PERSATUAN PEGUAM
SYARIE NEGERI
SEMBILAN
AGENDA : MESYUARAT
AGUNG TAHUNAN KALI KE-
7
TARIKH : 25 NOVEMBER
2022
HARI : JUMAAT
TEMPAT : PEJABAT
SEKRETARIAT PGSMNS NO.
5, TINGKAT 1, JALAN
DURIAN EMAS 2 BETARIA
BUSINESS CENTRE, 70100
SEREMBAN NEGERI
SEMBILAN
Bil. Butiran Halaman
1. Ahli Jawatankuasa PGSMNS 2021-2023
2. Ucapan Pengerusi PGSMNS
3. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan PGSMNS kali ke-7
4. Minit Mesyuarat Agung Tahunan PGSMNS kali ke-6
5. Laporan Setiausaha
6. Laporan Biro-biro Berkenaan Aktiviti –aktiviti 2022
a. Biro Perhubungan Awam, ICT dan Pengurusan
Aset
b. Biro Sukan dan Rekreasi
c. Biro Latihan dan Pembangunan
d. Biro Keahlian, Kebajikan dan Sosial
e. Biro Bantuan Guaman Syarie (aNSar)
7. Laporan Bendahari dan Penyata Kewangan PGSMNS
berakhir 30 November 2022
8. Usul-usul dari Ahli-ahli PGSMNS
1. AHLI JAWATANKUASA PGSMNS 2021-2023
Pengerusi : YBhg Dato’ Hj Hanif Hassan
Naib Pengerusi : En. Mohd Kamarul Arifin Bin Mohd Wafa
Setiausaha : Pn. Zalina Abd Malek
Penolong Setiausaha : Pn. Siti Syuhada binti Mohd Isa
Bendahari : Pn. Rozilawati Hashim
Jawatankuasa
Biro Keahlian, Kebajikan : Pn. Nur Farhana binti Nijar
dan Sosial Pn. Roslaili Bt Alias
Biro Latihan dan : En. Mohd Iqram bin Mat Shah
Pembangunan Pn. Nur Adilah binti Zulkifeli
Biro Perhubungan : En. Mohd Faisal bin Mohd Salleh
Awam, ICT dan
Pengurusan Aset : En. Muhammad Bakhtiar bin Haji Roslan
Biro Sukan dan Rekreasi : En. Mohd Syafiq bin Norizan
Biro Bantuan Guaman En. Muhammad Hafiz bin Leman
Syarie (aNSar)
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli
keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda
SAW.
Saya memanjatkan syukur ke hadhrat Allah kerana dengan limpah kurnianya Mesyuarat Agong
PGSMNS kali ke 6 dapat diadakan. Kita sama-sama memohon agar mesyuarat kita ini mendapat
keberkatan dan diredhai olehNya.
Sebagaimana yang kita sama-sama ketahui, ujian Allah hampir dua tahun ini memberi kesan kepada
amalan guaman syarie samada di Negeri Sembilan dan rakan-rakan kita di negeri yang lain. Prosiding
di mahkamah terpaksa ditangguhkan dalam masa yang agak lama. Keadaan ekonomi pula secara
relatifnya di dalam keadaan-keadaan tertentu membuatkan pelanggan-pelanggan menangguhkan
pembayaran yuran guaman yang menjadi punca pendapatan kepada kita.
Namun begitu, Alhamdulillah, walaupun situasi sukar yang telah dan sedang kita ditempuhi, kita telah
dapat menghadapinya. Kini saya percaya, sedikit demi sedikit kita telah mula bangun dengan optimis
bahawa keadaan akan kembali seperti dahulu sungguhpun kita perlu berada di dalam endamik. Sama-
samalah kita berdoa agar kita sentiasa diberikan kesabaran, dijauhkan dari sebarang penyakit
berbahaya dan dikurniakan kemurahan rezeki.
