Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
KATA NAMA
Kata nama terbahagi kepada 3 iaitu kata nama am, kata nama khas, dan kata ganti nama.
1. Kata Nama Am
• Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang
bernyawa seperti orang, haiwan dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-
tumbuhan, tempat, benda dan sebagainya.
• Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am
atau umum.
Contoh :
Manusia, orang ayah, perempuan, kerani, polis
Binatang ayam, gajah, kerbau, anjing, kuda, burung, ikan
Tumbuh-tumbuhan pokok, betik, rumput,lalang
Benda pasir, kayak, radio, rumah, pen, buku
Tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri
• Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada
awal ayat.
Contoh :
Dia sedang menjinakkan seekor gajah. Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat
2. Kata Nama Khas
• Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama
sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
• Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
Huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia Zaidi, Mei Fong, Subramaniam
haiwan Tompok (kucing), Jalak (ayam)
tempat Muar (daerah),
Seremban (negeri),
Jepun (Negara)
bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi),
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku Keluarga (majalah),
Pelari Muda (novel),
Kamus Dewan (buku)
benda Proton Perdana (kereta),
Pilot (pen),
Casio (jam)
3. Kata Ganti Nama
• Terbahagi kepada 3 iaitu:
i. Kata ganti nama diri :-
*orang pertama - saya, aku, patik, beta, kita dan kami
*orang kedua - anda, engkau, awak, kamu dan saudara
*orang ketiga - ia, dia, mereka, beliau dan -nya
ii. Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menggantikan kata nama untuk
menunjukkan maksud sesuatu benda atau perkara yang dirujuk itu. Terdapat dua
jenis kata ganti nama tunjuk iaitu:
a) ini - merujuk yang dekat
b) itu - merujuk yang jauh
iii. Kata ganti nama tanya
a) apa - merujuk benda
b) siapa - merujuk orang
c) mana - merujuk tempat
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
KATA BILANGAN
Kata bilangan ialah kata yang menyatakan bilangan atau urutan. Terdapat enam jenis kata
bilangan,iaitu:
A . Kata Bilangan Tentu D. Kata Bilangan Pisahan
B. Kata Bilangan Tak tentu E. Kata Bilangan Pecahan
C. Kata Bilangan Himpunan F. Kata Bilangan Tingkat
(A) Kata Bilangan Tentu
Kata bilangan tentu ialah kata yang menyatakan bilangan yang tentu seperti satu,seratus,seribu,
dan dua juta.
(B) Kata Bilangan Tak tentu
Kata bilangan tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menyatakan bilangan yang tidak tentu
seperti beberapa,sebahagian,semua,seluruh,segala,segelintir,segenap,sebilangan,sekalian,para dan
berbagai-bagai.
(C) Kata Bilangan Himpunan
Kata bilangan himpunan digunakan untuk menyatakan sesuatu secara himpunan.Kata bilangan
tersebut adalah seperti berpuluh-puluh,berates-ratus, dan ketiga-tiga.
(D) Kata Bilangan Pisahan
Kata bilangan pisahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara satu per
satu atau berasingan.Hanya ada dua kata bilangan pisahan, iaitu masing-masing dan setiap/
tiap-tiap.
(E) Kata Bilangan Pecahan
Kata bilangan pecahan ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu yang berupa
pecahan seperti dua per tiga, satu per empat dan setengah.
(F) Kata Bilangan Tingkat
Kata bilangan tingkat ialah kata yang menyatakan urutan atau giliran seperti pertama,
kedua,kesepuluh dan keseratus.
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
PENJODOH BILANGAN
• Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah
atau bilangan.
• Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang,
dan sebagainya.
• Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:
Penjodoh penggunaannya Contohnya
Bilangan
angkatan untuk sekumpulan manusia atau kapal, tentera, pelukis, penulis
benda
baris untuk kedudukan benda/manusia orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat,
yang berbaris meja, kerusi
batang untuk menunjukkan benda-benda sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi,
yang panjang tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentuk untuk benda-benda kecil yang mata kail, subang, cincin
berkeluk
berkas untuk benda-benda yang diikat kunci, lidi, kayu
bersama-sama
bidang untuk benda-benda yang terbentang tanah, kain, sawah, permaidani, layar,
luas kebun, tikar
biji untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli,
benda-benda yang kecil belon, ketupat, batu, telur, gelas
Bilah untuk benda-benda yang tajam parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
buah untuk benda-benda besar dan padu, kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio,
yang tidak mempunyai bentuk yang bandar, kampung, piano, komputer, kamera
tertentu
buku untuk benda-benda yang keadaannya sabun, roti, benang
berketul/berbongkah
butir untuk benda-benda yang bulat atau telur, batu, manik, beras, peluru
kecil
carik/cebis untuk benda-benda yang dikoyakkan kertas, kain
cubit untuk benda yang diambil sedikit garam, gula, kunyit
dengan jari
cucuk untuk benda-benda yang dicucuk sate
dengan lidi
das untuk bunyi letupan atau tembakan meriam, pistol, senapang
deret untuk benda-benda yang tersusun bangunan, rumah, kedai, kereta
ekor untuk semua jenis binatang nyamuk, semut, kuda, buaya, musang,
gajah, arnab, rama-rama
genggam untuk benda-benda yang digenggam pasir, beras, padi
gugus untuk buah-buah ataupun benda anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
gulung untuk benda-benda yang bergulung filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
helai untuk benda-benda yang nipis dan daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut,
lebar rumput
ikat untuk benda-benda yang diikat kayu, lidi, tebu, sayur, papan
iris untuk benda-benda yang dipotong bawang, timun, daging, buahbuahan
kecil-kecil
jambak untuk benda-benda yang bertangkai bunga, kunci
atau berangkai-rangkai
kaki untuk benda-benda yang bertangkai payung, cendawan, bungs
kawan untuk kumpulan haiwan lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompok untuk sekumpulan manusia, haiwan, burung, awan, pulau, bintang
dan benda
kepal untuk benda-benda yang dikepal nasi, pulut, tanah
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
dengan tangan
keping untuk benda-benda yang nipis atau roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
kerat pipih
Ketul untuk bahagian benda-benda yang roti, tiang
Kotak dipotong
kuntum untuk benda-benda yang berketul dan ais, daging, tulang, sabun, roti
Laras
lembar padu
longgok
untuk benda-benda yang diisikan di mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk
naskhah
dalam kotak
Orang
untuk bungs mawar, melati, anggerik
Papan
untuk senjata api pistol, senapang, meriam
pasang
benda-benda yang lurus dan panjang kertas, dawai, benang
pangsa
pasukan untuk benda-benda yang berada durian, pakaian, tanah, cili
patah dalam longgokan
potong
untuk bahan bacaan yang berjilid surat khabar, risalah, majalah, makalah,
pucuk
buku
puntung
untuk manusia guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit,
rangkap
rawan posmen
ruas untuk benda-benda yang berbentuk coklat, petai, mercun
rumpun
kepingan
sikat/sisir
tandan untuk benda dan manusia yang pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak
tangkai
berpasangan
titik
tongkol untuk bahagian dalam buah durian
ulas
untuk sekumpulan orang yang pemain kompang, polis, tentera pengakap
urat
berpakaian seragam
utas
untuk kata perkataan, kata-kata
untuk benda-benda yang sudah kuih, daging, roti
dipotong
untuk benda-benda yang halus serta jarum, surat, pistol, meriam, senapang,
tipis dan senjata api rebung
untuk sebahagian benda yang masih rokok, bara, kayu api
menyala
untuk puisi pantun, sajak, syair
untuk benda-benda yang halus, jala, jaring, pukat
labuh, dan bersirat
untuk benda yang beruas-ruas tebu, buluh
untuk tumbuhan yang tumbuh rapat- buluh, tebu, serai, pandan, padi
rapat
untuk buah pisang pisang
untuk buah-buahan yang bertandan pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
untuk buah-buahan, bunga-bungaan, rambutan, duku, kenanga, padi, daun
dan daun yang bertangkai
untuk cecair yang menitis air, darah, dakwat, embun
untuk buah yang bertongkol jagung
untuk isi buah-buahan yang durian, limau, nangka, cempedak
berpangsa
untuk benda-benda yang halus dan rambut, benang, dawai,
panjang
untuk benda-benda yang panjang tali, dawai, rantai
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
KATA KERJA (TRANSITIF DAN TAK TRANSITIF)
• Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau
keadaan melakukan sesuatu oleh manusia, haiwan atau benda.
• Kata kerja terdiri daripada :
1.Kata kerja transitif
2.Kata kerja tak transitif
1. KATA KERJA TRANSITIF
➢ Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada
frasa nama sebagai predikat dalam ayat.
➢ Contoh ayat :
a) Kakak suka menonton drama.
(Kata kerja “menonton mesti disertai dengan objek, iaitu “drama” supaya
maksud ayat ini lengkap)
b) Emak sedang menjahit baju.
(Kata kerja “menjahit” mesti disertai dengan objek iaitu “ baju” supaya maksud
ayat ini lengkap)
➢ Terdapat beberapa bentuk kata kerja transitif, iaitu:
Bentuk Kata Kerja Transitif Contoh Contoh ayat
Kata kerja berawalan ter- Terlanggar, termakan, terpijak Ibu termakan coklat adik.
Kata kerja berawalan meN- Mencuci, menendang, Adik menendang bola di
memandu padang.
Kata kerja berapitan meN…-i Menaiki,mendekati, Amir menaiki bas ke sekolah.
Kata kerja berapitan Mengemaskan, memasukkan Profesor Ali mengemukakan
meN…._kan idea yang bernas.
Kata kerja berawalan Memperbuat, memperlebar Buruh-buruh itu sedang
memper- memperlebarkan jalan raya.
