The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 2 : Laporan Bertulis
MPU31062 - FALSAFAH ISU SEMASA
TOPIK : Etika Sebagai Isu Falsafah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syiqnnzhr24, 2022-01-05 09:54:15

Menegakkan Hak Asasi Wanita , Menggugat Diskriminasi

Tugasan 2 : Laporan Bertulis
MPU31062 - FALSAFAH ISU SEMASA
TOPIK : Etika Sebagai Isu Falsafah

MPU 31062/ FALSAFAH DAN ISU SEMASA

Tajuk Laporan : Menegakkan Hak Asasi Wanita ,

Menggugat Diskriminasi

: Topik 9 Etika sebagai isu falsafah

Nama Kumpulan : Gregor Clique (Kumpulan 1)

Nama Ahli Kumpulan & : Nurul Asyiqin Binti Zaher (066925)

No. Pelajar : Rumaisha Sakinah Binti Rusmadi (066187)

: Aiman Haziq Bin Roslan (066605)

: Nicole Jade Jaibid (066403)

: Fatin Nabilah Binti Mohd Khairil (067197)

Nama & Kod Program : Sarjana Muda Teknologi Pembiakbakaan Tumbuhan

(SMTPT)

Nama & Kod Kursus : Falsafah dan Isu Semasa

(MPU 31062)

Nama Pensyarah : Dr. Razi Bin Yaakob

Hari & Waktu Kuliah : Isnin (9-11pagi)

Sesi : Semester 1 Sesi 2021/2022

1

MPU 31062/ FALSAFAH DAN ISU SEMASA 3
4
ISI KANDUNGAN 6
1.0 Pendahuluan
2.0 Latar Belakang Kajian 8
10
2.1 Perkaitan Topik Isu Semasa 11
3.0 Isu Semasa ‘Menegakkan Hak Asasi Wanita, Menggugat Diskriminasi’ 12
14
3.1 Respon pelajar terhadap isu semasa 15
3.2 Cabaran Isu Semasa
3.3 Cadangan Isu Semasa
3.4 Sokongan Isu Semasa
4.0 Kesimpulan
5.0 Rujukan

2

MPU 31062/ FALSAFAH DAN ISU SEMASA

1.0 PENDAHULUAN

Mengenali, memahami dan seterusnya mengamalkan etika adalah salah satu
daripada keperluan bagi mencapai kesempurnaan dalam kehidupan manusia. Menyedari
akan kepentingan ini, ramai ahli falsafah telah cuba merungkaikan permasalahan etika
walaupun terdapat juga yang berpandangan bahawa perbincangan etika secara falsafah
adalah perbincangan retorik yang sia-sia. Di dalam Kamus Dewan (1994) pula, perkataan
etika dalam Bahasa Melayu merujuk kepada ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral.

Pertimbangan rasional yang seringkali digunakan oleh ahli falsafah dalam
menentukan nilai telah menjadikan etika tidak tetap dan relatif sehingga tiada satu makna
kemoralan atau etika yang diterima umum. Ahli falsafah hanya mengungkapkan idea-idea
klasik yang dibawa oleh tokoh-tokoh pemikir ulung seperti Aristotle (384-322 SM), Plato
(424-348 SM), al-Farābī (872-950 M), Ibn Sinā (980-1037 M), al-Ghazālī (1058-1111 M),
Ibn Rushd (1126-1198 M) dan lain-lain (Mohd.Nasir, 2010). Dalam kalangan masyarakat
awam pula, falsafah etika dianggap tidak berpijak di bumi nyata kerana membincangkan
hal-hal abstrak dan kurang relevan untuk kehidupan seharian (Bertens, 2003). Akan
tetapi, satu perkara yang tidak dapat dinafikan ialah setiap tindakan dan perilaku bermula
daripada pemikiran dan keadaan dalaman diri seseorang.

