SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
BUKU PERATURAN DISIPLIN
SMK BADRUL ALAM SHAH
ESEmBAS
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
PERATURAN SEKOLAH
BAHAGIAN 1
Peraturan sekolah merangkumi kesemua peraturan yang perlu dipatuhi oleh para pelajar
sama ada di kawasan akademik, asrama mahupun di luar kawasan sekolah.
1 TATATERTIB
1.1 Setiap pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang tekandung di dalam Buku
Panduan ini dan juga mana-man peraturan yang dikeluarkan oleh Sekolah dari masa ke
semasa melalui surat rasmi Sekolah/Asrama.
1.2 Setiap pelajar hendaklah mematuhi setiap peraturan yang dikeluarkan oleh Sekolah dan
mana-mana pihak yang berwajib yang ada hubungan dengan sekolah.
1.3 Setiap pelajar hendaklah pada setiap masa menghormati Pengetua, Penolong-
penolong Kanan, Guru Penolong Kanan Mata-mata Pelajaran, Guru-guru, Kakitangan,
Pengawas,pekerja swasta dan menghormati sesama sendiri.
1.4 Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan secara yang dianggap sebagai ingkar perintah
sekolah, Pentadbiran, Guru-guru, Kakitangan, Pengawas atau mana-mana pihak yang
diberi kuasa berbuat demikian oleh Pengetua.
1.5 Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan dengan cara yang ditakrifkan atau dianggap
sebagai:
1.5.1 Mencemarkan nama baik Sekolah
1.5.2 Mencemarkan nama baik mana-mana individu
1.5.3 Melakukan perbuatan vandalisma terhadap sama ada harta Sekolah/ Asrama
atau harta orang perseorangan.
1.5.4 Menggangu ketenteraman dan perpaduan Sekolah
1.5.5 Menimbulkan kegelisahan, persengketaan di kalangan pelajar atau
kakitangan sekolah.
1.5.6 Melakukan perbuatan menghina mana-mana individu
1.5.7 Melakukan perbuatan menyiksa atau mengugut mana-mana individu
1
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
1.5 .8 Berkelakuan tidak senonoh atau tidak bersopan kepada Pengetua,
Penolong-penolong Kanan, Guru Penolong Kanan Mata-mata Pelajaran,Guru
Asrama, Guru-guru, Kakitangan Sekolah dan Pengawas.
1.6 Setiap pelajar hendaklah bersungguh-sungguh menumpukan perhatian terhadap
pelajaran.
1.7 Setiap pelajar hendaklah menyertai semua kegiatan yang diarahkan oleh Sekolah
sama ada bercorak akademik atau kokurikulum.
1.8 Tiada seorang pelajar pun dibenarkan keluar daripada kawasan Sekolah tanpa
kebenaran.
1.9 Setiap pelajar hendaklah sentiasa menjaga nama baik Sekolah dengan menunjukkan
prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.
2 PERATURAN PAKAIAN RASMI PELAJAR SEKOLAH.
2.1 Peraturan Pakaian Pelajar Lelaki
2.1.1 Baju kemeja / Baju T-shirt
a)Pakaian ke kelas dan Upacara Rasmi Sekolah:
pakaian seragam sekolah yang lengkap
b)Baju kemeja hendaklah disisipkan ke dalam seluar.
c)Tidak dibenarkan memakai baju atau seluar yang terlalu labuh atau besar
daripada sepatutnya.
d)Pemakaian semua jenis jaket tidak dibenarkan. Baju panas(sweater)
dibenarkan dalam keadaan tertentu sahaja.
e)Kemeja hawaii dan kemeja/baju ”T” tanpa lengan atau tidak berkolar tidak
dibenarkan.
f)Baju atau pakaian yang bergambar dengan gambar-gambar orang seperti
penyanyi, penghibur, ahli sukan atau gambar-gambar yang tidak senonoh
adalah dilarang sama sekali.
g)Baju atau pakaian yang bertulis dengan tulisan atau lakaran yang tidak
sopan, ganas dan bertentangan dengan nilai-nilai murni budaya Malaysia
dan kepentingan Sekolah.
2.1.2 Seluar
a)Pakaian ke kelas dan upacara rasmi sekolah:
seluar berwarna hijau tua.
b)Kain seluar yang dibenarkan ialah dari jenis yang sesuai. Kain jenis Denim,
PVC, Corduroy atau kulit tidak dibenarkan.
c)Pemakaian semua jenis `jeans’ dan ’cotton slacks’ tidak dibenarkan bukan
sahaja diwaktu kelas akademik tetapi lain-lain waktu persekolahan sama
ada di dalam mahupun di luar sekolah.
d) Seluar hendaklah berfesyen sederhanak. Fesyen seluar terlalu longgar
(beggy), terlalu ketat, berkaki singkat, terlalu kecil kakinya atau jenis
“bellbottom” tidak dibenarkan. Paras kaki seluar hendaklah melepasi bawah
buku lali dan ukurlilit kaki seluar di antara 16”-18”.
e) Butang seluar adalah jenis b iasa bukannya jenis besi
2
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
2.1.3 Tali pinggang
a) Semua pelajar wajib memakai tali pinggang, lebarnya hendaklah
antara 2-3cm.
b) Tali pinggang yang dipakai mesti berwarna gelap tanpa corak.
c) Kepala tali pinggang hendaklah tidak terlalu besar dan tidak
mempunyai lambang-lambang yang tidak sesuai seperti lambang
bintang atau tulisan perkataan yang tidak sesuai dan tidak bermoral.
2.1.4 Barang kemas
Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai sebarang barang kemas
sama ada diperbuat daripada emas dan bukan emas.
2.1.5 Kasut dan sarung kaki
a) Hanya kasut kulit / PVC tertutup keseluruhannya bewarna hitam
dibenarkan.
b) Pemakaian sarung kaki berwarna hitam diwajibkan. Panjang sarung
kaki hendaklah menutup buku lali.
c) Sebarang jenis selipar/sandal tidak dibenarkan sama sekali.
