dilantik sebagai Yang di-Pertua Negara,160 dan Donald
Stephens sebagai Ketua Menteri. Persefahaman kedua-
dua pemimpin tidak begitu baik dan ini membawa
kepada berita bahawa Datu Mustapha akan meletakkan
jawatannya pada 18 Januari 1964. Ketua Menteri sendiri
mengesahkan berita tersebut. Walau bagaimanapun,
Donald Stephens memberitahu pemberita bahawa
Tunku, Parti Perikatan Sabah dan beliau sendiri telah
memujuk Datu Mustapha agar mengubah fikiran.161
Persatuan-persatuan Cina juga telah mendesak Datu
Mustapha untuk menarik balik perletakkan jawatannya.
Pemangku pengerusi Persatuan Cina Sabah, Francis
Chia Nyuk Tong, telah merayu persatuan-persatuan
Cina supaya menulis surat kepada Yang di-Pertua
Negara supaya tidak meletak jawatan.162
Keinginan Datu Mustapha untuk meletak
jawatan sebagai Yang di-Pertua Negara dipercayai
berpunca daripada dasar pentadbiran Ketua Menteri,
Donald Stephens163 yang berat sebelah.164 Antara dasar
yang tidak dipersetujui adalah polisi pemberian lesen
pembalakan dan dasar tanah.165 Datu Mustapha
160 Istilah Yang di-Pertua Negara digunakan dalam Perundangan Negeri Sabah
ketika Penubuhan Malaysia. Lihat Annex B The Constitution of The State of Sabah,
Part 1, The State Government, Chapter 1 – The Head of State (1) Yang di-Pertua
Negara. Dalam Agreement relating to Malaysia (with annexes, including the
Constitutions of the States of Sabah, Sarawak and Singapore, the Malaysia
immigration Bill and Agreement between the Government of the Federation of
Malaya and Singapore on common market and financial arrangement). Signed at
London on 9 July 1963.
161 Daily Express, 19 Januari 1964.
162 Ibid.
163 Bagaimanapun, terdapat dakwaan bahawa Tun Mustapha tersilap perhitungan
menerima jawatan Yang di-Pertua Negara, yang pada perkiraanya adalah jawatan
tertinggi seperti gabenor semasa pentadbiran koloni British dalam FCO 24/154 (45)
R.N. Hunt, Office of the British Deputy High Commissioner in Eastern Malaysia to
B.J. Garnett, High Commissioner, Kuala Lumpur, 2 May 1967.
164 James P. Ongkili,‘Political Development in Sabah.’ dalam Jeffrey G. Kitingan
dan Maximus J. Ongkili (editor), Sabah 25 years later 1963-1988, Kota Kinabalu :
Institute for Development Studies (Sabah), 1989, hlm. 67.
165 Margaret Clark Roff, The Politics of Belonging; Political Change in Sabah and
Sarawak, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1974. hlm.94.
43
bagaimanapun tidak meletak jawatan pada bulan Mac
1964 kerana beliau merasakan bahawa sebagai ‘ketua
negara’ (negeri Sabah), kedudukannya penting dan
sesuai bagi memelihara keharmonian kaum yang sedia
terjalin di negara ini.166 Bagaimanapun, beliau
berterusan mengkritik dasar-dasar kerajaan negeri yang
bertentangan dengan kepentingan semua kaum di negeri
Sabah.
Salah satu dasar yang mengundang banyak
kritikan terhadap kerajaan Donald Stephens adalah
dasar pemberian lesen pembalakan. Sebelum
pembentukan Malaysia, ramai peniaga Cina mempunyai
lesen balak tetapi lesen tersebut tidak diteruskan semasa
Donald Stephens menjadi ketua menteri.167 Ini
mengundang kemarahan peniaga-peniaga balak. Donald
Stephens juga didakwa membuat dasar yang
menguntungkan masyarakat Kadazan dengan membuka
banyak kawasan pembalakan di kawasan pedalaman
yang sebahagian besarnya didiami oleh masyarakat
Kadazan.168
Kritikan-kritikan terhadap dasar-dasar ketua
menteri akhirnya membuka hasrat beberapa pemimpin
khususnya daripada USNO untuk membentuk kabinet
baru dengan menyingkirkan Donald Stephens. USNO
yang mempunyai 53 kerusi kerajaan tempatan, lapan
ahli Dewan Undangan Negeri dan enam kerusi Parlimen
hanya mempunyai dua menteri kabinet berbanding
UPKO169 yang menguasai hanya 51 kerusi kerajaan
166 Daily Express, 2 Mac 1964.
167 Herman Luping, Sabah Dilemma. The Political History of Sabah (1963-1994),
Kota Kinabalu, 1994, hlm. 127.
168 Gordon P. Means, ‘Eastern Malaysia: The Politics of Federalism’ Asian Survey,
Jil. 8, No. 4, Apr., 1968, hlm. 294.
169 Walaubagaimanapun, kabinet kerajaan Negeri Sabah pada tahun 1963 sebenarnya
dianggotai oleh dua menteri dari parti UNKO, dua menteri dari parti USNO, dua
menteri dari parti SANAP dan seorang dari parti UPMP tetapi apabila UNKO
44
tempatan, enam kerusi Parlimen dan enam ahli Dewan
Perundangan tetapi mempunyai tiga menteri kabinet
termasuk ketua menteri.170
Pada bulan Jun 1964, kemuncak krisis politik
pertama antara Datu Mustapha dan Donald Stephens
berlaku apabila USNO berusaha menyingkirkan Donald
Stephens daripada jawatan ketua menteri. Peristiwa ini
berlaku selepas pemilihan pengisian untuk 14 kerusi
dewan perundangan yang diadakan melalui sistem
pilihan raya ‘electoral colleges’, pilihan raya yang mana
hanya wakil yang dipilih oleh rakyat sahaja boleh
mengundi.171 USNO yang memperoleh lapan kerusi
berbanding UPKO yang hanya menang enam kerusi
mahu membentuk sebuah kerajaan baru dengan ketua
menterinya daripada parti USNO. Stephens memberi
reaksi balas usaha tersebut dengan mengatakan;
..Some parties (USNO) had put forward the
proposal that because they hold the majority
they would like to form the next government.
But so far nothing has been decided in the
national council and no settlement of the
issue has been reached.172
Kedengaran juga khabar angin bahawa akan
berlaku pertumpahan darah sekiranya berlaku sebarang
pertukaran kepimpinan kerajaan. Harris Salleh dan
Donald Stephens menafikan dakwaan sesetengah
masyarakat yang meramalkan berlaku pertumpahan
bergabung dengan UPMP pada 30 Mei 1964, UPKO mempunyai ahli kabinet yang
terbanyak dalam parti Perikatan Sabah. (Dalam Sabah Times, 14 Jun 1964).
170 Ibid.
171 Daily Express, 1 Jun 1964.
172 Daily Express, 8 Jun 1964.
45
darah sekiranya kerajaan yang sedia ada diganti.173
Ketua menteri itu juga kesal dengan sikap beberapa surat
khabar tempatan dan luar yang memperkatakan masalah
dalaman parti Perikatan Sabah. Oleh kerana masalah
sudah ke pengetahuan umum, jalan penyelesaian yang
terbaik adalah menemui Perdana Menteri, Tunku Abdul
Rahman.174 Harris Salleh juga sependapat bahawa tiada
jalan lain untuk menyelesaikan isu tersebut kecuali
menemui Tunku kerana isu tersebut semakin
diperkatakan orang.175
Ketika rombongan pemimpin Sabah menemui
Tunku Abdul Rahman, Tunku optimis bahawa
persoalan siapa akan mengetuai kerajaan di Sabah akan
diselesaikan sepenuhnya.176 Bagaimanapun, beliau
mahu pihak-pihak yang berkrisis supaya meletakkan
kepentingan negara sebelum kepentingan peribadi.177
Pada 12 Jun 1964, selepas perbincangan Tunku dengan
Ketua menteri serta beberapa menteri kabinet lain
seperti Harris Salleh, Pang Tet Tshung serta pemangku
Peguam Negeri, Thomas Jayasuriya dan Setiausaha
Politik Stephens, Majid Khan, Tunku telah membuat
keputusan dengan mengekalkan Donald Stephens
sebagai ketua menteri dan menambah portpolio menteri
kepada lapan dengan tiga untuk UPKO, tiga untuk
USNO dan dua untuk SANAP.178 USNO akan mengisi
jawatan Timbalan Ketua Menteri, menteri Kebajikan
Masyarakat dan menteri Pertanian dan Perikanan.
UPKO pula akan mengisi jawatan Ketua Menteri,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Menteri Kesihatan.
SANAP yang berkecuali dalam krisis UPKO – USNO
173 Ibid.
174 Ibid.
175 Ibid.
176 Daily Express, 11 Jun 1964.
177 Ibid.
178 Daily Express, 12 Jun 1964.
46
tersebut diberi dua jawatan menteri iaitu Menteri
Komunikasi dan Kerja dan Menteri Kewangan.179
Penyelesaian Tunku dalam krisis ini secara
zahirnya, memuaskan semua pihak. Jika adapun yang
tidak begitu senang dengan keputusan tersebut mereka
terpaksa menerimanya kerana ini adalah keputusan
Tunku. Donald Stephens menggambarkan Tunku
sebagai sangat memahami.180 Pemimpin SANAP, Khoo
Siak Chiew gembira dengan keputusan tersebut kerana
jalan penyelesaiannya telah memuaskan semua pihak.
Katanya ‘…it was a fair and reasonable agreement
satisfactory to all parties and SANAP contributed its
share to bring about this.’181
Bagaimanapun, krisis pada bulan Jun 1964 itu
tidak mengakhiri krisis politik USNO dan UPKO atau
lebih tepat antara Datu Mustapha dan Donald Stephens.
Pada bulan Disember 1964, krisis kedua yang
membabitkan kedua-dua pemimpin berlaku sekali lagi.
Krisis kedua bagaimanapun lebih mencabar. Isu
perlantikan John Benedict Dausing sebagai Setiausaha
Kerajaan Negeri menjadi hangat apabila Yang di-Pertua
Negara Sabah, Datu Mustapha enggan menandatangani
perlantikan tersebut. Perlantikan John Benedict Dausing
berlaku selepas kekosongan yang ditinggalkan oleh
Steve Holley (Stephen Holley), pegawai British yang
kembali ke negaranya.182 John Dausing merupakan
senarai ketiga selepas seorang pegawai Cina, Leong Ah
Khoon dan Setiausaha Menteri Kewangan, William Lim.
Bagaimanapun, Leong Ah Khoon dan William Lim
179 Daily Express, 13 Jun 1964.
180 Ibid.
181 Daily Express, 16 Jun 1964.
182 PJ. Granville-Edge dan Rajen Devadson (editor), The Sabahan. The life and
Death of Tun Fuad Stephens. Kota Kinabalu: Institute For Development Studies,
1999, hlm. 169.
47
tidak mahu menerima tanggungjawab tersebut.183 Surat
perlantikan John Dausing, 44 tahun seorang Kadazan-
India daripada Tuaran tidak ditandatangani oleh Datu
Mustapha. Tindakannya ini juga merupakan satu
protesnya terhadap kerajaan Donald Stephens.184 Tidak
diketahui kemahuan sebenar Tun Mustapha, sama ada
beliau mahu memilih Leong Ah Khoon atau William
Lim daripada John Dausing ataupun beliau mempunyai
calon lain. Presiden USNO, Datu Aliuddin bin Datu
Harun bagaimanapun ada membuat kenyataan tentang
keputusan USNO menolak perlantikan John Dausing:
It is not true that the USNO is against a
Malaysian of Sabah origin being
appointed as state secretary. A lot of
misreports have appeared in the press
mainly played up by interested parties
giving the impression that it is because
the USNO is opposed to the selection of
the state secretary by the Chief Minister
that the crisis has occurred now in the
Alliance. Nothing is farther from the
truth. We have always advocated that a
Malaysian of Sabah origin should be the
state secretary. In fact it was the USNO
who had been more vociferous about it
than any other political party.185
Setiausaha Agung UPKO, Peter Mojuntin pula
mendakwa perlantikan John Dausing tidak menyalahi
mana-mana peraturan dan menyatakan bahawa
183 James P. Ongkili, Modernization in East Malaysia 1960-1970, Kuala Lumpur:
Oxford University Press, 1972, hlm. 64.
184 Gordon P. Means, ‘Eastern Malaysia: The Politics of Federalism,’ Asian Survey,
Jil. 8, No. 4, April 1968, hlm. 296.