Isu semasa yang akan dibincangkan adalah menegakkan hak asasi wanita,
menggugat diskriminasi. Hak wanita juga memberi makna sama dengan hak asasi
manusia. Bagaimanapun, dalam suasana sekarang yang penuh dengan masalah, ketika
dunia kita berkeadaan semakin tidak menentu dan huru-hara, hak wanita dan golongan
remaja perempuan boleh dilihat sebagai makin dikurangkan, dikenakan had dan
peranannya diterbalikkan. Oleh yang demikian, usaha untuk memperkuatkan hak wanita

3

MPU 31062/ FALSAFAH DAN ISU SEMASA

dan remaja perempuan adalah satu-satunya cara untuk melindungi mereka dan
memastikan mereka dapat merealisasikan potensi diri sepenuhnya. Isu semasa yang
dipilih ini menunjukkan sikap etika dalam sebahagian masyarakat kita yang masih
mendiskriminasikan penglibatan golongan wanita dalam segenap aspek.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Falsafah etika adalah berkaitan dengan penumpuan kepada tingkah laku manusia
terutama dalam konteks hubungan manusia sama ada peribadi, sosial atau politik yang
mana akan dinilai dalam bentuk baik atau buruk dan dijustifikasikan secara rasional
berdasarkan akal (Ahmad Sunawari, 2006). Perbincangan berkaitan etika adalah
bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan seperti bagaimanakah manusia harus
hidup serta apakah yang patut dilakukan (Sofroniou, 2003). Berdasarkan Perisytiharan
Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), setiap manusia tanpa mengira jantina, bangsa,
agama dan sebagainya berhak mendapat hak asasi yang tertumpu kepada kebebasan iaitu
kebebasan daripada ketakutan, kebebasan berkemahuan, hak bersuara dan kebebasan
kepercayaan. Hak asasi serta etika merupakan perkara yang berkait rapat antara satu sama
lain kerana kedua – duanya mengenai kehidupan manusia serta dapat dijadikan panduan
bagi menjalani kehidupan yang sejahtera. Namun begitu, pencabulan hak asasi wanita
sering berlaku dan perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana ia telah melanggar nilai –
nilai etika dan moral.

Konsep etika mempunyai hubung kait dengan pelbagai agama. Maka, agama
Islam merupakan agama yang mula-mula memperakui dan mendaulatkan hak-hak asasi
manusia termasuklah golongan Wanita. Sebagai contoh, islam telah memartabatkan
kedudukan serta memelihara Wanita dengan menghapuskan amalan masyarakat arab

4

MPU 31062/ FALSAFAH DAN ISU SEMASA

jahiliyyah yang menzalimi kaum Wanita serta membunuh bayi – bayi perempuan
(Enizahura Abdul Aziz, 2018). Berdasarkan perspektif agama Budha pula, taraf,
kemampuan serta kegiatan agama wanita dan lelaki dianggap sama. Setiap orang mampu
mendapatkan hak dan kewajipan yang sama dalam hal hak asasi (Wijaya et al., 2020).
Justeru itu, pencabulan hak asasi wanita adalah perkara yang salah menurut perspektif
agama.

Pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar Wanita Negara yang berteraskan
Perlembagaan Persekutuan, prinsip Rukun Negara dan Dasar Sosial Negara. Dasar
tersebut mendukung prinsip tiada diskriminasi berasaskan gender serta berhasrat untuk
merealisasikan aspirasi kerajaan dalam membangunkan modal insan yang berdaya saing
dan mempunyai ketahanan diri dengan melahirkan wanita yang berilmu dan berwawasan,
mempunyai daya kreativiti dan inovasi serta menghayati nilai-nilai murni (Jabatan
Pembangunan Wanita, 2021).

Walau bagaimanapun, pencabulan hak asasi Wanita masih menjadi isu yang
sering diperdebatkan kerana ia sering berlaku, kendatipun dunia telah menjalani fasa
modenisasi. Negara Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini kerana saban tahun, pelbagai
isu berkaitan pencabulan hak asasi Wanita seperti keganasan rumah tangga, ganguan
seksual dan diskriminasi jantina muncul di dada akhbar serta menjadi buah mulut
masyarakat. Rina Mohd. Harun (2021), menyatakan bahawa statistik Polis Diraja
Malaysia (PDRM) memperlihatkan peningkatan dalam kes keganasan rumah tangga
dilaporkan pada tahun 2021 iaitu 6,443 kes berbanding 4,217 kes pada tahun 2020. Selain
itu, Siti Kamsiah Hassan (2021), menjelaskan bahawa statistik PDRM merekodkan
sebanyak 6,897 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan remaja bagi tahun 2018

5

MPU 31062/ FALSAFAH DAN ISU SEMASA

hingga 2020 dengan majoriti mangsa iaitu 93 peratus adalah perempuan. Pihak PDRM
menerima laporan sebanyak 2,010 kes pada 2018, manakala 2,297 kes direkodkan pada
2019 dan 2,590 kes pada tahun 2020. Oleh itu, statistik telah membuktikan bahawa kes –
kes berkaitan pencabulan hak asasi wanita menunjukkan peningkatan setiap tahun.