2.1.6 Tali leher
a) Tali leher yang dipakai mestilah tali leher rasmi sekolah.
b) Tali leher dipakai di kelas dan upacara rasmi sekolah seperti
perhimpunan, majlis makan rasmi dan lain-lain aktiviti rasmi.
2.1.7 Tanda Nama (name tag)
a) Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa kelas akademik dan
upacara rasmi sekolah.
b) Tanda nama tidak boleh ditukar ganti dengan kawan.
c) Tanda nama tidak boleh diubahsuai atau diconteng
d) Tanda nama tidak boleh mempunyai nama dalam bentuk samaran.
2.1.8 Songkok
a) Pemakaian songkok berwarna hitam digalakkan.
b) Ketayap atau penutup kepala jenis lain tidak dibenarkan.
2.1.9 Lencana a) Semua pelajar di wajibkan memakai lencana sekolah
2.1.10 “Button” a) “Button” rasmi sekolah sahaja yang dibenarkan.
2.1.11 Jam Tangan
a) Jam tangan mestilah tidak berfesyen
2.1.12 Rambut
a) Rujuk lampiran.
3
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
2.2 Peraturan pakaian pelajar perempuan
2.2.1 baju, kain dan seluar
a) pakaian ke kelas dan upacara rasmi sekolah :
baju berwarna putih dan kain berwarna cyan/turquis (menutup aurat)
b) jenis pakaian yang dibenarkan ialah baju kurung biasa/pesak
c) baju dan kain hendaklah tidak jarang atau terlalu ketat (tidak menjolok
mata.
d) Baju “T’ dan sebarang jenis baju tanpa lengan tidak dibenarkan.
e) Pemakaian semua jenis seluar dan baju “jeans” dan “cotton slack” tidak
dibenarkan bukan sahaja di waktu kelas akademik tetapi juga lain-lain
waktu persekolahan sama ada di dalam mahupun di luar
sekolah/asrama.
f) Camisole (simis) & petticoat (kain dalam) mesti dipakai. Warna mesti
hitam / coklat.
2.2.2 Tudung Kepala
a) Tudung kepala diwajibkan bagi kesemua pelajar perempuan muslim.
b) Tudung kepala hendaklah tidak terlalu singkat atau labuh iaitu tidak
melebihi paras pinggang dan perlu diperkemaskan semasa mejalankan
ujikaji makmal sains.
c) Tudung rasmi sekolah mesti dipakai semasa aktiviti rasmi sekolah,
waktu persekolahan, balik kampung & outing.
2.2.3 Tanda Nama (name tag)
Sama seperti para 2.1.7
2.2.4 Lencana
a) Semua pelajar di wajibkan memakai lencana sekolah
b) Lencana hendaklah pada tudung.
2.2.5 Kasut dan sarung kaki
a) Kasut kulit / PVC bertutup berwarna hitam sahaja dibenarkan.
b) Sarung kaki juga perlu hitam.
4
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
3 PERATURAN PAKAIAN UNTUK SETIAP AKTIVITI SEKOLAH
3.1 Pakaian hendaklah sentiasa mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan, bersih serta
kemas. Syarat-syarat pakaian bagi setiap aktiviti adalah seperti berikut:
AKTIVITI PELAJAR LELAKI PELAJAR PEREMPUAN
Kelas Akademik (Ahad-
Khamis) Perhimpunan dan Baju kemeja warna putih. Baju warna putih.
Upacara Rasmi Seluar panjang warna hijau Kain warna cyan/turquis.
tua. Kasut dan sarung kaki
Keluar ke bandar/ balik Kasut dan sarung kaki hitam.
cuti/ pulang dari cuti/ hitam. Memakai tanda nama dan
lawatan. Bertali leher. lencana.
Memakai lencana dan tanda Tudung rasmi sekolah.
sukan/permainan/ kelas P. nama. Camisole & petticoat.
Jasmani. Bersongkok hitam.
Bertali pinggang. Baju batik sekolah/baju
kerja luar mengikut guru Baju batik sekolah/baju sekolah
sekolah kain sekolah
kelas persediaan Seluar panjang sekolah Kasut dan sarung kaki
Kasut dan sarung kaki hitam.
kelas persediaan / prep hitam. tudung sekolah
seluar sukan/track bottom seluar sukan/track bottom
warna gelap dan T-shirt warna gelap dan T-shirt
putih atau T-shirt rumah putih atau T-shirt rumah
sukan atau lain-lain T-shirt sukan atau lain-lain T-shirt
yang dibenarkan. yang dibenarkan.
T-shirt perlu berkolar, T-shirt berlengan panjang.
berlengan pendek dan Kasut Kanvcas putih
disisip ke dalam seluar. bersarng kaki.
Kasut Kanvcas putih tudung rasmi sekolah.
bersarng kaki.
baju batik sekolah atau baju batik sekolah atau
pakaian lain yang sesuai pakaian lain yang sesuai
yang ditetapkan oleh guru yang ditetapkan oleh gurub
pengiring. pengiring.
tudung rasmi sekolah
baju kemeja atau T-shirt
berkolar baju kurung
seluar panjang kasut dan sarung kaki hitam
kasut dan sarung kaki hitam
baju melayu baju kurung
6
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
malam seluar panjang sandal
kelab /persatuan/ badan
beruniform sandal
bersukan/ riadah pakaian sukan/ pakaian pakaian sukan/ pakaian
seragam badan beruniform seragam badan beruniform
sembahyang jumaat/ masjid berkenaan berkenaan
Fardhu ‘Ain
tudung rasmi sekolah/
sembahyang di surau dan
majlis agama persatuan
sebarang aktiviti/masa di
kawasan akademik pakaian sukan: pakaian sukan:
dewan makan track bottom gelap seluar track
T-shirt berkolar baju “T” lengan panjang
berkasut berkasut
baju melayu rasmi sekolah, pakaian menutup aurat,
berbutang, bersamping kemas dan sesuai dengan
rasmi sekolah, bersongkok majlis
hitam dan sandal
baju melayu serta
bersongkok/kopiahtepleuktiohng/pakaian tutup
aurat, kemas dan sesuai
dengan majlis
seperti pakaian kelasseperti pakaian kelas
persediaanpersediaan
berpakaian kemas seperti ke berpakaian kemas seperti ke
kelas formal atau kelaskelas formal atau kelas
persediaan. Kain pelikat dan persediaan. Selipar jepun
selipar jepun tidaktidak dibenarkan.
dibenarkan
4 RUPA DIRI PELAJAR
4.1 Rambut pelajar lelaki hendaklah kemas dan panjangnya tidak menutupi telinga atau
melebihi garisan di bawah cuping atau menutupi garisan tengah dahi dan melepasi
paras kolar baju. Fesyen rambut yang berekor, pendek ditepi, ‘punk’ atau apa-apa
fesyen rambut yang tidak bersesuaian dengan etika seseorang palajar tidak dibenarkan.
