PENGENALAN ISLAM
Islam disebut ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap
penganutnya sebagai kalam Allah. Sebagai contoh dan normatif ialah nabi terakhir iaitu Nabi
Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam
bermaksud ‘’penyerahan’’, atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Seorang penganut
Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud ‘’seorang yang tunduk’’.
Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah
Tuhan. Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan sejagat
kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain
nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi pemulih
keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu. Tradisi Islam menegaskan bahawa agama
Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan
mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya.
Amalan keagamaan Islam termasuklah Rukun Islam, yang merupakan lima
tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat. Selain itu,
terdapat syariat Islam (شريعة, syari'ah) yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan
dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum
pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat.
Muslim mengikuti empat mazhab dari Imam besar Islam iaitu imam Hambali,Imam
Maliki,Imam Syafie dan Imam Hanafi. Islam adalah agama paling berpengaruh
di Afrika dan Timur Tengah, serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui
di China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar
komuniti pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20% Muslim
tinggal di negara-negara Arab, 25% di Asia Selatan dan 13% di Indonesia, negara Muslim
terbesar mengikut populasi. Terdapat sekitar 1.57 bilion Muslim, atau 23% penduduk dunia,
menjadikan Islam agama kedua terbesar di dunia, selepas Kristian dan boleh dikatakan
agama yang berkembang paling pesat di dunia.
Konsep islam sebagai ad-Din
• Islam adalah satu-satunya peraturan hidup yang diturunkan Allah SWT untuk menjadi
panduan umat manusia. Islam merupakan ad deen samawi yang menepati fitrah
manusia, merangkumi semua aspek hidup yang menyentuh persoalan dunia dan
akhirat, kebendaan (material) dan kerohanian (spiritual), individu dan masyarakat ,
rumahtangga dan Negara, pemimpin dan rakyat dan segala yang memenuhi ruang
lingkup kehidupan manusia.
KONSEP ISLAM
Islam (Tulisan Jawi: ;اسلامBahasa Arab: ;الإسلامal-'islām (bantuan·maklumat);
disebut:(aslama = أسلم, yuslimu = يسلم, islaman = )اسلاماialah agama samawi yang terkandung
dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah (Bahasa Arab: الله, Allāh),
kata demi kata, serta ajaran dan contoh normatif nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w.,
seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud
"penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Seorang penganut Islam
dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk".
1) KONSEP ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Sesungguhnya agama yang Allah terima adalah islam. Islam juga
dimaksudkan sebagai 'aman', 'damai' & 'tenang'. Ajaran Islam bukannya
disebarkan bersama 'pedang' keganasan seperti yang diburukkan oleh Barat.
Islam adalah rahmat Allah yang manusia tidak sedar kerana islam sahaja
agama yang diterima Allah.
Islam juga adalah peraturan hidup, peraturan yang bersifat Syumul (intangible)
* yang mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak
mulia, yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Sabda Rasulullah.
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat
selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Al-Quran dan Sunnah
Rasul".
Agama islam telah diwariskan (wahyu) kepada bangsa Arab. Sebab itulah
bahasa utama ibadahnya dalam bahasa Arab. Bagaimanapun penggunaan
bahasa Arab dalam ibadah solat atau berdoa, melambangkan penyatuan umat
melalui satu bahasa.
2) DASAR UTAMA AJARAN ISLAM
Dasar utama ajaran Islam meliputi aspek berikut:
a) Akidah ialah konsep kepercayaan yang akan membentuk iman kepada Allah
dan Rasul serta beriman kepada para malaikat, hari akhirat, syurga dan
neraka.
b) Ibadah ialah peraturan-peraturan untuk melakukan peribadatan dan
ketaatan kepada Allah. Ibadat juga meliputi perilaku melaksanakan ketaatan
kepada Allah melalui cara kebaikan kepada manusia dan alam seluruhnya.
c) Muamalah ialah pertaturan perhubungan sesama manusia yang meliputi
aspek kemasyarakatan, keadilan, akhlak, siasah, ekonomi dan kewangan.
