The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by umairahnorlinee, 2022-05-16 11:29:51

efolio penghayatan etika & peradaban

ETIKA

Keywords: EFOLIOPHT

KEBUDAYAAN
DAN

PERPADUAN

MPU 21032 TEAMMATE :
PENGHAYATAN ALIM AZAMUDDIN BIN ISMAIL
ETIKA DAN
PERADABAN (26DAT21F2008)
SITI UMAIRAH NORLINEE BT

ROSLAN (26DAT21F2001)
FATIN NUR AFRINA BT MOHD ZAID

(26DAT21F2002)

SPUULAONNZGALEHA BT

KANDUNGAN

PENGENALAN

1.0 KEBUDAYAAN
1.1 Definisi
1.2 Muzik
1.3 Pakaian
1.4 Makanan
1.5 Perayaan & keramaian

2.0 PERPADUAN
2.1 Definisi
2.2 Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia
2.3 Kepelbagaian Kaum Di Malaysi
2.4 Kepelbagaian Makanan Mengikut Kaum Di

Malaysia
2.5Usaha - Usaha Memperkukuhkan Pepaduan Di

Malaysia

PENGENALAN

• Malaysia ialah sebuah negara berbilang
kaum yang hidup dalam keadaan aman
dan damai. Tiga kaum yang utama di
Malaysia ialah Melayu, Cina & India

• Malaysia juga merupakan negara yang
berbilang etnik, pelbagai budaya, dan
pelbagai Bahasa dan kumpulan etnik
yang masih mengekalkan identiti
kebudayaan yang berbeza. Masyarakat
Malaysia telah digambarkan sebagai “
ASIA DALAM MINIATUR”

• Hal ini dapat mewujudkan satu
perpaduan yang amat kukuh dalam
sesebuah negara yang maju. Perpaduan
merupakan perkara yang amat penting
dalam membentukan masyarakat yang
aman dan harmoni.

1.0 KEBUDAYAAN

1.1 DEFINISI :-

Pada umumnya, istilah “KEBUDAYAAN” sukar
diberi takrif yang tepat kerana kebudayaan itu
sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas.
Malahan boleh dikatakan hampir setiap pengkaji
cuba memberi definisi kebudayaan mengikut
tafsiran masing-masing. Perkataan “budaya”

berasal daripada perkataan buddhi yang

bermaksud budi dan akal.

Perkataan “culture” dalam Bahasa inggeris
diambil daripada Bahasa latin, colore yang
bererti mengolah dan mengerjakan.
Berpandukan dua definisi ini mungkin dirasakan
belum memadai untuk memberi gambaran yang
jelas tentang maksud “KEBUDAYAN”

1.2 MUZIK

Kebudayaan turut mempengaruhi unsur kesenian
Contohnya lagu, tarian dan alat muzik . Muzik
Malaysia merangkumi muzik tradisional dan
kontemporari yang dimainkan oleh orang dahulu
dengan menggunakan alat muzik tradisional yang
tertentu. Muzik tradisional banyak dipengaruhi
oleh budaya Melayu, Cina, India & etnik lain

1.2.1 ALAT MUZIK MELAYU

GONG

Gong merupakan alatan penting
yang berperanan sebagai bunyi tulang
belakang dalam gabungan
persembahan muzik gamelan.

GAMBUS

Alat muzik ini biasanya dimainkan
dalam muzik ghazal. Kesenian ini
diwarisi dengan adanya perkahwinan
campur antara orang Melayu dan
pendatang Arab.

KOMPANG

Kompang ialah sejenis alat muzik
tradisional yang paling popular bagi
masyarakat Melayu. Kompang dipalu
ahasa menyanyi ataupun bersyair
dalam versi Arab ataupun ahasa
Melayu klasik. Manakala paluan
moden pula ialah paluan kompang
yang diselitkan dengan gerakan
ataupun tarian.

1.2.2 ALAT MUZIK CINA

YANGQIN

Yangqin merupakan sejenis alat
muzik daripada kumpulan zither
yang mempunyai banyak tali.
Yang qin diletakkan di atas meja
atau pelapik. Talitalinya diketuk
menggunakan sepasang buluh
yang berbentuk seperti tukul
kecil.

PIPA

Pipa adalah alat bertali
mempunyai 4 tali logam. Badan
dibuat dari kayu; dadanya bulat
dan belakangnya cembong tetapi
permukaan dadanya mendatar.

