The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dgsuzana75, 2021-06-05 10:53:45

Tugasan Individu

Tugasan Individu

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN
SARJANA PENDIDIKAN (PENGURUSAN PENDIDIKAN)

TP60104 PENGURUSAN PENDIDIKAN
TEMA :

PENGAJARAN YANG BERJAYA : TEORI, AMALAN DAN REFLEKSI
NAMA PELAJAR / NO MATRIK :

DG SUZANAH BINTI AG SUHAILI (MP2012070T)

1

ISI KANDUNGAN
Pengenalan ........................................................................................................ 3
Model Pengajaran dan Pembelajaran.................................................................... 4
Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat............................................................ 6
1. Peringkat pertama ( ingatan atau memori)........................................................ 7
2. Peringkat kedua (Ingatan Jangka Pendek) ........................................................ 8
3. Peringkat ketiga (Ingatan jangka panjang)........................................................ 8
Konsep Teori Robert M. Gagne ............................................................................ 9
Model Pengajaran Robert Glaser .......................................................................... 9
Model Pengajaran Sistem Behavioral .................................................................. 10
Pengajaran Langsung........................................................................................ 10
Pembelajaran Masteri........................................................................................ 12
Implikasi Model Behavioral Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran ..................... 13
Model Pengajaran Sosial.................................................................................... 14
Teori Pengajaran Sosial dalam Institusi Pendidikan .............................................. 15
Pembelajaran Koperatif ..................................................................................... 16
Main Peranan ................................................................................................... 16
Simulasi ........................................................................................................... 17
Implikasi Model Pengajaran Sosial Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran........... 18
Model Pengajaran Personal................................................................................ 18
Pemikiran Kritis dan Kreatif (KBKK) .................................................................... 19
Pengajaran Tidak Langsung (Non-Directive)........................................................ 20
Model Pengajaran Sintetik ................................................................................. 20
Analogi Langsung ............................................................................................. 21
Analogi Personal............................................................................................... 21
Analogi Konflik ................................................................................................. 21
Kesimpulan ...................................................................................................... 22
Rujukan ............................................................... Error! Bookmark not defined.

2

Pengenalan
Tugas utama bagi seseorang guru adalah menyalurkan ilmu kepada para pelajar
dengan kaedah yang lebih mudah, sesuai dan mencapai objektif pembelajaran.
Dengan itu, para pendidik bukan sekadar hanya menyediakan kemudahan fasiliti yang
menarik kepada para pelajar, malah juga menyediakan serta mencipta sesi pengajaran
dan pembelajaran yang menarik minat pelajar untuk menimba ilmu. Guru perlu
mempertingkatkan kemahiran melalui pengamalan model pengajaran bagi
menjayakan proses pengajaran.

Kegagalan mengajar adalah mungkin disebabkan oleh kurangnya pendedahan
akan pemilihan teknik atau kemampuan kognitif, sosial, personal dan psikimotor
pelajar. Justeru itu, menurut Saleh et, al. (2017), guru yang kreatif dan efektif
merupakan individu yang telah dilatih secara profesional dalam membangunkan modal
insan dalam diri para pelajar. Dari aspek pengajaran dan pembelajaran, guru adalah
individu yang sentiasa bersama dengan pelajar di dalam kelas. Guru adalah penilai
kebolehan dan keupayaan pelajar dalam menguasai sesuatu bidang pelajaran.

Dalam hal itu, maka kepakaran guru amat menitikberatkan kemampuan guru
tersebut dalam merancang, menilai dan melaksana strategi pengajaran dan
pembelajaran agar dapat diterima dengan mudah oleh para pelajar. Ini bermaksud,
pendekatan yang guru tersebut lakukan perlulah berpaksi kepada model, teori atau
teknik yang bersesuaian dengan pencapaian, kebolehan dan perkembangan para
pelajar. Strategi yang dirancang dan dipilih bukan hanya berpotensi meningkatkan
minat serta pencapaian pelajar, malah ia juga dapat membantu dalam aktiviti
menganalisa idea dan konsep agar dapat memberikan idea baru dalam menghasilkan
pembelajaran yang berkesan kepada guru lain.

Penghayatan dan penguasaan ilmu disamping membentuk peribadi yang murni
bukan hanya hasil daripada keperibadian guru tersebut, malah juga pembentukkan
kurikulum yang bersepadu dan lengkap. Menurut Fathrrohman, M. (2015),
kecemerlangan pelajar adalah pencapaian terbesar bagi seorang individu yang
bergelar guru pendidik. Ini disokong oleh model pengajaran dalam mewujudkan
pengajaran yang berkesan dan berjaya.

3

Model Pengajaran dan Pembelajaran
Model pengajaran merupakan satu rekabentuk yang menunjukkan proses bagi
mempertingkatkan pelbagai tenik pengajaran dan pembelajaran. Model ini dapat
didefinisikan sebagai suatu proses yang bersistematik dalam aktiviti perancangan,
mengembangkan idea, proses pelaksanaan dan menilai sesuatu pembelajaran.
Terdapat beberapa bentuk model pengajaran yang diperkenalkan dan dipraktikan
pada masa kini. Setiap model ini memberikan setiap perspektif dan makna yang
berbeza akan sesuatu proses pengajaran yang dapat mempengaruhi profesionalisme
seorang guru dan pencapaian akademik pelajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.

Dalam memilih teknik dan strategi pembelajaran, tiada spesifikasi akan yang mana
model yang paling sesuai di antara yang lain dalam menyampaikan sesuatu ilmu.
Begitu juga tiada kaedah yang lebih baik bagi semua guru dalam apa jua keadaan dan
situasi. Semua modal mempunyai kaedah yang berbeza namun mempunyai satu
matlamat yang sama iaitu menyediakan pendidikan yang cemerlang. Guru boleh
memilih mana-mana model teknik yang dirasakan sesuai dengan tujuan pendidikan
yang beliau ingin capai. Ia bergantung kepada kematangan, suasana pembelajaran
dan juga tahap kecekapan dan kecerdasan para pelajar di sekolah masing-masing.
Oleh yang demikian, menurut Sanjaya, W. (2019), sebagai guru yang bijak, harus
memilih teknik pengajaran yang sesuai untuk pelajarnya. Ini adalah bagi memastikan
tujuan pendidikan dapat dicapai dan dilaksanakan dalam mencapai kecemerlangan
pelajar. Perancangan rapi dalam mengatur aktiviti pembelajaran amat penting supaya
objektif utama pendidikan tidak mengalami kegagalan dan haruslah membawa kepada
perubahan yang positif dalam meningkatkan keupayaan pelajar.

