The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Buku Digital | JEA2035 SMK LKTP Belitong, 2020-02-25 19:59:10

BUKU PANDUAN PELAJAR

PENGERTIAN LENCANA SEKOLAH

MERAH Melambangkan keberanian dan ketekalan dalam
mencapai matlamat dan cita-cita bersama.

KUNING Melambangkan kesetiaan kepada raja negara undang-
undang dan peraturan-peraturan sekolah.

HIJAU Melambangkan keindahan dan keceriaan.

BIRU Melambangkan kejujuran dan kerohanian.

Melambangkan peluang pendidikan dan ilmu
Buku yang terbuka pengetahuan yang begitu luas terbuka yang ditawarkan

kepada pelajar-pelajar.

Jangkalukis Melambangkan teras sistem pendidikan era kini adalah
berpusat kepada teknologi moden.

Bulatan Melambangkan kesejagatan dalam menimba ilmu
pengetahuan.

Empat palang Menggambarkan kesejagatan iaitu empat penjuru alam
melintang yang seharusnya tidak menjadi sempadan dalam
menimba ilmu pengetahuan di dunia ini.

Berilmu Beramal Berbakti Page 1
SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR.

LAGU SEKOLAH

Sekolah Menengah Belitong
Berdiri indah tersergam

Menabur bakti mendidik kami
Jasa mu guru kami hormati
Kecemerlangan impian kami
Berdisiplin jadi amalan
Kami berazam menimba ilmu
Agar menjadi insan berguna

Warna biru lambang kemegahan
Berilmu beramal dan berbakti
Hasrat dan cita-cita kami semua
Menuju ke arah wawasan
Mari semua berganding bahu
Impian jadi kenyataan
Sekolah ku yang ku sayangi
Jasamu jasamu tetap ku kenang

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 2

JADUAL WAKTU

ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 3

GAMBAR

BUTIR-BUTIR

PERIBADI PELAJAR.

1. Nama Pelajar : ________________________________________________________

2. No. Kad Pengenalan : _________________________________________________

3. Tarikh Lahir : ________________________________________________________

4. Tingkatan : ________________________________________________________

5. Nombor Pendaftaran Sekolah : ___________________________________________

6. Tugas-tugas Khas : _________________________________________________

7. Pasukan Beruniform : _________________________________________________

8. Kelab / Persatuan : _________________________________________________

9. Sukan / Permainan : _________________________________________________

10. Nama Penjaga : _________________________________________________

11. Alamat Penjaga : _________________________________________________

12. Nombor Telefon Penjaga : Rumah ______________________________

: Bimbit ______________________________

13. Tandatangan Pelajar : _________________________________________________

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 4

BAB 1

PERATURAN SEKOLAH MENENGAH LKTP BELITONG,
KLUANG,JOHOR

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh ORDINAN Pelajaran, 1957 Peraturan-Peraturan
Pelajaran (Disiplin sekolah) 1959; yang berkaitan dengan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), dan
e-disiplin maka dengan ini Pengetua telah membuat peraturan berikut:
1.1 Nama dan tarikh mula berkuat kuasa peraturan.

Peraturan-Peraturan ini bolehlah dinamakan PERATURAN SEKOLAH MENENGAH LKTP
BELITONG, KLUANG, JOHOR; dan hendaklah mula dikuatkuasakan ke atas semua pelajar
Sekolah Menengah LKTP Belitong, kluang, Johor mulai TIGA haribulan JANUARI tahun 2012
(3 Januari 2012)
1.2 Tafsiran
Dalam peraturan-peraturan ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna
yang lain ‘sekolah’ ertinya tempat pengajaran dan pembelajaran dijalankan di mana
terdapat sepuluh orang atau lebih diajar di dalam satu bilik atau lebih;
‘Sekolah Menengah’ bermaksud sekolah menengah bantuan kerajaan yang menyediakan
pendidikan menengah rendah dan menengah atas bagi murid yang telah menamatkan
pendidikan sekolah rendah.
‘Pengetua’ ertinya seorang pegawai yang telah dilantik di dalam Perkhidmatan Pendidikan
oleh Ketua Pengarah Pendidikan untuk mentadbir sekolah.
‘Murid’ atau ‘Pelajar’ ertinya seseorang individu atau pelajar, tidak mengira umur yang
sedang mengalami proses pendidikan di sekolah.
‘Salah laku’ ertinya perbuatan atau kelakuan sama ada nyata atau tidak yang menjadi
kesalahan jika melakukannya atau melanggar hukum dan peraturan.
‘Tindakan disiplin’ ertinya sesuatu hukuman yang dikenakan/merit terhadap murid atau
pelajar di sekolah kerana melakukan salah laku.
‘Larangan’ ertinya sesuatu perkara atau perbuatan yang ditegah atau salah dan melanggar
peraturan.
‘Berat’ ertinya salah laku yang amat serius dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada
masyarakat sekolah dan masyarakat luar.
‘Sederhana’ ertinya salah laku yang serius dan jika diabaikan akan mengganggu dan boleh
mendatangkan kemudaratan.
‘Ringan’ ertinya salah laku yang tidak serius dan jika diabaikan boleh mengganggu dan boleh
mendatangkan kemudaratan.
‘Biasa’ ertinya salah laku yang kerap kali berlaku atau kelaziman dan perlu langkah
pencegahan serta pengawalan agar tidak mendatangkan kemudaratan.
‘Ponteng’ ertinya menipu atau tidak menghadiri sesuatu aktiviti atau kegiatan yang diarah
pengetua di sekolah tanpa atau dengan alasan-alasan yang tidak munasabah bertujuan
untuk menghindarkan diri dari menjadi seorang pelajar yang bertanggungjawab.
‘Hari Persekolahan’ ertinya hari-hari pelajar hadir ke sekolah iaitu Isnin hingga Jumaat dan
belajar mengikut Jadual Waktu Masa Belajar.
1.3 Tanggungjawab dan Kuasa Pengetua
1.31 Pengetua hendaklah bertanggungjawab kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

berhubungan dengan disiplin pelajar

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 5

1.3.2 Pengetua hendaklah :
a. Mempunyai kuasa dalam semua perkara yang terkandung di dalam

peraturan-peraturan ini bagi menangani masalah disiplin dalam kalangan
pelajarnya.
b. Mempunyai kuasa menjalankan apa-apa tindakan disiplin yang terkandung
di dalam peraturan-peraturan ini berdasarkan Peraturan 4 iaitu Pengetua
sesebuah sekolah adalah bertanggungjawa atas disiplin sekolah dan bagi
maksud itu hendaklah mempunyai kuasa atas guru-guru dan murid-murid
sekolah itu.
Peraturan 8 iaitu Pengetua sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud
disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid
patut digantung persekolahannya.

1.4 Pengetua berkuasa mewakilkan kuasanya untuk menjalankan tindakan disiplin kepada
guru lain.
Pada bila-bila keadaan Pengetua berpuas hati bahawa adalah perlu bagi tujuan:
a. Mengawal atau mendisiplinkan pelajar atau;
b. Menjaga keselamatan pelajar dan ketenteraman sekolah.

1.5 Tindakan Disiplin
a. Pembuangan Sekolah
Seseorang pelajar yang telah melakukan salah laku atau tingkah laku yang mengang-
gu, berulang kali dan didapati tidak berubah tingkah lakunya selepas tindakan pemu-
lihan diambil oleh Pengetua atau; tingkah lakunya mendatangkan gangguan yang
serius kepada pelajar lain atau; terhadap keseluruhan disiplin sekolah dan atau;
markah merit melebihi 100 ; tindakan sesuai yang akan diambil ialah mengarahkan
PEMBUANGAN SEKOLAH.
b. Penggantungan Sekolah
Penggantungan merupakan satu arahan; di mana pelajar yang akan terlibat melaku-
kan salah laku dilarang memasuki kawasan sekolah dan atau menikmati kemudahan
sekolah. Penggantungan adalah bersifat sementara sahaja. Pengetua boleh
menimbangkan tindakan disiplin yang lebih berat iatu Pembuangan Sekolah; jika
pelajar tersebut mengulangi perbuatan melakukan mana-mana salah-
laku yang terkandung di dalam Peraturan sekolah ini.
c. Hukuman Dera (Merotan)/Corporal Punishment
Hukuman dera(merotan) boleh dikenakan kepada pelajar mengikut syarat-syarat
yang dinyatakan di dalam Peraturan Disiplin Sekolah.Hukuman rotan adalah sangat
berguna dan berkesan apabila dijalankan sebaik-baik sahaja sesuatu salah laku itu
dilakukan oleh pelajar yang telah didapati bersalah. Kesan hukuman dera/rotan
bukan sahaja sebagai pencegah kepada yang lain, malahan kesannya penting ke atas
pelajar yang melakukan kesalahan itu sendiri.
d. Penahanan/Detention
Penahanan adalah untuk mengawal pelajar yang melakukan salah laku kenakalan
atau ponteng persekolah supaya tingkah lakunya pada masa akan datang dapat
dikawal dan diperbaiki dengan cara menafikannya menikmati dan menggunakan
masa lapangnya. Arahan penahanan itu hendaklah ditentukan masa dan jumlah jam
seseorang pelajar itu ditahan. Aktiviti-aktiviti semasa dalam penahanan hendaklah
yang berfaedah dan membina.
e. Denda
Denda adalah merupakan satu hukuman yang perlu diperhalusi dengan teliti agar

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 6

boleh diseimbangkan dengan kemampuan pelajar. Denda seharusnya dibayar oleh
pelajar sendiri dan tidak oleh ibu bapa pelajar supaya pelajar itu sendiri dapat
merasakan yang dia dihukum.
f. Mencatatkan di sijil berhenti dengan kelakuan memuaskan/kurang memuaskan
Lembaga disiplin akan mengenakan tindakan dengan mencatatkan di sijil berhenti
pelajar dengan catatan memuaskan/kurang memuaskan di bahagian kelakuan
sekiranya pelajar tidak menunjukkan perubahan tingkahlaku setelah tindakan
disiplin dilakukan.
g. Amaran
Amaran adalah sesuai apabila Pengetua telah mempertimbangkan keadaan dan
jenis salah laku seseorang pelajar tersebut itu, di mana hukuman lebih berat adalah
tidak wajar mengikut mata merit.
h. Lain-lain Tindakan Disiplin dan tuntutan ganti rugi ke atas kerosakan harta sekolah
Lain-lain jenis tindakan/ hukuman/ tuntutan ganti rugi ke atas kerosakan harta
sekolah adalah mengikut budi bicara Pengetua/Badan Disiplin Sekolah yang
dianggap perlu bagi memperbaiki tingkahlaku pelajar . Segala kerosakan harta
sekolah disebabkan oleh perbuatan vandilisme atau kecuaian pelajar akan dikenakan
tuntutan mengikut harga semasa barangan yang dirosakkan dan ketentuan oleh
pentadbir sekolah.
1.6 Mana-mana pelajar atau kumpulan pelajar yang didapati melanggar apa-apa jua peraturan
yang dicatatkan di dalam buku ini dianggap telah ingkar terhadap Pengetua dan boleh
diambil tindakan/ hukuman seperti yang telah dinyatakan dalam buku ini.
1.7 Dalam semua perkara, tafsiran yang terdapat di dalam buku ini adalah benar dan muktamad.
Maksud dan tafsiran lain yang tidak bersangkut-paut adalah tidak benar dan tidak boleh
diterima.
1.8 Peraturan ini juga adalah tertakluk kepada Akta-Akta Pendidikan/ semua Arahan/Surat-
Surat Pekeliling Sedia Ada/ Surat Pekeliling Terkini/ Notis/ dan sebagainya/ sama ada
secara lisan/ bertulis yang dikeluarkan oleh pihak Pengetua/Guru-guru/ Jabatan Pelajaran/
Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 7

BAB 2

PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR

2.1 Semua kes Salah Laku Jenayah hendaklah disiasat oleh guru yang bertanggungjawab
dan melaporkannya kepada Ketua Guru Disiplin/Penolongnya untuk direkodkan di dalam
sistem on-line e-disiplin bagi tindakan lanjut bersama PK HEM. Kes salah laku jenayah
yang melibatkan keselamatan nyawa hendaklah segera dilaporkan kepada Pengetua.
Setiap kejadian jenayah hendaklah dilaporkan kepada ibu bapa, polis dan Pejabat
Pelajaran Daerah untuk tindakan selanjutnya. Hukuman rotan di punggung oleh guru
yang diberikan kuasa menghukum hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
Semua hukuman merotan hendaklah direkodkan dengan terperinci dan ditandatangani
oleh pelajar yang dihukum/rotan, guru yang melakukan hukuman/merotan dan saksi.
Jika kes tersebut merupakan Kes Siasatan Polis, pihak sekolah perlu mendapatkan keputusan
Laporan Siasatan Polis sebelum mengambil tindakan/hukuman ke atas pelajar yang terlibat.

2.2 Kes Salah Laku Lucah yang tidak melibatkan kes siasatan Polis/Jabatan Kebajikan Masyarakat
hendaklah disiasat di peringkat guru/ guru disiplin sahaja. Bagi kes salah laku yang serius
hendaklah disiasat oleh guru disiplin dan laporan lengkap dihantar kepada PK
HEM/Pengetua untuk diambil tindakan/hukuman.

