PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIAUSULTANPABAHASMESYUARATAGUNGTAHUNANKALI KE-44Perasmian Mesyuarat Agungoleh:YAB DATO’ SERI DR. AHMADZAHIDBINHAMIDITimbalan Perdana Menteri MalaysiaDewan Tun HusseinOnn, WTC,KL
2 INDEKS MukaSuratUsul Diterima Tanpa Bahas Perlis 3Kedah 4- 6Perak 7- 9Wilayah Persekutuan 10- 12Selangor 13- 15Negeri Sembilan 16Melaka 17Johor 18- 20Pahang 21- 22Kelantan 23- 25
3 PKMM PERLIS 1. Bahawasanya PKMM Negeri Perlis memohon CIDB membekukan pendaftaranG1- G7 dengan segera, kerana terlalu banyak kontraktor daripada kerja. 2. Bahawasanya PKMM Negeri Perlis memohon CIDB mempermudahkanpembaharuan pendaftaran lesen kontraktor.
4 PKMM KEDAH 1. Yuran Tahunan Keahlian Perlu Diseragam dan Dikaji Semula (Dijadikan Pindaan Perlembagaan) Ahli Jawatankuasa PKMM Negeri Kedah ingin mencadangkan supaya usul berkaitanyuran tahunan keahlian PKMM dibincangkan semula walaupun telah dibahaskanpadaMesyuarat Agung Tahunan Tahun 2022 yang lalu. Kami berpandangan usul ini amat penting kepada semua ahli dan perlu diperjuangkanselagi tidak mendapat perhatian dan tindakan dari PKMM Pusat. Mengikut Perlembagaan Fasal 8 (Yuran) 8.2.2 Yuran Tahunan Syarikat Sdn Bhdadalahsebanyak RM150.00 sementara Fasal 8.2.1 Syarikat Enterprise Yuran Tahunannyaadalah sebanyak RM50.00 sahaja. Adalah lebih adil dan rasional sekiranya kadar bayaran Yuran Tahunan ini diseragamkankepada semua ahli kerana setiap syarikat yang menjadi ahli Persatuan Kontraktor MelayuMalaysia mendapat perkhidmatan dan layanan sama rata sebagai ahli, tidak adayanglebih atau kurang. Sehubungan dengan itu, PKMM Negeri Kedah mencadangkan kadar bayaranYuranKeahlian ini diseragamkan supaya lebih ramai pemilik syarikat berminat untuk menjadi ahli persatuan dan Fasal 8 (Yuran) Perlembagaan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysiaperlu dipinda dan disesuaikan dengan keadaan semasa.
5 2. Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (Variation of Price - VOP) DalamKontrak Kerja Kepada Semua Gred Kontraktor Dari Gred G1 Hingga GredG7danMelibatkan Semua Jenis Bahan Binaan Pekeliling Perbendaharaan (PP) Perolehan Kerajaan (PK) 2.4 yang berkuatkuasamulai 1Januari 2021 hingga 30 Jun 2022 dikeluarkan berikutan kenaikan harga bahan binaandi pasaran berikutan kesan pandemik Covid-19 di seluruh dunia. Pekeliling tersebut berkuatkuasa bagi semua sebutharga dan kontrak kerja konvensional kerajaan meliputi kerja bangunan, kejuruteraan awam, kerja mekanikal dan elektrikdalamtempoh ditetapkan, bernilai RM500,000.00 ke atas. VOP adalah indeks bagi mengukur kadar purata harga 15 bahan binaan terpilihseperti besi, batu bata, batu baur, kaca, bahan siling, bahan bumbung, papan lapis, jubin, paip, pasir, cat, cerucuk dan lain-lain. VOP dapat dibuat pada setiap interim sama ada pertambahan atau penguranganbergantung kepada indeks kadar harga semasa. VOP dilihat sebagai mekanismamudahyang dapat menyelamatkan kedua-dua pihak (kerajaan dan kontraktor) daripadamenanggung kerugian. Pelaksanaan VOP ini hendaklah merangkumi semua gred kontraktor dari Gred G1hinggaGred G7 kerana kenaikan harga bahan binaan yang mendadak sekarang ini turut memberi kesan kepada semua kontraktor terutama kontraktor kecil. Sehubungan dengan itu, PKMM Negeri Kedah mencadangkan kepada pihak kerajaansupaya meneruskan pelaksanaan VOP ini sepanjang masa walaupun kesan pandemikCovid-19 sudah berubah arah serta meluaskan skop VOP bukan hanya untuk 15itemterpilih sahaja tetapi juga untuk semua item binaan yang terlibat yang turut mengalami kenaikan harga sepanjang masa. 3. Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Perlu MendesakPihakKerajaan Supaya Membekukan Sepenuhnya Pendaftaran Kontraktor BaruDari Gred1 Hingga Gred 7 Mengikut data atau rekod pendaftaran CIDB setakat 1 Jun 2023 jumlah pendaftarankontraktor binaan untuk semua gred dari Gred G1 hingga G7 sentiasa bertambahdari masa ke semasa seperti dalam jadual di bawah:-
6 NO. GRED KEDAH MALAYSIA 1. G1 8,948 113,566 2. G2 2,184 45,269 3. G3 1,248 38,927 4. G4 344 10,069 5. G5 372 13,863 6. G6 120 3,679 7. G7 426 15,025 Jumlah pendaftaran kontraktor yang semakin meningkat ini sudah mencapai tahaplambakan yang tidak lagi sepadan dengan jumlah projek yang ada setiap tahun terutamadari projek kerajaan. Lambakan kontraktor pada setiap gred pendaftaran juga menyebabkan ramai kontraktor yang tidak berpeluang untuk mendapat sebarang projek kerana bilangan projekyangditawarkan tidak seiring dengan bilangan kontraktor yang ada. Jika keadaanini tidakdikawal atau ditamatkan, pendaftaran kontraktor baru industri pembinaan negaraakanmengalami lambakan kontraktor pada masa hadapan dan sudah tentu akan menimbulkanpelbagai permasalahan dan persaingan tidak sihat di kalangan kontraktor bagi mendapatkan projek. Sehubungan dengan itu, PKMM Negeri Kedah perlu melihat perkara ini secara seriusdanmemohon kepada pihak kerajaan untuk membekukan sepenuhnya permohonanbarulesen kontraktor terutama dari Gred G1 hingga G7 supaya tidak terjadi lambakandi masahadapan.