Kata kerja berapitan memper- Memperbaiki, mempelajari Dia mempelajari bahasa asing.
….-i
Kata kerja berapitan memper- Memperkanalkan, Dia cuba mempertemukan ibu
….-kan mempertemukan dan anak yang sudah lama
terpisah itu.
2. KATA KERJA TAK TRANSITIF
➢ Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dengan tidak
memerlukan objek.
➢ Ayat contoh :
a) Ayah sedang rehat.
(kata kerja “rehat” jelas menunjukkan perbuatan ayah tidak memerlukan objek
sebagai pelengkapnya)
➢ Terdapat beberapa bentuk kata kerja :
Bentuk kata kerja Tak transitif Contoh Contoh ayat
Dia asyik mandi dari tadi.
Kata kerja tanpa imbuhan Duduk, mandi ,tidur
Kata kerja berawalan beR- Berjalan, bersenam Adik berjalan menuju ke
Kata kerja berawalan meN- Menyanyi, menangis kantin.
Lili menyanyi sambil menari.
Kata kerja berawalan teR- Tersenyum, termenung Wei Mun termenung
memikirkan nasib diri.
Kata kerja berapitan ber-….- Bersalaman, berpelukan Mereka berpelukan sebaik saja
an bertemu.
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap.
➢ Kata kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri
tanpa objek atau penyambut.
➢ Contoh ayat :
Mereka berdua asyik berbual.
➢ Kata kerja tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberi
maklumat tambahan.
➢ Contoh ayat :
Mereka berdua asyik berbual di dalam bilik.
Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap.
➢ Kata kerja tak transitif berpelangkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap
untuk menyempurnakan maksud ayat.
➢ Perbezaan di antara pelengkap dengan objek atau penyambut ialah pelengkap hadir
selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat manakala objek
atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh dipasifkan.
➢ Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah kata adjektif, frasa sendi nama dan kata
nama.
➢ Contoh ayat:
1.Kehidupannya menjadi semakin miskin. ( kata adjektif )
2.Mereka sekeluarga tinggal di Johor.(frasa sendi nama )
3.Pengemis itu tidur berselimutkan surat khabar. (kata nama )
KATA SENDI NAMA
• Kata Sendi Nama ialah kata yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan
kata atau frasa-frasa dan ayat.
• Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
• Kata sendi nama terletak di hadapan kata nama, frasa nama atau kata ganti nama dan
dipisahkan daripada perkataan yang mengikutnya.
• Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama
dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain.
FUNGSI KATA SENDI NAMA
Arah Kepada, pada, dari, ke
Tujuan
Waktu / Masa Untuk
Tempat Pada, dari, ke, hingga, sejak
Perbandingan
Bersama-sama Dari, di, ke
Daripada, terhadap, bagai, seperti, tentang
dengan
KATA SENDI NAMA FUNGSI AYAT CONTOH
DI • Menunjukkan tempat 1. Allisa tinggal di Kampung
• Tidak boleh digunakan
Ke Melayu Batu 16, Rawang.
Dari untuk menunjukkan 2. Buku itu di tepi meja.
masa
• Menunjukkan tempat 1. Dia akan berpindah ke
arah dan masa. Kelantan pada hujung
minggu ini.
• Menunjukkan arah,
tempat dan masa (ATM). 1. Azizi menunggu adiknya
dari jam tiga petang tadi.
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
Pada • Menunjukkan tempat 2. Bas itu tiba dari utara.
Daripada bagi perbuatan sesuatu
kata kerja. 1. Cermin itu digantung pada
Hingga dinding.
Dengan • Keterangan waktu.
Kepada (K) Keanggotaan, 2. Hujan turun dengan lebat
Bagi / Untuk (A) Abstrak, pada pagi semalam.
Sejak / Sementara (B) Bandingan/benda,
(O) Orang/organisasi 1. Pasukan itu terdiri
Terhadap (S) Sumber daripada lina orang pemain
Demi yangberpengalaman. (K)
Antara Maksud had masa
Dalam 2. Kecemerlangannya dijana
Tentang Maksud bersama-sama daripada pengalamannya
Menunjukkan arah, tempat yang lalu. (A)
orang yang ditujui.
Menunjukkan tujuan sesuatu 3. Bangunan Maybank lebih
itu dilakukan tinggi daripada bangunan-
bangunan lain. (B)
Menunjukkan waktu / masa
4. Dalila menerima hadiah itu
Merujuk kepada unsure yang daripada abangnya. (O)
melibatkan penyambut yang
tertentu. 5. Maklumat itu diperoleh
Menunjukkan maksud tujuan daripada Jurnal Bahasa
Universiti Malaya. (S)
Digunakan di depan kata
nama yang membawa 1. Zaki menghabiskan masa
maksud banyak. melukis dari pagi hingga
Sendi nama “di” atau “ke”, petang.
“dalam” berfungsi untuk
menunjukkan arah / tempat. 1. Ibu pergi ke pasar
Maksud perkara atau hal dengan adik.
yang dilakukan.
