12 Resepi
Makanan yang
Sihat dan Sesuai
untuk
Perkhemahan
Pandu Puteri
Tunas
SARAPAN
1) BURITO TELUR
Bahan-bahan
roti prata
telur
garam
sos mayonnaise
Cara penyediaan :
1.Pertama sekali, pecahkan beberapa telur dan kacau bersama
secubit garam.
2.Kemudian, masukkan ke dalam kuali dan masak telur sehingga
separuh masak.
3.Apabila telur sudah separuh masak, hancurkan telur menggunakan
sudip kayu.
4.Seterusnya, bakar sekejap lapisan burito iaitu roti prata.
5.Masukkan telur hancur yang sudah dimasak ke dalam roti prata
kemudian tambah sos mayonnaise sebagai penambah rasa.
6.Akhir sekali, ulungkan roti prata sehingga tertutup.
2) SANDWICH SARDIN
Bahan-bahan
roti
sardin
bawang
tomato
Cara penyediaan :
1.Pertama sekali, potong semua roti menjadi bentuk segi tiga.
2.Kemudian, letakkan sedikit minyak ke dalam kuali.
3.Tumis hirisan bawang di dalam kuali.
4.Apabila bawang sudah masak, masukkan sardin ke dalam kuali.
5. Masukkan secubit garam kemudian masak sardin sehingga
pecah minyak
6.Seterusnya, letakkan tomato ke dalam roti yang sudah
dipotong.
7.Masukkan sardin yang sudah dimasak ke dalam roti.
8.Akhir sekali, tutup roti dengan sekeping lagi roti.
3) TELUR HANCUR
Bahan-bahan
telur
garam
serbuk lada hitam
Cara penyediaan :
1.Pertama sekali, pecahkan beberapa telur ke dalam mangkuk
2.Kemudian, masukkan secubit garam ke dalam telur
tersebut.
3.Kacau telur tersebut sehingga sebati.
4.Masak telur yang telah dikacau di atas dapur.
5. Apabila telur sudah separuh masak, hancurkan telur
tersebut menggunakan sudip kayu.
6.Akhir sekali, letak sedikit serbuk lada hitam bagi menambah
rasa
MAKAN TENGAHARI
Menu 1
sup ayam + kentang,
sambal telur,
sayur goreng,
nasi putih
SUP AYAM + KENTANG
Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - 600 gram
1 paket 24 gram Rempah Sup Adabi
2 biji ubi kentang
1/2 batang lobak merah
1/2 sudu besar garam atau secukup rasa
6 gelas air
Sedikit minyak
Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara - cara:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan
kekuningan.
2.Masukkan 6 gelas air atau secukupnya.
3.Masukkan ubi kentang. Masakkan seketika sebelum dimasukkan karot.
4.Masak sehingga ubi kentang empuk.
5.Masukkan ayam dan rempah sup yang dibancuh dengan segelas air.
Nota: jika menggunakan daging, masukkan daging bersama ubi
kentang kerana daging lambat empuk.
6.Setelah ayam hampir masak, masukkan batang saderi.
7.Akhir sekali, masukkan garam dan sedikit daun sup.
8.Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng dan sedikit lagi daun sup.
SAMBAL TELUR
Bahan - bahan:
kisar halus:
4 ulas bawang putih
4-6 biji bawang merah kecil
½ biji bawang besar
lain:
1 mangkuk minyak masak
½ biji bawang besar
7 biji telur (saiz B)
15-20 biji cili kering
2 sb sos tiram
2 sb sos cili
Sedikit air asam jawa
1 sb gula melaka
Garam secukup rasa
½ sb serbuk seasoning
1 biji bawang merah
Sedikit air, untuk berkuah
1 sb cuka
cara - cara:
1.Cincang kasar bawang merah kecil, bawang putih dan bawang besar.
2.Gunting kasar cili kering dan rebus selama 5 minit (boleh ganti 2-3 senduk cili
kisar).
3.Masukkan bawang, cili kering dan air secukupnya dalam blender dan kisar halus.
4.Hiris nipis bawang besar (untuk tumis) dan hiris membulat (untuk hiasan).
5.Rebus telur selama 10 minit. Bila dah masak angkat dan kupas kulit
6.Panaskan minyak dan goreng telur rebus sampai garing. Angkat dan ketepikan.
7.Tumis bawang besar sampai lembut. Kemudian masukkan bahan kisar halus,
sedikit air, sos tiram, air asam jawa, sos cili dan gula melaka.
8.Kacau sampai pecah minyak.
9.Masukkan garam, air untuk lebih berkuah, serbuk perasa (pilihan) dan telur
rebus.
10.Akhir sekali tabur hirisan bawang merah dan biarkan sampai bawang lembut.
11.Hidangkan sambal tumis telur bersama nasi putih.