3) PENGANUT ISLAM
Penganut Islam ialah mereka yang telah menerima akidah Islamiah secara
menyeluruh saperti yang termaktub didalam rukun Iman dan melaksanakan
tuntutan beribadah saperti yang termaktub didalam rukun Islam. Penganut
islam juga merupakan mereka yang sentiasa merujuk kepada Al-Qur’an dan
Al-Hadis dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah dan Rasul terutama
dalam hal-hal berkaitan dengan pegangan akidah dan perlaksanan ibadah.
Ciri keistimewaan islam
Antara beberapa ciri-ciri keistimewaan Islam yang berbeza dengan agama dan ideologi lain
adalah:
1)Rabbaniyyah
-Islam ialah ajaran yang dating daripada Tuhan. Ajaran Islam bertujuan meletakkan manusia
pada redha Allah dan selamat di akhirat kelak.
Seluruh ajaran yang terdapat dalam Islam adalah daripada Allah. Semua peraturan
kehidupan kita diatur oleh Allah dan kita perlu melakukannya walaupun kita lihat tidak sesuai
atau tidak ada faedah.
Firman Allah SAW:-
() َو َما أُ ِم ُروا ِإَّل ِل َی ۡعبُ ُدوا ٱّ َل َل ُم ۡخ ِل ِصی َن لَهُ ٱل ِدی َن
[Surah Al-Bayyinah 5]
“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid.”
2)Insaniyyah
-Islam adalah agama yang memberi pengiktirafan kepada manusia. Walaupun Allah telah
menetapkan peraturan dan tujuan, tetapi Allah muliakan manusia dengan memberi peluang
untuk befikir,memilih dan melakuan apa yang dikehendaki mengikut kadarnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Surah At-Tin ayat 4, “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang
sebaik-baiknya”
3)Syumul
-Islam adalah satu ajaran meliputi semua aspek sama ada jasad, akal mahu pun roh. Ia
menyusun hubungan sesame manusia, sesame makhluk lain dan antara manusia lain dan
antara manusia dengan Allah.
Firman Allah SWT:
() َیـأَی َها ٱلَ ِذی َن َءا َمنُوا ٱ ۡد ُخلُوا فِی ٱل ِسۡل ِم َكا َفة َوَّل تَتَبِعُوا ُخ ُط َو ِت ٱل َش ۡی َطـ ِن إِنَهُۥ َل ُك ۡم َع ُد ّو مبِی ّن
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam
(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah
Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
[Surah al-Baqarah: Ayat 208]
4) Wasatiyyah
– Wasatiyyah bermaksud pertengahan ataupun adil, iaitu tidak terlalu lembut dan tidak juga
terlalu keras. Ini sesuai supaya semua golongan merasa selesa dengan Islam.
Dari sudut akidah sebagai contoh, Islam tidak seperti ajaran agama lain yang terlalu
mementingkan hubungan dengan Tuhan sehingga mengabaikan hubungan sesama
makhluk. Juga Islam tidak seperti ideologi moden sekarang yang terlalu mengejar dunia
sehingga melupakan hubungan dengan Tuhan.
