HNP 3312 PENGAJIAN KENEGARAAN
KUMPULAN F
DR. MUHAMMAD RIDHWAN BIN SARIFIN
NAMA AHLI KUMPULAN 7
BIL NAMA NOMBOR MATRIK
1 AWG MOHAMMAD SAIFUL BIN AWANG MOSTAPHA D20202096280
2 AZMAN BIN SAMPANG D20202096285
3 MUHAMMAD AIMAN BIN MOHAMAD D20202096419
4 SITI NURSYAHIRAH BINTI MOHD FAIROS D20202096277
5 NURUL SYAHIDA BINTI ZOLKEPELI D20202096278
6 NURUL AIDAH BINTI MASRI D20202096279
7 NUR AIN HIKMAH BINTI FAUZI D20202096478
TAJUK 8:
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA MENGHARMONIKAN
IKATAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Tajuk Artikel :
Perlembagaan Persekutuan Malaysia Menghormanikan Ikatan
Masyarakat Majmuk di Malaysia
Penulis Artikel :
Ayu Nor Azilah Mohamad
Mohamed Ali Haniffa
Wayu Nor Asikin Mohamad
Tahun Terbitan :
25 April 2019
Volum :
Journal of Muwafaqat
Vol. 2, No. 1, 2019, pp. 60-74
PENGENALAN
●Perlembagaan ialah satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan
undang-undang dasar
●Merupakan satu set undang-undang tertinggi bagi Negara Malaysia
●Mula digunapakai sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan iaitu pada 1957
●Wujud hasil interaksi sosial yang mencipta sejarah antara proses migrasi dan
globalisasi
●dipengaruhi perjuangan nasionalisme Melayu dan bumiputera dengan penglibatan
kaum-kaum lain yang turut berunding
- Perlembagaan ini sebagai panduan -Hasil dalam Perlembagaan Persekutuan
hidup bernegara dalam aman damai dan dapat menyatukan masyarakat
bernegara
- Telah berjaya membentuk hubungan baik dan
persefaham dalam masyarakat pelbagai kaum
ULASAN RINGKAS
ARTIKEL
•Perlembagaan ini adalah agen dalam mengharmonikan perhubungan masyarakat majmuk di Malaysia.
•Malaysia didiami oleh masyarakat majmuk iaitu masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan
etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul.
•Kewujudan Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini dapat menyatu padukan kehidupan mereka melalui
kontrak sosial.
•Perkara ini adalah mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera.
•Sememangnya Perkara 153 menjadi mercu tanda kepada kewujudan negara Malaysia sekarang ini.
•Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan Majlis Tindakan Bersama Se-Tanah Melayu (AMCJA)
mengusahakan Perlembagaan Rakyat. Perlembagaan Rakyat ini menegaskan satu kerakyatan
bernama Melayu yang bersamaan rupa bangsa.
•Namun begitu, Pengisytiharaan Darurat pada bulan Jun 1948 telah mengagalkan idea ini.
•Selepas itu, Communities Liaison Committee (CLC) ditubuhkan pada 1949 dengan membawa
agenda penting iaitu berkaitan dengan projek yang memerlukan tolak ansur daripada semua
kumpulan etnik. Ini sebagai satu cara untuk membuka kewarganegaraan kepada lebih ramai orang
bukan Melayu yang jelas “berfikiran Malaya”.
•Suruhanjaya Reid telah membahagikan formula hasil dari memorandum daripada parti Perikatan
iaitu kepada empat kategori pemberian kewarganegaraan di Tanah Melayu. Namun begitu,
peningkatan mendadak bilangan orang bukan Melayu yang memperoleh kerakyatan Tanah Melayu
telah berlaku selepas 31 Ogos 1957 akibat daripada kelonggaran syarat-syarat ini.
•Ekoran itu, hasil persetujuan bersama, akhirnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia disenaraikan dalam Bahagian 3, Perkara 14 hingga Perkara 22 memperuntukkan
perolehan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang, pendaftaraan, kemasukan
naturalisasi dan pencantuman.
•Parti Perikatan ini adalah satu simbol yang jelas mengenai kewujudan perpaduan kaum pada masa dahulu.
•Parti Perikatan yang diterajui UMNO bersama MCA dan MIC adalah satu gabungan kaum yang besar.
•UMNO, MCA dan MIC telah mengukuhkan kerjasama sehingga bersetuju menyampaikan memorandum
tunggal secara bersama kepada Suruhanjaya Reid.
•Memorandum menyatakan bahawa mereka bersetuju mengenai kerakyatan berasaskan prinsip jus soli,
mengekalkan hak istimewa orang melayu, dan kedudukan bahasa, kebudayaan dan agama.