185 Sabah Times, 1 Disember 1964.
48
perlantikan tersebut adalah keputusan yang dibuat oleh
Tunku pada bulan Jun 1964.186 Dalam kenyataan akhbar
UPKO, Peter Mojuntin menjelaskan;
The Kuala Lumpur agreement which
followed a meeting of Sabah Alliance
leaders in Kuala Lumpur earlier this year
expressly provided that a Malaysian was to
be appointed State Secretary before
September 1964. It is clearly therefore that
the Chief Minister if he was to abide by the
agreement had to submit his selection for
State Secretary before September this year.
In fact, he publicly declared that he had his
selection and recently announced the name
of the person he had selected for
appointment, Mr John Dausing.187
USNO mendakwa keputusan perlantikan John
Dausing adalah keputusan Donald Stephens sendiri
kerana John Dausing rapat dengan keluarganya.188
Sesetengah pihak berpendapat perlantikan ini dipercayai
kerana semangatnya untuk melaksanakan Borneosasi
seperti mana yang terkandung dalam 20 Perkara yang
didrafnya bersama beberapa pemimpin lain.189
Krisis kedua ini mencapai kemuncak apabila
USNO yang diterajui oleh adik Datu Mustapha, Datu
Aliuddin Datu Harun sepakat untuk membuat usul tidak
percaya terhadap Donald Stephens dalam Dewan
186 Minit Mesyuarat parti UPKO, 25 Jun 1964.
187 Sabah Times, 4 Disember 1964.
188 PJ. Granville-Edge dan Rajen Devadson (editor), The Sabahan. The life and
Death of Tun Fuad Stephens, hlm. 169.
189 Ibid, hlm. 169.
49
Perundangan Negeri.190 Akhirnya, isu perlantikan John
Dausing telah dipanjangkan kepada Tunku di Kuala
Lumpur. Bagaimanapun, isu sebenar yang dibawa ke
Kuala Lumpur bukanlah isu perlantikan John Dausing
tetapi kedudukan Donald Stephens sebagai ketua
menteri. Donald Stephens bagaimanapun begitu optimis
bahawa jalan penyelesaian yang akan diputuskan oleh
Tunku dapat meredakan krisis dalaman politik di
Sabah.191 Seperti katanya kepada akhbar Straits Times,
‘We are hopeful of reaching a solution...’192
Bagaimanapun, krisis kedua dalam politik Sabah
tidak menyebelahi Donald Stephens. Beliau kehilangan
jawatan ketua menteri ketika berjumpa dengan Tunku
untuk mencari penyelesaian terhadap isu perlantikan
John Dausing.193 Jalan penyelesaian parti UPKO kepada
Tunku adalah mencadangkan supaya G.S. Sundang
dilantik sebagai Ketua Menteri sementara Donald
Stephens akan mengambil portfolio G.S. Sundang
sebagai Menteri Kerajaan Tempatan. UPKO juga
mencadangkan alternatif kedua iaitu G.S. Sundang
menjadi Yang di-Pertua Negara sementara Datu
Mustapha akan menjadi ketua Menteri.
Pemimpin USNO bersama beberapa pemimpin
Cina dalam SANAP pula bertemu dengan Perdana
Menteri beberapa hari selepas itu dan memberi
cadangan yang lebih drastik, iaitu menyingkirkan terus
Stephens daripada jawatannya.194
190 Sabah Times, 15 Disember 1964.
191 Straits Times, 8 Disember 1964.
192 Ibid.
193 Edwin Lee, The Towkays of Sabah, Chinese Leadership and Indigenous
Challenge in The Last Phase of British Rule, hlm.212.
194 Herman Luping, Sabah’s Dilemma. The Political History of Sabah (1963-1994),
hlm. 142.
50
Tunku tidak sepenuhnya menerima cadangan
UPKO mahupun USNO dan SANAP, sebaliknya
mengatakan Datu Mustapha akan kekal sebagai Yang
di-Pertua Negara sementara Peter Lo dari SANAP akan
mengambil alih jawatan Ketua Menteri dari Donald
Stephens. Tiga orang ahli kabinet akan dilantik dari
setiap parti dalam Perikatan Sabah tetapi kedudukan
Donald Stephens pula tidak disebutkan.195 Donald
Stephens menyifatkan keputusan ini sebagai tidak adil
dan menyifatkan USNO sebagai gabungan UMNO
sebab itu diberi perhatian istimewa oleh kerajaan
pusat.196
Apabila Donald Stephens dan UPKO melihat
keputusan Tunku Abdul Rahman ini sebagai tidak adil,
ini juga bermakna krisis dalaman politik di Sabah
sebenarnya belum berakhir. Dalam krisis pertama
UPKO dan USNO pada Jun 1964, tindakan
penyelesaian Tunku hanya mengekalkan Stephens
sebagai Ketua Menteri dan mencadangkan Harris Salleh,
salah seorang pemimpin USNO sebagai Timbalan Ketua
Menteri.197 Tetapi pada bulan Disember 1964, Perdana
Menteri Malaysia tersebut membuat penyelesaian
dengan mengurangkan kekuasaan pemimpin Kadazan
dalam kabinet kerajaan negeri Sabah dan cuba
mengimbanginya dengan melantik seorang pemimpin
Cina.198 SANAP menerima keputusan Tunku sebagai
penyelesaian bagi kestabilan politik di Sabah,199 dan
menegaskan krisis dalam Perikatan hanya melibatkan
USNO dan UPKO.
195 Ibid.
196 Ibid.
197 Edwin Lee, The Towkays of Sabah, Chinese Leadership and Indigenous
Challenge in The Last Phase of British Rule, hlm. 211.
198 Ibid. hlm. 212.
199 Straits Times, 4 Disember 1964.
51
Tunku dalam kenyataannya terhadap Donald
Stephens memberitahu bahawa Datu Mustapha tidak
pernah dibawa berunding oleh Donald Stephens,
sekalipun dalam pemberian anugerah kerajaan negeri.200
Donald Stephens kemudiannya menyifatkan kenyataan
Tunku sebagai kenyataan berat sebelah kerana Tunku
tidak membuat kenyataan serupa kepada Datu Mustapha
apabila Donald Stephens mempersoal pembabitan Datu
Mustapha dalam politik. Tunku sebaliknya menjelaskan
kepada Donald Stephens bahawa Datu Mustapha boleh
berpolitik kerana Sabah berbeza dengan negeri-negeri
lain.201 Oleh kerana itu menurut Tunku, Datu Mustapha
berhak memberi kenyataan terhadap perkara politik.202
Tambah Tunku lagi, “It should, therefore, be understood
that the Chief Minister should consult the Governor on
all matters affecting the party.”203
Sebelum isu kedua dibawa kepada Tunku,
Tunku ada memberitahu Donald Stephens bahawa dia
pernah menasihati Donald Stephens supaya berubah
tetapi nasihatnya tidak memberi kesan.204 Malahan
Donald Stephens dalam akhbar miliknya, Sabah Times
menuduh Tunku membiarkan perlembagaan dicabuli.205
UPKO juga membuat usul hilang keyakinan terhadap
Yang di-Pertua Negara, Tun Datu Mustapha yang
disampaikan oleh parti UPKO kepada Ketua Menteri,
Donald Stephens. Pada masa yang sama, USNO dan
200 Straits Times, 14 December 1964.
201 Sabah Times, 15 September 1964.
202 Sabah Times, 16 September 1964.
203 R.S. Milne dan K.J. Ratnam, Malaysia – New States in a New Nations. Political
Development of Sarawak and Sabah in Malaysia, London: Franck Cass, 1974. Lihat
juga dalam Straits Times, 14 December 1964.
204 Ibid.
205 Berita Harian, 14 Disember 1964.
52
SANAP pula mempertimbangkan usul tidak percaya
kepada Stephens sebagai ketua Menteri.206
Selepas perlantikan Peter Lo sebagai Ketua
Menteri, Donald Stephens mula mengecam Peter Lo.
Beliau menyifatkan Peter Lo sebagai ‘kebudak-budakan
dan bodoh’, bagaimanapun Peter Lo mendakwa
kecaman tersebut dibuat kerana Donald Stephens mahu
kekal sebagai ketua menteri.207 Peter Lo juga
menyatakan bahawa beliau pernah diberi kepercayaan
oleh bekas ketua menteri itu untuk menjadi Menteri
Persekutuan dan oleh sebab itu soal tidak
berpengalaman dalam politik seperti yang didakwa
olehnya seharusnya tidak timbul.208
Berdasarkan tindakan dan keputusan Tunku
dalam isu politik Sabah pada Disember 1964, ramai
sejarawan melihat Tun Mustapha disokong oleh Tunku
kerana soal peribadi.209 Kawan baik Donald Stephens,
Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman juga melihat
Tunku lebih memihak Tun Mustapha.210 Selepas
Malaysia, Tun Datu Mustapha turut menyokong agenda
nasional yang dibawa oleh kerajaan persekutuan
termasuk soal agama, bahasa dan dasar pendidikan.211
Oleh itu, selepas Malaysia ditubuhkan, Tun Datu
Mustapha menyokong perkembangan Islam di Sabah,
menentang penggunaan bahasa Inggeris, menentang
206 Sunday Times, 13 Disember 1964.
207 Berita Harian, 14 Disember 1964.
208 Ibid.
209 Paul Bradley, ‘Communal Politics in Malaysian Borneo ’The Western Political
Quarterly, Jil. 21, No.1, March 1968, hlm. 136.
210 PJ. Granville-Edge dan Rajen Devadson (editor), The Sabahan. The life and
Death of Tun Fuad Stephens, hlm. 170.
211 Pendirian ini sebenarnya sama seperti pendirian USNO ketika Suruhanjaya
Cobbold menjalankan siasatan di Borneo Utara (Sabah) pada bulan Februari hingga
Jun 1962. USNO menyarankan supaya bahasa Kebangsaan adalah bahasa Melayu,
agama negeri adalah agama Islam dan mahukan lebih banyak sekolah berteraskan
Islam ditubuhkan. Dalam James Wong Kim Min, The Birth of Malaysia, Singapore:
Sweet and Maxwell Asia, 2004, hlm. 52.
53
penangguhan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan menentang pemberian kuasa imigresen
kepada Sabah.212
Donald Stephens dan beberapa pemimpin UPKO
pula lebih banyak mempersoal agenda persekutuan
termasuk Borneosasi dan penubuhan Jabatan
Persekutuan di Sabah.213 Tun Datu Mustapha sering
menegur dasar kerajaan negeri yang disifatkannya
sebagai keputusan Donald Stephens sendiri dan
menyatakan bahawa kerajaan negeri seharusnya
menunjukkan penghargaan serta merasa terhutang budi
terhadap bantuan kewangan kerajaan persekutuan untuk
membangunkan Sabah.214
Sejak isu penyingkiran Donald Stephens dari
jawatan Ketua Menteri, USNO didakwa bukan lagi
diarah oleh pemimpinnya di Sabah tetapi oleh UMNO
di Kuala Lumpur.215 Sebagai tanda hubungan USNO
dan UMNO, Datu Mustapha telah diberi anugerah
tertinggi dengan gelaran ‘Tun’ pada 26 November 1964,
beberapa hari sebelum kemuncak hubungan Datu
Mustapha dengan Donald Stephens. 216 Donald Stephens
yang tersisih apabila USNO diberi perhatian oleh
kerajaan Persekutuan, terus tersisih dalam Parti
Perikatan apabila Sabah National Party (SANAP),
memihak kepada USNO. SANAP melihat UPKO terlalu
ghairah untuk membuka partinya kepada semua
212 Gordon P. Means, ‘Eastern Malaysia: The Politics of Federalism,’ Asian Survey,
Jil. 8, No. 4, April 1968, hlm. 296.
213 Ibid, hlm. 295.
214 Sabah Times, 5 Disember 1964.
215 Margaret Clark Roff, The Politic of Belonging. Political Change in Sabah and
Sarawak, hlm. 338.
216 Edwin Lee, The Towkays of Sabah, Chinese Leadership and Indigenous
Challenge in The Last Phase of British Rule, Singapore: Singapore University Press,
1976, hlm.211.
54
kaum.217 Bagaimanapun SANAP menafikan
mengeksploitasi perpecahan USNO dan UPKO untuk
memperolehi keuntungan dengan menyokong USNO.