2.1 PERKAITAN ISU SEMASA

Hak asasi wanita merupakan sebuah isu yang sering diperkatakan di Malaysia.
Namun, apakah itu hak asasi wanita? Perjuangan hak asasi wanita di Malaysia itu sendiri
berbeza mengikut pandangan golongan yang tertentu antaranya golongan liberal dan
komuniti islam. Maka, apakah hubung kait antara ‘Etika sebagai isu falsafah’ dengan isu
‘Menegakkan Hak Asasi Wanita, Menggugat Diskriminasi’ ? Etika merupakan teori yang
berkaitan tindakan, hujah dan tujuan yang mengarah kepada makna sesuatu tindakan.
Etika adalah bukan yang bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi
merupakan falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkah laku manusia yang
betul. Oleh itu, diskriminasi atau sikap prejudis terhadap kaum wanita akan
melumpuhkan hak asasi wanita adalah salah satu tindakan atau tingkah laku manusia
yang salah. Jelas lagi nyata, isu hak asasi wanita mempunyai hubung kait dengan
perbincangan etika sebagai isu falsafah. Menurut Nuraleya Abdul Hamid (2019),
golongan liberal merupakan yang mementingkan kebebasan seseorang dalam menentukan
sesuatu keputusan. Jadi apa yang diperjuangkan oleh golongan liberal ialah kebebasan
dan hak yang sama rata antara lelaki dan perempuan. Kebebasan di sini bermaksud
kebebasan besuara, berpakaian, dan lain-lain. Mereka juga memperjuangkan isu
diskriminasi golongan wanita di dalam masyarakat umum sama ada di tempat kerja
mahupun di tempat belajar. Sesetengah orang daripada masyarakat umum masih

6

MPU 31062/ FALSAFAH DAN ISU SEMASA

mempunyai pendapat bahawa golongan wanita tidak memerlukan hak pembelajaran dan
hak berkerja kerana berpendapat mereka tidak mempunyai tempat di dunia pekerjaan dan
tempat mereka hanya di dapur. Ini merupakan salah satu sebab utama berlaku perbuatan
diskriminasi terhadap golongan wanita. Selain itu, isu keganasan rumah tangga juga
sering berlaku dan merupakan hasildaripada sikap tidak mengambil kesah akan hak
wanita.Ketua Kempen Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Abinaya Mohan
mendedahkan pihaknya menerima sebanyak 1,487 aduan keganasan dan penderaan
terhadap wanita sepanjang Januari hingga Mac lalu berbanding 867 kes bagi tempoh sama
tahun lalu menerusi talian Hotline dan aplikasi WhatsApp TINA. Secara umumnya,
banyak persamaan dalam mempertahankan hak asasi wanita oleh golongan liberal dan
komuniti Islam seperti hak perlindungan wanita, diskriminasi wanita dalam kehidupan
seharian dan lain-lain. Namun, hak kebebasan ialah hak yang membezakan perjuangan
mereka.

Isu hak asasi manusia (HAM) dan isu hak asasi wanita mempunyai persamaan
iaitu hak kebebasan. Hak asasi manusia merujuk kepada konsep hak kemanusian
berdasarkan andaian bahawa semua insan memiliki satu bentuk hak yang sama tanpa
dipengaruhi oleh faktor tempatan, perkauman dan kewarganegaraan. Hak asasi manusia
dibahagikan kepada empat kebebasan iaitu kebebasan daripada ketakutan, kebebasan
untuk berkemahuan, kebebasan hak untuk bersuara dan kebebasan kepercayaan. Hak
asasi wanita yang diperjuangkan liberal berkongsi keempat-empat hak yang sama.
Walaupon hak asasi manusia telah termaktub dalam undang-undang antarabangsa dan
sesetengah negara namun, Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang telah
diisytiharkan oleh UN gagal mengambil kira konsteks keagamaan dan kebudayaan

7

MPU 31062/ FALSAFAH DAN ISU SEMASA

setempat dalam peradaban manusia khususnya peradaban Islam. Malah di Malaysia
UDHR bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dan Syariat Islam. Oleh sebab itu,
hak asasi wanita yang diperjuangkan golongan liberal amat ditentang keras oleh komuniti
Islam di Malaysia.

