The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by liewtedyung, 2024-03-24 17:28:41

BUKU LOG PBSM

BUKU LOG PBSM

1 BUKU LOG PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PBSMM) PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2021 NAMA PELAJAR NO. KAD PENGENALAN AMBILAN KUMPULAN LIEW TED YUNG 030503130729 AMBILAN JUN 2022 BAHASA MELAYU SJKC


SEJARAH PENUBUHAN PBSM


SEJARAH PALANG MERAH DAN PRINSIP-PRINSIP ASAS Pengasas Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan bernama Henry Dunant (1828-1910) yang sedih melihat mangsa perang antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino, Itali utara pada 24 Jun 1959. Lebih 40,000 orang awam dan tentera cedera dan terkorban. Henry Dunant dalam perjalanan ke Algeria, Afrika telah membantu mangsa yang merintih dan nyawa- nyawa ikan ke sebuah gereja berdekatan. Sebuah buku kenangan dan pengalamannya ‘A Memory of Solferi no’ telah dicetak dan dihadiahkan kepada semua ketua negara di Eropah. Oleh sebab bahasa dan penceritaannya yang baik, buku itu telah menyedarkan ketua-ketua kerajaan di Eropah. Buku itu mencadangkan : i. Pertama: membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang cedera dan menderita semasa peperangan. ii. Kedua: mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana mana pasukan hendaklah dibantu . iii. Hasilnya pada 1864 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dibentuk tanpa kehadiran beliau sendiri. Sejarah Palang Merah dan Bulan Sabit Merah di Dunia Palang Merah telah diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland dan dikenali sebagai ‘Bapa Palang Merah’. Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di kawasan pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869. Pada masa itu, masih belum ada perkhidmatan perubatan untuk membantu dan merawat para tentera. Dengan bantuan penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa yang cedera. Hasil daripada pengalaman tersebut, beliau telah menerbitkan buku bertajuk "Kenangan Di Solferino". Dengan bantuan beberapa orang yang berminat, Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu mereka yang cedera yang dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu lambang iaitu PALANG MERAH yang berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut. Pada tahun 1876, ketika berperang dengan Rusia, Turki telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah dan langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan Negara Islam. Pengasas


SEJARAHBULAN SABIT MERAH MALAYSIA Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. 1867, Perang Turki-Russia kerajaan Turki menggunakan lambang Bulan Sabit Merah. Pada tahun 1950an, lebih banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada tahun 1950 dan kemudian di negeri-negeri lain. Ketika kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melersatuan Payu. Persatuan mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta penubuhan Persekutuaan Malaysia pada 16 September 1963, satu penggubalan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak. Persatuan Palang Merah diberi nama baharu iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Ia telah dibentangkan di Parlimen dan digazetkan pada 1 Julai 1965. Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia dinamakan Bulan Sabit Merah Malaysia di bawah Akta 1975 (Pertukaran Nama) dengan kelulusan parlimen. Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948. Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang kemudiannya menjadi satu cawangan dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952. Cawangan Sabah Cawangan Sarawak Cawangan Semenanjung Malaysia


PERINGKAT ANTARABANGSA Lembaga ini bertanggungjawab ke atas pentadbiran seharian JPMA. Persekutuan Antarabangsa Jawatankuasa Tetap yang bermula dengan hanya 5 orang kini dianggotai oleh 25 orang. Mereka berjumpa lapan kali setahun dalam satu perhimpunan (Assembly). Lembaga ini dianggotai oleh 7 orang eksekutif yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran JPMA. Bahagian-bahagian ini terdiri daripada Bahagian Operasi, Bahagian Prinsip dan Undangundang, Bahagian Kakitangan, Bahagian Penerangan dan juga Bahagian Pengesanan Pusat. Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. Palang Merah mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa. Ia merupakan satusatunya pertubuhan persendirian yang tugasannya ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa. Tiga benda penting mengenai gerakan ini adalah: 1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red Cross) ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva,Switzerland. Tugas jawatankuasa di bawah undang-undang antarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan kehormatan mangsa perang. 2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies) diasaskan pada tahun 1919. Ia berfungsi untuk merapatkan hubungan antara Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan misi kemanusiaan dan kes-kes darurat yang besar. Sekretariat bagi persatuan ini juga terletak di Geneva, Switzerland. 3. Setiap negara mempunyai Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. JPMA merupakan suatu institusi persendirian Switzerland yang berkecuali dalam hal politik, ideologi dan keagamaan. Ia merupakan pengasas Palang Merah yang beribu pejabat di Geneva. Ia dianggotai oleh rakyat negara Switzerland. Lembaga Eksekutif Lembaga Pengarah Jawatankuasa Tetap Struktur Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)