- Sejarah membuktikan bahawa sikap keterbukaan orang Melayu dalam menerima kedatangan orang luar ke
Tanah Melayu.
- Sikap ini dapat dilihat lagi apabila orang Melayu telah memberikan taraf kewarganegaraan yang sama
kepada golongan bukan Melayu dan kedudukan mereka juga diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan
Malaysia.
- Artikel ini juga dapat memperlihatkan bahawa golongan bukan Melayu diberi peluang untuk terus
mengekalkan dan mengamalkan budaya, adat resam, bahasa dan agama yang dibawa bersama-sama ketika
penghijrahan ke Tanah Melayu dahulu.
- Perlembagaan Persekutuan Malaysia berjaya membentuk ikatan perpaduan dan sikap penerimaan orang
Melayu dengan orang bukan Melayu bagi mewujudkan masyarakat majmuk yang harmoni
ISU-ISU UTAMA YANG
DIBANGKITKAN
1. Peranan Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai agen dalam
mengharmonikan perhubungan masyarakat majmuk di Malaysia.
2. Mengenal pasti keempat aspek difikirkan bersesuaian untuk melihat titik
permulaan dalam pembinaan kerjasama antara masyarakat majmuk di Malaysia
khususnya tiga kaum terbesar.
3. Peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan Malaysia, kewarganegaraan dan parti Perikatan menjadiaspek kepada
permuafakatan kepelbagaian kaum di Malaysia.
4. Kewujudan Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjadi ikatan
yang bermakna dalam mensejahterakan hubungan masyarakat majmuk
di Malaysia.
5. Isu cadangan pembukaan keahlian United Malays National
Organization (UMNO) kepada orang Cina dan orang India oleh
Dato’Onn Jaafar
6. Tanggungjawab semua warga Malaysia untuk terus memelihara dan
menghormati peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Adakah isu tersebut menarik dan mengapa?
Ya,
menarik
1. Membincangkan mengenai sikap orang Melayu yang begitu terbuka
dalam menerima kedatangan orang asing ke Tanah Melayu.
2. Perlembagaan Persekutuan berjaya membentuk jalinan di antara
masyarakat yang berbilang kaum sehingga hari ini.
3. Keterbukaan pemikiran kaum Melayu terhadap kaum Cina dan juga
kaum India.
4. Ketolak ansuran pelbagai kaum ketika penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu sehingga terbentuknya Perlembagaan Persekutuan.
5. Mengupas tentang perjalanan tiga kaum melalui politik iaitu UMNO (kaum
Melayu), MCA (kaum Cina) dan juga MIC (kaum India) dalam membentuk
perpaduan di Malaysia.
6. Isu di mana pada awalnya hubungan baik komuniti Melayu-Cina menjadi
renggang setelah tentera Jepun berundur dari Tanah Melayu.
7. Negeri Melaka sebagai satu suri teladan kepada Tanah Melayu kerana
peradaban mereka yang begitu tinggi namun mementingkan hubungan sesama
insan.
8. Memberi pengajaran tersirat kepada para rakyat Malaysia untuk menghargai dan
meningkatkan semangat patriotisme kerana artikel tersebut menunjukkan perjalanan
Malaysia untuk mencapai perpaduan.
Adakah artikel ini dapat mengubah
atau memberi kesan terhadap cara
anda berfikir tentang perkara yang
dibangkitkan dalam artikel ?
Artikel ini telah mengubah dan memberi kesan terhadap cara saya berfikir
tentang perkara yang dibangkitkan dalam artikel yang berkaitan
Perlembagaan Persekutuan. Hal ini kerana, artikel ini memberi pencerahan
dan mengubah presepsi pembaca itu daripada tidak tahu apa-apa kepada
tahu tentang Perlembagaan Persektuan Malaysia ini.
1. Melahirkan satu bentuk pemerintahan yang adil
Mengubah pemikiran saya bahawa perlembagaan
persekutuan ini melahirkan satu bentuk pemerintahan yang
adil
2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
Memberi kesan terhadap pemikiran saya atau pembaca bahawa
Perlembagaan Persekutuan tidak melahirkan kerajaan yang
bersifat autokratik. Perlembagaan ini menekankan dengan
mengelakkan penyalahgunaan kuasa.
3. Mempertahankan semua hak rakyat
Memberi kesan positif kepada pemikiran saya serta
pembaca bahawa Perlembagaan persekutuan Malaysia
mempertahankan semua hak rakyat tanpa mengira bangsa
dan agama.
4. Menjaga kestabilan negara
Perlembagaan malaysia telah berjaya membentuk keamanaan dan
kestabilan negara .Terdapat sekatan-sekatan dalam mengawal
pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi
kebebasan dan keistimewaan tertentu. Namun,kebebasan dan
keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara-perkara yang
difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka.