7 PKMM PERAK Di atas sebab-sebab dan perkara yang terdesak maka dengan ini pihak PersatuanKontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Perak mengambil ketetapanbagi penambahbaikan dan pemerkasaan pengurusan kontrak di dalamindustri ini, makadengan ini pihak PKMM Negeri Perak mencadangkan agar:- 1. Jumlah baki akaun bank bulanan sebanyak 3% dari jumlah harga tender kontrakdi dalam akaun kontraktor harus dikekalkan dan digunapakai dan cadanganuntukdinaikkan kepada 5% adalah tidak wajar untuk dilaksanakan dan hendaklahdiselaraskan untuk semua kerja-kerja kontrak kerajaan, tidak mengiraKementerian atau Jabatan. Ini adalah bagi membuka ruang serta peluangkepadasemua kontraktor untuk terus berpatisifikasi di dalam perolehan tender. 2. Permohonan baru untuk semua lesen, semua kelas dari G1 - G7 hendaklahdibekukan dengan segera bagi mengelakkan berlakunya lambakan lesenyangtelah pun berlaku ketika ini, kerana jumlah pendaftaran lesen baru yangtidakselari dengan jumlah kerja yang dikeluarkan akan mendatangkan masalahketidakaktifan lesen-lesen tersebut. Lambakan lesen baharu ketika ini yang dikeluarkanoleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) menyempitkanlagi periuk nasi pemain industri pembinaan. Mana tidaknya, berdasarkan statistikbulanlepas, jumlah keseluruhan kontraktor kelas G1 hingga G7 bertambah lebihsekali ganda apabila mencatatkan sebanyak 136,000 lesen baru berbanding60,000lesen sedia ada. Ini menunjukkan pertambahan melebihi 100%. 3. Oleh yang demikian, kami amat berharap agar pembekuan lesen tersebut dapat dijalankan dengan kadar segera. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkanselepas pembekuan lesen-lesen baru, semua lesen yang sedia ada dikekalkandi dalam kelas mereka seperti yang sedia ada dan tiada paksaan oleh pihakCIDBkepada semua kontraktor untuk naik ke Gred yang lebih tinggi, terutamanyadaripada G1 kepada G2 mahupun G3 dan seterusnya. Maka kekallah kontraktor tersebut di dalam Gred mereka sehingga mereka sendiri yang ingin menukarnya. Kami juga mencadangkan supaya diperbanyakkan lagi kerja-kerja undi untukkontraktor G1 dan G2. Bagi kerja-kerja tender dan sebut harga yang dijalankansecara ‘cut off’ dan bagi kontraktor-kontraktor yang masuk di dalam‘cut off’ pemilihan kerja hendaklah ditawar kepada mereka secara undian serta menjemput wakil dari PKMM sebagai pemerhati.