1. Surat jemputan itu
ditujukan kepada
Pengerusi Syarikat FH.
1. Karnival Pengguna itu
diadakan bagi/untuk
mengisi tabung
kewangan sekolah.
1. Masyitah tekun
melakukan kerjanya
sejak pagi tadi.
2. Salimah sempat
menyudahkan kerjanya
sementara menunggu
adiknya balik.
1. Sekumpulan pemuda itu
bersikap kurang ajar
terhadap orang itu.
1. Kita mesti sanggup
berkorban demi Negara
yang kita cintai.
1. Sate dan kebab antara
makanan yang
dihidangkan hari itu.
1. Salmah berada di dalam
bilik bacaan.
2. Danish masuk ke dalam
rumahnya.
1. Cikgu Wan Sabri
memaklumkan tentang
latihan bola sepak yang
akan diadakan setiap
minggu.
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
Oleh Maksud sebab 1. Berita gembira itu
Akan disampaikan oleh
Menunjukkan maksud Pengetua pada
“kepada” atau “terhadap”. perhimpunan pagi.
1. Seri sangat kasih akan
anak angkatnya itu.
KATA ADJEKTIF
➢ Dikenali juga sebagai kata sifat.
➢ Kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat ,binatang dan
sebagainya.
➢ Boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat dan sebagainya sebagai penguat.
➢ Boleh dibahagikan kepada beberapa jenis.
Jenis Contoh Kata Adjektif Contoh Ayat
Pancaindera Masam , manis, tawar , gebu 1. Makanan itu manis rasanya.
Perasaan 2. Suara penyanyi itu sungguh merdu.
Bentuk Busuk , lembut , bising , licin 2.
Ukuran 1. Dia berasa sedih apabila saya pergi.
Tabiat / sifatan Sedih , seronok , benci , malu 2. Kami seronok memancing di situ
Cara Suka , dendam , rindu 2. 1. Kulitnya putih dan mukanya bulat.
2. Tiang rumah itu sangat lurus.
Waktu Bulat , bujur , lurus , buncit
Jarak 1. Kasut ini sudah ketat.
Warna Kempis , bengkok 2. 2. Ruang tamu rumahnya sangat luas.
Keadaan
Kecil , besar , panjang , 1. Alia seorang murid yang rajin.
2. Mat Kilau terkenal dengan sifat
Ketat , luas , tebal 2. beraninya menentang penjajah.
Pandai , rajin , baik , berani , 1. Mak Tom sangat mahir menganyam
tikar.
Uzur , amanah , sihat 2. 2. May Tan fasih berbahasa Melayu.
Fasih , cekap , mahir , cepat, 1. Sudah lama kami tidak bertemu.
2. Hanim selalu datang awal ke sekolah.
Perlahan 2.
1. Kapal itu berada jauh di tengah laut.
Lama , awal , baru , segera , 2. Rumahnya dekat dengan rumah saya.
Lambat 2. 1. Kereta merah itu milik Ah Leng.
2. Asiah memakai baju berwarna kelabu.
Hampir , jauh , dekat 1. Baju yang dipakainya sudah buruk.
2. Pemandangan di kampung itu sungguh
2. indah.
Biru, kuning, hijau, kelabu
1.
Buruk , miskin , sibuk , indah
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
KATA PENGUAT
1. Maksud
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi
untuk menguatkan maksud terkandung dalam kata adjektif.
2. Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat:
KATA PENGUAT CONTOH
Penguat hadapan terlalu, paling, agak
Penguat belakang sekali, benar, nian, betul
Penguat bebas amat, sungguh, sangat
i. Kata penguat hadapan
● Di hadapan kata adjektif
● Contoh: paling, terlalu, agak
● Contoh ayat:
a) Ahmad paling pintar dalam kelas ini.
b) Teknik yang kamu gunakan untuk menyelesaikan rumus Matematik itu terlalu rumit.
ii. Kata penguat belakang
● Di belakang kata adjektif
● Contoh: nian, sekali, betul, benar
● Contoh ayat:
a) Rumahnya jauh sekali.
b) Pemandangan di tepi pantai itu indah nian.
c) Rajin benar Samad membantu ibunya.
iii. Kata penguat bebas
● Di hadapan dan belakang kata adjektif
● Contoh: sangat, sungguh, amat
● Contoh ayat:
a) Kraf tangan itu amat cantik.
Kraf tangan itu cantik amat.
b) Beg pakaian yang dibawa oleh Suria sangat berat.
Beg pakaian yang di bawa oleh Suria berat sangat.
c) Kereta itu sungguh laju.
Kereta itu laju sungguh.
* PERINGATAN:
1. amat, sangat dan sungguh BOLEH wujud sekali dalam satu ayat
Contoh: Ketua kampung itu sungguh baik sekali.
Ketua kampung itu amat baik sekali
Ketua kampong itu sangat baik sekali
2. paling ,terlalu dan agak TIDAK BOLEH wujud sekali dalam satu ayat.