2.3 Kes Salah Laku Pengabaian Kekemasan Diri adalah tanggungjawab guru tingkatan/semua
guru. Penguatkuasaan peraturan kekemasan diri yang menyeluruh hendaklah dilakukan dua
minggu sekali oleh guru tingkatan /guru disiplin dengan bantuan pengawas. Senarai nama
pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini hendaklah direkodkan di dalam system e-disiplin
untuk tindakan susulan dalam minggu itu juga.

2.4 Kes Salah Laku Tidak Mementingkan Masa perlu dikuatkuasakan oleh semua guru khasnya
guru bertugas mingguan dan pengawas bertugas. Tindakan serta merta untuk mengawal
keadaan hendaklah dilakukan.

2.5 Kes Salah Laku Kurang Sopan dan Biadap perlu di atasi oleh semua golongan pendidik.
Laporan lengkap kesalahan yang serius yang gagal diselesaikan di peringkat guru hendaklah
dilaporkan kepada guru disiplin bagi tindakan susulan serta melaporkannya kepada PK
HEM/Pengetua untuk tindakan/hukuman.

2.6 Kes Salah Laku Menyimpan/Membawa/Menggunakan rokok atau produk-produk yang ber-
kaitan dengan tembakau hendaklah dirujuk kepada Pekeliling Ikhtisas 1997. Laporan
lengkap, laporan tindakan dan hukuman yang diambil hendaklah direkodkan.

2.7 Kes Salah Laku Musnah/Vandalisme adalah tanggungjawab semua guru dan kakitangan
sekolah. Siasatan dan laporan lengkap hendaklah dibuat mengenai kes ini. Laporan siasatan
hendaklah diserah kepada PK HEM/Pengetua untuk tindakan lanjut. Pelajar/kumpulan
pelajar yang disahkan terlibat dengan kes salah laku musnah ini perlu diambil tindakan,
termasuklah membayar balik ganti rugi kepada mangsa/individu yang mengalami
kerugian/pihak sekolah; dengan kos sebenar kerugian yang dialami oleh mangsa. Laporan
yang lengkap mengenai kes hendaklah direkodkan.

2.8 Kes Salah Laku Menipu yang melibatkan wang/kepercayaan, hendaklah disiasat oleh guru
yang terlibat dan menyerahkan laporan kes salah laku kepada guru disiplin untuk direkod-

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 8

kan dan diambil tindakan termasuk menghubungi ibu bapa/penjaga pelajar terlibat dan
dirujuk kepada kaunselor sekolah. Bagi kes salah laku menipu semasa peperiksaan,
tindakan/hukuman berat boleh dikenakan terhadap pelajar jika didapati bersalah termasuk-
lah tidak diberi keputusan peperiksaan tersebut/gagal keseluruhan mata pelajaran pada
peperiksaan tersebut
2.9 Kes Salah Laku Ponteng sekolah/ponteng kelas/ponteng peperiksaan/ponteng
Perhimpunan/ponteng acara rasmi hendaklah diambil tindakan oleh guru tingkatan/ guru
mata pelajaran/ guru bertugas dengan mengambil tindakan susulan yang kerap. Jika kes
gagal diselesaikan, kes hendaklah diserahkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran /PK/PK
HEM. Semua kes ponteng berkenaan hendaklah direkodkan dan laporan bulanan kes
berkenaan hendaklah diserahkan kepada PK/PK HEM setiap hujung bulan untuk tindakan
susulan. Oleh itu,semua Guru Penasihat/ Guru terlibat aktiviti ko-kurikulum hendaklah
memaklumkan terlebih dahulu kepada guru tingkatan secara lisan/ bertulis mengenai pelajar
yang terlibat dengan aktiviti yang dijalankan dan jangkamasa aktiviti serta jumlah pelajar
untuk dikecualikan daripada mengikuti kelas pada satu jangkamasa tertentu.
2.10 Kes Salah Laku Ponteng Perhimpunan Rasmi Mingguan hendaklah diserahkan kepada PK
HEM sebaik tamat perhimpunan tersebut. Senarai pelajar yang terlibt hendaklah dicatatkan
dan direkodkan bagi tindakan/hukuman.
2.11 Kes Salah Laku Ponteng Sekolah perlu diambil tindakan oleh Guru Tingkatan mengikut
prosedur yang ditetapkan(e-ponteng). Surat amaran hendaklah dihantar kepada ibu
bapa/penjaga.
2.12 Bagi kes-kes Ponteng sekolah semasa Peperiksaan sedang dijalankan. Guru Tingkatan/Guru
Mata Pelajaran berhak mengikut budi bicarannya TIDAK membenarkan pelajar yang terlibat
menduduki peperiksaan ULANGAN bagi mata pelajaran/peperiksaan tersebut.
2.13 Bagi menangani kes-kes salah laku di sekolah, segala bahan-bahan/bahan yang bercetak/
tidak bercetak yang digunakan untuk tujuan siasatan/ rekod adalah merupakan/dianggap
dokumen rasmi kes salah laku pelajar di sekolah dan boleh digunakan untuk tujuan rujukan/
rekod/perundangan.
2.14 Bagi kes salah laku pelajar yang melibatkan siasatan polis dan tindakan mahkamah pihak
sekolah digalakkan menunggu hasil siasatan atau keputusan mahkamah sebelum mengambil
tindakan disiplin ke atas pelajar tersebut, ini selaras dengan Surat Pekeliling Iktisas yang
telah dikeluarkan oleh KPM.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 9

BAB 3
PENGUATKUASA

3.1 Guru-guru/Pengawas-Pengawas Sekolah/ Pengawas-Pengawas PSS/Pemimpin-Pemimpin
Unit Beruniform/Pemimpin-Pemimpin Kelab dan Persatuan/Pemimpin-Pemimpin sukan
dan permainan/Kakitangan sekolah yang diarahkan oleh Pengetua diberi kuasa menguat-
kuasakan segala peraturan dan arahan-arahan yang terdapat dalam buku ini.

3.2 Kuasa Menjalankan Tindakan atau Hukuman (Salah Laku Berat)
3.2.1 Pengetua
3.2.2 PK HEM
3.2.3 PK PENTADBIRAN
3.2.4 PK Ko-Kurikulum
3.2.5 Guru Disiplin Sekolah
3.2.6 Guru-guru Pengawas
3.27 Guru-guru yang diberi kuasa oleh Pengetua.

3.3 TUGAS GURU DISIPLIN
3.3.1 Membantu Pengetua merangka peraturan sekolah.
3.3.2 Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dipraktikkan sekolah.
3.3.3 Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi.
3.3.4 Mengambil tindakan terhadap kes-kes salah laku pelajar.
3.3.5 Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
3.3.6 Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa/penjaga
dalam menangani masalah disiplin.
3.3.7 Tanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat cintakan sekolah
dalam kalangan pelajar dan guru.
3.3.8 Mencatatkan semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam system
e-disiplin/borang disiplin/buku laporan disiplin.
3.3.9 Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan dalaman kepada Penolong Ka-
nan HEM.
3.3.10 Menghubungi pihak polis jika perlu.
3.3.11 Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan sekolah (spot
check)
3.3.12 Memberi maklumat kepada Penolong HEM berhubung kes-kes yang serius seperti:
a. Penyalahgunaan dadah
b. Gambar Lucah/Video Lucah/Majalah Lucah.
c. Peras ugut / Kumpulan haram / Buli
d. Bohsia/Bohjan
e. Pergaduhan antara kaum atau sesama kaum
f. Menghisap rokok dan seumpamanya.
g. Gangguan seksual
h. Kesalahan-kesalahan lain yang dianggap serius.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 10

3.4 LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH

Pengerusi : PENGETUA
Timbalan Pengerusi : PK HEM
Naib Pengerusi 1 : PK PENTADBIRAN
Naib Pengerusi 2 : PK KO-KURIKULUM
Setiausaha : Guru Disiplin
Penolong Setiausaha : Guru
AJK : Ketua-Ketua Bidang
: Guru Penyelaras Tingkatan
: Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling
: Guru Disiplin 2/Guru Pengawas
: Guru Pendidikan Agama Islam
: Guru Pendidikan Moral
: Ketua Pelajar.

Tugas Jawatankuasa:

1. Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan peke-
liling Kementerian dan Jabatan Pelajaran.

2. Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan
sekolah.

3. Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh
Pengawas.

4. Membantu Lembaga Disiplin sekolah untuk mengesan dan mengesahkan penggantungan
sementara atau hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975
Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat Pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar
untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.

5. Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua
majlis sekolah.

6. Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem pemantauan yang berkesan.
7. Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan prinsip-prinsip Ruku

Negara.
8. Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengmbil tindakan yang se-

wajarnya.
9. Menanam semangat kekitaan melalui slogan “SEKOLAHKU RUMAHKU” supaya peraturan

sekolah menjadi satu budaya.
10. Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
11. Menjalankan rondaan dengan bantuan Guru Bertugas Harian untuk mengesan pelajar yang

ponteng dan melanggar disiplin sekolah.
12. Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian/Jabatan

dan PPD.
13. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan

disiplin pelajar.
14. Menjadi Pegawai Perhubungan antara ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin.
15. Mendapatkan bantuan pihak polis sekiranya pelajar terlibat dalam kes jenayah.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 11

BAB 4
PERATURAN SEKOLAH MENENGAH LKTP BELITONG,

KLUANG, JOHOR

4.0 PERATURAN SEKOLAH
4.1 AM

4.1.1 Setiap pelajar hendaklah mematuhi segala peraturan yang terkandung di dalam
Peraturan Sekolah ini dan juga mana-mana peraturan yang dikeluarkan oleh
4.1.2 Pengetua/Jabatan Pelajaran Negeri/ Kementerian Pelajaran Malaysia/mana-mana
4.1.3 pihak yang mempunyai hubungan dengan sekolah dari semasa ke semasa.
4.1.4 Pelajar hendaklah pada setiap masa menghormati guru-guru, kakitangan sekolah,
4.1.5 pengawas-pengawas, individu-individu yang berurusan dengan pihak sekolah dan
rakan-rakan.
Pelajar hendaklah pada setiap masa sentiasa mengamalkan Prinsip-Prinsip Rukun
Negara.
Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan secara yang dianggap sebagai ingkar
perintah/arahan pengetua, guru-guru, pengawas/mana pihak yang diberi kuasa
berbuat demikian oleh Pengetua.
Setiap pelajar tidak boleh berkelakuan dengan cara yang dapat ditakrifkan dianggap
sebagai:

4.1.5.1 Mencemar nama baik/imej sekolah dengan berkelakuan tidak sopan/biadap
dan sebagainya sama ada di dalam kawasan sekolah mahupun di luar
kawasan sekolah.

4.1.5.2 Mencemar nama baik/menjatuhkan/menghina/menjatuhkan maruah/
mengugut/menyeksa mana-mana individu.

4.1.5.3 Melakukan perbuatan vandalisme terhadap harta benda sekolah guru-guru /
kakitangan sekolah/orang perseorangan.

4.1.5.4 Mengganggu ketenteraman dan perpaduan sekolah.
4.1.5.5 Menimbulkan rasa kegelisahan, ketakutan dan permusuhan di kalangan

guru-guru, kakitangan dan pelajar di sekolah ini.

4.1.6 Setiap pelajar hendaklah belajar bersungguh-sungguh/ mendengar nasihat/
mematuhi arahan/nasihat yang diberikan oleh guru-guru.

