SMA AL-IRSYADIAH RANAU
KAJIAN KES SEJARAH
TINGKATAN 4 2022
BAB 6:ANCAMAN KOMUNIS
DAN PENGISYTIHARAN DARURAT
SUBTOPIK:6.3
NAMA : NUR ARNIWANNA BINTI HAMZAH
GURU SUBJEK : CIKGU YAHYA BIN SIMAN
Pernyataan Masalah
• Bagi menangani ancaman komunis,Beberapa usaha telah
diambil.Bincangkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan
untuk menangani ancaman komunis.
Objektif Kajian
1.Mengetahui beberapa jenis pasukan keselamatan yang membanteras
kegiatan komunis
2.Mengetahui tentang Rancangan Briggs dengan lebih mendalam
3.Mengetahui tentang Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat yang
dilancarkan pada 22 Disember 1949
KAEDAH KAJIAN
1.Bahan ilmiah : buku teks,buku rujukan
2.Melayari internet : laman web
3.Media : rakaman video dari sumber akhbar online
PENGENALAN
Bagi menangani ancaman komunis,beberapa usaha telah diambil seperti penguatkuasaan
Undang-undang Darurat,pemerkasaan pasukan keselamatan,pengenalan pendaftaran
kebangsaan,Rancangan Briggs,tawaran pengampunan,Kempen Bulan Rakyat Melawan
Penjahat,perintah berkurung,perang saraf dan rundingan Baling. Penguatkuasaan Undang-
undang Darurat diambil alih oleh British pelbagai tindakan yang mereka lalkukan iaitu
menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam pergerakan komunis tanpa sebarang
perbicaraan.Hal ini adalah untuk memastikan mengurangkan penyebar komunis di negara
kita.Seterusnya,mengenakan hukuman berat kepada sesiapa sahaja yang membantu
komunis.Hal ini akan membuatkan mereka takut untuk menyebarkan pengaruh
komunis.Akhir sekali,menggeledah rumah kemudian,memagar kampung,mengadakan
perintah berkurung,mewujudkan Kampung Baru dan memindahkan serta menempatkan
penduduk.Hal ini untuk mengelakkan komunis berapa di kawasan kita. Selain itu,British
memperkasakan pasukan keselamatam tempatan untuk membanteras kegiatan
komunis.British menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada golongan polis iaitu Cawangan
Khas,Special Constables(SC),Polis Hutan,Polis Wanita,Semoi Praaq(Urang Perang),Auxiliary
Police(AP).Bagi askar terdiri daripada Pasukan Askar Melayu,Pasukan Askar
Komanwel,Sarawak Rangers.Bagi sukarelawan terdiri daripada Home Guard.
USAHA-USAHA MENANGANI ANCAMAN
KOMUNIS
Beberapa usaha telah diambil seperti penguatkuasaan Undang-undang Darurat,pemerkasaan pasukan
keselamatan,pengenalan pendaftaran kebangsaan,Rancangan Briggs,tawaran pengampunan,Kempen Bulan
Rakyat Melawan Penjahat,perintah berkurung,perang saraf dan rundingan Baling
1.PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DARURAT
British mengambil pelbagau tindakan antaranya termasuklah seperti yang berikut :
-menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam pergerakan komunis
-Mengedarkan undang-undang senjata api dengan mengenakan hukuman mati
-Mengharamkan PKM dan parti politik berfahaman radikal
-Mengenakan hukuman berat kepada sesiapa sahaja yang membantu komunis
-Mengelolah rumah kediaman,memagar kampung,mengadakan perintah berkurung,mewujudkan Kampung
Baru dan memindahkan penduduk
-Menangkap pemimpin radikal seperti Ahmad Boestamam,Ishak Haji Muhammad,Abu Bakar al-Baqir dan
Khatijah Sidek
2.PEMERKASAAN PASUKAN KESELAMATAN
POLIS
-Cawangan khas(sebagai sebuah badan perisik)
-Special Constables(menjadi barisan hadapan dalam menghadapi ancaman komunis)
-Polis Hutan (memburu komunis,membuat rondaan,membawa bekalan ke kubu)
-Polis Wanita
-Senoi Praaq(Urang Perang,mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan)
-Auxilliary Police(mempertahankan bandar dan kampung)
TENTERA
-Pasukan Askar Melayu(membanteras gerila komunis di dalam hutan)
-Pasukan Askar Komanwel(membantu dalam usaha memerangi komunis di negara)
-Sarawak Rangers(menjejak persembunyian komunis di dalam hutan)
SUKARELAWAN
-Home Guard(membantu menyekat pergerakan bekalan makanan dan ubatan daripada jatuh ke tangan
komunis)
3.PENDAFTARAN KEBANGSAAN DAN KAD PENGENALAN
Di bawah undang-undang Darurat,kerajaan memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaam
menggunakan kad pengenalan pada 23 Julai 1948.Langkah ini diambil untuk memudahkan pihak
keselamatan membezakan antara orang awam dan komunis .Setiap lelaki,wanita dan kanak-kanak
berumur 12 tahun dan ke atas dikehendaki mendaftarkan diri dengan pihak bersama.
