nasional pembentukan konsep
negara dapat dibentuk dengan memantapkan dasar-
dasar pembangunan iaitu dengan mengagihkan
ekonomi secara adil di antara kaum, miskin-kaya,
desa-bandar dan wilayah.

12

BAGAIMANA KONSEP NEGARA BANGSA
DAPAT DIBENTUK DALAM ACUAN MALAYSIA

PEMBENTUKAN KONSEP
NEGARA BANGSA
Dengan terbina ikatan di antara rakyat
pelbagai budaya ini, kestabilan
sosiopolitik dan pembangunan ekonomi
di negara ini akan terjamin dan dapat
berjalan secara berterusan.
Seterusnya dengan memperkasakan lagi
pemahaman dan penghayatan Prinsip
Rukun Negara, ini dapat membantu
merealisasikan kesinambungan dan
kemakmuran hidup dalam negara
Malaysia yang aman damai dan sejahtera.

13

USAHA – USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA

Usaha-usaha ke arah pembentukan negara bangsa dalam
acuan Malaysia merupakan salah satu langkah ke hadapan
dalam mewujudkan satu negara dan satu bangsa. Usaha ini
perlu dilaksanakan secara bersama tanpa mengira fahaman
politik, agama dan bangsa. Antara usaha yang boleh
diberikan perhatian ialah:

Pendidikan
• Melaksanakan sistem Pendidikan kebangsaan yang

menggunakan satu kurikulum kebangsaan untuk semua
jenis sekolah dan satu penilaian peperiksaan yang seragam
• Menjadikan agenda memeperkasakan sekolah kebangsaan
menjadi salah satu teras dasar perlaksanaan dasar negara
bagi merealisasikan matlamat dalam memupuk perpaduan
kaum dan pusat kecemerlangan pendidikan.
• Menerapkan nilai jati diri, budi Bahasa, dan seni budaya
dalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian
• Memperkenalkan mata pelajaran berkaitan negara bangsa
di peringkat rendah dan menengah bertujuan memberi
kesedaran dan keharmonian antara kaum

14

USAHA – USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA

Rakyat
• Melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan

semangat patriotisme secara berterusan seperti
perhimpunan bulanan, sambutan bulan kemerdekaan serta
kibar jalur gemilang dan lain-lain.
• Memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan dan
patriotik serta bangga menjadi rakyat Malaysia.
Politik
• Menubuhkan parti perikatan dan semangat permuafakatan
kaum. Contohnya, parti perikatan UMNO-MCA-MIC.
Kerajaan
• Menjamin kestabilan sosiopolitik dan pembangunan
ekonomi di Malaysia

15

CABARAN MALAYSIA MENJADI SEBUAH
NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

ISU BAHASA
Isu Kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
menimbulkan pertikaian dan isu pelbagai pihak. Antaranya
kepentingan bahasa melayu dengan keperluan bahasa
inggeris bagi memenuhi tuntutan antarabangsa. Sehingga
kini bahasa kebangsaan masih disaingi hebat oleh bahasa
inggeris yang masih mendapat kedudukan yang tinggi.
Selain itu penggunaan bahasa melayu sebagai kebangsaan
juga telah dipertikai oleh kaum lain terutamanya kaum cina.
Ketidakpuasan hati kaum cina yang telah membuat tuntutan
supaya bahasa mereka dimartabatkan seampuh peranan dan
fungsi bahasa inggeris. Rasional yang mereka perjuangkan
adalah bahasa cina dikatakan lebih relevan dalam konteks
negara malaysia kerana penduduk berbangsa cina itu sendiri
yang merupakan penduduk kedua paling ramai di negara ini.

16

CABARAN MALAYSIA MENJADI SEBUAH
NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

ISU BAHASA
Selain itu, penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan
orang Melayu sendiri. Dalam era globalisasi kini, orang
Melayu sendiri dilihat kurang memartabatkan bahasa
ibunda sendiri. Hal ini jelas dapat dilihat melalui
perbualan seharian yang lebih cenderung menggunakan
campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau
dikenali sebagai “bahasa rojak”. Keadaan sebaliknya
berlaku apabila kaum lain terus berusaha
memartabatkan bahasa ibunda mereka tanpa mengambil
kira cabaran yang datang. Dalam keadaan inilah, usaha
membina negara bangsa menjadi semakin sukar.

17

CABARAN MALAYSIA MENJADI SEBUAH
NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

ISU KEBUDAYAAN

Oleh kerana setiap budaya yang ada mewakili identiti
sesuatu kaum atau etnik yang wujud di malaysia,
usaha untuk melambangkan kepelbagaian budaya di
bawah satu identiti seolah-olah sukar dicapai kerana
semua kaum takut akan kehilangan identiti budaya
masing-masing. hal ini, disebabkan terpengaruh
dengan dasar pecah dan perintah.

Selain itu, sistem pendidikan yang langsung tidak
mendokong usaha mengukuhkan perpaduan melalui
perkongsian budaya. sistem pendidikan yang
berorientasikan peperiksaan telah mewujudkan
kelompangan berkaitan memartabatkan kebudayaan
dalam kalangan pelajar.