Dalam mesyuarat parti SANAP pada 15 Januari 1965,
parti SANAP mendedahkan bahawa sokongan SANAP
terhadap USNO disebabkan oleh dua perkara, iaitu
pertama menyelesaikan krisis berlarutan politik di
Sabah dan yang kedua untuk mempertahankan keutuhan
parti Perikatan Sabah.218
Jelasnya, keputusan penyelesaian Tunku dalam
krisis politik di Sabah pada penghujung tahun 1964 ini
akhirnya membawa kesan besar terhadap kekuasaan
politik masyarakat Kadazan apabila jawatan nombor
satu dalam kerajaan negeri Sabah diberikan kepada Peter
Lo. UPKO yang mewakili masyarakat Kadazan
kemudian berterusan menyalahkan kerajaan persekutuan
kerana mempengaruhi keputusan isu-isu politik di negeri
itu. UPKO juga membuat persepsi bahawa kerajaan
pusat memandang remeh kedudukan Sabah dalam
Malaysia tidak sepertimana kata-kata Tunku semasa
mula-mula membawa Sabah menyertai Malaysia.
Sungguhpun Donald Stephens dan UPKO
banyak mempersoalkan persetujuan-persetujuan dalam
pembentukan Malaysia, tetapi beliau kekal dengan
pendirian bahawa menyertai pembentukan Malaysia
adalah keputusan yang tepat. Ketika perbahasan di
parlimen pada 2 Jun 1965, beliau membidas ucapan
oleh Chia Thye Poh dari Parti Sosialis (Yang Berhormat
dari Batu, Singapura) bahawa Sabah tidak diberikan
kebenaran untuk menentukan nasibnya sendiri semasa
217 Herman Luping, Sabah’s Dilemma. The Political History of Sabah (1963-1994),
hlm. 135.
218 Minit Mesyuarat parti SANAP pada 15 Januari 1965 dalam Edwin Lee, The
Towkays of Sabah,Chinese Leadership and Indigenous Challenge in The Last Phase
of British Rule, Singapore: Singapore University Press, 1976, hlm.215.
55
menyertai pembentukan Malaysia. Donald Stephens
memberitahu penyertaan Sabah dalam Malaysia adalah
keputusan yang tepat kerana rakyat Sabah telah memilih
parti-parti yang pro-Malaysia dalam pilihan raya majlis
tempatan pada tahun 1962. Beliau bagaimanapun
mengakui hubungan kerajaan persekutuan dengan
kerajaan Sabah sedang menghadapi masalah, tetapi
beliau merasa perkara ini normal dan boleh
diselesaikan.219 Beliau juga tegas untuk mengatakan
Sabah tidak akan berpisah dengan Malaysia sepertimana
kenyataannya:
Ra’ayat Sabah Saperti yang telah saya
katakan dahulu telah dengan bebas-nya
memileh untok menjadi sabahagian
daripada Malaysia, sa-telah mengetahui
bahawa sa-kali keputusan telah di-ambil
tidak boleh di-rombak lagi. Sabah tidak
akan berpisah. Sabah tidak akan
menyokong sa-barang usul membelah
Malaysia.220
Bagaimanapun, bagi kerajaan persekutuan,
tindakan-tindakan Donald Stephens dan beberapa
pemimpin UPKO yang lain telah mengugat keharmonian
Malaysia yang baru dibentuk, apatah lagi apabila
kerajaan Malaysia pada ketika itu cuba sedaya upaya
untuk tidak memberi gambaran yang buruk kepada
negara-negara jiran khususnya Indonesia dan Filipina.221
219 Ucapan Penoh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam
Dato’ Donald Stephens Di Dewan Ra’ayat Pada 2hb Jun 1965. (ANM No.SPR
2006/01093).
220 Ibid.
221 Sepanjang tahun 1964 banyak insiden-insiden aktiviti keganasan Indonesia di
Sabah termasuk Sungai Serudong, Umas-umas, Kalabakan dan Simandalan di
Tawau, di Long Pasia, Pensiangan, Labuan dan Sandakan. Dalam Mohamed Bin
Abdullah, Indonesian Aggression against Malaysia, Kuala Lumpur: Government
Press, 1965, hlm. 31-33.
56
Detik ini juga memulakan satu hubungan yang sukar
khususnya beberapa pemimpin daripada parti UPKO
dengan beberapa pemimpin kerajaan persekutuan
sepanjang tahun 1965 hingga 1967 yang disifatkan oleh
Herman Luping sebagai tempoh yang banyak tekanan.222
Tempoh ini juga menjadi cabaran kepada ketua menteri
Sabah yang baru, Peter Lo.
222 Herman Luping ‘Marah dengan sesetengah pemimpin Cina sahaja; dari kaca
mata Herman Luping’ Daily Express, 1 Ogos 2012.
57
BAB TIGA
FEDERALISME DI SABAH ERA
KETUA MENTERI KEDUA, PETER LO
Peter Lo, seorang peguam muda dari Sandakan
akhirnya menjadi Ketua Menteri kedua Sabah. Harris
Salleh yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan
Ketua Menteri dilantik sebagai Menteri Kewangan,
sementara G.S. Sundang menjadi pemimpin tertinggi
dalam masyarakat Kadazan apabila dilantik sebagai
Timbalan Ketua Menteri. Donald Stephens pula
memulakan tugasnya dalam kabinet persekutuan
sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan
Awam. Tun Mustapha pula kekal sebagai Yang di-
Pertua Negara.223
Pemulihan Hubungan Sabah - Kuala Lumpur
Politik Sabah dilihat kembali pulih apatah lagi
kerajaan Sabah pimpinan Peter Lo menyokong dasar
persekutuan dan tidak menimbulkan keraguan ke atas
kedudukan Sabah dalam Malaysia. Setahun selepas
Peter Lo menjadi ketua menteri, ekonomi Sabah
meningkat dengan Keluaran Negara Kasar
menunjukkan peningkatan sebanyak 4 peratus sejak
tahun 1960 (14 peratus) kepada 18 peratus pada tahun
1966. Pendapatan Sabah juga meningkat kepada $88
juta.224 Jumlah pendapatan keseluruhan pendapatan
kerajaan Negeri Sabah dalam tempoh tahun 1966
223 R.S. Milne dan K.J. Ratnam, Malaysia – New States in a New Nations. Political
Development of Sarawak and Sabah in Malaysia, London: Franck Cass, 1974, hlm.
234.
224 Report. Sabah’s Budget 1967 and Economic Progress Up to December 1966,
Arkib Negeri Sabah, No. Fail ANS, P/PEN 2).
58
hingga 1970 adalah sebanyak $745 juta dengan jumlah
perbelanjaan sebanyak $983 juta.225
Hubungan kerajaan persekutuan dengan kerajaan
Sabah pimpinan Peter Lo (1965-1967) bagaimanapun
ada ketikanya tidak berjalan lancar. Isu Sabahanization
atau Borneosasi, pengenalan cukai-cukai baru di Sabah
pada tahun 1965 dan belanjawan Persekutuan yang
mengenakan cukai berganda kepada industri kayu balak
serta kenaikan harga minyak diesel menjadi isu yang
sedikit mengganggu hubungan baik kerajaan Peter Lo
dengan persekutuan. Bagaimanapun isu-isu ini dapat
ditangani dengan baik. Di samping itu, dalam tempoh
pentadbirannya, Filipina kembali membangkitkan
tuntutannya ke atas Sabah. Ketika mesyuarat Kabinet
Sabah pada 14 Januari 1965, Peter Lo dengan tegas
menolak tuntutan Filipina dan berpendirian bahawa
tidak perlu referendum atau perbincangan tentang soal
tersebut.226 Beliau turut yakin terhadap masa depan
Sabah dalam Malaysia dan meminta Filipina melupakan
hasrat untuk menuntut Sabah.227
Seperti disebutkan, isu Borneosasi masih
menjadi antara isu hubungan antara kerajaan
persekutuan dan kerajaan Sabah semasa tempoh
pentadbiran Peter Lo khususnya pada penghujung tahun
1965. Pada 10 Oktober 1965, Peter Lo membuat
kenyataan bahawa Borneosasi sukar dilaksanakan
secepat mungkin kerana pegawai British telah diberi
jaminan untuk berkhidmat di Sabah dalam tempoh
tertentu. Selain itu, kebanyakan pegawai tempatan pula
terlibat dalam melaksanakan Rancangan Malaysia
Pertama dan belum bersedia.228 Setiausaha Kerajaan
225 Department of Statistics, Malaysia, Annual Buletin of Statistics, Sabah: 1991.
226 Straits Times, 15 Januari 1965.
227 Ibid.
228 Daily Express, 12 Oktober 1965.
59
Negeri Sabah, John Dausing bagaimanapun mendakwa
jawatan utama di Sabah telah pun diisi oleh orang Sabah.
Ini termasuk jawatan Setiausaha Tetap Menteri-menteri
Sabah. Beliau juga turut menjelaskan bahawa pegawai-
pegawai British tidak boleh diganti secepatnya kerana
ramai daripada mereka adalah tenaga kerja mahir seperti
jurutera dan doktor yang tidak boleh diisi sepenuhnya
oleh orang tempatan. Selain itu, ada dalam kalangan
pegawai dan pekerja British yang berkhidmat sebelum
pembentukan Malaysia tertakluk kepada skim
perkhidmatan berpencen.229
Bagaimanapun, pada penghujung tahun 1965,
kerajaan persekutuan dan kerajaan Sabah telah
mencapai beberapa persetujuan untuk melaksanakan
Borneosasi.230 Butiran perjanjian bagaimanapun tidak
didedahkan oleh ketua menteri tetapi beliau
menjelaskan bahawa masalah menggantikan tenaga
mahir pegawai-pegawai British telah pun dibincangkan.
Salah satu alternatif tersebut adalah membawa masuk
pekerja-pekerja kontrak dari Semenanjung untuk
mengisi jawatan yang dikosongkan oleh pegawai-
pegawai British buat sementara waktu.
Ketua Menteri juga menggalakkan orang-orang
dari Semenanjung Malaysia berhijrah ke Sabah kerana
Sabah masih kekurangan tenaga buruh.231 Oleh itulah
pada tahun 1966, ramai pegawai dan pekerja dari
semenanjung datang ke Sabah. Pegawai-pegawai ini
termasuklah 54 orang guru dari Semenanjung serta
kedatangan Pengarah Pelajaran Sabah yang baru, J.E.B.
Ambrose menggantikan Pengarah Pelajaran berbangsa
British, G.D. Muir yang kembali ke England (yang
229 Daily Express, 22 Oktober 1965.
230 Daily Express, 28 Oktober 1965.
231 Daily Express, 24 Disember1965.
60
diumumkan oleh Mohd Yassin Hashim, Menteri
Kebajikan Sosial Sabah pada bulan Oktober 1965).232
Pada bulan Januari 1967, J.E.B. Ambrose
memaklumkan Sabah masih memerlukan seramai 4,720
orang guru.233 Menurutnya, sungguhpun dua maktab
perguruan di Sabah mampu menghasilkan 90 orang
guru setahun tetapi Sabah tetap akan kekurangan lebih
kurang 600 orang guru.234
Isu kedua hubungan kerajaan persekutuan
dengan kerajaan negeri Sabah semasa pentadbiran
singkat Peter Lo adalah isu cukai. Cukai merupakan
tanggungjawab kerajaan persekutuan, bagaimanapun
kerajaan negeri juga seharusnya memperolehi manfaat
daripada cukai yang dipungut oleh kerajaan
persekutuan.235
Banyak kritikan terhadap kerajaan persekutuan
tentang cukai, khususnya isu cukai baru yang
diperkenalkan di Sabah. Perkara ini mendapat bantahan
ketua menteri, Peter Lo di Parlimen. Peter Lo telah
menyeru Menteri Kewangan, Tan Siew Sin supaya
mengecualikan Sabah daripada cukai-cukai baru yang
membebankan penduduk Sabah.236 Selain
membebankan penduduk, cukai-cukai baru itu juga
menghalang segala kemajuan perdagangan dan
perusahaan di dalam negeri tersebut. Beliau turut
mengingatkan Menteri Kewangan itu supaya
memikirkan tentang perbezaan yang ada di Sabah dan
232 Daily Express, 25 Oktober 1965.
233 Sabah Times, 21 Januari 1967.
234 Ibid.
235 Sabah’s Budget 1967 and Economic Progress Up to December 1966 (Arkib
Negeri Sabah, P/PEN 2) hlm. 10.
