PIMK2082R - PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
ISU KBAT DALAM
PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN ISLAM
NOORHAFIZAHANIM BINTI MANSOR
PDPP 2.01
2021202400087
ISI KANDUNGAN PENGENALAN
DEFINISI KBAT
KONSEP & FOKUS KBAT
KBAT DALAM PENDIDIKAN
ISLAM
KBAT DALAM PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN ISLAM
CIRI-CIRI KBAT DALAM PENTAKSIRAN
ISU KBAT DALAM PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN ISLAM
CARA MENGATASI & CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
AL-QURAN & AS-SUNNAH
PENGENALAN Transformasi kurikulum pendidikan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 memberi penekanan
utama terhadap konsep kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) yang berupaya
melahirkan generasi yang mempunyai
keupayaan dalam pemikiran kritis dan
kreatif. Proses TRransformasi Pendidikan
Islam juga telah dirangka berdasarkan
pelaksanaan pengajaran guru di sekolah
melalui pengubahsuaian melibatkan
komponen keupayaan kurikulum
pembentukan budaya sekolah, penambaikan
pengetahuan guru dan tahap kemampuan
pelajar mengaplikasi setiap isi kandungan
pembelajaran berorentasikan KBAT.
DEFINISI KBAT
Keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu.
(Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2013)
Menurut Brookhart (2010), KBAT adalah mempersoalkan,
berupaya memahami dan menganalisa sesuatu untuk memahami
pemikiran sendiri dan orang lain.
Menurut Anderson (2011), KBAT bermaksud ciri-ciri perluasan
pemikiran seseorang pelajar itu untuk menginterpretasi,
menganalisis, ataupun memanupulasi sesuatu maklumat.
KONSEP KBAT
Konsep pelaksanan KBAT di dalam bilik darjah menurut KPM
memerlukan perubahan dalam kurikulum, pedagogi dan
pentaksiran iaitu:
• Kurikulum yang dibentuk berdasrkan KBAT memerlukan ianya
ditulis secara eksplisit di dalam dokumen kurikulum.
• Pedagogi dilaksanakan dengan pelbagai strategi PdPc yang
menerapkan KBAT seperti alat berfikir, soalan aras tinggi dan
inkuiri.
• Pentaksiran yang dipelbagaikan menerusi soalan berbentuk
aras tinggi (KBAT) dalam peperiksaan pusat dan penilaian yang
dilakukan secara berterusan menerusi Penilaian Berasaskan
Sekolah (PBS) yang melibatkan tiga aspek utama iaitu penilaian
psikomotor, peperiksaan dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
(PAJSK).
FOKUS KBAT
KBAT berfokus kepada kemahiran aras tinggi dengan memberi
tumpuan kepada:
1. Mengaplikasi – kebolehan menggunakan pengetahuan untuk
menghasilkan sesuatu yang baharu seperti menjalankan
eksperimen dan membuat binaan.
2. Menganalisis – mencerakinkan atau menstruktur maklumat ke
dalam bahagian yang lebih kecil, menentukan bagaimana
bahagian struktur keseluruhan atau matlamat berkaitan antara
satu sama lain.
3. Menilai – membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan
standard melalui memeriksa dan mengkritik.
4. Mencipta – menyatukan elemen untuk membentuk sesuatu,
menyusun, menjana, merancang atau menghasilkan semula
elemen ke dalam corak atau struktur baharu.
KBAT DALAM
PENDIDIKAN ISLAM
Pelaksanaan pengajaran guru Pendidikan Islam sekolah
melalui pengubahsuaian melibatkan komponen keupayaan
kurikulum, pembentukan budaya sekolah, penambahbaikan
pengetahuan guru, dan tahap kemampuan pelajar
mengapikasi setiap isi kandungan pembelajaran yang
diperolehi agar matlamat pengenalan pengajaran dan
pembelajaran berorentasikan KBAT dapat dilaksanakan
dengan berkesan seterusnya membentuk penghayatan
aqidah yang mantap dalam kalangan pelajar.
KBAT DALAM PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN ISLAM
Satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat bagi guru kepada tahap
kemampuan pelajar untuk membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi kepada setiap isi kandungan pembelajaran yang
diperolehi agar matlamat pengenalan pengajaran dan
pembelajaran berorentasikan KBAT dapat dilaksanakan
dengan berkesan dan seterusnya membentuk penghayatan
aqidah yang mantap dalam kalangan pelajar.