5. Memudahkan kearah perpaduan kaum
Perlembagaan persekutuan Malaysia bukan sahaja
menekankan kepada aspek pemerintahan serta undang-
undang malah memudahkan perpaduan rakyat dan
pembangunan negara. Perlembagaan persekutuan
mendorong kepada perpaduan kaum dengan memberikan
keadilan sosial kepada setiap kaum. serta melindungi
kepentingan semua kaum. Hal ini secara langsung dapat
memupuk perpaduan nasional dan mempertingkatkan
pembangunan negara.
PENILAIAN DAN PERBINCANGAN
KEKUATAN DAN KELEMAHAN ARTIKEL
KEKUATAN
•Dalam subjek sejarah di peringkat sekolah, terdapat hanya lima peruntukan penting
dibincangkan dalam perlembagaan yang menjadi asas penytuan sebuah negara berbilang
kaum iaitu agama islam, kedudukan raja raja melayu, hak kebebasan asasi, bahasa melayu,
kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera.
•Artikel tersebut membincangkan dua daripada perkara tersebut iaitu kewarganegaraan dan
kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera.
•Perkara ketiga yang dibincangkan dalam artikel ialah parti perikatan sebagai alat
penyatupaduan masyarakat majmuk di Malaysia
•Penulis melihat cara penyatupaduan masyarakat majumuk dengan cara yang berbeza iaitu
melalui parti politik iaitu Parti Perikatan
•Hal ini kerana kesanggupan parti itu untuk bekerjasama dengan parti parti kaum lain iaitu
MCA dan MIC
KELEMAHAN
•Kelemahan artikel tersebut ialah tidak membincangkan peruntukan dalam
Perlembaagan Persekutuan yang merupakan asas utama dalam membentuk
kerjasama masyarakat majmuk di Malaysia iaitu bahasa melayu sebagai bahasa
kebangsaan
•Hal ini kerana tanpa bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, masyarakat
majmuk akan mengalami kesukaran untuk berkomunikasi anatara satu sama laon
•Penguasaan bahasa yang berbeza juga akan menyebabkan wujudnya prasangka
kerana maksud sebenar dalam sesuatu perbualan tidak difahami
•Oleh itu, penulis seharusnya menjadikan Perkara 152 sebagai bahan perbincangan
utama dalam artikel tersebut kerana ia nyata merupakan tunjang kepada perpaduan
kaum di negara ini
Usaha daripada perlembagaan Dapat menghasilkan sebuah negara
Persekutuan telah membuahkan hasil yang aman dan damai
dalam mengharmonikan
perhubungan masyarakat majmuk di
Malaysia
PENUTUP
Membentuk ikatan yang baik dengan Pencapaian negara iaitu rakyat
menerima orang Melayu dan bukan mendapat manfaat yang dikongsikan
Melayu bersama
RUJUKAN
Sarjit S. Gill, & Mohd Rahimi Ramli, & Ahmad Tarmizi Talib. (2015).
Kesedaran Patriotik Dalam Kalangan Belia Bandar Di
Semenanjung Malaysia. Jurnal Sosial Ilmu Politik, 1(1), 111- 119
Nazri Muslim, & Jamsari Alias, & Wan Zulkifli Wan Hassan, & Azizi
Umar, & Nasruddin Yunos. (2013). Analisis Peruntukan Orang
Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia Dalam
Konteks Hubungan Etnik. Jurnal Melayu Jilid 11 , 63- 78
Aszlan Selamat dan Mohamad Iszuan bin Safarudin. (2016). Penilaian
Faktor-faktor Kesenjangan Etnik di Malaysia sebagai
Penghalang Perpaduan Nasional. Diperolehi pada Mei 20,
2021 daripada file:///C:/Users/HP/Downloads/504-Artikel-
1035-1-10-20161227.pdf
RUJUKAN
Norshahrul Marzuki b. Mohd Nor . (2019). Pengajian Kenegaraan Nota
Rujukan Ringkas. Rawang,Selangor: Salam Sdn. Bhd.
Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin. (2018). Pengajian Malaysia.
Kuala Lumpur : Oxford Fajar.
Ayu Nor Azilah Mohamad, Mohamed Ali Haniffa, dan Wayu Nor Asikin
Mohamad. (2019). Toleransi Orang Melayu Menghormanikan
Pemajmukan Kaum di Malaysia. Jurnal Melayu Bil. 18 (2). Diperolehi
pada Mei 20,2021daripadahttp://journalarticle.ukm.my/14323/1/35381-
110862-1-SM.pdf