236 Daily Express, 24 November 1965.
61
Semenanjung selain hanya memikirkan penyeragaman
cukai.237
Tun Mustapha bagaimanapun mengkritik Peter
Lo kerana berpandangan isu itu tidak harus dibawa ke
parlimen kerana boleh menjejaskan perpaduan antara
Sabah dan Semenanjung. Khoo Siak Chew sebaliknya
berpandangan ucapan Peter Lo di parlimen hanyalah
satu bentuk rayuan dan bukannya penentangan terhadap
persekutuan sepertimana yang dilihat oleh Tun
Mustapha.238
Isu cukai ini tidak berakhir walaupun Ketua
Menteri mengkritik pembentangan belanjawan Tan
Siew Sin pada tahun 1965. Pada tahun 1967, sekali lagi
beberapa menteri dan ahli Parlimen dari Sabah
mengkritik belanjawan negara yang memperkenalkan
cukai-cukai baru dan keputusan menaikan harga diesel
di Sabah. Pada tahun 1967, semasa membentangkan
belanjawan 1968, Tan Siew Sin telah mengumumkan
cukai ke atas kayu balak sebanyak 50 peratus daripada
bayaran royalti dibayar oleh pengusaha balak.239 Peter
Lo tidak bersetuju dengan cukai tersebut kerana dengan
mengenakan cukai tersebut, pengusaha kayu balak akan
membayar cukai sebanyak dua kali terhadap keuntungan
pendapatan yang sama.240
Menteri Kewangan Sabah, Harris Salleh pula
kemudian dengan tegas mengatakan bahawa cukai-cukai
yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan itu tidak akan
dilaksanakan di Sabah.241 Menurutnya, jika cukai itu
237 Ibid.
238 Daily Express, 24 November 1965.
239 FCO 24/154 (3) G.C. Duncan to A.K. Mason, 8 February 1967.
240 Sabah Times, 28 Januari 1967.
241 Menurut Tan Sri Harris Mohd Salleh, cabaran ini bukan bermaksud beliau atau
kerajaan negeri Sabah tidak bersefahaman dengan Kuala Lumpur. Menurutnya lagi,
pertentangan pendapat ini tidak memberi implikasi yang panjang atau tegang. (Temu
62
dilaksanakan, ini akan melanggar apa yang dipersetujui
dalam laporan IGC yang mana hutan merupakan perkara
dibawah kuasa kerajaan negeri.242 Harris turut membidas
Menteri Kewangan itu agar mendapatkan sumber lain
untuk menaikkan pendapatan negara.243 Tan Siew Sin
ketika menjelaskan isu cukai kayu balak dan kenaikan
harga diesel di Sabah menjelaskan:
… government of Sabah should get what it
wants from the timber industry in Sabah by
raising income tax’s rate when his own
Finance Minister tells me that this method
has resulted in an excessive amount of
evasion. When it is realised that the amount
we expect to get from Sabah in this respect is
only of the order of $3 million or thereabouts,
I find it difficult to believe that the timber
industry there will be mined by additional
levy which is on a fraction of what they are
making now.244
Berkenaan isu kenaikan harga diesel, Tan Siew Sin
menyatakan bahawa Ketua Menteri Sabah mungkin
melihat kenaikan harga minyak diesel menyebabkan
kenaikan kos hidup di Sabah. Bagaimanapun, Tan Siew
Sin menjelaskan kenaikan harga diesel tidak
membebankan pengguna pengangkutan jalanraya. Selain
itu, beliau turut mengingatkan kerajaan negeri Sabah
bual dengan Tan Sri Harris Salleh di Kediamannya di Likas Kota Kinabalu, 9
Oktober 2013)
242 Sabah Times, 4 Februari 1967.
243 Menurut Tan Sri Harris Salleh, beliau amat mengagumi Tan Siew Sin sebagai
Menteri Kewangan. Cabarannya bukan bertujuan untuk menentang persekutuan
tetapi sebagai reaksi terhadap pelaksanaan cukai yang tidak relevan di Sabah.
(Temubual dengan Tan Sri Harris Salleh, 9 Oktober 2013 di Likas Kota Kinabalu.)
244 Sabah Times, 3 Februari 1967.
63
bahawa hasil pendapatan daripada kenaikan duti itu akan
menguntungkan kerajaan negeri juga.245
Menteri Kewangan Persekutuan itu juga
menyatakan bahawa tidak ada dalam laporan IGC yang
menyebut, cukai-cukai di Malaysia Barat tidak boleh
diperluaskan di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).246
Beliau turut menyatakan cukai dan tarif di Malaysia
Barat dan Malaysia Timur tidak sama, di mana Malaysia
Timur membayar kurang 30 peratus cukai pendapatan
berbanding Malaysia Barat bagi kes-kes pendapatan
bercukai kurang daripada $50,000 setahun.247
Sungguhpun terdapat sedikit pertikaian dalam
hubungan Sabah dan persekutuan semasa Peter Lo
menjadi Ketua Menteri, tetapi ujian paling getir
pentadbiran Peter Lo adalah hubungan berapa pemimpin
Sabah seperti Donald Stephens dengan pemimpin-
pemimpin kerajaan persekutuan. Donald Stephens pada
masa yang sama menggangotai kabinet persekutuan
sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan
Awam.
Donald Stephens, yang juga presiden parti
UPKO telah mendesak kerajaan persekutuan untuk
mengkaji semula kedudukan Sabah dalam persekutuan
selepas penyingkiran Singapura pada 9 Ogos 1965.
Sepanjang tahun 1965 hingga 1967 Donald Stephens
dan UPKO berterusan membantah penyingkiran
Singapura kerana keputusan pemisahan Singapura
dibuat tanpa perbincangan dengan pemimpin Sabah.248
Isu ini dilihat sebagai isu hubungan paling kritikal
dalam sejarah hubungan persekutuan dengan pemimpin-
245 Ibid.
246 Sabah Times, 20 Jun 1967.
247 Sabah Times, 20 Jun 1967.
248 Margaret Clark Roff, The Politics of Belonging. Political Change in Sabah and
Sarawak, hlm.97.
64
pemimpin di Sabah sepanjang tahun 1963 hingga 1967.
Hubungan tegang pemimpin-pemimpin persekutuan
dengan pemimpin-pemimpin UPKO hanya berakhir
selepas UPKO dibubarkan beberapa bulan selepas
Pilihan raya DUN yang pertama pada tahun 1967.
Politik Sabah Selepas Pemisahan Singapura
Keretakan hubungan Kerajaan Persekutuan dan
Singapura sebenarnya sudah wujud beberapa lama
sebelum keputusan pemisahan Singapura dibuat. Pada 1
Jun 1965, Menteri Kewangan Tan Siew Sin mendakwa
Lee Kuan Yew telah membuat satu kenyataan dalam
akhbar bahawa jika Malaysia tidak berjaya, beliau akan
membawa Singapura, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan
Sarawak untuk menjadi persekutuan yang berasingan.249
Sejak itu hubungan kerajaan Persekutuan dengan
kerajaan Singapura semakin kritikal dan ini berakhir
secara rasminya pada 9 Ogos 1965 apabila Dewan
Rakyat meluluskan usul pemisahan Singapura melalui
undi dua pertiga ahli Dewan.250
Menurut Tunku, terdapat banyak lagi sebab
Singapura disingkirkan. Salah satu sebabnya adalah
pemisahan ini adalah satu-satunya cara untuk
mengekalkan keselamatan dan keamanan di Malaysia.251
Dalam suratnya kepada Timbalan Perdana Menteri
Singapura, Dr. Toh Chin Chye, Tunku memberitahunya
bahawa keputusan pemisahan dibuat kerana tiada jalan
lain untuk memulihkan keamanan dan keharmonian.
Dalam reaksi yang disampaikan oleh Timbalan Perdana
249 Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 1 Jun 1965.
250 Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 9 Ogos 1963.
251 Daily Express, 11 Ogos 1965.
65
Menteri Singapura kepada Tunku pada 8 Ogos 1965,
beliau menyatakan:
My Colleagues and I would prefer that
Singapore remain in Malaysia and we felt
that there could be other solutions to the
present impasse. However, as you have
indicated that the situation does not lend
itself to any other workable settlement and
as you have impressed upon me that
Singapore remaining in Malaysia will lead
to a situation you may not be able to control,
we have no alternative but to be resigned to
your wish that Singapore leaves the
Federation of Malaysia.252
Menurut Tunku lagi, sikap beberapa pemimpin
Singapura yang tidak menunjukkan kesetiaan terhadap
kerajaan persekutuan mempengaruhi keamanan di
Malaysia.253 Beliau memberitahu pemimpin Singapura
sering mencabar secara terbuka kuasa kerajaan
Persekutuan dalam banyak perkara,254 termasuk
dakwaan bahawa kerajaan pusat hanya mengutamakan
satu kaum saja.255
Tunku juga memberitahu bahawa sejak tahun
1965, banyak pertentangan pendapat antara kerajaan
Persekutuan dan kerajaan Singapura.256 Lee Kuan Yew
dalam kenyataannya pula menyifatkan pertentangan
pendapat yang disebutkan oleh Tunku sebagai:
252 Bernard Sta Maria, Peter J. Mojuntin: The Golden Son of The Kadazan,
Seremban; Bernard Sta Maria, 1978, hlm. 84-85.
253 The Straits Times, 10 Ogos 1965.
254 Daily Express, 14 Ogos 1965.
255 Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 9 Ogos 1965.
256 The Straits Times, 10 Ogos 1965.
66
As mentioned earlier, there is nothing
new in human relationships, in human
situations, in the permutations and
combinations of any given situation
between two groups of men either as
tribes or as nations-states, but the big
difference is the capacity for quick
transportation of ideas, men and
weapons, creating a new problem.257
Jelasnya, Tunku merumuskan pemisahan itu
adalah secara kasarnya disebabkan oleh pertentangan
pendapat kedua-dua buah kerajaan. Tunku
bagaimanapun mengakui bahawa pemisahan itu adalah
kehendak beliau sendiri258 dan telahpun dipersetujui
oleh kedua-dua buah kerajaan.259
Pemisahan Singapura daripada persekutuan
Malaysia sebenarnya dibuat dalam keadaan rashia pada
6 Ogos 1965 di antara kerajaan Pusat dengan kerajaan
Singapura. Kabinet persekutuan diwakili oleh Tunku
Abdul Rahman, Timbalannya, Tun Abdul Razak, Dr
Ismail bin Datuk Abd. Rahman, Tan Siew Sin dan Dato
V.T. Sambanthan. Kerajaan Singapura pula diwakili
oleh Lee Kuan Yew dan semua ahli kabinetnya.
Ketika usul pemisahan di bentangkan di Parlimen
Malaysia 9 Ogos 1965, seramai 126 ahli parlimen
menyokong usul tersebut sementara seorang tidak hadir
ketika bacaan kali kedua usul pemisahan Singapura.260
Perwakilan Sabah, kecuali Datu Aliuddin bin Datu
Harun dan Ganie Gilong yang tidak hadir dalam
persidangan tersebut kesemuanya bersetuju dengan usul
257 Lee Kuan Yew, Malaysia – Age of Revolution, Singapore: Malaya Engraving &
Litho Printing Co., 1965, hlm. 40.
258 Sabah Times, 11 Ogos 1965.
259 Daily Express, 10 Ogos 1965.
260 Daily Express, 12 Ogos 1965.
67
pemisahan Singapura. Empat belas perwakilan Sabah
adalah Donald Stephens, Stanley Ho Ngun Khiu,
Ganing Jangkat, Amadeus Mathew Leong, Peter Lo Su
Yin, Mohd Arif Salleh, Orang Tua Mohammad Dara
Bin Langpad, Yeh Pao Tze, Francis Chin Nyuk Tang, S.
Fazul Rahman, Pengiran Tahir Petra, Khoo Siak Chiew,
Joseph David Manjaji dan Haji Abdul Rashid Hj.
Jais.261
Ketua Menteri, Peter Lo dan Donald Stephens,
Menteri Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam
menjelaskan mereka terpaksa menyokong usul tersebut
kerana keputusan sudah dibuat dan perjanjian
mengenainya telah pun ditandatangani.262 Menurut
mereka lagi, apabila usul pemisahan Singapura
dibentangkan di parlimen, Lee Kuan Yew telah pun
mengisytiharkan kemerdekaan Singapura.263 Donald
Stephens mengakui terkejut dengan penyingkiran
Singapura apatah lagi tiada siapa wakil Sabah mahupun
Sarawak yang dibawa berbincang. Seperti katanya
dalam akhbar Sabah Times, “...Sabah was not consulted
before the irrevocable decision was taken to separate
Singapore from Malaysia”.264
Donald Stephens juga menjelaskan bahawa beliau
terpaksa mengundi untuk menyokong usul tersebut
walaupun mempunyai alternatif lain termasuk
menentang tetapi tindakannya ini berkemungkinan akan
meruntuhkan Malaysia.265 Donald Stephens
memberitahu bahawa beliau dan beberapa rakan dari
Sabah dan Sarawak menyokong usul tersebut kerana
Tunku memberi jaminan pemisahan Singapura tidak
261 Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 9 Ogos 1963.