4.2 Pelajar lelaki tidak dibenarkan bermisai, berjambang dan berjanggut.
4.3 Pemakaian tudung baji pelajar perempuan adalah wajib. Purdah dibenarkan.
4.4 Pelajar perempuan tidak dibenarka memakai barang kemas, perhiasan badan dan
peralatan komestik. Kuku mestilah pendek dan tidak boleh diwarnakan.
4.5 Pelajar lelaki tidak dibenarkan memakai gelang, rantai, subang, ikat kepala dsb.
4.6 Pelajar tidak dibenarkan memakainsebarang seluar ‘jeans’ dan T-shirt yang
mengandungi kata-kata yang tidak bersopan / berfesyen, menyinggung perasaan atau
mempunyai barang-barang tertentu yang sesuai dipakai oleh seorang pelajar.
7
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
4.7 Setiap T-shirt yang ditempah perlu mendapat kelulusan Pengetua / Penolong-penolong
kanan terlebih dahulu.
4.8 Bagi pelajar lelaki, baju T-shirt perlu disisip dalam seluar.
4.9 Setiap pelajar perlu sentiasa menjaga kebersihan diri masing-masing.
4.10 Rambut tidak boleh diwarnakan / berfesyen.
5 PERATURAN KELAS AKADEMIK
5.1 Kesemua pelajar perlu mengosongkan asrama pada jam 7.10 pagi.
5.2 Pelajar dikehendaki berada di tapak perhimpunan jam 7.20 pagi.
5.3 Pakaian hendaklah sentiasa kemas dan lengkap seperti tanda nama dan tali leher mesti
sentiasa dipakai.
5.4 Pelajar dikehendaki beratur dan senyap apabila masuk ke kelas masing-masing.
5.5 Para pelajar dilarang membuang sampah merata-rata.
5.6 Pelajar sesebuah kelas adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan
kelasnya.
5.7 Para pelajar tidak dibenarkan pulang ke asrama pada bila-bila masa waktu akademik,
termasuk waktu rehat kecuali dengan kebenaran Pengetua.
5.8 Sekiranya sakit/tidak sihat, kebenaran perlu diperolehi dari Penolong Kanan HEM/guru
bertugas/ guru kesihatan untuk pergi ke hospital. Pelajar yang mendapat sijil sakit
sahaja yang dibenarkan berehat di bilik sakit (sick bay).
5.9 Pelajar dikehendaki bawa bersama Kad Rawatan Pelajar untuk ditandatangani oleh
doktor selepas mendapat rawatan.
6 PERATURAN KELAS PERSEDIAAN
6.1 Kesemua pelajar diwajibkan menghadiri kelas persediaan.( PREP )
6.2 Waktu kelas persediaan:
AHAD-SABTU: 3.00 PTG- 4.30 PTG (P&P TAMAT 2.00PTG)
8.00 MLM-10.00 MLM
3.15 PTG- 4.30 PTG (P&P TAMAT 2.30PTG)
6.3 Para pelajar perlu berada di kelas persediaan masing-masing tepat pada masa seperti
diatas.
8
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
6.4 Pelajar dilarang menganggu suasana belajar di kawasan akademik semasa kelas
persediaan berjalan. Merayau-rayau, membuat bising dan bermain-main dilarang sama
sekali.
6.5 Pelajar dilarang membawa atau mendengar radio/walkman/kaset/CD/MP3/ telefon
bimbit dsb.
6.6 Sebarang alat permainan tidak dibenarkan.
6.7 Membaca majalah dan bahan bacaan bukan akademik juga ditegah.
6.8 Kelas persediaan adalah di kelas/tempat seperti ditetapkan. Para pelajar tidak
dibenarkan berada di asrama, surau atau lain-lain tempat.
6.9 Aktiviti-aktiviti seperti jamuan, mesyuarat dan sebarang jenis perjumpaan tidak boleh
diadakan pada waktu kelas persediaan kecuali mendapat kebenaran Pengetua/
Penolong-penolong kanan/ ketua Guru Asrama.
6.10 Pakaian semasa kelas persediaan adalh tertakluk kepada kod pakaian yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah.
6.11 Pelajar sakit perlu mendapat kebenaran dari Ketua Guru Asrama/Guru Asrama untuk
berehat di bilik sakit sekolah dan tidak dibenarkan berada di asrama.
6.12 Pelajar lelaki dan perempuan dilarang belajar/berada berdua-duaan atau berpasang-
pasangan dalam satu bilik yang sama pada bila-bila masa.
6.13 Para pelajar yang ada urusan dengan guru-guru tertentu semasa kelas persediaan
boleh pergi berjumpa guru berkenaan setelah membeitahu Pengawas atau Ketua kelas.
6.14 Elakkan pembaziran tenaga elektrik. Gunakan lampu dan kipas mengikut bilangan
yang berpatutan.
7 PERATURAN KELUAR & MASUK SEKOLAH
7.1 Peraturan melawat anak MASA MELAWAT
a) masa melawat adalah seperti berikut: 2.30 PM-5.30PM
10.00AM-5.30PM
HARI
10.00AM-5.30PM
JUMAAT
SABTU
CUTI UMUM
b) ahli keluarga tidak dibenarkan melawat selain dari hari-hari di atas kecuali ada
kecemasan.
