The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by paulamacy7157, 2021-03-28 10:30:28

Laporan_Amali_14_Sabun_dan_Detergen

Laporan_Amali_14_Sabun_dan_Detergen

Praktikal 6: Sabun dan Detergen

_____________________________________________________

Tujuan : Untuk menyediakan sabun dengan menggunakan proses
saponifikasi.

Teori :

Sabun buatan tangan bukan sahaja mudah disediakan, malah ia juga biasa

digunakan. Oleh itu, ia sentiasa mempunyai pasaran. Apa yang perlu dilakukan

hanyalah bagaimana mempamerkannya secara kreatif.

Dengan perhiasan yang sesuai, sabun bukan sahaja dapat memenuhi
keperluan semasa memandi, tetapi ia juga sesuai dijadikan sebagai bahan
kenangan, hadiah, dan barang perhiasan untuk pelbagai jenis majlis rasmi.

Bahan-bahan/ : Air suling, natrium hidrosida, minyak sawit, minyak zaitun,
Radas minyak pati, rod kaca, bikar, tungku kaki tiga, kasa dawai,
penunu Bunsen, penyukat silinder, thermometer, spatula,
alat timbang berat.

Prosedur :

1. Kira-kira 53 cm3 minyak sawit dan 24 cm3 minyak zaitun dipanaskan ke

dalam bikar (A) sehingga dalam julat suhu 35°C sehingga 50°C.

2. Pada satu lagi bikar yang berlainan, bikar (B), kira-kira 10.7 g natrium

hidrosida dimasukkan ke dalam bikar untuk melarutkan bahan kimia

tersebut.

3. Sebaik sahaja natrium hidrosida dituangkan ke dalam air, wasap yang

berwarna putih akan dibebaskan dan bikar akan menjadi suam atau panas

disebabkan oleh tindak balas kimia. Elakkan menghidu wasap tersebut.

4. Suhu bagi larutan matrium hidrosida juga dipastikan agar mencapai julat

suhu 35°C hingga 45°C.

5. Isi dalam bikar B dituangkan ke dalam bikar A dan campuran tersebut

dikacar dengan mengguakan rod kaca sehingga semua bahan larut dan
menjadi menebal.
6. Minyak pati yang bersesuaian dicampurkan ke dalam campuran dan
campuran tersebut terus dikacaukan.
7. Apabila campuran tersebut menjadi sedikit melekit, ia dituangkan ke dalam
satu plastik yang kecil untuk mengelakkan sabun buatan terdedah dengan
udara.
8. Acuan yang diisi tersebut dibiarkan selama dua hari untuk membolehkan
proses saponifikasi berlaku.
9. Bar sabun ditanggalkan daripada acuan dan dibiarkan di tempat yang
kering selama empat minggu untuk membolehkan proses penuaan berlaku.
10. Selepas empat minggu, sabun yang wangi tersedia untuk digunakan.

Pemerhatian :

Keputusan :

Perbincangan :
Pastikan langkah-langkah keselamatan diambil sepanjang menghasilkan sabun
ini. Antaranya termasuklah:

 Guna bahan yang diperbuat daripada kaca ataupun keluli tahan karat
sepanjang menjalankan eksperimen ini.

 Memakai topeng muka dan sarung tangan untuk mengelakkan terhidu gas
berbahaya dan kulit tergatal.

 Sabun yang dihasilkan hanya boleh digunakan selepas waktu empat
minggu. Oleh itu, sekiranya sabun tersebut tersentuh dengan kulit,
basuhkan kulit dengan air yang bersih atau cuka untuk mengelakkan kesan
gatalan.

Soalan :

1. Huraikan sifat-sifat sabun yang dihasilkan.

2. Apakah fungsi natrium klorida dalam eksperimen ini?

3. Tuliskan persamaan kata untuk proses saponifikasi yang terlibat dalam
eksperimen ini.

4. Jangkakan pemerhatian anda sekiranya air paip digantikan dengan air
suling dalam prosedur 11. Jelaskan jawapan anda.

5. Bolehkan sabun dihasilkan dengan menghidrolisasikan lemak atau minyak
dalam keadaan asid? Jelaskan jawapan anda.

6. Namakan 2 teknik yang berbeza dalam pembuatan sabun.

7. Apakah keburukan-keburukan sabun sabun komersial?

8. Apakah bahan yang digunakan dalam industri pembuatan detergen?

Kesimpulan :

Rujukan :

Eng, N. H., Lim, E. W. & Lim, Y. C. (2003). Fokus Ungu Masteri SPM Kimia.

Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Ho, H. Y. (2009). Pre-U Text STPM Organic Chemistry. Selangor Darul Ehsan:

Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Lim, W. H., Low, S. N., Lim, Y. C., Eng, N. H. & Umi Kalthom binti Ahmad. (2006).

Chemistry Form 5. Selangor Darul Ehsan: Runz Creative Sdn. Bhd.
Loh, Y. L. & Sivaneson, N. (2004). STPM Organic Chemistry. Selangor Darul

Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Tan, Y. T. (2004). Organic Chemistry for STPM. Selangor Darul Ehsan: Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Tan, Y. T, Muniandy, K. & Lim, M. H. (2009). Ace Ahead Chemistry Volume 2

STPM Text. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Yee, S. F. & Tan, P. S. (2006). Chemistry Form 5. Selangor Darul Ehsan: Arah

Pendidikan Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
BUKU LOG LENCANA JAYA DIRI:ZAQWAN NAZIM BIN ZAILAN
Next Book
Ruang Rindu