4.1.7 Setiap pelajar hendaklah menyertai/mengambil bahagian dalam semua
aktiviti/kegiatan di sekolah sama ada bercorak akademik/kokurikulum jika diarahkan
Pengetua

4.1.8 Setiap pelajar tidak dibeenarkan keluar dari bilik darjah/kawasan sekolah tanpa
kebenaran guru/Pengetua.

4.1.9 Setiap pelajar pada setiap masa ketika hadir dan balik hendaklah melalui pintu pagar
sekolah untuk laluan pelajar.

4.1.10 Pelajar hendaklah pada setiap masa sentiasa menunjukkan perasaan sangat sayangi
akan sekolah (Esprit De Corp) dengan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam
bidang akademik, kokurikulum, pergaulan, tingkahlaku di mana-mana pada setiap
masa.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 12

4.2 PERATURAN SEKOLAH : LARANGAN
4.2.1 Pelajar di bawah umur 21 tahun adalah dilarang menganggotai/mengambil bahagian
dalam mana-mana /apa jua aktiviti politik.
4.2.2 Pelajar dilarang menulis surat/ risalah/ apa-apa jua bahan bercetak yang berunsur
hasutan/propaganda/dakyah ke kedutaaan atau organisasi yang diiktiraf sebagai
blok komunis dan/untuk penyebaran di dalam negara.
4.2.3 Pelajar dilarang membawa/ menyimpan/mempamerkan mana-mana risalah/bahan
bercetak /lambang-lambang/simbol-simbol parti-parti politik dari dalam negara
mahupun parti-parti politik dari luar negara.
4.2.4 Pelajar yang ingin menulis surat/apa-apa jua bahan bercetak yang bukan berbentuk
politik/hasutan/propaganda/dakyah kepada organisasi yang bukan blok komunis di
dalam atau di luar negara hendaklah melalui Pengetua.
4.2.5 Pelajar yang ingin menyertai apa-apa jua aktiviti atau kegiatan luar yang dianjurkan
oleh badan-badan/organisasi luar yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia hendaklah
mendapat kebenaran Pengetua.
4.2.6 Pelajar dilarang menyertai sebarang bentuk pertandingan ratu cantik/pertunjukan
fesyen/menjadi model peragaan sebarang produk kecantikan barangan (kecuali
dengan kebenaran Pengetua.
4.2.7 Pelajar dilarang membeli/ menganjurkan/ menjadi agen loteri/permainan untung/
kutu/ skim cepat kaya/ sesuatu aktiviti pengagihan wang hadiah dengan cara bera-
du nasib.
4.2.8 Pelajar dilarang menyimpan/membawa/ mengedar/ terlibat dalam aktiviti penjualan
apa-apa jua bahan-bahan berbahaya/gambar/ risalah bercetak/kaset/video kaset/
cakera padat/cakera optik dan apa-apa jua bahan material yang diharamkan/salah
di sisi undang-undang.
4.2.9 Pelajar dilarang menggunakan telefon awam di dalam kawasan sekolah sewaktu
sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jika terdapat urusan kecemasan,
penggunaan telefon awam adalah dengan kebenaran guru.
4.2.10 Penggunaan pemadam cecair (liquid paper) adalah dilarang sama sekali di sekolah.
4.2.11 Pelajar dilarang menconteng/melukis/ menulis di dinding-dinding /meja/ kerusi
papan kenyataan/dan mana-mana perabot/tempat yang menjadi harta benda
sekolah/harta benda individu yang berada di kawasan sekolah.
4.2.12 Perkara yang menjadi kesalahan dalam undang-undang awam adalah menjadi
larangan kepada semua pelajar di sekolah ini.
4.2.13 Pelajar dilarang membawa wang yang banyak ke sekolah. (Pihak sekolah tidak
bertanggungjawab ke atas kehilangan wang.)
4.2.14 Pelajar dilarang memakai barang perhiasan/gelang perubatan dan lain-lain yang
tidak bersesuaian.

4.3 PERATURAN SEKOLAH : WAKTU HADIR KE SEKOLAH

4.3.1 Pelajar-pelajar sekolah hendaklah hadir lebih awal iaitu pada pukul sebelum pukul
4.3.2 7.15 pagi.
Pada loceng yang pertama dibunyikan (pukul 7.20 pagi) pelajar-pelajar hendak-
4.3.3 lah berkumpul dalam aturan kelas di Dataran Budi/tempat yang diarahkan oleh
Pengetua/ Penolong Kanan/Guru Disiplin/Guru bertugas mingguan.
Pelajar hendaklah berkumpul dalam barisan dan tertib di luar bilik darjah
ketika bergerak ke bilik-bilik khas seperti Makmal Sains/Bengkel Kemahiran
Hidup/mana-mana tempat yang diarahkan oleh guru tingkatan/guru mata pelajaran.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 13

Pelajar- pelajar dilarang membuat bising/kekacauan yang boleh mengganggu
ketenteram sekolah bergerak ke tempat-tempat tersebut.

4.3.4 Pelajar-pelajar hendaklah hadir ke sekolah dan mengikut jadual masa belajar pada
4.3.5 hari-hari yang diumumkan sebagai hari bekerja/bersekolah (Isnin hingga Jumaat)
kecuali hari-hari yang diumumkan sebagai hari seperti cuti umum negeri/persekutu-
4.3.6 an, cuti persekolahan/cuti-cuti yang diarahkan oleh Pengetua/pekeliling dari semasa
ke semasa.
Pelajar hendaklah sentiasa menepati semua masa belajar yang telah ditetapkan
di dalam Jadual Waktu Masa Belajar dan sentiasa mengikuti/mematuhi segala
program/aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sekolah. Pelajar yang gagal hadir pada
hari persekolahan biasa/ aktiviti-aktiviti ko-kurikulum hendaklah mengemukakan
kenyataan sama ada Sijil Cuti Sakit (jika sakit ), surat pengesahan ibu bapa/penjaga
yang sah/kenyataan yang munasabah/relevan. Selain itu, kenyataan ketidakhadiran
ke sekolah bolehlah dipertimbangkan melalui panggilan telefon yang dibuat oleh ibu
bapa/ penjaga pelajar yang sah.
PERINGATAN : Pelajar yang gagal hadir ke sekolah pada hari yang diumumkan seba-
gai hari persekolahan tanpa kenyataan rasmi,pelajar tersebut dianggap sebagai
Ponteng Sekolah
Pihak sekolah berhak/mengikut budi bicara mempertimbangkan/mempertikaikan
segala dokumen yang digunakan oleh ibu bapa/penjaga/ pelajar sebagai kenyataan
tidak hadir sekolah dengan bersebab, sekiranya terdapat keraguan/kekeliruan ter-
hadap isi kandungan yang tercatat di dalam dokumen/kenyataan tersebut.

4.4 PERATURAN SEKOLAH: WAKTU BALIK SEKOLAH

4.4.1 Apabila loceng akhir berbunyi, pelajar hendaklah menutup suis/menyimpan semua
4.4.2 peralatan yang digunakan dengan arahan guru. Keluar berbaris di luar kelas/mana-
mana bilik khas yang digunakan dengan arahan guru dengan tertib. Kemudian
berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu utama sekolah dengan tenang, bersopan
dan mengikut giliran.
Aturan keluar:
a) Keluar mengikut pintu yang telah ditetapkan dalam keadaan berbaris.
b) Guru Bertugas Mingguan, Guru Keselamatan Jalan Raya dan Pengawal

Keselamatan hendaklah menunggu di pintu masuk utama untuk memastikan
keselamatan pelajar dan pergerakan pelajar balik dalam keadaan teratur
dan tertib.

4.5 PERATURAN SEKOLAH: ETIKA BERPAKAIAN RASMI DAN KELENGKAPAN SEKOLAH
4.5.1 Pakaian Pelajar Lelaki
a) Seluar
Seluar panjang berwarna hijau tua/hijau lumut (Dark Olive). Dilarang memakai
seluar panjang yang ketat/terlalu labuh/besar/bebentuk tirus/lebar di bahagian
bawah /buku lali (bell bottom) dan ketat di bahagian peha/celah peha atau
berfesyen. Buka lilitan kaki seluar ialah 40-45 sm. Seluar hendaklah tidak terlalu
panjang/ labuh ke bawah terlalu singkat dan tidak boleh berlipat di bahagian bawah.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 14

Ukuran yang dianggap sesuai adalah paras buku lali. Pelajar dilarang memakai seluar
berbentuk ‘jeans’/‘ala jeans’
b) Baju
Baju berwarna putih berkolar lipat. berkocek satu(di sebelah kiri bahagian dada)
dan berlengan pendek/panjang. Jika pelajar memakai baju berlengan panjang, baju
di pergelangan tangan hendaklah dikancing atau dilipat ke atas sedikit dari paras
siku. Pelajar dilarang menggulung atau melipat bahagian lengan baju. Baju
hendaklah dimasukkan ke dalam seluar di bahagian pinggang. Dilarang memakai
baju yang terlalu ketat/sendat/kecil /besar /labuh.
c) Kasut
Kasut kanvas berwarna putih bertapak getah. Tidak mempunyai apa-apa lambang/
simbol jenama dan lambang kasut mestilah tidak terlalu besar. Pelajar diilarang me-
makai kasut sukan/selipar/kasut yang menyamai boot/pump shoes/lain-lain.
d) Stokin
Stokin berwarna putih tidak bercorak/mana-mana yang dibenarkan. Panjang stokin
hendaklah melepasi buku lali [ 8cm dari buku lali ]
e) Tali pinggang
Dilarang memakai tali pinggang yang terlalu besar melebihi 30mm/berkepala besar/
lebar/logam/ mempunyai bucu yang tajam. Tali pinggang/kepala tali pinggang tidak
boleh mempunyai sebarang bentuk tulisan/corak/lambang/simbol kumpulan/ per-
satuan tertentu kecuali persatuan/unit uniform sekolah yang berdaftar. Hanya tali
pinggang berwarna hitam/biru gelap/hijau gelap sahaja dibenarkan.
4.5.2 Pakaian Pelajar Perempuan
a) Baju
Blaus putih dan ‘pinafore’ biru muda yang menutupi bahagian lutut(tidak ketat),
labuh 5sm di bawah paras lutut), baju kurung putih berkekek dan berpesak paras
lutut, berkain ropol warna biru muda tidak melebihi buku lali dan bertudung/mini
telekung putih tanpa sulaman/corak/berenda/berambu-rambu. Saiz tudung mesti
melepasi bahu, sementara bahagian hadapan hujung tudung mesti mencecah pusat
Pelajar diwajibkan memakai anak tudung berwarna putih. Pelajar memakai baju ku-
rung diwajibkan memakai anak baju/camisole dan kain dalam.
b) Tudung
Tudung kepala berbentuk mini telekung putih tanpa sulaman/renda/berambu atau
berfesyen. Saiz tudung mesti sampai ke paras pinggang di bahagian hadapan dan
belakang dan melepasi bahu. Pelajar hanya dibenarkan memakai anak tudung
berwarna putih.
c) Kasut
Kasut berwarna putih, bertapak getah tidak bertumit. Tidak mempunyai apa-apa
lambang /simbol kecuali lambang/simbol jenama kasut tersebut dan mestilah ber-
warna putih. Dilarang memakai kasut sukan/selipar atau yang
menyamainya/boot/pump shoes/ dan lain-lain.
d) Stokin
Stokin berwarna putih tidak bercorak/mana-mana yang dibenarkan. Panjang stokin
hendaklah melepasi buku lali [ 8cm dari buku lali ]
4.5.3 Pakaian Pengawas/Pustakawan
Hanya pelajar yang dilantik sebagai pengawas/pustakawan sahaja yang dibenarkan
memakai pakaian pengawas/pustakawan. Semua pengawas/pustakawan hendaklah

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 15

sentiasa memakai pakaian pengawas/pustakawan yang ditetapkan dengan lengkap
pada setiap masa. Pengawas/pustakawan yang tidak mematuhi arahan berpakaian
akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Lembaga Pengawas/Pustakawan.
4.5.4 Pakaian Ahli Unit Beruniform
Semua pelajar yang menjadi ahli unit beruniform hendaklah sentiasa memakai
pakaianuniform lengkap unit masing-masing ketika aktiviti/gerakerja luar dijalankan
seperti mana yang diarahkan dan pada minggu ke 3 setiap hari Isnin setiap bulan.
Pelajar diwajibkan memakai pakaian unit uniform/kelab dan persatuan masing-
masing pada setiap hari Rabu. Pelajar yang mempunyai pakaian seragam unit
masing-masing tetapi tidak mengambil berat arahan yang diberi oleh guru penasihat
unit masing-masing/guru disiplin, akan dikenakan tindakan. Pelajar yang belum
mempunyai pakaian seragam unit beruniform masing-masing akan diberikan
tempoh masa yang sewajarnya untuk melengkapkannya. Pelajar yang gagal
berbuat demikian akan diambil tindakan.
4.5.5 Pakaian Rumah Sukan dan Pendidikan jasmani.
a) Seluar
Seluar trek berwarna hitam/biru gelap untuk semua pelajar yang disyorkan oleh
pihak sekolah. Seluar trek mestilah tidak ketat dan selesa dipakai oleh pelajar. Kasut
sukan hanya boleh digunakan ketika pengajaran dan pembelajaran PJK berlangsung
sahaja. [ mengikut ketetapan sekolah / baju PJK ]
b) Baju
Baju ‘T’ berwarna mengikut warna rumah sukan yang ditetapkan oleh pihak sekolah
dipakai semasa aktiviti rumah sukan. Bagi pakaian Pendidikan jasmani pula, pelajar
diwajibkan memakai pakaian PJK yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Bagi pelajar
lelaki hendaklah berlengan pendek. Bagi pelajar perempuan Islam mereka hendaklah
memakai baju ‘T’ berlengan panjang. Pakaian baju bagi pelajar lelaki dan
perempuan mestilah tidak terlalu ketat dan pendek. Baju pelajar lelaki hendaklah
dimasukkan ke dalam seluar sementara pelajar perempuan hendaklah dilepaskan
keluar.
c) Kasut
Kasut sukan yang sesuai dengan aktiviti yang disertai /kasut getah kanvas berwarna
hitam/putih dan berstokin. Pelajar diwajibkan memakai kasut yang dinyatakan
/yang sesuai ketika menjalankan aktiviti /gerak kerja luar.
4.5.6 Pakaian/Kelengkapan Ketika Menghadiri Aktiviti-aktiviti/Program-Program
Sekolah
Pelajar-pelajar diwajibkan memakai pakaian-pakaian rasmi sekolah seperti pakaian
sekolah/pakaian unit beruniform/pakaian kelab dan persatuan /pakaian kelas
pendidikan jasmani/pakaian rumah sukan dan lain-lain yang dibenarkan ketika
menghadiri aktiviti-aktiviti/program-program anjuran sekolah . Jenis-jenis
bentuk/fesyen pakaian/kelengkapan selain yang dinyatakan adalah dilarang.
4.5.7 Tali Leher
Tali leher berlogo sekolah sahaja dibenarkan dipakai oleh pelajar. Bagi pengawas-
pengawas sekolah pemakaian tali leher seperti yang ditetapkan. Tali leher