9
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
c) Ahli keluarga dilarang ke bilik/asrama untuk berjumpa pelajar.
d) Ahli keluarga pelajar dikehendaki menunjukkan Kad Pelawat di Pondok Pengawal dan
mencatatkan butiran di buku pelawat untuk membuktikan mereka adalah benar-benar
keluarga pelajar tersebut.
e) Ahli keluarga pelajar dikehendaki datang melawat selepas jam 10.30 pagi dan
dibenarkan berada di sekolah sehingga jam 6.00 ptg. Ibubapa ditegahkan datang
sebelum waktu dibenarkan.
f) Ahli keluarga boleh menunggu di pondok rehat/kantin sekolah atau di tempat letak
kenderaan BUKAN di kawasan asrama.
g) Ibubapa dilarang makan dan minum dipersikitaran surau sekolah dan asrama
sebaliknya gunakan kemudahan meja kantin yang sedia ada.
h) Segala sampah dan sisa makanan hendaklah dibuang di bakul sampah yang disediakan.
i) Ahli keluarga hendaklah menyerahkan Pas Pelawat dan mengambil semula Kad
Pelawat di Pondok Pengawal apabila urusan selesai.
7.2 Pulang bermalam hujung penggal/minggu balik kampung
a) kesemua pelajar dikehendaki balik untuk cuti penggal/ minggu balik kampung. Oleh
itu, pemohonan untuk balik dari ibubapa/penjaga tidak diperlukan kecuali terdapat kes-
kes kecemasan pada hari-hari biasa.
b) Urusan balik bercuti dan pulang semula ke asrama/sekolah adalah urusan
ibubapa/penjaga atau pelajar sendiri. Pihak sekolah tidak menyediakan kenderaanbagi
tujuan berkenaan.
c) Pelajar tidak dibenarkan menumpang kenderaan ibubapa pelajar lain kecuali mendapat
kebenaran bertulis.
d) Para pelajar dikehendaki terus balik ke rumah maing-masing, bukan ke lain-lain
tempat.
e) Para pelajar dibenarkan keluar dari kawasan asrama/sekolah hanya pada tarikh dan
masa yang ditetapkan oleh pihak asrama/sekolah.
f) Sebelum balik, kad keluar asrama perlu ditandatangani oleh ketua warden/warden dan
dibawa balik untuk ditandatangani oleh ibubapa/penjaga. Seperti biasa kad ini perlu
diserahkan pada pengawal untuk ditandatangani apabila pelajar pulang ke asrama
(sebagai tanda pelajar telah pulang ke asrama).
10
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
g) Para pelajar perlu pulang ke sarama/sekolah pada hari terakhir cuti semester sebelum
jam 6.00 ptg.
h) Para pelajar perlu berpakaian seragam asrama/sekolah sama ada untuk balik bercuti
atau semasa pulang ke asrama/sekolah tamat cuti.
7.3 Peraturan keluar sembahyang jumaat
a) untuk keluar bagi tujuan ini, kad keluar asrama tidak perlu diguna. Para pelajar
dikehendaki terus pergi ke masjid tanpa memesong ke lain-lain tempat. Bas akan
disediakan untuk ke masjid.
b) Kesemua pelajar mesti memakai pakaian sekolah/asrama yang telah ditetapkan dengan
lengkap:
Baju melayu rasmi sekolah/asrama (putih), bersampin rasmi sekolah/asrama
(diluar), baju berbutang, bersongkok hitam/biru dan memakai kasut/capal. Selipar
jepun ditegah penggunaannya.
c) Para pelajar perlu terus pulang ke asrama setelah selesai solat Jumaat. Pelajar tidak
dibenarkan pergi ke tempat lain untuk makan, minum, beli barang dan sebagainya.
d) Para pelajar perlu sentiasa berkelakuan baik dan tidak melakukan nsesuatu yang boleh
menjatuhkan nama baik sekolah.
7.4 Peraturan lawatan/Aktiviti luar: kelas/kelab/persatuan
a) lawatan/aktiviti luar yang dimaksudkan ialah:
lawatan sambil belajar
lawatan riadah
lawatan ke rumah guru
perkhemahan/berkelah/rekreasi
kajian luar
kerja-kerja bakti/ kebajikan
menghadiri kursus/ceramah
menyertai pertandingan sukan/aktiviti kokurikulum di luar sekolah.
b) bagi setiap aktiviti di atas permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang
‘Permohonan Mengadakan Lawatan’ yang boleh diperolehi dari pejabat sekolah.
c) Borang berkenaan perlu diisi dalam 4 salinan dan diberikan kepada tertentu seperti
yang tercatit di borng tersebut.
d) Kelulusan membuat lawatan/ aktiviti luar perlu diperolehi dari Pengetua.
e) Permohonan perlu dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan dari btarikh lawatan.
11
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
f) Setiap lawatan/aktiviti luar mesti diketuai oleh seorang Ketua Guru Pengiring yang
bertanggungjawab terhadap segala urusan berkenaan dengan lawatan/ aktiviti luar yang
diadakan.
g) Kesemua lawatan/aktiviti luar mesti mempunyai guru pengiring dengan kadar 1:10 (1
orang guru 10 orang pelajar) bagi lawatan/aktiviti yang berisiko tinggi dan kadar 1:15
(1 orang guru 15 orang pelajar) bagi lawatan/ aktiviti yang kurang berisiko tinggi.
h) Guru pengiring perempuan perlu ada sekiranya ada lawatan/aktiviti melibatkan
pelajar/peserta perempuan bermalam.
i) Lawatan aktiviti luar yang berkaitan dengan akademik boleh diadakan pada waktu
kelas akademik dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Pengetua.
j) Lain-lain lawatan/aktiviti luar hanya dibenarkan pada hujung minggu atau cuti umum
atau cuti awam. Lawatan/aktiviti luar ini tidak seharusnya menjejaskan lain-lain aktiviti
sekolah seperti kelas persediaan dan sebagainya.
