The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pastel Colorful Cute Group Project Presentation (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Izzahtul Far, 2024-05-29 04:09:09

Pastel Colorful Cute Group Project Presentation (1)

Pastel Colorful Cute Group Project Presentation (1)

ISI KANDUNGAN 01 02 03 05 06 07 04 08


AHLI KUMPULAN nor izzahtul farisa binti mohamad atan 08DPI23F1031 nur fifi aleeya binti anuar 08DPI23F1039 nuraida damia binti kamal 08DPI23F1099 01


02 ISU : BANJIR


Bencana ialah kejadian yang berlaku secara mengejut dan menyebabkan kerugian harta benda, kegiatan harian penduduk terganggu dan boleh mengakibatkan kematian. Permasalahan kajian ini ialah isu “Banjir” yang kerap berlaku di Kawasan Shah Alam, Selangor, disebabkan oleh pelbagai faktor dan menimbulkan pelbagai kesan terhadap persekitaran fizikal dan manusia. Objektif bagi kajian ini ialah mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada bencana banjir di negeri Shah Alam, Selangor, mengkaji kesan bencana banjir terhadap persekitaran fizikal dan manusia dan meneliti keberkesanan pengurusan JPS dan PBT bagi mengatasi bencana banjir di kawasan Shah Alam, Selangor. 02 ISU : BANJIR L A T A R B E L A K A N G I S U


03 FAKTOR YANG MENYEBABKAN ISU BANJIR TERJADI persekitaran fizikal seperti iklim dan cuaca di kawasan pinggir pantai ketidakcekapan sistem saliran bandar dan kawasan tepubina yang semakin meningkat hakisan Sungai Pembalakan haram hujan berterusan


IMPLIKASI TERHADAP AKTIVITI MANUSIA Implikasi banjir terhadap aktiviti manusia adalah banjir yang besar boleh menenggelamkan rumah kediaman serta menghanyutkan serta merosakkan harta benda peribadi serta barang elektrik, kenderaan dan sebagainya. Seterusnya, banjir terdapat risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penyakit bawaan air, antaranya penyakit yang lazim berlaku ketika banjir ialah sakit mata, keracunan makanan, malaria dan banyak lagi. Selain itu, aktiviti seharian mangsa akan terjejas kerana mangsa banjir tidak dapat keluar rumah atau dari pusat pemindahan. 04


Kemusnahan tanam-tanaman dan air akan menjadi keruh disebabkan oleh air daripada banjir. Bukit-bukau juga akan terhakis kerana hujan berterusan lalu menyebabkan bukit-bukau menjadi botak. Oleh itu, banyak berlakunya tanah runtuh dan sebagainya. IMPLIKASI TERHADAP ALAM SEKITAR 04


05 CADANGAN PENYELESAIAN ISU Inisiatif ini bergantung kepada komitmen daripada pihak berkuasa untuk memastikan tiada aktiviti yang berlaku tanpa lesen di kawasan hutan dan membuat polisi untuk memelihara alam semula jadi yang kita warisi. Jika setiap individu menjalankan tugas dengan tidak memandang dulu, tidak melihat rupa pastinya pemeliharaan alam dapat dijamin dan mengelakkan daripada bencana banjir berlaku.


kaedah untuk mengatasi masalah banjir adalah dengan menaik taraf sistem amaran banjir. Marcapada ini penggunaan telefon pintar dalam kalangan masyarakat adalah kebiasaan demi menyelami arus modenisasi pada hari ini. Tetapi, sistem amaran banjir kita masih lagi menggunakan teknologi lapuk seperti amaran siren di kawasan berdekatan sungai. Apabila hujan turun dengan lebat, bunyi siren dan amaran tidak akan kedengaran dan menyebabkan ramai penduduk tidak sedar. 05 CADANGAN PENYELESAIAN ISU FLOOD


