The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mohdhanifaliakbar0731, 2021-12-19 11:07:32

HIKAYAT ISKANDAR ZULKARNAIN

FLIPBOOK PW (1)

PROSA MELAYU
BSS3173

KUMPULAN 15

NUR YAQIN BINTI SHAHIDAN D20191089574

MOHD HANIF BIN ALIAKBAR D20201093223

MOHD ZULHILMI BIN JAMLIL D20201093224

NOOR FAZWANI BINTI ABDUL RASHID D20201093277

NUR AINATUL NADIA BINTI ZAINUDDIN D20201093279

NORNABILAH BINTI MD DAUD D20201093416

PENSYARAH: PROF. MADYA DR. NORAZIMAH ZAKARIA

Hikayat Iskandar
zulkarnain

NABI KHIDIR MENYELAMATKAN RAJA ISKANDAR

ISI KANDUNGAN

1. SINOPSIS BAB NABI KHIDIR MENYELAMATKAN RAJA
2. SIAPA RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN
3. PUNCA KELALAIAN RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN
4. KEMUNCULAN IBLIS
5. KELALAIAN RAJA ISKANDAR MENARIK PERHATIAN ARISTATALIS HAKIM
6. KEMUNCULAN NABI KHIDIR
7. RAJA ISKANDAR BERTEMU ARISTATALIS
8 .KEMUNCULAN NAQFANUS

SINOPSIS

Bab Nabi Khidir menyelamatkan Raja Iskandar menceritakan Raja Iskandar yang
leka dengan kemewahan dan kuasa yang dimilikinya sehingga baginda dihasut
oleh iblis untuk meninggalkan segala suruhan Allah dan telah mendapat
perhatian daripada gurunya. Setelah itu, Nabi Khidir diutuskan kepada Raja
Iskandar Zulkarnain untuk menyedarkan perbuatannya yang salah itu.
sepanjang keberadaan Nabi Khidir bersama Raja Iskandar Zulkarnain, Nabi
Khidir telah membantu memperbetulkan akidah baginda dengan menyatakan
kebesaran Allah SWT kepadanya. Raja Iskandar Zulkarnain juga telah
mengislamkan tentera-tenteranya sehingga agama Islam masyhur di negeri
Makduniah dibawah kerajaannya. Setelah itu, Raja Iskandar bersama pengikut-
pengikutnya berjalan ke negeri Konstantaniah untuk bertemu gurunya.
Kemudian Raja Iskandar Zulkarnain bertemu kenalan lamanya Naqfanus yang
cuba untuk meracuni Raja Iskandar Zulkarnain ketika mengidangkan makanan
buat baginda. Namun, kelebihan yang diberikan oleh gurunya telah
menyelamatkan Raja Iskandar Zulkarnain daripada diracun oleh Naqfanus.
Akhirnya, Raja Iskandar Zulkarnain mengembara dari satu negeri ke negeri yang
lain bagi menyebarkan agama Islam.

PENGENALAN

Karya Sastera berjudul Hikayat Iskandar
Zulkarnain merupakan kisah yang disusun oleh
Khalid Muhammad Hussain pada tahun 2015 di
bawah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Namun begitu, penceritaan tentang Raja Iskandar
ini sebenarnya sudahpun dicetak beberapa kali,
iaitu pada tahun 1971, 1981 dan 2013. Hikayat
Iskandar Zulkarnain menjadi salah satu karya
yang mengandungi unsur agama islam, malah
dalam Al-Quran menyebutkan tentang kisahnya,
iaitu pada surah Al-Kahfi ayat 83 hingga 98. Karya
ini juga memaparkan tentang kehebatan Raja
Iskandar Zulkarnain sehingga dianggap sebagai
pemimpin yang tiada tolok bandingnya dan
dikagumi pada zaman pemerintahannya
disebabkan kemampuan yang dimiliki untuk
menyebarkan agama islam sehingga ke India.

