The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aizatul.ngah02, 2022-01-10 10:02:57

BUKU RESEPI LOCAL DESSERT

BUKU RESEPI LOCAL DESSERT

BUKU RESEPI LOCAL
DESSERT

DISEDIAKAN OLEH : AIZATUL ASHIQIN BINTI
KHAIRUL ANUAR
NO MATRIK: B05SPT20F501

DISEDIAKAN UNTUK: PUAN NOR JAMILAH
BINTI MOHAMED

SENARAI KANDUNGAN

NO NAMA MUKASURAT

PENGHARGAAN 1

PENGENALAN 2

MALAY DESSERT

1 TALAM SERI MUKA 1–3

2 TALAM SUJI MOCHA 4–5

3 APAM SERI AYU 6–7

4 PENGAT PISANG 8-9

5 PENGAT BUTIR 10 – 11

NANGKA

6 KUIH KETAYAP 12 – 14

7 KUIH LAPIS 15 – 16

8 KUIH KERIA 17 – 18

SENARAI KANDUNGAN

NYONYA DESSERT

8 ONDE-ONDE 21 – 22

9 KUIH BOM 23 – 24

10 TANG YUAN 25 – 26

11 ANGKOO 27 – 28

INDIAN DESSERT

13 LADDU 31 – 33

14 KESARI 34 – 36

15 KHEER 37 – 38

RUMUSAN 39

RUJUKAN 40

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdullilah dengan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana
dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi modul (SPT 2043 LOCAL
DESSERT) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Puan Nor Jamilah Binti Mohamed selaku pensyarah pastri bagi modul ini kerana
telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan tugasan Buku
Resepi Local Dessert yang diberikan ini.

Banyak cabaran yang dihadapi namun ianya tetap dapat menyiapkan dalam tempoh masa
yang diberikan. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan dan sokongan
mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih

APA ITU LOCAL DESSERT ?

Local Dessert atau dalam Bahasa Malaysia adalah pencuci mulut tempatan.
Dihasilkan oleh masyarakat tempatan di Asia, terutamanya di Malaysia yang
mempunyai pelbagai kaum dan adat resam. Pencuci mulut merupakan sajian
terakhir yang dihidangkan dan mempunyai pelbagai bentuk, warna dan rasa. Di
dalam buku resepi ini mengandungi pelbagai resepi pencuci mulut daripada kaum
Melayu, Nyonya dan India.

MALAY LOCAL DESSERT

• Kuih muih yang dihasilkan oleh
masyarakat Melayu.

• Menggunakan kaedah menggoreng,
merebus,menggoreng tohor dan
mengukus.

MALAY DESSERT

TALAM SERI MUKA

BAHAN-BAHAN KUANTITI
BAHAGIAN BAWAH 400 GRAM
• BERAS PULUT 300 GRAM
• SANTAN KOTAK 250 GRAM
• AIR 2 TSP
• GARAM 1 TSP
• GULA KASTOR 1TBSP
• MINYAK JAGUNG
BAHAGIAN ATAS 400 GRAM
• SANTAN KOTAK 4 BIJI
• TELUR 220 GRAM
• GULA PASIR 100 GRAM
• TEPUNG KASTARD 50 GRAM
• AIR PANDAN 1 TSP
• GARAM

CARA-CARA 1. Sapukan sedikit minyak jagung ke dalam loyang atau bekas yang hendak digunakan

dan letakkan plastik agar mudah diangkat.

2. Masukkan beras pulut (tapis air) yang telah direndam semalaman ke dalam loyang.
3. Ratakan beras pulut yang direndam tadi menggunakan spatula.
4. Dalam mangkuk lain, masukkan santan kotak ke dalam mangkuk dan masukkan air,

garam, gula kastor dan minyak jagung. Kacau sehingga sebati.

5. Kemudian masukkan adunan santan sebentar tadi ke dalam beras pulut dan kacau

sehingga sekata. Dan kukus beras pulut ke dalam pengukus selama 20 minit sehingga
masak.