8 4. Proses pengambilan tanah atau perkara-perkara berkaitan yang mengganggudi dalam pelaksanaan kerja sama ada yang melibatkan PBT, Pejabat Tanahmestilahdiselesaikan terlebih dahulu oleh pihak yang berkaitan dan lain-lainagensi sebelum pelantikan kontraktor dibuat. Ini bagi mengelakkan masalah kerjatidakdapat dijalankan setelah projek diaward dan menyebabkan kelewatankeatasperjalanan dan pelaksanaan sesebuah projek yang menyebabkan projek ini bolehberada di situasi projek sakit pada permulaan kontrak lagi. Ini akanmenggambarkan prestasi yang buruk kepada pihak kontraktor. Jika masalahberkaitan masih belum selesai dan kontrak terpaksa juga diberikan, kontrakperluada pertambahan masa dan kos kerja-kerja awalan dan pentadbiran kontrak. Pihak PKMM Negeri Perak juga mencadangkan agar kontraktor yang mempunyai kelayakan dan mempunyai lesen CIDB tidak perlu lagi mendaftar di mana-manajabatan kerana jabatan-jabatan tersebut menghadkan pendaftaran merekapadasatu-satu masa. Jika kontraktor tidak mendaftar pada masa tersebut, makasepanjang tahun kontraktor tersebut tidak mempunyai peluanguntukmendapatkan kerja. Kontraktor hanya menunjukkan lesen mereka ataupihakberkenaan boleh ‘access’ laman web CIDB untuk mengesahkan kelayakankontraktor tersebut. PKMM Perak juga mencadangkan agar memanjangkanmasauntuk pendaftaran dan hendaklah selaras dan bersesuaian dengan bilangankontraktor. 5. Kerja-kerja yang berkaitan utilitis hendaklah dimasukkan di dalamhargakontrakataupun diselesaikan oleh agensi yang berkenaan sebelum tender dikeluarkan. 6. Permohonan pendaftaran dengan Jabatan Kerja Raya bagi mendapatkanSijil Kontraktor Penyiap, di mana pendaftarannya dibuka hanya sekali setiap tahundandengan ini pihak PKMM Negeri Perak mencadangkan agar dibuat ataudibukasebanyak 3 kali dalam setahun bagi memberikan lebih ruang dan peluangkepadakontraktor untuk mendaftar sebagai KONTRAKTOR PENYIAP. 7. PKMM Perak juga mencadangkan agar pihak CIDB mengkaji semulakadar bayaran yang dikenakan kepada kontraktor contohnya seperti bayaran kebenarankhas dan lain-lain. 8. Tambahan Peratusan tidak dikira mengikut jarak ke tapak kerja seperti diperakui dalam Jadual Kadar Kerja. Adalah didapati kontraktor G1 yang memperolehi kerjasecara UNDI, tidak diberi tambahan peratusan seperti yang telah diluluskandalam
9 Jadual Kadar Harga, seperti mengikut jarak tapak kerja dari pejabat pemberi Undian Kerja dan tambahan halangan kerja yang lain. 9. PKMM Perak juga mencadangkan mana-mana Kontraktor G1 yang dikenakandenda lewat / L.A.D. hendaklah dikira mengikut formula yang diluluskan, yangdigunapakai oleh JKR. Malangnya ada agensi kerajaan yang membuat kiraandenda lewat / L.A.D mengikut formula jabatan masing-masing sehinggakanmengenakan nilai yang tak munasabah. Denda lewat yang dikenakan haruslahbersesuaian mengikut kiraan denda lewat tersebut dan hendaklah turut dinyatakandi dalam sebut harga. 10. PKMM Perak juga mencadangkan pihak kerajaan meluluskan nilai kerja undi untukkontraktor G1 sehingga RM200 ribu dan pemberian terus bernilai sehinggaRM100ribu.
10 PKMM WILAYAH PERSEKUTUAN1. Mendesak Pengurusan CIDB Untuk Melantik Semula PresidenPKMMSebagai Ahli Lembaga Pengarah CIDB Adalah diketahui bahawa pada 1/6/2011, Presiden PKMM pada masa itu Dato’ Mokhtar Samad telah dipilih untuk menjawat jawatan sebagai Ahli Lembaga PengarahCIDBsehingga 31/7/2019. Malangnya pada tarikh 1/8/2019 sehingga sekarang, penglibatanPresiden PKMM dalam Ahli Lembaga Pengarah CIDB telah diketepikan. Bagi kami Ahli PKMM, merasakan pelantikan semula Presiden PKMMdalamAhli Lembaga Pengarah CIDB perlu dilakukan semula. Ini bertujuan supaya kami dapat menyalurkan apa-apa masalah dan cadangan untuk kebaikan bersama agar dapat diketengahkan dengan lebih teratur, mudah dan berkesan. Menyedari akan pentingnya penglibatan PKMM yang mempunyai bilangan ahli melebihi 15,000 orang dalam mencaturkan setiap langkah dan arahan dari CIDB ke atas kontraktor terutamanya kontraktor Melayu, maka kami dengan ini memohon mencadangsupayaPresiden PKMM pada masa ini iaitu Dato’ Seri Haji Mohamed Fadzill Hassandilantikmenganggotai Ahli Lembaga Pengarah CIDB dengan seberapa segera. 1. Menyokong Membangun Malaysia Madani Pada bulan Februari 2023 Kerajaan Perpaduan telah melancarkan konsep MembangunMalaysia Madani. Intipati Malaysia Madani ini adalah menuntut semua rakyat Malaysia mengamalkannilai dan etika berasaskan prinsip keadilan dan kebajikan berpaksikan Rukun Negarasertatidak terkeluar daripada tatacara Perlembagaan Negara. Malaysia Madani mewakili 6 rukun iaitu:- M keMampanan A kesejAhteraan D Daya cipta A hormAt N keyakiNan I Ihsan
11 Semua rakyat Malaysia juga disarankan dengan semangat dan iltizamuntuk mengangkat martabat negara ke kedudukan yang lebih tinggi. Menjalankan urus tadbir negaradenganlebih baik dan adil dari segi keputusan yang dibuat dan dengan perlakuan sopandalammendepani permasalahan rakyat. Masyarakat Madani pula mestilah ada keprihatinan, ada ihsan dan ada rahmahdalammenjalankan kehidupan mereka sehari harian. Kerajaan juga melalui Malaysia Madani ini bertekad untuk membangunkannegaradengan penstrukturan semula ekonomi negara, merangkumi semua kaumdenganikhtiar bagi menyelamatkan Malaysia dan rakyat daripada belenggu kemiskinan. Atas dasar dan saranan yang baik serta bernas, kami dari PKMM Wilayah Persekutuandengan ini memohon mencadang supaya usul menyokong Membangun MalaysiaMadani disokong tanpa bahas. 2. Menamatkan Proses Penganugerahan Projek Secara Sistem‘Cut Off’ Sebagaimana yang diketahui, sistem untuk menentukan pemenang tender bagi kebanyakan Jabatan Kerajaan, contohnya JKR adalah melalui sistemyang dinamakansistem ‘cut off’. Ia pada mulanya memilih syarikat yang harga tendernya palinghampir dengan bajet yang ditetapkan oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, bajet ini terpaksadiubah kepada yang lebih rendah apabila banyak syarikat kontraktor meletakkanhargayang jauh lebih rendah dari bajet. Adakalanya atas dasar untuk lebih adil, pengiraan ‘cut off’ secara hitung panjangpunadadilakukan oleh pihak pengeluar tender, yang mana sudah tentu harga bajet selepastender dibuka menjadi rendah daripada bajet kerajaan yang asal. Ini boleh menyebabkansesiapa yang memenangi tender tersebut adalah dengan harga yang rendah danakanmenanggung kerugian serta projek terbengkalai. Selepas agak lama diperkenalkan, telah wujud pula puak kartel yang memanipulasi hargatender dengan meletakkan sehingga beratus syarikat yang dikontrol oleh seorang‘Bos’ untuk memasuki satu-satu tender.