Kesimpulannya, hak asasi wanita merupakan sesuatu yang patut dipertahankan
dan diperjuangkan oleh semua orang taka mengira bangsa dan agama. Namun, garis
pengukur perlu ada bagi umat islam dan juga agama lain supaya hak yang diperjuangkan
tidak melanggar hukum-hukum yang telah ditetapkan di dalam agama.

3.0 ISU SEMASA

3.1 RESPON PELAJAR TERHADAP ISU SEMASA BERDASARKAN
BIDANG PENGAJIAN
Isu diskriminasi kaum wanita ini sering berlaku dalam bidang agrikultur.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Agriculture Division of DowDuPont pada tahun
2018, bilangan wanita yang menceburi bidang agrikultur adalah lebih tinggi berbanding
lelaki. Hal ini jelas menunjukkan berlakunya kesalahan etika dimana sikap prejudis kaum
lelaki terhadap kaum wanita dalam menceburi bidang pertanian. Dari sudut falsafah,
sikap dikriminasi terhadap wanita adalah bertentangan dengan ‘Teori Etika Teologikal
dan Deontologikal yang berkait dengan prinsip dan peraturan yang
memperkatakantentang apa yang sepatutnya dilakukan dan bukannya apakah jenis
manusia yang yang hendak dibentuk. Oleh itu, hak asasi wanita jelas tidak boleh
diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki. Jika isu ini dikupas dengan lebih lanjut, lebih 50
peratus daripada jumlah penduduk Indonesia adalah wanita, dimana lebih 55 peratus
daripada jumlah tersebut bekerja dalam bidang pertanian (Elizabeth, 2007). Data tersebut

8

MPU 31062/ FALSAFAH DAN ISU SEMASA

menunjukkan betapa besarnya potensi wanita untuk memajukan bidang pertanian

sekaligus menjadi tenaga kerja yang unggul. Namun begitu, hampir separuh daripada

jumlah pekerja wanita dalam bidang ini mengalami diskriminasi seperti perbezaan upah

dan gangguan seksual. Hal ini berlaku kerana jumlah peranan dan status wanita dalam

mengurus hal rumah tangga lebih tinggi berbanding lelaki. Selain itu, kaum wanita juga

sering dilihat sebagai kurang efisien berbanding kaum lelaki terutamanya dalam

keupayaan untuk mengendali jentera. Kekurangan dalam pendidikan, kewangan dan

kesedaran moral juga adalah antara faktor diskriminasi berlaku (Krysta harden, 2018). Ini

menyebabkan majikan kurang berminat untuk mengambil wanita sebagai pekerja.

Sebagai pelajar teknologi pembiakbakaan tumbuhan, kami berpendapat bahawa

isu diskriminasi wanita dalam bidang pertanian merupakan perkara yang amat merugikan.

Hal ini kerana pekerja wanita mempunyai potensi yang besar dalam memajukan sektor

pertanian jika mereka diberi peluang pendidikan dan kelengkapan berkebun yang

mencukupi. Oleh itu, kerajaan haruslah memainkan peranan yang penting dengan

membekalkan kelengkapan berkebun, bantuan kewangan dan menyediakan kursus untuk

mengendali jentera sebagai inisiatif untuk menghentikan isu ini. Dengan didikan dan

tunjuk ajar yang cukup nescaya pekerja wanita juga boleh mengendalikan jentera seperti

pekerja lelaki. Selain itu, membuat program seperti ceramah mengenai diskriminasi

wanita dalam bidang pertanian bagi menanam kesedaran moral dalam diri masyarakat

Malaysia. Wanita ialah penjaga utama kepada keluarga dan komuniti dengan

membekalkan makanan dan nutrisi, mereka merupakan penghubung manusia antara

ladang dan meja makan. ( Bank Dunia, 2017 ). Maka jelaslah pekerja wanita dalam

bidang agrikultur memainkan peranan yang besar dalam membentuk komuniti yang sihat

dan kuat.