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 16

hendaklah dipakai dengan kemas dan rapi. Pastikan tali leher tidak terlalu
pendek/panjang sebaiknya pastikan hujung tali leher mestilah mengenai bahagian
kepala tali pinggang. Pelajar dilarang menulis/menconteng tali leher .
4.5.8 Kelengkapan-Kelengkapan Lain
a) Beg Sekolah
Pelajar dilarang menggunakan/memakai beg sekolah yang mempunyai
logo/simbol/gambar kumpulan/pertubuhan persatuan tertentu
/menulis/menconteng pada mana-mana bahagian beg dengan apa jua
perkataan/simbol yang dilarang.
b) Lencana Sekolah
Pemakaian lencana sekolah adalah diwajibkan mengikut kepada semua pelajar.
Lencana hendaklah dijahit pada bahagian sebelah kiri di atas kocek baju/tudung.
c) Tanda Nama
Semua pelajar diwajibkan mempunyai tanda nama (yang diperbuat daripada kain
sahaja) yang dijahit pada bahagian sebelah kanan baju / di atas lencana sekolah
pada tudung.
d) Cermin mata
Penggunaan cermin mata berfesyen adalah dilarang. Bingkai cermin mestilah
berwarna gelap. Bingkai yang berwarna warni dilarang. Penggunaan kanta lekap
yang berwarna warni adalah dilarang.
e) Peralatan Lain.
Pelajar dilarang memakai /menggunakan mana-mana benda/barang-barang yang
boleh diklasifikasikan sebagai barang perhiasan/apa-apa jua produk yang boleh
mengganggu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah/ketenteraman
sekolah. Pelajar lelaki Islam hanya dibenarkan memakai songkok berwarna
hitam/biru gelap sahaja. Bagi pelajar bukan bukan Islam, pemakaian simbol
keagamaan adalah dibenarkan asalkan iainya tidak terlalubesar dan/hendaklah
dipakai secara tidak dipamerkan seperti : rantai leher/gelang. Sebarang bentuk
perhiasan seperti beg tangan yang tidak sesuai adalah tidak dibenarkan.

4.6 PERATURAN SEKOLAH: KEKEMASAN DAN KEBERSIHAN DIRI
4.6.1 Rambut/misai/janggut/jambang
4.6.1.1 Pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang. Istilah panjang adalah seperti
berikut:
a) Belakang rambut dibiarkan tebal/jatuh melebihi garisan di bawah cuping
telinga/tersentuh kolar.
b) Bahagian tepi rambut menutup/menyentuh kedua-dua cuping telinga dan
jambang/’side burn’ panjang melebihi garisan tengah hidung.
c) Bahagian hadapan rambut terjuntai dan menutup garisan tengah dahi. Bahagian
atas rambut tidak melebihi 6 inci panjang dan tidak berfesyen keterlaluan.
4.6.1.2 Pelajar tidak dibenarkan menyimpan janggut, misai atau kedua-duanya. Janggut dan
misai hendaklah dicukur kemas.
4.6.1.3 Pelajar lelaki dilarang menyimpan ekor rambut di mana-mana bahagian
rambut/bahagian kepala/ membotakkan rambut tanpa sebab yang wajar. Pelajar

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 17

dilarang memotong/membentuk rambut berfesyen/mewarnakan rambut mengikut
imej/identiti seseorang/sesuatu kumpulan atau organisasi. (Sila lihat lampiran)
4.6.1.4 Rambut pelajar perempuan hendaklah sentiasa dijaga rapi dan bebas dari masalah
kesihatan dan sebagainya. Pelajar perempuan juga dilarang mewarnakan
rambut/memotong rambut mengikut fesyen rambut lelaki.
4.6.1.5 Pelajar-pelajar perempuan dilarang bersolek seperti bergincu/memakai pemerah
pipi dan mencukur bulu kening.
4.6.2 Kuku
a) Pelajar-pelajar dilarang berkuku panjang.
b) Pelajar-pelajar dilarang mewarnakan kuku.
c) Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kuku.
d) Pelajar-pelajar dilarang menginaikan kuku.
4.6.3 Kebersihan Pakaian dan Kelengkapan Sekolah.
Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa memastikan kebersihan baju, seluar, kasut dan
apa-apa jua yang dianggap sebagai kelengkapan sekolah pada setiap masa.
4.6.4 Penyakit Berjangkit
a) Pelajar-pelajar yang telah disahkan mengidap penyakit berjangkit tetapi tidak bahaya
oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau sebagainya, hendaklah mematuhi arahan-
arahan yang yang dikeluarkan dari semasa ke semasa dari pihak
hospital/sekolah/dan sebagainya.
b) Bagi pelajar-pelajar yang telah disahkan mengidap/membawa penyakit berjangkit
yang berbahaya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan sebagainya hendaklah
mematuhi arahan -rahan semasa yang dikeluarkan oleh pihak hospital/sekolah dan
sebagainya.

4.7 PERATURAN SEKOLAH: PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN

4.7.1 Pelajar dilarang berbual-bual atau berbuat bising ketika berada di perpustakaan
4.7.2 Elakkan perbuatan yang boleh mengganggu pelajar lain yang sedang
4.7.3 membaca/belajar perpustakaan.
4.7.4 Buku-buku dan bahan bacaan perpustakaan tidak boleh dibawa keluar, kecuali yang
4.7.5 dipinjam secara sah di kaunter peminjaman.
Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk buku teks dan sebagainya, kecuali dengan
kebenaran petugas perpustakaan.
Pelajar yang tidak mengambil sesuatu subjek peperiksaan awam hanya dibenarkan
masuk ke pusat sumber setelah mendaftarkan diri dengan Penolong Kanan atau
Guru Pusat Sumber.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 18

4.8 PERATURAN SEKOLAH: KHIDMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

4.8.1 Pelajar yang ingin berjumpa Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah
4.8.2 mendaftarkan diri dengan guru tersebut pada waktu tidak belajar untuk urusan
temujanji seterusnya.
Pelajar yang ada temujanji dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah
mendapatkan kebenaran guru dalam kelas sebelum meninggalkan kelas.

4.9 PERATURAN SEKOLAH: PENGGUNAAN TANDAS

4.9.1 Pelajar dibenarkan ke tandas pada waktu-waktu berikut iaitu sebelum waktu
pertama, sebelum waktu rehat dan selepas tamat waktu belajar. Jika pelajar ke
4.9.2 tandas pada waktu pengajaran dan pembelajaran , pelajar dikehendaki
4.9.3 menggunakan pas keluar kelas.
4.9.4 Tuala wanita (pad) yang telah digunakan hendaklah dibungkus elok-elok dan sebaik-
4.9.5 baiknya dibasuh terlebih dahulu dan dibuangkan ke dalam bekas/tong khas yang
disediakan.
Sikap berjimat dalam penggunaan air hendaklah diamalkan. Pastikan paip air ditutup
setelah digunakan.
Semua pelajar bertanggungjawab terhadap kebersihan tandas. Elakkan perbuatan
tidak mengepam tandas setelah digunakan, dilarang sama sekali menconteng tandas
dan melakukan apa jua kerosakan.
Sebarang kerosakan di tandas hendaklah dimaklumkan kepada guru bertugas
dengan segera.

4.10 PERATURAN SEKOLAH :KEDAI KOPERASI SEKOLAH
4.10.1 Segala urusniaga di Kedai Koperasi Sekolah hendaklah dibuat pada waktu
persekolahan dan pada waktu-waktu tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh
Koperasi Sekolah. Sila rujuk papan kenyataan koperasi sekolah.
4.10.2 Pelajar yang hendak berurusan dengan Kedai Koperasi Sekolah pada waktu
pembelajaran hendaklah mendapat kebenaran daripada guru masing-masing.
4.10.3 Pelajar hendaklah beratur dan senyap ketika berurusan dengan Kedai Koperasi
Sekolah
4.10.4 Urusan pembelian hendaklah dibuat di kaunter yang disediakan. Pelajar dilarang
memasuki kedai koperasi.

4.11 PERATURAN SEKOLAH: TINGKAH LAKU DI DALAM BILIK DARJAH
a) Pelajar hendaklah sentiasa menjaga tatatertib dan tingkah laku semasa berada di bilik darjah

bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Semua pelajar perlu
menghayati nilai-nilai agama/nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian bagi menjamin
kejayaan dan kesejahteraan hidup.
b) Pelajar mestilah menepati masa semasa di bilik darjah. Pelajar perlu melatih diri untuk
menepati masa dengan jujur dan mengagihkan masa untuk keperluan diri tanpa melanggar
mana-mana peraturan sekolah.
c) Apabila guru/pelawat masuk ke kelas, ketua tingkatan/penolongnya hendaklah memberi
arahan supaya semua pelajar bangun untuk memberi ucap selamat kepada
guru/pelawat. Begitu juga ketika guru/pelawat keluar dari kelas.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 19

d) Pelajar mestilah berada di dalam kelas yang ditetapkan pada setiap masa melainkan setelah
diarahkan ke tempat lain oleh guru. Gunakan pas keluar kelas jika ada urusan penting atau
ke tandas pada waktu belajar.

e) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar/masuk kelas sesuka hati tanpa kebenaran guru/atau
semasa ketiadaan guru.

f) Pelajar-pelajar mestilah sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pengajaran
guru. Pelajar-pelajar dilarang membuat bising/mengganggu pengajaran guru di dalam kelas
Sekiranya pelajar kurang sihat, sila laporkan kepada guru/guru bertugas mingguan. Jika pe-
lajar terpaksa dirujuk /dibawa ke hospital untuk rawatan, guru bertugas akan menghubungi
ibubapa /penjaga pelajar. Jika penjaga/ibu bapa tidak dapat dihubungi, guru bertugas/peng-
ganti akan terus menghantar pelajar yang terlibat ke hospital mengikut prosedur yang
ditetapkan. Perkara ini mesti dimaklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu.

g) Pelajar dilarang berkelakuan tidak sopan/biadap seperti memaki guru/mengeluarkan kata-
kata kesat dan lucah/mencarut kepada guru/meninggikan suara apabila ditegur/disoal
guru atau melakukan apa jua perbuatan yang menyalahi peraturan, semasa guru di dalam
kelas atau ketika ketiadaan guru.

h) Pelajar dilarang mengganggu pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Pelajar
yang mempermainkan dan mempersendakan guru akan diambil tindakan ke tahap pem-
buangan sekolah.

i) Pelajar dikehendaki meminta kebenaran sebelum menggunakan/meminjam hak orang
lain dan uruskan barang-barang yang digunakan/dipinjam dengan cara yang sopan

j) Pelajar dilarang menjatuhkan maruah guru/pelajar lain di dalam kelas kerana ke-
silapan yang dilakukan. Amalkan nilai-nilai saling memahami dan bertolak ansur
untuk mengelakkan perselisihan faham/permusuhan/pergaduhan.

k) Pelajar digalakkan bertanya guru jika tidak jelas tentang perkara yang diajar. Pe-
lajar dikehendaki membaca dahulu pelajar yang akan diajar bagi memudahkan
pemahaman pelajar.

l) Apabila pelajar ingin menyoal/menjawab soalan, berikan isyarat dengan meng-
angkat tangan kanan dan berdiri ketika menyoal/menjawab soalan apabila diarah
kan.

m) Pelajar tidak dibenarkan makan/minum di dalam kelas/berada di dalam kelas pada
waktu rehat /pada hari-hari yang diumumkan cuti umum/cuti sekolah kecuali deng-
an kebenaran guru/pentadbir sekolah.

n) Ketua tingkatan dikehendaki menulis jumlah kehadiran pelajar di dalam kelas serta
nama-nama pelajar yang tidak hadir di dalam buku pergerakan pelajar atau di sudut
tepi papan tulis. Ketua tingkatan hendaklah melaporkan pelajar yang ponteng kelas
kepada guru tingkatan/guru mata pelajaran pada hari berkenaan untuk direkodkan
dengan jelas ke dalam buku/diari kelas/buku kehadiran pelajar waktu belajar bagi
diambil tindakan susulan. Ketua tingkatan/pelajar-pelajar lain tidak dibenarkan
mengisi /menulis/ menandatangani bagi pihak guru tingkatan /guru mata pelajaran
segala butiran di dalam buku /buku pergerakan pelajar

o) Ketua tingkatan/penolongnya hendaklah mencari guru yang sepatutnya masuk ke
kelas jika guru tersebut masih belum hadir pada waktu pengajaran/pembelajaran
Jika guru berkenaan tidak ditemui Ketua Tingkatan/Penolong mestilah melaporkan
kepada PK untuk mendapatkan maklumat/tindakan seterusnya.

p) Semua pelajar bertanggungjawab menentukan kebersihan bilik darjah. Ketua AJK
Kebersihan dan Kecerian Kelas hendaklah memastikan semua pelajar menjalankan
tugas dan memberikan kerjasama untuk kebaikan bersama.

q) Setiap bilik darjah hendaklah memaparkan jadual waktu, jadual tugasan harian mem-

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 20

bersihkan kelas, carta organisasi kelas, dokumen-dokumen dan maklumat tambahan
sekolah serta hiasan yang sesuai.
r) Maklumat-maklumat di dalam jadual tugasan pelajar mestilah mengandungi tugas
menyapu lantai, mengelap tingkap, membersihkan papan tulis, menyusun kerusi
meja dan lain-lainnya yang sesuai.
s) Pelajar-pelajar yang bertugas hendaklah datang lebih awal bertugas di waktu pagi
dan membersihkan semula kelas 5 minit sebelum balik dengan arahan guru kelas
atau guru mata pelajaran waktu akhir.
t) Bilik-bilik darjah hendaklah dibersihkan dan kerusi meja disusun dengan kemas dan
teratur. Sampah-sarap di dalam kelas hendaklah dibuang di dalam tong sampah se-
masa membersihkan kelas.
u) Ketua tingkatan/AJK kebersihan kelas hendaklah melaporkan kepada guru tingkatan
mana-mana pelajar yang tidak menjalankan tugas yang diarahkan/tidak memberi
kerjasama menjalankan tugas yang diberi.
v) Mana-mana pelajar yang tidak menjalankan/tidak memberi kerjasama menjalankan
tugas dan tidak berdisiplin hendaklah direkodkan dan diambil tindakan.

