The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by santhini, 2022-06-08 01:57:37

EBOOK BOLA KERANJANG (GROUP 1)

EBOOK BOLA KERANJANG (GROUP 1)

Keywords: Bola Keranjang

EDISI SEM #02 - JUNE 2022

SHPP 2882-04

PENGURUSAN KO-KURIKULUM,
SUKAN, DAN PERMAIAN

BOLA
KERANJANG

"Bola keranjang
bukan sekadar
sukan. Ia adalah
seni, yang mesti
dikuasai dengan
berjaya"

- STEPHEN CURRY

PENSYARAH

DR. IZWYN BINTI
ZULKAPRI

i Barisan Penerbit 27
ii Penghargaan
01 Pengenalan kepada Bola Keranjang
02 Sejarah Bola Keranjang
03 Peraturan Permainan Bola Keranjang
06 Kemahiran Umum Sukan Bola Keranjang
09 Susunan & Posisi Pemain Bola Keranjang

ISI

KANDUNGAN

11 Peralatan Sukan Bola Keranjang
12 Kawasan & Gelanggang Bola Keranjang
13 Pengurusan Kelab Sukan Permainan Bola Keranjang
di Sekolah
16 Sistem Pengurusan Pertandingan Bola Keranjang di
Sekolah
18 Penutup

70

19 Rujukan

BARISAN PENULIS

MUHAMMAD AMIN AKRAM NUR FARAH SYAFIQAH NUR SYAZREEN ERINA
A19BE0123 A20HP0174 A20HP0199

NURUL SHAHIRA RAJA HAZEERA NAJWA SANTHINI ARJUNAN
A20HP0226 A20HP0238 A20HP0244

SITI MARYAM SITI NURSYAHIRAH VANESSA CLARA
A20HP0254 A20HP0260 A20HP0274

Muka surat| i

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah
kurnia-Nya yang dianugerahkan kepada kami
Kumpulan 1 Sec 04 ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
ribuan terima kasih kepada pensyarah kami,
Dr Izwyn Binti Zulkapri, atas segala tunjuk ajar
dan bimbingan untuk menyiapkan e-buku
permainan bola keranjang ini.



Selain itu, kami juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada rakan-rakan khususnya
ahli kumpulan kami kerana telah bertungkus
lumus menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, kami ingin merakamkan
ucapan jutaan terima kasih kepada mereka
yang terlibat secara langsung atau sebaliknya
dalam penghasilan e-buku ini. Terima kasih.

Muka surat| ii

PENGENALAN KEPADA

Bola keranjang ialah satu sukan di mana dua pasukan yang setiapnya
mempunyai 5 pemain berusaha untuk menjaringkan mata antara satu
sama lain melalui sebuah keranjang (atau bakul) berdasarkan peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan.

Mata permainan ini diperolehi dengan melontar bola menerusi
keranjang dari atas; dan pasukan yang markahnya lebih banyak apabila
tamat permainan dikira pemenang.

Lontaran lompat permainan ini biasanya dari dalam lengkungan bernilai
2 mata, di luar lengkungan bernilai 3 mata.

Bola digerakkan di dalam gelanggang dengan melantunkannya
(mengelecek) atau menghantarnya kepada rakan sepasukan.

Gangguan sentuhan fizikal (faul) tidak dibenarkan dan terdapat sekatan
bagaimana bola-bola dikawal (penalty).

Muka surat| 01

SEJARAH
BOLA KERANJANG

Pada tahun 1891, permainan Bola Keranjang mula
dimainkan di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat.
Berinspirasikan permainan kuno pok-ta-pok kaum India di
Mexico, James Naismith seorang jurutunjuk pendidikan
jasmani menyarankan idea permainan Bola Keranjang. Oleh
itu, permainan Bola Keranjang pada mulanya dikenali
sebagai “Bola Naismith” yang akhirnya ditukarkan kepada
nama Bola Keranjang.

Pada tahun 1932, Persatuan Bola Keranjang Amatur
Antarabangsa (FIBA) yang ditubuhkan telah berjaya
memasukkan Bola Keranjang sebagai pertandingan dalam
sukan Olimpik 1936 Berlin, Jerman.