9

MPU 31062/ FALSAFAH DAN ISU SEMASA

3.2 CABARAN ISU SEMASA

Walaupun wanita di Malaysia telah mencapai kejayaan yang membanggakan
mahupun banyak kemajuan dalam mempromosikan hak-hak wanita , golongan wanita di
Malaysia masih lagi dihantui dengan isu diskriminasi dan menghadapi pelbagai cabaran
yang boleh menjejaskan peranan dan status wanita. Di Malaysia sendiri telah
melaksanakan pelbagai dasar dan insentif dibuat oleh kerajaan sebagai pembuka jalan ,
malah undang-undang diwujud khusus untuk melindungi hak serta kebajikan wanita.
Dalam erti sebenar hak asasi wanita yang telah digariskan oleh Islam ialah hak berpolitik,
hak memilih pekerjaan dan hak menuntut ilmu pengetahuan. Namun begitu, senario
jurang pekerjaan antara jantina masih ketara bagi rakyat Malaysia kerana masih ramai
wanita yang tidak bekerja berdasarkan laporan Global Gender Gap 2017 yang mana
Malaysia berada di kedudukan 87 daripada 144 negara mengenai isu kesetaraan
‘gender’.Persoalannya, apakah cabaran sebenar yang membelenggu dalam kalangan
wanita dalam menegakkan hak asasi wanita dan menggugatkan diskriminasi bagi
merealisasikan kesaksamaan ‘gender’ dan pemerkasaan wanita dalam pembangunan
ekonomi, sosial , keluarga, masyarakat dan negara di Malaysia ?

Antara cabaran yang dihadapi adalah daripada aspek pendidikan. Penglibatan
wanita dalam menghadiri institusi pendidikan dan latihan vokasional masih lagi berada di
tahap rendah memandangkan masih terdapat sesetengah institusi yang mengekalkan
gambaran-gambaran yang menghinakan tentang penyertaan wanita dalam institusi
pendidikan malah kemahiran-kemahiran wanita tidak diiktiraf dalam bidang latihan dan
pekerjaan. Seterusnya, cabarang yang dihadapi adalah daripada aspek pekerjaan.
Berlakunya diskriminasi wanita dalam peluang-peluang kenaikan pangkat dan pembuatan

10

MPU 31062/ FALSAFAH DAN ISU SEMASA

keputusan malah gangguan seksual di tempat kerja menyebabkan terbatasnya wanita
dalam menyuarakan aduan dan provokasi kerana takut akan ancaman daripada pelaku
yang tidak bertanggungjawab.

3.3 CADANGAN ISU SEMASA

Hak wanita juga memberi makna sama dengan hak asasi manusia. Bagaimanapun,
dalam suasana sekarang yang penuh dengan masalah ketika dunia kita berkeadaan
semakin tidak menentu dan huru-hara, hak wanita mahupun golongan remaja perempuan
semakin dikurangkan, dikenakan had dan diterbalikkan. Diskriminasi terhadap wanita
juga semakin meningkat akibat sesetengah mayarakat yang mengambil kira
ketidakseimbangan dari segi kuasa ‘gender’ antara lelaki dan perempuan. Sehubungan itu,
pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dengan campur tangan
pihak kerajaan telah menyarankan saranan-saranan dalam membaikpulihkan isu
ketaksamaan ‘gender’ dalam kalangan rakyat Malaysia dalam memelihara hak asasi
wanita.

Antara saranan dalam mengatasi isu hak asasi wanita dan diskriminasi adalah
melalui aspek pendidikan. Malangnya , bukan semua wanita bertuah untuk mendapat
peluang untuk belajar kerana pada saat ini, masih berjuta kanak-kanak perempuan tidak
berpeluang menyentuh buku dan masih terperangkap dengan masalah buta huruf. Oleh itu,
pihak kerajaan hendaklah menekankan institusi pendidikan kepada semua peringkat
umur dalam kalangan wanita serta memberi peluang sepanjang hidup agar kaum wanita
dapat terus mengembangkan pengetahuan dan kemahiran. Tambahan pula, institusi-
institusi hendaklah diawasi supaya isu diskriminasi terhadap wanita ataupun gambaran-
gambaran yang menghinakan terhadap wanita dapat dibanteras. Bagi aspek pekerjaan,