Di dalam keadaan apa sekalipun, kita perlu terus bergerak ke hadapan. Allah menjadikan sesuatu itu
sudah pasti mempunyai hikmahnya. Beramal semasa pandemik telah membuka mata kita bahawa
prosiding di mahkamah boleh dijalankan secara 4 dalam talian. Ianya ringkas, mudah dan menjimatkan
masa serta perbelanjaan. Kaedah maya tersebut adalah merupakan satu norma baharu di dalam
amalan guaman yang sebelum ini amat asing kepada kita sebagai peguam. Marilah kita bersama-sama
menerima pembaharuan ini dalam perspektif yang positif.
Kekangan prosedur operasi standard (SOP) telah memberi kesan kepada kerancakan aktiviti PGSMNS.
Sungguhpun begitu, biro-biro PGSMNS telah berusaha mengadakan beberapa program yang
bersesuaian dengan SOP atau secara dalam talian seperti ceramah, sambutan memperingati hari-hari
kebesaran Islam dan program tafaqquh. Pihak kepimpinan PGSMNS mengucapkan terima kasih kepada
ahli-ahli yang memberi sokongan dan menyertai program-program tersebut.
Pada mesyuarat kali ini pemilihan kepimpinan yang baharu akan diadakan. Adalah diharapkan ahli-ahli
akan dapat membuat pilihan yang terbaik. Kami di pimpinan ini berharap agar barisan baharu kali ini
akan dianggotai oleh ahli-ahli yang muda agar dapat memberi suntikan yang lebih segar kepada
PGSMNS.
Akhir kalam; PGSMNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan-tuan dan puanpuan kerana telah
memberi sokongan dan kerjasama selama kepimpinan sesi ini melaksanakan amanah.
Selamat bermesyuarat, sekian dan terima kasih.
Salam hormat,
DATO’ HJ HANIF BIN HASSAN (DBNS)
Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Negeri Sembilan (Sesi 2021/2023) November 2022
AGENDA MESYUARAT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KEENAM PERSATUAN PEGUAM SYARIE NEGERI SEMBILAN
(PGSMNS)
Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 6 Persatuan Peguam Syarie Negeri Sembilan akan diadakan pada 15
Oktober 2021 / 8 Rabiulawal 1443 (Jumaat) Jam:3.00pm bertempat di Dewan Angsana, Sutera Hotel,
Seremban 2, Negeri Sembilan
AGENDA
1. Membentangkan, Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kelima
PGSMNS;
2. Laporan Setiausaha - Membentangkan Laporan Aktiviti Biro-Biro PGSMNS bagi tahun 2020;
3. Laporan Bendahari- Membentangkan, Menerima dan Meluluskan Laporan Kewangan PGSMNS
berakhir 31 Disember 2020 ;
4. Perlantikan Pengerusi (bukan di kalangan Ahli-ahli Jawatankuasa) bagi Pemilihan;
5. Pemilihan Ahli-ahli Jawatankuasa PGSMNS bagi sesi 2021/2023;
6. Pemilihan Ahli-ahli Perwakilan ke Mesyuarat Tahunan Perwakilan;
7. Penamaan calon-calon pegawai Ahli Jawatankuasa PGSM;
8. Membincangkan Usul;
9. Hal-hal lain; dan
10. Ucapan Penutup Pengerusi PGSMNS 2021/2023
Bertarikh 24 September 2021
ZALINA ABD MALEK
SETIAUSAHA
PERSATUAN PEGUAM SYARIE NEGERI SEMBILAN
PERSATUAN PEGUAM SYARIE NEGERI SEMBILAN (PGSMNS)
LAPORAN AKTIVITI DAN PROGRAM BIRO SUKAN DAN REKREASI BAGI TAHUN
2022
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Biro Sukan dan Rekreasi Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Sembilan
(PGSMNS) telah merancang pelbagai aktiviti sukan dan riadah di sepanjang
tahun 2022 yang mensasarkan penglibatan dan penyertaan di kalangan ahli-
ahli persatuan PGSMNS sendiri.
1.2 Antara aktiviti-aktiviti sukan dan riadah yang dirancang adalah sukan
badminton, bowling dan memanjat bukit (“hiking”); sebagaimana yang telah
dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini.
