Hari:Jumaat Tarikh:24 September 2021
Bahasa Melayu
Tahun 3
bersama Cikgu Kay
Tajuk : Lawatan ke Kilang Nanas Manis
Kemahiran : Menulis
Aktiviti / Objektif :
Pada akhir pembelajaran, murid dapat
menghasilkan perenggan karangan naratif
yang lengkap dalam buku Penulisan.
Buku Teks (m/s 59)
Pendahuluan
Perenggan 2 Pada pukul 7:30 pagi
semua murid berkumpul
di kantin sekolah untuk
mendengar taklimat
daripada Cikgu Haris.
Semua murid beratur
semasa menaiki bas.
# Selang satu baris setiap kali hendak menulis perenggan
baharu. Pastikan ditulis ke tengah sedikit.
Perenggan 3
Kami tiba di Kilang Nanas Manis pada pukul 9:00 pagi.
Kami disambut oleh Encik Ikhwan, pengurus kilang tersebut.
Encik Ikhwan telah menyampaikan taklimat ringkas kepada
kami.
# Selang satu baris setiap kali hendak menulis perenggan
baharu. Pastikan ditulis ke tengah sedikit.
Perenggan 4
Kemudian, kami dibawa masuk ke dalam kilang untuk
melihat cara memproses jem nanas. Mula-mula, nanas
dibuang kulit, mata dan empulur nanas. Selepas itu, nanas
tersebut diparut. Isi nanas tadi ditambah gula dan dimasak
hingga likat.
# Selang satu baris setiap kali hendak menulis perenggan
baharu. Pastikan ditulis ke tengah sedikit.
Perenggan 5
Seterusnya, kami dibawa pula ke kios yang menjual
pelbagai produk yang berasaskan nanas seperti jem nanas,
kordial nanas dan nanas dalam tin. Saya membeli jem nanas
untuk keluarga saya.
# Selang satu baris setiap kali hendak menulis perenggan
baharu. Pastikan ditulis ke tengah sedikit.
Penutup
Sebelum pulang, kami mengambil gambar bersama-sama
dengan Encik Ikhwan sebagai kenang-kenangan. Kami bertolak
pulang ke sekolah selepas bergambar. Pada pukul 12:30 tengah hari,
kami tiba di sekolah dengan selamatnya. Lawatan ini sungguh
berfaedah dan menambahkan pengetahuan kami tentang hasil
pertanian.
# Selang satu baris setiap kali hendak menulis perenggan
baharu. Pastikan ditulis ke tengah sedikit.
Latihan pada hari ini :
Murid perlu menulis perenggan karangan
yang lengkap dalam buku Penulisan.
Pada hari Isnin yang lalu, saya dan kawan-kawan ke Kilang Nanas Manis. Lawatan itu
disertai oleh 20 orang murid dan seorang guru.
Pada pukul 7:30 pagi semua murid berkumpul di kantin sekolah untuk mendengar
taklimat daripada Cikgu Haris. Semua murid beratur semasa menaiki bas.
Murid sambung perenggan seterusnya sehingga penutup.