4.12 PERATURAN SEKOLAH: ISTIADAT PERHIMPUNAN SEKOLAH
a) Semasa perhimpunan, pelajar-pelajar dikehendaki beratur mengikut aturan kelas

di tempat yang diarahkan oleh Pengetua. Pelajar hendaklah berada di tapak per-
himpunan tepat jam 7.15 pagi.
b) Semua pelajar WAJIB hadir perhimpunan. Pelajar yang tidak hadir ke perhimpunan
akan diambil tindakan kecuali dengan kebenaran guru.
c) Perhimpunan sekolah adalah satu istiadat. Semua pelajar WAJIB menghormati isti-
adat ini dengan berdiri tegak/dan sebagainya mengikut yang diarahkan secara tertib.
d) Semua pelajar dikehendaki menyanyikan lagu kebangsaan, lagu negeri, lagu-lagu se-
kolah dan melafazkan ikrar rukunegara, ikrar pelajar secara berdiri tegak, tenang dan
bersemangat.
e) Semasa Pengetua/guru-guru menyampaikan ucapan, pelajar-pelajar hendaklah mem
berikan tumpuan sepenuhnya dan mencatat dalam buku catatan perhimpunan serta
dilarang bercakap atau membuat sesuatu yang boleh mengganggu /mencemar
perhimpunan tersebut.
f) Selepas selesai perhimpunan, pelajar-pelajar hendaklah berjalan mengikut barisan
ke kelas masing-masing mengikut laluan yang telah ditetapkan dengan tertib.
g) Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap hari Isnin/ tertakluk kepada arah-
an Pengetua/Jabatan Pelajaran Johor dari semasa ke semasa.
4.13 PERATURAN SEKOLAH: PERATURAN SEMASA REHAT DAN PERATURAN MEMBELI
MAKANAN DAN MINUMAN DI KANTIN/KOPERASI
a) Pelajar hanya dibenarkan berada di kantin sekolah pada waktu rehat sahaja dan
mana- mana tempat yang menjual/menyediakan makanan/minuman di kawasan
sekolah yang dibenarkan guru.
b) Pelajar dilarang keluar dar kawasan sekolah untuk membeli makanan dan sebagainya
pada waktu rehat kecuali dengan kebenaran guru.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 21

c) Pelajar dilarang membawa keluar atau merosakkan peralatan kantin.
d) Pinggan mangkuk/segala peralatan yang telah digunakan hendaklah diletakkan ke

dalam bekas yang disediakan.
e) Kertas/plastik pembungkus makanan/minuman/ apa-apa jua sampah hendaklah di

buang ke dalam tong sampah yang disediakan.
f) Pelajar dilarang membawa makanan/minuman/sebagainya keluar dari kawasan

kantin/koperasi untuk dibawa ke tempat lain. Pelajar dilarang menjual makanan
g) Semua pelajar hendaklah beratur ketika membeli makanan/minuman/dan sebagai-

nya di kantin dan jangan membuat bising/kekacauan yang boleh menimbulkan gang-
guan.
h) Pengawas yang bertugas hendaklah menguatkuasakan semua peraturan dengan adil
cekap dan bijaksana. Nama-nama pelajar yang ingkar hendaklah dicatatkan.
i) Pengawas dibenarkan rehat 10 minit lebih awal agar dapat segera menjalankan tu-
gas yang ditetapkan pada waktu rehat.
j) Semua pelajar hendaklah berbaris dengan senyap dan tertib di luar kelas/bilik-bilik
khas apabila loceng tamat waktu rehat dibunyikan. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan
masuk ke kelas apabila dibenarkan berbuat demikian oleh guru/pengawas yang ber-
tugas menjaga kelas.
k) Segala peraturan yang dinyatakan di atas adalah berkuatkuasa juga ke atas semua
bilik yang diumumkan sebagai tempat/bilik menjual/menyediakan makanan/sebagai-
nya di kawasan sekolah.
4.14 PERATURAN SEKOLAH: PENGGUNAAN BILIK-BILIK KHAS DI SEKOLAH
a) Makmal
b) Bengkel Kemahiran Hidup
c) Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah
d) Bilik Tayang/Bilik Muzik
e) Makmal ICT/Komputer
f) Bilik Pendidikan Seni
g) Stor Sukan
h) Dewan
i) Surau
j) Lain-lain
k) Semua pelajar adalah tertakluk kepada segala peraturan penggunaan bilik-bilik/
tempat-tempat khas yang dinyatakan di atas yang ditulis/ditampal/dipamerkan dan
sebagainya di bilik-bilik/tempat-tempat khas/apa-apa jua yang disebut sebagai per-
aturan penggunaan oleh guru/kakitangan yang bertanggungjawab menjaga bilik-
bilik/tempat-tempat khas tersebut.
i) Pelajar-pelajar yang melanggar/mengingkari segala peraturan seperti yang dinyata-
dianggap telah melanggar dan mengingkari peraturan sekolah dan boleh diambil tin-
dakan.
4.15 PERATURAN SEKOLAH: PERATURAN MENJALANKAN KELAS PENDIDIKAN JASMANI
a) Pakaian/kelengkapan (seperti yang dinyatakan dalam 4.5.6 Pakaian Ahli Kelab Sukan
dan Permaianan/Pendidikan Jasmani.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 22

b) Pelajar-pelajar hendaklah bergerak di dalam barisan berdua-dua pergi dan balik ke
tempat yang diarahkan oleh guru ketika kelas pendidikan jasmani diljalankan.

c) Barang-barang berharga yang boleh mendatangkan kecederaan seperti beg, jam
tangan, kunci dan sebagainya hendaklah dibungkus kemas, dilabelkan dengan nama
pelajar dan diserahkan kepada guru pendidikan jasmani untuk dimasukkan ke dalam
bekas khas dan dikembalikan oleh guru selepas tamat kelas pendidikan jasmani

d) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal/menggunakan
alatan-alatan semasa kelas pendidikan tanpa kebenaran guru pendidikan jasmani
atau guru ganti.

e) Pelajar-pelajar dikehendaki menggunakan peralatan pendidikan jasmani dengan
cermat dan berhati-hati dan dipulangkan/dikumpulkan untuk disemak sebelum/
setelah selesai kelas pendidikan jasmani.

f) Pelajar yang menghidapi penyakit berbahaya yang boleh mengancam keselamatan
nya pelajar tersebut/masalah kardiovaskular hendaklah memberitahu guru pendidik-
an jasmani secara lisan/bertulis dengan mengemukakan dokumen-dokumen yang
berkaitan /surat pengesahan ibu bapa/penjaga yang diakui.

g) Pelajar-pelajar dinasihatkan mengikut arahan/mendengar/ memahami/ memberi
tumpuan/mematuhi segala arahan/tunjuk cara yang diberikan oleh guru ketika
menjalankan aktiviti pendidikan jasmani untuk menjamin keselamatan pelajar dan
menggelakkan kecederaan.

4.16 PERATURAN SEKOLAH: PERATURAN MEMBAWA DAN MELETAKKAN KENDERAAN
DI KAWASAN SEKOLAH

a) Kereta/motosikal/basikal hendaklah sentiasa berkunci ketika diletakkan di tempat
yang telah ditetapkan. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas segala
kerosakan /kecurian kenderaan pelajar di luar/di dalam kawasan sekolah jika ianya
tidak berkunci.

b) Pelajar tidak dibenarkan menunggang/memandu kenderaan di dalam kawasan seko-
lah pada bila-bila masa . Pelajar hendaklah mematikan injin motosikal serta
menyorong kenderaan mereka (motosikal dan basikal) bila memasuki kawasan
sekolah melalui pintu pagar sekolah. Pelajar yang membawa kereta tidak dibenarkan
memasuki atau meletakkan kereta tersebut di dalam kawasan sekolah.

c) Pelajar-pelajar yang membawa kenderaan bermotor ke sekolah diwajibkan mempun-
yai lesen memandu yang sah dan dinasihatkan tidak melanggar sebarang undang-
undang jalan raya. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab jika pelajar didapati
bersalah melanggar undang-undang jalan raya semasa pihak polis/ Jabatan Pengang-
kutan Jalan mengadakan pemeriksaan mengejut di kawasan sekolah.

d) Pelajar dilarang menggunakan/meminjam kenderaan pelajar lain.
e) Kenderaan tidak boleh diletakkan di tempat yang boleh menghalang lalu lintas di

kawasan sekolah/kawasan hadapan pintu pagar sekolah.
f) Pelajar-pelajar dilarang membunyikan hon kenderaan di dalam kawasan sekolah /

di hadapan pintu pagar sekolah.
g) Segala kelengkapan kenderaan seperti topi keledar dan sebagainya hendaklah

dikunci dengan rapi pada kenderaan ketika meletakkan kenderaan di dalam kawasan
sekolah.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 23

h) Pihak sekolah akan sedaya upaya untuk memastikan keselamatan kenderaan pelajar
yang diletakkan di dalam kawasan sekolah dengan mengambil langkah-langkah yang
perlu. Apa-apa jua kecurian/kerosakan dan sebagainya yang berlaku ke atas
kenderaan pelajar yang diletakkan di kawasan sekolah bukan faktor kecuaian pihak
sekolah/mana-mana individu yang bertanggungjawab ianya adalah di luar bidang
kuasa pihak pengurusan sekolah dan pihak sekolah tidak bertanggungjawab atas
segala kecurian dan kerosakan dan sebagainya yang berlaku ke atas kenderaan
tersebut.

4.17 PERATURAN SEKOLAH: PERATURAN BERURUSAN DENGAN PIHAK SEKOLAH
a) Semua pihak yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mestilah terlebih dahulu

mendapatkan Pas Kebenaran Pelawat di pondok pengawal dengan mengemukakan
butiran diri, tujuan lawatan/urusan dan pegawai/guru/pelajar yang ingin ditemuinya
b) Pihak pengurusan /sekolah berhak menahan/tidak membenarkan mana-mana indi-
vidu/syarikat-syarikat swasta memasuki kawasan sekolah dengan mengarahkan
Pengawal Keselamatan yang ditugaskan di pintu pagar sekolah berbuat demikian.
c) Pihak sekolah berhak mengarahkan mana-mana individu/syarikat-syarikat swasta
yang datang ke kawasan sekolah/di luar/ di dalam bertujuan mengganggu/meng-
ugut /mengancam/mempertikaikan/sebagainya, beredar dari kawasan sekolah dan
jika ingkar, pihak sekolah boleh menghubungi pihak berkuasa/polis bagi mengawal
keadaan.
d) Ibu bapa/penjaga/individu yang ingin berjumpa pelajar di sekolah ini mestilah ter-
lebih dahulu meminta kebenaran daripada Pengetua/PK HEM/guru tingkatan/
guru-guru sebelum berbuat demikian.
e) Ibu bapa/penjaga yang ingin membawa pulang anak/pelajar hendaklah terlebih da-
hulu mengisi dokumen-dokumen yang ditetapkan seperti yang dikehendaki oleh
pihak sekolah.
f) Ibu bapa/penjaga/ bekas pelajar apabila berurusan dengan pihak sekolah hendaklah
berpakaian kemas dan sopan. Sila patuhi segala larangan-larangan awam di sekolah
seperti tidak merokok di kawasan sekolah. Gunakan budi bahasa yang sopan ketika
berurusan di sekolah. Pihak sekolah/Pengetua /Guru-guru/kakitangan berhak untuk
tidak melayan/mengarahkan individu tersebut keluar dari kawasan sekolah jika me-
reka didapati tidak bertingkah laku sopan dan berkasar ketika berurusan dengan pi-
hak sekolah.
g) Ibu bapa/penjaga/ mana-mana individu /syarikat yang ingin beruursan dengan pihak
sekolah hendaklah meletakkan kenderaan mereka di luar kawasan sekolah/di dalam
kawasan sekolah dengan kebenaran pihak pentadbiran sekolah. Semasa meletakkan
kenderaan di luar kawasan sekolah (terutama di hadapan pintu pagar sekolah) pasti-
kan kenderaan yang diletakkan tidak mengganggu/ menghalang lalu lintas.
h) Keselamatan harta benda individu/syarikat yang berurusan di kawasan sekolah ada-
lah tanggungjawab individu/syarikat itu sendiri dan bukan tanggungjawab pihak se-
kolah.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 24