GHUZENG

Guzheng dianggap sebagai salah
sebuah alat muzik petikan yang
tertua di China. Ia dicipta
berasaskan "Zhu", iaitu sejenis
alat muzik pukulan pada zaman
purba

1.2.3 ALAT MUZIK INDIA

TABLA

Tabla mempunyai sepasang
gendang iaitu Sidda (gendang
kecil) dan Dagga (gendang
besar) yang dimainkan secara
solo atau mengiringi upacara
keagamaan,persembahan
,barathanatyan, perkahwinan dan
sebagainya

NADHASWARAM

Nadaswaram banyak dimainkan
di Tamil Nadu dan popular di
kalangan Diaspora Tamil . Ia
dimainkan di kuil-kuil dan
perkhawinan serta perayaan
masyarakat India

BANSURI

Bansuri ialah alat tiup kayu yang
diperbuat daripada bambu.
Mempunyai 6 atau 7 lubang yang
ditebuk untuk menghasilkan pic
yang berbeza

1.2.4 ALAT MUZIK SABAH &
SARAWAK

SUNDATANG

Sundatang adalah salah satu alat
muzik tradisional negeri Sabah
yang banyak dimainkan ketika
majlis-majlis rasmi dan
persembahan kebudayaan.

SOMPOTON

Alat ini dimainkan oleh suku
kaum Kadazan di Sabah dalam
persembahan nyanyian dan
tarian. Sompotan boleh
dimainkan secara hiburan
persendirian atau kumpulan
untuk mengiringi tarian

KULINTANGAN

Alat muzik ini juga seakan-akan
gamelan. Yang berada di daerah
Semporna di mana alat muzik ini
dimainkan oleh kaum Suluk dan
Bajau sahaja. Sering dimainkan
dalam majlis perkahwinan,
khatam al-quran, adat bercukur
rambut, dan berkhatan

1.2.5 TARIAN TRADISIONAL DI
MALAYSIA

Jenis tarian Negeri / kaum
Gambus Perak

Bharat Natyam India Malaysia
Canggung Perlis
Baghra Sikh
Johor
Kuda kepang Melaka
Inang
Ngajat Sarawak
Sabah
Sumazau
Cina Malaysia
Kipas / Naga
Terengganu
Balai

• Terdapat banyak lagi jenis-jenis tarian masyarakat di malaysia.
Semua jenis tarian mempunyai sejarah dan tujuan yang tersendiri.
Sebagai rakyat malaysia kita hendaklah mengenali budaya setiap
masyarakat yang ada di negara kita. Sebagai contoh, tarian
gamelan, tarian mak yong dan tarian zapin.

1.3 PAKAIAN
TRADISIONAL

Pakaian juga merupakan satu budaya bagi setiap kaum, dimana
setiap kaum mempunyai pakaian khas yang memberi maksud
tersirat yang tersendiri bagi menunjukkan identiti mereka. Malah
pakaian ini juga turut menjadi kebanggaan segelintir kaum dan
dipakai pada hari perayaan dan keramaian.

MELAYU

BAJU KURUNG ( WANITA )

• Dipakai pada hari perayaan atau
di majlis – majlis rasmi.
• Sejenis baju yang longgar dan
labuh. Dipadankan dengan kain
Panjang yang berlipat tepi.

BAJU MELAYU ( LELAKI )

• baju kemeja yang mempunyai
butang separuh badan.
• dipadankan dengan songkok
Dan sampin songket

CINA CHEONGSAM ( WANITA )

• mempunyai leher yang tinggi,
butangnya dibah, betuk yang
sendat di pingganh dan belahan
dimkiri dan kanan kain.
• dipakai pada hari perayaan
tahun baru cina dan majlis rasmi

SAMFU ( LELAKI )

SARI ( WANITA ) • mempunyai baju dan seluar
yang diperbuat daripada kain yang
nipis dan berwarna merah dan
mempunyai corak keemasan

INDIA

• sebidang kain dipadankan
dengan kain berwarna terang dan
seakan-akan kain sari dan dililit
pada badan dan menampakkan
perut

KURTA ( LELAKI )

• kemeja Panjang sampai ke lutut
dan lazimnya diperbuat daripada
kain kapas atau linen.

KADAZAN SABAH

PEREMPUAN

• memakai baju pendek sinuangga, kain
labuh tetapi dan selendang batik
dilengkapi tali pinggang himpogot.
• memakai siung dari anyaman buluh
halus bermotifkan geometrik etnik
Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan
tali pinggang syiling perak.

LELAKI

• memakai baju gaung, seluar souva,
bengkung toogot dan pakaian kepala
yang disebut siga.

LELAKI IBAN SARAWAK

memakai Baju Burung, sirat dan tali
pinggang lampit serta manik-manik
atau jaket tenunan motif Iban dan
cawat dari kain tenun kasar dan
puncanya dihiasi tenunan bercorak.