Dalam melakukan rancangan sedemikian, guru harus jelas akan perubahan yang
beliau kehendaki, bentuk pengetahuan yang diberikan kepada pelajar, jenis kemahiran
yang perlu diberikan penekanan serta kebolehupayaan pelajar dalam mengubah sikap
akan kepentingan pendidikan. Perancangan yang teliti ini membabitkan pemilihan
teknik-teknik dan kegiatan yang selaras dengan objektif pengajaran. Dalam
memahami konsep pengajaran dengan lebih teliti dan mendalam, maka terdapat
model-model pengajaran yang dikaji keberkesanannya. Model pengajaran akan
menentukan hubungkait antara unsur pembelajaran dan pengajaran. Semestinya,
tidak semua model pengajaran moden boleh disesuaikan dalam pengajaran di
sesebuah sekolah mahupun matapelajaran. Maka dengan itu, pendekatan perlu
diambil dalam mengenalpasti model yang bersesuai dengan suasana persekitaran

4

pembelajaran. Pemilihan akan teknik serta strategi pengajaran perlu diselaraskan
dengan objektif pendidikan agar matlamat ia tidak terpesong dari landasan yang
ditetapkan. Pemilihan harus dilakukan dengan mengenalpasti masalah, menyediakan
alternatif penyelesaian, merancang, melaksanakan serta menilai tahap keberkesanan
teknik yang telah diadakan. Sebagai contoh, dalam pendidikan agama, tidak semua
model boleh digunapakai dalam memberikan pendidikan yang beteraskan ilmu
keagamaan. Pelajar perlu diajar tentang ilmu duniawi dan akhirat. Ini bukan suatu hal
yang boleh dipandang mudah oleh para guru dalam mendidik para pelajar. Pendekatan
dan strategi yang berbeza perlu dilakukan bagi memudahkan pelajaran tersebut
diserapkan ke dalam diri pelajar kerana ia bukan melibatkan ilmu ilmiah semata mata
malah juga ilmu agama. Oleh yang demikian, menurut Arikunto, S. (2019), sebagai
guru yang berkaliber, harus menghayati setiap model pengajatan yang telah
diilhamkan oleh para pemikir dan pakar pendidik dan mengaplikasikan model tersebut
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas masing-masing.

Model pengajaran dan pembelajaran yang berjaya adalah merujuk kepada
beberapa kerangka penting yang meliputi strategi, kandungan pengajaran, keadaan
bilik darjah, sosial, tingkah laku, penyampaian maklumat yang dapat mewujudkan
suasana pengajaran bagi para pelajar.

Terdapat empat (4) model pengajaran dan pembelajaran iaitu seperti :-
1. Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat
2. Model Pengajaran Sistem Behavioral
3. Model Pengajaran Sosial
4. Model Pengajaran Personal

5

Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat
Pemprosesan maklumat adalah merupakan suatu tindakabalas mental bagi seseorang
manusia yang mempunyai hubungan rapat dengan penerimaan maklumat,
menyimpan maklumat, mengeluarkan maklumat semula untuk digunapakai. Menurut
Teori Pemprosesan Maklumat, pembelajaran dan pengajaran yang efektif dapat
mempertingkatkan lagi kecemerlangan akademik berbanding dengan jenis
pembelajaran konvensional secara ‘chalk and talk”.

Terdapat beberapa rangka teori berkaitan dengan pemindahan pembelajaran
pemprosesan maklumat oleh individu dengan pembelajaran. Model Pemprosesan
Maklumat beranggapan bahawa ingatan seseorang manusia itu sama peranannya
dengan sebuah komputer, dimana seorang pembelajar memproses maklumat seperti
mana sama yang dilakukan oleh sebuah komputer iaitu mengunakan model input dan
output. Input yang dimaksudkan adalah maklumat yang diterima daripada sekeliling
pembelajaran, manakala output merupakan produk yang lahir dari proses pemikiran
yang dikeluarkan. Maklumat tersebut menjalani proses penyimpanan dalam ingatan
manusia.

Setelah itu, maklumat yang tadi kemudiannya menjadi output melalui proses
ritreval. Ia merupakan suatu susunatur, penyimpanan dan kemudian dikeluarkan dari
ingatan seseorang. Manakala operasi mental pula merupakan suatu proses
penerimaan, mengekod, penyimpanan, serta mengingat kembali maklumat adalah
ketika berlakunya pemprosesan maklumat terjadi. Terdapat tiga (3) mode ingatan
semasa pemprosesan maklumat terjadi di dalam otak mengikut yang dinyatakan dalam
Model Pemprosesan Maklumat iaitu :-

1. daftar deria/ sensori (Sensory Register)
2. Ingatan jangka pendek (Information in Short Term Memory)
3. Ingatan jangka panjang(Information in Long Term Memory)

Jika dilihat dari konteks kejayaan dalam pengajaran, dalam pembuatan keputusan,
peranan sistem pemprosesan maklumat tidak dapat dinafikan keperluannya. Di dalam
mencapai kejayaan pengajaran, Membuat keputusan adil serta diterima umum amat
merupakan antara manfaat dari pemprosesan maklumat. Sesetengah pihak
mengatakan bahawa, pembuatan keputusan saling berkait dengan prestasi pelajar
adalah merupakan rutin dan dikatakan satu hal yang jelas dan mudah untuk
dilaksanakan.

6

Namun pada hakikatnya, penilaian ke atas prestasi pelajar perlu dilihat dengan lebih
kompleks lagi. Proses ini melibatkan jangka masa yang tertentu kebiasaannya menilai
prestasi pelajar dalam sepanjang tahun persekolahan, mengandungi struktur
mengambilkira perkara tertentu, melibatkan hubungan antara ibu bapa penjaga malah
melibatkan peranan yang dimainkan serta pelbagai kriteria lain yang saling berkaitan
antara individu mahupun organisasi.

Terdapat peringkat spesifik di dalam Model Pemprosesan Maklumat iaitu:-

Peringkat pertama ( ingatan atau memori)
Pada peringkat pertama, ia melibatkan suatu proses mengingat atau melibatkan
sensori memori seorang. Pada peringkat ini, ia berlaku dalam tempoh masa yang amat
singkat dan cepat sekitar 1/2 sehingga 4 saat. Pada ketika ini otak manusia akan
menentukan samada untuk memberikan ransangan perhatian atau mengabaikan.
Pada peringkat ini, maklumat atau input di dalam ingatan sensori ditentukan samada
ia patut untuk diproses atau dilupuskan. Pengiktirafan merujuk kepada suatu interaksi
ransangan yang diperoleh melalui hubungkait antara maklumat yang disimpan dalam
ingatan pada jangka pendek. Manakala, perhatian pula merujuk kepada penumpuan
pancaindera pada tahap maksima akan ransangan tersebut.

Implikasi peringkat ini amat penting dalam pembelajaran yang berkesan. Guru
harus bijak dalam mengatur kaedah seperti mengekspoitori dalam penyampaian
kaedah dalam subjek matapelajaran. Sebelum proses dimulakan, sebagai contoh,
perbandingan antara karnivor dan herbivor, pelajar diajar untuk mengingat nama,
maksud, dan fakta tentang kedua jenis haiwan ini.

Seterusnya, guru harus menyusun atur pengajarannya bagi mengaktifkan minda
pelajar bagi menerima bahan pembelajaran. Menurut Kirin et, al. (2021), guru boleh
menggunakan gambar rajah yang menarik minat pelajar disamping penggunaan grafik
serta penggunaan warna bagi memberikan gambaran tentang jenis haiwan ini supaya
para pelajar boleh menggunakan warna-warna ini untuk mengingat ciri-ciri haiwan
berkenaan.