4.18 PERATURAN SEKOLAH: PERATURAN MENGAMBIL KEPUTUSAN PMR/SPM
a) Pelajar-pelajar yang hendak berurusan dengan pihak sekolah hendaklah bersopan

dan menunjukkan tingkah laku yang elok seperti berpakaian dengan kemas/sopan
dan tidak merokok.
b) Pelajar-pelajar diminta membawa kad pengenalan semasa mengambil keputusan
peperiksaan.
c) Pelajar-pelajar hendaklah beratur dengan tertib dan dilarang membuat bising/meng-
ganggu semasa mengambil keputusan peperiksaan.
d) Pelajar-pelajar yang diminta menjelaskan semua bayaran dan apa-apa jua hutang
yang tertunggak dengan pihak sekolah semasa mengambil keputusan peperiksaan.
Pihak sekolah berhak menggunakan budi bicara untuk menahan keputusan
peperiksaan mana-mana pelajar yang enggan berbuat demikian.
e) Sebarang bayaran/hutang yang tertunggak hendaklah diserahkan kepada guru yang
ditugaskan. Kerani pejabat/guru-guru lain tidak akan menerima bayaran/hutang
yang tertunggak semasa keputusan peperiksaan diumumkan.
f) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan sama sekali mengambil/melihat keputusan
peperiksaan bagi pihak pelajar lain.
g) Hanya ibu bapa/penjaga pelajar sahaja yang dibenarkan mengambil keputusan
peperiksaan anak jagaan. Mereka hendaklah membawa kad pengenalan/angka
giliran/slip peperiksaan pelajar tersebut.
h) Pelajar-pelajar/ibu bapa/penjaga dikehendaki menandatangi Buku Kenyataan Ambil
semasa mengambil keputusan peperiksaan.
i) Semua pertanyaan mengenai keputusan peperiksaan individu melalui telefon tidak
akan dilayan.
j) Semua keputusan peperiksaan akan dikeluarkan pada waktu pejabat pada hari
pertama dan kedua selepas keputusan peperiksaan diumumkan oleh Jabatan/
Kementerian Pelajaran Malaysia. Selepas itu keputusan peperiksaan akan
dikeluarkan pada waktu persekolahan dan bila mana guru yang bertanggungjawab
berkelapangan/tiada aktiviti pengajaran.
k) Pelajar-pelajar dilarang menunggu/bertemu guru di bilik darjah untuk mengambil
keputusan peperiksaan.

4.19 PERATURAN SEKOLAH: SYARAT PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI
KO-KURIKULUM DI SEKOLAH

4.19.1 Badan/Kelab/Persatuan/ Unit Beruniform/Sukan dan Permainan
a) Setiap pelajar dimestikan menjadi ahli mana-mana SATU sahaja Pasukan Pakaian

Beruniform yang ada di sekolah.
b) Setiap pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing

pada setiap hari ISNIN minggu ketiga.
c) Pelajar hendaklah menjadi ahli pasukan yang dianggotainya terus menerus dan ke-

anggotaan pelajar direkodkan.
d) Semua pelajar Islam DIWAJIBKAN menjadi Ahli Persatuan Agama Islam.
e) Pelajar tidak dibenarkan menjadi ahli lebih daripada TIGA persatuan termasuk kelab.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 25

f) Setiap pelajar DIWAJIBKAN menjadi ahli dalam SATU rumah sukan yang ada di seko-
lah yang telah ditentukan oleh Setiausaha Sukan Sekolah.

4.19.2 Gerakerja Luar Yang Lain.
a) Pelajar yang berbakat dan berpotensi dalam bidang yang tertentu akan dipilih meng-

ikut kesesuaian/kebolehan/pengalaman pelajar berdasarkan keperluan semasa un-
tuk mewakili sekolah/daerah/negeri.
b) Pemilihan pelajar mewakili sekolah/daerah/negeri dalam aktiviti tertentu akan dila-
kukan oleh Guru Penasihat gerakerja luar yang terlibat/Setiausaha Sukan Sekolah/
AJK yang ditubuhkan/PK Kokurikulum/PK HEM.
c) Pelajar yang terpilih untuk menyertai/mewakili aktiviti luar anjuran sekolah /Pejabat
Pendidikan Daerah /Jabatan Pelajaran/Kementerian Pelajaran WAJIBLAH mematuhi
segala peraturan/syarat yang dikehendaki. Pelajar yang didapati melanggar peratur-
an /syarat yang diwajibkan akan disingkir dari menyertai/ mewakili aktiviti luar
yang disertainya dan akan diambil tindakan lanjut.
4.19.3 Syarat-Syarat Memegang Jawatan.
a) Setiap pelajar hanya dibenarkan memegang hanya SATU sahaja jawatan penting
(Pengerusi/Naib Pengerusi/Setiausaha/Penolong Setiausaha/Bendahari/Penolong
Bendahari) dan DUA jawatan sebagai AJK Biasa dalam Kelab/Persatuan/ Sukan dan
Permainan /Unit Beruniform di sekolah.
b) Kes-kes pengecualian yang berlaku hendaklah dirujuk kepada budi bicara antara
guru tingkatan/guru penasihat/ penyelaras-penyelaras unit kokurikulum/PK Ko-
Kurikulum /PK HEM.
c) Aktiviti/kegiatan kokurikulum sekolah dijalankan pada setiap hari Rabu mengikut
ketetapan PK KoKurikulum.
d) Pakaian semasa menjalankan aktiviti kokurikulum sekolah seperti yang dinyatakan
di dalam peraturan 4.5.4 dan 4.5.5 Etika Berpakaian Rasmi dan Kelengkapan Sekolah
e) Pelajar-pelajar yang terlibat menjalankan/menyertai/mewakili sekolah/ daerah/
negeri dalam apa-apa jua aktiviti luar dikehendaki mendapatkan SURAT KEBENARAN
ibu bapa/penjaga secara bertulis dan kemukakan kepada guru yang bertanggungan-
jawab untuk disimpan sebagai rujukan. Kegagalan pelajar berbuat demikian akan
menyebabkan pelajar yang berkenaan boleh diambil tindakan.
f) Pelajar-pelajar yang ingin menjalankan/menyertai aktiviti luar /kajian luar hendaklah
menunjukkan Surat Kebenaran/Arahan dari pihak sekolah kepada ibu bapa/penjaga
pihak-pihak yang terlibat agar dapat memberi nasihat/memastikan keselamatan
pelajar tersebut.
g) Perbelanjaan/kos bagi menjalankan kajian luar mata pelajaran adalah ditanggung
oleh pelajar terlibat.
h) Sesuatu lawatan di dalam/keluar daerah/negeri seramai LIMA orang atau lebih yang
diiringi oleh guru/guru-guru dianggap sebagai rombongan sekolah. Semua aktiviti
rombongan sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada Pe-
getua/pihak berkenaan serta menepati peraturan lawatan yang ditetapkan.
i) Guru-guru yang bertanggunjawab membawa/menyelia/mengawasi/melatih pelajar-

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 26

pelajar yang terlibat dengan aktiviti dan apa jua kegiatan hendaklah sentiasa memas-
kan segala langkah keselamatan telah diambil dengan sewajarnya.
j) Guru-guru/Pengetua/Jabatan Pelajaran/Kementerian Pelajaran/Kerajaan Malaysia
tidak boleh disabitkan /didakwa/ dibawa ke mahkamah dalam apa jua keadaan se-
kiranya berlaku kemalangan/kecederaan/kecacatan yang dialami pelajar di dalam
aktiviti kokurikulum/apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah/Pejabat
Pelajaran Daerah/Jabatan Pelajaran/Kementerian Pelajaran selagi kemalangan/
kecederaan /kecacatan yang dialami oleh pelajar bukan disebabkan kelalaian/ke-
cuaian guru-guru/pihak-pihak yang terlibat menganjurkan aktiviti tersebut.

4.20 PERATURAN SEKOLAH: BAYARAN SEKOLAH
a) Setiap pelajar dikehendaki menjelaskan bayaran yang telah ditetapkan oleh pihak

sekolah dengan kadar segera.
b) Segala bayaran hendaklah dijelaskan melalui guru tingkatan. Resit /bukti pembayar-

an hendaklah disimpan sebagai bukti bayaran telah dibuat.

4.21 PERATURAN SEKOLAH: KESELAMATAN PENGGUNAAN ALATAN DAN KEMUDAHAN
SEKOLAH

a) Pelajar-pelajar dilarang menggunakan segala peralatan dan kemudahan sekolah tan-
pa kebenaran guru/kakitangan sekolah.

b) Peralatan yang telah digunakan hendaklah dipulangkan semula ke tempat asal den-
gan keadaan yang sempurna/dibersihkan seperti semasa diambil.

c) Catatan rekod penggunaan alatan/kemudahan di dalam buku yang disediakan /se-
bagainya apabila menggunakan peralatan/kemudahan sekolah.

d) Pelajar-pelajar mestilah mengetahui cara penggunaan peralatan/kemudahan yang
dipinjam/digunakan.

e) Penggunaan kemudahan-kemudahan sekolah seperti padang/dewan/bilik darjah /
mana-mana tempat di kawasan sekolah adalah untuk pelajar-pelajar/guru-guru/
kakitangan sekolah sahaja. Pelajar-pelajar dilarang menjemput orang luar yang bu-
kan pelajar/individu yang bukan kakitangan sekolah menggunakan segala peralatan
dan kemudahan sekolah tanpa kebenaran.

f) Pihak luar yang ingin menggunakan kemudahan dan peralatan sekolah hendaklah
dengan kebenaran.

g) Pelajar-pelajar hendaklah menggunakan segala peralatan/kemudahan yang ada di
sekolah dengan cara yang betul.

h) Pelajar-pelajar dilarang mengalihkan segala peralatan/kemudahan yang ada di se-
kolah tanpa kebenaran guru.

4.22 PERATURAN SEKOLAH: BUKU TEKS (SPBT)
a) Semua pelajar akan diberikan pinjaman buku teks. Buku teks tersebut hendaklah

dijaga dengan baik disampul plastik lutsinar, ditulis nama dan tingkatan di bahagian

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 27

hadapan atau belakang buku teks. Tindakan akan diambil jika pelajar tidak mematuhi
arahan tersebut.
b) Pelajar-pelajar dilarang menconteng /merosakkan /menghilangkan buku teks. Pela-
jar yang menghilangkan buku teks, merosakkan dan menghilangkannya akan diambil
tindakan dan perlu membayar denda mengikut harga buku tersebut.
c) Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa membawa buku teks seperti dalam jadual waktu
masa belajar. Pelajar dilarang meninggalkan buku teks dalam kawasan sekolah.

4.23 PERATURAN SEKOLAH : PENGGUNAAN AIR DAN ELEKTRIK
a) Pelajar-pelajar hendaklah menggunakan segala kemudahan yang disediakan seperti

tandas/air/elektrik dengan cara yang betul dan berjimat serta berhemah.
b) Kebersihan tandas hendaklah sentiasa dijaga. Pelajar dilarang membuang sampah/

benda/bahan ke dalam lubang tandas.
c) Penggunaan air/elektrik hendaklah dengan cara yang betul dan berjimat. Gunakan

air/elektrik bila perlu sahaja. Pastikan suis elektrik/kunci paip ditutup kemas setelah
selesai menggunakannnya.

