KONSEP ISLAM
Islam (Tulisan Jawi: ;اسلامBahasa Arab: ;الإسلامal-'islām (bantuan·maklumat);
disebut:(aslama = أسلم, yuslimu = يسلم, islaman = )اسلاماialah agama samawi yang terkandung
dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah (Bahasa Arab: الله, Allāh), kata
demi kata, serta ajaran dan contoh normatif nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh
politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau
penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim,
bermaksud "seorang yang tunduk".
1) KONSEP ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP
Sesungguhnya agama yang Allah terima adalah islam. Islam juga dimaksudkan
sebagai 'aman', 'damai' & 'tenang'. Ajaran Islam bukannya disebarkan bersama
'pedang' keganasan seperti yang diburukkan oleh Barat. Islam adalah rahmat
Allah yang manusia tidak sedar kerana islam sahaja agama yang diterima Allah.
Islam juga adalah peraturan hidup, peraturan yang bersifat Syumul (intangible) *
yang mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia,
yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Sabda Rasulullah.
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat
selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasul".
Agama islam telah diwariskan (wahyu) kepada bangsa Arab. Sebab itulah bahasa
utama ibadahnya dalam bahasa Arab. Bagaimanapun penggunaan bahasa Arab
dalam ibadah solat atau berdoa, melambangkan penyatuan umat melalui satu
bahasa.
2) DASAR UTAMA AJARAN ISLAM
Dasar utama ajaran Islam meliputi aspek berikut:
a) Akidah ialah konsep kepercayaan yang akan membentuk iman kepada Allah
dan Rasul serta beriman kepada para malaikat, hari akhirat, syurga dan neraka.
b) Ibadah ialah peraturan-peraturan untuk melakukan peribadatan dan ketaatan
kepada Allah. Ibadat juga meliputi perilaku melaksanakan ketaatan kepada Allah
melalui cara kebaikan kepada manusia dan alam seluruhnya.
c) Muamalah ialah pertaturan perhubungan sesama manusia yang meliputi aspek
kemasyarakatan, keadilan, akhlak, siasah, ekonomi dan kewangan.
3) PENGANUT ISLAM
Penganut Islam ialah mereka yang telah menerima akidah Islamiah secara
menyeluruh saperti yang termaktub didalam rukun Iman dan melaksanakan
tuntutan beribadah saperti yang termaktub didalam rukun Islam. Penganut islam
juga merupakan mereka yang sentiasa merujuk kepada Al-Qur’an dan Al-Hadis
dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah dan Rasul terutama dalam hal-hal
berkaitan dengan pegangan akidah dan perlaksanan ibadah.
KESIMPULAN
Islam merupakan agama yang benar. Ajaran agama islam bersifat komprehensif
membahas masalah-masalah manusia baik dunia ataupun akhirat. Islam merupakan agama yang
sesuai dengan fitrah manusia. Oleh karena itu agama islam harus disebarluaskan kepada umat
manusia agar dapat memeluk agama islam (bagi non muslim) serta memperdalam ajaran islam
(bagi kaum muslim). Salah satu jalan untuk menyebarluaskan agama islam adalah dengan
berdakwah. Seperti diungkapkan sebelumnya, bahwa islam adalah agama yang komprehensif
dan tidak terkecuali dakwah. Islam telah memberikan gambaran bagaimana cara berdakwah.
Menurut didalam al-Qur’an surat An-Nahl 125-126, yang telah dibahas ini telah memberikan
pengertian kepada para Da’i bagaimana berdakwah sehingga tujuan dakwah-menuju kepada
jalan kebenaran dapat dicapai oleh umat manusia.