6. Setelah beras pulut sudah siap dikukus letakkan sedikit tepung gandum kerana

berfungsi untuk menggelakkan beras pulut melekat dengan aduan kastard.

7. Sediakan mangkuk lain untuk adunan kastard, masukkan santan, air pandan, telur, gula

pasir, tepung kastard dan garam kemudian kacau kesemua adunan menggunakan
whisk.

8. Kemudian tapiskan adunan kastard ke dalam periuk untuk masak di atas api. Kacau

adunan kastard sehingga likat dan jangan sampai telur di dalam adunan masak
sehingga berketul.

CARA-CARA 9. Setelah adunan kastard masak, masukkan adunan kastard ke atas beras pulut yang telah masak dan
ratakan. Kemudian masukkan semula adunan tersebut ke dalam pengukus dan kukus selama 20 minit.
10. Setelah siap kukus sejukkan sebentar talam seri muka itu sebelum potong mengikut bentuk yang
diinginkan.
11. Dan kuih talam seri muka siap untuk dihidang.

TALAM SUJI KUANTITI
MOCHA
1 CAWAN
BAHAN-BAHAN 6 CAWAN
2 CAWAN
BAHAGIAN BAWAH 3 TBSP
● GULA PASIR KUNING TELUR
● SANTAN KOTAK
● TEPUNG SUJI 3 CAWAN
● TEPUNG GANDUM 3 BIJI
● PEWARNA MAKANAN 1 ½ CAWAN
4 TBSP
BAHAGIAN ATAS 1 TBSP
● SANTAN KOTAK
● TELUR
● GULA PASIR
● TEPUNG GANDUM
● MOCHA PASTE

1. Sediakan periuk terlebih dahulu, kemudian masukkan tepung suji dan tepung gandum Bersama. CARA-CARA
2. Seterusnya masukkan tepung tadi ke dalam periuk dan masukkan juga santan dan tinggalkan sedikit.

Kacau perlahan-lahan dan pastikan tidak berketul-ketul.

3. Letakkan pewarna kuning telur ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit sehingga nampak warna adunan

menjadi kuning.

4. Kemudian tapiskan adunan ke dalam baki santan tadi. Kacaukan bagi sebati.
5. Tuang semula ke dalam periuk untuk dimasak. Masak di atas api yang perlahan sehingga adunan menjadi

pekat.

6. Sapukan minyak jagung pada loyang dan letakkan plastic agar senang untuk diangkat.
7. Tuang adunan yang telah siap dimasak ke dalam Loyang dan ratakan adunan tersebut. Biarkan ia sejuk

seketika.

8. Untuk adunan bahagian atas, kacau telur dan masukkan ke dalam santan serta kacaukannya.
9. Kemudian masukkan gula serta tepung gandum dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul.
10. Tambahkan mocha paste dan kacau sehingga sebati.
11. Tapis juga adunan tersebut dalam periuk dan buka api perlahan. Masak adunan sehingga menjadi pekat.
12. Selepas itu, tuang adunan ke dalam loyang yang sudah berisi bahagian bawah.
13. Dan kukus semula talam tersebut selama 15 minit.

APAM PUTERI AYU BAHAN-BAHAN
BAHAN BAHAGIAN BAWAH
• SANTAN KOTAK KUANTITI
• AIR
• GULA KASTOR 150 GRAM
• TELUR 50 GRAM
• TEPUNG NAIK SENDIRI 230 GRAM
• OVALLETE 5 BIJI
• PANDAN EMULCO 230 GRAM
BAHAN BAHAGIAN ATAS 2 TSP
• KELAPA PARUT ½ TSP
• GARAM
• TEPUNG GANDUM 1 TSP

CARA-CARA 1. Sediakan mangkuk pengadun ( mixer ), masukkan telur ke dalam mangkuk.
2. Seterusnya masukkan santan beserta pandan emulco yang dicampurkan dengan air pandan.
3. Masukkan gula kastor bersama tepung naik sendiri yang telah diayak.
4. Akhir sekalli masukkan ovellate dan sedia untuk mengadun bahan tersebut sehinnga sebati.
5. Kemudian masukkan masukkan garam beserta tepung gandum sedikit ke dalam kelapa parut. Selepas itu,

kukuskan selama 10 minit. ( Pastikan tidak hangit ).