Cerita ini menjadi pilihan adalah disebabkan intipati
penceritaannya yang luar biasa, malah begitu relevan
untuk diketahui dengan lebih mendalam terutama oleh
golongan beragama islam. Hal ini berikutan, jalan
penceritaan cerita ini merupakan epik islam yang
mengangkat watak utamanya, iaitu Raja Iskandar
sebagai seorang wira atau pahlawan. Bukan itu sahaja,
imej raja yang adil, berani, gagah dan mahir bermain
senjata khususnya memanah merupakan satu tarikan,
bahkan keperibadiannya yang tidak suka kepada
permusuhan. Kebanyakan ilmu yang diperolehi daripada
ayahnya membolehkannya menjadi seorang raja
dengan kepimpinan yang cukup hebat selepas
menggantikan datuknya yang meninggal dunia (Nor
Asma Ab Aziz, 2016). Hikayat Iskandar Zulkarnain ini
mengandungi 17 bab kesemuanya, tetapi dalam
ringkasan ini hanya memberi fokus kepada bab Nabi
Khidir menyelamatkan Raja Iskandar dan beberapa
percahan dibuat untuk memudahkan pemahan terhadap
kandungannya.

SIAPAKAH RAJA
ISKANDAR ZULKARNAIN?

Raja Iskandar Zulkarnain merupakan anak Keinginan Raja Iskandar untuk menewaskan Raja Dara
kepada Tuan Puteri Safiya Arqiya dengan Raja terhenti apabila ibunya Tuan Puteri Safiya Arqiya datang
Qilas, namun ada pendapat yang mengatakan bertemu dengan Raja Iskandar di negeri Istakhr dan
bahawa Raja Iskandar Zulkarnain merupakan memberitahu baginda bahawa baginda telah bertempur
anak kepada Raja Darab Rumi, Zulkarnain Raja dengan saudaranya sendiri iaitu Raja Dara. Puteri Safiya
Qilas dan Raja Dawab ParsiBaginda diberi nama Arqiya berpesan kepada Raja Iskandar agar tidak
Iskandar sempena nama daun Iskandar yang membunuh Raja Dara dan Raja Iskandar cukup senang
menjadi ubat kepada penyakit mulut ibunya Tuan setelah mengetahui bahawa Raja Dara merupakan
Puteri Safiya Arqiya. Raja Qilas mengurniakan saudaranya. Namun demikian, kekuatan tentera dan
takhtanya kepada Raja Iskandar Zulkarnain bagi kepimpinan Raja Iskandar telah menyebabkan pengikut-
menggantikan baginda yang sedang sakit dan pengikut Raja Dara berpaling tadah dan menyebabkan
kurniaan takhta kepada Raja Iskandar itu mereka mengambil keputusan untuk membunuh Raja
sememangnya memberikan kesenangan kepada Dara dengan sangkaan bahawa Raja Iskandar akan
rakyat jelata. Walau bagaimanapun kepimpinan memberikan ganjaran kepada mereka kerana telah
Raja Iskandar yang hebat telah menyebabkan membunuh Raja Dara. Kematian Raja Dara telah
saudaranya sendiri terbunuh dalam medan menjadikan Raja Iskandar sebagai pemegang takhta
peperangan. Raja Iskandar Zulkarnain merupakan kerajaan yang diwasiatkan oleh Raja Dara kepada
seorang raja yang berwibawa dan gigih baginda.
mempertahankan kerajaannya. Baginda telah
berjaya menakluk pemerintahan dari satu negeri
ke negeri yang lain semasa dalam perjalanan
bertemu Raja Dara.

PUNCA KELALAIAN RAJA
ISKANDAR ZULKARNAIN

Raja Iskandar berubah menjadi seorang yang lalai

dalam menunaikan ibadah kepada Allah SWT kerana
baginda telah dihasut oleh kata-kata iblis. Baginda
tidak menyedari bahawa dirinya telah dihasut oleh
seorang iblis.

Hal ini dikatakan demikian kerana, iblis muncul

dengan penampilan yang menyerupai seorang syeh
yang berpakaian daif dan mempunyai tongkat.
Kemunculan iblis adalah untuk menyesatkan Raja
Iskandar daripada menjalankan kewajipan sebagai
seorang muslim.

KEMUNCULAN IBLIS

Kelalaian Raja Iskandar dalam mentaati Allah SWT berlaku

disebabkan oleh tindakan Iblis yang telah menghasut baginda
mengenai kekayaan, kekuasaan, kehebatan dan kekuatan Raja
Iskandar dalam mentadbir negerinya. Raja Iskandar telah termakan
dengan hasutan iblis kerana baginda menyedari bahawa dirinya
sangat mulia dan kuasa besarnya tidak dapat ditandingini oleh orang
lain.

KELALAIAN RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN MENARIK
PERHATIAN ARISTATALIS HAKIM.