12 Dengan ratusan syarikat di bawah penyeliaan satu ‘Bos’ maka mereka menyusunhargadengan rapat sehingga sesiapa sahaja di antara ratusan tender mereka tadi yangmemenangi tender tersebut adalah syarikat di bawah kartel tersebut. Jadi adalahsangat susah untuk pihak yang tidak bersama kartel tadi untuk memenangi tender kerjayangdisertainya. Perkara ini telah berleluasa berlaku, tetapi tidak dapat dipatahkan kerana dari sudut undang-undang mungkin pakatan begini adalah sah. Menyedari tentang kepincangan sistem ‘cut off’ yang boleh dimanipulasi ini, PKMMWilayah Persekutuan dengan ini mengusul sistem ‘cut off’ ini dimansuhkan dandiganti dengan sistem penganugerahan tender lain yang lebih adil, telus dan saksama. Sekian, PKMM Wilayah Persekutuan mohon mencadang.
13 PKMM NEGERI SELANGOR 1. Memohon Kerajaan Mengkaji Semula Pemberian Kerja-Kerja LantikanTerusatau Sebutharga G1 Seperti sedia maklum apa yang berlaku hari ini, dan suasana hari ini kenaikanhargabahan binaan dan kenaikan gaji pekerja mahir tidak ketentuan. Kesan dari itu kontraktor- kontraktor golongan rendah mahupun menengah agak kemelesetan dari segi pembinaan, projek nilaian yang rendah tidak lagi munasabah diberikan kepada kontraktor GredG1. Kebanyakan kerja-kerja di bawah RM20 ribu tidak lagi relevan zaman ini, kesandari kenaikan bahan binaan yang tidak menentu, malah nilaian RM20 ribubolehmengakibatkan kebanyakan kontraktor menanggung kerugian dengan kenaikanbahanbinaan dan pengurusan termasuk cukai-cukai yang perlu dijelaskan. Kami kontraktor tidak lagi meraih keuntungan, kekadang untuk melepasi gaji pekerjapuntidak mencukupi. Maka dengan itu PKMM Selangor memohon dan menyeru kepada kerajaan pusat dannegeri agar kerja-kerja di bawah nilaian RM20 ribu dinaikkan kepada RM50 ribu. 2. Mendesak Kerajaan Menaikkan Pembaikan Rumah dan PembinaanRumahBaru Untuk Golongan Yang Tidak Berkemampuan Seperti yang kita ketahui dan alami, pembaikan rumah perseorangan golongankurangkemampuan nilaian RM13 ribu, pembinaan rumah baru PPRT dengan nilaian RM59ribu, kerajaan perlu memperhalusi, dengan nilaian ini adakah kontraktor sediaadaberkemampuan untuk melaksanakan kerja-kerja ini dengan nilaian yang rendahdanmenepati kehendak kerajaan mahupun individu-individu yang menerima. Apayangdialami oleh kontraktor yang telah dilantik, kenaikan harga bahan binaan dankualiti sesebuah rumah tidak menepati kehendak. Justeru itu, PKMM Negeri Selangor mendesak kerajaan agar pembaikan rumahnilaianRM13 ribu kepada RM20 ribu dan pembinaan rumah baru RM59 ribu kepada RM90ribu.