SAYUR GORENG
Bahan - bahan:
2 pokok sawi
1/2 batang Lobak merah
1 keping dada ayam
3 sudu makan minyak
1 sudu teh meggi cukup rasa
bahan A:
1/2 biji bawang
besar dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
1 tangkai cili api dipotong kecil
Cara- cara:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan A.
2.Masukkan ayam. Kemudian lobak merah.
3.Masukkan sawi dan meggi cukup rasa. Masak hingga sawi
layu.
MENU 2
kobis masak lemak putih,
sambal ikan, nasi putih
Kobis masak lemak
BAHAN-BAHAN:
1/2 BIJI KOBIS BULAT, HIRIS KASAR
1/2 BATANG KAROT, HIRIS NIPIS
1 KETUL TAUHU, POTONG KIUB
1 GENGGAM IKAN BILIS, RENDAM DAN TUMBUK
KASAR
1 BIJI CILI MERAH, HIRIS NIPIS
3 BIJI BAWANG MERAH, HIRIS NIPIS
2 ULAS BAWANG PUTIH, HIRIS NIPIS
2 CAWAN SANTAN PEKAT
2 CAWAN SANTAN CAIR
GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
CARA-CARA
1.PANASKAN SANTAN CAIR DI DALAM PERIUK DENGAN API
PERLAHAN DAN MASUKKAN BAWANG MERAH, BAWANG
PUTIH, BILIS TUMBUK, TAUHU DAN KAROT.
2.MASUKKAN KUBIS DAN CILI MERAH, MASAK SEKETIKA
SEHINGGA LEMBUT.
3. MASUKKAN PULA SANTAN PEKAT DAN KACAU DENGAN
KERAP SUPAYA SANTAN TIDAK BERKETUL. API MESTILAH
PERLAHAN.
4. PERASAKAN DENGAN GARAM DAN GULA SECUKUPNYA.
MENU 2
Sambal Ikan
BAHAN-BAHAN:
Ikan | dibersih dan digoreng terlebih dah
ulu
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
¼ inci halia
4 sudu besar pes cili kering
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
¼ cawan air
Cara Membuatnya
1. Goreng ikan terlebih dahulu. Baki minyak ikan tadi, kita tumiskan bawang
merah, bawang putih, halia dan pes cili kering. Seeloknya pes cili tu kita
kisar sendiri.
2. Tumiskan bahan kisar tadi sampai pecah minyak. Kalau guna kuali biasa
ni kena pandai jaga api. Selalu kacau-kacaukan supaya tak hangit.
3. Biar sampai pecah minyak. Nak tahu macam mana sampai nampak naik
buih-buih minyak tu.
4. Bubuhkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Kalau cili giling
beli kat kedai tu kadang masam sangat, kadang tengik dah, senang kata
susah nak dapat yang sedap.
5. Masukkan air dalam ¼ cawan. Biarkan merenih dan sambal sedikit
memekat.
6. Bila sambal nampak dah memekat, bolehlah masukkan ikan goreng kita
tadi. Perasan tak, saya tak bubuh pun garam. Sebab sos tiram dan ikan
goreng kita tadi kan dah masin.
7. Masukkan bawang merah sebagai hiasan. Nama je hiasan, tapi sambal
kalau tak bubuh bawang gini macam tak sedap je kan?
8. Akhir sekali saya bubuh gula. Kacau semua rata. Kalau korang rasa kurang
masin tambah sendiri ye. Sambal ni kena seimbang rasa dia
MENU 3
Bihun Tomyam
Bahan-Bahannya
Bihun secukupnya - celur dalam air panas sehingga lembut
Kuah Tom Yam
1/2 kg udang (boleh juga guna ayam,sotong atatu apa-apa bahan yang disukai)
3 batang serai - dititik
1 labu bawang besar dipotong baji
5 biji cili padi - dititik
2 helai daun limau purut - buang tangkainya
karot*
bunga kubis*
baby corn*
tomato* (potong mengikut kesesuaian)
paste tomyam secukupnya
garam secukup rasa
Air putih secukupnya
Air perahan limau nipis - secukup rasa
Cara Membuatnya
1.Masukkan air, serai, cili padi, bawang besar dan paste tomyam ke dalam periuk. Reneh
sehingga mendidih
2.Masukkan sayur-sayuran yang keras dahulu. Reneh lagi
3.Masukkan udang, tomato, daun limau purut dan garam
4.Akhir sekali masukkan air limau nipis.
5.Rasa masam dan masinnya. Tutup api.
6. Sedia untuk dihidangkan. (Boleh dimakan bersama nasi, bihun, mee atau apa sahaja
uyang disukai)
MAKAN PETANG
SANDWICH TELUR MAYONIS
Bahan-Bahan:
4 biji telur, direbus
8 keping roti sandwich
Sedikit mentega atau margerin (planta) untuk disapu pada roti
1 sudu besar mentega atau margerin, untuk inti telur
2-3 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
1/4 sudu kecil garam
Daun salad
Tomato
Cara Buat:
1. Potong bahagian tepi kerak roti di keempat-empat bahagian.
2. Buang kulit telur dan hancurkan telur menggunakan garfu, tetapi
jangan terlalu hancur. Biar ada sedikit ketulan kasat untuk tekstur.