CIRI-CIRI KBAT DALAM
PENTAKSIRAN
1. STIMULUS – menggunakan stimulus secara ekstensif. Contoh: graf,
gambar rajah, petikan untuk menjana penaakulan kritis dan
kemahiran inferens.
2. ITEM TIDAK BERULANG – item pelbagai atau berbeza setiap tahun
melangkaui bahan buku teks untuk mewujudkan suasana yang
baharu
3. BERDASAKAN SITUASI SEBENAR – mencabar murid untuk
menyelesaikan masalah kehidupan sebenar dengan menggunakan
pembelajaran daripada pelbagai disiplin.
4. PELBAGAI TAHAP PEMIKIRAN – mentafsir pelbagai aras pemikiran
dalam domain kognitif untuk memberi impak yang lebih besar.
5. KONTEKS BUKAN LAZIM – konteks yang merujuk kepada situasi
baharu yang tidak lazim kepada murid, bertujuan merangsang murid
berfikir bukannya menyatakan semula apa yang dipelajari semas
PdP.
ISU KBAT DALAM
PENTAKSIRAN
PENDIDIKAN ISLAM
KETIDAKSEDIAAN GURU DALAM PENERAPAN KBAT
KBAT merupakan sesuatu yang baru bagi semua guru dalam
dunia pengajaran dan pembelajaran begitu juga dalam
pentaksiran.
Guru masih kurang bersedia kerana sudah selesa dengan
cara lama atau dahulu.
Guru perlu mengambil masa untuk menerapkan KBAT dalam
sesi PdP terlebih dahulu sebelum diterapkan dalam
pentaksiran.
GURU KURANG KEMAHIRAN, PENDEDAHAN
DAN PENGETAHUAN DALAM MEMBINA
ITEM SOALAN BERARAS TINGGI
Guru kurang jelas tentang pembinaan item soalan KBAT
Guru kurang diberi pendedahan atau kursus khas bagi membina
item soalan KBAT.
KBAT memerlukan guru memiliki pengetahuan yang luas dalam:
Menghasilkan item soalan yang berunsurkan bukan rutin atau
mestilah berkait dengan isu baharu/ situasi sebenar dalam
kehidupan.
proses pentaksiran (berdasarkan JSU pelbagai aras)
GURU MASIH TERIKAT DENGAN
KAEDAH PENGAJARAN & PENTAKSIRAN
SECARA TRADISIONAL
- Kaedah pengajaran tradisional
- lebih selesa atau terbiasa dengan kaedah "chalk & talk"
- pembelajaran berpusatkan guru
- pelajar sebagai penerima maklumat dan pendengar
- masih berfokus kepada cara pentaksiran asal iaitu pada aras
kefahaman dan pengetahuan sahaja.
MURID KURANG PENGETAHUAN TENTANG KBAT
- tidak berfikir secara kritis dan kreatif
- berada di zon selesa dengan pembelajaran berpusatkan guru
sahaja
- Menurut kajian 2010, murid jarang menggunakan kemahiran
berfikir aras tinggi untuk menjana idea, maka murid akan
menghadapi masalah untuk melaksanakan tugasan.
- murid perlu mempelajari dan menggunakan KBAT dalam
penjanaan idea supaya tugasan dapat diselesaikan dengan
lebih berkesan
CARA MENANGANI DAN
MENYELESAIKAN ISU
GURU
- guru perlu mengubah cara berfikir
- melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid
- memotivasikan murid
- menekankan aktiviti hands-on
- mengubah jenis tugasan
- Berkomunikasi secara berkesan
- Pemantauan dari pihak bertanggungjawab untuk melihat
perlaksanaan pentaksiran
GURU
Peranan guru dalam menerapkan KBAT
- memastikan setiap murid melibatkan diri secara aktif
dalam Pdp
- memberi peluang murid berbincang, bertanya dan
memberi pendapat
- mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran
- mengemukakan soalan membina, memimpin, terbuka
serta menggalakkan penaakulan serta berfikir pada aras
tinggi.