14 3. Memohon CIDB Mewujudkan Unit Khas Khusus Bumiputera CIDB adalah satu agensi yang memainkan peranan dalam industri pembinaan, di manahampir keseluruhan pendaftaran industri pembinaan berdaftar dengan CIDBdanberbilang kaum. Selaku agensi perlu mewujudkan kelebihan dan keutamaanuntukmembantu bumiputera. Walaupun PKK turut bersama dalam pendaftaran kontraktor tetapi peranan dan kuasa agak terhad. Maka dengan itu, PKMM Negeri Selangor memohon CIDB mewujudkan unit khas khususbumiputera yang disarankan kerajaan, dengan keutamaan diberikan kepada bumiputera. 4. Syarat-Syarat Menyertai Tender dan Sebutharga Perlu DilonggarkanSyarat-syarat utama menyertai tender dan sebutharga perlu menyertakan penyatabank. Pada masa kini dan zaman hari ini, dengan kelebihan teknologi yang sedia ada, PKMMNegeri Selangor memohon syarat utama ini tidak perlu digunapakai dan tidakperludiambilkira. Masa kini, hari ini, banyak penyalahgunaan dokumen-dokumen dandata- data peribadi, khusus akaun peribadi dan syarikat. Setiap kementerian mahupunjabatanataupun agensi ada cara penyelesaian tersendiri untuk menentukan kemampuansesebuah syarikat yang dilantik, dari segi kewangan. Dengan itu PKMM Negeri Selangor menyarankan agar penyata akaun bank syarikat bukan satu keperluan dalam menyertai tender sebutharga. 5. Memohon Kerajaan Mengekalkan Kerja-Kerja Undi Sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja undi dijalankan di setiap peringkat daerahmahupun jabatan dan kementerian, tidak ada lagi ketirisan dalam pelaksanaan. Cumayang berlaku, ketidaktelitian pegawai mahupun pengelola sesebuah jabatan yangtidakprihatin, mengakibatkan ada dokumen palsu dari tarikh tamat lesen dan tajuk kerja. Sistem undian ini dapat mengelakkan kartel-kartel yang hanya memonopoli sesebuahprojek. PKMM Negeri Selangor memohon setiap pendaftaran untuk menyertai kerja-kerjaundi harus prihatin dan semakan pegawai, teliti dalam penyertaan kerja-kerja undiansertamemohon nilai jumlah kerja-kerja lingkungan RM50 ribu sehingga RM200 ribuseperti
15 yang telah dilaksanakan semasa suasana pandemik yang dikeluarkan pekelilingolehKementerian Kewangan Malaysia. Harap perkara ini dapat dikekalkan. 6. Memohon Kerajaan Mengkaji Semula Pemberian Kerja-Kerja LantikanTerusatau Sebutharga G1 Seperti sedia maklum apa yang berlaku hari ini dan suasana hari ini kenaikanhargabahan binaan dan kenaikan gaji pekerja mahir tidak ketentuan. Kesan dari itu kontraktor- kontraktor golongan rendah mahupun menengah agak kemelesetan dari segi pembinaan. Projek nilaian yang rendah tidak lagi munasabah diberikan kepada kontraktor GredG1. Kebanyakan kerja-kerja di bawah RM20 ribu tidak lagi relevan pada zaman ini. Kesandari kenaikan bahan binaan yang tidak menentu, malah nilaian RM20 ribubolehmengakibatkan kebanyakan kontraktor menanggung kerugian dengan kenaikanbahanbinaan dan pengurusan pentadbiran, termasuk cukai-cukai yang perlu dijelaskan. Kami kontraktor tidak lagi meraih keuntungan, kekadang untuk melepasi gaji pekerjapuntidak mencukupi. Maka dengan itu, PKMM Negeri Selangor memohon dan menyeru kepada kerajaanpusat dan negeri agar kerja-kerja di bawah nilaian RM20 dinaikkan kepada RM50 ribu. 7. Memohon Kerajaan Mengkaji Semula Jadual Kadar Harga PKMM Negeri Selangor juga memohon kerajaan mengkaji semula Jadual Kadar Hargapada hari ini kerana ianya tidak lagi relevan, dengan kenaikan harga bahan binaanyangtidak langsung mengikut Jadual Kadar Harga. PKMM Negeri Selangor memohon pihak kerajaan menetapkan bahan-bahan binaandi bawah kawalan, bukan sesuka hati pihak pembekal menaikkan harga-harga bahanbinaanyang langsung tidak munasabah dibandingkan dengan harga-harga yang didapati.
16 PKMM NEGERI SEMBILAN 1. Mohon Urusan Pembaharuan Lesen Dikendalikan Oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Sahaja Atas sebab kerenah birokrasi pihak CIDB dan juga tatacara pembaharuan yangselaluberubah-ubah menyebabkan kontraktor kecewa terutama kontraktor G1. Cadangan, agar pihak PKK diberi kuasa sepenuhnya di dalam memastikan sesuatukelulusan lesen. Pihak CIDB hanya mengeluarkan lesen sahaja kepada syarikat yangtelah mendapat kelulusan PKK. 2. Mohon Harga Bahan Binaan Dipantau Sepanjang Masa Kenaikan harga barang terkawal melepasi harga siling yang ditetapkan kerajaan. Cadangan, kerajaan perlu memastikan stok bahan di pasaran mencukupi dan tiadakespenyorokan bahan terkawal seperti simen. Kerajaan boleh membuat stok penimbal di dalam pasaran bagi memastikan harga bahan binaan sentiasa terkawal. 3. Mohon Harga Rumah Mesra Rakyat Disemak Semula Kenaikan bahan binaan asas seperti simen dan besi. Cadangan, agar dapat mengemaskini jadual harga yang ditetapkan oleh JKRsetiaptahun. 4. Mohon Sebahagian Kerja Konsesi Diserahkan Kepada PKMMMonopoli kerja-kerja berskala kecil oleh syarikat GLC atau konsesi. Cadangan, mengagihkan kerja-kerja peruntukan besar terus kepada kontraktor-kontraktor kecil iaitu G1 - G4. 5. Mohon Supaya Kerja Ubahsuai Rumah Mesti Dilaksanakan Oleh Kontraktor Yang Berdaftar Dengan Kerajaan Banyak pemilik yang ingin renovasi rumah mereka dengan memanggil kontraktor- kontraktor yang tidak berdaftar dengan CIDB yang mana menyebabkan ramai yangtelahtertipu dari segi spesifikasi pembinaan. Kontraktor yang tidak berdaftar lebih mudahlari dari tanggungjawab. Cadangan, setiap kerja renovasi rumah wajib menggunakan khidmat kontraktor yangberdaftar dengan CIDB bagi memudahkan pemantauan dan kualiti kerja yang dilakukan.