1.3 Biro Sukan dan Rekreasi PGSMNS dengan kerjasama Biro Sukan
Jawatankuasa Peguam Negeri Sembilan (NS Bar) telah menganjurkan satu
pertandingan badminton yang diberi nama “Badminton 2 Penjuru : PGSMNS
vs NS Bar”
1.4 Pertandingan badminton ini telah selesai diadakan pada tarikh 18.6.2022 yang
lalu bertempat di Dewan Badminton Persatuan Badminton Malaysia Negeri
Sembilan (PBMNS), Senawang, Negeri Sembilan
1.5 Pertandingan ini telah disertai oleh para peguam syarie yang merupakan ahli-
ahli PGSMNS, para peguam sivil di bawah NS Bar serta pelatih-pelatih dalam
kamar syariah dan sivil
2.0 OBJEKTIF
2.1 Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ahli-ahli PGSMNS secara
khususnya, di samping memupuk silaturrahim dan kemesraan di antara ahli-
ahli PGSMNS dengan para peguam sivil yang bernaung di bawah NS Bar
2.2 Ianya merupakan aktiviti riadah yang dapat menyihatkan tubuh badan dan
menghiburkan minda dan rohani dalam cara yang patuh syarak (“syarie-
compliant”)
3.0 FORMAT PERTANDINGAN
3.1 Format pertandingan adalah perlawanan regu; iaitu 7 pasangan regu lelaki
(“men’s double”) dan 4 pasangan regu wanita (“women’s double”) untuk setiap
satu kontinjen dari PGSMNS dan NS Bar
3.2 Pemenang ditentukan menerusi kontinjen yang memenangi majoriti
perlawanan daripada keseluruhan 11 set perlawanan regu tersebut
3.3 Pertandingan ini telah diadili oleh barisan pengadil jemputan daripada PBMNS
4.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN
4.1 Kontinjen NS Bar telah muncul sebagai pasukan juara dengan agregat 6-5
4.2 Hadiah dan trofi kepada pasukan juara dan naib juara (PGSMNS) telah
disampaikan oleh Naib Pengerusi PGSMNS; Encik Mohd Kamarul Arifin bin
Mohd Wafa serta Pengerusi NS Bar; Encik Azmi bin Abdoll Aziz
5.0 GAMBAR-GAMBAR SEWAKTU PERTANDINGAN
5.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar kesemua ahli PGSMNS diberikan afiyat, keselamatan dan
dilindungi oleh Allah swt dari wabak Covid-19 serta apa jua musibah.
Dengan kelonggaran S.O.P yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan, insyaAllah
pelbagai aktiviti sukan dan riadah akan dirancang dan dilaksanakan oleh Biro Sukan
dan Rekreasi PGSMNS bagi ahli-ahli PGSMNS pada masa akan datang.
Akhir kata, semoga ikatan ukhuwah yang harmoni di antara kesemua ahli-ahli
PGSMNS sehingga ke akhirnya. InsyaAllah.
Disediakan oleh,
Muhammad Bakhtiar bin Haji Roslan,
AJK Biro Sukan dan Rekreasi,
PGSMNS
Bertarikh pada : 22.11.2022
Disemak oleh,
Zalina binti Abdul Malek
Setiausaha Kehormat
PGSMNS
Bertarikh pada : 22.11.2022
PERSATUAN PEGUAM SYARIE NEGERI SEMBILAN (PGSMNS)
LAPORAN AKTIVITI DAN PROGRAM BIRO LATIHAN BAGI TAHUN 2022
Biro Latihan Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Sembilan telah menyertai dan turut
menganjurkan beberapa aktiviti dan program untuk Tahun 2022 setakat bulan September
2022. Antara program-program tersebut adalah:-
1. MAJLIS PELANCARAN BULAN WAKAF PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2022
- Majlis ini berlangsung pada 5 April 2022 bertempat di Hotel Royale Chulan, Seremban
bermula jam 8.30am hingga 12.30pm.
- Program yang dianjurkan oleh Jabatan Wakaf MAINS ini turut dihadiri oleh pimpinan
PGSMNS dan AJK Biro Latihan.