Mengumpulkan sukarelawan-sukarelawan ini di bawah satu badan induk agar ilmu dan pengalaman tersebut dapat dikongsi bersama Idea ini telah dicadangkan oleh Henry Pomeroi Davison iaitu Presiden Jawatankuasa Palang Merah Amerika Syarikat di mana satu persidangan perubatan di Paris pada tahun 1919 telah dijalankan untuk mengemukakan cadangannya. Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah Badan induk dan penaung setiap persatuan kebangsaan Persatuan Palang Merah atau Persatuan Bulan Sabit Merah di seluruh negara. Organisasi ini bermula pada tahun 1919(Tamat Perang Dunia Pertama) dan melahirkan banyak sukarelawan yang bertugas dalam Persatuan Palang Merah negara masing-masing. Tujuan IFRC memberikan khidmat kemanusiaan di medan perang dan juga di kem-kem tahanan perang dan mereka mendapat pelbagai pengalaman. Daripada hasil cadangan tersebut, lahirnya Liga Persatuan-persatuan Palang Merah di mana negara-negara pengasas Liga tersebut ialah Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Itali dan Jepun. Ibu pejabatnya terletak di Paris, kemudian berpindah ke Geneva juga. Dalam Perang Dunia Kedua, Liga inilah yang banyak terlibat dalam aktiviti kemanusiaan. Pada tahun 1983 nama rasminya ditambah menjadi Liga Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dan seterusnya pada 1991 pula perkataan ‘Liga’ digugurkan dan digantikan dengan ‘Persekutuan’. Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) adalah merupakan nama rasmi yang baru dan telah dianggotai oleh 178 buah negara. Hasil cadangan Idea penubuhan Cadangan penubuhan


Prinsip-Prinsip Asas Kesaksamaan Keberkecualian • Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. • Tujuan asalnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang serius. • Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya. Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama atau ideologi. Kemanusiaan • Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan di mana jua ianya wujud. • Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama manusia. • Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.


Kebebasan Kesejagatan Ketunggalan Khidmat Sukarela • Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung. • Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang negara, pergerakan tetap menjaga kebebasan dalam segala kegiatan supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan. • Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara. • Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara. • Gerakan Palang Merah & Bulan Sabit Merah meliputi seluruh dunia. • Semua mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama untuk saling bantu-membantu di antara satu sama lain


Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta kerajaan Malaysia jilid 42, No.11 Tambahan No.41, Perundanagn (A): P.U. (A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan Bulan Sabit Merah Malaysia: Peraturan 1: Nama dan alamat Peraturan 2: Matlamat Peraturan 3: Objektif Peraturan 4: Keahlian Peraturan 5: Guru Penasihat Peraturan 6: Ahli Jawatankuasa Peraturan 7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa Peraturan 8: Kewangan Peraturan 9: Penyertaan Peraturan 10: Aktiviti Peraturan 11: Peraturan-peraturan Peraturan 12: Pindaan perlembagaan Peraturan 13: Perbubaran persatuan Peraturan 14: Tindakan disiplin Peraturan 15: Hal-hal lain Perkara-perkara lain yang dilambah kedalam perlembagaan ialah: i. Lencana/ logo persatuan ii. Cogan kata/ moto Dibawah Peruntukan Akta Perbadanan,Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan,mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalanakan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuaan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada konvensyen Geneva PERLEMBAGAAN PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA KANDUNGAN PERLEMBAGAAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


iii. Tugas persatuan di peringkat institusi pendidikan, cawangan, daerah, negeri dan cawangan. iv.Pendaftaran persatuan v. Jawatankuasa kecil Ukuran Piawai Bendera Bulan Sabit Malaysia