Firman Allah SAW:
(ٱ َعّ ََللۡیَل َه ِباٱلإَِنَّال ِ ِلس َن ۡلَع َلَر)َم َُءر َموِحنیّ ّمف ٱلَتِی ُكن َت ََع َل ۡی ُك ۡم َش ِهیدا َو َما َج َعۡل َنا ٱۡل ِق ۡب َلة َع َلى ٱلنَا ِس َویَ ُكو َن ٱل َر ُسو ُل ِلتَ ُكونُوا ُش َه َدا َء َو َسطا َو َك َذ ِل َك َجعَۡل َنـ ُك ۡم أُ َمة
إِی َمـ َن ُك ۡم إِ َن َه َدى ٱّ َللُ َو َما َكا َن ٱّ َللُ ِلیُ ِضی َع َكا َن ۡت لَ َك ِبی َرة إَِّل َع َلى ٱ َل ِذی َن َع َلى َع ِق َب ۡی ِه َوإِن یَنقَ ِل ُب َیتَ ِب ُع ٱل َر ُسو َل ِم َمن
[Surah Al-Baqarah 143]
Maksudnya:
“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami
jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak
menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan
yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan
kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami
jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk
menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar
mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik
kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat
(untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah
dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat
melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
5)Waqiiyyah
-Waqiiyyah bermaksud Islam adalah agama yang mengambil kira peredaran masa dan
perubahan tempat. Islam sesuai bagi semua keadaan dan semua masa tidak pada zaman
Nabi, zaman khalifah mahupun zaman demokrasi moden hari ini. Oleh kerana itulah berlaku
perbezaan mazhab dalam Islam. Justeru itu, kita tidak haruslah menuduh bahawa mazhab
kita sahaja yang betul dan orang lain salah kerana semuanya adalah daripada ajaran Islam.
6)Jelas Dan Mudah
– Ajaran Islam bersifat jelas dan mudah difahami oleh seluruh lapisan manusia. Agama
Islam tidak perlu kepada peralatan yang cangguh atau tempat yang selesa untuk difahami.
Walaupun di dalam hutan tanpa sebarang bangunan, ia tetap boleh difahami dan diamalkan.
7) Tetap dan Fleksibel
– Antara keistimewaan Islam juga adalah terdapatnya perkara-perkara yang tetap yang tidak
boleh berubah-ubah hukumnya, dan ada pula perkara yang boleh berubah-ubah.
Terdapat hukum hakam yang jelas telah digariskan oleh Allah di dalam Al Quran dan Hadith.
Perkara ini adalah perkara tetap yang tidak boleh berubah contohnya pengharaman riba dan
sebagainya.
CIRI CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM
Islam mempunyai beberapa ciri dan keistimewaan unggul yang membezakannya daripada
ajaran-ajaran lain. Ciri-ciri dan keistimewaan Islam ini dapat dapat dirumuskan seperti berikut:
Rabbani ( Ketuhanan )
- Bermaksud segala hukum, konsep, nilai dan peraturan yang terdapat di dalam Islam
adalah ditetapkan dan diwahyukan oleh Allah s.w.t.
- Peranan manusia hanyalah sekadar memahami, memperkembangkan dan
melaksanakannya dalam kehidupan mereka.
- Manusia tiada hak untuk campur tangan dalam urusan ketuhanan seperti penentuan
hukum haram, halal, dosa, pahala, nilai baik, buruk, jahat dan sebagainya.
- Ciri-ciri rabbani ini dinyatakan oleh Allah s.w.t. pada banyak tempat di dalam al-
Qur’an. Antaranya, firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah turunkan kepada kamu kitab
(al-Qur’an) dengan kebenaran, maka taatlah kepada
Allah dengan penuh keikhlasan kepada-Nya, ingatlah
bahawa agama yang bersih (benar) itu adalah milik
Allah.
(Surah al-Zumar: 2 – 3)
Al-Thabat wa al-Murunah ( Tetap dan anjal )
- Al-Thabat bermaksud tetap atau tidak berubah.
- Antara perkara yang termasuk dalam konsep thabat adalah aspek akidah dan hukum-
hakam amaliyyah yang dinyatakan secara qat’i (pasti) dalam al-Qur’an dan al-Sunnah.
- Perkara-perkara berkaitan akidah adalah tetap dan tidak boleh dipinda atau diubah-
ubah.
- Al-Murunah (anjal) pula bermaksud bahawa selain daripada perkara-perkara pokok
dan dasar yang tidak boleh berubah, terdapat juga perkara-perkara ranting dan
cabang yang boleh berubah mengikut kesesuaian dengan
perubahan maslahah manusia sepanjang peredaran zaman.
