The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulkhalisahm, 2022-05-16 09:25:14

KONSEP ISLAM DAN CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM

Ciri-ciri Keistimewaan Islam

Keywords: pendidikan islam

Ciri keistimewaan islam
Antara beberapa ciri-ciri keistimewaan Islam yang berbeza dengan agama dan ideologi lain
adalah:

1)Rabbaniyyah
-Islam ialah ajaran yang dating daripada Tuhan. Ajaran Islam bertujuan meletakkan manusia
pada redha Allah dan selamat di akhirat kelak.
Seluruh ajaran yang terdapat dalam Islam adalah daripada Allah. Semua peraturan kehidupan
kita diatur oleh Allah dan kita perlu melakukannya walaupun kita lihat tidak sesuai atau tidak
ada faedah.

Firman Allah SAW:-

(‫) َو َمۤا أُ ِم ُرواۤ إَِّۤل ِۤل َۤی ۡع ُب ُدوۤا ۤٱّ َل َۤل ُم ۡخ ِل ِصۤۤی َنۤ َلۤهُ ٱل ِدۤۤی َۤن‬

[Surah Al-Bayyinah 5]

“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskanۤibadatۤkepadaNya,ۤlagiۤtetapۤteguhۤdiۤatasۤtauhid.”

2)Insaniyyah
-islam adalah agama yang memberi pengiktirafan kepada manusia. Walaupun Allah telah
menetapkan peraturan dan tujuan, tetapi Allah muliakan manusia dengan memberi peluang
untuk befikir,memilih dan melakuan apa yang dikehendaki mengikut kadarnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Surah At-Tinۤayatۤ4,ۤ“Sesungguhnyaۤkamiۤtelahۤmenciptakanۤmanusiaۤdalamۤbentukۤyangۤ
sebaik-baiknya”

3)Syumul
-Islam adalah satu ajaran meliputi semua aspek sama ada jasad, akal mahu pun roh. Ia
menyusun hubungan sesame manusia, sesame makhluk lain dan antara manusia lain dan
antara manusia dengan Allah.
Firman Allah SWT:

(‫) َۤیـۤأَۤی َها ٱلَ ِۤذۤی َنۤ َءا َمنُواۤ ٱ ۡد ُخلُوۤا فِۤی ٱل ِسۡل ِۤم َكا َفۤة َوَّۤل تَتَ ِبعُواۤ ُخ ُط َۤو ⁠ۤ ِۤت ٱل َشۤ ۡۤی َطـ ِنۤ إِ َنهُۤۥ َل ُك ۡۤم َع ُد ّۤو م ِۤبۤی ّۤن‬

Maksudnya:ۤ“Wahaiۤorang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam
(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah
Syaitan;ۤsesungguhnyaۤSyaitanۤituۤmusuhۤbagiۤkamuۤyangۤterangۤnyata.”

[Surah al-Baqarah: Ayat 208]

4) Wasatiyyah

– Wasatiyyah bermaksud pertengahan ataupun adil, iaitu tidak terlalu lembut dan tidak juga
terlalu keras. Ini sesuai supaya semua golongan merasa selesa dengan Islam.

Dari sudut akidah sebagai contoh, Islam tidak seperti ajaran agama lain yang terlalu
mementingkan hubungan dengan Tuhan sehingga mengabaikan hubungan sesama makhluk.
Juga Islam tidak seperti ideologi moden sekarang yang terlalu mengejar dunia sehingga
melupakan hubungan dengan Tuhan.

Firman Allah SAW:

‫َۤیَرتَ ِبِحۤ ُعۤۤی ّ(ۤم‬ ‫ِل َلَن َۡعر َل ُءَۤمو َم ّۤفن‬ ‫َج َعۡل َنا ٱ ۡل ِق ۡب َل ۤةَ ٱلَِۤت ۤی ُكن َتۤ َع َلۤ ۡۤی َهۤا إَِّۤل‬ ‫َۤو َۤی ُكو َنۤ ٱل َر ُسو ُلۤ َع َلۤ ۡۤی ُك ۡمۤ َش ِۤهۤیۤدۤا َو َما‬ ‫ٱل َنا ِ ۤس‬ ‫َو َكذَۤ ⁠ۤ ِل َۤك َج َۤع ۡل َنـ ُك ۡمۤ أُ َمۤة َو َسطا ِلتَ ُكو ُنوۤا ُش َه َدا َۤء َع َلى‬
‫ۤٱّ َلُۤل ِۤلُۤی ِضۤۤی َۤع إِۤۤی َمـ َن ُك ۡۤم إِ َنۤ ٱّ َلَۤل ِۤبٱل َنا ِ ۤس‬ ‫ِإَّلۤ َع َل ۤى ٱ َل ِۤذۤی َۤن َه َد ۤى ٱّ َلُۤل َو َما َكا َۤن‬ ‫َل َكِۤبۤی َرۤة‬ ‫)ٱل َر ُسو َۤل ِم َمن َۤینقَ ِل ُبۤ َع َل ۤى َع ِقَۤب ۡۤی ِۤه َو ِإ ۤن َكا َن ۡۤت‬

[Surah Al-Baqarah 143]

Maksudnya:

“Danۤdemikianlahۤ(sebagaimanaۤKamiۤtelahۤmemimpinۤkamuۤkeۤjalanۤyangۤlurus), Kami jadikan
kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi
orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)

dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang
engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi
melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta
membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan
sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada
orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan
(bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada
orang-orang (yang beriman).

5)Waqiiyyah

-Waqiiyyah bermaksud Islam adalah agama yang mengambil kira peredaran masa dan
perubahan tempat. Islam sesuai bagi semua keadaan dan semua masa tidak pada zaman Nabi,
zaman khalifah mahupun zaman demokrasi moden hari ini. Oleh kerana itulah berlaku
perbezaan mazhab dalam Islam. Justeru itu, kita tidak haruslah menuduh bahawa mazhab kita
sahaja yang betul dan orang lain salah kerana semuanya adalah daripada ajaran Islam.

6)Jelas Dan Mudah
– Ajaran Islam bersifat jelas dan mudah difahami oleh seluruh lapisan manusia. Agama Islam
tidak perlu kepada peralatan yang cangguh atau tempat yang selesa untuk difahami. Walaupun
di dalam hutan tanpa sebarang bangunan, ia tetap boleh difahami dan diamalkan.

7) Tetap dan Fleksibel
– Antara keistimewaan Islam juga adalah terdapatnya perkara-perkara yang tetap yang tidak
boleh berubah-ubah hukumnya, dan ada pula perkara yang boleh berubah-ubah.

Terdapat hukum hakam yang jelas telah digariskan oleh Allah di dalam Al Quran dan Hadith.
Perkara ini adalah perkara tetap yang tidak boleh berubah contohnya pengharaman riba dan
sebagainya.


Click to View FlipBook Version