Si Nelayan Yang Tamak BUKU CERITA KANAK-KANAK
Isi Kandungan Sinopsis Cerita Isi Cerita Nilai Murni Watak Pengarang Cerita 1 2 3-12 14-15 13
Sinopsis Cerita Cerita ini mengisahkan tentang seorang anak nelayan yang bernama Ah Seng. Kehidupan Ah Seng sangat miskin dan dia tinggal di pesisir pantai. Dia merupakan seorang yang baik hati kerana telah membantu seekor penyu tua. Penyu tua itu telah di buli oleh Sim dan Rico yang jahat. Mereka telah menyepak dan menendang penyu tua. Bagi membalas jasa baik Ah Seng yang telah menyelamatkannya, penyu tua mengajak Ah Seng melihat alam dasar laut yang cantik. 1
Jom kenali watak ! Ah Seng Penyu Sim Rico Puteri duyung 2
3 Pada suatu hari, terdapat seorang anak nelayan yang miskin bernama Ah Seng yang sedang menangkap ikan di tepi pantai. Tiba-tiba Ah Seng ternampak dua orang remaja bernama Sim dan Rico sedang menendang dan menyepak seekor penyu tua.
4 Ah Seng berasa amat marah apabila melihat perbuatan mereka lalu menghalau mereka untuk pergi dari situ. Kemudian Ah Seng pun membantu penyu tua itu untuk balik semula ke laut.
5 Sebagai tanda terima kasih, penyu tua pun berkata, "Adakah kamu mahu mengikuti aku untuk melawat istana yang cantik di dalam dasar laut selama sehari?”. “Ya, sudah pasti aku mahu ” balas Ah Seng. Penyu pun meniup sebuah buih untuk Ah Seng bagi membolehkannya bernafas di dalam air.
6 Tidak lama kemudian, mereka pun sampai ke Istana Dasar Laut. Ah Seng berasa sangat kagum dengan keindahan istana. Kedatangannya disambut baik oleh Puteri Duyung.
7 Ah Seng sangat gembira dan teruja lalu berenang-renang di sekitar situ sambil menyanyi. Dia turut diiringi oleh ikan-ikan dan hidupan laut yang cantik serta berwarna-warni.
8 “Wah, kelihatan banyak harta karun berbentuk emas dan mutiara disitu!” ujar Ah Seng dalam hati.
9 Ah Seng menjadi rambang mata lalu mengambil harta tersebut sebanyak yang mungkin dengan meletakkan harta karun itu ke dalam poket seluar dan bajunya.
10 Setelah Ah Seng selesai bermain, dia teringat akan keluarganya dan ingin pulang semula ke darat. Puteri Duyung pun berkata, “Kamu ingin pulang ke darat? Saya akan beri kamu buih udara untuk pulang ”. “Terima kasih tuan puteri” , jawab Ah Seng.
11 Disebabkan oleh harta yang dibawanya itu berat, Ah Seng tidak dapat berenang ke darat walau sekuat manapun dia berenang. Pada masa yang sama, buih udara Ah Seng pecah. Pop!
12 Malang sungguh nasib Ah Seng. Sikap tamak Ah Seng mengambil harta itu menyebabkan dia tenggelam ke dasar laut dan tidak dapat pulang semula ke darat.
Definisi tamak : Ingin memiliki sesuatu tanpa batasan Peribahasa: Orang Tamak Selalu Rugi 13 Janganlah kita bersikap tamak kerana orang yang tamak selalu rugi. Nilai Murni :
Barisan Pengarang Cerita Lai Xiao Yue (Jurulukis) Yefarah Delaila (Juruvisual) Morlie (Jurubahasa 1) Mc Erwina Rozell (Jurubahasa 2) 14
Amisha Katty (Penyunting 1) Avien (Penyunting 2) Fiona (Taktikal dalaman 1) Rachelle Renjap (Taktikal dalaman 2) Patrina (Taktikal luaran 1) Arveena (Taktikal luaran 2) 15
SEKIAN, CERITA KAMI TERIMA KASIH TAMAT