8 PERATURAN/TATATERTIB DI ASRAMA/SEKOLAH
8.1 Para pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan kesemua kawasan
asrama dan sekolah.
8.2 Di asrama, para pelajar yang telah ditempatkan di bilik yang disediakan pada hari
pendaftaran, tidak dibenarkan memilih atau berpindah mengikut pilihan sendiri kecuali
dengan kebenaran bertulis oleh Ketua Guru Asrama atau Penolong Kanan HEM atas
sebab-sebab yang wajar seperti masalah kesihatan, keselamatan dan sebagainya.
8.3 Pelajar tidak dibenarkan mengguna bilik kosong di asrama untuk urusan/kegiatan
peribadi atau kumpulan.
8.4 Semua kawasan asrama adalah kawasan larangan kepada pelajar pada waktu akademik,
prep petang, prep malam dan ketika solat maghrib dan isyak berjemaah.
8.5 Kawasan bukan asrama bermula jam 10.30 mlm sehingga 6.30 pg, iaitu semua
kawasan bangunan akademik (kelas,makmal, blok pentadbiran, kantin), dewan makan
adalah kawasan larangan bagi pelajar.
8.6 Segala kerosakan di Asrama/ kelas disebabkan oleh pelajar akan dikenakan bayaran ganti
rugi. Jika tidak diketahui oleh sesiapa yang merosakkan, kesemua pelajar di dalam
asrama/sekolah bertanggungjawab menggantikan atau membayar ganti rugi.
12
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
8.7 Tiada kes-kes kumpulan haram, membuli, mendera, memukul, mengugut, berkelahi,
bertumbuk, mencederakan, mencabul kehormatan, menjatuhkan maruh/harga diri
orang, memperhambakan, memeras ugut dan sebagainya berlaku.
8.8 Tiada kes menyalahgunakan kemudahan/alatan, merosakkan harta benda
sekolah/awam (vandalism), mencuri, menyeludup keluar dari asrama kediaman
berlaku.
8.9 Pelajar tidak dibenarkan menyimpan atau memiliki barang-barang yang berbahaya
seperti pisau, penukul, golok, racun,asid dan sebagainya.
8.10 Sebarang bentuk perjudian tidak dibenarkan. Begitu juga bermain terup.
8.11 Pelajar dilarang menyalakan sebarang jenis api/membakar/ memasak di asrama atau
lain-lain kawasan di sekolah kecuali dengan kebenaran Pengetua/ Penolong kanan dan
diawasi guru.
8.12 Pelajar mesti menepati masa untuk apa saja majlis atau aktiviti sekolah.
8.13 Pelajar perlu menghormati apa sahaja acara/ aktiviti/ majlis dengan memberi
tumpuan dan tidak membuat bising semasa aktiviti berjalan.
8.14 Pada hari persekolahan kesemua pelajar mesti berada di kawasan akademik selewat-
lewatnya pada jam 7.20 pg. Asrama mesti dikosongkan semasa sesi akademik, prep
petang dan prep malam.
8.15 Pelajar tidak dibenarkan pulang ke asrama pada bila-blia masa waktu akademik
(termasuk waktu rehat), waktu prep petang dan prep malam.
8.16 Para pelajar dilarang membawa balik ke asrama sebarang makanan atau peralatan
dapur.
8.17 Para pelajar dilarang membawa atau membenarkan orang luar (termasuk bekas
pelajar, pelawat, tetamu, pelajar yang dikenakan hukuman gantung/singkir sebagainya)
memasuki kawasan asrama atau lain-lain kawasan di sekolah.
8.18 Dilarang mengalihkan/ mengubah/ memecah/ bermain-main/ merosakkan alatan atau
sistem penegah kebakaran yang disediakan.
8.19 Sebrang bahan lucah tidak boleh dibawa ke asrama/sekolah.
8.20 Pelajar hendaklah sentiasa menghormati kesemua staf di asrama/ sekolah tidak boleh
dengan apa cara sekalipun menghalang tugas mereka.
8.21 Pelajar putera dilarang berada di kawasan asrama puteri dan pelajar puteri dilarang
berada di asrama putera sepanjang masa.
13
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
8.22 Pelajar sesuatu asrama tidak dibenarkan berada di asrama lain tanpa kebenaran dari
Ketua Warden/Warden.
8.23 Tiada kes-kes sumbang berlaku antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan
ataupun pelajarn sesama jantina.
8.24 Pelajar dilarang membawa alat permainan yang berisiko tinggi seperti ‘skate board’,
kasut roda dan sebagainya.
8.25 Pelajar hendaklah memastikan semua suis lampu dan kipas dipadamkan (off) sebelum
keluar dari asrama/kelas. Tindakan akan dikenakan kepada ahli-ahli bilik yang tidak
menutup lampu dan kipas.
8.26 Pastikan paip-paip air tertutup selepas digunakan. Kipas dan lampu di bilik mesti
ditutup sebaik sahaja mengoongkan bilik. Tindakan boleh diambil terhadap penghuni
yang ingkar.
8.27 Semasa cuti semester semua locker dan bilik kelas hendaklah dikosongkan.
8.28 Pelajar dilarang menimbulkan sebarang isu sensitif/kontrovasi yang boleh
menyinggung perasaan orang lain dan membawa pergaduhan.
8.29 Pelajar dilarang mempamerkan lambang sebarang parti politik di asrama atau lain-lain
kawasan di sekolah.
8.30 Pelajar tidak dibenarkan sama sekali tidur di bilik pelajar lain selepas 11.00 mlm/
lampu ditutup. Tindakan disiplin boleh diambil terhadap pelajar yang ingkar peraturan.
8.31 Kategori bahan-bahan bacaan yang dibenarkan dibawa/ dimiliki/ disimpan/ pelajar
adalah seperti berikut:
Buku-buku selain daripada Buku akademik yang berbentuk pengetahuan umum
atau kreatif seperti buku berkonsepkan islam, sosial, sains dsb.