- Sebagai contoh, solat adalah wajib dan perlu dilaksanakan mengikut ketetapan rukun.
Walaubagaimanapun, jamak dan qasar dibenarkan dalam solat sekiranya seseorang
itu bermusafir.
- Ciri menjaga kepentingan manusia ini dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah
s.w.t. yang bermaksud:
Allah tidak sesekali memberatkan seseorang itu kecuali dengan kadar
upayanya. Baginya (pahala) bagi kebaikan yang dikerjakannya, dan
keatasnya (dosa) bagi kejahatan yang dikerjakannya. Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau seksa kami atas apa yang kami terlalai atau silap
padanya. Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan pekerjaan yang
berat ke atas kami sebagaimana yang Engkau bebani ke atas mereka
yang sebelum daripada kami.
(Surah al-Baqarah: 286)
Waq’iyyah (Realistik)
- Bermaksud ajaran Islam bersifat praktikal dan realistik iaitu bersesuaian dengan realiti
kehidupan manusia.
- Dalam menetapkan sesuatu hukum atau peraturan, Islam sentiasa mengambil kira
realiti semasa, setempat dan adat yang diamalkan.
- Islam tidak membebankan manusia dengan hukuman yang tidak realistik sehingga
manusia tidak mampu menunaikannya.
- Misalnya, Islam tidak memerintahkan manusia untuk beribadat sepanjang masa
sehingga mengabaikan kerja-kerja harian untuk mencari rezeki bagi menampung
keperluan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
- Islam mengiktiraf bahawa dalam realiti kehidupan manusia di alam ini terdapat
perbezaan, baik dari segi jantina, keupayaan fizikal dan mental, taraf ekonomi dan
lain-lain.
- Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Dan Allah melebihkan sesetengah daripada kamu ke atas
yang lain (dari segi anugerah) rezeki.
(Surah al-Nahl: 71)
Tawazun (Keseimbangan)
- Bermaksud ajaran Islam memberikan perhatian yang seimbang kepada semua aspek
kehidupan manusia; dari segi individu dan masyarakat, rohani dan jasmani,
kebendaan dan kerohanian serta dunia dan akhirat.
- Islam tidak membenarkan umatnya mementingkan diri sehingga mengabaikan
kepentingan masyarakat dan begitu juga sebaliknya. Islam juga tidak membenarkan
umatnya mementingkan aspek kerohanian semata-mata sehingga mengabaikan
aspek jasmani dan kebendaan dan begitu juga sebaliknya.
- Islam memerintahkan agar kesemua aspek hidup manusia mestilah digabungkan
dalam satu gabungan yang seimbang, harmonis dan sepadu supaya kehidupan
manusia menjadi sempurna dan sejahtera.
- Kepentingan ciri tawazun ini dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah yang
bermaksud:
… apabila kamu diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat,
maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkan jual-beli.
Itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui. Apabila solat
telah dilakukan maka bertaburanlah kamu di muka bumi, carilah
kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu
beruntung.
(Surah al-Jumu’ah: 9 – 10)
Syumul (Menyeluruh)
- Bermaksud Islam merupakan agama yang sempurna dan menyeluruh serta
mencakupi segala aspek kehidupan setiap manusia.
- Allah s.w.t. memiliki segala sifat kesempurnaan dan pengetahuan. Semua aspek
kehidupan manusia dijelaskan dan diberikan panduan oleh Allah s.w.t. dalam wahyu-
Nya.
- Tidak semua aspek kehidupan manusia ini dijelaskan dengan terperinci dalam al-
Qur’an dan al-Hadith. Hal ini kerana perjalanan hidup manusia akan berterusan
manakala wahyu al-Qur’an dan al-Hadith pula terhenti dengan kewafatan Rasulullah
s.a.w.
- Oleh itu, sebahagian besar panduan yang berkaitan aspek kehidupan manusia
dinyatakan dalam wahyu secara umum dan prinsipnya sahaja.