262 Daily Express, 14 Ogos 1965.
263 Ibid.
264 Sabah Times, 17 Ogos 1965.
265 Daily Express, 14 Ogos 1965
68
akan memberi apa-apa perbezaan kepada Sabah dan
Sarawak dalam persekutuan seperti mana sebelum ini.266
Peter Lo yang mengakui terkilan dengan keputusan
tersebut bagaimanapun berpandangan pemisahan
Singapura adalah jalan terbaik untuk menghentikan
permusuhan kaum, seperti katanya ‘Singapore’s
breakaway was a difficult one and the separation is an
artificial one.267 Beberapa ahli Dewan Negara, seperti
Senator Dato Pengiran Galpham pula menyatakan
keputusan Tunku itu harus diterima dengan hati terbuka.
Seorang lagi Ahli Dewan Rakyat dari Sabah, Amedeus
Leong pula menyatakan pemisahan Singapura dari
Malaysia adalah lebih baik demi kemakmuran dan
keselamatan masa depan Sabah.268
Kerajaan persekutuan bagaimanapun berpendapat
bahawa tidak ada keperluan bagi kerajaan Persekutuan
untuk merujuk negeri-negeri berhubung keputusan
menyingkirkan Singapura.269 Tunku menjelaskan
bahawa negeri-negeri lain juga tidak dibawa berunding
dan menganggap Sabah dan Sarawak tidak ada bezanya
dengan negeri-negeri lain, sepertimana katanya, ‘There
was no question of treating Sabah especially different
from the rest of states of Malaysia. All are on equal
footing and are treated equally.’270
Donald Stephens bagaimanapun menyifatkan
tindakan Tunku yang tidak membawa Sabah dan
Sarawak berunding terlebih dahulu dalam isu pemisahan
Singapura sebagai melanggar konsep rakan setaraf
dalam pembentukan Malaysia.271 Tindakan Tunku yang
266 Ibid.
267 Ibid.
268 Daily Express, 18 Ogos 1965.
269 Ibid.
270 Daily Express, 21 Ogos 1965.
271 Sabah Times, 17 Ogos 1965.
69
didakwa mengambil keputusan sendiri dalam pemisahan
Singapura mengecewakan Donald Stephens. Beliau juga
mendakwa bahawa keputusan memisahkan Singapura
adalah tanggungjawab semua wilayah yang membentuk
Malaysia.272 Sebab itulah beliau berfikir bahawa sebagai
rakan setaraf, semua empat wilayah yang terlibat dalam
pembentukan Malaysia perlu berbincang dengan rakan
lain apabila membuat keputusan yang besar,
sepertimana isu penyingkiran Singapura.273
Ekoran daripada itu pada 17 Ogos 1965, UPKO
kemudiannya melantik enam orang ahlinya untuk
membuat mesyuarat khas tentang kedudukan Sabah
dalam Malaysia dan akan bertanggungjawab
mendapatkan pungutan suara semula di samping rakan
lain dalam Perikatan Sabah.274 Pada 18 Ogos 1965 pula,
Parti Perikatan Sabah telah membuat pertemuan dengan
ahli-ahli komponennya. USNO dan SANAP bersetuju
untuk melihat implikasi pemisahan Singapura daripada
Malaysia dan cuba memahami cadangan UPKO.
Bagaimanapun tiada sebarang keputusan berkaitan
permintaan UPKO untuk mengkaji semula kedudukan
Sabah dalam Malaysia.275
Pada 18 Ogos 1965 Donald Stephens
meletakkan jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah
atas alasan rakyat di Sabah merungut kerana dia selalu
tidak berada di negeri itu.276 Beliau mendakwa bahawa
dia ada berbincang dengan Tunku tentang perletakan
272 Sabah Times, 22 Ogos 1965.
273 Herman Luping, Sabah’s Dilemma. The Political History of Sabah (1963-1994),
hlm. 145.
274 Daily Express 18 Ogos 1965.
275 Herman Luping, Sabah’s Dilemma. The Political History of Sabah (1963-1994),
hlm. 148.
276 Margaret Clark Roff, The Politics of Belonging. Political Change in Sabah and
Sarawak, hlm. 97.
70
jawatannya.277 Namun demikian ada spekulasi
mengatakan perletakan jawatannya dibuat atas nasihat
dan desakan Tunku.278 Tunku ketika mengulas
perletakan jawatan Donald Stephens menyatakan ‘I am
not a political footballer. Donald Stephens resigned
because he wanted to devote his live to his party
political work.’279 Beliau juga menegaskan bahawa
mana-mana anggota kabinet yang tidak mematuhi dasar
kerajaan, dia boleh meletak jawatan. Oleh yang
demikian, Tunku menyatakan bahawa keputusan
Donald Stephens tersebut sesuai untuk dirinya dan
tindakannya.280
Selepas perletakan jawatan Donald Stephens,
beliau dan Setiausaha Agung UPKO, Peter Mojuntin
kemudian berterusan mengeluarkan kenyataan-
kenyataan pedas yang akhirnya mengeruhkan lagi
hubungan mereka dengan kerajaan persekutuan. Tidak
lama kemudian, Parti UPKO membuat kenyataan
bahawa satu kajian semula perlu dilakukan untuk
melihat pandangan rakyat Sabah terhadap Malaysia.281
Ketika berucap di hadapan penyokong-penyokong
UPKO cawangan Bandau, Kota Marudu, pada 21
Disember 1965, Donald Stephens menyatakan
pemisahan Singapura memberi kesan terhadap
keseimbangan ekonomi, politik, pendidikan dan kaum
di Malaysia dan oleh sebab itulah satu semakan semula
penyertaan Sabah dalam Malaysia perlu dilakukan.282
Beliau juga mencadangkan supaya semakan tersebut di
bawah pengawasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
277 Jawatan Menteri Hal Ehwal Sabah diwujudkan untuk memudahkan perhubungan
antara kerajaan Federal dengan kerajaan negeri.
278 Herman Luping, Sabah’s Dilemma. The Political History of Sabah (1963-1994),
hlm. 146.
279 Straits Times, 23 Ogos 1965.
280 Ibid.
281 Sabah Times, 17 Ogos 1965.
282 Daily Express, 22 September 1965.
71
Bersatu.283 Pada masa yang sama, UPKO mendakwa
bahawa asas asal pembentukan Malaysia telah terbatal
dengan pemisahan Singapura.284
Harris Salleh, Menteri Kewangan Sabah
menyifatkan hasrat Donald Stephens untuk mengkaji
semula kedudukan Sabah dalam Malaysia sebagai tidak
berpendirian kerana Donald Stephens adalah antara
individu yang ke London untuk menandatangani
perjanjian pembentukan Malaysia dan kemudian setelah
hilang kedudukannya, dia mahu membuat kajian
terhadap kedudukan Sabah dalam Malaysia.285 Beliau
menyifatkan tindakannya ini sebagai kekecewaan
seorang pemimpin yang sudah kehilangan kedudukan
dalam kerajaan.286
Ketua Menteri Sabah, Peter Lo pula bersetuju
perjanjian pembentukan Malaysia selepas pemisahan
Singapura perlu dikaji, bagaimanapun beliau
berpendapat tindakan tersebut tidak akan mengubah
apa-apa.287 Beliau juga mengambil pendirian bahawa
Sabah harus kekal dalam persekutuan kerana
memikirkan sumbangan persekutuan khususnya dalam
aspek kewangan.288 Menurutnya, Sabah tidak mungkin
mampu berdiri sebagai sebuah negara merdeka.289
Beliau juga turut mendakwa telah berjumpa dengan
Lord Head, Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia
yang menyatakan pandangannya bahawa British tidak
283 Edwin Lee, The Towkays of Sabah, Chinese Leadership and Indigenous
Challenge in The last Phase of British Rule, hlm. 218.
284 James P. Ongkili, ‘Political Development in Sabah.’ dalam Jeffrey G. Kitingan
dan Maximus J. Ongkili (editor), Sabah 25 years later 1963-1988, Kota Kinabalu:
Institute for Development Studies (Sabah), 1989, hlm. 68.
285 Daily Express, 28 September 1965.
286 Ibid.
287 Daily Express, 14 Ogos 1965.
288 Daily Express, 29 September 1965.
289 Daily Express, 24 Ogos 1965.
72
akan membantu mempertahankan Sabah sekiranya
Sabah keluar daripada Malaysia.290
Ringkasnya, gerakan Donald Stephens untuk
mendapatkan semakan semula kedudukan Sabah dalam
Malaysia tidak mendapat sokongan daripada kerajaan
negeri dan ahli Parti Perikatan Sabah yang lain. Pada
masa yang sama Tunku memberitahu bahawa di
Sarawak, gerakan yang sama dilakukan oleh beberapa
buah parti politik yang sejak dari awal menentang
pembentukan Malaysia.291 Stephen Kalong Ningkan di
Sarawak juga disingkirkan daripada jawatan Ketua
Menteri Sarawak melalui undi tidak percaya pada 16
Jun 1966 dan dipercayai mempersoalkan kebebasan
Sarawak setelah berada dalam Malaysia.292
Sungguhpun hanya UPKO yang mahu
mendapatkan semakan kedudukan Sabah dalam
Malaysia, tetapi situasi ini masih membimbangkan
kerajaan pusat. Oleh itu, pada 19 Ogos 1965, Tunku dan
beberapa menteri persekutuan lain telah menjelajah
seluruh Sabah dan Sarawak. Semasa siri lawatan
tersebut, Tunku mengingatkan rakyat Sabah bahawa
Sabah tidak mempunyai hak untuk berpisah dengan
persekutuan. Dalam ucapannya, beliau menyatakan
Sabah tidak boleh berpisah kerana Sabah tidak
mempunyai kerusi yang cukup dalam Parlimen
Persekutuan untuk memenangi undi. Tunku juga yakin
pemberontakan juga tidak akan berjaya.293
Akhbar-akhbar tempatan di Sabah memetik kata
Tunku terhadap masa depan Sabah dengan mengatakan,
‘Sabah and Sarawak and the rest of Malaysia will
290 Daily Express, 29 September 1965.
291 Penyata Dewan Rakyat, 1 November 1965.
292 Bernard Sta Maria, Peter J. Mojuntin: The Golden Son of The Kadazan,
Seremban; Bernard Sta Maria, 1978, hlm. 96.
293 Sabah Times, 23 Ogos 1965.
73
remain until doomsday.’294 Dalam siaran radio pada 22
Ogos 1965, Tunku mengingatkan sesiapa sahaja yang
berhasrat untuk memisahkan dari persekutuan dalam
apa juga jenis tindakan akan dianggap sebagai
pemberontak dan pengkhianat dan satu tindakan balas
akan dikenakan terhadap mereka.295
Bagi menangani masalah UPKO dan gerakannya,
Tunku telah menyokong keinginan Tun Mustapha untuk
berpolitik. Tiga hari sebelum ulang tahun Malaysia pada
16 September 1965, Tun Mustapha memilih untuk
meletak jawatan sebagai Yang di-Pertua Negara. Beliau
menjelaskan keputusannya itu dibuat atas sebab untuk
berkhidmat untuk Sabah.296 Pengganti Tun Mustapha
sebagai Yang di-Pertua Negara adalah Dato Pengiran
Haji Ahmad Raffae.297 Selain kembali memimpin
USNO, Tun Mustapha juga menjadi pengerusi Parti
Perikatan Sabah.298
Bagi mengetahui perkembangan politik di Sabah
khususnya gerakan Donald Stephens, Tunku mahupun
timbalannya, Tun Abdul Razak banyak mendapatkan
maklumat daripada pemimpin-pemimpin Sabah
termasuk ketua Menteri, Peter Lo dan Menteri
Kewangan Sabah, Harris Salleh.299 Pada 13 September
1965, Peter Lo dan Harris Salleh telah ditanya oleh Tun
Abdul Razak berkenaan situasi politik di Sabah
khususnya Stephens dan UPKO. Walau bagaimanapun,
294 Daily Express, 21 Ogos 1965.
295 Sunday Times, 22 Ogos 1965.
296 Daily Express, 16 September 1965.
297 Laporan bertajuk ‘Sabah and Sabah Foundation,’ Kota Kinabalu; Yayasan Sabah,
1974, hlm. 205.