6. Jika kelapa parut sudah siap, masukkan kelapa parut tadi ke dalam acuan apam puteri ayu dan tekankan

sedikit.

7. Kemudian, masukkan adunan ke dalam acuan yang telah diletakkan kelapa parut menggunakan sudu.
8. Ulang langkah tersebut sehingga adunan habis. Letakkan ke dalam pengukus dan kukus selama 30 minit. (

Pastikan angkat penutup pengukus sekirannya terdapat banyak wap air dan lapkannya ).

9. Kemudian siap untuk dihidang.

PENGAT PISANG

BAHAN-BAHAN KUANTITI

• PISANG TANDUK 3 BUAH
• GULA MELAKA 100 GRAM
• GULA KASTOR 200 GRAM
• SAGU ½ CAWAN
• SANTAN KOTAK 1 LITER
• GARAM 1 TSP
• DAUN PANDAN 1 HELAI

1. Buang kulit pisang dan potong pisang kepada kecil. CARA-CARA
2. Kemudian panaskan air di dalam periuk sehingga menggelegak, rebus sagu ke dalam air yang menggelegak

tadi sehingga menjadi kembang dan bewarna putih jernih.
3. Angkat sagu dan tapiskan sagu tersebut.
4. Masukkan isi jagung tadi ke dalam periuk, dan diikuti dengan masukkan santan ke dalam periuk.
5. Kacau terlebih dahulu, baru masukkan gula kastor, gula melaka yang telah hancur dan juga garam.
6. Gaul bagi sebati, kemudian masukkan sagu yang telah dimasak tadi.
7. Letakkan periuk tersebut di atas api, dan biarkan sehingga ianya menggelegak dan masak.

PENGAT BUTIR NANGKA KUANTITI

BAHAN-BAHAN 2 CAWAN
½ CAWAN
• TEPUNG PULUT 500 ML
• TEPUNG GANDUM 1 KOTAK
• AIR 1 HELAI
• SANTAN KOTAK 1 CAWAN
• DAUN PANDAN SECUBIT RASA
• GULA KASTOR
• GARAM

CARA-CARA 1. Sediakan mangkuk besar untuk mencampurkan tepung pulut, tepung gandum dan air sedikit demi
sedikit untuk menguli sehingga menjadi doh.

2. Kemudian bahagikan doh kepada 3 untuk meletakkan 3 warna iaitu merah, kuning, dan hijau dan uli
sehingga sebati.

3. Selepas itu, ambil sedikit doh, bulatkan doh menjadi bulat sebesar 20 sen sehingga doh habis.
4. Sementara itu, sediakan periuk yang berisi air di atas dapur dengan api yang besardan tunggu sehingga

air menggelegak.
5. Setelah air menggelegak masukkan doh yang telah siap menjadi bulat ke dalam periuk dan tunggu

sehingga doh butir nangka itu timbul ke permukaan.
6. Kemudian tapiskan doh butir nangka yang sudah timbul ke dalam mangkuk yang berisi air supaya tidak

melekat dengan doh butir nangka yang lain.
7. Seterusnya untuk membuat air santanya pula, menggunakan periuk yang sama, masukkan santan, gula

pasir dan daun pandan.
8. Kacau air pandan sehingga gula pasir larut dan masukkan garam secukup rasa.
9. Setelah sudah sebati air santan tersebut, masukkan butir nangka ke dalam air santan tersebut dan

kacau sehingga sebati.
10. Tunggu sehingga sedikit menggelegak dan tutup api.