4.RANCANGAN BRIGGS
Rancangan yang telah dilancarkan oleh Sir Henry Gurney pada tahun 1950.Leftenan Jeneral Sir
Harold Rowdon Briggs pula telah dilantik untuk menjadi Pengarah Operasi.Tujuan utama langkah ini
adalah untuk memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen yang membekalkan
makanan,senjata,maklumat serta ubat-ubatan.Rancangan Briggs merupakan langkah yang berkesan
untuk melemahkan pergerakan komunis.
5.TAWARAN PENGAMPUNAN
6 September 1949,Majlis pengampunan kepada komunis supaya menyerah diri.Radio Malaya
menyiarkan syarat tawaran pengampunan.Poster juga ditampal di merata-rata tempat setiap
hari.Sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina,Melayu
dan Tamil
6.KEMPEN BULAN RAKYAT MELAWAN PENJAHAT
Pada tarikh 22 Disember 1949,Majlis Perundangan Persekutuan mengisytiharkan kempen
"Bulan Rakyat Melawan Penjahat".Menjelang bulan Mac 1950,jumlah sukarelawan telah
mencecah kepada angka 435 905 orang.Mereka terdiri daripada penduduk lelaki dan
wanita pelbagai sektor termasuklah golongan profesional .Pelaksanaan kempen tersebut
dapat menggalakkan interaksi dan menggerakkan hubungan antara kaum
7.PERINTAH BERKURUNG
Perintah berkurung atau "lockdown" ialah tindakan melarang penduduk keluar dari rumah
dalam tempoh tertentu.Perintah berkurung membolehkan pasukan keselamatan
menjelaskan operasi dengan lebih berkesan.Contohnya,pada bulan Jun 1951,penduduk di
kawasan Labis,Johor,dikenakan perintah berkurung untuk membolehkan pasukan
keselamatan menjalankan operasi memburu komunis
8.PERANG SARAFPerang saraf ialah rancangan yang dilaksanakan oleh British untuk
menghapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat.Menjelang tahun
1952,Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.Beliau ingin
menjalinkan hubungan baik dengan penduduk tempatan supaya mereka bekerjasama
dengan pihak kerajaan dan menyampaikan segala maklumat tentang komunis.Perang Saraf
ini dapat memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersedia dan membanteras ancaman
komunis.
KESIMPULAN
Kerajaan berusaha membanteras ancaman komunis melalui pelbagai
kaedah .Anataranya termasuklah melalui ketenteraan dan
mendapatkan kerjasama daripada rakyat seperti dalam perang
saraf.Kejayaan ini mencerminkan kerjasama anatara rakyat dengan
kerajaan amat penting dalam usaha mempertahankan tanah air
SUMBER RUJUKAN
1.BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 4
Penulis :
-Ridzuan bin Hasan
-Sharifah Afidah binti Syed Hamid
-Muslimin bin Fadzil
-Subramaniam a/I Raman
2.LAMAN SESAWANG
https://www.slideshare.net/faridatulalieya/bab-63-sejarah-tingkatan-4-usaha-
menangani-komunis
https://spmagile.com/sejarah-tingkatan-4-kssm/bab-6-ancaman-komunis-dan-
perisytiharan-darurat/
LAMPIRAN https://www.slideshare.net/faridatulalieya/bab-63-sejarah-
tingkatan-4-usaha-menangani-komunis
BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 4