The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rashid Treize, 2020-07-08 02:31:22

PANDUAN PENGOPERASIAN SK SEKSYEN 13, SHAH ALAM SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN MENGIKUT GARIS PANDUAN KPM - PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

last 8/7/2020

PANDUAN
PENGOPERASIAN
SK SEKSYEN 13, SHAH ALAM
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

MENGIKUT
GARIS PANDUAN KPM - PENGURUSAN

PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

Penataran
Guru, Ibu bapa dan Penjaga

SK Seksyen 13, Shah Alam
Sekolah Kluster Kecemerlangan

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA
SURAT

01. GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA 1
SEKOLAH NORMA BAHARU

02. PRASARANA SEKOLAH 2
03. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) 3

04. PELAKSANAAN : KESELAMATAN MURID 4

05. CARTA ALIR PERGERAKAN MURID DATANG DAN BALIK 5
SEKOLAH

06. PELAN LANTAI SEKOLAH (LALUAN MASUK DAN LALUAN 6
KELUAR)

07. LAMPIRAN 1 BERGAMBAR – PERSIAPAN KESIAGAAN 7
SEKOLAH MENGIKUT KETETAPAN SOP

08. SOALAN LAZIM (FAQ) 11

GARIS PANDUAN
PENGURUSAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH - NORMA BAHARU

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

MUKADIMAH

Buku ini disediakan sebagai rujukan kepada guru, ibu bapa dan penjaga tentang
pengurusan sekolah dengan mengambil kira langkah-langkah bagi mengawal penularan
jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) berpandukan garis panduan daripada KPM.

1.0 INFO MAKLUMAN

1.1 Seiring dengan pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
berkenaan pembukaan semula semua sekolah dengan NORMA BAHARU secara
berperingkat :

1 JULAI 2020 (RABU) – MURID PRASEKOLAH
15 JULAI 2020 (RABU) – MURID TAHUN 5, 6 DAN PPKI
22 JULAI 2020 (RABU) – MURID TAHUN 1 HINGGA 6, PPKI DAN PRASEKOLAH
TIADA PENGGILIRAN MURID DAN KELAS HADIR KE SEKOLAH

1.2 Penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan sosial adalah amat penting dalam
pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam
kalangan murid, guru dan warga sekolah.

1.3 Bergejala bermaksud simptom awal COVID-19 iaitu sama ada mengalami
demam (suhu badan 37.5°C dan ke atas), batuk, selesema, sakit tekak atau
sesak nafas.

1.4 Bilik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bermaksud bilik darjah dan bilik-
bilik khas yang digunakan bagi tujuan PdP.

1.5 Penjarakan sosial bermaksud jarak antara satu individu dengan individu lain
sekurang-kurangnya satu (1) meter dalam sebarang aktiviti.

1.6 Memberikan penerangan dan pendidikan berterusan kepada murid, guru dan
warga sekolah mengenai penularan jangkitan COVID-19 dengan memperincikan
kepentingan penjagaan kesihatan seperti mencuci tangan dan menggunakan
pensanitasi tangan (handsanitizer), penggunaan pelitup muka apabila perlu
serta kepentingan amalan penjarakan sosial.

1.7 Waktu persekolahan dilaksanakan seperti biasa, tiada perubahan dari segi
jadual waktu, masa dan mata pelajaran bagi sesi pagi dan petang.

1

2.0 PRASARANA SEKOLAH

2.1 Memastikan fokus utama pembersihan adalah pada permukaan yang sering
disentuh dan pada paras ketinggian yang boleh dicapai oleh tangan seperti
tombol pintu, suis lampu, singki, kepala paip, pengepam tandas, pelapik duduk
tandas, susur tangan di laluan pergerakan murid.

2.2 Bilik Darjah : Memastikan susunan meja bagi setiap kelas mesti berada dalam
jarak satu (1) meter dari “bahu ke bahu” antara satu dengan yang lain.
Contoh pelan lantai bilik darjah yang terdapat pada lampiran.

2.3 Kantin : Tutup sementara kepada murid. Tiada penjualan waktu pagi dan
tengah hari selain penyediaan makanan waktu rehat murid sahaja.

Maklumat tambahan :

2.3.1 Murid makan di dalam kelas waktu rehat.

2.3.2 Menempah makanan di kelas:

Tindakan guru mata pelajaran waktu pertama setiap hari.

2.3.3 Ketetapan 1 menu harian murid adalah seperti berikut :

a. Isnin : Nasi Ayam

b. Selasa : Spaghetti

c. Rabu : Nasi Lemak

d. Khamis : Mee Goreng

e. Jumaat : Nasi Goreng

2.3.4 Bentuk Pakej set/combo (menu + air + sudu/garfu)

2.3.5 Murid hanya dibenarkan makan menggunakan menggunakan sudu dan

garfu sahaja.