11. Dan siap untuk dihidang ke dalam mangkuk.

KUIH KETAYAP

BAHAN-BAHAN KUANTITI

BAHAN KULIT KETAYAP

• TEPUNG GANDUM 250 GRAM
• SANTAN KOTAK 200 GRAM
• AIR PANDAN 400 GRAM
• TELUR 1 BIJI
• GARAM ½ TSP

BAHAN INTI KELAPA MANIS

• KELAPA PARUT 1 KG
• AIR GULA MELAKA 200 GRAM
• GULA PASIR 200 GRAM
• TEPUNG GANDUM 1 TSP
• TEPUNG JAGUNG 1 TSP

BAHAGIAN INTI KETAYAP CARA-CARA

1. Sediakan kelapa parut di dalam periuk untuk dimasak.
2. Letakkan air gula melaka yang telah dicairkan ke dalam kelapa parut beserta gula pasir ke dalam periuk.
3. Masak dengan mengacau sehingga pekat dan sebati, kemudian tambahkan tepung gandum dan tepung jagung.
4. Kacau sehingga sebati. Biarkan sejuk seketika.

BAHAGIAN KULIT KETAYAP CARA-CARA

1. Masukkan santan ke dalam mangkuk yang berisi air pandan dan gaulkan sehingga sebati menggunakan whisk.
2. Kemudian masukkan telur ke dalam adunan tersebut.
3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama garam dan gaulkan sehingga adunan menjadi sebati.
4. Peram dan biarkan dahulu bancuhan tersebut.
5. Setelah dibiarkan peram, panaskan kuali leper ( griskan sedikit minyak jika kuali itu mudah melekat ).
6. Tuang bancuhan menggunakan ½ cawan dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya

mendapat bentuk bulat.

7. Biarkan adunan masak sehingga bewarna kekuningan di sekeliling dan boleh digerakkan semasa mengangkat kuali.

Gunakan spatula sekiranya sudah masak.

8. Seterusnya, masukkan inti kelapa yang telah disejukkan ke dalam kulit ketayap.
9. Gulungkan sedikit untuk menutup inti, kemudian lipatkan kedua-dua bahagian tepi dan gulung semula sehingga

habis.

10. Ulang Langkah tersebut sehingga habis kesemuanya.
11. Siap untuk dihidang.

KUIH LAPIS

BAHAN-BAHAN KUANTITI
• TEPUNG BERAS
• TEPUNG GANDUM 500 GRAM
• TEPUNG UBI 250 GRAM
• TEPUNG JAGUNG 3 TBSP
• GULA PASIR 3 TBSP
• AIR 600 GRAM
• SANTAN KOTAK 2 ½ CAWAN
• GARAM
• PEWARNA MAKANAN 1 TSP

CARA-CARA 1. Panaskan pengukus dan sediakan loyang berukuran 7x7 inci.
2. Masukkan santan ke dalam periuk dan nyalakan api, masak santan sebentar sehingga menjadi suam-

suam suku.
3. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
4. Kemudian tuangkan santan sambil mengaul dengan sebati supaya adunan tidak berketul.
5. Tapiskan adunan dan bahagikan kepada dua bahagian. Warnakan satu bahagian dengan pewarna

merah.
6. Masukkan loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak ke dalam pengukus.
7. Tuangkan ¾ cawan adunan tanpa pewarna ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit dengan api

yang besar.
8. Setelah lapisan pertama masak, tuangkan lagi ¾ cawan adunan pewarna merah dan kukus selama 5

minit. ( Ulang sehingga kedua-dua adunan habis).
9. Selepas siap kesemua lapisan, adunan ini perlu dikukus sekal lagi selama 20 minit.
10. Biarkan lapisan atas dikukus selama 5 minit tanpa penutup pengukus.
11. Sejukkan kuih lapis sebelum dipotong mengikut bentuk yang dimahukan.
12. Kuih lapis siap dan sedia untuk dihidangkan.

KUIH KERIA

BAHAN-BAHAN KUANTITI

• UBI KELEDEK 3 KG
• TEPUNG GANDUM 3 CAWAN
• SHORTENING 3 TSP

AIR GULA UNTUK SIRA

• GULA PASIR 300 GRAM

• AIR 200 GRAM

1. Potong ubi keledek menjadi dadu agar mudah untuk dilenyekkan. Kemudian panaskan periuk dengan mengisi CARA-CARA
air ke dalam periuk sehingga air menggelegak.