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
KATA HUBUNG:
Perkataan yang digunakan untuk menyambung dua ayat atau lebih untuk menjadi
ayat majmuk.
CONTOH KATA HUBUNG:
dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian, yang, kerana, sekiranya, kalau,
hingga, agar, supaya, meskipun, jika, setelah, sungguhpun, apabila, untuk, semoga.
KATA PENEGAS:
Perkataan yang menegaskan bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas terbahagi
kepada dua jenis.
JENIS CONTOH CONTOH AYAT
Kata penegas yang -kah, -tah, -lah Siapakah yang bekerja
menegaskan frasa predikat. sebagai juruterbang?
Apatah daya kita sebagai
hamba yang lemah.
Itulah rumah encik Robert.
Kata penegas yang juga, jua, pun, sahaja, lagi, Saya juga bercita-cita
menegaskan kedua-dua memang menjadi juruterbang.
bahagian ayat iaitu frasa Penerbangan hanya
nama sebagai subjek atau dilakukan ketika cuaca
frasa predikat. baik.
Orang ramai memang suka
melawat ke pameran lima.
KATA PERINTAH:
1. Perkataan yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap
perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
2. Contoh kata perintah: JANGAN, USAH, SILA, JEMPUT, MINTA, TOLONG
dan HARAP.
3. Contoh ayat perintah:
• Sila masuk ke dalam dewan, tuan-tuan.
• Jangan masuk ke kawasan larangan itu.
KATA HUBUNG:
Perkataan yang digunakan untuk menyambung dua ayat atau lebih untuk menjadi
ayat majmuk.
CONTOH KATA HUBUNG: dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian,
yang, kerana, sekiranya, kalau, hingga, agar, supaya, meskipun, jika, setelah, sungguhpun,
apabila, untuk, semoga.
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
KATA SERU
1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut,
hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi
atau menurun.
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh
aduh untuk menyatakan 1. Aduh, sakitnya tanganku!
perasaan sakit dan kagum
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhai untuk menyatakan Aduhai, malang sungguh nasibku!
perasaan sedih
ah untuk menyatakan tidak 1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
setuju atau menolak
sesuatu 2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wah untuk menyatakan 1. Amboi, mahal betul kereta itu!
perasaan hairan atau
kagum 2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cih untuk menyatakan 1. Cis, berani dia menentangku!
perasaan marah dan benci
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
eh untuk menyatakan 1. Eh, kamu sudah sampai!
perasaan hairan atau
terkejut 2. Eh, tadi dia ads di sini!
hai untuk menegur seseorang 1. Hai, diamlah sikit!
atau menarik perhatian
2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!
5. Contoh lain kata seru dan ayat :
Kata Seru maksud Contoh ayat
wahai Menyatakan Wahai adik ku sayang !
perasaan sayang
atau merayu
amboi Menunjukkan Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !
perasaan kagum
hai Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nah Nah, terimalah habuanmu !
aduh perasaan sakit Aduh, sakitnya tanganku ini !
wah perasaan hairan Wan, cantiknya merak ini !
ceh Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebah marah Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cis marah atau jijik Cis, awak rupanya yang menjadi batu api !
oh terkejut hairan, Oh, itu rupanya rumah kamu !
gembira atau
mengharap Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
eh hairan Eh, bila ia terjadi !
syabas gembira, puas, Syabas, awak berjaya juga akhirnya !
memuji atau ucap tahniah
alahai menghina Alahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamak terkejut Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !
ha hairan Ha, budak itu yang menang !
Ya-Allah terkejut Ya-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allah hairan atau marah Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
Kata Tanya
1. Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu.
2. Ayat untuk menanyakan sesuatu dan diakhiri oleh tanda Tanya (?) dalam tulisan.
3. Contoh kata tanya dan penggunaannya dalam ayat:
a) Apa
- menanyakan benda atau haiwan
-Contoh: Apakah pekerjaan ayah awak?
Apakah yang ada di dalam kotak itu?
b) Siapa
- menanyakan orang atau nama orang
- Contoh: Siapakah nama adik kamu?
Siapakah yang menelefon Encik Rosli tadi?
c) Mangapa
- menanyakan sebab
- Contoh: Mengapakah kamu menangis?
Mengapakah Julia tidak keluar makan?
d) Berapa
- menanyakah bilangan jumlah atau harga
- Contoh: Berapakah harga baju itu?
Berapakah jumlah biji ping pong di dalam kotak itu?
e) Bila
- menanyakan masa dan waktu
- Contoh: Bilakah kamu akan bertolak ke Melaka?
Bilakah dia akan sampai?
f) Di mana
- menanyakan tempat
- Contoh: Di manakah letaknya Kedai Runcit Pak Amid?
Di manakah kemalangan itu berlaku?
g) Bagaimana
- menanyakan sebab
- Contoh: Bagaimanakah keadaan ibu kamu?
Bagaimanakah caranya membuat kek lapis?