Majalah –majalah yang berbentuk pengetahuan umum seperti yang
berkonsepkan sukan, isu semasa , kejuruteraan , pemotoran dsb. Pastikan
majalah tersebut tiada unsur sampingan lain yang bersifat negatif.
Majalah yang berunsurkan pendidikan dan pembangunan minda seperti Dewan
Siswa, Dewan Budaya,Dewan Masyarakat,Dewan Kosmik, Pelita Bahasa,
Majalah PC, Al-Islam, Asuh, Anak-anak Sidek dan seumpamanya.
8.32 Kategori bahan bacaan yang dilarang dibawa/dimiliki/disimpan oleh pelajar:
Bahan bacaan yang tidak memberi manfaat kepada proses pembelajaran mereka
seperti majalah hiburan URTV, Media, Mangga dsb.
Bahan bacaan yang memberi kesan negatif kepada pemikiran, emosi dan
perwatakan pelajar seperti berbentuk komik dan humour U-topia, Gila-Gila,
Dewata raya, Ujang, Gempak dan seumpamanya.
Bahan bacaan yang berunsur seks, tahyul, seram, ganas dan cinta seperti novel
Ritma, Romantik, fiksyen dan sebagainya.
14
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
9 KEBERSIHAN & KEMASAN BILIK ASRAMA
9.1 Bilik mestilah sentiasa kemas dan bersih. Pelajar hendaklah sentiasa menyusun dan
mengemaskan bilik dan tempat tidur sebelum keluar dari asrama.
9.2 Susunan alat kelengkapan seperti katil, tilam, almari, TV dan sebagainya tidak boleh
diubah tanpa kebenaran Ketua Warden/Warden.
9.3 Kad Tanda Bilik (locker tag) mesti dilekatkan di locker.
9.4 Barang-barang seperti buku dan alatan lain hendaklah disusun dengan kemas.
9.5 Sampah sarap dibuang di tempat yang disediakan.
9.6 Cadar dan sarung bantal hendaklah sentiasa bersih dan dipasang dengan kemas.
9.7 Selimut hendaklah dilipatkan dan diletakkan di hujung katil.
9.8 Pakaian yang kering hendaklah dilipat dengan kemas dan disimpan di dalam almari.
9.9 Pakaian dan tuala yang basah hendaklah disidai di ampaian yang disediakan.
9.10 Pakaian yang disidai di ampaian mestilah diangkat setelah kering. Pakaian yang jatuh
mestilah diambil segera.
9.11 Barang-barang seperti beg, kotak, kasut, tin, botol dsb tidak dibenarkan diletak diatas
almari.
9.12 Kasut hendaklah diletakkan dengan teratur di tempat yang disediakan.
9.13 Dilarang meletak buku, kasihan basahan, baju dsb di cermin tingkap, katil atau locker.
9.14 Selain dari bilik, kebersihan bilik mandi, surau, bilik rehat dan lain-lain kawasan di
dalam dan di luar asrama adalah tanggungjawab bersama pelajar.
9.15 Tidak dibenarkan merendam pakaian/ kasut dalam sinki.
9.16 Dilarang mengerat rambut di dalam bilik, bilik rehat, koridor atau pun tandas di
asrama. Kawasan luar bangunan boleh digunakan. Pastikan kawasan tersebut
dibersihkan selepas rambut digunting.
9.17 Pemeriksaan asrama akan dijalankan dari masa ke semasa oleh warden asrama.
9.18 Gotong royong dan pemeriksaan rasmi akan diadakan pada setiap pagi Jumaat (atau
lain-lain masa) oleh warden asrama.
15
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
9.19 Kekemasan bilik
Bilik tidur, katil, almari dsb mestilah bersih dan sentiasa kelihatan kemas khasnya ketika
pelajar tiada di bilik. Elakkan daripada melakukan kesalahan berikut:-
I. Cadar :tiada cadar/ warna tidak mengikut warna yang disyaratkan/ tidak
memasang cadar dengan betul dan kemas/ kotor.
II. Selimut :tidak dilipat / diletakan ditempat yang sepatutnya / kotor.
III. Tuala :tidak disidai di tempatnya / kotor.
IV. Kasut :tidak diletakan ditempatnya / bersepah / kotor / busuk.
V. Stokin :tidak diletakkan ditempatnya / bersepah / kotor / busuk.
VI. Buku / Alat tulis:tidak disusun kemas di tempatnya / bersepah / tidak dijaga.
VII. Pakaian:tidak dibasuh / tidak tersusun / tidak diletakan di tempat yang
sepatutnya dengan kemas / bersepah / ikut suka.
VIII. Alatan Sukan:terdapat alat sukan bersepah / tidak dikembalikan ke stor ( alat
kepunyaan sekolah ) di dalam bilik / dorm / blok asrama.
IX. Bekas Makanan:terdapat bekas makanan kepunyaan asrama (tray / cawan /dan lain-
lain ) atau kepunyaan persendrian bersepah / tidak dibersihkan di dalam bilik air /
dorm / blok asrama.
X. Bilik Mandi:terdapat pakaian, tuala, kotoran (yang dibawa masuk atau disebabkan
oleh pelajar), berus gigi, sabun, bekas-bekas dsb bersepah dalam bilik mandi.
10 PERATURAN “LIGHT OFF”(PADAM LAMPU)
10.1 Kesemua pelajar mesti berada di katil masing-masing padajam 11.00 mlm.
10.2 Lampu mesti dipadamkan pada jam 11.00 mlm.
10.3 Pelajar tidak dibenarkan berbual-bual, berjalankan, merayau-rayau atau keluar dari
asrama selepas lampu dipadamkan.
11 KESELAMATAN WANG/HARTA BENDA
11.1 Wang Tunai
Pelajar dilarang menyimpan atau meninggalkan apa jua barang berharga
seperti barangan kemas dan wang ringgit di asrama.
Pelajar tidak dibenarkan menyimpan sendiri wang tunai lebih RM20.00.