BOLA KERANJANG DI MALAYSIA

Sekitar tahun 1920-an, permainan Bola Keranjang mula dimainkan oleh murid-murid
sekolah Cina di Malaysia. Ketika itu, kebanyakan guru-guru sekolah Cina mendapat
pendidikan dari negeri China. Semasa belajar, mereka diperkenalkan kepada permainan Bola
Keranjang yang kemudiannya dikembangkan kepada murid-murid sekolah Cina di Malaysia.
Sekitar penghujung tahun 1920-an, sudah ada pertandingan liga Bola Keranjang di Malaysia.
Pada 1985, Persekutuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (MABA) yang berperanan
mengendalikan aktiviti tahunan Bola Keranjang di Peringkat Kebangsaan telah ditubuhkan. Di
peringkat sekolah, permainan Bola Keranjang dipertandingkan sebagai salah satu acara
tahunan Majli^s Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

Muka surat | 02

PERATURAN
PERMAINAN

BOLA KERANJANG

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

I. MASA PERMAINAN :

• Sukan dibahagikan kepada 4 waktu yang mengandungi masa 10 minit setiap
waktu dengan masa 2 minit rehat antaranya (4 x 10 minit).

• 10 minit rehat antara waktu 2 & 3 sebagai separuh masa perlawanan.

• Penjaga masa akan menghentikan waktu permainan:-
a. Semasa berlaku satu faul.
b. Dalam satu kejadian “Jump Ball”.
c. Tamatnya satu waktu permainan.
d. Permintaan masa berhenti (Time Out).
e. Satu kecederaan berlaku.
f. Pengadil mengarahkan jam permainan dihentikan.

• Penjaga masa akan mulakan jam permainan semula:-
a. Lontaran ke dalam dan bola disentuh oleh salah seorang pemain.
b. Lontaran percuma terakhir bola.

II. PERMULAAN PERMAINAN :

• Permainan akan dimulakan dengan 5 orang pemain bagi setiap pasukan.
• Permainan hendaklah dimulakan pengadil dengan “Jump Ball” di bulatan
tengah.

III. “JUMP BALL”

• “Jump Ball” diadakan pada permulaan permainan sahaja dengan pengadil
melambungkan bola di bulatan tengah.

Duke | 102

Muka surat | 03

Muka surat | 04

v. Jaringan Gol :
• Jaringan gol dihasilkan apabila bola hidup (dalam permainan) memasuki keranjang.
• Pasukan yang menjaringkan gol mendapat 2 mata, 3 mata bagi jaringan gol dalam
kawasan 3 mata.
• Pihak lawan akan memulakan permainan dengan lontaran ke dalam.

v. Jaringan Bebas :

• Dua atau tiga jaringan bebas diberikan kepada seseorang pemain yang telah difaulkan semasa
dia hendak menjaringkan gol.
• Setiap jaringan yang berjaya dari jaringan bebas dikira 1 mata.

vi. Bola Keluar :

• Bola dikira keluar apabila ia terkena lantai atau benda-benda lain di luar gelanggang.

vii. Pemain di luar batasan gelanggang :

• Seseorang pemain dikira keluar batasan gelanggang apabila dia menyentuh batasan sama ada
di atas atau di luar garisan.
• Bola dikira di luar batasan gelanggang apabila bola itu tersentuh seseorang pemain di luar
batasan gelanggang.

PERATURAN PERMAINAN

Muka surat | 04

PERATURAN PERMAINAN VIII. LONTARAN KE DALAM :
BOLA KERANJANG
• Seseorang pemain hendaklah membuatlontaran ke dalam dari luar batasan di
tempat yang ditunjuk oleh pengadil.
• Pemain mempunyai 5 saat untuk membuat lontaran ke dalam.
• Semasa membuat lontaran ke dalam, pemain-pemain lain dilarang menyentuh atau
melampaui garisan sempadan tepi.
• Pengadil bertanggungjawab menyerahkan bola untuk lontaran ke dalam.

IX. PENGGANTIAN PEMAIN : BOLEH DILAKUKAN OLEH JURULATIH APABILA:

• Satu faul telah berlaku.
• Berlaku “Jump Ball” (Lontaran dalam bergiliran)
• Lontaran ke dalam.
• Masa berhenti (time-out).
• Bila berlaku kecederaan.