4. Ayat Tanya tanpa kata Tanya
a) Latihan sukan petang ini dibatalkan, Man?
b) Ayah kamu masih di luar Negara?
C) Hadiah pertama cabutan bertuah itu sebuah computer?
5. Ayat Tanya dengan kata Tanya
a) i. Bungkusan yang kamu terima itu apa?
ii. Apakah bungkusan yang kamu terima itu?
b) i. Yang meminta kamu dating pada hari Sabtu ini siapa?
ii. Siapakah yang meminta kamu dating pada hari Sabtu?
c) i. Rita dihantar guru ke klinik mengapa?
ii. Mengapakah Rita dihantar guru ke klinik?
6. Jika kata Tanya dikedepankan maka kata tanya itu disertai oleh partikel “-kah”
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
KATA PEMERI:
Perkataan yang memerikan hal, keadaan, cara dan lain-lain. Kata pemeri terbahagi kepada dua
iaitu ialah dan adalah.
PERKATAAN PENGGUNAAN CONTOH AYAT
Ialah Secara persamaan di hadapan Perkara yang dibincangkan
frasa nama ialah kepentingan teknologi
maklumat dalam pendidikan.
Adalah Secara huraian di hadapan Wang tabung itu adalah
frasa adjektif dan frasa sendi untuk program motivasi
nama. pelajar.
Kata-kata yang diucapkannya
adalah benar.
KATA NAFI:
Perkataan yang menafikan sesuatu. Kata nafi terbahagi kepada dua jenis.
KATA NAFI KEGUNAAN CONTOH AYAT
Bukan Unsur nafi bagi frasa nama Projek itu bukan usaha Datuk
dan frasa sendi nama. Kamal.
Bas ekspres yang baru tiba itu
bukan dari Kuala Lumpur.
Unsur nafi bagi frasa kerja dan Kamarudin bukan sombong
frasa adjektif jika membawa tetapi pendiam.
maksud bertentangan dengan Dia bukan hendak berbelanja
maklumat. tetapi hendak melihat-lihat
sahaja.
Tidak Unsur naïf bagi frasa kerja dan Bapa tidak pergi ke pecan
frasa adjektif pagi ini.
Perjalanan ke tempat itu tidak
jauh dari sini.
KATA GANDA
• Penggandaan ialah cara membina perkataan dengan mengulang seluruh atau separuh
daripada satu kata dasar.
• Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan
dengan menggandakan atau mengulang kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang
secara seluruh atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa
imbuhan.
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
Penggandaan Sepenuh
Seluruh kata dasar diulang
Penggandaan Separah
Mengulang sebahagian daripada kata dasar
Penggandaan Berimbuhan
Setengah-setengah perkataan berimbuhan mengalami penggandaan separa dengan mengulang
bahagian perkataan yang merupakan kata dasarnya FRFB
Penggandaan Berentak
Membina perkataan dengan mengulang kata dasar berdasarkan rentak atau irama kata
dasar.
KATA TERBITAN:
• Perkataan yang terbentuk daripada proses pengimbuhan iaitu menggandingkan
imbuhan dengan kata dasar.
• Kata dasar ialah kata yang belum menerima imbuhan.
• Terdapat 4 jenis imbuhan bagi membentuk kata terbitan iaitu:
i. Awalan, yang hadir sebelum kata dasar
ii. Akhiran, yang hadir sesudah kata dasar
iii. Apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar
iv. Sisipan, yang hadir di celah kata dasar
Jenis imbuhan Contoh imbuhan Contoh kata terbitan
Awalan peN-
Pendatang, pembuka,
Akhiran Pe-
Apitan peR- penggail, pengelap
Ke-
Se- Pelari, penyapu
beR-
teR- Perasap
meN-
Ketua
di-
-an Secantik
-kan
-i Berjalan
Pe-…-an
peN-…-an Terbesar
Melawan, membawa,
mendaki, menggali,
mengecat, menyapu
Disusun
Pakaian, mainan
Gunakan, besarkan
Hadiri, duduki
Perasaan
Pembinaan, pendapatan,
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
penggunaan
peR-…-an Permainan
Ke-…-an
Kelebihan, kedudukan,
Ber-…-an
meN-…-an kearaban,
di-…-kan Bermaafan, berjauhan
di-…-i
-el- Memainkan, mendermakan,
-er- membaharukan,
-em-
-in- menggunakan,
mengecamkan
Dibiarkan, digunakan
Dimulai, didekati
Sisipan Telunjuk, selerak,
gelembung
Serabut, seruling, gerigi
Gemilang, semerbak
Sinambung
IMBUHAN PINJAMAN: imbuhan yang berasal daripada bahasa asing iaitu bahasa Latin,
Yunani dan Sanskrit.