2.3.6 Pastikan anak bersarapan di rumah sebelum ke sekolah

2.3.7 Disarankan murid bawa bekal makanan dan minuman sendiri

2.3.8 Perubahan dan penambahbaikan akan dibuat dari masa ke semasa dan

akan dimaklumkan melalui saluran whatapps group PIBG, Sarana dan

Kelas.

* Murid masih tidak dibenarkan makan di kantin, kebenaran makan di

kantin akan diberi sehingga arahan lanjut dikeluarkan oleh KPM

2.4 Bilik guru/pejabat – tanda penjarakan diletakkan pada kerusi, meja, kaunter
dan tempat mengimbas kehadiran.

2.5 Bilik darjah, bilik-bilik khas, bilik guru, pejabat, kantin dan kemudahan-
kemudahan lain seperti bilik isolasi/kesihatan, tandas serta mana-mana
kawasan dan persekitaran yang melibatkan penggunaan oleh murid, guru,
kakitangan.

2.6 Bilik Musolla/Surau - individu/kumpulan kecil dengan penjarakan 1 meter
secara bergilir dalam satu – satu masa.

2.7 Tandas: di buka secara bergilir - seorang/berdua dalam satu-satu masa.

2

3.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

3.1 Meneruskan pembelajaran melalui bersemuka

3.2 Guru merancang dan melaksanakan aktiviti PdP yang akur kepada keperluan
penjarakan sosial.
3.2.1 Kelengkapan dan peralatan PdP :
Semua kelengkapan dan peralatan telah dibersihkan sebelum aktiviti
PdP dilaksanakan dan berfungsi.
3.2.2 Pelaksanaan aktiviti PdP :
Aktiviti mengikut jadual waktu pembelajaran seperti biasa, tiada
pengurangan waktu. Dilaksanakan mengikut sesi persekolahan pagi dan
petang.
3.2.3 Sebarang aktiviti di luar waktu pembelajaran tidak dibenarkan.
3.2.3.1 Aktiviti PdP dihadkan di bilik PdP sahaja dan hendaklah mengambil
kira penjarakan sosial yang ditetapkan.
3.2.3.2 Dibenarkan berpakai baju sukan/PJ semasa mata pelajaran
Pendidikan Jasmani
3.2.3.3 Aktiviti luar bilik darjah seperti Perhimpunan dan kegiatan kokurikulum
tidak dibenarkan sehingga arahan lanjut dikeluarkan oleh KPM.

4.0 KESELAMATAN MURID, GURU DAN WARGA SEKOLAH

4.1 Garis Panduan KPM sebagai bahan rujukan.

4.2 Pemakluman awal kepada murid, guru dan warga sekolah perlu diberikan
apabila dimaklumkan sekolah akan beroperasi.

4.3 Saringan: 3 terma yang telah dikeluarkan oleh DBP
4.3.1 Hand sanitizer – pensanitasi tangan DBP
4.3.2 Alat pengimbas suhu badan
4.3.3 Digalakkan memakai pelitup muka (bercorak warna tidak dibenarkan)

4.4 Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Hanya menghantar anak-
anak di pintu masuk yang ditetapkan sahaja.

4.5 Dicadangkan agar ibu bapa memeriksa suhu badan anak-anak di rumah dahulu.

4.6 Memastikan warga sekolah sentiasa menjaga kebersihan diri mengikut SOP.

4.7 Memastikan murid yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang
rendah sentiasa memakai pelitup muka.

3

5.0 PELAKSANAAN: KESELAMATAN MURID
5.1 Penjarakan sosial
5.2 Memakai pelitup muka
5.3 Jika Wujud kes COVID-19 yang disahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah:

6.0 PELAKSANAAN: PENGLIBATAN IBU BAPA
6.1 PIBG dan PIBK bantu pihak sekolah
6.2 Meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan penularan jangkitan COVID-
19.
6.3 Membuat tanda penjarakan sosial dan mengawal pergerakan murid.
6.4 Menyediakan pansanitasi tangan. Menggunakan peruntukan yang telah
diturunkan kepada pihak sekolah.

7.0 LALUAN MURID
7.1 Laluan murid di kawasan sekolah, datang dan balik sekolah adalah SEHALA.
7.2 Ketetapan laluan sehala dan pergerakan murid ada dilampirkan.
7.3 Kebenaran diberi kepada murid Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI)
masuk sekolah melalui pintu utama.

