The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by normazni1972, 2021-09-23 22:17:17

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 4

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MACHANG BUBUK
14020 BUKIT MERTAJAM

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN BIL 4/2021

TARIKH : 11 JUN 2021
JUMAAT
HARI : 10.30 AM -12 .30 TGH
KEDIAMAN MASING-MASING ( GOOGLE –MEET)
MASA : 1. AHMAD ZAKI BIN SAAD (PENGETUA )
2. ZA`ABAR BIN MOHD SAID (PK 1)
TEMPAT : 3. MOHD RANI BIN SHAARI (PK HEM)
4. MOHD ASMADI BIN ISMAIL (PK KOKO)
KEHADIRAN: 5. NOR ADAWIYAH BT KHOSIN (PK PPKI)
6. SITI FATIMAH BT MOHD.KASSIM (GK BAHASA)
7. NOR MAZNI BT MAT (GK KEMANUSIAAN)
8. ROSITA BINTI AB HAMID ( GK TEKNIK VOKASIAONAL)
9. HASROL NIZAM B HASHIM ( GK SAINS DAN MATEMATIK
10.JULIA BT JOHARI (KAUSELOR)
11. NOR HAYATI BT HARON (KP PERNIAGAAN)
12. HAISYAH BINTI SAIDIN ( SU KURIKULUM)

AGENDA MINIT MESYUARAT :
1. Kata Aluan Pengetua
2. Mengesahkan minit mesyuarat Bil 3/2021
3. Perkara berbangkit
4. Taklimat TS25
5. Pengurusan Pentadbiran Sekolah
6. Laporan setiap Penolong Kanan
7. Hal-hal lain

BIL. BUTIRAN
1.0 UCAPAN PENGETUA

1.1 Encik Ahmad Zaki bin Saad selaku pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih dan

mengalu-alukan kehadiran AJK mesyuarat , Pn Julia , Pn Nor Hayati Haron dan

Pn Haisyah dalam mesyuarat Pengurusan dan Pentadbiran Bil 4/2021.

1.2 Tujuan Mesyuarat diadakan untuk mendengar taklimat TS25 dan juga membincangkan

hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan sekolah .

1.3 Beliau juga memaklumkan tentang pelantikkan Penyelaras TS25 iaitu Puan Nor Hayati

binti Harun.

Makluman : semua AJK Mesyuarat

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
2.1 Puan Siti Fatimah binti Kassim mencadangkan minit mesyuarat yang lalu diterima dan
disahkan.
2.2 Puan Rosita binti AB Hamid menyokong
Makluman : semua AJK Mesyuarat

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Merujuk kepada perkara 4.5, ucapan tahniah daripada Pengarah kepada petugas SPM
kerana telah berjaya melaksanakan tugas sehingga selesai SPM 2020

3.2 Merujuk perkara 4.8 , pendaftaran SPM 2021 dalam proses pendaftaran.

Tindakan : PK Pentadbiran
4.0 PENGETUA

4.1 MAKLUMAN PERLAKSANAAN TS25
- Matlamat Akhir TS25 ialah menjadikan sekolah berkualiti dan kemenjadiaan murid
Iaitu merangkumi 4 komponen iaitu :
# Kepimpinan Berkesan
# Kualiti guru
# Persekitan Pengajaran dan Pembelajaran Bermakna
# Sokongan PIBG dan komuniti

4.2 -“ PINTAS One page Management” mengumpul bahan hanya dalam satu muka surat.
Usaha satu program ke arah merangka Kualiti Pembelajaran guru dalam erti kata lain
“ guru Berkualiti dan murid juga Berjaya “

4.3 Untuk membentuk kewajaran program TS25 agar pelaksanaanya lebih terancang ,
maka program ini diletakkan dibawah Unit Kurikulum dan Penyelaras dilantik
terdiri daripada Guru Kanan Teknik dan Vokasional.

4.4 ANALISI KEPUTUSAN SPM 2020
- Pengetua memaklumkan pengumuman keputusan SPM telah diterima pada 10 Jun
2021 , SU SPM telah memaklumkan keputusan keseluruhan sekolah pada pukul 7.00
pagi pada tarikh tersebut.

-Pada keseluruhannya berlaku penurunan iaitu :
Gred Purata Sekolah ( GPS) 2020 : 5.68

2019 : 5.63
Berlaku penurunan sebanyak 0.05 Manakala peratus layak sijil juga mengalami
Penurunan iaitu : 2019 – 76.77

2020 – 73.72
Penurunan sebanyak 3.05

4.5 Pengetua juga membentangkan mata pelajaran yang naik dan mata pelajaran yang
turun , pencapaian setiap mata pelajaran dan nama-nama pelajar cemerlang.
(rujuk lampiran)

4.6 Seterusnya Pengetua merakamkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas usaha
yang bersungguh-sungguh terutama program peningkatan akademik . Kita terima
keputusan ini dengan berlapang dada dan keputusan tahun 2019 merupakan keputusan
yang terbaik setakat ini dalam tempoh 5 tahun.