7

Peringkat kedua (Ingatan Jangka Pendek)
Pada peringkat kedua iaitu ingatan jangka pendek pula merupakan suatu peringkat
dimana ingatan pada keadaan sedar. Otak dapat menyimpan input dalam tempoh
masa yang terhad pada ketika ini. Input yang menjadi perhatian akan dikod dan
disimpan di dalam saraf pusat otak manusia. Ianya tidak akan berulang dan hanya
akan kekal dalam ingatan lebih kurang dalam tempoh 15 saat bergantung kepada
seseorang individu.

Ingatan pada peringkat ini jika ianya diulang maka ia bukan lagi ingatan jangka
pendek, ingatan ini akan dipindahkan pada ingatan jangka panjang. Pengumpulan
daya ingatan turut bertambah atau melalui yang dinamakan sebagai “chunking” ketika
sesuatu maklumat digabungkan.

Raptai ingatan atau ulangan adalah merupakan satu kaedah yang digunakan bagi
meningkatkan kekuatan minda ingatan jangka pendek. Ia merupakan suatu tingkah
laku yang berulang-ulang bagi membiasakan otak dengan sesuatu input. Manakala
pengkodan pula melibatkan suatu proses dimana berlakunya pemprosesan maklumat
bagi menyimpan input dalam jangka masa panjang. Pengkodan adalah merupakan
proses memori yang melibatkan proses transformasi maklumat atau pembentukan
maklumat untuk dijadikan bahan ingatan yang boleh disimpan sebagai memori. Proses
mengulang input di dalam otak seperti menyebut berulang kali merupakan suatu
kaedah yang digunakan. Ia dinamakan sebagai latihan elaboratif dimana aktiviti
mengulang akan dilakukan bagi mengekalkan maklumat tersebut di dalam ingatan.
Di dalam kontek pengajaran yang berjaya, guru akan menggalakkan pelajar untuk
mengulangkaji pelajaran yang diajar di dalam kelas dan melakukan aktiviti kuiz dan
ujian di hujung bulan persekolahan bagi meninjau tahap keupayaan pelajar dalam
mengingat maklumat yang telah diajar dalam tempoh tertentu. Kaedah ini amat
berkesan bagi meransang minda pelajar kerana input akan sentiasa diulang-ulang
sekaligus menjadi rutin dalam ingatan mereka.

Peringkat ketiga (Ingatan jangka panjang)
Pada peringkat ketiga iaitu ingatan jangka panjang pula merupakan suatu proses
penyimpanan input dengan tempoh masa yang lebih lama, kemungkinan dalam
beberapa minit atau boleh disimpan dalam beberapa tahun. Ia melibatkan kompenen
utama dalam struktur memori manusia bagi menempatkan input di dalam “stor” atau
gudang penyimpanan sehingga ia dianggap sebagai input atau maklumat yang bersifat
kekal.

8

Pada peringkat ini, maklumat yang diterima akan berada lebih kekal dalam ingatan
seseorang. Hal ini kerana, maklumat yang diterima ini mengandungi data info yang
menceritakan suatu peristiwa yang memberi kesan kepada minda seseorang. Ia lebih
bersifat spesifik dan mempunyai nilai yang mendalam kepada penerima info. Ingatan
jangka panjang menjadi tumpuan kajian para pengkaji dalam mengenalpasti
bagaimana sesuatu info dikod, disimpan dan diingat berulang kali. Ingatan ini
melupakan suatu gelombang otak ketika sesuatu info masuk untuk diproses oleh otak.
Ingatan jangka tempoh panjang adalah gudang dimana suatu pengalaman disimpan
bagi mengaitkan ia dengan pengalaman baru. Kebiasaanya ia melibatkan pengajaran
yang memberi kesan bukan sahaja kepada minda serta psikologi seseorang. Dalam
konteks kejayaan pembelajaran, aktiviti yang dianjurkan di sekolah dapat
menyumbang kepada pembangunan minda dan sosial kanak-kanak. Sebagai contoh,
seorang pelajar telah dilantik untuk menjawat jawatan pengawas sekolah selama
beberapa tahun. Pelajar ini akan menjadi terlatih kerana sudah terbiasa dengan
tanggungjawab di sekolah seperti menepati masa, disiplin belajar dan sebagainya.
Menurut Kirin et, al. (2021), hal ini akan mendorong pelajar itu untuk berfikir dengan
lebih matang dan menggunakan pengalaman sebagai pengawas sekolah dalam
kehidupan peribadinya kelak.

Konsep Teori Robert M. Gagne
Model Pengajaran Robert Glaser
Robert Glaser telah mengemukakan model pengajaran iaitu dengan membahagikan
proses pengajaran kepada beberapa komponen utama yang melibatkan objektif
pengajaran, pengetahuan sedia, teknik mengajar serta proses penilaian. Beliau turut
menekankan tindakbalas para pelajar sebagai suatu elemen penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Menurut Glaser, objektif pengajaran harus jelas dan fokus. Objektif harus releven
dengan target yang ingin dicapai. Di dalam kelas, ketika prose pengajaran dilakukan,
guru perlu menyediakan bahan pengajaran yang sesuai bagi memudahkan para
pelajar untuk mengingat dan menghafal hal-hal pelajaran. Objektif akan tercapai
hanya jika pelajar faham akan topik yang diajarkan.

Pengetahuan sedia ada pada pelajar juga jangan disia-siakan. Pelajar yang
mempunyai pengalaman tersendiri akan apa yang diajar memudahkan dia untuk
memahami apa yang diajarkan. Sebagai contoh dalam memberikan gambaran jelas
akan jenis dan sifat haiwan. Ada dalam kalangan pelajar yang sudah mempunyai

9

pengetahuan ketika menonton rancangan haiwan di media televisyen. Pengetahuan
sedia ada pelajar ini jangan dipandang remeh malah ia boleh dijadikan suatu teknik
dalam memudahkan proses pembelajaran.

Seterusnya adalah melibatkan proses penilaian. Menurut Miasan et, al. (2018),
penilaian harus dilakukan terhadap apa jua proses pembelajaran bertujuan untuk
mengenalpasti kekurangan dan kelemahan pengajaran, agar para guru dapat
menambahbaik proses pengajaran di dalam kelas. Ini amat penting bagi meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran di masa hadapan. Eksperimen yang dilakukan oleh
beliau amat berguna dalam mengkaji tindakbalas manusia mentafsir sesuatu
maklumat. Kesimpulannya, berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang
dikemukan Gagne ini, menunjukkan beberapa elemen penting dalam fasa pengajaran
iaitu kesediaan, pengamatan info, motivasi diri, ingatan serta pemindahan maklumat.

Model Pengajaran Sistem Behavioral
Konsep dan prinsip yang terdapat di dalam Model Behaviorisme menekankan tentang
suatu perilaku dan sifat yang boleh diperhatikan serta suatu tugasan yang ketara dan
jelas tentang kaedah bagi menunjukkan kemajuan. Terdapat pecahan atau kelompok
dalam model ini termasuklah model pengajaran langsung dan model pembelajaran
masteri. Kumpulan bagi model ini turut mengesyorkan program yang boleh dilakukan
dalam mengembangkan kemahiran sosial, mengurangkan fobia, menangani perasan
bimbang dan banyak lagi yang boleh diambil ikhtibar melalui model ini. Menurut model
ini, kita memiliki suatu mekanisme iaitu pembetulan kendiri dimana kita berupaya
untuk mengubah tingkahlaku kita dengan memberikan maklumbalas tentang
pencapaian kita dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.