PEREMPUAN

memakai skirt. Bahagian atas
memakai baju kecil atau kemban dan
dilindungi dengan marek empang dari
manik. Hiasan diri sarat barangan
perak seperti tali pinggang, rawai dan
sudu tinggi

1.4 MAKANAN

Makanan tradisional sangat popular dalam kalangan
masyarakat kita di Malaysia yang kaya dengan pelbagai
adat dan budaya. Terdapat pelbagai makanan tradisional
mengikut kaum di Malaysia. Makanan tradisional ini

semakin hari semakin popular hingga ke peringkat
antarabangsa. Makanan tradisional boleh diibaratkan
seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Terdapat
pelbagai usaha dalam memajukan industri makanan
tradisional di negara kita.

NASI LEMAK (MELAYU)

Nasi lemak merupakan Kaum melayu makan nasi
makanan kegemaran bagi orang lemak dengan telur kukus,
Malaysia dan Singapura timun,ikan bilis goreng dan
terutamanya sebagai sarapan sambal.Tetapi kini pelbagai
pagi. Nasi lemak merujuk hidangan disajikan bersama nasi
kepada nasi yang dimasak lemak seperti ayam, daging,
dengan menggunakan santan sotong,udang,limpa dan hati
kelapa, bagi menambah rasa lembu.
lemaknya. Kadangkala daun
pandan dimasukkan semasa nasi
lemak dimasak bagi
menambahkan aromanya.

YEE SANG ( CINA )

Yee Sang ataupun dikenali sebagai
Yusheng adalah makanan yang
terdiri dari aneka salad dan ikan.
Campuran kesemua bahan ini
menjadikan hidangan ini berwarna-
warni dan sangat menarik. Yee Sang
biasanya dihidangkan menjelang
sambutan Tahun Baru Cina.

NASI BIRYANI ( INDIA )

Biryani Ada yang menyebutnya
biryani, beryani, biriani mahupun
nasi briyani. Ia antara hidangan
masyarakat India yang
menggunakan pelbagai jenis
rempah ratus bermula dengan
ketumbar hinggalah buah
pelaga.Biasanya hidangan
menggunakan beras basmathi
yang memiliki ciri – ciri khas.

HINAVA ( SABAH )

Hinava Ginapan atau lebih dikenali dnegan Hinava ini
merupakan antara makanan tradisional yang terkenal bagi suku
kaum Kadazan-Dusun. Fakta menarik tentang Hinava ialah isi
ikannya tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan
adanya perahan jus limau. Ala-ala sushi juga hidangan ini

AMBUYAT (SARAWAK)

Ambuyat merupakan hidangan
tradisional yang diperbuat daripada
bahagian batang dalam sagu sawit
yang juga merupakan bahan
berkanji. Rasanya dan cara ia
dimakan unik, namun keenakannya
masih terjamin.Ianya dimakan
dengan garpu buluh yang dipanggil
candas, dengan menggolekkan
kanji sekitar mata garfu dan
kemudian mencelupkannya ke
dalam sos. Sosnya ada berbagai
jenis, ada yang menggunakan
belacan atau kuah ikan rebus.

1.5 PERAYAAN

DAN KERAMAIAN

Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah
masyarakat ataupunkaum.kebiasanya, sesuatu perayaan itu
disambut oleh sesebuah masyarakatataupun kaum adalah
bertujuan untuk memperingati peristiwa penting yang pernah
berlaku pada suatu masa dahulu.Selain itu,perayaan juga akan
disambut berdasarkan agama yang dianuti.Di negara yang
mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti
diMalaysia,terdapat pelbagai jenis perayaan untuk disambut
pada setiaptahun.Negara Malaysia yang terdiri daripada tiga
kaum majoriti iaitu kaumMelayu,Cina dan India pastinya
berpeluang untuk menyambut perayaan seperti hari raya
Aidilfitri, hari raya korban, tahun baru Cina, Deepavali
dansebagainya.Di samping itu,masyarakat negara ini
mengamalkan amalan berkongsi'perayaan' dan menghormati
perayaan kaum lain

HARI RAYA AIDILFITRI

Pada tanggal 1 Syawal
tahun Hijrah, seluruh
masyarakat Islam di dunia
akan menyambut Hari Raya
Aidilfitri. Di Malaysia,
sambutan hari raya ini
disebut juga sebagai Hari
Raya Puasa. Hari raya ini
setelah menghabiskan
kewajipan puasa pada bulan
Ramadan.Sambutan Hari
Raya Aidilfitri ini akan
ditentukan harinya apabila
anak bulan Syawal (rukyah)
dapat dilihat pada
penghujung bulan
Ramadan. Ini mengikut
hisab berdasarkan Takwim
Tahun Islam.
Kebiasaannya, apabila
sudah ditentukan 1 Syawal
itu, pada malamnya, umat
Islam akan beramai-ramai
bertakbir hari raya di
masjid atau pun surau.

TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik
permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun
baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali
berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang
dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi
hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada
tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru
dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-
rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah
rezeki, bunga dan pokok limau. Namun, tahukah anda
semua, di sebalik setiap perkara yang dilakukan masyarakat
Cina sebelum, semasa atau selepas Sambutan Tahun Baru
Cina membawa pelbagai makna.

Tarian Singa Tradisi Tahun BaruTarian singa sinonim dengan
sambutan Tahun Baru Cina. Berdasarkan kepercayaan masyarakat
Cina, tarian singa bukan hanya sekadar untuk menghibur,
sebaliknya dipercayai mampu membawa tuah pada masa akan
datang. Ini kerana, sudah menjadi kepercayaan kepada masyarakat
kaum Cina bahawa dengan mengadakan tarian singa ia dipercayai
mampu membawa tuah dan kekayaan (rezeki) kepada mereka selain
ia merupakan tarian tradisional masyarakat mereka

HARI DEEPAVALI

Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali
merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang
beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di
Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan
'Dipa' yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti
barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan
Aipasi dalam kalendar Tamil antara bulan Oktober dan
November. Pada hari yang bermakna bagi penganut agama
Hindu, Sikh dan Jain, kebanyakan daripada mereka akan
menghias rumah dengan pelita dan mercun akan dibakar. Selain
itu, mereka akan mengagihkan gula-gula dan hadiah kepada ahli
keluarga, sanak-saudara, dan jiran-jiran terdekat. Seterusnya,
mereka akan melakukan upacara sembahyang dan kegamaan.

PERAYAAN GAWAI

Perayaan ini disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak
pada 1 hb Jun setiap tahun. Kuih-muih tradisional yang
diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan disediakan.
Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak.
Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang
sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara ‘miring’
ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya
dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00
malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan harapan
supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun,
tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa
penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke
tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk
mendirikan rumah panjang.

2.0 PERPADUAN

2.1 DEFINISI :-

Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan
satu keistimewaan yang memainkan peranan
penting demi mencapai status negara maju
menjelang tahun 2025 . Banyak negara di dunia
mencontohi Malaysia sebagai negara yang
berbilang bangsa, agama dan budaya kerana
keharmonian dan kemakmuran antara kaum
serta budaya menjadi pegangan kepada
pandangan positif rakyat antarabangsa
terhadap Malaysia

2.2 KEPENTINGAN PERPADUAN
KAUM DI MALAYSIA

❖ Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu
keistimewaan yang memainkan peranan penting demi
mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

❖ kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi
keutamaan demi mengekalkan kukuhan perpaduan
antara kaum dengan mengamalkan semangat
perkongsian, saling menghormati dan menanam sikap
toleransi sesama rakyat Malaysia.

❖ sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya
Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari
Gawai dan Kaamatan boleh dijadikan platform untuk
mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat
sambil memperbaharui ikatan persahabatan.

❖ rumah terbuka bagi setiap satu perayaan diadakan untuk
meraikan perpaduan kaum yang memupuk amalan
ziarah-menziarahi, saling menolong dan semangat
kejiranan sebagai budaya harian kita.

2.3 KEPELBAGAIAN KAUM DI
MALAYSIA

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum
Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang
dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan.

▪ Dapat Membangunkan Ekonomi Negara

Dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang
ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat
pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi
budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama
tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung.
Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan
kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat
berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan
negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk
melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang
mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan
Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara
lain.

▪ Dapat Meningkatkan Imej Negara

Perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia juga
mampu meningkatkan imej negara di mata dunia. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa negara pada masa kini
sudah berada di peta masyarakat antarabangsa ekoran
daripada usaha kerajaan yang berterusan membina negara
yang disegani di peringkat dunia. Kepimpinan yang ada
pada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamed menjadi perintis untuk meletakkan Malaysia
sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Ketokohan
yang ada pada beliau telah menjadikan negara-negara
dunia ketiga sebagai model dan orang yang boleh bersuara
untuk membela nasib mereka di pentas dunia

▪ Dapat Menarik Pelancong Asing

Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik
pelancong asing untuk melawat negara kita. Dengan
keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan
harmoni, para pelancong akan tertarik untuk mempelajari
budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka
akan lebih selamat dan selesa apabila berada di negara ini
walaupun Malaysia turut tergugat dengan kemunculan
wabak influenza H1N1 yang menjadi perbualan hangat
negara-negara di dunia ini, namun industri pelancongan
tetap maju dan berkembang dari tahun ke tahun kerana
adanya perpaduan kaum. Tidak dapat dinafikan bahawa,
rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu
sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai
contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri
dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah
yang sama. Seperti peribahasa Melayu ada menyatakan
bahawa muafakat membawa berkat. Oleh itu, jelaslah
perpaduan kaum bukan sahaja dapat memupuk semangat
patriotik malah dapat menarik lebih ramai pelancong
asing ke negara kita.