298 Ibid.
299 Tan Sri Harris Mohd Salleh memberitahu bahawa Donald Stephens dan UPKO
bukan merancang untuk keluar daripada Malaysia. Rancangan tersebut tidak pernah
dibuat dan UPKO sebenarnya hanya mahu satu semakan semula kedudukan Sabah
dalam Malaysia dan bukannya mahu berpisah dengan Malaysia. (Temuramah
dengan Tan Sri Harris Salleh di Likas Kota Kinabalu, 9 Oktober 2013).
74
kedua-duanya memberitahu keadaan politik Sabah stabil.
Mereka juga memaklumkan UPKO dan Stephens masih
dalam Parti Perikatan.300
Tunku juga menghantar Setiausaha Politik Dato’
Senu Abdul Rahman, Syed Kechik bin Syed
Mohammed ke Sabah untuk menjadi penasihat kepada
Tun Mustapha pada 17 September 1965.301 Tun
Mustapha yang didakwa dibayangi oleh Syed Kechik
telah memanggil mesyuarat eksekutif pusat Parti
Perikatan Sabah bagi membincangkan tindakan disiplin
ke atas Donald Stephens dan Peter Mojuntin pada 14
Oktober 1965.302Antara lain resolusi Parti Perikatan
dalam mesyuarat tersebut adalah mengkaji kedudukan
kedua-dua ahli sebagai ahli Parti Perikatan dan dalam
parti UPKO kerana telah melanggar prinsip dan objektif
Parti Perikatan Sabah dengan membuat kenyataan-
kenyataan akhbar yang boleh merosakkan keharmonian
rakyat pelbagai kaum dan agama.303 Selepas desakan
ahli parti komponen lain, Donald Stephens304 telah
meletakkan jawatannya sebagai Presiden UPKO305 dan
semua jawatan lain yang dipegangnya pada bulan
300 The Straits Times, 14 September 1965.
301 Bruce Ross-Larson, The Politics of Federalism. Syed Kechik in East Malaysia,
Singapore: Bruce Ross-Larson, 1976, hlm. 19.
302 Herman Luping, Sabah’s Dilemma. The Political History of Sabah (1963-1994),
hlm. 154-155.
303 Ibid.
304 Sebenarnya, kekecewaan Stephens dengan keputusan penyelesaian krisis dalam
kabinet Sabah pada Disember 1964, telah menyebabkan beliau mengalih hubungan
yang lebih aktif dengan Singapura. Ketika menghadiri Persidangan Sosialis
Kebangsaan di Bombay, India pada awal tahun 1965, Stephens dilaporkan berkata
bahawa partinya, UPKO akan berdasarkan kepada ideologi demokrasi sosialis dan
bukan lagi demokrasi liberal yang ditekankan dalam Perikatan Sabah dan Perikatan
Kebangsaan. Persidangan ini turut dihadiri oleh Lee Kuan Yew dan beberapa parti
pembangkang di Malaysia. UPKO juga setuju dengan platform yang digunakan
People’s Action Party (PAP) yang mempropagandakan slogan ‘Malaysian
Malaysia’. (Dalam Bruce Ross-Larson, The Politics of Federalism. Syed Kechik in
East Malaysia. Singapore: Bruce Ross-Larson, 1976, hlm. 17)
305 Herman Luping menyatakan bahawa keputusan Donald Stephens untuk meletak
jawatan dibuat kerana tidak mahu parti UPKO dikeluarkan daripada Perikatan
Sabah., Dalam Daily Express, 1 Ogos 2012.
75
November 1965 atas alasan perpaduan Parti Perikatan
Sabah.306 Setiausaha Agung UPKO, Peter Mojuntin
turut meletak jawatan. Jawatan presiden UPKO diambil
oleh Ganie Gilong yang kemudiannya telah menarik
balik tuntutan UPKO untuk mengkaji semakan semula
kedudukan Sabah dalam Malaysia.307
Tindak tanduk Donald Stephens dan UPKO
tidak dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin Parti
Perikatan yang lain. Harris Salleh, Menteri Kewangan
Sabah pernah membangkitkan persoalan berkaitan
kesan buruk dari aspek ekonomi jika Sabah berkerajaan
sendiri. Menurutnya, Sabah tidak ada sesiapa boleh
membantu kerana masih kekurangan individu yang
mempunyai kepakaran, kemahiran dan berpendidikan.
Bagaimanapun Donald Stephens dan Peter Mojuntin
terus menerus membangkitkan persoalan kedudukan
Sabah dalam Malaysia. Dalam surat Peter Mojuntin
kepada Donald Stephens pada 7 September 1966, Peter
Mojuntin memberitahu Stephens:
It seems very clear to me that KL is ready
to sacrifice the seared Constitution in order
to try to win and get what they want. To me
personally, Singapore and whatever
political significance it has to us in Sabah,
was used as a bait to trap me in Malaysia.
In all fairness to everyone in Malaysia and
Singapore, the Borneo Territories and
Singapore must together be in or out of
Malaysia. The people are unhappy. I am
unhappy and confused at the moment. Only
last night at Hungab (Penampang, Sabah),
the people who watched the Information
306 Daily Express, 3 November 1965.
307 Daily Express, 6 November 1965.
76
Service shows featuring Malaya and the
UMNO, the people ‘boooed’ to show their
displeasure. Our people’s pride and self
respect are constantly trust. “Are we really
independent and self governing?” 308
Sementara itu, pada bulan Jun 1966, Tun
Mustapha menggantikan Khoo Siak Chiew di
Parlimen.309 Sebulan kemudian, beliau mengisi jawatan
Menteri Hal Ehwal Sabah yang dikosongkan oleh
Stephens. Perlantikan Tun Mustapha sebagai Menteri
Hal Ehwal Sabah menguatkan hubungannya dengan
kerajaan Persekutuan310 dan pada masa yang sama
hubungan erat ini akan menjadikan persekutuan lebih
mudah mengawasi pemimpin-pemimpin yang tidak
selari dengan dasar persekutuan termasuk Stephens dan
Peter Mojuntin.
Ekonomi Sabah Selepas Pemisahan Singapura
Selepas pemisahan Singapura, Sabah kehilangan
bantuan kewangan dari Singapura.311 Bantuan
kewangan Singapura sebanyak 150 juta dolar kepada
Sabah terbatal dengan sendirinya dan dengan itu
kerajaan persekutuan terpaksa menampung peruntukan
yang sepatutnya daripada kerajaan Singapura.312
Bagaimanapun, kerajaan Persekutuan berjanji
peruntukan pembangunan $200 juta untuk Sabah dan
$300 juta untuk Sarawak seperti mana yang terkandung
dalam Laporan Inter-Governmental Committee akan
308 Surat Peter Mojuntin kepada Donald Stephens.Dalam Bernard Sta Maria, Peter J.
Mojuntin: The Golden Son of The Kadazan, Seremban; Bernard Sta Maria, 1978,
hlm. 39.
309 Penyata Dewan Rakyat, 21 Jun 1966.
310 Yayasan Sabah, Sabah and The Sabah Foundation, 1974, hlm. 202.
311 Gordon P. Means, Malaysian Politics, London: Hodder and Stoughton, 1976, hlm.
371.
312 Menurut Harris Salleh, Menteri Kewangan Sabah dalam Daily Express 28
September 1965.
77
diselesaikan oleh kerajaan persekutuan dalam
Rancangan Malaysia Pertama.313 Menteri Kewangan,
Tan Siew Sin bagaimanapun memberitahu peruntukan
tersebut bukan dijanjikan sebaliknya hanya menyatakan
kerajaan Persekutuan akan berjanji melakukan yang
terbaik.314
Terdapat dakwaan bahawa kerajaan Persekutuan
memperkenalkan cukai-cukai baru di Sabah dan
Sarawak untuk mencari sumber bagi menampung
peruntukan sebanyak $200 juta ke atas Sabah (dan $300
juta untuk Sarawak).315 Tan Siew Sin bagaimanapun
memberitahu bahawa dalam Laporan IGC, cukai-cukai
persekutuan di Borneo dibuat mengikut kadar cukai di
persekutuan Malaya secara berperingkat-peringkat dan
perubahan ini perlu diluluskan. Oleh yang demikian,
tiada asas untuk mengatakan pelaksanaan cukai di
Sabah (dan Sarawak) untuk tujuan menampung
peruntukan pembangunan sebanyak $200 juta untuk
Sabah (dan $300 juta untuk Sarawak).316
Isu cukai untuk menampung peruntukan untuk
pembangunan di Sabah dan Sarawak bagaimanapun
tidak berlarutan kerana kerajaan Persekutuan telah
memberikan peruntukan tambahan dan projek serta
313 Dalam Anggaran pembangunan untuk negeri Sabah pada tahun 1966-1970,
jumlah perbelanjaan yang diluluskan adalah sebanyak $301,095,280. Bagaimanapun,
jumlah anggaran keseluruhan untuk Sabah jika dikira dana pembangunan
persekutuan dan kerajaan negeri adalah sebanyak 757,257,710 dengan anggaran
agihan dana pembangunan untuk Sabah sebanyak $18,307,210 daripada kerajaan
persekutuan, $40,498,500 daripada peruntukan persekutuan dalam negeri dan
sebanyak $16,920,000 peruntukan negeri Sabah. Ini bermaksud jumlah ini masih
mempunyai baki sebanyak $225,369,570 untuk disalurkan dan kerajaan persekutuan
juga perlu memberi dana sebanyak $200 juta sepertimana yang dibincangkan dalam
mesyuarat IGC.Dalam William Lim, Permanent Secretary of Ministry of Finance,
Federal Development Estimates 1966 Malaysia Plan 1966-1970. Sabah Sector
Inclusion of States Projects to be financed from Federal Estimates dalam Federally
Financed Development Estimates State of Sabah, 1966. 9 September 1965.
314 Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 11 November 1965.
315 Ibid.
316 Ibid.
78
merta kepada Sabah selepas pemisahan Singapura.
Kerajaan persekutuan telah memberikan sebanyak
$70,000 untuk projek-projek pembangunan di Sabah
dan sebanyak $750,000 untuk pembinaan jalanraya dan
jambatan pada bulan September 1965.317 Pada bulan
Disember 1965, kerajaan Persekutuan juga telah
memberi pinjaman jangka panjang sebanyak $60 juta
untuk membantu pembangunan di Sabah.318 Jumlah ini
termasuk dalam peruntukan $200 juta yang
diperuntukkan untuk Sabah di bawah Rancangan
Malaysia Pertama (1966-1970). Begitu juga geran
berjumlah $72,000 kepada Sabah untuk projek-projek
luar bandar pada bulan Februari 1966.319
Bagi Donald Stephens dan UPKO, selepas
pemisahan Singapura, satu-satunya cara untuk
mendapatkan kuasa adalah dengan mempunyai kerusi
yang banyak berbanding ahli Parti Perikatan yang lain
dalam pilihanraya DUN pertama pada tahun 1967.
Sekiranya UPKO memperolehi kerusi yang banyak,
Donald Stephens berpeluang untuk kembali sebagai
Ketua Menteri. Beliau bagaimanapun mengambil
keputusan yang mengejutkan apabila tidak bertanding
dalam pilihanraya tersebut dan mahu bersara daripada
politik kerana masalah kesihatan.320 Bagaimanapun,
pesaing-pesaing politiknya mengganggap tindakannya
sebagai ‘alasan politik.”321
317 Daily Express, 16 September 1965.
318 The Straits Times, 8 Disember 1965.
319 Daily Express, 19 Februari 1966.
320 Kinabalu Sunday Times. 19 Februari 1967.
321 Kinabalu Sunday Times. 19 Februari 1967.
79
Pilihan Raya DUN Sabah 1967
Sebelum pilihan raya DUN 1967, permintaan
untuk diadakan pilihanraya di Sabah sudah dibuat sejak
tahun 1963 oleh pemimpin USNO dan UPKO. Tun
Mustapha buat pertama kalinya meminta Pilihanraya
pada 1963 kerana beliau tidak berapa senang hati dengan
tugasnya sebagai Yang di-Pertua Negara yang hanya
berkuasa dalam majlis-majlis rasmi.322 Pada bulan
Disember 1964, apabila pakatan USNO dan SANAP
membuat percubaan menyingkirkan Stephens daripada
jawatan Ketua Menteri, Stephens cuba untuk
mendapatkan pilihanraya seboleh-bolehnya pada bulan
Julai 1965. Tetapi sekali lagi Tunku menolak dengan
alasan tiada keperluan untuk mengadakan pilihanraya
secepatnya.323 Pada 15 Jun 1966, Ahli Dewan Rakyat
dari Sabah, Joe O. Majakil membangkitkan soal
pemilihan ahli parlimen dari Sabah yang dipilih melalui
pilihan raya sebenar sebelum bulan Ogos 1968
berdasarkan Akta Malaysia.324 Timbalan Perdana
Menteri, Tun Abdul Razak dalam kenyataan balasnya
memberitahu pilihanraya akan diadakan secepatnya
selepas pendaftaran pemilih yang bermula pada 1 Mei
1966 dan berakhir pada 14 Jun 1966.325
Pilihan raya pertama Dewan Undangan Negeri
(DUN) Sabah akhirnya disiarkan dalam Warta Kerajaan
Sabah Bil. 66 bertarikh 23 Januari 1967, apabila Tunku
menerima permintaan Ketua Menteri Sabah, Peter Lo
untuk mengadakan pilihan raya.326 Pilihan raya ini
membuka semula peluang Donald Stephens dalam
322 Herman Luping, Sabah’s Dilemma. The Political History of Sabah (1963-1994),
hlm. 168.