4.7 Beliau juga mengucapakan tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kauseling atas usaha
terbaik kongsi bahan di dalam group Telegram sekolah mengenai pelajar cemerlang dan

pelajar yang layak sijil bagi memudahkan semua pihak.
Makluman : Semua AJK Mesyuarat

5.0 LAPORAN DARIPADA PK PENTADBIRAN
5.1 Encik Zaabar menerangkan sekali lagi tentang gambaran atau pelaksanaan TS25
iaitu bermula dengan kepimpinan sekolah yang berkesan dari pelbagai aspek akan
menjadikan guru lebih berkualiti dengan mewujudkan Pengajaran dan Pembelajaran
yang bermakna . Semua usaha memerlukan sokongan yang kuat dari PIBG dan
komuniti.

5.2 PBPPP( Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan )
Penilai hendaklah berbincang dengan PYD terutama tentang keberhasilan
dan keberhasilan menggunakan borang format terkini. Tarikh key –in pada 5 April
hingga 21 Jun 2021 – peringkat sekolah

5.3 PDPR akan bermula pada 14 Jun hingga 25 Julai 2021 dan cuti pertengahan penggal ke
2 pada 17 Julai 2021 hingga 25.Julai 2021 dan pelaporan PdPr masih lagi menggunakan
Spdpr Penang dan guru juga boleh mengisi google-form dari pihak sekolah jika ada
Masalah untuk log in.
Makluman : Semua AJK Mesyuarat

5.4 PERANCANGAN STRATEGIK
Beliau memaklumkan bahawa perancangan strategic akan tamat pada tahun ini dan
Meminta GKanan memaklukan kepada bidang masing agar merangka perancangan
Stretegik yang baru iaitu 2021 - 2025

Tindakan : Semua GKanan

6.0 LAPORAN DARIPADA PK HEM
6.1 KESELAMATAN PARA PELAJAR
Encik Abd Rani memaklumkan mengenai masalah lorong motosikal telah diperbaiki dan
Mengucapkan ribuan terima kasih atas tindakan pihak sekolah

6.2 ENVOLMEN PELAJAR
Beliau memaklumkan bahawa masih terdapat pelajar yang bertukar dan masuk ke
sekolah dan beliau akan cuba selesaikan dalam masa terdekat.

Makluman : Semua AJK Mesyuarat

6.2 KESELAMATAN KELAS
Terdapat kelas yang mempunyai fius dan flug rosak dan terdedah terutama 5 PNG.
Mana kala 3 USM pula siling tercabut dan bocor .
Tuan Pengetua meminta PK Hem memaklumkan kepada semua guru tingkatan supaya
melaporkan sebarang kerosakkan dengan mengisi “ borang laporan kerosakkan”
di pejabat agar tindakan segera dapat dilaksanakan.
Tindakan : PK Hem

7.0 LAPORAN DARIPADA PK KOKO
7.1 AKTIVITI KOKURIKULUM
Encik Asmadi memaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum secara atas talian telah
dijalankan dari awal tahun hingga bulan Mei dan dengan baik.
Sehingga kini jumlah aktiviti mengikut kategori iaitu:

# Badan Uniform - sebanyak 4 kali
# Sukan dan Permainan - sebanyak 3 kali
# Kelab dan Persatuan - sebanyak 4 kali

Penglibatan pelajar masih lagi kurang memuaskan dan beliau berharap guru penasihat
dapat mengadakan aktiviti diluar waktu bagi membolehkan pelajar terlibat untuk
mendapatkan markah kehadiran

7.2 PENGLIBATAN PELAJAR PADA TAHUN 2021
Pertandingan Online bagi bulan Jun masih lagi berlangsung dan beliau akan berkongsi
dengan guru Penasihat dan pelajar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Makluman : Semua AJK Mesyuarat

8.0 LAPORAN PK PPKI

8.1 PELAJAR INKLUSIF
Beliau memaklumkan bahawa 12 pelajar akan dimasukkan ke kelas dan 2 pelajar akan
mengambil SPM pada tahun ini.
Makluman : Semua AJK Mesyuarat

9.0 HAL-HAL LAIN
9.1 Encik Hasrol Nizam memaklumkan tentang program TIMSS dan PISA telah berjalan
dan akan diteruskan untuk fasa seterusnya sehingga bulan September.

9.3 Puan Nor Mazni memohon perlaksanaan jadual Penjajaran sepanjang tempoh PdPr ini

9.4 Encik Zaabar memaklumkan bahawa 2 daripada 5 orang guru ganti (GSTT) telah tamat
perkhidmatan mereka iaitu Cikgu Intan dan Cikgu Anis

Makluman : Semua AJK Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengahari

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

………………………………………………. ______________________________
( NOR MAZNI BINTI MAT ) ( AHMAD ZAKI BIN SAAD )

GK KEMANUSIAAN PENGETUA
SMK Machang Bubuk
Tarikh : ……………………………..


Click to View FlipBook Version