3. Masukkan mentega, lada hitam, mayonis dan garam. Kacau sebati.
4. Sapu roti dengan sedikit mentega dan letakkan inti telur, salad dan
tomato sekata di antara 2 keping roti.
5. Potong sandwich kepada dua atau empat bahagian mengikut
kesukaan anda dan sedia untuk dihidang.
KUBIS ROLLS KUKUS
Bahan-bahan :
Kubis (untuk roll)
Daun bawang
Ayam kisar
Bawang holland (cincang)
Carrot (cincang)
Hirisan daun bawang
Garam
Serbuk lada hitam
Olive oil
Cara buat:
1.Leraikan kubis.
2.Celur kubis. Masukkan sedikit garam dalam air mendidih.
3.Gaul sebati semua bahan inti
4.Gulung inti dengan kubis yang sudah dicelur
5.Kukus dengan api sederhana lebih kurang 10-15 minit.
LEMPENG
Bahan-Bahan:
125g tepung gandum, diayak
3 biji pisang, dilenyekkan
2 sudu besar gula
50ml susu
2 sudu besar mentega, dicairkan
Cara-Cara:
1.Masukkan tepung, gula dan mentega cair ke dalam sebuah mangkuk
besar. Kacau rata.
2.Masukkan pisang yang dilenyekkan dan kacau hingga sebati.
3.Masukkan susu sedikit demi sedikit hingga mencapai konsistensi yang
diingini.
4.Panaskan kuali pada suhu sederhana besar dan minyakkan
permukaan kuali. Pastikan anda tidak masukkan terlalu banyak
minyak.
5.Cedok adunan hingga 1/4 senduk dan masukkan ke dalam kuali.
Terbalikkan setelah 2-3 minit ataupun selepas adunan berhenti
berbuih. Anda boleh alihkan sedikit untuk lihat sama ada adunan di
bawah sudah masak.
6.Setelah masak, angkat adunan dan letak di atas pinggan. Ulang hingga
semua adunan habis.
MAKAN MALAM
IKAN BAKAR
BAHAN-BAHAN:
1. Seekor ikan yang ditangkap di sungai
2. 4 biji lemon
CARA MEMASAK:
1.cuci organ dalaman ikan sehingga bersih
2.Ikan dibalut dengan aluminium foil
3.Letakkan ikan yang sudah dibalut dengan
aluminium foil tadi di atas unggun api
SALAD AYAM
Bahan-bahan:
•Isi ayam (dipotong kecil)
•Serbuk lada hitam
•Serbuk Cajun
•Serbuk paprika
•Salad
•Tomato ceri
•Telur rebus
•Kewpie Salad Dressing
Cara-cara:
1. Perapkan isi ayam dengan serbuk paprika,
serbuk lada hitam dan serbuk cajun.
2. Panggang ayam. Jika mahu isi ayam lembap,
boleh panggang sekejap. Jika mahu isi ayam
yang garing, panggang sedikit lama.
3. Hidang ayam panggang tadi di atas salad.
4. Taburkan tomato ceri.
5. Letakkan telur rebus.
6. Tambahkan salad dressing.
7. Sedia untuk dihidan
NASI SUSHI
BAHAN-BAHAN:
1½ cawan beras sushi
2 cawan air
1/3 cawan cuka nasi
2 sudu makan gula
1 sudu teh garam
BAHAN INTI:
2 keping seaweed | dihiris halus
1 bij cili merah | dihiris halus
3 biji cendawan kering shitake |direndam dan
dicincang halus
1/2 batang merah | dicincang halus
4 batang isi ketam filament dihiris halus
CARA MEMASAK:
Basuh beras sehingga bersih dan toskan
Masukkan beras ke dalam periuk dan masukkan
air, gula dan garam secukup rasa.
Apabila nasi masak, gaulkan nasi dengan cuka
sehingga sebati.
Campurkan bahan-bahan inti yang telah dihiris
halus ke dalam nasi tadi. Gaulkan sehingga
sebati.
Kepalkan nasi tadi mengikut citarasa anda.
Sedia untuk dihidangkan.
Disediakan oleh:
LILY DAMIA BINTI MOHD NOOR
Dibant
u oleh:
KHAIRUNNISA' BINTI MOHD RIZAL
NUR KAMILIA BINTI ROZAINI
NURFADIAH DAYANI BINTI IZAM FAHMI
NUR ADRIANA NAJWA BINTI SHAH ARMAN
AISYA HUMAYRAH BINTI MD ZAINIZAM