17 PKMM MELAKA 1. Permohonan Kebenaran Khas dan Tambah Bidang CIDB telah lama mewujudkan tajuk pengkhususan: a. Kategori Bangunan (B) : B01 hingga B29 b. Kategori Kejuruteraan Awam (CE) : CE 01 hingga CE 33 c. Kategori Mekanikal (M) : M01 hingga M16 Hingga ke hari ini tidak semua tajuk pengkhususan yang diwujudkan mempunyai modul yang tersendiri hinggakan timbulnya permohonan kebenaran khas. Seperti sedia maklum isu kebenaran khas sering diperkatakan di kalangan kontraktor yang telah berkecimpung dalam bidang pembinaan dan mereka yang telah hadir kursusselama 5 hari dikenakan bayaran yang mahal untuk tujuan tambah bidang. Tetapi apabila agensi memberi peluang untuk kontraktor memohon kebenarankhasmemasuki tender/sebutharga, ianya memberi ruang dan peluang kepadasemuakontraktor untuk turut serta. Akhirnya dengan kebenaran khas, kontraktor yang bernasibbaik, yang tiada tajuk, dianugerahkan projek dan dengan laluan mudah dapat menambahtajuk berkenaan. Justeru itu, cadangan kami: a. Kebenaran khas perlu dikaji semula dan hanya melibatkantajukpengkhususan yang tiada PLBK. b. Kontraktor perlu menghadiri Kursus Sijil Kecekapan Pengurusan selama5hari, untuk mendapatkan tajuk pengkhususan.
18 PKMM JOHOR 1. Kenaikan harga bahan binaan dan premix semakin melambung. Kami berharapagar pihak kerajaan dapat mengkaji semula harga tender dan sebut harga yang ditetapkan. Kenaikan harga ini telah memberi kesan yang signifikan terhadap pemainindustri pembinaan. Harga bahan binaan seperti simen, batu baur, besi dan kayu telah melonjaksecara drastik dalam tempoh yang singkat. Ini menyebabkan kos pembinaansecarakeseluruhannya meningkat secara signifikan. Kontraktor menghadapi tekanan yangbesar untuk menangani kenaikan harga yang membawa kepada peningkatan kos projekpembinaan. Pihak kerajaan boleh menyemak semula kontrak yang ada dan tender yangakan datang bagi memastikan harga yang ditetapkan adalah wajar dan menyaksikanperubahan harga selari dengan kenaikan harga semasa bahan binaan. 2. Diminta semua jabatan kerajaan untuk pelaksanaan undi bagi kerja-kerjadi bawah RM200,000.00 diberi kepada kontraktor G1 dan G2. Ini bertujuanuntukmemastikan tiada ketirisan dan menjamin keadilan dalam pemilihan kontraktor untukkerja- kerja tersebut. Pelaksanaan undi bagi kerja-kerja di bawah RM200,000.00kepadakontraktor G1 dan G2 akan memberi peluang yang saksama kepada semua pihakyangberminat untuk melibatkan diri dalam projek kerajaan. Ini juga akan memastikanbahawakerja-kerja tersebut diberikan kepada kontraktor yang layak berdasarkankebolehpercayaan dan keupayaan mereka, bukan melalui kepentingan atau pengaruhperibadi. Selain itu, kerja undi juga dapat membantu meminimumkan ketirisan, memastikan keadilan dan meningkatkan integriti dalam pelaksanaan projek kerajaan. 3. Meminta kerajaan memansuhkan pembelian wang pos atau ‘money order’ untukpembelian borang sebutharga. Prosedur terkini bagi pembelian wang pos ataukirimanwang bagi tujuan pembelian tender atau sebutharga, pembelian hanya boleh dibuat atasnama syarikat dan tidak dibenarkan dibuat atas nama individu. Bagi tujuan tersebut, pihak pejabat pos memerlukan tambahan dokumen iaitu sijil pendaftaran syarikat (SSM), salinan kad pengenalan dan surat kuasa walaupun belian adalah untuk syarikat miliksendiri. Kaedah pembayaran bagi pembelian borang sebutharga telah menjadi prosesyang ketinggalan zaman dalam era digital ini. Dalam keadaan yang semakin canggihdi mana pembayaran secara elektronik dan transaksi dalam talian menjadi norma, penggunaan wang pos atau 'money order' adalah tidak efisien dan membawa kesulitankepada pengguna.