2. Masukkan ubi keledek yang dipotong ke dalam air yang menggelegak dan biarkan ia rebus sehingga lembut.
3. Setelah keledek sudah lembut, tapiskan keledek ke dalam mangkuk, kemudian lenyekkan ubi keledek menjadi

lumat.
4. Kemudian masukkan shortening ke dalam ubi keledek bersama tepung gandum yang telah diayak.
5. Gaul ubi keledek menggunakan tangan yang bersih sehingga sebati.
6. Ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi donut kecil. Ulang sehingga adunan habis.
7. Panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak sudah panas, masukkan adunan keria tadi satu persatu ke

dalam kuali. Goreng sehingga coklat keemasan. ( pastikan adunan keria sentiasa di kacau agar dapat masak
dengan sekata dan tidak hangit).
8. Angkat sekiranya keria yang digoreng sudah menjadi coklat keemasan.
9. Untuk sira air gulanya pula, sediakan kuali dan masukkan gula pasir dan air ke dalam kuali.
10. Buka api yang sederhana dan kacau gula pasir dan air sehingga air gula tersebut berbuih. Dan masukkan keria
yang digoreng tadi ke dalam air gula dan kacau sehingga sebati.
11. Angkat keria dan letakkan ke dalam pinggan dan boleh dihidangkan.

NYONYA LOCAL DESSERT

• Kuih muih yang dihasilkan oleh masyarakat
atau kaum Baba dan Nyonya.

• Menggunakan kaedah menggoreng, merebus
dan mengukus.

NYONYA DESSERT

ONDE-ONDE

BAHAN-BAHAN KUANTITI

• TEPUNG PULUT 1 KG
• TEPUNG GANDUM ½ CAWAN
• AIR PANDAN 1 KG
• GULA MELAKA DIPOTONG KECIL
• KELAPA PARUT

CARA-CARA 1. Masukkan tepung pulut dan tepung gandum yang telah diayak. Gaulkan sedikit supaya kedua-dua tepung

itu bercampur.

2. Masukkan sedikit demi sedikit air pandan dan uli sehingga menjadi doh.
3. Sediakan dulang dan taburkan tepung di atasnya supaya doh tidak melekat.
4. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan satu potongan kecil gula melaka dan bentukkan menjadi bulat (

Ulang perbuatan sehingga habis dohnya ).

5. Ambil periuk yang berisi dengan separuh air dan letakkan di atas dapur, hidupkan api yang paling besar

dan tunggu sehingga air menggelegak.

6. Apabila air sudah menggelegak masukkan doh yang sudah dibentuk menjadi bulat ke dalam periuk dan

tunggu sehingga doh itu timbul permukaan.

7. Apabila doh sudah timbul di permukaan maka ia sudah masak.
8. Tapiskan doh dan masukkan doh itu ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut. Ratakan kelapa parut

pada keseluruhan permukaan doh.

9. Dan kuih onde-onde siap untuk dihidang.

KUIH BOM

BAHAN-BAHAN KUANTITI

• TEPUNG PULUT 1 CAWAN
• TEPUNG GANDUM ½ CAWAN
• GARAM 1 TSP
• BIJAN ½ TSP
• INTI KELAPA
• AIR

1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum, garam dan air. Gaul sehingga ianya menjadi doh. CARA-CARA
2. Leperkan doh dan masukkan inti kelapa. Bentukkan menjadi bulat.
3. Kemudian golekkan doh ke dalam mangkuk berisi bijan.
4. Gumpalkan sekali lagi supaya bijan pada doh melekat.
5. Kemudian tuangkan minyak masak ke dalam kuali dan hidupkan api yang paling besar supaya minyak cepat

panas.
6. Setelah minyak sudah menjadi panas, masukkan adunan ke dalam minyak dengan berhati-hati.
7. Goreng sehingga warna perang keemasan.
8. Angkat dan sejukkan dan boleh menjamu selera.