Pengajaran Langsung
Pengajaran langsung adalah suatu cara pengajaran yang telah lama menjadi praktik
kepada guru bagi memudahkan proses pembelajaran. Model ini menyasarkan kepada
golongan guru, dimana mereka akan diarahkan untuk menyampaikan isi dalam subjek
pelajaran secara langsung kepada para pelajar serta melakukan struktur semasa
pengajaran agar dapat menyusun atur pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.
Prinsip yang pertama mengikut pembelajaran langsung ialah pengenalan/review. Guru
akan menyampaikan topik yang akan dipelajari oleh murid dan secara tidak langsung
guru akan mengkaji semua maklumat yang berkaitan dengan topik.

10

Terdapat beberapa prinsip pembelajaran secara langsung iaitu Pengenalan,
perkembangan, amalan, penutupan, latihan kendiri dan juga penilaian tugas. Prinsip
yang pertama adalah pengenalan dimana seorang guru akan menyampaikan subjek
atau topik yang bakal dibincangkan di dalam kelas bersama dengan pelajar. Sebelum
penyampaian maklumat tersebut dilakukan, ini secara tidak langsung akan
menyebabkan guru tersebut untuk mengkaji isi kandungan dalam matapelajaran
tersebut dan memahami maklumat yang terdapat dalam topik tersebut. Ini adalah
supaya ia dapat memudahkan guru untuk mengajar dengan lebih lancar di dalam kelas.
Seterusnya, guru akan menyusun atur langkah pengajaran agar segala yang dirancang
di dalam proses pengenalan dapat dijalankan dengan teratur dan tersusun. Semasa
proses ini dijalankan, guru akan mengambil kira segala aspek yang memungkinkan
persoalan yang akan diutarakan oleh pelajar. Oleh yang demikian, menurut Ambotang
et, al. (2020), dalam mempersiapkan diri dengan situasi demikian, guru perlu
memahami dengan jelas tentang apa yang bakal diajarkan. Pemahaman para pelajar
diuji dengan mengadakan kuiz, mengajukan soalan kepada pelajar dan sebagainya.
Pada peringkat ini, merupakan prinsip yang penting kerana segala ilmu yang ingin
disampaikan berlaku pada ketika ini. Maka dengan itu, kaedah pengajaran perlu diatur
dengan teliti agar tiada info penting yang tercicir.

Prinsip yang berikutnya adalah amalan. Pada peringkat amalan, para pelajar akan
diberikan peluang bagi melakukan penerokaan akan topik yang diajar. Pelajar akan
mengaplikasi apa yang sudah dipelajari dengan bimbingan guru. Pemerhatian akan
dilakukan oleh pelajar, ujikasi serta penyelidikan berdasarkan tentang topik yang telah
diajar oleh guru. Pemantauan dari guru amat penting dalam memastikan matlamat
pelajar tercapai ketika menjalankan tugasan amali.

Prinsip yang terakhir adalah penutupan dimana guru akan mengakhiri proses
pembelajaran dengan memberikan rumusan akan apa yang telah dipelajari. Semua
input yang disediakan oleh guru akan disimpulkan dan diingatkan. Pada peringkat ini,
memerlukan guru untuk menyediakan latihan kendiri kepada para pelajar. Pelajar akan
diberikan latihan bagi menguji pemahaman mereka. Ini adalah bertujuan menurut
Ismail et, al. (2018), untuk mengukuhkan pembelajaran mereka tanpa melibatkan
sokongan dan bantuan guru. Latihan kendiri yang disediakan dilakukan sendiri oleh
para pelajar mengikut tahap kefahaman masing-masing akan sesuatu topik yang
sudah dibincangkan.

Seterusnya adalah langkah yang terakhir iaitu melakukan penilaian. Penilaian
merupakan proses akhir dimana guru akan menyediakan peperiksaan. Ujian bertulis

11

mahupun lisan disediakan oleh guru dalam menguji tahap kefahaman pelajar. Pelajar
akan dinilai dan diberikan markah. Pada peringkat ini, keberkesanan mengajar guru
turut diuji dalam menyampaikan maklumat pembelajaran.

Pembelajaran Masteri
Menurut model ini, perbezaan individu perlu diambil kira dalam penyesuaian
pengajaran. Ia merupakan suatu yang berteraskan pandangan bahawa kesemua atau
hampir keseluruhan pelajar mampu untuk menguasai pengetahuan atau sesuatu
kemahiran dengan berkesan dan baik sekiranya masa yang disediakan mencukupi
disamping keadaan yang bersesuaian bagi para pelajar dalam menguasai pendidikan.
Antara prinsip-prinsip yang diamalkan dalam pembelajaran masteri adalah semua
pelajar yang normal diyakini dapat menguasai subjek yang diajarkan oleh guru
masing-masing. Menurut Hussin et, al. (2020), hasrat dan target yang disasarkan
harus dicapai dan tepat. Sebagai contoh, ketika berlangsungnya proses pembelajaran
dan pengajaran, guru perlu menyusun atur rancangan mengajar dengan teliti dan baik
agar pembelajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar dapat dikuasai sepenuhnya
oleh para pelajar. Perancangan ini meletakkan target yang ingin dicapai ketika sesi
pembelajaran dilakukan. Jika pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan maka
mudahlah bagi pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu.

Seterusnya, prinsip kedua dalam pembelajaran masteri adalah pemecahan kepada
unit yang lebih kecil di mana ilmu tersebut disusun mengikut kaedah ansurmaju.
Dimana topik yang dibincangkan akan melalui proses dari yang mudah kepada yang
lebih sukar. Ansurmaju ini amat penting kerana di awal pengajaran, pelajar akan
didedahkan dengan asas pengajaran sehinggalah ke tahap yang lebih sukar. Menurut
Mahat et, al. (2017), pendedahan secara berperingkat ini penting dlam menyediakan
pelajar akan pengajaran yang bakal mereka hadapi ketika mempelajari sesuatu yang
lebih rumit. Ini banyak membantu memudahkan proses pengaliran ilmu kepada para
pelajar.

Seterusnya adalah, masa yang diperuntukkan. Masa yang diberikan kepada para
pelajar untuk menghadam maklumat haruslah mencukupi dan fleksibel bagi mencapai
objektif pembelajaran. Pada prinsip ini, guru perlu lebih kreatif bagi merancang serta
menyusun atur pembelajaran yang bersesuaian dengan tempoh terhad masa yang
disediakan. Masa yang tidak dirancang dengan teratur akan membuatkan topik penting
dalam pembelajaran akan tercicir. Info penting yang sepatutnya diajar tidak dapat
disampaikan kerana guru gagal menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya.