11

MPU 31062/ FALSAFAH DAN ISU SEMASA
pihak kerajaan hendaklah mengawasi majikan yang bertindak berat sebelah dengan
memberikan hukuman yang setimpal bagi menghapuskan diskriminasi terhadap wanita
dalam peluang-peluang kenaikan pangkat,latihan lanjutan mahupun pembuatan
keputusan. Tambahan pula, halangan yang sinonim dalam pemerkasaan wanita dalam
aspek pekerjaan adalah gangguan seksual di tempat kerja. Dengan penyertaan
Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) pada
1995, Malaysia mempunyai tanggungjawab sosial dan moral untuk menggubal undang-
undang bagi mengiktiraf kesaksamaan ‘gender’dan hukuman setimpal bagi pelaku
gangguan seksual di tempat kerja.

3.4 SOKONGAN ISU SEMASA

Sejak kemerdekaan, banyak usaha telah dijalankan untuk mempertingkatkan
kedudukan wanita negara. Maka, banyak cadangan telah dikemukakan untuk memajukan
pembangunan wanita dan mengesyorkan hak-hak wanita terpelihara. Tambahan pula,
pembangunan wanita akan lebih berkesan sekiranya sisa-sisa nilai patriarki yang masih
kekal dalam masyarakat Malaysia diganti dengan sikap baru yang memanfaatkan seluruh
rakyat Malaysia, malah antarabangsa. Sikap tersebut merangkumi nilai inklusif,
memyokong , berkolaborasi dan bermuafakat antara dua jantina utama dalam usaha
memajukan manusia. Bahkan, dalam Islam tidak terdapat satu pun larangan terhadap
wanita dalam bidang kehidupan bermasyarakat, (Hanafi et.al, 2016). Dukungan dan
sokongan yang sistematik terhadap pemerkasaan wanita amat digalakkan kerana ia
mempunyai potensi yang luar biasa dalam membentuk negara maju yang mana ‘Wanita
Pemangkin Pembangunan Negara’.

12

MPU 31062/ FALSAFAH DAN ISU SEMASA

Dari aspek pendidikan,wanita mampu berada dikemuncak pendidikan tinggi.
Masyarakat secara umumnya sering merendahkan pencapaian wanita. Namun, dengan
menyediakan peluang pendidikan yang baik kepada kanak-kanak perempuan, kelak
dewasa keajaiban pasti berlaku. Pemberdayaan wanita sejak kecil boleh membawa
manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat malah kepada sesebuah negara. Apabila
kanak-kanak perempuan menerima pendidikan , secara automatiknya kadar celik huruf
akan meningkat. Lebih ramai wanita yang akan mampu mendapat peluang pekerjaan yang
lebih bagus dan lebih ramai wanita tidak perlu berkahwin dan melahirkan anak pada usia
yang tidak sepatutnya.

Dari aspek pekerjaan pula, senario diskriminasi upah, pembahagian pekerjaan
mengikut jantina, ganggual seksual di tempat kerja ,pemberhentian dan pemecatan ,
mahupun pengurangan faedah-faedah sampingan seperti insuran kesihatan yang terhad
adalah antara isu yang dihadapi oleh golongan wanita (Simun & Azizan, 2016). Oleh
yang demikian, Dasar Wanita Negara yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada
tahun 1989 yang mendukung prinsip tiada diskriminasi berasaskan ‘gender’ dalam
pelbagai aspek termasuk aspek pekerjaan. Dasar ini digubal bagi merealisasikan aspirasi
kerajaan dalam melahirkan wanita yang berilmu dan berwawasan , mempunyai daya
kreativiti dan inovasi. Hal ini kerana, kaum wanita merupakan separuh daripada
penduduk negara yang gigih menyumbang kepada pembangunan negara. Dasar wanita
negara selari dengan peranan wanita pada hari ini kian bergerak maju dalam bidang
pekerjaan dan kepimpinan. Perkembangan ini adalah penting dalam menyasarkan
penyediaan peluang pekerjaan kepada wanita dalam pelbagai bidang dengan jumlah yang
banyak. Wanita mempunyai kelayakan bekerja yang tersendiri kerana menurut Pengarah