TANG YUAN

BAHAN-BAHAN KUANTITI
• TEPUNG PULUT
• AIR 2 CAWAN
AIR GULA 200 GRAM
• AIR
• GULA PASIR 500 GRAM
• DAUN PANDAN 500 GRAM
1 HELAI

CARA-CARA 1. Masukkan tepung pulut dan air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.
2. Bahagikan doh kepada 3 untuk meletakkan 2 pewarna makanan yang berbeza iaitu warna merah dan

hijau.
3. Bulatkan doh sebesar 20 sen sehingga kesemua doh habis.
4. Sementara itu, sediakan periuk yang berisi air dan buka api yang sederhana untuk merebus doh itu.
5. Tunggu air rebusan menggelengak kemudian masukan doh dan tunggu doh tersebut timbul di permukaan,

ia menandakan bahawa doh tersebut sudah masak dengan kenyal.
6. Tapiskan doh yang timbul kemudian masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air untuk menyejukkan doh

tersebut supaya tidak melekat antara doh yang lain.
7. Setelah siap merebus, menggunakan periuk yang sama masukkan air dan gula pasir berserta daun

pandan ke dalam periuk dan buka api yang perlahan.
8. Tunggu gula pasir yang berada di dalam periuk tersebut larut, kemudian masukkan doh yang telah

direbuskan sebentar tadi ke dalam periuk dan gaul sehingga sebati.
9. Tunggu ia menggelegak sedikit, kemudian tutup api.
10. Cedok Tang Yuan ke dalam mangkuk dan siap untuk dihidang.

ANGKOO

BAHAN-BAHAN KUANTITI

• TEPUNG PULUT 200 GRAM
• TEPUNG UBI KAYU ½ TBSP
• UBI KELEDEK 300 GRAM
• GULA KASTOR 2 TBSP
• AIR 160 ML
• MINYAK MASAK 2 TBSP
• INTI KACANG MERAH

1. Rebus ubi keledek sehingga empuk dan toskan airnya. Sejukkan seketika kemudian lenyekkan ubi keledek itu. CARA-CARA
2. Seterusnya, masukkan tepung pulut dan tepung ubi kayu ke dalam ubi keledek yang di lenyek tadi dan gaul

sehingga sebati.
3. Sementara itu, bulatkan inti kacang merah.
4. Kemudian masukkan minyak masak dan sedikit air demi sedikit ke dalam adunan yang telah siap digaul tadi.
5. Setelah menjadi doh sepenuhnya sediakan daun pisang. Pastikan daun pisang bersih sebelum di gunakan.
6. Potong daun pisang mengikut saiz kuih angkoo.
7. Sapu sedikit minyak pada acuan angkoo supaya tidak mudah melekat dan mudah dikeluarkan dari acuan.
8. Ambil sedikit doh dan leperkan, kemudian masukkan inti kacang merah di tengah doh dan bulatkan. Selepas itu

masukkan doh ke dalam acuan, tekan doh sehingga leper dan kemaskan.
9. Letakkan acuan angkoo di atas daun pisang untuk mengukus ( ulang perbuatan yang sama sehingga doh habis ).

10. Setelah masak angkoo dikeluarkan dan disejukkan seketika. Dan boleh di makan.

INDIAN LOCAL DESSERT

• Kuih muih yang dihasilkan oleh masyarakat
India.

• Menggunakan kaedah menggoreng dan
merebus.

INDIAN DESSERT

LADDU

BAHAN-BAHAN KUANTITI

• TEPUNG KACANG KUDA 3 CAWAN
• AIR 2 ½ CAWAN
• SERBUK PENAIK
• PEWARNA MAKANAN ½ CAWAN
AIR GULA
• GULA PASIR 2 CAWAN
• AIR 2 CAWAN
• SERBUK CARDAMON ½ TSP
• SERBUK HALIA ½ TSP

CARA-CARA 1. Masukkan tepung kacang kuda, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk dan gaul. Kemudian masukkan air

sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan gaul sehingga adunan menjadi cecair menggunakan whisk. Dan
biarkan adunan selama 1 jam sebelum digoreng.