X. PERATURAN 3 SAAT

• Seseorang pemain dilarang berada di dalam kawasan larangan pasukan.
• lawannya lebih dari tiga saat bila pasukannya sedang menguasai bola.

XI. PERATURAN 5 SAAT :

• Seseorang pemain yang sedang memegang bola dengan tidak menghantar,
menjaring gol, mengguling atau menggelecek lebih daripada 5 saat semasa dikawal
ketat oleh pihak lawan.

XII. PERATURAN 8 SAAT :

• Pasukan sedang menguasai bola tidak boleh mengawal atau menguasai bola di
kawasan lapang belakang gelanggang lebih daripada 8 saat.

Muka surat | 05

Kemahiran asas bola keranjang melibatkan perancangan mengatur
gerak badan dalam membuat pertahanan atau serangan.

kemahiran asas dalam bola keranjang melibatkan:
Gerak badan
Menerima dan menghantar
Menjaring
Menggelecek

Gerak badan dalam permainan bola keranjang melibatkan
teknik pergerakan badan yang betul bagi
menyeimbangkan kepantasan, ketangkasan, koordinasi,
keseimbangan badan dan gerakan pemain.

Triple threat Triple threat
Triple threat merupakan kedudukan yang
membolehkan pemain untuk menerima bola dalam
keadaan bersedia untuk melakukan jaringan, hantaran
dan mengelecek dalam satu masa.
Dalam posisi ini, pemain perlu melompat ke depan
dalam dengan kedua belah kaki mendarat secara
serentak semasa menerima bola. Tangan pemain
hendaklah sentiasa bersedia untuk menerima bola.

Kisar berpasak
Kisar berpasak merupakan kedudukan yang membolehkan
pemain untuk bergerak dengan satu kaki sentiasa
bersentuh dengan lantai.
Kaki kisar berpasak hanya boleh dipusing setempat tanpa
mengalihkannya.
Kedudukan ini berpusat di bahagian depan kaki kisar
berpasak dengan kedua kaki dibuka selebar bahu dan
lutut yang dibengkokkan untuk menyeimbangkan badan.

Muka surat | 06

Kisar berpasak

MENERIMA & KEMAHIRAN ASAS
MENGHANTAR

HANTARAN PARAS DADA
DUA BELAH TANGAN

HANTARAN ATAS
PARAS KEPALA

HANTARAN LANTUN
DUA BELAH TANGAN

HANTARAN BOLA LISUT

MENJARING

JARINGAN BEBAS

JARINGAN LAYANG
JARINGAN LONJAK

Muka surat | 07

Menggelecek pantas

Bahagian depan kaki menampung beban
badan pemain dengan membengkokkan lutut.
Pemain menolak bola ke depan sambil
melangkah.
Pemain mengawal bole dengan jari mereka
agar bola tidak menghala ke arah yang boleh
mengganggu kelajuan semasa menggeleck.

Menggelecek belakang badan

Pemain dalam keadaan bersedia dengan lutut
dibengkokkan dan kepala dalam keadaan tegak.
Apabila pemain mula bergerak ke depan, bola akan
dilantunkan ke belakang badan.
Pemain akan mengawal bola menggunakan jari
bagi membawa bola maju ke depan sambil
mengawal kepantasan menggelecek.

Muka surat | 08

SUSUNAN & POSISI

Shooting Point Guard
Guard
1
2
Center
4
5
Power Forward
Small Forward

3

Point Guard ialah orang yang biasanya mengendali bola di

POINT dalam gelanggang, menggelecek, dan membuat serangan dan
merupakan pemain terpendek dan terpantas. Pengendali dan

GUARD 1 pengumpan bola yang terbaik biasanya adalah Point Guard.
Walaupun tidak sehebat Shooting Guard, mereka perlu

mempunyai kemampuan dalam percubaan jaringan jarak jauh

bagi mendapatkan mata.

Seperti namanya, Shooting Guard ini adalah penjaring yang SHOOTING
hebat dengan jarak 3 mata yang juga boleh bergerak dengan 2 GUARD
atau tanpa bola untuk mendapatkan hantaran terbuka di
mana-mana sahaja di dalam gelanggang. Mereka juga
dikenali sebagai "off-guard," dan mereka biasanya merupakan
atlet dan pengendali bola yang hebat. Mereka boleh
membawa bola menggantikan Point Guard jika perlu.