HAJI AB RASHID BIN HJ MD IHSAN
Guru Besar Cemerlang
SK Seksyen 13, Shah Alam
Sekolah Kluster Kecemerlangan

4

CARTA ALIR PERGERAKAN MURID DATANG DAN BALIK SEKOLAH

DOKUMEN TAJUK MUKA SURAT 5
AKTIVITI PENGURUSAN PERGERAKAN MURID TARIKH DISEDIAKAN

SUBAKTIVITI PENGURUSAN PERGERAKAN MURID DATANG DAN BALIK
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 13, SHAH ALAM

GAGAL MULA 1. Masuk pintu kecil berhadapan Kantin
LULUS (dijadikan Pintu Utama)

2. Saringan Suhu Badan (Parking kereta)
Gagal: Saringan ke 2 di bilik isolasi/kesihatan

3. Hand sanitizer: pensanitasi tangan.

4. Murid terus bergerak Laluan Masuk (tanda
MERAH) terus ke kelas masing-masing

5. Di kelas – guru mengambil kedatangan murid

6. Murid duduk ikut nombor meja atau nama
ditetapkan

PdPc

TAMAT 7. Murid balik mengikut laluan sehala (tanda
KUNING) yang ditetapkan – terus laluan
Pondok Basikal /Pondok Pengawal
Keselamatan dan Pintu Besar

5

PARKIR PELAN LANTAI SEKOLAH (LALUAN MASUK DAN LALUAN BALIK)PARKIR GURUSARINGAN
6 PARKIR GURU SUHU BADAN
PONDOK
PENGAWAL PETUNJUK : PARKIR PENTADBIR

2 PINTU UTAMA HENTIAN BAS

- LALUAN MASUK PINTU KEDUA
- LALUAN BALIK
1

KESIAGAAN SEKOLAH MENGIKUT KETETAPAN SOP
Ketetapan SOP yang melibatkan bilik darjah, bilik-bilik khas, bilik guru, kantin dan
kemudahan-kemudahan lain seperti bilik isolasi/kesihatan, tandas serta kawasan dan
persekitaran yang melibatkan penggunaan oleh murid, guru, kakitangan.

BILIK ISOLASI

7

SARINGAN SUHU BADAN
8

BILIK DARJAH, BILIK GURU DAN PRASARANA LAIN
9

MEJA 7 PELAN LANTAI BILIK DARJAH PINTU MASUK
GURU 8
9 PAPAN HITAM 37 PINTU KELUAR
1 10 38
2 11 19 31 39
3 12 13 25 40
4 41
5 20 32 42
6 14 26

21 33
15 27

22 34
16 28

23 35
17 29

24 36
18 30

10

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 13, SHAH ALAM
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

SOALAN LAZIM (FAQ)
BERKAITAN DENGAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

1. Perlukah murid memakai pelitup muka ketika datang ke sekolah?
Digalakkan. Sekiranya suhu badan melebihi 37.5°C atau bergejala tidak dibenarkan
hadir ke sekolah.

2. Apakah persediaan yang perlu kami lakukan sebagai ibu bapa/waris/penjaga sebelum
menghantar murid masuk ke sekolah?
Ibu bapa/waris/penjaga hendaklah memastikan murid berada dalam keadaan sihat
sebelum dihantar ke sekolah. Murid digalakkan memakai pelitup muka, membawa mini
hand sanitizer dan sentiasa mengingatkan murid-murid tentang norma baharu dalam
menjaga kebersihan.

3. Di manakah tempat menunggu sekiranya murid tiba lebih awal daripada waktu
persekolahan?
Murid hanya dibenarkan menunggu di kantin sahaja.

4. Bagaimana proses pembelian makanan di kantin?
Ibu bapa/waris/penjaga perlu memesan terlebih dahulu set makanan berdasarkan
pilihan menu yang diberi. Pihak pengusaha kantin akan menghantar makanan yang
dipesan ke kelas anak semasa rehat. Bayaran perlu dibuat semasa menerima makanan.
Namun, disarankan murid membawa bekalan makanan dan minuman dari rumah. Mesin
penapis air minuman yang ada di sekolah ditutup sementara waktu.

5. Adakah murid dibenarkan menunggu ibu bapa/waris/penjaga di kantin selepas sesi
persekolahan tamat?
Tidak dibenarkan. Ibu bapa/waris/penjaga perlu menepati masa mengambil murid masa
pulang. Tempat menunggu hanya di Pondok Basikal sahaja.

6. Jika murid tidak demam tetapi mengalami tanda-tanda seperti batuk, selesema, cirit
birit atau lain lain, adakah murid dibenarkan hadir ke sekolah? Apakah tindakan
pihak sekolah sekiranya murid mengalami tanda-tanda ini di sekolah?
Jika murid mengalami tanda-tanda seperti di atas, murid tersebut akan ditempatkan
di bilik isolasi sementara guru menghubungi Ibu bapa/waris/penjaga supaya mengambil
murid dan seterusnya menghantar murid ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD)
berhampiran.

7. Apakah langkah pihak sekolah dalam menangani isu apabila selesai waktu
persekolahan? Bagaimana hendak mengatasi masalah murid di luar pintu pagar
sementara menunggu Ibu bapa/waris/penjaga atau van/bas sekolah?
Pihak sekolah akan menasihati murid agar berada di tempat yang ditetapkan (di
Pondok Basikal). Seandainya murid menunggu waris di luar kawasan sekolah, pihak
sekolah tidak akan bertanggungjawab atas keselamatan murid.

11


Click to View FlipBook Version