- Kesempurnaan ajaran Islam seperti yang terkandung dalam al-Qur’an dan al-Hadith
itu dapat dilihat dengan jelas dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan kami turunkan ke atas engkau kitab (al-Qur’an)
sebagai penjelasan bagi semua perkara.
(Surah al-Nahl: 89)
‘Alamiyyah (Sejagat)
- bermaksud Islam merupakan agama yang universal, tidak terikat dengan masa,
tempat dan ruang.
- Aspek ‘alamiyyah merangkumi tiga bidang utama iaitu syariah, akhlak dan akidah.
- Semua manusia tanpa mengira bahasa, warna kulit dan bangsa mempunyai
kedudukan yang sama di sisi Allah s.w.t. Tidak ada bangsa yang lebih mulia daripada
bangsa lain kerana faktor bangsa atau warna kulit atau bahasa semata-mata.
- Faktor tunggal yang membezakan seseorang dengan yang lain ialah tahap ketakwaan
kepada Allah s.w.t.
- Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Sesungguhnya yang terlebih mulia daripada kalangan kamu
ialah yang paling bertakwa.
(Surah al-Hujurat: 13)
- Kesejagatan Islam bukan sahaja meliputi sesama manusia, malah merangkumi
makhluk yang lain. Allah s.w.t. bukanlah Tuhan bagi manusia sahaja, malah Allah
s.w.t. juga merupakan Tuhan bagi makhluk yang lain.
- Dalam hal ini, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
“Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan
sebagai (membawa) rahmat ke seluruh alam”.
(Surah al-Anbiya’:107)
Wasatiyyah (Kesederhanaan)
- Wasatiyyah ialah elemen yang sangat penting dalam Islam.
- Islam menolak semua unsur ekstremisme dalam kehidupan manusia. Sikap
melampau bukan sahaja ditegah dalam aspek kehidupan di dunia seperti pemakanan,
mengumpul harta dan sebagainya.
- dalam aspek keakhiratan seperti beribadat dan berzikir, sekiranya dilakukan secara
melampau, juga tidak dibenarkan.
- Dalam aspek pemakanan umpamanya, Allah s.w.t. menyuruh manusia makan dan
minum dari makanan dan minuman yang baik. Namun pada masa yang sama juga
Allah s.w.t. mengingatkan manusia agar tidak melampaui batas.
- Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
… dan makanlah dan minumlah dan (tetapi) jangan kamu
melampaui batas kerana Ia (Allah) tidak suka orang yang
melampaui batas.
(Surah al-A’raf: 31)
- Sikap melampaui batas dalam beribadat akhirnya akan menyebabkan seseorang
berasa susah, tertekan dan akhirnya menjadi jemu.
- Rasulullah s.a.w. mengingatkan umat Islam dalam sabdanya yang bermaksud:
Lakukan amalan ibadat (sunat) sekadar yang kamu mampu,
kerana Allah s.w.t. tidak jemu sehingga kamu sendiri nanti
yang akan jemu.
(HR. al-Bukhari)
KESIMPULAN
Islam merupakan agama yang benar. Ajaran agama islam bersifat komprehensif
membahas masalah-masalah manusia baik dunia ataupun akhirat. Islam merupakan agama
yang sesuai dengan fitrah manusia. Oleh karena itu agama islam harus disebarluaskan
kepada umat manusia agar dapat memeluk agama islam (bagi non muslim) serta
memperdalam ajaran islam (bagi kaum muslim). Salah satu jalan untuk menyebarluaskan
agama islam adalah dengan berdakwah. Seperti diungkapkan sebelumnya, bahwa islam
adalah agama yang komprehensif dan tidak terkecuali dakwah. Islam telah memberikan
gambaran bagaimana cara berdakwah. Menurut didalam al-Qur’an surat An-Nahl 125-126,
yang telah dibahas ini telah memberikan pengertian kepada para Da’i bagaimana berdakwah
sehingga tujuan dakwah-menuju kepada jalan kebenaran dapat dicapai oleh umat manusia.