13

MPU 31062/ FALSAFAH DAN ISU SEMASA
Kanan Cawangan Arkitek JKR, Datin AR Mariani Noor Suhud . wanita semakin
menerajui sektor ekonomi kerana wanita yang menyertai bidang teknikal mempunyai jiwa
kepimpinan dan berpengetahuan tinggi dan memahami setiap keperluan dalam bidang
teknikal membantu dalam menghasilkan sesuatu kualiti pekerjaan.
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, pekerja wanita dalam bidang agrikultur amat memainkan peranan
yang besar dalam memajukan bidang agrikultur dan seterusnya membentuk komuniti
yang sihat dan kuat melalui cara pemakanan seimbang. Penghayatan mana-mana bentuk
falsafah yang berpegang kepada etika dan kebaikan moral merupakan entiti yang
mempunyai perkaitan yang rapat. Menerap ciri-cri tret kebaikan yang berlandaskan
kepada panduan dan peraturan etika yang betul membolehkan seseorang itu untuk
membentuk dirinya yang berakhlak mulia dan seterusnya dapat bertindak ke arah
kebaikan. Sehubungan itu, harapan kami ialah agar isu diskriminasi wanita dalam bidang
agrikultur dapat dihentikan dengan segera dan pekerja wanita mendapat hak-hak mereka
terutamanya dalam peluang mendapat pendidikan yang setara dengan kaum lelaki melalui
meruntuhkan etika atau sikap prejudis terhadap wanita demi mempertahankan hak asasi
wanita dan memperoleh kehidupan yang sejahtera bebas diskriminasi.

14

MPU 31062/ FALSAFAH DAN ISU SEMASA

5.0 RUJUKAN

Shariff, N. B. (n.d.). FALSAFAH ETIKA. Scribd. Retrieved January 5, 2022, from
https://id.scribd.com/document/9648102/FALSAFAH-ETIKA

Guterres, Antonio. “Hapus Prejudis, Sokong Hak Wanita.” Berita Harian, 13 Mar. 2017,
www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2017/03/259272/hapus-prejudis-
sGuterres, Antonio. “Hapus Prejudis, Sokong Hak Wanita.” Berita Harian, 13 Mar.
2017, www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2017/03/259272/hapus-prejudis-
sokong-hak-wanita. Accessed 3 Jan. 2022

Muhiudeen, Shireen. “Diskriminasi Gender Hadkan ‘Sokongan’ Wanita Dalam Kerjaya.”
Berita Harian, 8 Mar. 2021,
www.bharian.com.my/rencana/muka10/2021/03/793792/diskriminasi-gender-
hadkan-sokongan-wanita-dalam-kerjaya. Accessed 3 Jan. 2022.

Krysta Harden. (17 October 2018). How to break down discrimination barriers for
women in agriculture.https://www.politico.eu/sponsored-content/how-to-break-
down-discrimination-barriers-for-women-in-agriculture/ [ 2 Januari 2022 ]

Elizabeth, R. (2007). Pemberdayaan wanita mendukung strategi gender mainstreaming
dalam kebijakan pembangunan pertanian di perdesaan. [2 Januari
2022]http://ejurnal.litbang.pertanian.go.id/index.php/fae/article/view/3959

Dandavati, N. (2020, July 17). Sahut saranan tindakan PBB dan SUHAKAM dalam
menangani impak gender COVID-19 - Women's Aid Organisation. Women’s Aid
Organisation. Retrieved January 5, 2022, from https://wao.org.my/sahut-saranan-
tindakan-pbb-dan-suhakam-dalam-menangani-impak-gender-covid-19/

Syarif, E. (2016). Etika Falsafah Islam Perspektif Kesetaraan Gender. Refleksi, 15(2),
165-186.

Abd Rahman, K. A., Ismail, I., & Omar, M. N. KECELARUAN NILAI DALAM
FALSAFAH ETIKA.

Alya Afiqah Ahmad Tarmizi. (2021, November 25). Kerajaan komited tangani kes

keganasan terhadap Wanita. Utusan Malaysia.

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/11/kerajaan-komited-tangani-kes-

keganasan-terhadap-wanita/.

Wijaya, A., Harianto, J., & Wong, M. (2020). KAJIAN AGAMA BUDDHA TENTANG

PERLINDUNGAN PEREMPUAN. Dhammavicaya, 4(2), 49-55.

M, H. (2017, January 17). FALSAFAH ETIKA ARISTOTLE. SlideShare. Retrieved
January 5, 2022, from https://www.slideshare.net/HusnaM4/falsafah-etika-aristotle

15


Click to View FlipBook Version