Muka surat | 09

Pemain di posisi ini dijangka dapat melakukan semuanya,

kerana ia adalah salah satu posisi yang paling fleksibel di

SMALL gelanggang. Mereka mempunyai keupayaan untuk
mengendalikan bola, membuat hantaran, menjaring, bermain di

FORWARD 3 tiang, dan membuat jaringan tiga mata. Mereka lazimnya

adalah pemain rebound dan pertahanan yang sangat baik.

Mereka biasanya mempunyai ketinggian sederhana, tetapi

mempunyai mobiliti dan kesukanan yang luar biasa.

Pemain tertinggi atau kedua tertinggi dalam pasukan. Peranan POWER
mereka lebih kurang seperti pemain Center, namun mereka 4 FORWARD
lebih lincah dan lebih pantas. Mereka ada kemampuan yang
baik untuk bermain di bahagian sisi dan penjuru gelanggang.
Mereka juga ada kemampuan yang bagus dalam persaingan
fizikal untuk melakukan jaringan dan rebound.

Center biasanya merupakan pemain tertinggi di gelanggang dan
bermain berhampiran keranjang. Mereka lazimnya adalah
rebounders dan penghalang jaringan yang baik, tetapi

CENTER 5 disebabkan ketinggian mereka yang tinggi, mereka biasanya

tidak bergerak. Mereka menjaringkan majoriti mata mereka
berhampiran rim. Pemain Center merupakan pemain yang hebat
dalam melakukan jump shots, hook shots, dan sebagainya.

Muka surat | 10

Ukuran rasmi gelanggang bola G BOLA
keranjang Malaysia E

L Bola diperbuat daripada getah
A dan dilepaskan dengan kulit
Memanjang : 28 meter N getah atau bahan tiruan.
Melebar : 15 meter G
Separuh : 14 meter G Beratnya tidak kurang daripada
Papan jaring : 1.8 meter A 450 gram dan tidak melebihi
Bulatan tengah : 3.6 meter N 500 gram.
Bulatan balingan percuma : G
separa 1.8 / penuh 3.6 Ukuran bola ialah 68cm hingga
Garisan 3 pointer : 6.25 meter 72cm.




PERALATAN Dalam pertandingan peringkat
SUKAN BOLA antarabangsa,hanya bola yang
KERANJANG mempunyai cop NBA sahaja
yang boleh digunakan.




PALANG Di kedua-dua bahagian gelanggang didirikan
papan jaringan bersama keranjangnya (basket).
GOL Papan ini diperbuat daripada kayu/papan, atau
sebarang bahan yang bersesuaian, tebalnya
0.03 m. Saiz papan ialah 1.8 m x 1.2 m (sekolah
rendah 1.2 m x 0.9 m). Segiempat bujur kecil di
dalamnya berukuran 0.59 m x 0.45 m.

Keranjang terdiri daripada 2 bahagian iaitu
bulatan (ring) dan jaring (net). Bulatan dibuat
daripada besi berdiameter 0.45 m di bahagian
dalamnya. Jaring yang panjang 0.4 m
digantung di bawah bulatan.

Tiang penyokong papan jaringan dan keranjang
ini hendaklah 2.75 m tinggi (sekolah rendah 2.3
m)

Muka surat | 11

(Garisan
belakang)

(Papan Jaring)
(Keranjang)

(Garisan Lontaran Percuma) (Garisan 3 poin)
(Lorong Lontaran Percuma)

(Garisan Tengah) (Garisan
Tepi)
Centre Circle
(Bulatan Tengah)

Muka surat | 12

PENGURUSAN
KELAB SUKAN
BOLA KERANJANG
DI SEKOLAH

PROSES PENGURUSAN KELAB
SUKAN BOLA KERANJANG:

1 MERANCANG
Menentukan objektif yang ingin dicapai dan intrumen
yang diperlukan

2 MENGELOLA

Mengagih dan menkordinasikan tugas dan sumber

untuk mencapai objektif yang dibuat

3 MEMIMPIN
Mempengaruhi, memberi arahan dan memimpin orang
bawahan atau murid di dalam kelab untuk bekerjasama

dalam mencapai objektif yang ditetapkan.