2. Setelah 1 jam, bahagikan adunan kepada tiga mangkuk untuk meletekkan pewarna makanan yang beberbeza

iaitu warna oren, merah dan hijau.

3. Sediakan kuali di atas dapur dan tuang minyak masak ke dalam kuali sehingga penuh.
4. Buka api yang besar untuk panaskan minyak. Sementara menunggu minyak penuh, kacau adunan yang telah

siap dibahagi tiga beserta pewarna makanan di dalamnya sehingga sebati.

5. Apabila minyak sudah panas masukkan adunan mengikut warna dengan menggunakan senduk dan penapis

Laddu, goreng Laddu dalam beberapa saat sahaja, angkat dan letakkan di atas penapis untuk menapis minyak
yang berlebihan. ( Ulang perbuatan yang sama sehingga semua adunan habis ).

6. Setelah siap goreng, ambil sedikit adunan yang digoreng tadi masuk ke dalam food processing untuk mengisar

menjadi halus supaya mudah dibentuk.

7. Kemudian sediakan periuk untuk mengisi gula pasir, air, serbuk halia dan serbuk cardamon untuk membuat air

gula untuk Laddu.

CARA-CARA 8. Kacau air gula sehingg gula larut dan sentiasa kacau. Untuk mengetahui air gula sudah siap calitkan
sedikit air gula di jari dan apabila jari merasa ia melekit ia menandakan air gula sudah siap.

9. Kemudian masukkan air gula ke dalam Laddu yang digoreng tadi dan kacau sehingga kesemua Laddu itu

melekat dengan air gula. Biarkan sejuk seketika.

10. Sediakan satu talam kosong untuk meletakkan Laddu yang siap digumpal nanti.
11. Menggunakan tangan yang bersih gumpalkan Laddu sebesar 50sen menjadi bulat dan buat sehingga habis.
12. Laddu sudah siap dan boleh di makan bila-bila masa.

KESARI BAHAN-BAHAN KUANTITI

• TEPUNG SUJI 3 CAWAN

• MINYAK SAPI 2 CAWAN

• AIR SUAM 3 CAWAN

• SUSU 3 CAWAN

• GULA PASIR 3 CAWAN

• KACANG GAJUS 200 GRAM

• KISMIS 50 GRAM

• KACANG BADAM 100 GRAM

• GARAM SECUBIT

• PEWARNA MAKANAN OREN

1. Buka api perlahan, sangai tepung suji di dalam kuali selam 3 – 4 minit. Apabila tepung suji menjadi ringan, CARA-CARA

tambahkan 1tbsp minyak sapi dan kacau sehingga sebati.

2. Kacau selama 2 – 3 minit dan pastikan berhati-hati kerana ia mudah hangus.
3. Setelah siap masukkan tepung suji ke dalam mangkuk dan menggunakan kuali yang leper letakkan 2 tbsp minyak

sapi dan gorenkan kekacang dan kismis dengan api yang kecil. Goreng sehingga perang keemasan.

4. Gunakan kuali yang sama ketika menyangai tepung suji tadi, masukkan air suam dan biarkan ia mendidih.

Kemudian tambahkan susu sehingga mendidih.

5. Letakkan kekacang dan kismis yang telah digoreng tadi ke dalam adunan.
6. Apabila adunan mula mendidih perlahan, masukkan gula dan garam bersama pewarna oren.
7. Biarkan ia mendidih sekali lagi dan kacau.
8. Apabila gelembung kecil muncul, masukkan tepung suji bersama minyak sapi yang disangai tadi. Sentiasa berhati –

hati ketika menuang supaya tiada ketulan.

9. Kacau dengan sebaiknya. Kesari ini hampir siap apabila adunannya menjadi likat apabila sentiasa dikacau.

Teruskan mengacau sehingga likat.