- Pelbagai pengisian antaranya forum perdana turut diadakan bagi memupuk kesedaran
dan kepentingan berwakaf di kalangan masyarakat terutamanya di kalangan rakyat
negeri ini.
2. BACAAN SURAH YASIN & TAHLIL
- Program ini diadakan pada 14-4-2022 secara aplikasi Google Meet dijalankan pada jam
6.45pm sebelum berbuka puasa.
- Bacaan Surah Yasin dah tahlil ini telah dipimpin oleh Tuan Haji Zulkafli bin Zakaria yang
juga salah seorang ahli PGSMNS.
- Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah dikalangan ahli-ahli PGSMNS
3. TAZKIRAH RAMADHAN SEMPENA NUZUL QURAN
- Ianya diadakan pada 19-4-2022 bermula jam 6.30pm.
- Program ini pada asalnya disampaikan oleh Ustaz Muhammad Rozie Rejab namun oleh
kerana kekangan kesihatan, beliau telah digantikan oleh al Fadhil Ustaz Hj Mohd Hapizi
bin Mohamad Ali, Pengetua Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim yang juga
penceramah radio Negeri FM melalui slot “Ghobuih tak ompuk”.
4. FARAIDH 2.0
- Bengkel secara bersemuka ini telah diadakan pada 30-9-2022 bermula jam 3pm.
- Ianya diadakan di bilik mesyuarat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.
- Program ini disampaikan oleh Yang Arif Tuan Haji Kamal Bashah bin Dato’ Hj Ahmad
Tajuddin serta dijalankan secara teori dan praktikal yang mana Yang Arif turut
menjawab secara terus segala permasalahan yang diajukan oleh ahli-ahli PGSMNS.
- Di dalam sessi yang dihadiri oleh hampir 40 orang ahli PGSMNS ini, ahli-ahli turut
didedahkan dengan pengiraan faraidh secara berlapis.
- Rakaman sepanjang bengkel juga turut telah dimasukkan ke dalam kumpulan
Whatsapp AHLI PGSMNS.
Terdapat beberapa lagi program yang dirancangkan oleh Biro Pendidikan PGSMNS untuk
tahun ini namun ditangguhkan sementara bagi memberi laluan kepada PRU 15.
Kami memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kekhilafan
sepanjang program-program yang telah diadakan. Kami turut mengalu-alukan sebarang
cadangan program untuk kebaikan dan untuk menambah ilmu kita bersama.
“ILMU ITU CAHAYA”
Sekian, terima kasih.
Mohd Iqram bin Mat Shah
Biro Latihan
Persatuan Peguam Syarie Malaysia
Negeri Sembilan.
PERSATUAN PEGUAM SYARIE NEGERI SEMBILAN (PGSMNS)
LAPORAN AKTIVITI DAN PROGRAM BIRO KEAHLIAN, KEBAJIKAN & SOSIAL BAGI
TAHUN 2022
A. MUQADIMMAH
Selepas dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan PGSM Negeri
Sembilan Kali keenam pada Oktober 2021 yang lalu, amanah untuk
mengemudi biro tersebut telah diberikan kepada Nur Farhana binti Nijar
dan Roslaili Bt Alias.
B. TUGASAN DAN AKTIVITI
1. MENGUMPUL DATA DAN MEMPROMOSIKAN KEAHLIAN PGSM NEGERI
SEMBILAN
Telah dipertanggungjawabkan untuk menggalakkan
peguam-peguam Syarie yang beramal di Negeri Sembilan
menjadi ahli PGSMNS terutamanya kepada para peguam
muda yang mempunyai pejabat di Negeri Sembilan.
Selain itu, ditugaskan untuk mempromosikan persatuan ini
kepada Peguam-peguam Syarie Muda agar dapat
berpartisipasi dalam organisasi melalui program yang
dianjurkan.
Menguruskan, mengagihkan dan mengumpul borang
pendaftaran ahli-ahli baharu.
Mengambil maklum dan cakna dengan kebajikan serta ahli
PGSMNS dan berusaha menghulurkan bantuan tenaga atau
wang ringgit kepada ahli-ahli yang ditimpa musibah.