ORGANISASI BULAN SABIT MALAYSIA


PENAUNG PRESIDEN NAIB PRESIDEN TIMBALAN PRESIDEN Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong i)YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ii)YB Menteri Kesihatan iii)YB Menteri Luar Negeri iv)YB Menteri Belia dan Sukan v)YB Menteri Pelajaran vi)YB Menteri Pendidikan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Perdana Menteri ORGANISASI BULAN SABIT MALAYSIA


Mrs. Suhana Binti Sidik Dr. S. Selva Jothi A/L K.Selvadurai Dato’ Sri Hj. Suhaimi Bin Hj. Yacob Dato’ Hj. Mohamad Rafiai Bin Hj. Moktar Assoc. Prof. Dr. Abdul Ali Bin Raja Mohamed GOVERNING BOARD MALAYSIAN RED CRESCENT 2021-2024 Her Highness Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr) Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah PSK SSAP, DIMP, PSK, PPL JSM, KMN, PKT, PJT, PSK, PPL DSDK, SDK, AMK, BKM, PCK, PPL DPMP, PMP, KMN, AMP, AMN, PPT, BCM, PPC, PSK, PPL DKH, DKYR, SHMS, SSDK, PSM, PAT, JP, PJT, PSK, Hon. Ph.D(UUM), Hon. Ph.D(KUIN)., Hon. Ph.D (UPNM) Tunku Temenggong Kedah National Chairperson National Vice Chairperson National Vice Chairperson National Vice Chairperson National Vice Chairperson National Deputy Chairperson


PSK DIMP DSPN, PJK BSK, SK, PPC, PJT, PSK, PPL PPN, PJM, PKT, PJT, PSK, PPL AMN, DPCM, PPC, PJT, PSK, PPL, LLM (Intl Law) Dato’ Lim Tiong Chin Mr. Chong Yong Seen Mr. James Kon Yew Liang Dr. Azizul Amar Bin Rahmat Dr. Hj. Seri Buana Bin Zainudin Raja Dato' Nazrin Bin Raja Tan Sri Aznam Dato' Wan Nor Raihan Binti Dato' Wan Abdul Rahman Member Member Member Member Member Member National Treasurer


Ms. Chew Shi Jie Dr. Lee Yew Fong Hj. Hakim Bin Hj. Hamzah Dr. Chatichai Chong Jian Wei Mr. Syamil Fahim Bin Mohamed Fahim Mr. Fathul Rahman Bin Mohamad Amin Datuk Dr. Mohamed Alwi Bin Abdul Rahman PSK PSK PGDK, PSK KMN, AMW, PJT, PSK, MBA (Leadership), BA (Hons), CPA (MICPA), ACMI Secretary General Member Member Member Member Member Member


Struktur organisasi sebenar PBSMM bermula dengan Majlis Kebangsaan (National Council). Majlis Kebangsaan merupakan badan yang membuat polisi dan dasar PBSMM. Majlis Kebangsaan dianggotai oleh 53 orang ahli yang terdiri daripada wakil-wakil cabang, wakil-wakil kementerian dan agensi kerajaan dan juga ahli-ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Majlis Kebangsaan bermesyuarat dua kali setahun. Lembaga Eksekutif Kebangsaan (National Executive Board) ialah badan yang menjalankan polisi dan dasar yang diputuskan oleh Majlis Kebangsaan. Ia melaksanakan arahan Majlis Kebangsaan dan menjalankan aktiviti-aktiviti seharian PBSMM. Badan inilah yang menggerakkan persatuan ini. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bermesyuarat dua bulan sekali. Lembaga Eksekutif Kebangsaan diketuai oleh Pengerusi Kebangsaan. Di bawahnya ada seorang Timbalan Pengerusi Kebangsaan, empat orang Naib Pengerusi Kebangsaan, seorang Bendahari Kehormat Kebangsaan, seorang Setiausaha Agung, lapan orang ahli yang terpilih dan lima orang wakil zon. Lembaga Eksekutif Kebangsaan juga dikenali Setiausaha Majlis Kebangsaan), dan beberapa orang Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan. Jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan yang ada boleh berubah-ubah mengikut keputusan mesyuarat. Pada tahun 2003 terdapat 14 buah jawatankuasa, iaitu Perkhidmatan Ambulans, Pentadbiran dan Perjawatan, Anugerah, Program Darah, Bangunan, Pengurusan Bencana, Kewangan, Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat, Informasi dan Kutipan Derma, Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dan Hal Ehwal Undang-undang, Perhubungan Antarabangsa, Tender, Latihan dan Belia.