323 Sabah Times, 13 Jun 1964.
324 Penyata Dewan Rakyat, 15 Jun 1966.
325 Ibid.
326 Suruhanjaya Pilihanraya, Penyata Pilihanraya Umum Dewan Negeri Sabah 1967,
hlm. 2.
80
politik dan ini bererti persaingan politik antara beliau
dan Tun Mustapha kembali terbuka. Konflik awal
Perikatan Sabah bermula selepas pembubaran DUN
Sabah pada 1 Februari 1967, membabitkan isu
pembahagian kerusi. Tun Mustapha mengumumkan
pembahagian kerusi berdasarkan formula berikut; 18
kerusi untuk USNO, 8 untuk UPKO dan SCA 6 kerusi.
Walau bagaimanapun UPKO mengemukakan
pembahagian yang lain, iaitu USNO 13 kerusi, UPKO
13 kerusi dan SCA 6 kerusi.327
Oleh kerana pembahagian kerusi tidak mencapai
persetujuan, akhirnya pertemuan sesama Parti Perikatan
tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun sembilan
kerusi tidak akan ditandingi sesama parti perikatan,
termasuk empat untuk parti USNO, empat untuk SCA
dan hanya satu kerusi untuk UPKO.328 Jawatankuasa
juga bersetuju UPKO menggunakan lambang sendiri
sementara USNO dan SCA menggunakan lambang Parti
Perikatan.329 Keputusan Parti Perikatan Sabah ini
muktamad sehingga tarikh penamaan calon.
Sebelum pengundian dijalankan pada bulan April
1967, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Tun Abdul
Razak dalam parlimen pada 22 Februari 1967 telah
membentangkan anggaran pembangunan untuk negara
dan mengumumkan jumlah peruntukan adalah sebanyak
$836 juta.330 Pembangunan ini menurutnya adalah
terdesak untuk dilaksanakan dengan segera di Sabah
dan Sarawak.331 Walaupun demikian, kerajaan
327 Sabah Times, 9 Mac 1967.
328 Ibid.
329 S.S Gill. ‘Pairin’s Situation in 1999 same as Stephens in 1967.’Daily Express, 4
April 1995.
330 Department of Information, Sabah, Sabah since Malaysia; Progress and
Achievement in Development 1963 – 1966, 1966.
331 Ibid.
81
persekutuan mahu supaya wilayah-wilayah Malaysia
Timur melakukan sesuatu untuk membantu
pembangunan yang dilaksanakan oleh persekutuan dan
langkah awalnya adalah membina satu asas yang kukuh
untuk pertumbuhan ekonomi di sana. Tun Abdul Razak
merumuskan pelaksanaan pembangunan di Sabah dan
Sarawak sepertimana ucapannya dalam Dewan
Parlimen sebagai:
We appreciate the desire of our brothers in
Sabah and Sarawak for quick and significant
improvement to their living standards. A
fundamental improvement in the economy
conditions of east Malaysia, as well as west
Malaysia can only be assured when the
proper basis for doing so has first been
established. There is no other way out. This
we are attempting to do as quickly as
possible. This is amply evidenced by the fact
that we are allocating to east Malaysia
financial provisions far in excess of the
amounts agreed upon in the IGC.332
Kesimpulan yang dibuat oleh Timbalan Perdana
Menteri ini juga adalah sebagai satu peringatan kepada
pemimpin-pemimpin kerajaan negeri khususnya dari
UPKO supaya bertindak sejajar dengan aspirasi negara.
Asas yang kukuh yang dimaksudkan oleh Tun Abdul
Razak merujuk kepada soal kestabilan yang kukuh di
Sabah bagi memudahkan pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan dilaksanakan. Bagaimanapun, menurut
Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur, Tun
Razak telah memberitahunya pada 3 Mac 1967 bahawa
332 Ibid.
82
dia sebenarnya bimbang dengan situasi politik di
Sabah.333
Kempen pilihanraya bermula daripada hari
penamaan calon pada 8 Mac 1967 sehinggalah hari
pengundian terakhir pada 23 April 1967.334 Kempen
pilihanraya menunjukkan persaingan sengit antara parti
UPKO dan USNO-SCA yang bertanding sesama sendiri
atas persetujuan awal untuk menjadikan pilihan raya
1967 sebagai ‘friendly contests’ menggunakan simbol
sendiri.335 Manifesto Parti Perikatan yang disampaikan
oleh Tun Mustapha dalam pilihanraya ini adalah ikrar
untuk taat setia dalam Malaysia, menentang tuntutan
Filipina ke atas Sabah dan meneruskan program
pembangunan di Sabah.336 Tunku dalam kenyataannya
pada 10 April 1967, mengharapkan Parti Perikatan akan
menang walaupun terdapat perbezaan pendapat antara
parti-parti dalam Perikatan Sabah.337 Pesuruhjaya Tinggi
British di Kuala Lumpur, G.C. Duncan bagaimanapun
menyifatkan pilihanraya ini bukanlah ‘friendly contest’
kerana terdapat persaingan ketara antara USNO-SCA
dengan UPKO dan mengganggap Parti Perikatan Sabah
sebenarnya hanya pada nama.338
Seperti yang diumumkan oleh Tun Mustapha,
perikatan USNO dan SCA menggariskan tiga perkara
penting dalam kempen termasuk mengukuhkan
kedudukan Sabah dalam Malaysia, menolak tuntutan
Filipina dan meneruskan pembangunan di Sabah
333 FCO 24/154 (11) Kuala Lumpur to Commonwealth Office, 14 March 1967.
334 Suruhanjaya Pilihanraya, Penyata Pilihanraya Umum Dewan Negeri Sabah 1967,
hlm. 33.
335 James P. Ongkili, ‘Political Development in Sabah.’ dalam Jeffrey G. Kitingan
dan Maximus J. Ongkili (editor), Sabah 25 years later 1963-1988, Kota Kinabalu:
Institute for Development Studies (Sabah), 1989, hlm. 68.
336 Siaran Akhbar Jabatan penerangan Malaysia bertajuk ‘Tun Mustapha Gives Gists
of Sabah Election Manifesto’ 2 Mac 1967 dan Sabah Times, 4 Mac 1967.
337 Daily Express, 25 April 1967.
338 FCO 24/154 (12) G.C. Duncan to A.K. Mason, 15 March 1967.
83
termasuk pembinaan lebih banyak sekolah, klinik dan
kemudahan jalan raya selain menjanjikan Kolej-
Universiti akan dibina di Sabah dalam tempoh lima
tahun akan datang.339 Selain itu, USNO-SCA berjanji
untuk memperbaiki ekonomi dan sosial bumiputera dan
menghargai sumbangan komuniti lain di Sabah.340
UPKO pula membuat dengan ikrar untuk
menyemak semula 20 Perkara yang didakwa telah
dihakis beberapa tahun semenjak Perjanjian Malaysia
ditandatangani.341 UPKO juga berjanji untuk menyemak
struktur kewangan dan cukai dengan tujuan untuk
mengurangkan kos hidup di Sabah serta berikrar untuk
menyokong undang-undang tentang bahasa kebangsaan
tetapi dalam masa yang sama menegaskan pengajaran
Bahasa Inggeris di negeri ini diteruskan dengan bahasa-
bahasa bumiputera lain dan bahasa Cina diberikan status
rasmi.342 UPKO juga mengemukakan isu mengawal
Sabah melalui satu parti dan menjanjikan hak-hak
Sabah tidak dihakis oleh Persekutuan.343 Hak-hak yang
disebutkan oleh UPKO merujuk kepada soal Borneosasi
dalam perkhidmatan awam, melindungi tanah adat dan
menstabilkan kedudukan istimewa kaum peribumi yang
jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi.344
Perang kempen UPKO dan USNO-SCA bermula
dengan dakwaan oleh USNO bahawa UPKO sebagai
anti-Malaysia. UPKO bagaimanapun menafikan bahawa
parti itu anti-Malaysia. Sementara UPKO pula menuduh
339 Sabah Times, 4 Mac 1967.
340 Sabah Times, 7 April 1967.
341 Pemuda USNO bagaimanapun telah meminta semua calon UPKO yang menang
dalam pilihanraya ini meletak jawatan kerana isu semakan semula 20 Perkara tidak
dimasukkan dalam manisfesto UPKO. Dalam FCO 24/154 (135) Kuala Lumpur to
Commonwealth Office, 26 June 1967.
342 Sabah Times, 7 April 1967
343 Margaret Clark Roff, The politics of Belonging: Political Change in Sabah and
Sarawak, hlm.104.
344 Sabah Times, 7 April 1967.
84
USNO sebagai pro kesultanan Sulu.345 Laporan
Suruhanjaya Pilihan raya bagaimanapun menafikan
terdapat calon atau penyokong parti yang secara terang-
terangan bersikap anti-Malaysia atau menyokong
tuntutan kesultanan Sulu terhadap Sabah.346 Setiausaha
Agung UPKO, Peter Mojuntin ketika berkempen di
Tandek memberi gambaran beberapa pemimpin USNO
seperti Tun Mustapha (yang digelarnya sebagai
‘dictator aspirant’) ada kecenderungan untuk menjadi
diktator sungguhpun berada dalam sebuah negara
demokrasi.347
Herman Luping, calon UPKO di Tandek pula
mendakwa terdapat pegawai-pegawai perkhidmatan
penerangan persekutuan mengambil bahagian dalam
politik dengan menyokong USNO.348 Herman Luping
menggambarkan keadaan ini sebagai, ‘These officers
also used the USNO’s symbol, the Kinabalu symbol to
illustrate to the voters where and how to cast theirs
votes.’349 Dalam insiden di Jesselton, terdapat juga
dakwaan bahawa pegawai-pegawai penerangan daripada
Semenanjung memberi ceramah politik setelah selesai
memberi tontonan filem kepada masyarakat sehingga
pegawai-pegawai polis terpaksa memberhentikan
ucapan mereka. Bagaimanapun, Pegawai Penerangan,
Thomas Willie menafikan ada pegawainya yang terlibat
secara aktif dalam politik.350
UPKO juga mendakwa pegawai-pegawai USNO,
kaum-kaum ibu dan kakitangan parti dibawa oleh
helikopter Angkatan Udara Diraja semasa berkempen.
345 Ibid.
346 Suruhanjaya Pilihanraya, Penyata Pilihanraya Umum Dewan Negeri Sabah 1967,
hlm. 13.