Aristatalis merupakan guru agama bagi Raja Iskandar
Zulkarnain.
Kelalaian Raja Iskandar Zulkarnain dalam menunaikan
ibadat kepada Allah SWT telah menyebabkan Aristatalis
bersuara. Raja Iskandar menjadi lalai dalam melakukan
ibadat kerana terhasut dengan tipu daya iblis yang
mengatakan bahawa peranan seorang raja itu sudah
membuatkan Raja Iskandar merupakan orang yang paling
berkuasa, maka dia tidak perlu sujud lagi kepada Allah
SWT. Lalu, Aristatalis telah menuliskan surat untuk Raja
Iskandar untuk menegur salah nya. Aristatalis berkata
bahawa raja mestilah berakal dan berilmu agar tidak
mudah terhasut dengan hasutan iblis. Dalam masa yang
sama, Aristatalis juga menyuruh Raja Iskandar untuk
bertaubat kepada Allah SWT.

SIAPAKAH NABI KHIDIR?

Nabi Khidir merupakan utusan Allah SEBAB RAJA MARAH DENGAN
NABI KHIDIR.
yang menerima wahyu daripada KEMUNCULAN NABI KHIDIR
Raja marah akan Nabi Khidir
Allah untuk pergi berjumpa Raja kerana sebelum ini tiada
sesiapapun yang berani
Iskandar supaya dapat menentang raja. Nabi Khidir
menentang raja dengan
mengingatkan Raja akan mengatakan bahawa Allah
berkuasa dalam alam ini dan
kewujudan Allah SWT yang telah Nabi Khidir juga berkata
bahawa ingatlah Allah dan
menganugerahkan kekuasaan dan jangan melakukan dosa kepada
pencipta(Allah). Disebabkan rasa
harta yang banyak kepadanya. marah, raja mengarahkan
menteri untuk menangkap Nabi
KEHEBATAN NABI KHIDIR Khidir dan dimasukkan kedalam
penjara.
Semasa malam Nabi Khidir dipenjara, Allah menurunkan Malaikat untuk
mengeluarkan Nabi Khidir dari penjara dan akhirnya Nabi Khidir terlepas
dari penjara. Disebabkan raja tidak melihat Nabi Khidir di dalam penjara,
raja memerintahkan tentera berkuda untuk menangkap Nabi Khidir, Nabi
Khidir berdoa supaya Allah memelihara dirinya. Namun dengan kebesaran
Allah, ramai orang telah terbunuh ketika ingin menangkap Nabi Khidir. Kata-
kata Nabi Khidir telah menyebabkan Raja mengingati Allah semula. Setelah
itu, seseorang telah menikam Nabi Khidir di bahagian belakangnya, tetapi
dengan izin Allah, tikaman itu kembali kepada pelakunya dan mati.

RAJA ISKANDAR Perkhabaran Raja Iskandar memeluk Islam membuatkan
BERTEMU Aristatalis Hakim sangat gembira. Disebabkan kegembiraan
ARISTATALIS tersebut, Aristatalis Hakim menulis sepucuk surat sebagai
HAKIM pemberitahuan untuk datang ke negeri raja. Namun, surat
tersebut dibalas oleh baginda raja dengan mengatakan
“janganlah datang berkunjung ke mari, kerana hamba
sendiri yang akan datang untuk menyantuni guru”. Hal ini
membuatkan guru Raja Iskandar sangat gembira dan tidak
sabar menanti kedatangan raja.

Sebelum perjalanan datang berkunjung menemui gurunya, Raja Iskandar
meminta untuk diiringi oleh semua pihak negeri Rom. Dalam masa yang
sama, baginda juga membuat pemilihan dalam kalangan rakyat yang
datang mengadap sebagai pengikutnya ke negeri Konstantaniah dan
seluruh negeri di Rom atas tujuan penyebaran agama Islam. Pemilihan
rakyat ini mengambil masa sehingga dua bulan ditemani dengan nabi
Khidir. Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba yang pastinya Aristatalis
Hakim sudah lama menantikan hari tersebut. Khabar Raja Iskandar dengar
rombongan semakin hampir, Aristatalis Hakim menyediakan persiapan
untuk mengalu-alukan keibaan baginda raja.