Jenis imbuhan Bahasa asing Contoh Contoh perkataan
imbuhan
Awalan Sanskrit Maha- Maharani, mahasiswa,
Tata- maharaja, tatatertib,
Pra- tatasusila, tatabahasa,
Pro- prakata, prasangka,
prasekolah,
prokerajaan, pro-Barat
Awalan Yunani Anti- Antipenjajah,antibiotik,
Latin Poli- poliklinik, automatik,
Inggeris Auto- autograf, kilogram,
Kilo- kilometer, milligram,
Mili- milliliter, telegram,
Tele- telefon, televisyen
Foto-
Akhiran Sanskrit -wan Hartawan,
-man sukarelawan,
-wati angkasawan, seniman,
-nita budiman, seniwati,
angkasawati, biduanita,
karyanita
Yunani -isme Nasionalisme,
-ik
Inggeris -si sosialisme, saintifik,
Latin -al
-is logistik,linguistik,
sensasi, potensi,
revolusi, klasifikasi,
praktikal, kritikal,
praktis, kritis,
sistematis
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
AYAT TUNGGAL:
1. Ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
2. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan, dan predikat ialah bahagian ayat yang
menerangkan subjek.
Subjek Predikat
Fauzi Jurutera
Orang tua itu kuat berjalan
Pasukan kadet remaja sekolah kita berlatih berkawat
PENANDA WACANA:
Kata yang menghubungkan idea dengan idea yang lain dalam teks.
Contoh : oleh itu, kemudian, selepas itu, oleh sebab itu.
PERIBAHASA:
Ayat atau kelompok perkataan yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi
maksud yang tertentu.
Peribahasa terdiri daripada
i. Simpulan Bahasa,
ii. Perumpamaan,
iii. Bidalan,
iv. Pepatah
v. Seumpamanya.
i. SIMPULAN BAHASA:
-Ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang
berlainan daripada erti perkataan yang membentuknya.
- Contoh: Ada Hati bermaksud ada keinginan yang melebihi kesanggupan, bukannya
membawa erti “hati” yang dimiliki setiap orang.
SIMPULAN BAHASA MAKSUD
Besar hati Bangga
Bulat hati Azam serius
Buah tangan Hadiah untuk orang yang dilawati
Ringan mulut Suka bercakap
Tajam akal Pintar/cerdas
Ambil berat Memberi perhatian serius
Putus asa Tiada harapan lagi
Berpeluk tubuh Malas
Hancur hati Sangat sedih
Tali barut Orang yang membantu perbuatan jahat
Mencari akal Mencari idea
Ambil langkah Memulakan tindakan
Asam garam Bahan-bahan masakan/pengalam hidup
Buah fikiran Pendapat/idea
Ada hati Ingin tetapi tidak berdaya
Dalam tangan Sudah tentu dapat
Buah mulut Perkara yang menjadi percakapan orang ramai
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
ii. PERUMPAMAAN:
✇ Sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Pada
umumnya, perumpamaan mengandungi pengajaran.
✇ Contoh:
PERUMPAMAAN MAKSUD
Bagai cincin dengan permata Sangat padan: orang yang baik pekerti
Bagai layang-layang putus tali Bergantung kepada nasib semata-mata
Bagaimana acuan begitulah kuihnya/bagai mana Anak menurut baka ibu bapanya:
contoh begitulah gubahannya sesuatu itu menurut asalnya
Bagai minyak dengan air Kebaikan dan kejahatan tidak boleh
dicampurkan
Bagai murai dicabut ekor Becok
Bagai pucuk dilancarkan Tangkas
Seperti lipas kudung Cepat dan cekap
Bagai anjing buruk kepala Orang yang sangat dibenci oleh
masyarakat
iii. BIDALAN:
Merupakan sebahagian daripada peribahasa yang menekankan bandingan dan teladan.
Lazimnya, bidalan mengandungi unsur pengajaran.
BIDALAN MAKSUD
Baik berjagung-jagung sementara Sementara menunggu yang lebih baik, buat kegiatan yang
padi belum masak berfaedah
Alah bisa tegal biasa Oleh kerana sudah biasa, yang susah pun tidak terasa lagi
Indah khabar daripada rupa Ceritanya lebih hebat daripada yang sebenar
Sudah terhantuk baru tergadah Sudah susah, baru beringat
Jauhari juga yang mengenal Orang yang berilmu sahaja yang kenal orang yang lain
manikam yang berilmu
Ukur baju di badan sendiri Menilai kemampuan diri
Biar putih tulang, jangan putih Lebih baik mati daripada tidak dapat apa yang diidamkan
mata
Kalau kail panjang sejengkal, Kalau tidak cukup syarat, jagan dibuat apa yang tidak
lautan dalam jangan diduga terdaya
Kecil jangan disangka anak, besar Ilmu bukan hanya dimiliki oleh orang tua
jangan disangka bapa
Nasi sudah menjadi bubur Sudah terlanjur
Kalau tidak dipecahkan ruyung Cita-cita tanpa usaha tidak akan tercapai.
manakan dapat sagunya
Manis jangan terus ditelan, pahit Yang nampak baik itu jangan cepat diterima dan yang
jangan terus dibuang nampaknya buruk itu jangan cepat ditolak.
iv. PEPATAH:
Peribahasa yang mengandungi susunan kata yang indah. Pepatah juga mengandungi
nasihat atau pengajaran daripada orang tua-tua.