1. Pengerusi Kebangsaan BSMM : Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah 2. Berkuasa dalam a. Menamakan calon bagi perlantikan Setiausaha Agong oleh Majlis Kebangsaan b. Memberi pertimbangan dan melulus/ sebaliknya perlantikan ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan yang dipilih c. Mendisplinkan dengan pertimbangan yang saksama menentukan pemberhatian, pembuangan / memansuhkan keahlian ( tidak termasuk ahli-ahli Senat BBSM, d. Majlis Kebangsaan ) 3. Jawatankuasa Kebangsaan a. Belia b. Kewangan c. Kutipan Derma d. Latihan e. Pembangunan Organisasi f. Pentadbiran & Perjawatan


- - - - - 7. Unit-unit • Contoh Unit-unit : 5. Cabang ( Daerah ) 6. Setiap Cawangan terdiri daripada beberapa Cabang Pasukan Bantuan Sukarela / PBS ( Volunteer Aid Detachment / VAD ) Pasukan Kumpulan Kebajikan ( Welfare Service Group / WSG )- Belia ( Youth ) Kanak-kanak ( Link) Menjalankan aktiviti di peringkat Cabang g. Perhubungan Antarabangsa h. Perkhidmatan Ambulan & Pengurusan Bencana i. Perkhidmatan Masyarakat j. Program Darah / HIV – AIDS & Penyalahgunaan Dadah k. Lembaga Tender l. Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa m. Pengurusan *setiap Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan akan melantik ahli-ahli Jawatankuasa masing-masing 4. Cawangan ( Negeri ) • Kesemua jawatan dalam struktur organisasi tersebut berada di Ibu Pejabat Kebangsaan ( IPK ) Kuala Lumpur • BBSM terdapat 15 cawangan di Malaysia. ( setiap negeri, Wilayah Persekutuan dan Labuan ) *Struktur organisasi hampir serupa dengan NEB a. Daerah b. Daerah Kecil


- - - - - - - - - - - - - - : kanak-kanak ( pelajar sekolah rendah ) ahli-ahli Belia ( pelajar sekolah menengah ) Pasukan Bantuan Sukarela ( Orang Dewasa ) Ahli Seumur Hidup Ahli Kehormat Seumur Hidup Terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, jantina, agama dan politik : Pertolongan Cemas,rawatan Rumah, bantuan Bencana Alam,m Memberi perkhidmatan masyarakat,Pendidikan Kesihatan Setiap unit ini mempunyai pengawai masing-masing Cth : Belia – guru penasihat BSMM ( dilantik oleh sekolah ) Setiap unit yang berdaftar dengan IPK mempunyai nombor unit yang khas – menunjukkan unit itu dari Cawangan mana dan dari bahagian apa Cth : Unit SL(VAD)150 SL : dari Cawangan Selangor VAD : unit Volunteer Aid Detachment / Pasukan Bantuan Sukarela ( VAD ) Komposisi keahlian Bentuk latihan yang diberi kepada ahli


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


Perancangan orientasi unit beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia di sekolah rendah


RUJUKAN Ab Alim Abdul Rahim, (2004). Panduan perkhemahan, simpulan dan pioneering. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ab Alim Abdul Rahim, (2004). Pengurusan gerak kerja kokurikulum. Fajar Bakti Sdn.Bhd. Abdul Rahman Isa. (1989). Pertolongan cemas: prinsip dan amalan. Crescent News (KL) Sdn. Bhd Institut Pendidikan Guru, (2018). Modul Pembelajaran Program Lepasan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak MPUPD2091 Unit Beruniform (BULAN SABIT MERAH MALAYSIA). Kota Kinabalu. Kementerian Pendidikan Malaysia Parabagaran, V. (2016). Lirik Lagu Bulan Sabit Merah. https://www.scribd.com/doc/300228151/Lirik-Lagu-Bulan-Sabit-Merah-Malaysia


Click to View FlipBook Version