4.24 PERATURAN SEKOLAH : KEBERSIHAN DAN KECERIAN
a) Pelajar-pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan persekitaran/kawasan

sekolah.
b) Pelajar-pelajar dilarang membuang/mengotori kawasan sekolah. Gunakan tong sam-

pah untuk membuang sampah.
c) Keceriaan kawasan sekolah adalah tanggungjawab bersama. Pelajar-pelajar dilarang

merosakkan pondok bacaan /pokok bunga/dan apa jua bahan yang telah disediakan
di kawasan sekolah.
d) Pelajar-pelajar/ Jawatan kuasa kelas hendaklah menentukan perkara-perkara berikut
ada di dalam kelas:
i. Jadual Waktu
ii. Jadual Tugas
iii. Visi dan Misi KPM dan visi dan misi kelas.
iv. Pelan Laluan dan Tatacara ketika Kecemasan dan Kebakaran.
v. Jadual Penilaian akademik
vi Jadual Aktiviti Ko-kurikulum
vii. Inventori Perabot dan Peralatan dalam kelas.
viii.Buku Pengesanan Ponteng.
ix. Pas keluar Pelajar
xi. HeadCount Kelas
xii. Bakul Sampah, Penyapu, Pengaut Sampah, Pemadam papan putih.
xiii.Langsir, alas meja, bunga meja guru.
xiv.Carta Organisasi kelas
xv. Papan Kenyataan Bermaklumat.
xvi.Pelan duduk pelajar.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 28

4.25 PERATURAN SEKOLAH : KESELAMATAN HARTA BENDA PELAJAR
a) Pelajar-pelajar adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan har-

ta benda/barang yang dibawa ke sekolah.
b) Segala barang yang berharga hendaklah disimpan dengan rapi dan baik semasa di

sekolah.
c) Ketika pelajar-pelajar menjalankan aktiviti fizikal seperti; pendidikan jasmani/kawad

kaki dan sebagainya, barang-barang berharga/wang hendaklah diserahkan kepada
guru penasihat/ guru bertanggungjawab. Semua barangan dan wang tersebut tidak
dibenarkan sama sekali disimpan di dalam kelas.
d) Pihak sekolah/guru-guru tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan barangan yang
dilarang dibawa ke sekolah seperti barang kemas dan sebagainya.
e) Pelajar yang membawa sejumlah wang yang banyak bagi pembayaran tertentu perlu
menyerahkan pada guru berkenaan/mana-mana guru bagi tujuan keselamatan.

4.26 PERATURAN SEKOLAH : KEBAKARAN DAN KECEMASAN
a) Apabila berlaku kebakaran atau kecemasan, LOCENG/BUNYI AMARAN akan dibunyi

kan berturut-turut /panjang.
b) Semua pelajar/guru/kakitangan sekolah hendaklah beredar menuju ke padang seko-

lah/mana-mana tempat yang selamat dalam keadaan teratur. Sila patuhi segala arah
an yang terdapat di dalam pelan laluan semasa kebakaran/ kecemasan yang ditam-
palkan di kelas-kelas.
c) Pihak sekolah hendaklah serta merta menghubungi pihak bomba (994)/polis (999)
d) Semua pelajar hendaklah keluar dari kelas apabila loceng amaran berbunyi dalam
keadaan teratur mengikut plan kecemasan ke tempat-tempat yang dinyatakan di
dalam pelan laluan kebakaran/kecemasan sekolah.
e) Sesiapa sahaja jika terlihat kebakaran/kecemasan di kawasan sekolah hendaklah
dengan segera melaporkan kepada guru/kakitangan sekolah.
f) Kakitangan pejabat hendaklah membawa segala dokumen penting dan jadual keda-
tangan pelajar keluar dari pejabat ketika berlaku kebakaran atau kecemasan.

4.27 PERATURAN SEKOLAH : TEMPAT-TEMPAT/KAWASAN-KAWASAN LARANGAN
DI SEKOLAH.

a) Pelajar-pelajar dilarang menghampiri, memasuki/melalui/ menggunakan kawasan
yang diisytiharkan sebagai KAWASAN LARANGAN di sekolah.

b) Bilik-bilik khas/Bilik Guru/Bilik Ketua Bidang/Pejabat/Bilik Pengetua/Bilik GPK/
Bilik Disiplin dan bilik-bilik yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan pelajar
adalah tempat larangan pelajar . Pelajar-pelajar hanyalah boleh memasuki/melalui
kawasan ini dan berada di kawasan ini dengan kebenaran guru/kakitangan pejabat
sahaja dan ketika guru berada di tempat tersebut.

c) Tempat letak kereta pengetua/guru dan kakitangan adalah kawasan larangan di se-
kolah . Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan ini ketika waktu belajar/
rehat/waktu balik.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 29

d) Padang sekolah merupakan kawasan larangan. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan
berada di kawasan padang semasa rehat/masa belajar/masa balik kecuali dengan
kebenaran guru.

BAB 5
SALAH LAKU-SALAH LAKU YANG DIKENAKAN

TINDAKAN DISIPLIN

SALAH LAKU BERAT
1. Melakukan sebarang salah laku sederhana sebanyak TIGA kali
2. Membawa/menjual sebarang peralatan elektronik seperti telefon bimbit/CD/VCD

dan lain-lain yang bersamaan dengannya.
3. Mempunyai/membawa/menyimpan/menggunakan/menjual senjata-senjata atau

sebarang alat yang berbahaya yang boleh meletup/yang diharamkan.
4. Merosakkan harta benda guru/pelajar/warga sekolah/peralatan dan kemudahan

sekolah.
5. Mengedar/Menagih dadah
6. Menyimpan/membawa/mengedar/menggunakan sebarang produk ubat-ubatan ya-

ng boleh diklasifikasikan sebagai dadah/ beralkohol/tembakau sama ada berbentuk
pil/kapsul/serbuk/dan sebagainya yang mendatangkan kesan memabukkan/meng-
hayalkan /ketagihan.
7. Mengintai/merakam imej pelajar perempuan/pelajar lelaki/memasuki tandas yang
tidak sepatutnya dimasuki.
8. Menjemput/mengajak orang luar yang tidak diiktiraf ke kawasan sekolah dengan se-
suatu tujuan jenayah/mengugut/mengancam.
9. Mengadakan hubungan seks/bercium/berpeluk/bermesra antara lelaki dan perem-
puan.
10. Mencabul kehormatan/gangguan seksual/merogol pelajar perempuan atau meliwat
11. Melakukan/terlibat dalam adultery/meliwat/seks luar tabii/aktiviti-aktiviti Bohsia/
pelacuran/melakukan onani.
12 Menulis/melukis/kata-kata lucah/kata-kata menghina/gambar/objek lucah di dinding
atau sebarang permukaan yang diiktiraf sebagai kawasan sekolah.
13. Mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti/pesta berbentuk lucah.
14. Bersikap tidak sopan/menggunakan kata-kata kesat/lucah/biadap/bongkak/menghi-
na guru bertujuan menjatuhkan maruah guru.
15. Ditangkap oleh pihak berkuasa agama dan didapati bersalah kerana berkhalwat.
16. Ditangkap oleh pihak berkuasa dan didapati bersalah kerana kesalahan jenayah/
juvana.
17. Meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran.
18. Mencuri/merompak/meragut/memecah masuk/memasuki kawasan
larangan/merosakkan dengan sengaja harta benda orang lain dan harta sekolah
19 Bertumbuk/berkelakuan/bertindak ganas/bergaduh.
20 Memukul/mencederakan/ mengugut/memeras ugut/mengancam/bersikap biadap
terhadap Pengetua/Guru/Kakitangan sekolah/Pengawas-pengawas/Pelajar-pelajar

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 30

21 Membuli/mendera/ memaksa/ provokasi melampau terhadap pelajar-pelajar lain.
Mengedar/menyimpan/mempunyai/membawa/ mempamerkan/mencetak/jual
bahan lucah/pertubuhan/kumpulan/persatuan yang diharamkan/dan perkara yang
salah dari segi undang-undang Malaysia.

22. Berjudi/bertaruh yang melibatkan segala bentuk/bahan pertaruhan.
23. Mengambil bahagian/menyertai apa-apa jua aktiviti-aktiviti/pertubuhan/persatuan

yang diharamkan/salah di sisi undang-undang.
24. Menulis/membuat kenyataan-kenyataan di akhbar/TV/Radio/apa-apa jua bahan ber-

cetak tanpa kebenaran sekolah.
25. Vandalisme.
26. Mengambil bahagian/menyertai demonstrasi/perhimpunan/ rusuhan yang diharam-

kan.
27. Menyalahgunakan peralatan elektronik/multimedia.
28. Mempunyai/menggunakan peralatan yang berbahaya/mengganggu pengajaran dan

pembelajaran/ujian/peperiksaan.
29. Mengorganisasi/mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang menyalahi budaya/

ciri-ciri masyarakat Malaysia.
30. Ponteng sekolah/tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah berdasarkan

surat amaran yang dikeluarkan/ponteng kelas.
31. Mendatangkan risiko kerana ingkar dengan Pengetua/guru/guru disiplin/Pengawas/

Ketua Darjah/Kakitangan sokongan kerana melanggar peraturan sekolah.
32. Ingkar arahan tindakan disiplin
33. Bergaduh/bersubahat dalam pergaduhan/ menyebabkan pergaduhan.
34. Memberi keterangan palsu/menipu/tidak jujur bertujuan melindungi seseorang/

bersubahat.
35. Menceroboh mana-mana tempat/bilik-bilik/kawasan larangan di dalam kawasan

sekolah.
36. Membawa/menyimpan dan merokok/berdasarkan pekeliling.
37. Menunggang/membawa/ memandu kenderaan di kawasan sekolah.
38. Melanggar Peraturan Sekolah/KPM/Perlembagaan Malaysia.
39. Menimbulkan isu sensitif perkauman.
40. Makan/minum di khalayak ramai semasa bulan ramadhan
41. Tidak bersembahyang bagi yang beragama Islam
42. Bertatoo
43. Tidak membuat/menyelesaikan kerja kursus.
44. Mengemukakan dokumen-dokumen palsu untuk membela diri.
45. Lain-lain salah laku yang bersesuaian dengan kategori ini mengikut budi bicara

Pengetua/Badan Disiplin Sekolah.

SALAH LAKU SEDERHANA
1. Bermain-main di dalam kelas/kaki lima kelas/kawasan larangan/makmal/bengkel

bilik-bilik khas.
2. Melakukan kesalahan biasa/ringan melebih TIGA kali
3. Menggunakan/mengalihkan sebarang peralatan /perkakas kelas/sekolah tanpa ke-

benaran.
4. Sengaja tidak hadir ke sekolah untuk bersuka-suka/berkeliaran di pusat membeli-

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 31

belah dan sebagainya.
5. Tidak hadir ke sekolah tanpa alas an/sebab yang munasabah/ponteng sekolah.
6. Berada di kantin sekolah waktu belajar
7. Mengacau/mengganggu guru di dalam kelas.
8. Bising/mengganggu ketenteraman kelas/sekolah.
9. Sengaja mengotori bilik darjah, bilik-bilik khas/kawasan sekolah.
10 Berada di kawasan tempat letak kereta/padang tanpa kebenaran sewaktu rehat

dan masa belajar.
11. Menyimpan/menggunakan peralatan /kemudahan tanpa kebenaran.
12. Melanggar peraturan sekolah/peraturan bilik-bilik khas.
13. Memakai perhiasan/perkakas hiasan/alat-alat solek kecuali jam tangan (yang tidak

keterlaluan/memakai subang lebih daripada satu.
14. Memasuki bilik-bilik yang tidak berkenaan tanpa kebenaran/memasuki tandas guru.
15. Menyalahgunakan peralatan elektrik
16. Menipu semasa ujian-ujian/peperiksaan sekolah.
17. Mempunyai hubungan yang boleh menimbulkan syak wasangka/meragukan.
18. Berfesyen rambut Punk/Botak (Skinhead)/sebarang fesyen yang menyalahi kehendak

syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
19 Bertindik di mana-mana bahagian telinga/hidung bagi pelajar lelaki (kecuali dengan

kebenaran adat sesuatu agama atau kaum)
20. Bertindik di mana-mana bahagian hidung bagi pelajar perempuan kecuali dengan ke-

benaran adat sesuatu agama atau kaum.
21. Tidak menghormati bacaan ikrar /bendera/lagu negaraku atau lagu sekolah/negeri.
22. Merayau-rayau/berkeliaran di kawasan sekolah tanpa tujuan/membuang masa.
23. Mencarut/berkelakuan tidak sopan/menggunakan istilah yang tidak sopan.
24. Tidak berpakaian rasmi sekolah dan berpelengkapan seperti yang telah ditetapkan

di dalam peraturan sekolah.
25. Berada di kelas pada waktu rehat/majlis rasmi dan perhimpunan rasmi.
26. Dilarang memakai baju sejuk dan baju lain tanpa kebenaran selain uniform sekolah.
27. Mengubah mana-mana maklumat dalam dokumen rasmi sekolah.
28. Lain-lain salah laku yang bersesuaian dengan kategori di atas mengikut budi bicara

Pengetua/Badan Disiplin Sekolah.

SALAH LAKU RINGAN
1. Menyimpan misai/jambang/janggut
2. Minum/makan di dalam kelas.
3. Membazir air dan elektrik.
4. Tidak membawa peralatan yang lengkap untuk Pengajaran dan Pembelajaran.
5. Sebarang kesalahan di dalam bilik darjah/tidak melakukan tugasan seperti yang

diarahkan/tidak membawa buku teks/tidak membawa buku latihan.
6. Datang lambat ke sekolah/perhimpunan/kelas tanpa alasan yang munasabah.
7. Lain-lain salah laku yang bersesuaian dengan kategori di atas mengikut budi

bicara Badan Disiplin Sekolah.

