The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aiman Anwar, 2024-06-26 10:53:05

KEM IBADAH

KEM IBADAH

ProgramKem Ibadah“ HIDUP DALAM IBADAH “ SURAU AL-ISLAH, SMKDC Pelajar Muslim 27 Tingkatan 1 Sahaja Jun 2024 (Khamis) Anjuran: Panitia Pendidikan Islam 2.00 - 6.00 pm


PENDAHULUAN Ibadah merujuk kepada segala perbuatan yang dilakukan dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT, meliputi ibadah wajib seperti solat, puasa, zakat, dan haji, serta ibadah sunat dan amalan seharian yang baik seperti membaca Al-Quran, berzikir, bersedekah, dan berbuat baik kepada sesama manusia. Kepentingan ibadah dalam hidup sangat besar kerana ia merupakan cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah, memperoleh ketenangan jiwa, dan mendapat ganjaran pahala di dunia dan akhirat. Ibadah juga berperanan penting dalam memperbaiki akhlak dan membentuk keperibadian yang mulia, menjadikan kita individu yang sabar, ikhlas, jujur, dan bertanggungjawab. Tujuan Kem Ibadah yang dianjurkan di sekolah adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang lebih mendalam tentang pelbagai jenis ibadah, membimbing pelajar agar lebih istiqamah dalam melaksanakan ibadah harian, serta memupuk nilai-nilai keagamaan yang kukuh dalam diri mereka. Selain itu, kem ini bertujuan untuk membina ukhuwah Islamiyah dan mengeratkan silaturahim antara pelajar, guru, dan warga sekolah. OBJEKTIF Matlamat program ini adalah untuk menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di sekolah agar penghayatan mengenai konsep ibadah dapat melahirkan peribadi murid yang seimbang duniawi dan uhkrawi. Menekankan pembentukan peribadi dan akhlak baik melalui solat berjemaah, tadarus AlQuran dengan tujuan melahirkan pelajar berintegriti dan bertanggungjawab. Mempererat silaturahim dan kerjasama pelajar untuk membina komuniti sekolah yang harmoni dan saling menyokong.


MASA AKTIVITI 2.00-3.00 PM ALUAN SENAMAN TUA ICE BREAKING REBUT – REBUT SAYANG JALINAN JEMARI 3.00-5.30 PM TREASURE HUNT (4 CHECKPOINT) KENALI AL-FATIHAH, T-PUZZLE SOLAT DAN RUKUNYA, PAKU-PAKU WUDU’ TAYAMUM, MENARA NUT DART BOLA KEHIDUPAN, KAPAL TERBANG KERTAS 5.30-6.00 PM RUMUSAN HIDUP SATU IBADAH PERANAN SEORANG PELAJAR CIRI-CIRI PELAJAR HEBAT 6.00-6.15 PM SOLAT ASAR BERJEMAAH 6.15 PM PROGRAM TAMAT Aturcara Majlis


BIL  JAWATANKUASA  PERINCIAN TUGAS  1.  MAKANAN  -Pn. Normala Bt Zulkifli  Membuat anggaran perbelanjaan makanan dan minuman.  Membuat tempahan makanan untuk fasilitator.  Menyediakan tempat jamuan.   2.  FOTOGRAFI & DOKUMENTASI  - En. Ahmad Haikal bin Zainal  - En. Muhammad Adib Aiman bin Azizmai@Azmi  - En Muhammad Munir bin Zaini  Mengambil gambar sepanjang program. Menyerahkan foto yang diambil kepada AJK dokumentasi. Menyediakan dokumentasi setelah tamat program.  3.  PA SYSTEM & TEKNIKAL  -En. Ahmad Adib Fikri bin Badrul Hisham  -En. Muhammad Afnan Huzaifi bin Mat Saman  Menyediakan PA System, LCD dan mikrofon di Surau.  4.  KAWALAN PELAJAR  -Guru subjek dan guru praktikal petang  Memantau perjalanan program dan memastikan pergerakan murid terkawal.  AJK INDUK Pengetua : Tn. Md Nazri Bin Rahim (Pengetua SMK Desa Cempaka) Naib Pengerusi 1 : En Mokhtar bin Mohamad Zin (PK Hal Ehwal Murid) Timb. Pengerusi : : Pn. Rozlina binti Awang(PK Pentadbiran dan Akademik) : Pn. Azina binti Zakaria(PK Kokurikulum) : Pn. Suraya binti Sulaiman (PK Petang) : Pn. Wan Faridah Fairus binti Wan Ramli (PK PPKI) Penyelaras : Pn. Normala Binti Zulkifli (Guru Pendidikan Islam) Pengurus Program : Mohamad Noor Aiman bin Khairul Anwar Setiausaha Program : Ahmad Adib Fikri bin Badrul Hisham Bendahari : Siti Farahusna Binti Suharman


Click to View FlipBook Version