Raja Iskandar dan pegikutnya pun tiba di negeri Aristatalis Hakim, lalu
melihat kelibat gurunya yang menanti dengan penuh rasa gembira.
Akhirnya, hajat seorang guru untuk bersua dengan anak muridnya
tercapai, kemudiannya memberi hormat kepada raja dan menciumnya
atas sebab terlalu rindu akan anak didiknya itu. Dalam masa yang sama,
Aristatalis bukan hanya ingin bertemu dengan raja, tetapi berkemahuan
berjumpa dengan Nabi Khidir yang pada masa itu bersama-sama
mengikuti perjalanan raja. Maka dengan itu, Aristatalis sangat teruja
bercerita dengan Nabi Khidir yang menjadi tulang belakang kepada raja
dalam usaha meluaskan pengaruh islam di negara ROM dan sekitarnya.

PEMUDA YANG BERNAMA
NAQFANUS

Seorang pemuda yang bernama Naqfanus merupakan salah seorang yang
menyambut kedatangan raja. Baginda raja seakan-akan mengenali
Naqfanus dan pernah melihat wajah pemuda itu sebelumnya. Baginda raja
menyapa pemuda itu dan menyedari bahawa dia adalah rakan
seperguruan yang menuntut ilmu dengan guru Aristatalis. Raja begitu
rancak bercerita dengan gurunya, kemudian gurunya berkehendak untuk
memberi sebuah cincin yang diperbuat daripada hasil ubat-ubatan dengan
tujuan tertentu seperti memberi perlindungan sama ada menghilangkan
atau mengesan keberadaan racun dalam makanan dan minuman. Raja
Iskandar sangat gembira atas hadiah yang diberikan oleh gurunya itu.

Perjalanan raja dan pengikut diteruskan ke negeri Rumiya al-Akbar
dengan tujuan mengislamkan rakyat di sana. Dalam masa yang sama,
Naqfanus dilantik sebagai individu untuk menghidangkan kepada
makanan kepada raja dan tugasnya dijalankan dengan begitu baik.
Keadaan ini membuatkan hubungan antara raja dan Naqfanus
bertambah erat lagi, namun hati Naqfanus terdetik untuk meracuni
raja. Hal ini dilakukan olehnya beranggapan dirinya dianggap
sebagai saudara oleh raja dan seluruh pengikut raja agar dirinya
mampu menjadi kerajaan atas.

Niat jahatnya diteruskan dengan meletakkan racun ke dalam

makanan yang dihidangnya kepada raja. Makanan tersebut

dihidangkan kepada raja dan pengikutnya dengan penuh sopan.

Raja mengambil makanan yang dihidangkan tadi namun cincin

sakti pada jarinya tertanggal dengan sendiri yang menandakan

bahawa makanan yang diberikan mengandungi racun. Lalu, raja

mengambil makanan lain tetapi tetap sahaja cincinnya mengesan

racun. Raja akhirnya melarang untuk pengikutnya memakan

makanan tersebut dan memanggil mereka yang

bertanggungjawab menyediakan makanan tersebut.

Makanan yang berada di dalam belanga pun dibawa kepada
raja. Namun, tidak ada sebarang pun racun yang dikesan melalui
cincin sakti tersebut. Setelah itu, raja bertanya kepada Naqfanus
jikalau ada orang lain selain dirinya mendekati makana tersebut
maka Naqfanus menjawab tiada sesiapapun yang mendekati
makanan raja selain dirinya. Lalu, raja pun terus bertemu dengan
Nabi Khidir dan menceritakan perkara yang berlaku. Nabi Khidir
terus mengambil cincin dan memasukkan jarinya pada makanan
tersebut. Alangkah betapa terkejutnya bahawa cincin tersebut
hanya mengesan racun pada makanan raja.

Menyedari kejadian itu, Nabi Khidir terus bertanyakan kepada
Naqfanus akan perkara tersebut. Nabi Khidir menggesa agar dirinya
tidak berdusta dan memesongkan cerita kerana perlakuannya itu
membawa kepada dosa. Naqfanus tidak mengaku bahawa dirinya
yang meletakkan racun dalam makanan raja sambil menangis. Selepas
itu, Naqfanus dimasukkan ke dalam penjara dan diseksa sehingga
mengakui bahawa itu adalah perbuatannya. Kesakitan itu membuatkan
dia mengaku bahawa ketamakan dalam dirinya mahu menggantikan
kedudukan Raja Iskandar. Nabi Khidir pun membuat keputusan supaya
Naqfanus memakan makanan yang beracun itu sambil disaksikan oleh
roang ramai. Akhirnya, Naqfanus mati dan kematiannya itu menjadi
pengajaran kepada semua orang.


Click to View FlipBook Version