12

Prinsip pengajaran yang berikutnya adalah guru perlu yakin akan kemampuan pelajar
dalam menguasai topik pelajaran tanpa mengira perbezaan mereka. Guru perlu
bertindak sebagai pemimpin dan pemberi dorongan kepada para pelajar agar tiada
pelajar yang terkecuali dalam menerima ilmu pengetahuan. Melalui prinsip
pembelajaran masteri juga menekankan guru agar melakukan perancangan teliti dan
mempelbagaikan teknik mengajar. Mengambilkira gaya pembelajaran yang pelbagai,
teknik yang dirancang perlu membuatkan para pelajar berminat akan pelajaran dan
tidak bosan ketika proses pembelajaran berlangsung. Ini sekaligus mencapai objektif
pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) dalam menyediakan suasana kelas yang seronok
dan memusatkan pelajar. Selain itu, menurut Batjo, N.et, al. (2021), guru juga perlu
melakukan tindakan dalam menyemak latar belakang pelajar bagi mengetahui tahap
kecerdasan pelajar. Tindakan ini akan memudahkan guru untuk mengatur teknik
mengajar yang lebih sesuai untuk pelajar berkenaaan.

Implikasi Model Behavioral Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Model Behavioral memiliki implikasi akan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Model ini berpegang pada falsafah dimana manusia itu punya mekanisme untuk
membetulkan diri dan mampu mengubah tingkahlakunya bersesuaian dengan tindak
balas luaran. Implikasi yang dimaksudkan adalah prinsip gerak balas dimana kesediaan
guru yang memerlukan mereka bertindak pantas dalam menyusun atur teknik
pengajaran agai ia bersesuaian dengan perubahan faktor luaran. Jika guru
menginginkan tindak balas positif para pelajar, maka elemen negatif seperti hukuman
kepada pelajar perlu dielakkan tapi lebih menumpukan perhatian kepada pengukuhan
yang bersifat positif seperti bersemuka dan bertanyakan masalah pelajar, memberikan
pujian dan dorongan kepada pelajar. Menurut Keong, et, al. (2017), tindakan ini lebih
mendekatkan lagi hubungan guru dengan pelajar sehingga mereka merasa dihargai
dan tidak hanya akan dihukum atas kesalahan yang mereka lakukan. Gerak balas
positif oleh pelajar ini amat penting dalam menyediakan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan memudahkan pelajar menguasai pembelajaran selain
bersemangat untuk menimba ilmu.

Implikasi seterusnya adalah guru perlu menyusun setiap unit pengajaran dan
pembelajaran kepada unit yang lebih ringkas. Pecahan unit ini kepada subtopik dapat
memudahkan pelajar bagi mencapai pembelajaran dengan lebih berkesan. Ini adalah
sebagai suatu teknik yang membolehkan pelajar didedahkan dengan hal yang lebih
mudah sehingga mereka dapat menguasainya dan seterusnya ke tahap yang lebih

13

kompleks untuk difahami. Sebagai contoh semasa pengenalan kepada topik mengenali
deria rasa manusia. Bagi memudahkan pelajar menguasai topik ini secara maksima,
guru boleh memecahkan topik kepada unit kecil bermula dengan permulaan tentang
setiap deria berserta contoh bagi memudahkan pelajar untuk faham tentang apa yang
diajarkan. Setelah pelajar mendapat gambaran jelas tentang topik berkenaan, langkah
seterusnya adalah memberikan pendedahan akan keadaan yang sedikit merumitkan
bagi membuka minda mereka akan topik berkenaan. Ini menjadikan sesi
pembelajararan lebih berkesan. Pemulihan dan bimbingan guru perlu diadakan bagi
pelajar yang lemah dalam menerima ilmu agar golongan ini tidak tercicir dalam
menerima ilmu.

Implkasi yang seterusnya adalah, guru perlu mempertingkatkan pengetahuan
sedia ada mereka kepada pelajar. Pengetahuan tambahan guru amat penting dalam
menambahkan lagi keupayaan guru dalam proses penyampaian ilmu. Pelajar perlukan
sesuatu yang baru dan kreatif bagi mewujudkan minat mereka akan pelajaran. Dengan
itu, guru perlu sentiasa meningkatkan profesionalisme dalam diri mereka.

Seterusnya adalah implikasi insentif, ganjaran dan peneguhan sosial. Ini amat
penting dalam usaha memotivasika pelajar agar sentiasa bersikap positif akan
pelajaran. Menurut Harun et, al. (2020), kredit harus diberikan kepada pelajar yang
cemerlang dalam pelajaran. Sebagai contoh, carta pelajar cemerlang perlu dipamerkan
di papan kenyataan berserta nama dan gambar pelajar sebagai medium penggalak
kepada pelajar untuk lebih tekun dan meningkatkan pencapaian. Ia juga mewujudkan
persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar.

Secara kesimpulannya, fokus akan tindakan yang ingin dicapai dapat dinilai, diukur
dan dinilai melalui Model Behavioral. Persekitaran dan peneguhan membentuk tingkah
laku. Melalui aplikasi model ini, guru dapat memantapkan lagi pengajaran masing-
masing. Disamping itu, melalui Teori Behaviorisme ini juga dapat mewujudkan
hubungan yang baik secara dua hala antara guru dengan pelajar semasa dan selepas
sesis pengajaran dan pembelajaran samada di dalam kelas mahupun di luar sekolah.

Model Pengajaran Sosial
Menurut Bandura, Model Pengajaran Sosial telah memberikan tumpuan akan
bagaimana tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh keadaan sekeliling melalui
pemerhatian peniruan (Observational Learning), Pemantapan (Reinforcement), dan
bagaimana fungsi otak manusia berfikir terhadap sesuatu info. Model ini juga turut
menekankan tentang bagaimana perilaku kita dapat mempengaruhi keadaan

14

persekitaraan serta menghasilkan pemantapan (Reinforcement) dan menjadi ikutan
kepada orang lain (Observational Learning).

Menurut Bandura, proses peniruan dan pemerhatian tingkah laku orang lain
sebagai role model merupakan tindakan ke arah positif atau negatif. Bandura (1977)
turut menyatakan bahawa belajar tidak semestinya akan mendatangkan kebaikan
malah juga membawa musibah, jika seseorang terlalu bergantung akan kesan ke atas
dirinya dalam memberitahu apa yang mereka lakukan. Kebaikannya adalah,
kebanyakkan sikap manusia terhasil daripada pemerhatian dan peniruan dari role
model yang seterusnya menjadi panduan dalam menjalani kehidupan yang
menyerupai role model. Keadaan sekeliling seseorang (sosial) memainkan peranan
yang amat besar dalam mempengaruhi peribadi seseorang. Sebagai contoh, seorang
yang dibesarkan dalam keluarga perjudian. Samada dia akan memilih untuk bermain
judi, atau sebaliknya bergantung kepada tahap pemerhatian beliau akan baik buruk
perjudian itu.

Teori Pengajaran Sosial dalam Institusi Pendidikan
Teori-teori ini dilaksanakan oleh guru pendidik dalam menyampaikan maklumat dan
ilmu kepada para pelajar. Teori ini turut menunjukkan suatu perubahan dalam perlilaku
yang akan terjadi jika sekiranya individu tersebut belajar akan perkara yang baru dan
mempunyai keazaman dalam meletakkan dirinya pada suatu tahap yang lebih baik dari
sebelumnya. Para ahli pemikir telah meneliti teknik-teknik pengajaran yang menjadi
amalan dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berjaya. Model
Pengajaran Sosial yang diperkenalkan oleh Albert Bandura ini berasaskan konsep
perilaku manusia yang terbentuk melalui pengaruh positif dan negatif. Dalam
penyelidikan awal oleh Iven Pavlo, B.F Skinner dan John Watson di makmal pada
haiwan. Walaupun begitu, penemuan tokoh pemikir ini tidak menerangkan teori
pengajaran sosial dengan jelas. Oleh yang demikian, Bandura telah memperkenalkan
model ini bagi meneliti semula penerapan dan konsep sosial.

