PENGURUSAN KOKURIKULUM TUGAS/TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA UNIT KOKURIKULUM 2.5 TUGAS SETIAUSAHA SUKAN 1. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah. 2. Menyediakan takwim dan latihan sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD / MSSN / MSSM. 3. Mengagihkan tugas-tugas guru dalam olahraga dan permainan. 4. Menetapkan murid dalam Rumah Sukan. 5. Menyediakan anggaran belanjawan untuk aktiviti sukan dan keperluan peralatan. 6. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah. 7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah. 8. Menyimpan dan mengemas kini buku stok dan inventori peralatan sukan. 9. Menyediakan dan mempamerkan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan. 10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod. 11. Merekodkan pencapaian cemerlang murid dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah. 12. Memastikan fail sukan kemas dan lengkap. 2.6 TUGAS KETUA RUMAH SUKAN 1. Memastikan adanya senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar). 2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan. 3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan pemainan. 4. Menentukan guru rumah sukan untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah. 5. Sentiasa berbincang dengan Penolong Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah. 6. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod. 2.7 TUGAS GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN 1. Mengurus latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan. 2. Kehadiran guru dan murid adalah wajib. 3. Memilih dan melatih pasukan olahraga dan permainan untuk pertandingan antara rumah sukan. 4. Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah. 5. Merekodkan kedatangan pelajar dan pelajar yang tidak hadir. 6. Sentiasa berbincang dengan ketua rumah sukan untuk meningkatkan prestasi rumah sukan.
PENGURUSAN KOKURIKULUM TARIKH GB PK1 PK HEM PK Ko CATATAN 20/03/24 √ 27/03/24 √ 04/04/24 √ 17/04/24 √ 24/04/24 √ 08/05/24 √ 15/05/24 √ 05/06/24 √ 12/06/24 √ 19/06/24 √ 26/06/24 √ 03/07/24 √ 10/07/24 √ 17/07/24 √ 24/07/24 √ 31/07/24 √ 07/08/24 √ 14/08/24 √ 21/08/24 √ 28/08/24 √ 04/09/24 √ 11/09/24 √ 25/09/24 √ 02/10/24 √ 09/10/24 √ 16/10/24 √ 23/10/24 √ 06/11/24 √ 13/11/24 √ 20/11/24 √ 27/11/24 √ 04/12/24 √ 11/12/24 √ 18/12/24 √ 08/01/25 √ 15/01/25 √ JADUAL PEMANTAUAN AKTIVITI KOKURIKULUM OLEH PENTADBIR 2024/2025