19 Pihak kerajaan perlu menggalakkan penggunaan sistem pembayaran digital seperti pemindahan wang elektronik, pembayaran dalam talian dan aplikasi mudah alihuntukpembelian borang sebut harga. Ini memudahkan proses pembayaran dan meminimumkankesulitan kepada pihak yang terlibat. 4. Merayu agar peranan syarikat konsesi ditamatkan bagi memberi peluangkepadakontraktor untuk mendapatkan kerja yang semakin berkurang lebih-lebih lagi dalamkeadaan ekonomi sekarang yang kurang baik ataupun memperuntukkan sekurang- kurangnya 30% daripada kerja konsesi kepada PKMM Negeri ataupun KonsortiumNegeri, untuk diagihkan kepada ahli-ahli PKMM. 5. PKMMNJ mencadangkan usul memohon agar pendaftaran kontraktor GredG1sehingga G7 dibekukan sementara sehingga keadaan ekonomi bertambah baik. Dalamkeadaan ekonomi yang mencabar seperti yang kita alami saat ini, industri pembinaanmenghadapi cabaran yang signifikan. Permintaan untuk projek pembinaan menurundanketidakstabilan ekonomi secara keseluruhan telah menyebabkan ketidaktentuanyangtinggi dalam sektor ini. Pihak kerajaan harus memantau secara berterusan keadaanekonomi dan memastikan pembekuan sementara pendaftaran kontraktor Gred G1hinggaG7, selaras dengan pemulihan ekonomi secara umum. Sebaik saja keadaan ekonomi mencapai tahap yang mencukupi, pendaftaran kontraktor perlu diteruskan dengankriteriayang diperbaharui dan diperkuat. 6. Memohon agar kontraktor Gred G7 dipecahkan kepada dua kategori keranaterdapat perbezaan yang ketara dalam skala dan kompleksiti projek yang dilaksanakanoleh kontraktor Gred G7. Oleh itu, pemecahan kontraktor Gred G7 kepada duakategori akan memungkinkan penekanan yang lebih baik pada keupayaan dan pemenuhankriteriabagi setiap kategori tersebut. a. Gred G7 (a) – merangkumi kontraktor yang mempunyai kapasiti, pengalamandansumber daya untuk melaksanakan projek-projek yang besar dankompleks. Kontraktor dalam kategori ini harus memenuhi kriteriayanglebih ketat dalam hal kewangan, keupayaan teknikal danrekodprestasi sebelumnya. – Nilai perolehan RM100 juta ke atas. – Hanya Syarikat ‘Public Listed’ GLC.
20 b. Gred G7 (b) – merangkumi kontraktor dengan keupayaan yang lebih sederhanadalam melaksanakan projek. Kriteria untuk kategori ini akanlebihmudah dipenuhi, tetapi tetap memerlukan kontraktor untuk mematuhi standard kualiti dan kepatuhan terhadap undang-undangdanperaturan yang berkaitan. – Nilai perolehan bermula RM10 juta sehingga RM100 juta. – Bukan Syarikat ‘Public Listed’ GLC.
21 PKMM PAHANG 1. Menyarankan kepada pihak kerajaan supaya memperbanyakkan lagi kerja-kerjasebutharga untuk kontraktor G1 & G2, melalui semua jabatan di daerah-daerah di negeri Pahang. Ini kerana pada ketika ini didapati sebutharga/tender yang ditawarkanamat berkurangan kepada kontraktor, khususnya kontraktor kecil. 2. Menghapuskan pemberian projek secara pemberian terus tanpa mengiranilai projek dan digantikan dengan pemberian kerja mengikut undi giliran. 3. Penyebaran iklan sebutharga atau tender jabatan kerajaan melalui PKMMdaerah diperkemaskan lagi sebagai sumber maklumat ahli. 4. Mencadangkan keperluan untuk mendapatkan pengesahan bank untuk penyatakewangan bank dan borang CA, dihapuskan bagi kontraktor G1 & G2 tetapi digantikandengan Borang Akuan Kebenaran oleh pihak jabatan untuk membuat pengesahandengan pihak bank, kepada 10 syarikat yang layak setelah dinilai. Seandainya adafasiliti yang berkaitan, maka kontraktor tersebut sahaja yang perlu kemukakan keperluanini kepada pihak jabatan. 5. Saranan daripada PKMM Pahang untuk mengesyorkan pembelianborangsebutharga/tender menggunakan sistem atas talian berbanding ketika ini menggunakanwang pos, kiriman wang dan bank draft yang merumitkan kontraktor. 6. Mengesyorkan kerja-kerja lantikan terus di bawah RM50,000.00 di semuajabatan perlu diberikan keutamaan kepada semua ahli PKMM yang sah makadengancara ini PKMM dapat sama-sama memantau pelaksanaan projek dengan sempurna. Melalui kerja-kerja lantikan seperti ini juga ahli-ahli dapat meneruskan perniagaansertamampu mengelakkan pertambahan ahli bagi setiap daerah.
22 7. PKMM Negeri Pahang menyarankan agar kenaikan gred kontraktor dari G1kepada G2 dibuat secara bersasar mengikut jumlah kerja atau projek tahunannyadanbukan secara automatik mengikut tarikh pendaftaran syarikat seperti yangsedangdilaksanakan oleh pihak CIDB. Ini kerana kenaikan gred secara automatik ini akanmembebankan lagi kontraktor kecil yang tidak bersedia akibat keadaan kekuranganprojekdan akhirnya tidak mampu dari segi kewangan untuk membiayai kerja-kerja kontrakdi gred yang lebih tinggi. Kesan daripada kenaikan gred ini boleh menyebabkanramai kontraktor-kontraktor Melayu kecil akan terbeban dan gagal meneruskan perniagaanmereka.