Menurut Bandura, terdapat tiga (3) elemen penting dalam Model Pengajaran
Sosial iaitu :-
1) Pembelajaran Koperatif
2) Main Peranan
3) Simulasi

15

Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif adalah suatu pengajaran yang menekankan bagaimana
seseorang pelajar mampu melakukan aktiviti berkumpulan dan teknik yang digunakan
dalam mewujudkan interaksi tersebut. Oleh yang demikian, pelajar telah dapat belajar
untuk berkerjasama dengan ahli pasukan dengan meggunakan pelbagai kebolehan.
Selain berusaha untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli pasukan, pelajar juga
dapat saling bertukar pandangan dan menimba pengalaman daripada komunikasi
dalam kumpulan. Menurut Saleh et, al. (2017), guru yang berjaya mendidik pelajar
akan menggunakan teknik ini agar memudahkan sesuatu ilmu itu disalurkan kerana
pelajar lebih mudah untuk memahami sesuatu jika mereka belajar dari rakan sekelas
mereka. Dengan bantuan dan galakkan guru, kumpulan ini akan sentiasa dipantau
dalam memastikan tujuan pengajaran berjaya iatu mencapai hasrat menwujudkan
para pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga dalam
kemampuan berinteraksi dengan orang lain. Tambahan itu, model pengajaran ini
dianggap mencapai kejayaan jika para pelajar masing-masing menunjukkan semangat
yang positif dalam melakukan perbincangan atau projek berkumpulan. Selain
memupuk semangat berpasukan, teknik ini juga dapat mewujudkan sikap
bertanggungjawab akan ahli kumpulan yang lain.

Selain itu, melalui pembelajaran koperatif, pelajar yang terdiri daripada pelbagai
latar belakang, agama, bangsa dan budaya akan mewujudkan suatu kelompok kecil
yang menghimpunkan kepelbagaian budaya sekaligus ia dapat menyahut seruan
kerajaan dalam menyediakan suasana pembelajaran abad ke-21 yang harmoni dan
mengambil berat akan kepelbagaian budaya di dalam sekolah. Akhir sekali, melalui
pengajaran model ini dapat merehatkan minda (Brain Breaks) kepada pelajar agar
mereka tidak bosan dengan sesi pengajaran di kelas yang hanya interaksi dua hala
antara guru dan pelajar sahaja.

Main Peranan
Main peranan adalah satu teknik yang telah diamalkan dalam sesi pengajaran.
Kelebihan model pengajaran ini adalah supaya pelajar dapat memainkan watak orang
lain yang bukan dirinya. Guru memainkan peranan sebagai pemerhati dalam aktiviti
ini dalam memastikan pelajar dapat memainkan watak dan peranan seperti mana yang
dilakonkan.

Pembelajaran main peranan bertujuan bagi membantu para pelajar untuk
memahami sesuatu peribadi sosial, tindakan, peranan serta interaksi sosial. Disamping

16

itu juga, kejayaan pengajaran ini dapat tercapai jika pelajar dapat menjadikan peranan
yang dimainkan olehnya sebagai suatu panduan kepadanya untuk menjadi seorang
yang lebih baik. Disamping itu juga, pelajar dapat belajar tentang teknik penyelesaian
masalah dengan mendalami situasi seperti dalam peranan yang beliau mainkan.
Teknik ini melibatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti berkumpulan dengan guru
akan menyediakan sesuatu situasi dimana para pelajar masing-masing memainkan
watak yang berbeza dan ia dilakonkan secara spontan dan pelajar akan menghasilkan
skrip sendiri.

Selain memberikan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, aktviti seperti ini
dapat mempetingkatkan lagi daya ingatan pelajar dan menjadikan mereka lebih
matang untuk berfikir bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Tujuan lain pengajaran ini juga dapat membantu pelajar untuk mempertingkatkan
serta mengukuhkan keupayaan mereka dalam aktviti pengumpulan maklumat,
penerokaan, mengenali isu dengan lebih mendalam, menambahkan kemahiran sosial
dan megembangkan sikap empati mereka akan orang lain.

Selain itu juga, menurut Fathrrohman, M. (2015), kemahiran dalam tutur bahasa
dan melatih minda pelajar untuk bertindak secara spontan adalah merupakan kayu
ukur kejayaan pengajaran yang boleh disediakan oleh guru semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran diadakan.

Simulasi
Simulasi (Simulate) yang membawa erti meniru seakan-akan atau bertindak berpura-
pura seperti sesuatu karektor. Simulasi dijadikan sebagai salah satu teknik pengajaran
yang menggunakan situasi dimana seseorang individu tersebut akan meniru watak
bagi mendalami prinsip, konseop atau keperibadian tertentu.
Model Pengajaran Simulasi adalah model yang meniru tentang sesuatu yang nyata,
terhadap proses atau hal-hal yang berlaku di sekeliling (State of Affairs).
Model ini memerlukan perancangan yang teliti bagi memantu para pelajar untuk
mengalami sendiri pelbagai proses dan penyataan dalam norma dan sosial manusia
seterusnya mengkaji akan respons mereka dan memperoleh konsep ketrampilan
ketika membuat sesuatu keputusan.

17

Pendekatan dalam simulasi terancang adalah bagi mendekatkan sesuatu kenyataan
dimana sesuatu kawalan akan pengerakan yang mana disebut sebagai simulator.
Model Pengajaran Simulasi bertujuan untuk:
1) Melatih keterampilan yang bersifat profesional,
2) Meningkatkan penglibatan aktif pelajar,
3) Mewujudkan kerjasama melalui kerja berpasukan,
4) Meningkatkan daya pemikiran, dan
5) Mengembangkan toleransi dalam kalangan pelajar

Implikasi Model Pengajaran Sosial Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Selain itu, peranan guru sebagai role model harus memastikan dan mempunyai tingkah
laku serta perwatakan yang positif supaya pelajar dapat menirunya. Peniruan watak,
main peranan atau simulasi memberikan kesan positif secara tidak langsung kepada
pelajar. Keperibadian pelajar terbentuk melalui watak-watak yang dilakonkan. Oleh
yang demikian, realiti kehidupan dan situasi sebenar perlu dijadikan teknik dalam
memberikan pengajaran. Guru yang berjaya menggunakan model pengajaran seperti
ini bukan sahaja dapat mendedahkan pelajar tentang perkara yang positif malah beliau
sendiri boleh dijadikan role model bagi pelajar. Antara ciri yang jelas pada seseorang
guru adalah, cara pemakaian yang sopan, tutur kata, personaliti guru yang menarik
serta sikap tanggungjawab pada seorang guru. Para pelajar akan menjadi guru mereka
sebagai idol yang akan menjadi ikutan mereka, Sanjaya, W. (2019).

Sebagai seorang guru yang berkaliber, beliau perlu mempamerkan sikap yang
positif serta perwatakan yang dapat menarik minat pelajar. Guru ibarat pelakon yang
berdiri di hadapan penonton. Guru adalah orang yang menjadi teladan kepada para
pelajar.