Sepanjang tempoh 2021 sehingga 2022, ada beberapa peguam
syarie telah berdaftar untuk menyertai PGSMNS, antaranya;
1. Mohd Faisal bin Mohd Salleh
2. Muhammad Afiq bin Ghali
3. Rumaizi bin Mohd Tejeri
4. Muhammad Syafie bin Md Said
5. Nurul Najihah Binti Abdul Rahim
Setelah berlaku penambahan ahli, jumlah keseluruhan untuk
kesemua ahli Persatuan Peguam Syarie Negeri Sembilan (PGSMNS)
setakat bulan Jun tahun 2022 adalah seramai 71 orang.
PROGRAM/AKTIVITI YANG TELAH DIANJURKAN
i. SUMBANGAN BANTUAN BANJIR KEPADA PGSM KELANTAN
Pada 04 Mac 2022, Persatuan Peguam Syarie Negeri Sembilan
telah memberi sumbangan wang sebanyak RM 1, 826.00 untuk
diberikan dan diagihkan kepada mangsa yang terlibat
dengan bencana banjir di Negeri Kelantan khususnya di
Rantau Panjang. Agihan ini telah disampaikan kepada PGSM
Negeri Kelantan melalui pengerusinya Tuan Haji Ismail.
ii. MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022 dan APRESIASI
PGSMNS
Tarikh : 19 Mei 2022 (18 Syawal 1443H) (Jumaat)
Masa : 3.00-6.30 petang
Tempat : Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, Jalan Taman Bunga,
Taman Tasek Seremban, Negeri Sembilan.
Pihak PGSMNS sangat berbesar hati di atas kehadiran Menteri
Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun
bersama isteri, Datin Seri Hajjah Wan Hasni Binti Wan Yusof, YB
Dato’ Eddin Syazlee Bin Shith, Timbalan Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri (Ekonomi), dan YB Tuan Muhammad Faiz Bin
Fadzil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir,
Pulau Pinang, wakil PGSM Pusat, Tuan Musa Awang dan Tuan
Azmi Abdul Aziz, Pengerusi Negeri Sembilan Bar.
Majlis dimulakan dengan ketibaan Ahli-ahli PGSMNS dan
Jemputan. Seterusnya adalah aluan oleh Pengacara Majlis
iaitu Encik Mohd Faisal dan Bacaan Doa oleh Encik Mohd
Ikram. Ucapan aluan dimulakan oleh Encik Kamarul Arifin bin
Mohd Wafa selaku Naib Pengerusi PGMSNS dan Ucapan
Salam Aidilfitri oleh Pengerusi PGSMNS Dato’ Haji Hanif Hassan
dan YB Dato’ Eddin Syazlee Bin Shith.
Selepas jamuan makan, ucapan oleh Menteri Besar Negeri
Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun dan
Penyampaian Cenderahati bagi AJK PGSMNS Tahun 2019-2021
oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Penyampaian Plak
oleh YAB Menteri Besar kepada YAB Dato’ Eddin Sayzlee, YAB
Tuan Muhammad Faiz Fadzil dan penyampaian oleh Dato’ Haji
Hanif Hassan kepada YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.
Seterusnya majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama semua
tetamu yang hadir.
Alhamdulillah Majlis Jamuan Raya & Apresiasi ini berjalan
dengan lancar dan meriah. Semoga ikatan ukhwah di antara
kesemua ahli PGSMNS semakin kukuh dan erat.
SUMBANGAN/HADIAH KEPADA AHLI PGSMNS
iii. SUMBANGAN KEPADA AHLI PGSMNS AN NAJWA BINTI MAT
SOONAN ATAS KEMATIAN BAPA
iv. SUMBANGAN KEPADA TN. ZINRISZAL BIN SELAMAT UNTUK
MELAKSANAKAN IBADAH HAJI
Disediakan oleh,
Roslaili Binti Alias
Nur Farhana Bt Nijar
Biro Keahlian, Kebajikan & Sosial
Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Sembilan