23 PKMM KELANTAN 1. Bayaran Fee Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Kami terpanggil sekali lagi mengutarakan permasalahan yang berlaku kepadasemuakontraktor di seluruh Malaysia, terutamanya untuk Kod Bidang atau pengkhususanCE19& CE 20 (sistem pembentungan dan sistem bekalan air) bagi Gred G1 hingga G7yangmana terpaksa membayar seolah-olah dua kali bayaran. Satu bayaran pendaftaran kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia(CIDB) dan satu lagi dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara(SPAN) sedangkan fungsi hanyalah sama untuk dapat lesen dan pengkhususan yang melayakkankontraktor ke lawatan tapak dan juga menyertai tawaran tender atau sebuthargayangdikeluarkan oleh mana-mana jabatan tertentu. Fee yang dikenakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia(CIDB) adalah amat minima dan tidak membebankan kontraktor untuk tempoh masa selamatigatahun, tetapi fee yang dikenakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara(SPAN) amatlah tinggi dan membebankan para kontraktor yang ingin memiliki kod bidangataupengkhususan CE 19 & CE 20. Bayaran fee ialah sebanyak RM5,000 untuk permit C1 (G7), RM2,000 untuk permit C2(G5-G6), RM750 untuk permit C3 (G2-G4) dan RM200 untuk permit C1 (G1) dengantempoh sah laku selama hanya setahun sahaja. Apa yang kami fahamkan tujuan SPAN diwujudkan adalah untuk memantau kerja-kerjapembentungan dan bekalan air yang akan dilaksanakan oleh mana-mana kontraktor ataupekerja di tapak binaan. Bukannya di peringkat lesen atau pendaftaran lagi telah dipantaudan dikenakan bayaran. Akhir-akhir ini pula mana-mana kontraktor yang ingin membuat pembaharuanlesen, hendaklah menyertai kursus bekalan air selama lima hari dengan kadar bayaransebanyak RM1,500 setiap peserta oleh CIDB.
24 PKMM Kelantan pada hari ini mendesak Kementerian Sumber Asli, AlamSekitar danPerubahan Iklim supaya dapat mengkaji dan meneliti kembali bayaran feeyangdikenakan oleh pihak SPAN kepada kontraktor yang ingin memiliki pengkhususanCE19& CE 20 (Sistem Pembentungan dan Bekalan Air) kerana bayaran fee tersebut amat tinggi dan membebankan kontraktor kerana kontraktor terpaksa membayar dua kali untukmemiliki pengkhususan CE 19 & CE 20 kepada CIDB dan SPAN. Dicadangkan juga Permit SPAN hanya diperlukan apabila telah mendapat projekdanuntuk melaksanakan projek sahaja, bukannya semasa memohon sub kepalaataupengkhususan dengan CIDB. Lagi pula sijil yang dikeluarkan oleh SPANadalahPermit bukan Lesen. 2. Memperbanyak dan Meneruskan Kerja-Kerja Kecil Secara UndianUntukKontraktor G1 dan G2 Kami, PKMM Negeri Kelantan ingin melahirkan penghargaan dan terima kasihkepadaKerajaan Malaysia khususnya Kementerian Kewangan Malaysia kerana telah membuat ketetapan dan memberi arahan kepada semua jabatan dan agensi Kerajaanmengagihkan kerja-kerja secara undian untuk kontraktor G1 dan G2 terutamanya. Hasil dari peraturan dan arahan daripada pihak Kerajaan itu telah berjaya mengurangkanpengangguran di kalangan kontraktor Gred G1. Ramai kontraktor telah berjaya mendapat inden secara undian, walaupun tidak mencapai bilangan 100% tetapi agak ramai yangmendapat kerja-kerja tersebut dan kontraktor-kontraktor kembali bernafas. Namun agak malang pula pada akhir-akhir ini, banyak jabatan atau kementerianmengeluarkan banyak kerja-kerja secara ‘direct inden’ dan sebutharga kepada kontraktor tertentu dan kerja-kerja secara undian telah dikurangkan dan tidak dilaksanakanseperti tahun yang lepas. Dengan cara pengagihan kerja secara ‘direct inden’ ini hanya kontraktor tertentusahajayang dapat kerja-kerja tersebut dan malah terdapat agen-agen yang memainkanperananmemonopoli kerja-kerja dan mendapat untung, sedangkan kontraktor hanyalah mendapat beberapa peratus sahaja daripada keuntungan. Kita mahu peruntukan kerja-kerjatersebut diagih secara adil dan melata kepada semua kontraktor dan undi adalahkaedahterbaik.
25 Oleh itu PKMM Negeri Kelantan mendesak pihak Kerajaan supaya:- i. Dapat meneruskan kerja-kerja kecil untuk Kontraktor G1 secara undianyangmelibatkan kesemua Jabatan Kerajaan termasuk Pejabat Penguasa Tempatanseperti yang terlaksana pada tahun yang lepas secara lebih serius danmeluaskerana kaedah tersebut terbukti pelaksanaan lebih cepat, telus, adil, mewujudkan situasi menang-menang dan tiada ketirisan atau unsur rasuah. ii. Kerja-kerja undi mesti RM50,000 dan ke atas kerana berasas kepadahargabahan dan buruh. Sekarang nilai kontrak RM20,000 tidak lagi munasabahbagi sesuatu nilai kontrak. iii. Sebaiknya diperluas ke G2 dan G3. iv. Pendaftaran mesti dibuat secara berpusat bukan dibuat oleh jabatanmasing- masing. Ini penting bagi mengelakkan perolehan lebih adil dan peluangsamarata.