2.4 KEPELBAGAIAN MAKANAN
MENGIKUT KAUM DI MALAYSIA

❑ Di Malaysia yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya
malah pelbagai makanan tradisional juga popular di Malaysia

❑ Antaranya ialah Nasi lemak, Tosai dan Yong Tau Foo
❑ Kuihnya pula ialah Dodol, Karipap dan Bahulu. Makanan

tradisional ini semakin hari semakin popular hingga ke
peringkat antarabangsa. Makanan tradisional boleh
diibaratkan seperti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Terdapat pelbagai usaha dalam memajukan industri makanan
tradisional di negara kita.
❑ Secara tidak langsung kita dapat memajukan industri
makanan tradisional ini, kita boleh mempelbagaikan produk
industri makanan yang sedia ada

2.5 USAHA-USAHA MEMPERKUKUH
PERPADUAN DI MALAYSIA

Antara usaha-usahanya ialah mengadakan aktiviti gotong-
royong di taman-taman perumahan untuk memupuk
perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang
berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan
taman-taman perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini,
mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui
perbualan dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta.

Seterusnya, usaha-usaha memperkukuh perpaduan di
Malaysia ialah mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke
rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa sempena hari-hari
perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam
kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Kebudayaan
antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus
dapat menjana tahap kefahaman dan membina masyarakat
yang saling menghormati. Oleh itu, sikap buang yang keruh ,
ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan
semangat perpaduan yang tersedia utuh.

KESIMPULAN

Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang
mempunyai pelbagai kaum, budaya dan agama. Hal ini, terjalinlah satu
hubungan perpaduan yang merupakan pemangkin utama kepada
kemajuan negara yang kita kecapi sekarang. Tanpa perpaduan yang
utuh, keharmonian bermasyarakat tidak dapat dinikmati kerana tiada
persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum untuk
mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan dan
iktibar bagi kita untuk teerus maju ke mercu kejayaan. Dalam hal ini
kita semua tidak mahu pepatah yang mengatakan yang dikejar tak
dapat yang dikendong keciciran berlaku ke atas kita. Jika kita tidak
berjaya mencari satu rumusan yang berkesan kepada masalah ini,
memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan
yang sedia ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis. Secara
kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam
usaha untuk memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Tindakan susulan mestilah dilakukan secara sukarela dan
penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang kita idamkan

CADANGAN

• Era kini perrpaduan dan kebudayaan bukan lagi perkara yang
didahulukan dalam apa-apa perkara tambahan pulan pengaruh
budaya barat yang semakin melendak dan fikiran masyarakat kini.
Maka disini terdapat beberapa cadangan bagi mengekalkan
perpaduan dan kebudayaan hingga ke generasi seterusnya.

IBU BAPA

Ibu bapa perlu mememainkan peranan yang sangat besar
dalam mendidik anak-anak dalam kefahaman tentang
kebudayaan dan perpaduan. Dimana ibu bapa harus
menggalakan anak-anak mereka bermain permainan
tradisional dan mengayakan pakaian tradisional mengikut
kaum masing-masing.

GURU

Guru juga turut memberi dorongan dan nilai murni dalam
menerapkan kepentingan kebudayaan dan perpaduan dalam dada
generasi muda dengan cara mengadakan lawatan ke muzium dan
menyambut hari kemerdekaan. Dari situ ia dapat memberi impaks
yang sangat besar bagi memebentuk generasi yang berkualiti

MASYARAKAT

Kebudayaan dan perpaduan pada Amnya merujukan
kepada masyarakat. Maka untuk melahirkan masyarakat
yang harmoni haruslah mempunyai jiwa yang besar dalam
menyatupadukan masyarakat dengan melakukan aktiviti
gotong-royong dan majlis kemasyarakatan bagi
mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Selain itu,
sikap mementingkan budaya sangat membantu dalam
memartabatkan seni dan adab sesebuah kaum walau
dimana sahaja kita berada.


Click to View FlipBook Version