10. Tambahkan minyak sapi semasa mengacau dan boleh tambah lagi kekacang dan kismis jika mahu. Tujuan CARA-CARA

tambahkan minyak sapi adalah untuk menambahkan lagi rasa Kesari yang berlemak dan manis.
11. Sediakan loyang yang telah disapu sedikit minyak dan letakkan plastik agar mudah untuk menggangkatnya nanti.
12. Tuangkan adunan Kesari tadi ke dalam loyang yang telah siap disapu minyak dan sudah siap meletakkan
plastik. Dan ratakan adunan Kesari menggunakan spatula mengikut bentuk loyang tersebut.
13. Hiaskan dengan kekacang di atas Kesari dan biarkan Kesari sejuk seketika.
14. Setelah itu, potong Kesari mengikut bentuk yang diingini dan letakkan di dalam pinggan dan sedia untuk menjamu
selera.

KHEER

BAHAN-BAHAN KUANTITI

● SUSU CAIR 2 CAWAN
● BERAS 1 CAWAN
● MINYAK SAPI 1 TBSP
● KISMIS ½ CAWAN
● KACANG BADAM ½ CAWAN
● KACANG GAJUS ½ CAWAN
● AIR 2 CAWAN
● GULA PASIR ½ CAWAN

CARA-CARA 1. Sediakan periuk dan masukkan susu cair dan gula pasir.
2. Buka api perlahan, kemudian masukkan beras yang telah siap dibasuh.
3. Pastikan beras masak sehingga lembut. Pastikan sentiasa kacau menggunakan sendu ( agar tidak mudah hangit

di bawah permukaan periuk ).

4. Sementara itu, sediakan kuali yang leper dan letakkan sedikit minyak sapi dan buka api perlahan.
5. Letakkan kismis dan kacang badam dan kacang gajus ke dalam kuali.
6. Gorengkan kismis dan kekacang itu sehingga perang keemasan dan pastikan tidak hangit. ( Pada masa yang

sama pastikan beras dan susu tadi sentiasa dikacau ).

7. Untuk pastikan beras sudah lembut, angkat dan picit atau tekan menggunakan sudu. ( Jika lembut maka beras itu

sudah masak ).

8. Sekiranya beras tidak masak dan masih keras, tambahkan air dan teruskan mengacau sehingga sebati.
9. Seterusnya masukkan kismis dan kekacang yang telah digoreng tadi ke dalam periuk dan kacau sehingga sebati.
10. Biarkan mendidih seketika kemudian tutup api dan boleh terus dihidangkan ke dalam mangkuk dan sedia untuk

menjamu selera.

RUMUSAN

Rumusan yang telah saya dapat adalah saya amat bersyukur kerana dapat
menyiapkan buku resepi local dessert ini. Di dalam buku resepi local dessert ini
terbahagi kepada 3 local dessert iaitu Malay Dessert, Nyonya Dessert dan Indian
Dessert. Selain itu, rumusan yang saya dapat juga mencuba pelbagai jenis resepi
yang menarik dan dapat mengetahui lebih lanjut tentang menu yang ada dalam Local
Dessert ini. Bagi Malay Dessert ialah Kuih Talam Seri Muka, Apam Puteri Ayu, dan
Kuih Keria dan yang lain-lain. Bagi Nyonya Dessert pula adalah Onde-onde dan Kuih
Bom. Manakala bagi Indian Dessert pula adalah Ladoo, Kesari dan Kheer. Semua
resepi yang saya sebutkan ini merupakan resepi local dessert yang mudah dipelajari
dan seronok untuk dicuba kepada semua peringkat usia.

RUJUKAN

• https://resepichenom.com/resepi/butir-nangka/show
• https://myresipi.com/resipi/talam-suji-mocha/
• https://anyflip.com/gxuxf/gxqn/basic
• https://anyflip.com/icjqz/jixp/basic
• https://anyflip.com/gxuxf/gxqn/basic


Click to View FlipBook Version