16
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
Wang tunai yang berlebihan mesti disimpan dalam Bank. Sekiranya wang
tunai tersebut perlu digunakan dalam tempoh terdekat, pelajar boleh minta
bantuan Warden Asrama untuk menyimpangnya.
Keselamatan/kehilangan wang pelajar adalah tanggungjawab pelajar
sendiri.
Pelajar tidak digalakkan memiliki atau menggunakan pakaian/alatan
mahal/berharga (tidak wajar/tidak perlu dipakai oleh seseorang pelajar)
11.2 Kad ATM
Semua kad ATM mesti disimpan d tempat yang selamat.
Jangan simpan nombor pin dengan kad ATM.
Jangan minta bantuan orang lain untuk mengeluarkan wang dengan kad
ATM kecuali Warden atau lain-lain guru yang dikenali.
Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk melaporkan kehilangan kad
ATM dengan segera ke pihak bank.
11.3 Adalah tanggungjawab pelajar sendiri untuk menjaga barang-barangnya daripada
hilang atau dicuri.
12 PENGGUNAAN ALAT ELEKTRIK & KOMUNIKASI
12.1 Pelajar dilarang memiliki,menyimpan, atau menggunakan alat elektrik persendirian
tanpa kenderaan. Soket elektrik di dalam dorm dilarang digunakan sama sekali.
12.2 Pelajar dilarang membawa, menyimpan dan menggunakan alat kouikasi persendirian
seperti telefon bimbit dsb.
12.3 Pelajar dilarang membawa atau menggunakan alat elektrik persendirian seperti
seterika, gitar, piano, dapur, cerek, alat pengecas bateri kecuali telah mendapat
kebenaran bertulis dari pihak pentadbiran sekolah.
12.4 Pelajar dilarang membawa atau menggunakan radio, perakam kaset, pemain cakera
padat, pemainan video, kereta kawalan jauh, komputer peribadi, permainan elektronik
dsb.
12.5 Pelajar juga dilarang membawa atau menyimpan tali kaset (tape) yang berunsurkan
lucah, tahyul, pemujaan mengandungi perkataan tidak bermoral dan merosakkan
akidah seperti berunsurkan Black Metal atau disifatkan heavy metal. Begitu juga semua
bentuk video tape, cakera padat(CD/DVD/VCD) adalah ditegah dibawa ke sekolah
kecuali berunsur pendidikan.
12.6 Pelajar dilarang membuat sebarang sambungan elektrik secara haram/sulit.
17
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
12.7 Peralatan elektrik yang disediakan oleh sekolah seperti cerek dan seterika mesti
digunakan dengan baik dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
12.8 Seterika dan cerek boleh digunakan di bilik yang dikhaskan sahaja (bilik utiliti).
Pastikan semua suis dimatikan (off) selepas menggunakan alat tersebut atau sebelum
meninggalkan asrama.
12.9 Plug perlu ditanggalkan dari soket setelah digunakan. Jangan gunakan sebarang alat
elektrik semasa kilat.
12.10 Jangan guna alat elektrik yang rosak. Sebarang kerosakkan berkaitan dengan elektrik
hendaklah dilaporkan segera kepada Warden. Jangan cuba membaikinya sendiri.
12.11 Jangan sentuh sebarang alat elektrik yang sedang digunakan dengan tangan basah.
12.12 Pelajar bukan sahaja akan dihukum, bahkan pihak sekolah tidak akan
bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kemalangan akibat melanggar peraturan-
peraturan diatas.
12.13 Sekiranya pelajar gagal mematuhi peraturan di atas maka pihak Guru asrama akan
merampas barangan elektrik tersebut.
13 KESELAMATAN UMUM
13.1 Penggunaan lingkaran ubat nyamuk, pelita dan lilin tidak dibenarkan.
13.2 Setiap penghuni asrama seharusnya tahu menggunakan alat pemadam api sekiranya
berlaku kebakaran.
13.3 Sekirannya pelajar mendengar isyarat berlaku kebakaran/terhidu bau asap/ nampak
api menyala, perkara pertama yang mesti dilakukan ialah menyelamatkan diri sendiri
dan rakan-rakan. Segera beri amaran dengan menjerit sekuat munkin perkataan
“api.....api......api.......”.
13.4 Sila hubungi segera pihak Bomba/ Warden/ Pengawal.
13.5 Selamatkan barang-barang yang berharga seperti kad pengenalan, sijil-sijil penting,
buku, wang dsb. Jika kebakaran sudah marak jangan hiraukan barang-barang tersebut.
Keselamatan diri adalah lebih penting.
13.6 Sekiranya ada rakan yang tidak berupaya untuk bergerak keluar disebabkan pengsan,
cedera, dan sebagainya, sila bantu ramai-ramai.
13.7 Keluar dari asrama dengan menggunakan pintu yang terdekat.
18
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
13.8 Kesemua pelajar perlu berkumpul di kawasan lapang di hadapan asrama masig-
masing.
13.9 Ketua dorm perlu pastikan semua penghuni dormnya ada. Sekiranya ada yang tidak
ada, segera meklumkan pada Guru Asrama/Ketua Guru Asrama.
13.10 Bagi lain-lain kecemasan yang bukan berkaitan dengan kebakaran, sila hubungi
Warden/Ketua Warden untuk mendapat bantuan.
14 BILIK UTILITI
14.1 Bilik ini adalah untuk pengunaan seterika sahaja.
14.2 Alatan tersebut hendaklah sentiasa berada di dalam bilik utiliti dan adalah menjadi
satu kesalahan sekiranya pelajar cuba meletakkan/ menggunakan alatan ini di tempat
lain.
14.3 Pastikan suis alatan tersebut ditutup (off) dan ditanggalkan dari soket plug selepas
penggunaannya.
14.4 Kebersihan dan kekemasan bilik utiliti adalah tanggungjawab bersama kesemua
penghuni asrama berkenaan.
15 TATATERTIB DI DEWAN MAKAN
15.1 Beratur semasa mengambil makanan. Dilarang memotong.
15.2 Sistem ‘booking’ tidak dibenarkan.
15.3 Sentiasa menjaga kebersihan Dewan Makan. Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang di
tempat yang disediakan.