MURID
Program peta I-Think Model pembelajaran
- alat berfikir yang interaktif
- dirancang supaya murid
diperkenalkan ialah peta bertanya dan kemudian
pemikiran menemukan jawapan bagi
persoalan mereka sendiri
- terdapat 8 bentuk
peta pemikiran visual yang
mudah difahami merentas
kurikulum
MURID
Pembelajaran Akses Pembelajaran
Kendiri (PAK) berasaskan projek
- murid belajar secara - murid bekerjasama
kendiri melalui dalam menyiapkan
penggunaan bahan projek
pembelajaran
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
Menyediakan guru yang mahir
menerapkan kemahiran berfikir aras
tinggi KBAT
- menyediakan kursus atau latihan terutama kepada
guru pelatih
- guru sentiasa komited mencipta sesuatu yang baru
- perbincangan sesama guru melaksanakan KBAT
dalam pentaksiran
Memahami konsep item KBAT dalam
pentaksiran
- STIMULUS : menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritis
(contoh : membuat kesimpulan tentang sesuatu pengetahuan
yang baru diperolehi atau dipelajari)
- Pelbagai tahap aras pemikiran : mempelbagaikan kata tugas
untuk mentaksir aras pemikiran domain kognitif yang pelbagai
(contoh : menggunakan kata tugas
“bagaimana cara mengatasi…..” ,
“bagaimana cara menganalisis…..” ,
" membanding beza sesuatu pengetahuan
- Konteks bukan lazim : menggalakkan murid berfikir
lebih dalam atau sesuatu di luar bili darjah
- Situasi sebenar dalam kehidupan harian : Cabar murid
menyelesaikan masalah kehidupan sebenar dengaan
menggunakan pengetahuan dari pelbagai disiplin ilmu
- Item tidak berulang : Item berbeza setiap tahun
dnegan menggunakan bahan yang melangkaui buku teks
atau buku aktiviti
Perlaksanaan kaedah pentaksiran yang
pelbagai menerusi konsep KBAT
- kemahiran dalam pendidikan islam yang boleh
diterapkan unsur KBAT:
Kemahiran membuat kategori
- memerlukan keupayaan pelajar untuk membina
kefahaman tentang perbezaan yang wujud dalam
sesuatu kandungan
- contoh : kategorikan perkataan Alif Lam -
Qomariyyah dan Alif Lam-Syamsiyyah dari surah At-
Takathur, kemudian tulis di dalam buku tulis
Kemahiran membuat ramalan
- kemahiran mengandaikan perkara yang dijangka berlaku
daripada pendekatan yang digunakan melalui tema-tema
yang ditetapkan
- Contoh : amalan sedekah merupakan bukti kita bersyukur
kepada Allah. Beri gambaran tentang kebaikan
mengamalkan konsep bersedekah dalam kehidupan
Kemahiran mencipta analogi
- memerlukan kemahiran yang sepenuhnya dalam
kandungan ilmu kerana menghubung kaitkan
kandunagn ilmu dengan situasi semasa
- memerlukan keupayaan menganalisa dan
mengaplikasi yang tinggi
- Contoh : Ahmad mengikuti perkhemahan sekolah di
dalam hutan. Ahmad tidak menjumpai sungai dan
bekalan air yang ada hanya mencukupi untuk di
minum sahaja. Apakah solusi supaya Ahmad dapat
bersuci selain menggunakan air?
Kemahiran simulasi
- metodologi untuk melaksanakan percubaan dengan
memakai model dari satu sistem nyata
- Contoh : Simulasi bertema . terdapat gambar - niat
tayammum, gambar debu dan gambar cara-cara
bertayamum.
Memperluaskan kajian atau penyelidikan
tentang amalan KBAT dalam pentaksiran
- menggalakkan peluang atau ruang untuk kajian dan
penyelidikan amalan KBAT di kalangan guru pendidikan islam
sama ada di peringkat sekolah atau peringkat lebih tinggi
Membuat perbincangan atau perjumpaan
bersama ibu bapa tentang pengenalan
KBAT
- pihak sekolah membuat satu perbincangan bersama ibu
bapa tentang kepentingan mengamalkan KBAT dalam
pentaksiran
- merupakan persediaan awal penerimaan dan pengamalan
KBAT di rumah
AL-QURAN &
AS-SUNNAH
Maka bertanyalah kepada orang yang
mempunyai pengetahuan jika kamu tidak
mengetahui
SEKIAN
TERIMA KASIH