__________________________________________________________________________

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 32

SALAH LAKU BIASA
1. Selalu menukar tempat duduk
2. Tidak membuat kerja yang diarahkan.
3. Tidak menumpukan perhatian di dalam kelas.
4. Mengganggu pelajar lain.
5. Mengotori kelas dan kaki lima kelas dan kawasan sekolah
6. Lain-lain salah laku yang bersesuaian dengan kategori di atas mengikut budi bicara Badan

Disiplin Sekolah
__________________________________________________________________________________

NOTA TAMBAHAN

PELAJAR/IBU/BAPA/ PENJAGA DINASIHATI AGAR MEMBACA DAN MEMAHAMI SEGALA
KANDUNGAN DI DALAM BUKU PERATURAN INI. PELAJAR/IBU/BAPA/PENJAGA DIKEHENDAKI
MENANDATANGANI SURAT PERJANJIAN ANTARA PIHAK PELAJAR/IBU/BAPA/PENJAGA DENGAN
PENGETUA SEKOLAH MENENGAH DATO’ IBRAHIM MAJID. PELAJAR JUGA DIKEHENDAKI SENTIASA
MEMBAWA BUKU INI KE SEKOLAH BAGI TUJUAN RUJUKAN.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1997

Hukuman ke atas murid menghisap rokok

Bil Kesalahan Tindakan
1 Kesalahan kali pertama Rotan 1 kali
2 Kesalahan kali kedua Rotan 2 kali
3 Kesalahan kali ketiga Rotan 3 kali
4 Kesalahan kali keempat Gantung sekolah (selama tempoh tidak melebihi 14 hari)
5 Kesalahan kali kelima Buang sekolah

KES SALAH LAKU PONTENG
Ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan
jika dijadikan satu tabiat atau amalan, ianya boleh membawa kesan yang negatif terhadap diri
pelajar itu sendiri dan juga sekolah. Ponteng sekolah dan ponteng kelas memungkinkan seseorang
pelajar itu hilang sifat tanggungjawab , suka berbohong, berdolak-dalik dan menentang. Pelajar
yang ponteng akan ketinggalan dalam pelajaran dan mungkin akan terlibat dengan kegiatan-kegiatan
negatif dan berakhir dengan keciciran. Bagi langkah pencegahan dan pengawalan, guru hendaklah
memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan surat doktor atau surat ibu bapa/penjaga
dengan tandatangan yang sah untuk tempoh masa pelajar tersebut tidak hadir ke sekolah. Pelajar
yang tidak hadir ke sekolah selama tiga hari tanpa surat doktor dikehendaki membawa ibu
bapa/penjaga bersama-sama datang ke sekolah berjumpa dengan Pengetua atau GPK HEM atau
Guru Tingkatan.(kecuali ada bukti-bukti nyata ketidakhadiran pelajar itu ada sebab-sebab
munasabah yang kuat.) Guru Tingkatan hendaklah menanda pada register dengan tanda (K)
sekiranya ada surat doktor dan (P), ponteng jika tiada memberikan apa-apa kenyataan/surat
sebelum hujung minggu. Pihak ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi atau diminta hadir ke sekolah
supaya dapat bekerjasama dengan pihak sekolah bagi membincangkan masalah ketidakhadiran
anak/jagaan mereka dengan guru kelas/kaunselor di peringkat awal dan merujuk kepada GPK
HEM/Pengetua jika terlalu serius.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 33

TINDAKAN SEGERA KES SALAH LAKU SEKOLAH (e-disiplin)
Markah Merit Tindakan guru kelas

1 20 Surat amaran pertama dikeluarkan
2 40 Surat amaran kedua dikeluarkan
3 60 Surat gantung persekolahan dikeluarkan
4 80 Surat amaran akhir dikeluarkan
5 100 Surat buang sekolah dikeluarkan

TINDAKAN SEGERA KES SALAH LAKU PONTENG SEKOLAH

Ponteng sekolah secara Ponteng sekolah secara Tindakan guru kelas
berturut-turut tidak berturut-turut Surat amaran pertama
1 Selepas hari ke 3 Selepas hari ke 10 dikeluarkan
Surat amaran kedua
2 Selepas hari ke 10 Selepas hari ke 20 dikeluarkan
Surat amaran terakhir
3 Selepas hari ke 17 Selepas hari ke 40 dikeluarkan
Surat buang sekolah
4 Selepas hari ke 31 Pada hari ke 60 dikeluarkan

JENIS SALAH LAKU, PENGUATKUASAAN, TINDAKAN DAN HUKUMAN

JENIS SALAH LAKU PROSEDUR TINDAKAN HUKUMAN
SALAH LAKU BERAT PENGUATKUASA
1. Semua guru
2. Semua kakitangan sekolah
3. Semua pengawas

TINDAKAN OLEH:
1. Guru disiplin/Guru yang diberi kuasa oleh pengetua
2. Kaunselor sekolah
3. GPK Pentadbiran/GPK HEM/GPK Kokurikulum
4. Lembaga Disiplin Sekolah
5. Pengetua

HUKUMAN
1. Rotan tidak kurang 3 kali dan tidak melebihi 7 kali. (direkodkan)
2. Amaran/Amaran keras
3. Gantung Sekolah (1 hingga 2 minggu)
4. Dilaporkan kepada pihak berkuasa
5. Tidak diberikan surat akuan selepas tamat persekolahan
6. Dibuang sekolah/diberhentikan sekolah.

Catatan
Kesemua hukuman di atas bergantung kepada tahap salah laku yang
dilakukan oleh pelajar.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 34

SALAH LAKU PENGUATKUASA
SEDERHANA 1. Semua guru
SALAH LAKU RINGAN 2. Semua kakitangan sekolah
3. Semua pengawas
TINDAKAN OLEH:
1. Guru tingkatan
2. Guru Disiplin/guru yang diberi kuasa oleh pengetua
3. Guru kaunseling.
4. GPK HEM (jika kes berlaku melebihi 3 kali/kes serius)
5. Pengetua (jika perlu)
HUKUMAN
1. Nasihat
2. Amaran/Amaran keras
3. Kaunseling
4. Rotan tidak melebihi 3 kali (direkodkan)
5. Membayar ganti rugi/barang dirampas*
6. Gantung sekolah**
7. Buang sekolah**
8. Ke semua di atas bergantung kepada tahap salah laku yang dilakukan

Pelajar.
* Berdasarkan kes salah laku
**Jika perlu/kes serius.
PENGUATKUASA
1. Semua guru
2. Semua guru mata pelajaran
3. Semua pengawas sekolah
TINDAKAN OLEH:
1. Guru Kelas
2. Guru Mata Pelajaran
3. *Guru Disiplin/Guru yang diberi kuasa oleh Pengetua
4. *GPK HEM
5. * GPK 1
6. * Pengetua
HUKUMAN
1. Nasihat
2. Amaran/Amaran Keras/De Merit
3.*Kaunseling
4.*Rotan (direkodkan)
5.**Gantung sekolah
6***Buang sekolah
7. Kesemua di atas (bergantung kepada tahap salah laku yang dilakukan

oleh pelajar)
* Jika perlu/melebihi 3 kali
**Langkah Pencegahan /melebihi 3 kali
***Langkah Pengawalan

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 35

SALAH LAKU BIASA PENGUATKUASA
1. Guru Kelas
2. Guru Mata Pelajaran
3. Kakitangan Bilik Khas
4. Semua Pengawas
TINDAKAN OLEH:
1. Guru Kelas
2. Guru Mata Pelajaran
3. *Guru Disiplin/Guru yang diberi kuasa oleh Pengetua
**GPK HEM
GPK Ko-Kurikulum
GPK 1
Pengetua
HUKUMAN
1. Nasihat
2. Kaunseling
3. Menyalin Petikan
4. Membersihkan bilik-bilik/tempat-tempat tertentu
* Jika pelajar ingkar
**Jika serius /Tindakan lanjut.

PERINGATAN:
Segala prosedur dalam menjalankan tindakan/hukuman terhadap kes salah laku pelajar boleh
dilakukan tanpa mengikut urutan tindakan/hukuman yang dinyatakan seperti di dalam jadual salah
laku mengikut keperluan/ kepentingan/kes/budibicara Badan Disiplin Sekolah. Walaubagaimanapun
sekiranya tindakan kaunseling ada menunjukkan tanda keberkesanannya maka tindakan berhikmah
patutlah diutamakan.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 36

BAB 6
INSURANS TAKAFUL
SKIM TAKAFUL PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA (TPSM)

6.1 Semua pelajar diwajibkan mencarum dalam Skim Takaful Pelajar-Pelajar Sekolah Malaysia
6.2 Pihak sekolah mesti dimaklumkan oleh ibu bapa /penjaga sekiranya anak mereka terlibat dalam

kemalangan/kematian.
6.3 Pihak ibu bapa /penjaga juga dikehendaki menyerahkan dokumen (mana-mana yang berkaitan)

untuk membolehkan tuntutan insurans dibuat oleh pihak sekolah.

i. Laporan Polis
ii. Ward-chit/ akuan kemasukan hospital discharge ticket/note.
iii. Laporan pakar perubatan
iv. Salinan sijil kematian.
v. Salinan permit menguburkan.
vi Salinan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga
vii. Salinan kad pengenalan pelajar
6.4 Tatacara tuntutan
6.4.1 Notis Pembaharuan Kemalangan/ tuntutan mestilah dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh
kemalangan kepada Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB)
6.4.2 Pelajar-pelajar atau waris jika perlu boleh mengemukakan tuntutan terus ke pejabat STMB
yang berdekatan melalui sekolah di mana pelajar berkenaan didaftarkan.
6.4.3 Untuk memudahkan proses tuntutan dokumen-dokumen yang berkaitan hendaklah dikemuka-
kan seperti berikut:

Jenis Tuntutan Dokumen Berkaitan
A. Tuntutan Kematian 1. Borang tuntutan yang diisi lengkap
2. Laporan Polis
B. Khairat Kematian 3. Salinan Permit menguburkan yang disahkan
C. Tuntutan Lumpuh Berkekalan/ 4. Sijil kematian yang disahkan.
1. Borang tuntutan yang diisi lengkap
Terpisah atau hilang anggota 2. Laporan Polis
Badan. 3. Salinan Permit menguburkan yang disahkan.
D. Tuntutan Elaun tunai hospital 1. Borang tuntutan yang diisi lengkap dan bersama dokumen-

Dokumen sokongan
2. Laporan Polis
1. Borang tuntutan yang diisi lengkap
2. Laporan Polis
3. Ward chit/ Pengesahan rawatan bila masuk/keluar.

6.4.4 STMB berhak meminta dokumen-dokumen khusus yang lain sekiranya perlu dengan kos di-
tanggung oleh pihak yang menuntut.

6.4.5 Cek bayaran tuntutan akan dibuat dan dikeluarkan atas nama pelajar atau waris, hanya boleh
dibuat dengan persetujuan bertulis oleh pihak sekolah masing-masing.

6.4.6 STMB tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa tuntutan yang dikemukakan oleh mana-mana
pelajar atau waris sekiranya pelajar berkenaan tidak menjelaskan sepenuhnya bayaran sum-
bangan takaful.

6.5 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab terhadap kegagalan tuntutan sekiranya ibu bapa/penjaga
tidak menyerahkan dokumen yang diperlukan dalam tempoh tuntutan dibenarkan.

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 37

LAMPIRAN

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 38

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 39

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 40

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 41

PERJANJIAN RASMI IKRAR PELAJAR

Saya_______________________________________________________________________
[ DENGAN HURUF BESAR ]

Nombor Kad Pengenalan ________________________________ Beralamt di
Dengan ini mengaku dan berikrar bahawasanya saya akan patuh kepada Peraturan-
Peraturan dan Tatatertib Sekolah ini dan akan sentiasa taat dan menghormati peraturan
sekolah, guru-guru dan pihak yang berkuasa di sekolah ini.
Saya juga mengaku bahawasanya saya bersedia menerima sebarang hukuman dan
tindakan jika sekiranya saya melanggar peraturan sekolah dan melakukan salah laku lain
yang dianggap sebagai tidak mematuhi undang-undang dan tidak taat kepada guru-guru
dan pihak sekolah.
Saya juga berikrar akan berusaha untuk menjaga nama baik sekolah dan membuat aktiviti
yang akan mengharumkan nama baik sekolah
Sekian pengakuan dan ikrar saya
Saya yang benar

.........................................................
Nama
Tarikh

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 42

PENGESAHAN BAPA / IBU / PENJAGA

.........................................................................
........................................................................
.........................................................................

Pengetua
SMK
...........................................................................
...........................................................................
...........................................................................
Tuan,
Peraturan-Peraturan dan Tatatertib Sekolah
Berhubung dengan perkara di atas, saya ________________________________________________
Bapa/ibu/penjaga kepada pelajar bernama _____________________________________________
mengaku bahawa saya telah membaca peraturan-peraturan sekolah ini dan faham akan segala
kandungannya.
2. Saya akan sentiasa menentukan bahawa anak jagaan saya mematuhi peraturan-peraturan
tan tatatertib-tatatertib tersebut. Saya mengesahkan perakuan anak jagaan saya dan menerima
apa-apa juga keputusan yang diambil oleh pihak sekolah
Saya yang benar

...............................................................
Nama
tarikh

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 43

REKOD SALAHLAKU DAN TINDAKAN DISIPLIN

BIL. SALAHLAKU TARIKH TINDAKAN CATATAN

SEK MEN KEB LKTP BELITONG, KLUANG, JOHOR. Page 44


Click to View FlipBook Version