Program Tamu STEM di IPGK Kent mengaplikasikan konsep pasar Tamu di mana ilmu pengetahuan disampaikan secara langsung kepada pengguna. Pengguna dalam konteks ini adalah pelajar IPG atau murid-murid skolah. Ia adalah satu program autentik dan mandatori dalam perancangan tahunan Jabatan STEM, yang turut merupakan ikon dan kebanggaan kami selama ini. Aktiviti-aktiviti Tamu STEM memberi peneguhan pengetahuan tentang STEM kumpulan sasarannya. Ia juga merangkumi aktiviti pengajaran dan pembelajaran STEM dan aplikasi pengetahuan STEM dalam kehidupan harian. Walau bagaimana, disebabkan penularan wabak Covid-19, program Tamu STEM perlu mengalami trasformasi bersesuaian dengan dimensi baharu pendidikan. Wadah Progrm Tamu diubahsuai dengan aplikasi dalam talian supaya ia kekal releven dengan keperluan dan senario realistik masa kini. Buku ini mencatatkan hasil nukilan aktiviti E-Tamu STEM yang telah dirintis dan dibuat penambahbaikan.