347 Sabah Times, 23 Mac 1967.
348 Ibid.
349 Ibid.
350 Sabah Times, 28 Mac 1967.
85
Timbalan Setiausaha Persekutuan, Encik Abdul Aziz
Ismail bagaimanapun menyatakan bahawa penggunaan
helikopter oleh Tun Mustapha itu tidak salah kerana
tugasnya sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan
Pertahanan Awam dan beliau berhak menggunakan
helikopter Angkatan Udara Diraja Malaysia.351 Beliau
juga menafikan penggunaan helikopter tersebut untuk
tujuan politik. George Chin, calon Bebas di Tanjung
Aru juga mengakui ada orang luar yang membantu
calon-calon di Sabah termasuk pegawai-pegawai tinggi
daripada MCA yang datang sebelum penamaan calon.352
Fred Tan, penolong Setiausaha Agung UPKO juga
mempersoal tindakan pegawai-pegawai, Setiausaha
politik, penolong-penolong speaker dan senator UMNO
dan MCA yang berkempen untuk USNO dan SCA dan
menggelar UPKO sebagai parti Komunis. 353
Keputusan pilihan raya yang pertama telah
diterima dari bahagian Tenom kira-kira jam 11 malam
pada 8 April 1967 dan keputusan terakhir diterima
adalah pada 27 April 1967 di Sipitang-Ulu Padas.354
Keputusan pilihan raya menunjukkan USNO
memperolehi undi popular sebanyak 64,638 undi,
UPKO sebanyak 64,767, SCA sebanyak 6,318 dan
Perikatan 8,606.355 USNO menang 14 kerusi termasuk
dua kerusi yang dimenanginya tanpa bertanding
(Usukan dan Merotai), UPKO memperolehi 12 kerusi,
SCA 2 kerusi dan Perikatan Sabah 3 kerusi.356 Kesemua
calon Perikatan Sabah yang menang adalah daripada
parti SCA. Calon Bebas, Yap Pak Leong memenangi
351 Sabah Times, 25 April 1967.
352 Sabah Times, 5 April 1967.
353 Sabah Times, 4 April 1967.
354 Suruhanjaya Pilihanraya, Penyata Pilihanraya Umum Dewan Negeri Sabah 1967,
hlm. 17.
355 Ibid.
356 Ibid.
86
kerusi di Elopura dengan memperolehi 2,715 undi
mengalahkan bekas Ketua Menteri, Peter Lo Su Yin
yang memperolehi 1,219 undi. Dato Mohd Yassin
Hashim (USNO) juga kalah kepada calon UPKO,
Tingkalor Lampag di Tenom dan Thomas Jayasuria
(UPKO) pula kalah kepada Lee Vui Min (SCA) di
Tanjong Aru.357 Peter Mojuntin yang disifatkan oleh
Tun Mustapha sebagai ‘political teenager’ juga menang
mengalahkan calon USNO, Alex Ng di Moyog.358
UPKO bagaimanapun menyifatkan kemenangan USNO
disebabkan bantuan kerajaan Persekutuan termasuk
kebendaan, logistik serta kemudahan-kemudahan
kerajaan.359
Apabila keputusan penuh diumumkan, terdapat
harapan untuk melihat hubungan antara UPKO dan
USNO akan diperbaiki dan kerajaan Persekutuan mahu
membentuk Perikatan Sabah yang akan mewakili setiap
kaum. Kerajaan Persekutuan dan Parti Perikatan juga
mahu melihat UPKO terus berada dalam Perikatan
Sabah.360 Bagaimanapun pada 5 Mei 1967, UPKO tidak
bersama-sama dalam rombongan Tun Mustapha dan
pemimpin senior USNO serta Khoo Siak Chiew dan
Pang Tet Tsung dari SCA ke Kuala Lumpur untuk
berbincang dengan Perikatan Malaya.361
Pada 10 Mei 1967, Tun Mustapha
mengumumkan sebuah kabinet kecil kerajaan yang
dibentuk dengan lima slot, iaitu beliau sebagai Ketua
Menteri dan empat Menteri (dua dari USNO dan dua
357 Daily Express, 25 April 1967.
358 Ibid.
359 Bernard Sta Maria, Peter J. Mojuntin: The Golden Son of The Kadazan,
Seremban; Bernard Sta Maria, 1978, hlm. 112.
360 Margaret Clark Roff, The Politics of Belonging: Political Change in Sabah and
Sarawak. hlm.106.
361 Ibid.
87
dari SCA).362 Upacara mengangkat sumpah tidak
dihadiri oleh parti UPKO kerana berpandangan kabinet
ini bukan kabinet Parti Perikatan tetapi kabinet USNO-
SCA.363 UPKO cuba untuk mengadakan persidangan
Majlis Kebangsaan Perikatan Sabah berkaitan
pembentukan kabinet Tun Mustapha yang didakwa
dibentuk oleh USNO dan SCA tetapi tidak berjaya.364
Akhirnya UPKO mengambil keputusan untuk
meninggalkan Perikatan Sabah dan menjadi
pembangkang pada 15 Mei 1967 bersama seorang calon
Bebas, Yap Pak Leong.365 Tempoh beberapa bulan
selepas UPKO keluar dari Perikatan Sabah hingga
pembubaran parti pada bulan Disember 1967
menyaksikan UPKO semakin anti Malaysia dengan
desakan-desakan untuk menyemak semula 20 perkara
dan terma penyertaan Sabah dalam Malaysia.366 Ini
dinyatakan dalam surat G.C. Duncan Pesuruhjaya
Tinggi British di Kuala Lumpur kepada A.K. Mason di
Pejabat Komanwel yang menyatakan:
This tends to confirm Zainal Sulong’s
suspicions, reported in Bentley’s letter of
26 May to you, that UPKO might even go
so far as to oppose a resolution re-
affirming Sabah’s faith in Malaysia.367
Isu semakan semula 20 perkara oleh UPKO
dilihat sebagai percubaan semula Donald Stephens dan
Peter Mojuntin mengembalikan ketuanan Kadazan.368
362 Ibid.
363 Sabah Times, 13 Mei 1967.
364 Sabah Times, 16 Mei 1967.
365 Sabah Times, 17 Mei 1967.
366 FCO 24/154 (56) British High Commisioner Kuala Lumpur to A.K. Mason, 2
June 1967
367 Ibid.
368 FCO 24/154 R.N. Hunt, Office of the British Deputy High Commissioner in
Eastern Malaysia to B.J. Garnett, High Commissioner, Kuala Lumpur, 2 May 1967.
88
Tindak tanduk UPKO bagaimanapun merencatkan
usaha integrasi nasional yang cuba dirancang untuk
negara persekutuan yang baru dibentuk. Pemimpin
seperti Stephens, Peter Mojuntin dan beberapa
pemimpin UPKO lain pula menyifatkan hal integrasi
nasional seharusnya memikirkan juga isu hak-hak Sabah
seperti mana dalam perjanjian Malaysia dan
perlembagaan persekutuan. Integrasi nasional bagi
Stephens dan Mojuntin terhasil apabila hak-hak negeri
dihormati. Sesetengah pemimpin Sabah dari USNO pula
berpendapat tindakan pemimpin-pemimpin seperti
Donald Stephens dan Peter Mojuntin hanya tindak balas
pemimpin yang kehilangan populariti369 dan
menggunakan isu-isu autonomi dan hak untuk meraih
perhatian.
Kekalahan UPKO dan rentetan beberapa
peristiwa selepas Pilihanraya DUN Sabah menyebabkan
Stephens mengambil keputusan untuk membubarkan
UPKO dan menyertai USNO pada 9 Disember 1967
dengan alasan penyatuan bumiputera Sabah.370 Beliau
turut mengarahkan ADUN UPKO yang lain menyertai
Perikatan Sabah.371 Secara rasmi, pembubaran UPKO
dibuat dalam mesyuarat kongres parti pada 28 Disember
1967.372 Beberapa ahli UPKO menyifatkan keputusan
ini mengejutkan dan beberapa cawangan UPKO seperti
Kuala Penyu dan Tenom menentang keputusan ini.373
Peter Mojuntin cuba mengambil alih UPKO daripada
Donald Stephens tetapi gagal kerana pembubaran
369 Ibid.
370 Sabah Times, 11 Disember 1967.
371 Gordon P.Means, Malaysian Politics, London: Hodder and Stoughton, 1976, hlm.
380.
372 FCO 24/155 (100) British High Commission Kuala Lumpur) to T.E.J. Mound
(Far East and Pacific Department, Commonwealth Office), 5 Januari 1968.
373 Bernard Sta Maria, Peter J. Mojuntin: The Golden Son of The Kadazan,
Seremban; Bernard Sta Maria, 1978, hlm. 117.
89
UPKO telah dibincang dan dipersetujui oleh Timbalan
Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.374
Terdapat kenyataan bahawa pembubaran ini juga
dibuat kerana tempoh lesen pembalakan Syarikat
Nabahu milik Stephens akan tamat pada tahun 1968.375
Syarikat ini adalah sumber kewangan UPKO dan jika
pergeseran berterusan impak yang lebih besar adalah
penamatan lesen akhbar Sabah Times.376 Donald
Stephens kemudiannya menjadi Duta Malaysia di
Australia dan New Zealand377 sebelum kembali ke
Sabah sebagai Yang di-Pertua Negara yang ketiga pada
16 September 1973.
374 Ibid, hlm. 121.
375 Herman Luping, Sabah’s Dilemma. The Political History of Sabah (1963-1994),
hlm. 343.
376 Ibid.
377 R.A Lind, ‘Sabah’s Constitutional Changes Political Dev’t.’ dalam Daily Express,
31 Januari 1999.
90
KESIMPULAN
Federalisme atau pelaksanaan satu sistem negara
berbentuk persekutuan merupakan amalan yang telah
dilaksanakan di Tanah Melayu sejak zaman pentadbiran
British. Penyatuan beberapa kerajaan Melayu sebagai
‘negeri’ telah dibuat oleh kerajaan British dengan
kemunculan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri
Selat dan Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu. Kesatuan
negeri-negeri ini kemudian bergabung membentuk
persekutuan yang dimulai dengan pengenalan Malayan
Union dan kemudiannya Persekutuan Tanah Melayu.
Di wilayah jajahan British di Borneo, terdapat juga
cadangan penyatuan wilayah-wilayah jajahan British tetapi
tidak begitu serius sehinggalah rancangan menyatukan
wilayah-wilayah Borneo dalam satu persekutuan, dikenali
sebagai persekutuan Borneo diambil serius. Bagaimanapun
keengganan Brunei menyertai persekutuan tersebut serta
kemunculan secara tiba-tiba rancangan Malaysia Tunku
mengubah perancangan yang sedang diusahakan oleh British.
Rancangan Malaysia akhirnya menjadi kenyataan
pada 16 September 1963 walaupun melalui banyak rintangan.
Pelaksanaan sistem persekutuan di Sabah bagaimanapun
menghadapi pelbagai salah faham ekoran ketidak-telitian
terma-terma yang dibincangkan dalam beberapa siri
mesyuarat berkenaan pembentukan Malaysia. Kepentingan
politik juga menjadi punca ketegangan hubungan antara
kerajaan persekutuan dan kerajaan Sabah. Pada masa yang
sama kerapuhan persekutuan dengan penentangan negara
jiran serta tindak tanduk Singapura menyaksikan Malaysia
kehilangan Singapura sebagai sebahagian daripada Malaysia.
Beberapa pemimpin Sabah cuba untuk mengikuti tindakan
Singapura tetapi tidak mendapat sokongan daripada
pemimpin-pemimpin lain yang selesa dengan bentuk
persekutuan sedia ada. Dominasi politik pro-persekutuan
akhirnya meredakan ketegangan hubungan persekutuan
dengan Sabah sepanjang lima tahun selepas penubuhan
Malaysia.
91
BIBLIOGRAFI
Arkib Negara Malaysia, Gagasan Persekutuan Malaysia. Hari ini
Dalam Sejarah, Jilid II, Kuala Lumpur, Percetakan Negara,
1981.
Bruce Ross-Larson, The Politics of Federalism. Syed Kechik in
East Malaysia, Singapore: Bruce Ross-Larson, 1976
Bernard Sta Maria, Peter J. Mojuntin: The Golden Son of The
Kadazan, Seremban, 1978
Edwin Lee, The Towkays of Sabah, Chinese Leadership and
Indigenous Challenge in The Last Phase of British Rule,
hlm.212.
Mohamed Noordin Sopiee, From Malayan Union to Singapore
Separation. Political in Malaysia Region 1945-65, Kuala
Lumpur, Penerbit Universiti Malaya, 1974
CO 1030/1078 (10) Note of a Meeting held in Sir John Martin’s
Room at 3 p.m on Tuesday, 29th March 1960 to discuss the
Subject of Closer Association of the Borneo Territories
CO 168/24 (26) Brief for the secretary of the state for the
Commonwealth relation for the visit of Tunku Abdul Rahman,
Prime Minister of Federation of Malaya, 14 October 1960
C0 1030/1022 (4) William Goode to W.I.J. Wallace Papers present
to the Cobbold Commission by North Borneo Officials.
Machinery and Rourses for Development memorandum by the
Financial Secretary North Borneo, 17 April 1962
CO 1030/1009 (95) Tunku Abdul Rahman to Harold Macmillan, 2
January 1962.
CO 1030/1035 (10) The Federation of Malaysia Agreement on the
Setting up of Federation of Malaysia, 31 July 1962.
CO 1030/1124 (43) Kuala Lumpur to Commonwealth Relation
Office, 4 July 1962
92