Kesimpulannya, Model Pengajaran Sosial telah banyak memberi impak dalam
membentuk keperibadian seseorang pelajar. Maka dengan itu, guru perlu sentiasa
mempertingkatkan kemahiran serta mengekalkan profesionalisme dalam mengajar
agar sentiasa terus bersemangat dalam mendidik anak bangsa.

Model Pengajaran Personal
Menurut pandangan yang dikemukan oleh Carl Rogers, setiap manusia sentiasa
berusaha mengejar kesempurnaan kendiri. Ia merupakan suatu naluri semulajadi
dalam diri manusia. Menurut Rogers, bahan pengajaran yang memberi makna yang

18

mendalam selaras dengan matlamat pendidikan dapat mendorong pelajar untuk
bergiat aktif dalam sesi pengajaran.

Menurut Rogers, pelajar akan mengambil inisiatif mereka sendiri untuk melibatkan
diri dalam proses pengajaran. Ini merupakan hasil pengajaran yang amat berkesan
dalam menjayakan Model Pengajaran Personal. Pemikiran refleksi pelajar dinilai
berasaskan norma kehidupan sebagai matlamat bagi memupuk kemahiran dalam diri
pelajar. Namun begitu, menurut Rogers, pembelajaran yang berkesan adalah melalui
belajar untuk belajar (Learn To Learn).

Secara peribadinya, Model Pengajaran Sosial dapat dikategorikan kepada tiga (3) jenis
kemahiran iaitu:-
1) Kemahiran berfikir secara Kreatif dan Kritis (KBKK)
2) Pengajaran tidak langsung (Non-Directive)
3) Model Pengajaran Sintetik (Synectics)

Pemikiran Kritis dan Kreatif (KBKK)

Strategi Pengajaran KBKK sering digunakan dalam sesi pengajaran dimana ia
melibatkan pemusatan pelajar, pemudahcaraan dan pengayaan teknik berfikir. Teknik
ini sesuai bagi mengerakkan minda pelajar, contohnya dalam menyelesaikan masalah,
membuat perbandingan dan inferens, mengeneralisasikan masalah serta pembuat
keputusan.

Menurut Arikunto, S. (2019), guru perlu berfikiran kreatif dan kritis dalam
menyediakan alat bantuan mngajar. Guru perlu bertindak sebagai individu yang
mampu memberikan idea bernas dalam mengalakkan pelajar untuk berfikir di luar
kotak pemikiran mereka. Guru perlu menyediakan soalan berbentuk lisan dengan
spontan mengikut keupayaan dan kemahiran para pelajar.

Pemikiran guru diuji dalam menyedia dan mengubah soalan menjadi lebih rumit
bagi menguji tahap pencapaian pelajar. Teknik ini bukan mudah lebih-lebih lagi dalam
kalangan guru yang mengajar pelajar yang bakal menduduki peperiksaan umum. Guru
perlu berfikiran jauh dalam menyediakan bahan pengajaran agar para pelajar tidak
tercicir dari ilmu pengetahuan.

Guru perlu memupuk perasaan ingin tahu dengan mewujudkan soalan yang
bersifat unik dan menguji tahap kecerdasan pelajar. Selain itu, guru yang berkaliber
perlu menyediakan kaedah lain yang boleh menarik minat pelajar untuk lebih

19

memahami tentang sesuatu perkara. Misalnya, guru pendidikan moral menggalakan
aktiviti melawat ke rumah orang tua bagi memberikan gambaran sebenar dan
pendedahan yang lebih realistik.

Pengajaran Tidak Langsung (Non-Directive)
Model pengajaran tidak langsung (Non-Directive) atau juga dikenali sebagai Model
Fasilitatif oleh Carl Rogers memberikan gambaran tentang kebolehan untuk menimba
pengetahuan tanpa memerlukan bantuan. Menurut model ini, seseorang itu
mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dalam usaha memajukan diri tanpa paksaan.
Guru dianggap sebagai individu yang bertindak sebagai pembimbing atau fasilitator
kepada pelajar bagi menggalakkan mereka untuk mengembangkan kemahiran kendiri.

Rogers percaya akan model pengajaran fasilitatif adalah sebagai model mengajar yang
berkesan kerana: -
1. Manusia akan berkembang kesan perhubungan manusia yang positif
2. Guru sebagai kaunselor
3. Hubungan erat pelajar dan guru
4. Maklum balas tahap kecemerlangan pelajar

Selain itu, tujuan model ini adalah bagi mewujudkan emosi dan mental yang sihat
serta membentuk keyakinan kendiri dalam diri pelajar. Seperti mana yang
dibincangkan oleh Rogers, guru perlu mengadakan perjumpaan dengan pelajar agar
pelajar merasakan diri mereka dihargai. Perjumpaan seperti ini bukan hanya dapat
memberi peluang kepada pelajar untuk meluahkan perasaan mereka malah ini dapat
memudahkan guru dalam memantau latar belakang pelajar. Pelajar yang bermasalah
tidak akan terbiar dan tersisih. Bertindak sebagai fasilitator kepada pelajar dapat
membantu pelajar dalam memberikan nasihat dan pandangan agar pelajar tidak
merasa keseorangan ketika ditimpa musibah.

Model Pengajaran Sintetik
Pada awalnya, model ini dikembangkan dalam dunia industri sehinggalah ia mula
diterap dalam sektor pendidikan sebagai salah satu model pengajaran yang berkesan
dalam mengembangkan pengajaran. Sintetik yang dikembangkan oleh William Gordon
yang menekankan analogi dalam mempertingkatkan keupayaan berfikir.

20

Terdapat tiga (3) jenis analogi digunakan dalam Model Pengajaran Sintetik, iaitu:

Analogi Langsung
Tujuan analogi ini adalah sebagai usaha mengalih sesuatu situasi sebenar kepada
situasi yang lain sehingga membentuk pandangan yang berbeza. Pada analogi ini,
pelajar diarahkan untuk menceritakan sesuatu keadaan yang bermasalah dan
hubungkait dengan realiti kehidupan sebenar. Sebagai contoh, mendidik pelajar untuk
sentiasa membersihkan kelas supaya sentiasa dalam keadaan yang teratur, boleh
dianalogikan dengan bagaimana persekitaran yang bersih dapat memberikan mood
belajar yang lebih selesa di dalam kelas. Bagi melihat tahap keberkesanan sesebuah
analogi, dinilai melalui tahap konseptual yang diterima akal, semakin tinggi konsep
sesuatu perkara, semakin tinggi makna analogi tersebut.

Analogi Personal
Menurut analogi ini, pelajar diarahkan untuk meletakan diri mereka sebagai objek
tersebut, dimana pelajar akan dibiarkan merasa sendiri pengalaman berkenaan secara
peribadi. Misalnya, pelajar diarah untuk membandingkan dirinya dengan seekor
haiwan yang sedang ketakutan. Kemudian pelajar tersebut akan ditanyakan pendapat
dan perasaan mereka menjadi haiwan tersebut? Apa yang dia rasai dan bagaimana
dia mampu mengatasi ketakutan tersebut. Ini adalah bertujuan supaya mendidik
pelajar tentang konseptual yang lebih baik.