4 MENGAWAL
Membentuk dan mengimplimentasikan
mekanismepenilaian kerja bagi memastikan objektif
kelab sukan yang dirancang akan tercapai.

OBJEKTIF
TERCAPAI

Muka surat | 13

Q: APAKAH KRITERIA SUMBER: MALAYSIAKINI
YANG DIPERLUKAN
BAGI MENUBUHKAN Peralatan Sukan yang Sedia Ada
SEBUAH KELAB SUKAN BOLA di Sekolah
KERANJANG?
Pihak pengurusan sekolah haruslah
Mengenal Pasti Kepakaran yang Ada mempertimbangkan beberapa perkara
(Guru yang Bakal Dilantik) sebelum menyediakan peralatan sukan. antara
perkara yang diambil kira ialah, kos dan jangka
Pihak pengurusan sekolah haruslah mengambil hayat peralatan. Selain itu, pihak sekolah harus
berat tentang pemilihan guru penasihat dalam mempertimbangkan pembentukan kelab
kelab sukan ini. Guru penasihat haruslah sukan baru dengan jumlah murid dan guru
mempunyai kepakaran, kebolehan dan penasihat yang boleh menyelenggara peralatan
pengalaman berkaitan sukan bola keranjang. sukan.
Pengalaman menyertai sewaktu di institusi
pendidikan lampau turut boleh dijadikan asas Kemudahan Prasarana di Sekolah
bagi perlantikan guru penasihat dalam kelab
sukan bola keranjang. Mempunyai lokasi yang sesuai untuk
melakukan aktiviti bola keranjang. Bola
keranjang digalakkan untuk diadakan di dalam
dewan tertutup.

Budaya Sukan Kegemaran yang Bilangan Guru dan Murid
Menjadi Pilihan Murid di Sekolah
Bilangan guru dipengaruhi oleh pengalaman
Pemilihan jenis-jenis sukan untuk kelab sukan guru tesebut sama ada sebagai seorang ahli
di sekolah sangat dipengaruhi oleh budaya sukan mahu pun guru penasihat atau jurulatih.
sukan di sekolah berkenaan atau mungkin Bilangan guru dalam satu-satu jenis sukan
dipengaruhi oleh persekitaran masyarakat dipengaruhi oleh bilangan murid yang
dalam komuniti tersebut. Pemilihan sukan- menyertai kelab sukan tersebut. Penyertaan
sukan itu perlulah bersesuaian dengan budaya murid dalam satu-satu kelab sukan juga perlu
sedia ada bagi memudahkan penglibatan dikawal agar ahli kelab tidak terlalu ramai.
murid secara menyeluruh.

Muka surat | 14

CARTA ORGANISASI
KELAB SUKAN BOLA KERANJANG

PENAUNG
(Pengetua)

PENASIHAT
(GPK Koko)

PENYELARAS 1 PENYELARAS 2

(Guru Penasihat Kelab Bola (Guru Penasihat Kelab Bola
Keranjang) Keranjang)

PENGERUSI
(Murid)

NAIB PENGERUSI
(Murid)

SETIAUSAHA
(Murid)

NAIB SETIAUSAHA
(Murid)

BENDAHARI
(Murid)

NAIB BENDAHARI
(Murid)

AJK AJK AJK AJK AJK AJK
(Murid) (Murid) (Murid) (Murid) (Murid) (Murid)

PEMERIKSA KIRA-KIRA PEMERIKSA KIRA-KIRA
(Murid) (Murid)

