The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulkhalisahm, 2022-05-16 09:27:18

KONSEP ISLAM DAN CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM

Pengenalan Islam

Keywords: pendidikan islam

Pengenalan islam

Islam disebut ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya
sebagai kalam Allah. Sebagai contoh dan normatif ialah nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.,
seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud ‘’penyerahan’’,
atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim,
bermaksud ‘’seorang yang tunduk’’.

Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan. Muslim
juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan sejagat kepercayaan monoteistik
ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w.
bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-
nabi terdahulu. Tradisi Islam menegaskan bahawa agama Yahudi dan Kristian memutarbalikkan
wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan
tafsiran palsu, atau kedua-duanya.

Amalan keagamaan Islam termasuklah Rukun Islam, yang merupakan lima tanggungjawab yang
menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat. Selain itu, terdapat syariat
Islam (‫شريعة‬, syari'ah) yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan
kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum
pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat.

Muslim mengikuti empat mazhab dari Imam besar Islam iaitu imam Hambali,Imam Maliki,Imam
Syafie dan Imam Hanafi. Islam adalah agama paling berpengaruh di Afrika dan Timur Tengah,
serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui di China, Semenanjung
Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti pendatang Muslim
di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20% Muslim tinggal di negara-negara Arab,
25% di Asia Selatan dan 13% di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi. Terdapat
sekitar 1.57 bilion Muslim, atau 23% penduduk dunia, menjadikan Islam agama kedua terbesar di
dunia, selepas Kristian dan boleh dikatakan agama yang berkembang paling pesat di dunia.

Konsep islam sebagai ad-Din

 Islam adalah satu-satunya peraturan hidup yang diturunkan Allah SWT untuk menjadi
panduan umat manusia. Islam merupakan ad deen samawi yang menepati fitrah manusia,
merangkumi semua aspek hidup yang menyentuh persoalan dunia dan akhirat,
kebendaan (material) dan kerohanian (spiritual), individu dan masyarakat , rumahtangga
dan Negara, pemimpin dan rakyat dan segala yang memenuhi ruang lingkup kehidupan
manusia.


Click to View FlipBook Version