PEPATAH MAKSUD
Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi Semakin mempunyai kelebihan semakin
lalang. merendah diri, bukan semakin sombong
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat. Pendiam, tetapi banyak ilmu dan baik/
Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati Selepas mati, yang dikenang orang ialah
meninggalkan gading, manusia mati meninggalkan nama baik ataupun buruk
nama.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau mahu, macam-macam usaha;
kalau tidak mahu, macam-macam
alasan.
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
v. KATA-KATA HIKMAT:
Kata-kata orang bijak pandai yang mengandungi falsafah, pemikiran dan pengajaran.
Bersatu teguh, bercerai roboh Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi
mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk
membangunkan negara
Berkatalah benar walaupun pahit Berterus teranng demi kebenaran walaupun mungkin
menyakiti hati semua pihak
Kebudayaan sendi perpaduan Kebudayaan menjadi sandaran bagi menyatukan sesuatu
bangsa
Hidup ini satu perlumbaan Dalam kehidupan seharian, kita terpaksa menghadapi
pelbagai cabaran dan berlumba-lumba untuk mencapai
sesuatu tujuan
Tangan yang menghayun buaian Walaupun wanita bersifat lembut dan keibuan tetapi
mampu menggoncangkan dunia mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk
membangunkan negara
Muafakat membawa berkat Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama
akan menghasilkan hasilan yang baik
Bersekutu bertambah mutu Bekerjasama antara satu dengan lain semasa melakukan
sesuatu pekerjaan akan menghasilkan kejayaan yang
cemerlang
Bertangguh itu pencuri masa Melakukan kerja dengan bertangguh akan merugikan diri
sendiri
Otak yang cerdas ada pada badan Dengan kesihatan yang baik seseorang itu mampu
yang sihat mengemukakan fikiran yang bernas
Membaca itu jambatan ilmu Ilmu pengtahuan dapat ditingkatkan melalui membaca
Masa itu emas Masa itu sangat berharga
Kata dikota Janji mesti ditunaikan
Kata-kata lebih tajam daripada Kata-kata yang menyinggung hati
mata pedang
HUKUM D-M
1. Hukum D-M bermaksud hukum tentang cara kata-kata disusun/diatur supaya dapat
membentuk frasa nama yang lengkap dan sempurna.
2. ‘D’ bermaksud unsur subjek ayat/perkara yang diterangkan.
3. ‘M’ pula bermaksud unsur yang menerangkan subjek.
4. Dalam penulisan, gaya bahasa Melayu baku mengutamakan subjek/perkara, diikuti oleh
penerangan tentang subjek/perkara berkenaan.
5. Hal ini berbeza daripada gaya bahasa Inggeris yang predikatnya didahulukan, diikuti
oleh subjeknya.
6. Perhatikan pembentukan frasa nama di bawah ini.
Frasa nama (salah) Frasa nama (betul)
rebus jagung jagung rebus
mini panggung wayang panggung wayang mini
Federal Hotel Hotel Federal
belacan sambal sambal belacan
goreng pisang pisang goreng
Kim Rumah Tumpangan Rumah Tumpangan Kim
Malaya Universiti Universiti Malaya
Negara Zoo Zoo Negara
jeruk mangga mangga jeruk
Alias Restoran Restoran Alias
ekpress kereta api kereta api ekspes
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020
KEKECUALIAN HUKUM D-M
1. Ada frasa nama yang berkecuali daripada mengikuti Hukum D-M disebabkan oleh
kebiasaan dalam penggunaan.
2. Kebanyakan frasa nama itu berkaitan dengan nama-nama jawatan seperti contoh-contoh
yang berikut.
Menerangkan (M) Diterangkan (D)
Perdana Menteri
Ketua Menteri
Naib Presiden
pembantu
ibu penyelidik
pejabat
FRASA NAMA YANG BEBAS SUSUNANNYA
1. Sesetengah frasa nama seolah-olah salah kerana tidak mengikut Hukum D-M.
· lembu susu atau susu lembu
· ayam telur atau telur ayam
· lembu daging atau daging lembu
2. Lihat contoh-contoh di bawah ini.
3. Sebenarnya, semua bentuk frasa nama di atas adalah betul.
4. Frasa nama itu ialah frasa nama yang bebas susunannya.
· lembu susu = lembu yang diternak untuk menghasilkan susu
· susu lembu = susu yang dihasilkan oleh lembu
· lembu daging = lembu yang diternak untuk dagingnya
· daging lembu = isi pada badan lembu
· ayam telur = ayam yang diternak untuk menghasilkan telur
· telur ayam = telur yang dihasilkan oleh ayam
5. Hal ini demikian kerana frasa nam itu berkaitan dengan makna yang khusus seperti yang
berikut.
Disediakan oleh : Cikgu Khairunazira 2020