Muka surat | 15

SISTEM PENGURUSAN
PERTANDINGAN BOLA
KERANJANG DI SEKOLAH

PERTANDINGAN KALAH MATI KELEBIHAN DAN KELEMAHAN SISTEM
PERTANDINGAN KALAH MATI:
Konsep pertandingan ialah yang menang Kelebihan:
akan terus bertanding manakala yang kalah
akan tersingkir dengan serta-merta. Sistem Boleh dijalankan dalam masa yang
ini sangat sesuai untuk digunakan apabila singkat;
kekurangan masa, sumber kewangan, Cepat memilih pemenang;
tempat, kemudahan, peralatan dan sumber Boleh dijalankan dengan peralatan
manusia. yang terhad;
Seronok untuk ditonton; dan
Cara mengira bilangan pasukan atau peserta Penyertaan ramai.
menunggu (bye). Bilangan menunggu (bye)
dalam sistem pertandingan ini boleh dikira Kelemahan
dengan menggunakan angka ganda dua iaitu Pasukan yang menjadi johan, boleh
angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya. jadi bukan yang benar-benar terbaik;
Separuh daripada pasukan akan
Contoh 7 pasukan yang bertanding. Angka terkeluar selepas pusingan pertama;
yang lebih dari 7 ialah 8. Maka 8 tolak 7 ialah 1. dan
Cara ini bermakna ada 1 pasukan menunggu Kemungkinan ada di antara pemain
(bye). dari pasukan yang kalah langsung
tiada peluang bermain

1
2
3
4 PEMENANG
5
6
7

Contoh Jadual Petandingan Sistem
Kalah Mati

Muka surat | 16

PERTANDINGAN LIGA

Merupakan satu-satunya pertandingan Contoh Carta Keputusan Liga Satu Pusingan
yang sesuai dijalankan sekiranya Contoh Carta Keputusan Liga Berkumpulan
pertandingan itu bertujuan memilih
pasukan yang terbaik.

Perkara-pekara yang perlu diambil
perhatian :

Masa yang mencukupi;
Kewangan yang ada;
Bilangan pengadil; dan
Kemudahan dan peralatan yang ada.

Pertandingan boleh dijalankan dalam:
Liga satu pusingan
Liga berkumpulan

PENGIRAAN JUMLAH PERLAWANAN LIGA: KAEDAH PENAMBAHAN
Jika ada 6 pasukan bertanding, tulis angka 1,2,3,4,5
Kaedah Mengira Bilangan Perlawanan dan 6.
Pertandingan Liga Abaikan angka tertinggi iaitu 6.
Cara pengiraan : N ( N – 1 ) Campurkan kesemua nombor tersebut iaitu 1
hingga 5.
2 Jumlah yang diperolehi ialah 15.
Bermakna jika 6 pasukan mengambil bahagian,
N = Jumlah Pasukan jumlah perlawanan dalam pertandingan ini ialah
15.

Muka surat | 17

PENUTUP

Sukan sangat penting dalam mengekalkan keupayaan fizikal murid
selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang sihat.
Dalam hal ini, sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan
insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberikan sumbangan
kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Oleh itu,
sukan bola keranjang juga antara salah satu inisiatif untuk menarik minat
murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Pihak guru memainkan peranan penting dalam memastikan murid-murid
berminat dalam sukan bola keranjang dan menjamin keselamatan mereka
semasa bermain. Oleh itu, guru perlu menggunakan kaedah pengajaran yang
menarik dan kreatif seperti melaksanakan aktiviti atau permainan kecil yang
dapat menarik minat murid-murid agar mereka tidak berasa bosan. Dengan
ini, murid-murid bukan sahaja dapat menguasai kemahiran dalam keranjang
malah keselamatan mereka juga terjamin. Selain daripada pihak guru, pihak
berkuasa seperti Kemenetian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Persatuan Bola
Keranjang Malaysia (MABA) perlu mengambil inisatif untuk
memperbanyakkan penganjuran pertandingan sukan ini bagi mencungkil
bakat pelajar dalam sukan bola keranjang serta membuka platform kepada
mereka ke peringkat antarabangsa.

Justeru, jelaslah bahawa sukan bola keranjang adalah sukan yang
berpotensi tinggi untuk mengekalkan keupayaan fizikal serta mental pelajar.
serta melahirkan peluang kepada pelajar bagi menerokai pengalaman
hingga ke peringkat antarabangsa.

Muka surat | 18

RUJUKAN

Malaysia Basketball Association.
Retrieved from:
https://maba.com.my/history-of-maba/
Rosli, S. Sejarah Bola Keranjang. Scribd.
Retrieved from:
https://www.scribd.com/doc/161125403/Sejarah-
Bola-Keranjang
Soong, L. Bola Keranjang. Academia Edu.
Retrieved From:
https://www.academia.edu/7950163/Bola_Keranj
ang




Muka surat | 19


Click to View FlipBook Version