15.4 Kerusi/bangku hendaklah disusun semula setelah digunakan.
15.5 Pakaian di dewan makan mestilah mengikut seperti yang ditetapkan dalam Peraturan
Di Dewan Makan.
15.6 Pelajar dilarang membawa sebarang alatan atau makanan keluar daripada dewan
makan tanpa kebenaran dari pihak pengurusan Dewan Makan terlebih dahulu.
15.7 Pelajar dilarang masuk ke dapur atau kaunter agihan makanan.
15.8 Buku-buku dan lain-lain alt/barang hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan
dan dilarang membawa masuk ke dewan makan.
19
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
15.9 Sisa-sisa makanan hendaklah dibuang di dalam tong yang disediakan.
15.10 Pinggan, mangkuk, cawan dll bekas makanan hendaklah diletakkan di tempat yang
disediakan selepas makan.
15.11 Kebersihan Dewan Makan adalah tanggungjawab pelajar bersama.
15.12 Pelajar hendaklah berpakaian kemas di Dewan Makan. Mereka dilarang memakai
pakaian berikut:-
Memakai selipar jepun.
Baju T tanpa kolar dan sebarang baju nipis dan menjolok mata.
Memakai seluar jeans.
Sebarang jenis baju berlogo tidk sopan.
Pakaian sukan yang kotor.
Seluar pendek dan pakaian tidur
Kain pelekat
16 PERATURAN SEMBAHYANG BERJEMAAH/PENGGUNAAN SURAU/
MAJLIS KEAGAMAAN DI SURAU.
16.1 kesemua pelajar mesti solat maghrib dan Isyak berjemaah di surau sekolah kecuali
dengan kebenaran ketua warden/ warden bertugas.
16.2 Pelajar lelaki mesti memakai baju melayu dan bersongkok hitam/ ketayap putih. Lain-
lain pakaian seperti T-shirt dan sebagainya tidak dibenarkan.
16.3 Para pelajar mesti hadir semua majlis keagamaan yang diwajibkan.
16.4 Pastikan suis kpas, lampu dan PA sistem ditutup selepas digunakan. Sebarang
kerosakkan hendaklah dilaporkan kepada guru asrama bertugas.
16.5 Surau asrama tidak boleh digunakan sbagai tempat berehat, tidur, belajar dsb.
16.6 Para pelajar tidak dibenarkan berada di surau semasa prep atau lain-lain kegiatan
akademik/ bukan akademik.
17 PENGGUNAAN BLIK-BILIK KHAS.
17.1 Bilik-bilik khas ditakrifkan sebagai yang telah dikhaskan bagi tujuan seperti
komputer, perpustakaan, muzik, makmal dsb.
17.2 Bilik-bilik ini hanya boleh digunakan dengan kebenaran khas guru atau pegawai yang
menyelia perkara berkenaan.
20
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
17.3 Peraturan penggunaan bilik-bilik tersebut seperti yang dikeluarkan oleh guru/
pegawai berkenaan hendaklah dipatuhi.
18 PERATURAN SUKAN/ RIADAH
18.1 Peraturan menggunakan Alat Sukan:
a) Pinjaman alat sukan boleh dilakukan pada setiap hari jam 5.00-5.15 ptg (selepas solat
asar).
b) Alat sukan mesti disimpan antara 6.15-6.30 ptg.
c) Alat sukan mesti disimpan di tempat asalnya dalam keadaan yang kemas dan disahkan
oleh pengawas stor sukan bertugas.
d) Alat sukan tidak boleh disimpan di asrama atau di tempat-tempat lain, selain dari stor
sukan dan tempat khas.
e) Alat sukan tidak boleh digunakan dalam hujan/kawasan berair.
f) Kerosakan dan kehilangan alat semasa bermain mesti dilaporkan kepada guru
pangawas permainan atau kepada pengawas stor sukan yang bertugas untuk diajukan
kepada Guru Pengawas Sukan.
18.2 Tindakan akan diambil ke atas:
a) Pelajar-pelajar yang merosakkan dan menghilangkan alat sukan asrama/sekolah.
b) Pelajar-pelajar yang tidak mematuhi peraturan diatas.
18.3 Perkara yang tidak digalakkan semasa bersukan:
a) Memakai barang kemas dan jam tangan.
b) Membawa barang-barang yang tajam dan membahayakan.
c) Cermin mata.
d) Tidak berkasut/selipar.
21
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
18.4 Tatatertib pemain:
a) Pelajar dikehendaki mengikut latihan pada masa yang telah ditetapkan.
b) Kelewatan menghadiri latihan tanpa sebab yang munasabah akan diambil tindakan
tatatertib.
c) Tiga (3) kali tidak menghadiri latihan tanpa kebenaran Guru Pengawas, pelajar
berkenaan akan disingkirkan dari menyertai sesuatu pasukan permainan sekolah
sepanjang tahun.
d) Tidakan boleh diambil terhadap pelajar-pelajar yang bermain melebihi masa yang
ditetapkan.
PERINGATAN..
SEMUA PELAJAR MESTI MEMATUHI SEMUA PERATUTAN
YANG TERMAKTUB DIDALAM BUKU PERATURAN INI SERTA
SEBARANG PERATURAN YANG DIWARTAKAN OLEH PIHAK
SEKOLAH DARI MASA KE SEMASA..
KEGAGALAN MEMATUHI PERATURAN YANG TERMAKTUB
DIDALAM BUKU INI MENYEBABKAN PELAJAR BOLEH
DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN MENGIKUT MANA-MANA
KATEGORI YANG KESALAHAN YANG DI WARTAKAN OLEH
PENTADBIRAN SEKOLAH.
22
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
LAMPIRAN /PULANG
1. POTONGAN RAMBUT PELAJAR LELAKI
2. BORANGPELEPASANBELAJAR
BERMALAM/CUTI
23
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
NOTA
29
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
NOTA
30
SMK BADRUL ALAM SHAH ( ESEmBAS ) - HEM
NOTA
31