Analogi Konflik
Analogi ini merupakan suatu hubungkait atara dua atau lebih pandangan yang berbeza
dan menggabungkan ia menjadi suatu kerangka yang sama. Hasil aktiviti ini
merupakan deskripsi berasaskan dua frasa yang bersifat kontradiktif. Sebagai contoh,
bagaimana seekor anak harimau yang bersifat berani namun ia juga bersifat penakut?
Tujuan pengajaran seperti ini dijalankan adalah supaya pelajar dapat memperluaskan
pemahaman mereka tentang sesuatu hal. Menurut Batjo, N.et, al. (2021), ini adalah
bagi menggalakkan pelajar untuk berfikir bahawa sesuatu objek atau situasi
mempunyai kontra dan saling berkait rapat.

21

Kesimpulan
Pengajaran dan pembelajaran adalah suatu kegiatan yang melibatkan intelektual
seseorang manusia. Ia melibatkan perasaan, daya pemikiran, serta penilaian akan ilmu
pengetahuan. Sebagai seorang guru yang berwawasan tinggi, guru perlu
menanamkan semangat profesionalisme dalam bidang keguruan sebagai usaha dan
tanggungjawab dalam memberikan didikan yang sempurna kepada anak bangsa.

Bersesuaian dengan era globalisasi yang semakin mencabar, tugas guru semakin
meningkat dengan adanya perlbagai faktor luaran yang mampu menghalang dan
menyukarkan tugas-tugas mendidik. Adalah penting bagi setiap guru untuk sentiasa
mempersiapkan diri dalam menghadapi cabaran dalam dunia perguruan.

Dengan adanya model-model pengajaran seperti ini dapat menyediakan landasan
dan panduan kepada guru dalam menghasilkan suatu idea baru. Idea baru ini amat
penting bagi memastikan pelajar tidak merasa bosan ketika menimba ilmu. Pelbagai
teknik telah diajar dan boleh diaplikasikan oleh guru dalam merancang dan
menyediakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai bagi pelajar.

Tidak lupa juga dengan bantuan teknologi pada masa kini. Menurut Nawawi et,
al. (2017), guru perlu mengambil peluang dan ruang menggunakan kemudahan ini
dalam memudahkan lagi tugas mengajar. Kemampuan pelajar pada masa kini jauh
berbeza dengan masa dahulu. Kini pelajar terdedah dengan kemajuan teknologi. Maka
guru juga perlu mempertingkatkan usaha mengajar dengan menambahkan ilmu
keguruan.

Melalui model-model ini juga dapat memberikan gambaran jelas akan sifat
peribadi pelajar yang menjadi hasrat kementerian bagi mewujudkan modal insan.
Pelajar adalah generasi yang akan menerajui negara pada masa akan datang.
Pertumbuhan dan perkembangan minda mereka amat penting dan perlu
dititikberatkan. Ini selaras dengan hasrat kerajaan dalam menjadikan rakyat Malaysia
sebagai rakyat yang berkemahiran tinggi dan mampu bersaing di peringkat global.

Model-model pengajaran ini perlu menjadi penanda aras bagi pendidikan negara
agar visi dan matlamat pendidikan negara tidak terpesong dari landasan Pelan
Pendidikan Negara. Disamping itu juga, penglibatan pelajar secara aktif juga amat
penting dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam jati diri mereka bagi memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijayakan dengan berkesan dan efektif.

22

Rujukan

Ambotang, A. S., & Jadin, H. (2020). HUBUNGAN AMALAN KEPIMPINAN
INSTRUKSIONAL PENGETUA DAN KECERDASAN EMOSI DENGAN EFIKASI
KENDIRI GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SEMPORNA SABAH. Jurnal
Kesidang, 5(1), 31-39.

Arikunto, S. (2019). Prosedur penelitian suatu pendekatan praktik.
Batjo, N., Ambotang, A. S., Taat, M. S., Mosin, M., Shaari, A. S., & Talip, R. (2021).

Pengaruh Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Terhadap Kualiti Guru
Sekolah Rendah Luar Bandar di Sabah [The Influence of Management of
Teaching and Learning Towards Teachers’ Quality of Rural Primary Teachers in
Sabah, Malaysia]. BITARA International Journal of Civilizational Studies and
Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080), 4(2), 13-31.
Fathrrohman, M. (2015). Model-Model Pembelajaran. Jogjakarta: Ar-Ruzz Media.
Harun, N. H. B., Rahman, M. N. A., Mansor, M. A., & Muhamad, N. A. (2020).
PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KREATIVITI
ORANG ASLI DALAM MENINGKATKAN KECERDASAN KANAK-KANAK
PRASEKOLAH. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(1), 66-76.
Hussin, M. Z. B., & Salleh, N. B. M. (2020, March). Level of Teacher Preparation of The
Inclusive Program (Holistic Model) in Three Pilot School in Sabah State.
In International Conference on Special Education In South East Asia Region
10th Series 2020 (pp. 97-106). Redwhite Press.
Hussin, N. (2017). Penggunaan laman web sebagai transformasi dalam pengajaran
dan pembelajaran pendidikan Islam. O-JIE: Online Journal of Islamic
Education, 1(2).

Ismail, S. N., Abdullah, Z., Othman, A. J., & Shafie, S. (2018). Amalan Komuniti
Pembelajaran profesional dalam kalangan guru Bahasa Melayu di
Selangor. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(4), 1-19.

Keong, C. C., Ghani, M. F. A., & Abdullah, Z. (2017). Amalan Komuniti Pembelajaran
Profesional (KPP) Di Sekolah Berprestasi Tinggi (Sbt) Malaysia: Sebuah Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sarawak. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan
Pendidikan, 3(1), 43-70.

Kirin, A. B., bin Husen Isma’il, F., Masruri, M., Marpuah, S., & bin Mohammad, C. A.
(2021). Pengajaran dan Pembelajaran Metode Face to Face dan Pjj Online:
Perbandingan dan Impak terhadap Students UTHM Johor Malaysia Semasa
Pandemi Covid-19. Jurnal Studi Guru dan Pembelajaran, 4(1), 206-217.

Mahat, H., Ling, P. C. P., Nayan, N., Hashim, M., & Saleh, Y. (2017). Pencapaian
Pelajar dalam Mata Pelajaran Geografi Sekolah Menengah di Sabah–Analisis
Awal. Sains Humanika, 9(2).

23

Miasan, N. A., & Kasim, T. S. A. T. (2018). Pengamalan M-Pembelajaran Dalam
Kalangan Guru Novis Pendidikan Islam Di Sabah. Journal of Islamic Educational
Research, 3, 11-20.

Nawawi, A. M., Mohd, A., Saad, N. M., Baharuddin, J., & Ismail, S. N. (2017).
Hubungan antara gaya pengajaran guru dengan tahap ponteng sekolah
menengah di Daerah Bachok, Kelantan. Proceedings of the ICECRS, 1(1).

Saleh, M. P., & Siraj, S. (2017). Analisis keperluan pembangunan model pengajaran
M-Pembelajaran mata pelajaran Sejarah sekolah menengah. JuKu: Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4(4), 12-24.

Sanjaya, W. (2019). Strategi pembelajaran berorientasi standar proses pendidikan.

24


Click to View FlipBook Version