18

CABARAN MALAYSIA MENJADI SEBUAH
NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

ISU PENDIDIKAN
Seterusnya, sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh
penjajah yang masih dipraktikkan sehingga ke hari ini.
meskipun telah ada pembaharuan dalam aspek-aspek
tertentu, namun, kita tidak boleh menafikan bahawa
masih wujudnya konsep dan kaedah perlaksanaan yang
diteruskan dari zaman penjajahan lagi. contohnya ,
sekolah vernakular.

19

CABARAN MALAYSIA MENJADI SEBUAH
NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

ISU DEMOKRASI
Isu ini berkaitan masalah politik perkauman. Masalah
isu ini semakin ketara pada masa kini apabila parti-
parti politik yang wujud dilihat lebih memperjuangkan
kaum masing-masing seolah-olah menidakkan
kepentingan nilai perpaduan. Contohnya, MCA untuk
kaum Cina, MIC untuk kaum India dan UMNO untuk
kaum Melayu.

20

PENCAPAIAN PENYELESAIAN ISU KONSEP
NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

PENYELESAIAN
ISU

Bagi mencapai konsep negara bangsa dalam acuan
Malaysia, beberapa langkah penyelesaian perlu dan
telah dilaksanakan :

Isu Bahasa

Pemerkasaan penggunaan bahasa kebangsaan iaitu

Bahasa Malaysia perlu dilaksanakan dalam semua

bidang dan semua peringkat, daripada yang paling

rendah ke peringkat yang paling tinggi daripada

komunikasi sosial kepada komunikasi formal dalam

bidang-bidang seperti pentadbiran, perniagaan, undang-

undang dan bidang-bidang profesional yang lain. Satu

pendekatan yang wajar bagi mendokong usaha ini ialah

dengan memberi pendidikan awal kepada generasi muda

tentang kedudukan bahasa yang sebenar dan

kepentingan meletakkan satu bahasa melambangkan

satu bangsa. 21

PENCAPAIAN PENYELESAIAN ISU KONSEP
NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

PENYELESAIAN
ISU

Isu kebudayaan
Penggubalan Dasar Kebudayaan Negara telah
dilaksanakan bagi memberi panduan dalam membentuk,
mewujud dan mengekalkan identiti budaya negara dan
juga telah bertindak menjadi pelindung kepada identiti
semua budaya yang ada di Malaysia. Dasar Kebudayaan
Negara telah berjaya membentuk dan memupuk
perkongsian budaya pelbagai kaum di Malaysia dengan
mencirikan sifat- sifat persamaan pelbagai budaya suku
kaum tanpa melampau batas dan masih mengekalkan
identiti sebenar sesuatu budaya.

22

PENCAPAIAN PENYELESAIAN ISU KONSEP
NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

PENYELESAIAN
ISU

Isu Pendidikan
Bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid-murid
yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang, Sekolah
wawasan telah diwujudkan pada tahun 1997. Sekolah
intergrasi ini telah menempatkan beberapa buah sekolah
yang berbeza aliran di dalam satu Kawasan yang sama.
Walaupun penubuhan Sekolah Wawasan tidak mendapat
sokongan secara kolektif daripada masyarakat, namun,
usaha yang diambil ini dilihat paling efektif dalam
merapatkan jurang pendidikan antara kaum.

23

PENCAPAIAN PENYELESAIAN ISU KONSEP
NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

PENYELESAIAN ISU
Isu Demokrasi
Masyarakat kita mengetahui hakikat sebenar perjalanan
sistem demokrasi di Malaysia kerana salah faham tentang
sistem pentadbiran boleh mencetuskan perpecahan sama
ada antara interkaum mahupun intrakaum.

24

KESIMPULAN

Kesimpulannya, proses pembinaan negara bangsa dalam
acuan Malaysia sememangnya bukan satu usaha yang
mudah, ini kerana Malaysia tidak diasaskan dengan hanya
satu identiti bangsa yang merdeka seperti negara-negara
lain. Proses pembentukkan ini memerlukan semua pihak
untuk berkerjasama dan berusaha dengan dedikasi untuk
memastikan kesepaduan sosial yang telah kita miliki
dikekalkan untuk disambung oleh generasi akan datang.

Bagi membina negara bangsa ini, nilai-nilai kenegaraan
yang tinggi perlu disemai dalam setiap diri dan sanubari
rakyat malaysia tanpa mengira kaum, darjat dan umur bagi
memperjuangkan keamanan dan mencapai matlamat kita
sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara maju,
walaupun, terdapat banyak halangan dan cabaran. Oleh itu,
semua pihak perlu bekerjasama memainkan peranan
masing-masing dan terus konsisten bagi memastikan
pembentukan konsep negara bangsa malaysia dapat
tercapai dan akan menjadi negara maju.

25

RUJUKAN

https://www.scribd.com/presentation/506387968/Konsep-
Dan-Pembentukan-Negara-Bangsa-Dalam-Acuan-Malaysia
https://prezi.com/jvxj6wzifqjx/isu-dan-cabaran-pembinaan-
negara-bangsa/
https://slideplayer.info/slide/15995576/
https://news.uthm.edu.my/ms/2018/02/pembinaan-acuan-
negara-bangsa/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Proses_Pembentukan_Persek
utuan_Malaysia_1963

25


Click to View FlipBook Version