05 CADANGAN PENYELESAIAN ISU Maka, pihak berkuasa seharusnya melakukan anjakan paradigma dengan menggunakan teknologi yang kita miliki hari ini untuk menyediakan sistem amaran banjir yang terbaik. Tamsilnya, perkongsian amaran cuaca buruk daripada jabatan kaji cuaca melalui sistem pesanan ringkas atau di media sosial. Apabila masyarakat diberikan amaran dan mereka sedar akan potensi berlakunya banjir, pasti mereka akan bertambah waspada dan melakukan persiapan untuk menghadapi musibah tersebut. FLOOD


Pihak berkuasa tempatan perlu bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk memastikan kontraktor yang diberikan tanggungjawab untuk membina dan menyelenggara sistem perparitan di kawasan masing-masing menjalankan tugas mengikut piawai dan tahap yang ditetapkan. Jelasnya, sistem perparitan yang baik dapat membantu kita mengatasi masalah banjir. 05 CADANGAN PENYELESAIAN ISU


Kita mungkin menghadapi masalah birokrasi apabila ingin melakukan sesuatu penyelesaian masalah yang melibatkan pihak berkuasa dan juga kerajaan. Justeru, pihak berkuasa atau individu yang mempunyai sumber kewangan dan kemudahan boleh membantu untuk mendalamkan sungai sekitar dan juga menyediakan kolam takungan air. 05 CADANGAN PENYELESAIAN ISU


HADIS YANG BERKAITAN BANJIR Hujan adalah satu daripada rahmat Allah SWT yang diturunkan dari langit kepada semua makhluk-Nya di bumi. Penurunan hujan ini datang bersama keberkatan yang akan memberi manfaat yang besar kepada hamba-Nya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Kami menurunkan daripada langit air yang berkat."Surah Qaf ayat 9. 06


06 HADIS YANG BERKAITAN BANJIR Umum mengetahui, hujan mempunyai musim yang tertentu berdasarkan perubahan angin di sesuatu kawasan dan tempat. Di Malaysia, Monsun Timur laut bertiup dari November hingga Mac yang membawa hujan lebat di kawasan pantai timur Semenanjung dan di kawasan barat Sarawak seperti dikhabarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Disebabkan situasi itu, curahan hujan di kawasan berkenaan mengalami peningkatan yang ketara sehingga menyebabkan berlaku banjir di kawasan yang rendah.


06 HADIS YANG BERKAITAN BANJIR Penurunan hujan juga antara tanda kiamat yang dinyatakan Nabi SAW. Gambaran ini merujuk kepada curahan hujan yang lebat dengan sedikit tumbuhtumbuhan yang hidup. Nabi SAW bersabda maksudnya: "Tidak akan datang hari kiamat sehingga langit menurunkan hujan yang tidak terlindung daripadanya rumah yang diperbuat daripada tanah dan tidak ada yang terlindung daripadanya melainkan rumah yang diperbuat daripada bulu/kulit haiwan (khemah)."Hadis Riwayat Ahmad, hadis no 7510.


KESIMPULAN 07 Kesimpulannya, pelbagai cara yang boleh dilaksanakan untuk memastikan masalah banjir tidak berulang di Malaysia. Setiap tindakan yang dirancang pastinya ada kesan baik dan juga buruknya. Oleh itu, semua pihak seharusnya berganding bahu mencari mekanisme terbaik untuk menyelesaikan masalah banjir yang kompleks dan berbeza di setiap kawasan. Hanya dengan dedikasi yang ikhlas dan niat untuk memastikan setiap antara ahli masyarakat hidup dengan selamat akan membawa kita ke meja penyelesaian kepada masalah ini. Ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bikin muafakat. Perumpamaan ini jelas menunjukkan jika kita bermuafakat untuk mencapai satu visi yang sama iaitu mengatasi masalah banjir, pastinya kita akan menjumpai solusi yang terbaik untuk semua pihak. Semoga kaedah-kaedah yang dibincangkan dapat dipraktikkan dan seterusnya memastikan masyarakat kita hidup dengan selamat, selesa dan harmoni.


RUJUKAN 08 https://hellodoktor.com/kesihatan/berita/akibat-banjir-mangsa/ https://www.hmetro.com.my/addin/2021/01/666367/rahmatboleh-bertukar-jadi-musibah


Click to View FlipBook Version